Monday, September 30, 2013

That moment..

Assalamualaikum and Hi!

Saya ni orangnya kalau mendobi or mandi memang bawak phone. Maaf bagi yang menyangka bahawa saya bermesej or on the phone ya. Tidak sama sekali. Motip adalah untuk pasang dan dengar lagu dari phone kuat-kuat sambil membilas pakaian. Gittew? :p

Memang perangai kami di sini macam ni lah. Dengar lagu dari phone kuat-kuat masa tengah mendobi. Belum lagi part sama-sama berteriak gabungan 3 suara bila ada lagu favourite keluar dari playlists. Memang macam Akademi Fantasia versi pentas di shower room dan sinki lah. For those who are staying in dorm memang tahu lah kan. How the place for you to do the laundry looks like. So, ceritanya macam ni. Oleh sebab saya ni orangnya pelupa yang maha sungguh tersangat pelupa,(nampak tak over di situ?) jadi masa tengah gosok gigi kat sinki masa tu, tiba-tiba teringat dengan satu benda yang nak dibuat. Cepat-cepat ambik phone yang diletak kat kawasan atas dinding pembahagi shower tu and buat memo kat phone. Hahaha.

Can you imagine, toothbrush kat dalam mulut yang berbuih, lap-lap tangan kat baju tidur, pastu ambik phone and scroll icon memo and taip "to-do-lists" dalam memo tu sambil bersandar kat depan pintu bilik mandi. Haha. Jadi kesimpulannya disini, ada guna jugak lah bawak phone masa mendobi or mandi. Yalah, kalau ada emergency case senang terus buat memo. Tapi bahaya nya kena terima padah kalau phone jatuh or masuk air. So people, handle with care is the secret. :p

Ada jugak sekali sekala tu, Mak or F call, terus cakap tengah mendobi tengah mandi tengah apa ntah kan. And Mak lah selalu bising cakap kenapa bawak phone. Tak takut jatuh and rosak semua tu. Hehehe. Diam jee saya. Bukan tak pernah jatuh, ada jugak jatuh. Nasib sayalah sebab phone ni panjang umur. Haritu ada merajuk sekejap masuk air keypad dia rosak. Tapi dah dikeringkan okay jeee. Nokia kan? Hahah. Kalau bawak phone android tu kalau tangan basah jangan harap lah dapat meng-scroll.  


Okay till then. Assalamualaikum. Doa semua amat diperlukan semasa saya di Perak nanti. Hugss

No comments: