Monday, August 11, 2014

Syawal's Cerpen: Setia Menunggu

Assalamualaikum and Hi!

Hola everyone, how are you guys doing? Oh, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Fatin (Batin) too. Ihaaaa! Well, I'm not going to mumble about my raya story here because I'm going to post my cerpen. Yeah, to sum up my Raya, it was kind of awesome at first, but later it made my cryyyyy because knowing the fact that F is not with me. *wails*

And I'll be away for 3 days camping for this week and 4 days camping until SATURDAY FOR GOD'S SAKE next week guys. This is not cool I know but do I have any choice here? NO right? So, serve me right. Spending my nights in the camp with all the mosquitoes ans leech and ufthhhhh whatevs! You wanna complaint pun tak guna. LOL

 So, feel free to comment alright?

Miss Sofea? Oh don't worry, there are Sofea, Faiq, Ann and Em in this cerpen too. You wanna know, you have to read it until the end. Okay, I have to go. Assignments are waiting. Muahhh! Love you bunch xx.



Setia Menunggu (Syawal’s Cerpen)
Cuti tak approve. Again.

Whatsapp yang ringkas dihantar oleh suaminya membuatkan Elle terkaku dan tak membalas pesanan whatsapp suaminya. Walaupun setelah 5 minit si suami menelefonnya, Elle tak mampu untuk mengangkat telefon. Selama 4 tahun mereka bersama, tak pernah walau sekali pun mereka tidak beraya bersama. Sebelum berkahwin, selepas mengenali suaminya, Zarith, pun mereka tidak pernah berenggang walau sekali.

Ujian. Dugaan. Barangkali. Tapi, dalam tahun itu sahaja, mereka sudah diuji dengan bermacam-macam perkara. Bermula daripada masalah pelajaran Elle sehingga ke masalah kerja mereka, sehingga kepada masalah mereka sekarang. Akhirnya, dia membalas pesanan Whatsapp daripada suaminya yang sudah lama terbiar begitu sahaja.

Saya dah pilih tema baju raya kita. Brown! Saya beli kain kita masa keluar dengan Mama. And semalam dah hantar kat tailor.

Telefon berbunyi. Kali itu Elle sudah tidak dapat mengelak lagi, dia terpaksa mengangkat telefon. Lama mereka diam tanpa sebarang kata, akhirnya Zarith memulakan perbualan.

You know.. I’ve tried few times. Orang baru macam saya memang takkan dapat cuti pun.”

I know..”

Sayang, kalau awak nak saya resign, saya…”

“NO! We talked about this. Please. Let’s give it a try.” Elle memintas kata-kata Zarith sebelum Zarith membuka semula masalah yang mereka sudah sama-sama selesaikan tak lama dulu.

“Sayang, kita tak pernah macam ni tau tak. Tak pernah raya berasingan, duduk berasingan. Buat semuanya berasingan.” Zarith mengeluh. Elle terdiam sebelum bersuara semula.

I just need support. Awak lelaki, kalau dah mengeluh macam ni, macam mana pulak dengan saya?” Cakap benda yang remeh dah buat air mata Elle mengalir. Serius, dia rindukan suaminya. Baru 2 bulan berjauhan dah macam hilang arah.

Dulu dia ke hulu, Zarith pun ke hulu, dia ke hilir, Zarith pun membontoti dia ke hilir. Nak pergi ke kampus, suami yang hantar dan ambilkan. Nak pergi shopping, suami yang jadi peneman, jadi bodyguard, yang beri pendapat sama ada barang yang dipilih sesuai ataupun tidak. Sekarang, kalau tak jadi lone ranger, mesti ikut Mama kalau nak pergi ke mana-mana. Kawan-kawan pun jarang nak keluar bersama, jadi Elle memang tak keluar sangat. Apatah lagi bila dah memegang status sebagai isteri orang. Mana nak keluar rumah sebarang.

Sudahnya, perbualan mereka terputus apabila Elle tertidur. Nasib baik keputusan sudah dibuat. Elle beraya di rumah Mama dan Zarith beraya di tempat kerja. Dah nama on-call, mana ada masa nak beraya. Pulak kena suruh travelling pada bila-bila masa sahaja.

Tahu dengan perangai si isteri yang tidur mesti conquer seluruh katil, Zarith tersenyum. Walaupun secara zahirnya dia tak nampak, tapi dia tahu. Whatsapp dihantar lagi kepada isterinya.

Night sayang. Love you. Sahur jangan lupa. At least take your honey star! Sending hugs from here. Sleep tight, love.

Bangun sahaja untuk bersahur pukul 4 pagi itu, Elle meraba di bahagian tepinya. Seperti malam sebelumnya, tempat itu kosong. Masih tiada Zarith. Yang ada Cuma bantal dan baju yang telah dipakai oleh Zarith di sebelahnya.

Well Elle, life must go on. Your husband is not leaving you. He’s working and stop being a cry baby.

Beberapa hari lagi nak raya, Elle dah balik ke rumah Mama. Dah nama suami tak ada, kenalah keluar dengan kawan-kawan dengan keluarganya untuk shopping raya. Memang raya tak ada feel sangat bila Zarith tak ada. Nafkah duit memang suaminya sentiasa bekalkan, tapi bila dah pijak kaki kat dalam pusat beli belah, mood membeli barang raya hilang terus bila teringat tak ada teman nak diajak bertekak bila dia tersalah pilih barang.

Masa berbuka puasa dengan kawannya petang itu, dia hanya mampu mendengar kawannya bercerita tentang persiapan raya, tentang berapa pasang baju raya yang dibeli, kasut, handbag baru dan nak buat kek raya apa nanti. Dah habis waktu berbuka, mereka sambung balik menyukat pusat beli belah. Tak cukup masuk ke satu kedai, masuk lagi ke kedai lain. Normallah kalau dah nama perempuan. Bila belek-belek heels dekat Vincci tapi tak bernafsu nak membeli, dia terus cakap dekat Hani yang dia nak ke toilet, padahal dia curi-curi masuk ke dalam MPH.

Tipikal Elle. Kalau dah masuk MPH, perangai dia mesti nak kena duduk di kawasan tersorok ataupun di tepi rak buku. Dah pilih buku yang nak dibaca, dia akan menghabiskan masa bersandar di kawasan tepi rak dengan membaca. Tak padan dengan status isteri orang. Dulu, masa belum berkahwin, lagilah dia suka menghabiskan masa berjam-jam di MPH membaca buku, sebab dulu mana berani nak mintak duit Papa untuk beli buku banyak-banyak. Pulak buku yang dibacanya bukan buku tentang pelajaran. Bila telefon berbunyi, baru Elle perasan yang dia sudah duduk dalam 15 minit di dalam MPH.

Where are you, sayang? Saya dengar bunyi budak.” Bila Zarith bertanya begitu, barulah Elle perasan yang dia salah tempat landing. Dia elok baca Hunger Games dekat kawasan kanak-kanak. Patutlah dari tadi dia hanya perasankan budak-budak yang lalu di sekelilingnya.

“Oh maybe this book Mommy?”

“Ask Daddy first, Sofea.” Seorang ibu muda yang menyorong stroller datang kepada budak perempuan kecil yang sedang memegang buku kanak-kanak. Tertarik dengan wajah comel budak perempuan itu dengan loghat Bahasa Inggeris yang tak menampakkan langsung bahawa dia anak Melayu.

“Daddy, can Faiq and I have this book?” Mungkin Faiq yang dimaksudkan adalah bayi yang berada dalam stroller. Lelaki yang memakai t-shirt Quiksilver biru laut itu duduk mencangkung di depan anaknya dan membelek buku yang ditunjukkan.

“Okay darling. We take this. Jom, we need to buy baju raya for you and Faiq.” Sebelah tangan lelaki yang tinggi lebih kurang ketinggian suaminya itu mengendong budak perempuan yang bernama Sofea dan sebelah lagi menolak stroller bayi menuju ke kaunter pembayaran.

“Sayang? Still there?” Zarith bertanya lagi kepada Elle yang leka memerhati telatah budak perempuan kecil itu tadi.

“Oh, MPH. Wrong section.” Akhirnya dia dan Zarith sama-sama ketawa kerana Elle boleh termenung tanpa menjawab pertanyaan suaminya. Tak lama pun cakap dengan suaminya. Tanya perkembangan harian dan si suami terus bergegas ke tempat kerja sebab ada mesyuarat. Jam pukul 830 malam pun ada mesyuarat.

Baru nak menyambung bacaannya, telefon Elle berbunyi lagi.

“Yes sayang. Anything else to say?” tanpa melihat skrin telefon, dia menjawab semula panggilan.

“Banyaklah kau punya sayang! It’s me, Hani! Nature call or book call, Madam Ellisya?” Mestilah Hani tahu bila Hani sudah mencarinya dalam MPH dari tadi dan sengaja mengenakannya padahal Hani sendiri dah berada di depannya. Sudahnya Elle hanya ketawa. Memang Zarith, Papa, Mama, mahupun Hani tahu mana nak cari Elle bila dah hilang lama dalam shopping complex.

“Dah habis memborong? Kalau dah, balik lah jom!” Elle terus menarik lengan Hani disebelahnya dan menuju ke kaunter untuk membayar novel yang dibelinya. Bukan satu tapi empat novel sekali yang dia borong. Bila Hani terkejut, dia cakap dia beraya dengan buku tahun ini. Baju raya pun sepasang dan sama dengan suami. Tapi suami pun tak balik. Hilang mood!

Balik rumah pun Elle masih bermalasan di atas katil sambil menghidu bau buku yang baru dibelinya. Memang satu lagi perangai pelik Elle adalah suka mencium bau buku yang baru dibeli. Baru nak layan mood bergolek-golek di atas katil, terus dia teringat dengan assignment yang banyak akan dihantar selepas raya, terus dia mengeluh. Dengan malas dia turun semula ke bawah. Kira nak buat cake. Nanti tak ada masa nak buat sebab dia kena tolong Mama kemas rumah. Memang dari dulu lagi Mama tak suka tempah kek dari orang. Selalu buat sendiri. Lagipun Elle sendiri suka baking, memang dialah yang akan volunteer bekerja dengan Mama di dapur.

Baru sahaja nak keluarkan bahan-bahan nak buat kek, Mama muncul dari ruang tamu.

“Buat cake untuk sendiri jugak, mertua jangan lupa.” Elle yang sedang berdiri di depan peti sejuk terus terduduk.

“Aduhhhh! Maaaa! Lupa nak belikan extra bahan!” Macam budak kecil bila dia bercakap dengan kepalanya dihalakan ke dalam peti sejuk.


“Mama ada beli extra. Tengok kat dalam cupboard.” Selesai membuat minuman panas untuk Papa, Mama terus ke ruang tamu semula meninggalkan Elle yang masih duduk di depan peti sejuk.

Telefon di jeans dikeluarkan. Mesej atau whatsapp dari suami pun tak masuk. Yang ada notification Facebook dan Instagram. Elle berdiri semula dan masuk membontoti Mamanya.

“Aik, kata nak buat cake?” Mama hairan dengan Elle yang turut sama duduk disebelahnya.

“Tak ada mood lah Maa. Bahan masih lagi tak cukup. Esoklah.” Elle menjawab malas. Mata tertala di TV. Mama dan Papa layan cerita White Chick yang dah lama. Bila masa pulak cerita itu disiarkan pada waktu malam.

“Zarith tak ada cuti, betul ke?” bila Papa dah Tanya pasal Zarith, terus Elle bangkit. Nanti tak pasal-pasal menangis bila Mama dan Papa Tanya soalan lain.

And I need you
And I miss you
And now I wonder....
If I could fall
Into the sky
Do you think time
Would pass me by
'Cause you know I'd walk
A thousand miles
If I could
Just see you
Tonight!” sambil mendaki satu per satu anak tangga menuju ke biliknya, dia menyanyi. Antara soundtrack cerita yang sedang ditonton oleh Papa dan Mamanya di ruang tamu tadi. Papa sengaja tanya padahal tahu yang Zarith tak dapat cuti raya pun. Dari atas dia dapat dengar Mama dan Papa ketawa. Kan betul, Papa Mama sengaja nak kenakan dia.

Bila jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi, Elle masih lagi khusyuk membaca novel yang baru dibelinya di beranda bilik terkejut bila telefonnya berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Zarith yang baru habis mesyuarat. Dalam perbualan mereka, Zarith memberitahu dia akan pergi travelling masa malam raya sehingga raya keempat. Dan bantal Zarith yang menjadi bantal peluknya selama berjauhan dengan Zarith adalah tempat dia mengelap air mata yang jatuh.

Menangis macam budak-budak. Dia rindukan Zarith. Dengan jadual kuliah yang padat, jadual Zarith yang langsung tak ada masa untuk berehat sendiri, sedar tak sedar mereka dah 2 bulan berjauhan. Hanya Whatsapp, panggilan telefon dan Skype jadi peneman. Skype pun baru sekali dua. Kalau tak hantar gambar masing-masing di Whatsapp, boleh-boleh Zarith terkejut tengok rupa dia sekarang dah makin susut. Bukan sebab bulan puasa, tapi tak ada selera makan.

Sejak berjauhan, dia selalu berkecil hati dengan Zarith. Bukan salah Zarith kerana tak ada masa untuk diluangkan bersama, masalahnya dia sendiri pun sibuk sampai jarang nak pegang telefon. Awal pagi dah ada kuliah sampai petang. Balik-balik terus terbongkang atas katil dalam bilik, bila bangun solat dan makan malam ataupun berbuka, dia terus berkejar-kejar nak siapkan tugasan kuliah.

Hairan jugak Elle dengan dirinya sendiri yang agak malas kebelakangan itu. Paling teruk bila dia kerap marah-marah semasa bercakap dengan Zarith dalam telefon. Bukan ada benda yang nak digaduhkan, tapi dia sendiri pun tak tahu perangai dia. Mengandung? Ish, takkan lah kot. Atau mungkin betul?

Kalau nak kira kalendar waktu dia datang bulan, memang tak boleh pakai langsung. Tak teratur. Bab skip period sebulan memang perkara biasa. Jadi, dia tak boleh nak harap sangat tekaan menggunakan kaedah skip period. Mengenangkan perkara itu, dia teringkatkan budak perempuan yang bernama Sofea di MPH yang dia lihat pada hari sebelumnya. Comel. Macam kedua-dua ibu bapanya. Tengok pada gaya ibu bapa Sofea pun, Elle dapat agak yang mereka masih muda dan sama berkahwin muda sepertinya. Tapi mereka dah ada dua orang anak, sedangkan dia dengan Zarith masih lagi belum ada anak atas alasan Elle masih lagi belajar.

Nak menangis sampai terguling-guling di balkoni pun tak guna bila hakikat suaminya tak balik raya tak dapat diubah. Elle masuk ke dalam biliknya. Masih terfikirkan perkara yang bermain di fikirannya. Masa terakhir dia datang bulan adalah dua bulan lepas. Dia mula teringatkan sesuatu. Dia tak makan ubat yang selalu dimakannya sejak empat tahun dahulu. Mungkin sebab itu yang menyebabkan kemungkinan dia tidak datang bulan.

Nak telefon semula Zarith untuk memberitahu dia taknak sebab tahu mesti suaminya sudah tidur kepenatan. Esok si suami kena ambik penerbangan jauh sebab ada kursus. Takkan nak kusutkan fikiran Zarith dengan benda yang belum tentu benar.

Selepas habis kuliah pada jam 5 petang, Elle terus pergi ke farmasi. Dia sendiri keliru nak pilih pregnancy kit yang mana satu sebab segan nak Tanya dengan pekerja. Akhirnya dia mengambil dua jenis pregnancy test di atas rak. Satu yang digital dan satu lagi yang dia selalu nampak digunakan oleh orang. Balik di rumah dia tak terus membuat ujian air kencing kerana tak nak buang mood nak baking cake di dapur. Selesai menyiapkan 3 kek raya dan 2 kek untuk mertuanya, dia naik ke atas. Masa berbuka pun dia tak ada selera nak makan nasi. Nampaknya, tahun itu, Elle akan tamat puasa!

Dah selesai mengemaskan diri barulah Elle mengambil pregnancy test yang disembunyikan di dalam beg sandangnya. Lagak Elle memegang kedua-dua kotak pregnancy test yang dibelinya seperti orang yang memegang benda terlarang. Dengan tangan berketar, hati berdebar, dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi.

Elle terbangun pada jam 8 pagi apabila terkejut dengan mimpinya sendiri. Sah dia tak bangun sahur sebab macam mana Mama dan Papa berusaha nak bangunkan dia tadi, dia tetap tak bangun. Elle berlari semula ke dalam bilik mandi dan mencari pregnancy test yang dibuangnya di dalam sampah di tepi singki pada malam tadi. Teringat semula dengan mimpinya, Elle menangis dan duduk di atas bath tub di tepi singki.

Zarith ada perempuan lain! Macam tak ada mimpi lain. Perempuan yang sama bekerja di tempatnya suka dengan Zarith. Memanglah mulanya Zarith tak layan, tapi akhirnya dia layan jugak. Elle duduk memeluk lututnya di lantai bilik mandi. Tangannya mengusap perut yang masih rata. Dengan perlahan dia berjalan semula ke arah katil mengambil telefonnya di meja tepi katil.

Beberapa kali mendail nombor telefon Zarith, masih lagi voicemail. Pasti si suami masih lagi dalam penerbangannya. Dia hanya menghantar Whatsapp kepada suaminya selepas berkira-kira untuk memberitahu.

Love you. Call me right after awak sampai. Waiting.

Dia memang masih lagi ragu-ragu dengan keputusan pada pregnancy test. Sebab itulah dia nak membuat pemeriksaan di klinik, tapi tak tahu nak ajak siapa. Kalau buat sorang-sorang dia tak reti. Lagipun Elle taknak bagitahu sesiapa selagi Zarith sendiri tak tahu.

Sementara dia menunggu Zarith menelefonnya, Elle menghantar kek yang dibuatnya ke rumah ibu bapa Zarith. Dia hanya singgah dalam 10 minit sahaja  sebab mertuanya kedua-dua tiada di rumah. Yang ada Cuma adik Zarith sahaja. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia singgah lagi di farmasi. Nak beli pregnancy test lagi. Tak tahulah dia nak mencuba berapa kali lagi untuk memberi kepastian bahawa dia memang mengandung.

Selesai membayar di kaunter, telefonnya berbunyi. Zarith.

“Sayang, saya baru landing. Still kat airport.” Zarith memulakan bicara tapi tak mendapat respon daripada Elle. Elle hanya diam dan tak mampu nak menjawab apa-apa kerana masih lagi mencari ayat yang sesuai untuk memberitahu Zarith.

“Elle?”

“Oh, Alhamdulillah. Jadi, bila sayang nak fly sini?” Soalan abuden lagi yang dia tanya sedangkan dia tahu jawapannya.

Well, I try to go back on the 5th Syawal if I can.” Diam lagi.

“…saya rindu awak.” Zarith menyambung kata.

Saya pun.. tapi Elle hanya menjawab di dalam hatinya.

“Saya ada benda nak bincang. But, we can’t discuss it here, on the phone. I’ll wait until you’re back okay?”Elle berjanji akan memberitahu kepada Zarith.

“Boleh awak bagitahu sekarang? Kalau tak,saya tak tenteram nak bekerja.” Zarith mencuba untuk bertolerasi.

“Tak boleh. Banyak saya nak cakap. Tapi memang tak dapat nak cakap dalam telefon. I can wait.” Elle masih berkeras.

“Boleh saya tahu tentang apa?” Dia tahu Zarith memancing untuk dia memberitahu pada waktu itu. Mula memanglah nak tahu tentang apa, lepas tu tanya kenapa, bagaimana, bila, bla bla bla.. Jadi hujungnya, memang dia kena bagitahu.

Please..” Elle cuba untuk bersabar.

Please…..” Zarith pula yang memaksa lagi.

You wanna fight with me, don’t you?” Elle sudah berubah serius. Memang mereka akan bertekak dalam telefon sejak akhir-akhir itu walaupun dengan perkara kecil.

Okay, okay. I’ll wait until we meet. Later.” Zarith terus mengalah bila mendengar Elle sudah mula marah-marah. Serius dia lagi tak suka isterinya marah-marah, lagi-lagi bila berjauhan.

“Okay then. I gotta go.” Elle membuka pintu kereta.

“Love you baby. Take care. Drive carefully.”

Okay.” Terus dia meletakkan telefon di tempat duduk sebelah. Kepala diletakkan di atas stereng kereta. Pening dengan perangai sendiri. Elle masih lagi tak dapat menyesuaikan diri walaupun sudah dua bulan mereka berjauhan.

Dia ingat lagi Zarith membawa baju-baju yang telah dipakaikan sepanjang minggu terakhir mereka bersama untuk dijadikan peneman dia di tempat baru. Tak cukup dengan itu, Zarith bawak bantal dia sekali. Mula-mula dia rasa pelik tapi dia tetap layankan perangai suami.

Selepas berbuka Elle terus memuntahkan kembali apa yang telah dimakannya sewaktu berbuka tadi. Mama dan Papa tak tahu apa-apa sebab keduanya pergi tarawikh. Kalaupun Mama dan Papa ada, dia tak perlu memberitahu sebab Mama tentu dapat mengagak sesuatu. Sudahnya dia berbaring di atas katil. Sakit dada kerana muntah teruk membuatkan Elle lemah.

Dua hari lagi nak raya tapi Elle langsung tidak membuat apa-apa persediaan melainkan membantu Mama dan kakaknya mengemas rumah. Elle memang dari awal lagi conquer bahagian dapur, sebab itulah sehingga ke pagi raya dia hanya sibuk di dapur. Daripada membuat cake raya sehinggalah kepada mengemas dapur. Lagipun dia sangat sunyi sebab Zarith memang tidak dapat dihubungi selagi dia tak online. Semalam Zarith berada di Melaka dan Johor, pada hari itu dia dijadualkan berada di Singapura. Malam nanti dia terpaksa terbang ke Bangkok sebab ada lagi urusan kerja. Elle sendiri tak menyangka kerja suaminya akan membuatkan dia pergi merata tempat.

Sebelum keluar dari bilik pada pagi raya itu, Elle masih lagi muntah dengan teruk. Nasib baik Mama dan Kakaknya masih tidak tahu. Sekali lagi dia membuat pemeriksaan air kencing dengan menggunakan pregnancy test yang dibelinya. Kalau dikira memang agak banyak pregnancy test yang diangkutnya dari farmasi. Belum lagi tengok jenis, memang semua Elle nak cuba gara-gara mahu mengetahui keputusannya. Mana tahu, dari beberapa jenis yang dicubanya ada satu keputusan yang lain. Negatif.

Elle taknak anak? Soalan yang terlalu subjektif untuk dijawab. Bukan taknak, tapi dia masih belajar dan suaminya pulak sibuk bekerja  siang malam di tempat orang. Dua bulan berjauhan mengingatkan Elle kepada kehidupannya sebelum mengenali Zarith. Kalau dah ada anak nanti, macam mana dengan pelajarannya? Zarith ada masa untuk anak mereka ataupun tidak? Siapa nak jaga anak mereka kalau dia dan Zarith sibuk dengan urusan masing-masing.

Anak itu anugerah, Elle. Ayat itu sahaja yang bermain di fikirannya.

Duduk di birai katil sementara menunggu Mama dan Papa balik dari solat raya di masjid, Elle teringatkan semula budak perempuan yang dia temui di MPH seminggu lepas. Ibu bapa budak itu pun masih muda. Kalau mereka boleh, kenapa tidak bagi dia dan Zarith? Bukannya Zarith tak mampu nak bagi kesenangan pun bila dan kerja selalu outstation.

Satu lagi persoalan Elle. Macam mana dengan masa depan dia sendiri? Kalau dah ada anak, macam mana nak bekerja? Macam mana nak keluar bersama kawannya seperti sekarang? Adakah Zarith akan lebih menyayangi anak mereka berbanding dirinya. Makin pening kepalanya memikirkan situasinya sekarang. Selalunya Zarithlah yang akan jadi Master of Universe. Yang membantu dia menyelesaikan masalah.

Sebelum keluar daripada biliknya, Elle menghantar mesej yang panjang di Facebook Zarith. Mesej raya yang paling cliché bagi Elle sendiri. Di hujung mesej itu dia sertakan gambar dia menggunakan baju raya mereka yang sama.

Selesai bermaafan dengan keluarganya dan pergi ke rumah keluarga Papa dan Mama pada raya ketiga, Elle menghabiskan masanya di dalam bilik untuk membaca. Dia sendiri tak sedar yang dia boleh membaca dengan lama sehingga tertidur ketika duduk di balkoni bilik.

Zarith berusaha menghabiskan mesyuarat sebelum raya kelima. Selepas itu dia terus bergegas balik ke rumah mertuanya. Bila dia berusaha menelefon Elle, Elle tidak mengangkat satu pun panggilan. Jadi dia hanya mengagak yang isterinya sedang sibuk melayan tetamu.

Sampai dalam rumah sahaja, dia lihat banyak ahli keluarga yang datang ke rumah. Mata melilau mencari Elle, tapi langsung tak kelihatan. Bila Zarith berjalan menuju ke dapur selepas bersalam dengan Mama dan Papa, kakak memanggilnya dari ruang tamu.

“Elle kat atas. Rasanya tidur. Penat sangat tu.” Terus langkah diatur menuju ke bilik mereka.

Saat membuka pintu bilik, Elle tak ada di atas katil dan dalam bilik mandi. Zarith lihat Elle sedang tertidur sambil bersandar di tepi balkoni. Terus Elle diangkatnya dan dibawa masuk ke dalam bilik. Tengok pada gaya Elle tidur, memang tak akan dapat dikejutkan. Muka pun nampak pucat dan penat. Sementara menunggu Elle bangun, dia masuk ke dalam bilik mandi. Nak membersihkan badan.

Pelik juga Zarith melihat keadaan dalam bilik mandi dan bilik mereka yang agak berselerak. Elle terlalu sibuk sampai tak mengemas bilik dan bilik mandi? Takkan lah orang sekemas Elle tahan melihat walau secebis sampah dalam bilik mandi. Entah kotak apa yang dibiarkan di atas singki oleh Elle, dibuang Zarith ke dalam tong sampah. Apabila dia melihat tong sampah, Zarith perasankan ada banyak kotak yang sama di dalamnya. Bila dia mengambil semula kotak itu barulah dia perasan bahawa kotak itu adalah kotak pregnancy test.

Tong sampah di selongkar Zarith dan dia mendapati banyak pregnancy test di dalamnya tapi kesemuanya telah dipatah dua. Maksudnya, Zarith tak tahu keputusannya positif atau negatif selagi Elle tak memberitahunya. Pintu bilik mandi dibuka semula, dia merenung wajah isterinya yang tidur lena sebelum menutup semula pintu untuk mandi.

Zarith sendiri sudah menyertai isterinya di atas katil selepas mandi. Nak turun ke bawah pun dia masih penat. Kiranya nak tunggu Elle bangun nanti, barulah mereka menyertai keluarga di bawah. Tubuh Elle ditarik dekat dengannya. Rambut Elle dicium. Perasaan rindukan isterinya memang tak dapat nak diluah. Dua bulan tak bersama buatkan Zarith rasa nak berhenti kerja. Rumit bekerja bila terpaksa berjauhan dengan keluarga. Akhirnya tangannya mengusap perut Elle yang masih tidur.

Kenapa Elle patahkan alat yang dijumpanya di dalam tong sampah tadi? Kecewa kerana keputusannya negatif atau positif? Kalau positif, adakah Elle tak mahu anak?

Kalau Elle positif mengandung maksudnya Elle tak makan pil. Zarith membuka laci di meja sebelah katil. Kotak pil pun kosong. Antara Elle lupa atau Elle sengaja dia sendiri tak pasti.

Bila Elle buka mata, dia terkejut melihatkan Zarith disebelahnya yang sedang tidur. Mata digosok berkali-kali kerana dia menyangka dia bermimpi tapi memang kenyataannya suaminya pulang apabila dia melihat beg Zarith di depan almari. Terus tubuh Zarith dipeluknya.

“I miss you..” Zarith membalas pelukannya. Lama.

“I’m pregnant. Well, I think so..” terus Elle memberitahu suaminya. Zarith ketawa.

“You think so? Kenapa tak pasti sedangkan awak dah test 7 kali, awak masih tak pasti, sayang?” terus Elle mengangkat kepalanya. Macam mana Zarith tahu? Tangan Zarith naik mengusap rambut isterinya.

“Berapa bulan dah sayang tak period?” Soalan yang ditanya oleh Zarith memang soalan yang boleh membuatkan Elle malu, tapi dijawabnya juga.

“Dua bulan. But, you know, saya memang ada masalah dengan kitaran haid. So, saya tak expect apa-apa pun.”

“Walaupun awak tak ambik pil pun still tak expect?” Zarith bertanya lagi.

“Macam mana awak tahu?” soalan yang ditanya atas soalan.

Your doctor cakap yang awak tak datang ambik ubat lagi. Well, I do record your menses time every month too. Tak adalah sampai skip, cuma lambat selalunya. So, there you go, saya dah dapat teka sesuatu.” Jawapan Zarith memang jawapan doktor sangat sampai Elle ketawa.

“… esok kita pergi klinik okay.” Sambung Zarith lagi.

“Memang saya tunggu awak pun. Saya tak bagitahu sesiapa pun tentang ini.”

Well, knowing the fact I am the first person to know, I’m sooo happy! Saya sayang awak, sayang.” Zarith memeluk Elle dengan erat. Keputusan sudah dibuat. Dalam bulan itu jugak, dia akan minta pindah ke pejabat di rumah mereka sahaja. By hook or by crook! Dia takkan tinggalkan Elle. Tak lagi.

No more waiting, baby. You and I will always be together.