Monday, September 30, 2013

That moment..

Assalamualaikum and Hi!

Saya ni orangnya kalau mendobi or mandi memang bawak phone. Maaf bagi yang menyangka bahawa saya bermesej or on the phone ya. Tidak sama sekali. Motip adalah untuk pasang dan dengar lagu dari phone kuat-kuat sambil membilas pakaian. Gittew? :p

Memang perangai kami di sini macam ni lah. Dengar lagu dari phone kuat-kuat masa tengah mendobi. Belum lagi part sama-sama berteriak gabungan 3 suara bila ada lagu favourite keluar dari playlists. Memang macam Akademi Fantasia versi pentas di shower room dan sinki lah. For those who are staying in dorm memang tahu lah kan. How the place for you to do the laundry looks like. So, ceritanya macam ni. Oleh sebab saya ni orangnya pelupa yang maha sungguh tersangat pelupa,(nampak tak over di situ?) jadi masa tengah gosok gigi kat sinki masa tu, tiba-tiba teringat dengan satu benda yang nak dibuat. Cepat-cepat ambik phone yang diletak kat kawasan atas dinding pembahagi shower tu and buat memo kat phone. Hahaha.

Can you imagine, toothbrush kat dalam mulut yang berbuih, lap-lap tangan kat baju tidur, pastu ambik phone and scroll icon memo and taip "to-do-lists" dalam memo tu sambil bersandar kat depan pintu bilik mandi. Haha. Jadi kesimpulannya disini, ada guna jugak lah bawak phone masa mendobi or mandi. Yalah, kalau ada emergency case senang terus buat memo. Tapi bahaya nya kena terima padah kalau phone jatuh or masuk air. So people, handle with care is the secret. :p

Ada jugak sekali sekala tu, Mak or F call, terus cakap tengah mendobi tengah mandi tengah apa ntah kan. And Mak lah selalu bising cakap kenapa bawak phone. Tak takut jatuh and rosak semua tu. Hehehe. Diam jee saya. Bukan tak pernah jatuh, ada jugak jatuh. Nasib sayalah sebab phone ni panjang umur. Haritu ada merajuk sekejap masuk air keypad dia rosak. Tapi dah dikeringkan okay jeee. Nokia kan? Hahah. Kalau bawak phone android tu kalau tangan basah jangan harap lah dapat meng-scroll.  


Okay till then. Assalamualaikum. Doa semua amat diperlukan semasa saya di Perak nanti. Hugss

Thursday, September 26, 2013

Sekolah dalam Hospital pada pandangan seorang Guru Pelatih.

Assalamualaikum and Hi!

Sebagai seorang guru pelatih, saya rasa terpanggil untuk berbincang berkenaan konsep Sekolah dalam Hospital (SDH) menurut pandangan saya yang saya kira rakan-rakan yang lain turut mempunyai pandangan yang sama. 

Sejak dari kecil lagi, saya berpegang pada satu cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor atau lebih spesifik lagi, Pakar Paediatrik. Tetapi rezeki lebih berpihak kepada saya untuk menjadi bakal pendidik. Sejujurnya, saya baru tahu tentang satu konsep yang masih baru di Malaysia di mana semua pelajar diberi hak untuk menerima pendidikan walaupun sedang menjalankan rawatan di hospital. Saya telah membaca petikan daripada sumber internet (klik sini), dan saya amat menyokong cadangan daripada isteri Timbalan Perdana Menteri dengan konsep  SDH yang diadaptasi daripada cara pendidikan di negara barat. 

Sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan guru, saya rasa wajarlah konsep ini dikekalkan dan diaplikasikan lagi di beberapa buah hospital besar seluruh negara kita. Saya rasa, di Sarawak dan Sabah masih belum lagi mengamalkan konsep SDH ini kerana menurut beberapa artikel yang saya baca, hanya beberapa buah hospital di ibu negara dan beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia sahaja yang baru diperkenalkan dengan konsep ini. Guru dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing, jadi saya rasa tidak menjadi masalah untuk guru mengajar di hospital selagi masih lagi menyediakan satu tempat khas untuk dijadikan sebagai kelas untuk pesakit kanak-kanak di hospital untuk belajar. Dengan adanya tempat ini, maka privasi pesakit lain yang sedang dalam rawatan sudah pasti tidak akan terganggu dengan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Selain menyediakan kursus khas untuk para guru mengambil pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran SDH, para guru pelatih wajar diberi penekanan awal ataupun pengenalan berkenaan konsep SDH ini. Guru yang sukarela menyertai program SDH ini perlu diberi kursus khas sewaktu masih lagi menuntut di IPG. Persediaan ini perlu untuk mengelakkan kecanggungan guru baru yang mungkin akan ditugaskan untuk mengajar di SDH sekiranya konsep ini akan disebar luas di seluruh negara nanti kerana situasi yang dialami berbeza dengan suasana asal sekolah.

****************************

Pandangan peribadi saya:

Do you remember, I told you that actually I wanted to be a Paediatrician? But it end up with a future teacher. No harm. I will love this profession. In sha Allah. Knowing about the news from the lecturer and reading few articles in the internet make me feel very excited. I can be a teacher and a so-called doctor at the same time. Means, my parents' wish is fulfilled and my dream comes true. If the government gives priority on teachers whose volunteered in this programme, I definitely will be one of them later. :)

Seriously, I feel so happy, excited, over the moon etc, by the time I heard about this programme. It may looks new in our country, but in other countries especially western countries, this plan has been introduced decades ago. Through this adaptation, I can assure that each and everyone of us have our right to received better education. There is no way for us to escape from receiving education either in school, home or even hospital.

I would love to participate and volunteer in this programme. Even I must attend some courses specifically based on this programme later. The reason is, I can get the feeling of being a doctor in hospital at the same time. Hahahaha.

So dear friends, have you ever heard of this greeting, "SELAMAT PAGI CIKGU DR. FATIN?"

Well, Allah have a better plan for me. Ya Rahman Ya Rahim. In sha Allah :)

*well, my language looks way better in BM than in BI. This is what we called as MBMMBI, where a future English teacher still practising her Malay language. Heeee. Berilmiah sungguh. Till then, Assalamualaikum. Apa yang kurang, maaflah. Hanya bercakap menurut pandangan peribadi saya. Sekian :)

Wednesday, September 25, 2013

2 minutes break..

Assalammualaikum and hi!

Today is my mom's birthday and F's mom's birthday. What a coincidence with 1 year different in age after all. Sanah helwah Mak and Ibu. My endless love for both of you is like an ocean which has no ending of flowing. Gittew? ;)

It's been a while since I last join Forum. Now I have to get ready to represent my IP off to Perak this upcoming Tuesday. With my batch-mates. That's good by the way! *okay enough

Actually I want to tell something but I forgot what is it. Biaselaa orang dah tua ni agak nyanyuk.

A vey short post will do though. Till then, assalamualaikum. Kalau dah ingat baru update lagi. Even I have to update twice. *hugs

Monday, September 23, 2013

Random talk..

Assalamualaikum and hi dear aunts and uncles. (wah wah wah, semenjak dinobatkan bakal menjadi makcik ni semua orang mahu dibahasakan sebagai makcik pakcik. ihiks)

Alhamdulillah, my first 'piece' dah dihantar kepada kak Emy untuk di-check and still waiting for the respond. Takda rezeki kita dapat cuba lagi lain kali kan? Hopefully diterima lah. By the way, I am writing short stories dulu sebab novel perlu banyak research. :)

Speaking of writing, I did mention about this interest before. Saya dah tulis few short stories and I chose the second cerpen untuk dicuba nasib. Mana tahu tuah ada, dapat publish. Aminn. Saya dah tulis novel tapi kena add on few things so still tergantung. After all, sangat busy dengan aktiviti, events maktab, assignments, dengan nak fly ke Perak lagi untuk Forum Bicara Siswa and the upcoming exam of course. Maybe I'll continue my writing especially novel, during the semester break. Soon baby soon.

I asked my co-pilot to help me later. Yeay, he is willing to. At the age of 20, there are lots of research or things that I have to explore in order to come out with a serious piece of writing. I have to get prepared, to run here and there, doing interviews, going to library and perhaps reading other books. From my point of view, an excellent novel is something which has contents and facts. Takmau la kita tulis dari hati semata-mata tanpa quote dari mana-mana sources untuk menyokong idea kita.

Okay, let say we want to write about a culture of specific race, we need the fact. We have to state the fact. Jadi we need to put some proof based on masyarakat sekeliling. Kan?

*Inilah padahnya kalau boring sangat assembly pada awal pagi Isnin lepas tu terus ada forum integriti. Boring tahu. Monday blues! I have nothing to say and this post ended up with these things - I just type out what my mind said. On the spot. Jadi ketunggang-langgangan bahasa, YGS etc adalah perkara biasa. Typical me.

Sekian. Doakan saya. Salam and selamat berminggu integriti diucapkan kepada warga IPG Kampus Rajang.

Friday, September 20, 2013

Call me Auntie!

Assalamualaikum and Hi!

I know most of us are talking about iphone ios 7 thingy but I'm not gonna talk about this ios7 because I'm not an Apple user. Trending okay! Instagram, Twitter, Facebook etc suma cakap pasal ios7. Bukan tak minat tapi a bit dengki lah sebab tak tahu apa kan. :p Just a loyal Nokia user and newbie to Samsung after all. Apple is too much for me as I'm not afford to buy Apple's gadgets. Kalau Apple buah tu mampu lah saya. lols I mean for now gadget tak mampu lagi. Wihihihih

Okay cut the crap! Let's read about the thing that I really want you to know. Shall I proudly announce I'm a happy new Aunt? Hahahah. Yeah, I know I'm not really a  new auntie but I don't know why I'm too excited, over the moon, happy (same meaning) to be a new Aunt to Kak Ija's baby. I know it's too early to say so tapi kakak tinggal tunggu masa nak deliver, so boleh lah announce. Nanti baby dah keluar baru update lagi lah eh? lols

Paternal side memang saya dah jadi Aunt. Can you imagine that the eldest nephew is 18 years old now? Haa, tak baru lagi dah kan? Tapi since I rapat dengan F's sister, haruslah I happy sangat-sangat dengan her newborn baby. Kalau kakak sendiri (Along) dah kahwin and dapat anak lagilah saya happy kan? Wahhh, lambat lagi rasanya si kakak bak kata dirinya sendiri. Anyway, jodoh di tangan Allah.

So people, saya kan a happy Aunt, so I admit that I'm a bit busybody lah. Umm don't care! Hahahaha. I told F, this baby is going to be my favourite nephew / niece. F dah jadi Pakcik lah! He insisted to call himself "Uncle Amie" later because the "Pakcik" is quite old. But I like to call him Pakcik sekarang. Bagi dia sedar sikit dia sebenarnya dah tua. *kejam

I knew from F just now that Kakak went to see the doctor earlier today. The doctor told her that the baby is a boy after being "scanned" by the doctor. Hmm, I'm a bit frustrated because I do hope that the baby is a girl. Even F guess that the baby is a girl. Tapi semua tu kan kerja Allah. Kakak leave a message in the Fb and told me about the baby's sex. Hahahah

Dengan kejamnya saya reply, jimat lah duit sebab kalau barang baby lelaki, agak terhad kan. I know it's early to call me a mummy. Mummy-wanna-be perhaps. Tapi saya suka tengok barang-barang baby. Kalau nak beli pun untuk cousins untuk anak kawan. Best tahu tak perasaan itu! Tengok cute little angel pakai barang yang kita bagi. Touching jap!

F and I planning to give something to the baby later. So, in sha Allah, after kakak lahirkan baby, I will show the "something" here. And the baby of course! Suddenly I feel appreciated pasal kakak tanya my suggestion about the names. Here I come, macam nak bagi nama pelik-pelik tapi takda makna tak best kan? So kalau lelaki, seriously, I only have for my own future boys! Nama memang diminat dan disimpan sejak sekian lama untuk sendiri. Kalau baby girls, Auntie Fateen adalah banyak suggestion. Lols. Yeah, due to my interest dominant ke arah baby girl, that is why I know all about baby girls. Pakaian, style, names etc you can ask me. If boy, perhaps F can help. Tu pun macam takleh caya kan? Hahahaha. F ni blur sometimes so takleh minta pendapat dia lah. :p

I checked a few websites about baby supplies tau. I told F that I want all the things and of course lah F yang bayar. Hahahahaha. I tolong pilih + F tolong bayar = perfect present!


Till then. XOXO. Can't wait to be called as Auntie F! Aunt F and Uncle F = Baby F. Hahah. I got an idea of the baby's name. Starts with F as well so that I can call him Baby F. F jelly sebab the initial F is taken by his first nephew. :)

Assalamualaikum and have a great day ahead dear aunts and uncles!

Thursday, September 19, 2013

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 2.

Salam and hi loves!

Apo kabo? Sihat? Hahaha. Pokoyo nya. Walaupun apa yang hendak dikhabarkan (hah?) ini sungguh basi, tapi ada ku kesah? Hahaha. Tiadalah, sa memang mau kasi tahu sama kamu semua ni.

Last month, ( okay ini memang basi tahap basi yang sungguh) saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa kedua. Guess what, sekolah yang menjadi sasaran adalah my former school. I is happy woh! Jumpa dengan guru-guru.

Sekolah Kebangsaan Tuanku Bagus Sebuyau memang antara sekolah yang tertua di Sarawak. Masa awal tahun 1920 an macam tu lah sekolah ini ditubuhkan. (Kalau tak silap lah. haha)

First thing yang buat saya happy masa PBS kali ni adalah dapat berkolaborasi, berporet (bia bna?), berbincang dan bertukar pendapat dan pengalaman dengan guru terutamanya guru vateran yang pernah mengajar diri ini. Ihiks! Lepas tu, since semua dah tahu kan, tak lah payah mana nak cari tempat kat kawasan di sekolah tu. Cumanya ada beberapa perubahan dan blok bangunan baru. Paling penting! Toilet masih terletak elok di kawasan nya seperti 10 tahun bahkan berpuloh tahun yang lampau. Okay, ini melampau! Out of all places and buildings, why toilet? Entahlah labu, macam cute je. Hahaha

Yang ketiganya (eh tigo ko?) sebab banyak sungguh makhluk yang saya kenali disitu. Bukan adik srmata-mata, cousins, jiran, anak orang kenal dengan saya ni. *Glamorous please! Satu nya yang best dengan komuniti Sebuyau ni, dorang punya respect toward teachers memang tinggi okay! Mereka cepat je kenal sapa cikgu even cilgu baru. Macam saya dengan Ika yang freshie yang belum lagi bergelar cikgu officially, tapi wah wah, golongan makcik pakcik abang kakak di kaki lima kaki empat semua tegur kite tahu! Terharu sampai nak menangis sakan kami yang tengah membonceng motosikal bapak I! *over disini anda perlu abaikan!

Pelajar kat sekolah lama saya ni mostly berlatarbelakangkan keluarga yang susah dan sedarhana. Mostly nelayan dan petani (berdasarkan kedudukan Geografi Sebuyau). Tapi anda perlu take note bahawa anak-anak golong ini cerdik serta mesra lagi mwnghormati guru. Mereka punya sanjung tinggi guru sampai nak jagi cikgu pun ada. Wahh, ini pun saya masih nak menafikan hakikat sendiri bakal jadi guru, sedangkan anak kecil suma mahu jagi guru!

Photo 1: Sendiri gambo di depan pagar sekolah. Dulu mano ado papan tanda sekolah serta pagar begini rupa! Sedih sikit.

Photo 2: Surat layang daripada pelajar

Photo 3: Surprise birthday party daripada students tahun 5. Fact, menangis saya okay!

Photo 4: Hadiah daripada students!

Photo 5: Dengan students yang sungguh playful yet adorable

Photo 6: Mengayat budak lelaki yang tak lama lagi nak mummaiz! haha

Tu jee. Nak berPBS lagi kat SK Tuanku Bagus la. Haha. :)

Salam'Alaykum dan jumpa lagi kawan-kawan!

Thursday, September 12, 2013

Nostalgia

Salam and hi!

Now, I am labelling myself as a zombie. I can't work properly, my face looks so dull and layu, etc. Ini semua pasal tak cukup tidur lah ni!! - insert angry face here. not angry bird

Oh by the way, petang tadi I was flashbacking my childhood memories. I was once a gengsta type of girl. Not tomboy but a bit boyish in term of perangai. Sungguh! That is why up till now, by hook or by crook, I need at least one friend whose spesies is a jantan. Hahaha. Don't know why.

Bila kenang balik banyak gila benda yang memalukan yang saya buat masa sekolah dulu. Masa darjah 6 or darjah 5 (lupa but antara dua ni lah) saya pernah gaduh dengan cousin lelaki yang sama umur. Okay, nama dia Juan (Hazwan). Mula kami gurau main dengan kawan laki yang sorang, then  tak tahu macam mana saya boleh tampar dia. TAMPAR! Bukan acah tapi the real tamparan wanita. Haha. Ohhh, actually dia nak pukul saya guna penyapu so saya protect diri dengan bagi dia penampar dulu. Kalau tak silap Juan nangis and I felt guilty and ajak Izzun pegi toilet. Konon nak mengelak lah padahal takut. Wiwiwi

Masa on the way nak ke toilet tu saya tak sedar pun Juan dengan Dedek follow. Tak semena-mena dia lari ke arah saya dengan bawak satu pohon kayu dari arah belakang. Terus Dedek dengan Izzun jerit. Dedek ni konon jadi Superhero Keluangman la datang selamatkan saya dengan rampas kayu tu dari Juan. Dramatik jugak eh! :p

*kisah ni hanya rakan sama batch UPSR 2005 ja tahu. Family memang tak lah. Kalau tahu mahu ke perang mak bapak kami. Dahlah bapak saya dengan bapak dia beradik. Rapat serta bermuka sama. Anak dorang pulak yang perangai syaitonnn masa tu. Tapi sekarang okay je saya dengan Juan. Juan memang handsome sebab saya cantik. Motip? Kami dari baka akar umbi yang sama. lols

Saya ni masa darjah 6 lagi dah kena duduk asrama. Bukan anak terbiar tapi sebab UPSR lah konon nya. Dapat belajar tekun dan gigih lagi apabila dijaga cikgu tapi sebenarnya nak duduk sama bestfriend. Hihihi. Masa darjah 6 lagi saya dah ada experience dengan histeria ni. Masa budak dorm sebelah kena sampuk, dorm kami yang over reacted. Sampai ada yang menggigil. Orang dorm tu cool je tapi kami pulak yang sibuk ambik wuduk mengaji. Yang non muslims pulak bukak bible. (Note that masa tu kami laij bangsa dan agama duduk sama). Jadi sebagai perempuan macho, saya tetiba azan yang "Allahhu akhbar" tu. Then si kawan pulak sambung sampai selesai. Still, dorm budak yang histeria tu act cool. Tak buat apa. Duduk diam bagus perangai. Dorm budak laki lagi best, dorang siap ketawa pastu buat bising. Hasammm.

The next day, Opie asked me,
"Oi, kau kan yang azan semalam?" and saya buat muka blur, macam tak buat lah. Hahaha. Pastu hantu tu bawak geng dia ketawakan saya dan kawan saya tu lah. Sungguh mereka yang baru nak mummaiz masa tu tiada nilai gentlemen langsung. Sekarang dah jadi bapak dan mak orang dah kawan saya. Kalau baca ni mahu tak keluar lemari setahun semata-mata nak sembunyi dari jadi bahan ketawa. Hahaha. *Oi penyamun! Peduli apa aku! Dolok aku malu, kinek kitak orang gik malu. Siap dalam blog gik ku cita pakey tangga anak kitak orang kelak. Hahaha

Actually banyak benda nak dicerita tapi tak feel sebab update guna phone. Kaku tangan. Guna keyboard jugak nikmat. So, pardon my typo, mistakes etc. Big hug. Salam!

Tuesday, September 10, 2013

Perangai budak baru nak merasa nikmat mummaiz..

Assalamualaikum and Hi!

Mata tak dapat tidur, jadi haruslah semua tab ada semua social notworks. Boring yang Maha Boring. So, I was scrolling my Facebook's timeline and I saw this picture. "Collage" picture to be specific. Hmm, note that this fellow is not my friend in FB. This picture was coincidently (really?) appeared and the moment I saw that picture, I automatically make my eww face. Guess you know how it looks like. :p

Here, I am not saying that I am good so much so you can "label" me as a perfect person. No, definitely no dear friends. I was so shock to see this girl tagging her photos (I think it was not a collage. An album rasanya) to 100 boys and of course la that 100 boys are from her own friend lists.  Pada dasarnya, saya tak berhak pun nak tegur or cakap apa-apa tentang this girl, tapi kan saya macam hairan lah, kenapa nak tag orang, to be specific, boys; dengan gambar-gambar dia yang tayang aset pada badan. Then, boleh lagi cakap, "no bad comment. kalau tak suka sila unfriend" and I was like what? One more thing, saya bukan kawan awak, tapi since awak tag one of my friend jadinya gambar awak masuk dalam timeline saya. EH?

I'm pretty sure that this girl is younger than me. A big question mark in my head! Why why and why this girl need to tag 100 boys dengan gambar dia yang super cantik and letak caption macam tu. What do you expect then? Ada pulak beberapa orang budak cakap sweet la manis la cute la. (maaf, saya tak jealous barang 1 sen pun kalau awak cakap saya jealous.) Bahkan saya rasa hairan. Cukup-cukup hairan. To be honest lah kan, gambar dia tayang 2 aset di atas then making those duck, flamingo and all sort of animal faces dari segenap inci dan angle pastu upload and tag pada anonymous and motip awak nak expect orang bagi komen baik. Agaklah. Yang lelaki memang lah beruntung, barang free kan. Tapi baru umur dalam lingkungan 12-17 tahun, which I personally assume as budak baru mummaiz, tak payah nak show-off sangat lah. Mungkin sekarang ni budak dapat laptop free plus kampung tanpa wayar lagi plus orang sekarang memang reti berFB je. Kalau blog, twitter or keek dah popular nanti, tak payah nak hairan lagi pelik benda yang orang post. Jangan cakap benda yang belum pasti jadi, yang sekarang ni pun dah macam-macam.

Kalau gambar yang dia upload berkualiti tinggi guna DSLR okay lah sikit.lol. Tapi guna phone biasa, guna singlet hitam yang guna masa pakai kurung sekolah, seluar pendek thigh. Hmm, high class tak eh? Bukan menghina miskin kaya or status orang. Tak sama sekali. Tapi berpada-padalah. Kalau jenama minoshe sekalipun, buat apa nak tayang. Lagi satu, awak tu muslim adik. Tanam kan sikit rasa malu. Sikit pun jadilah. Boleh upload gambar tapi kena filter. Nak jugak upload gambar macam tu, boleh. Tapi kena setkan private view lah dulu.

Fikir pada kesan masa depan, kalau ada insan yang lompong jugak, dia cari adik, dia ngap adik (Nauzubillah..saya tak doa. Itu contoh sahaja), adik terpregnant, ada tak adik fikir? Bersyukurlah, dapat lappie free kerajaan bagi (saya tak dapat), dapat wireless free (kampung saya takda, kampung jiran ada) gunalah dengan sebaik yang mungkin. Boleh bersosial, berfacebook (ingatan untuk sendiri) tapi kena pada tempatnya. Kalau add cikgu, cikgu nampak macam mana? Dah cikgu tegur awak, awak marah, sumpah seranah cikgu, pastu cikgu tak berkat ilmu awak. At the end of the day, apa hasil awak belajar? Saya dulu memang naif and nak dipendekkan cerita, I'm perfectly imperfect. Saya tak mention nama adik sebab satunya, nama panjang tak reti nak baca plus ada huruf besar huruf kecik (serious ingga) dua, kalau tahu nama pun hmm tak payah lah kot nak bukak aib adik lagi since ni pun macam aib kalau adik baca and thirdly, saya tulis ni leboh merujuk kepada sendiri. Self-reminder. Saya compang camping, lompang, rongak dalam perkara yang perlu tapi saya cakap benda macam ni, saya rasa tak layak, cuma saya nak kongsi sebab saya nak ingat sampai bila-bila. 

Post lah gambar awak sendiri banyak-banyak, tapi kena ada kesopanan sikit. Jangan dedahkan apa yang tak patut didedahkan. Simpan untuk sapa yang berhak. 

Maaf kalau ada yang terasa dan kalau yang marah saya, drop your comment, let me know it. Saya try perbaiki. Dan saya akan publish untuk orang tengok jugak. Salam *hugs

Monday, September 9, 2013

Newbies!

Salam and hi dearies, shall I say I'm a happy teacher today? Well, before I change the description of my Instagram to the new one (more formal perhaps), the description was (someone who is outdated and noob). Yeah, noob. One of the reason is - this application. If you notice, this blog post is quite different from the previous one, and you asked why? I've downloaded Blogger application from google play and guess what, I am 'sakai'! Guess I will update more often nanti. Till then. *hugs

The photo was taken last Saturday during my groceries shopping with my nak leput family.

Friday, September 6, 2013

Bersederhanalah..

Assalamualaikum and Hi!


Dulu masa kami bertiga (belum ada Effa, Mukhriz dan Irfan) hidup kami cukup untuk apa adanya. Asal kasih sayang Mak Bapak melimpah ruah, itu sudah cukup bagi kami. Tak perlu nak membeli teddy bear besar, tak perlu juga kereta control dan mainan hebat seperti saudara mara kami yang lain. Mengapa saya cakap teddy bear, sebab dari kecik lagi Mak tak mahu membiasakan kami dengan barang permainan. Mainlah apa yang ada, yang ibu-ibu (makcik) beli, nenek beli, yang Mak dan Bapak telah sedia beli, itu sudah lebih daripada mencukupi. Sebab apa saya kata teddy bear, dari kecik lagi saya taka da teddy bear yang besar! Besar tapak tangan, yang sedang-sedang sahaja. Yang mampu dimiliki itu sudah cukup. Umur 17 tahun baru saya ada teddy bear besar saya SENDIRI. Kesian? Tak usahlah, ilmu ada itu sudah cukup.

Masa itu, Bapak bekerja sebagai seorang buruh. Mak pula suri rumahtangga. Kekurangan, tidaklah! Kami bahagia, saya tetap bersyukur. Duit bukan dapat membeli kebahagiaan. Sekiranya mampu, berapa orang sahaja yang saya lihat yang kekal lama dengan kebahagiaan yang tercipta daripada wang ringgit. Didikan dan kasih sayang adalah kebahagiaan bagi kami bertiga.

Saya hairan, mengapa perlu mempersoalkan tentang duit dalam kehidupan seharian kita? Adakah duit itu jaminan kebahagiaan? Adakah duit itu dapat dijadikan sebagai kayu ukur kejayaan kita kelak. Orang yang kaya itu bukankah dia bermula daripada zero? Bapak dulu ada sebuah motosikal. Motor itulah dibawak ke hulu ke hilir dengan kami bertiga. Alhamdulillah hujan panas kami redah pun bahagia dan mampu tertawa.

Bapak saya orangnya strict. Masa kami bertiga mula bersekolah dahulu, boleh kata setiap minggu kena spot-check buku-buku latihan. Anaknya pula memang nakal. Buku yang banyak tanda pangkah da nada komen negative daripada guru, kami sembunyikan bawah katil atau di celah-celah bantal. Cara Mak dan Bapak mendidik sama sahaja macam ibu bapa lain. Tiada istilah dera atau paksa. Semuanya tegas tetapi tetap mementingkan kasih sayang.

Oh, dulu mana ada feri macam sekarang kalau nak pergi Kuching. Kena naik bot express ataupun bot laju. Selain daripada tiada tujuan penting, keadaan pengangkutan yang agak payah menyebabkan kami jarang pergi ke Kuching. Bagi kami, ke Kuching pada suatu ketika dahulu umpama pergi ke KL kita pada masa sekarang. Agak payah. Pernah suatu masa dahulu, saya menangis kerana terlalu ingin mengikut nenek ke Kuching. Dengan muka basi baru bangun tidurnya, menangis dengan teruk hanya kerana ingin ke Kuching. Bukan ingin menggambarkan susahnya hidup atau desperate nya saya, tapi itu adalah realiti kehidupan. Bukan untuk dibeli dan disesal tapi cukup untuk mengajar kita erti usaha dan syukur. Bukan tak pernah pergi, dan yang paling buruknya pun 2 kali setahun. Macam mana pulak dengan keluarga lain yang memang tidak pernah menjejakkan kaki pada masa itu.

Susah tidak, senang pun tidak. Tapi kami tetap bersyukur dan menerima. Orang membandingkan mak dengan mereka, Mak tak ambil pusing. Mungkin sekarang baru saya tahu (setelah saya faham apa yang sesetengah orang cakap)  dan itu menyebabkan saya benci dengan orang tersebut dan saya mula mengatakan sesuatu yang mampu menyakitkan orang tersebut. Mak suka? Tidak, tapi mak marahkan kami. Mak cakap bertahun-tahun dah dia dengar benda yang sama tapi dia tak pernah ambik kisah. Cukup pada suatu masa nanti, dia yang akan bercerita kisah gembira dalam hidupnya. Melihat anak-anak Berjaya dan memiliki masa depan untuk dia dan Bapak cukup. Lebih membahagiakan dan dia akan bersyukur. Cukup bagi dia andai Allah membahagiakannya dengan cara lain, Mak Bapak gembira dan bersyukur. Tidak perlu harta kekayaan sekiranya kekayaan ilmu anak-anak dan diri sendiri membahagiakan mereka.

Alhamdulillah, Allah itu Kaya dan Mengasihi. Mungkin terlalu awal untuk saya berkata tapi fahamilah, saya bukan meriak. Dengan perlahan rezeki datang dan Bapak bekerja dalam sector kerajaan. Bukanlah orang besar dan pangkat tinggi tapi cukup untuk menambahbaik apa yang dulunya tiada. Dengan anak sulung, Nurul Syafika telah bekerja sendiri, saya, Nurul Fatin, menjadi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dan adik, Mohd. Fuad Afzul sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Cukuplah, kami bersyukur. In Sha Allah pada masa datang, Nurul Farah Nabila, Mohd. Mukhriz Farhan dan Mohd. Farish Irfan akan mencari kejayaan mereka masing-masing. Dan masa itulah kami membuktikan bahawa tidak perlu ada harta yang banyak dan nama yang tinggi (konon nya orang Besar), kami mampu dan bersyukur. Itulah nikmat orang sabar.


Cukuplah kami bahagia tanpa gangguan tanpa kekayaan yang banyak sehingga menyebabkan kami alpa. Kami bersyukur.

Karya anak kedua

2 Sep. 13 (11.35 pm)


p/s :Sebenarnya lama dah tulis, seperti dalam tarikh di atas tapi baru nak copy paste. hugs. salam'alaykum :)

Monday, September 2, 2013

The value of "I love you".

Assalamualaikum and Hi!

Maaf, update ini agak Emo. Agaklah. *Urut dada.

Well, I'n not good in showing love, affection, care etc. But it is my passion on showing my anger and hatred. In this case, I'm not trying to impress people of my perangai or whatsoever, tapi saya hanya rasa terpanggil (seriously?) untuk menyatakan siapakah diri ini sebenarnya. Okay, boleh muntah sekarang! :p

Nak cakap apa eh? Sejam yang lalu dah benda kat atas ditulis, ada discussion then bukak balik terus lupa. Haih!

Saya sendiri kata, (no need people to judge you, only you yourself know who you really are) saya tak pandai tunjukkan rasa ambik berat, prihatin, sayang, cinta (oh ya?) dan apa lagi eh, dan yang sewaktu dengannya lah. Yes, itulah saya. Even dengan parents sendiri saya jarang cakap I love you. In this case, jangan cakap melulu dengan parents saya tak mahu cakap tapi dengan boyfriend naik jenuh telinga awak dengar saya cakap I love you. Okay, ini tidak sama sekali. Dengan F sekalipun saya lokek bagi ucapan I love you tau. Dia yang selalu cakap i love you suma. Dalam kes ni, kawan pulak yang saya selalu cakap I love you. Pada dasarnya main-main lah, tapi kadang-kadang saya maksudkannya. Maaf, saya bukan lesbian, saya lurus lagi. I love you ni boleh cakap dengan kawan jugak lah! :)

Personally, cukuplah bagi saya, dalam hati saya tahu yang saya sayang sayang keluarga saya, F saya, dan kawan-kawan saya. I love you daripada saya mahal harganya. Bukan boleh kutip kat traffic light Jalan Satok dengan sesuka suki kalian. I love you saya ada banyak versions. Ada yang selalu tulis kat posts update tu love public, yang diucap dalam SMS macam selalu tak best jugak and yang paling mahal i love you pada masa tertentu. 

Someone deserves my "i love you" atas dasar ada sentimental value yang berlaku. Bukan value yang kita dapat apabila terima hadiah daripada orang. Macam mengampu pulak nanti kan? Tak best la kalau takde keikhlasan dan keinginan yang tulus untuk cakap I love you tu. Jiwang gila aku! Kalau saya simply say I love you without honesty or actually-i-don't-mean-to-say-so, baik saya jual i love you saya kalau itu mampu buat orang rasa suka or bahagia. Tapi permasalahannya disini, adakah orang yang nak membeli? Hahahaha.

Mungkin dalam sesetengah perkara, saya ni main lantak marah or tengking or bermasam muka dengan sesiapa kalau orang tu "pooping" me. Kiranya, kalau nak marah senang ja perasaan marah tu sampai kat orang, tapi kalau nak lovey dovey macam harammm ja orang nak faham. Kan?

Moral of the story, saya tak reti nak tunjukkan kasih sayang dan keprihatinan kepada orang yang saya sayang tapi reti (pro pulak tu), nak tunjukkan kemarahan dan kebaranan depan mereka. Entahlah, rasanya saya ni kurang perhatian kot. Dah tunjuk marah orang senang nak detect, cara tu lah nak attract attention mereka. Kesian.  Oh kesian. Sadism theory applied! 

Macam ni, awak semua pun naik berbulu kalau sentiasa dengar saya cakap I love you, saya sayang awak dan kalau saya cakap "Eh Jompot, aku ambik berat pasal kau tahu? Kau je yang tak perasan and tak menghargai aku sebagai insan penting dalam hidup kau!". Bagi saya tak perlu lah kot, nak cakap semua tu. Ego, ya saya ego. Mungkin ego tu wujud sebab taknak pihak cakap saya showing off my affection. 

Paling sadis pun, dah meninggal orang tu, baru orang sekeliling dia perasan yang dia tu dulu seorang yang caring, yang penyayang etc. Yelah, orang dah takde, memang ada ketika kita recall those days yang kita lalui dengan mereka. Masa tu, mak menyesal, frust menonggeng pun tak guna. Tapi saya percaya satu, Allah tetap bagi ganjaran pada mereka yang ikhlas.

Tu jeeeeeee, hugs! XOXO  *sorry lah kalau thought saya macam tak boleh terima tapi tak kisah lah sebab awak dah baca sampai habis dah pun. ihiks :p  Salam!