Thursday, September 26, 2013

Sekolah dalam Hospital pada pandangan seorang Guru Pelatih.

Assalamualaikum and Hi!

Sebagai seorang guru pelatih, saya rasa terpanggil untuk berbincang berkenaan konsep Sekolah dalam Hospital (SDH) menurut pandangan saya yang saya kira rakan-rakan yang lain turut mempunyai pandangan yang sama. 

Sejak dari kecil lagi, saya berpegang pada satu cita-cita iaitu ingin menjadi seorang doktor atau lebih spesifik lagi, Pakar Paediatrik. Tetapi rezeki lebih berpihak kepada saya untuk menjadi bakal pendidik. Sejujurnya, saya baru tahu tentang satu konsep yang masih baru di Malaysia di mana semua pelajar diberi hak untuk menerima pendidikan walaupun sedang menjalankan rawatan di hospital. Saya telah membaca petikan daripada sumber internet (klik sini), dan saya amat menyokong cadangan daripada isteri Timbalan Perdana Menteri dengan konsep  SDH yang diadaptasi daripada cara pendidikan di negara barat. 

Sebagai seorang pelajar dalam bidang pendidikan guru, saya rasa wajarlah konsep ini dikekalkan dan diaplikasikan lagi di beberapa buah hospital besar seluruh negara kita. Saya rasa, di Sarawak dan Sabah masih belum lagi mengamalkan konsep SDH ini kerana menurut beberapa artikel yang saya baca, hanya beberapa buah hospital di ibu negara dan beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia sahaja yang baru diperkenalkan dengan konsep ini. Guru dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing, jadi saya rasa tidak menjadi masalah untuk guru mengajar di hospital selagi masih lagi menyediakan satu tempat khas untuk dijadikan sebagai kelas untuk pesakit kanak-kanak di hospital untuk belajar. Dengan adanya tempat ini, maka privasi pesakit lain yang sedang dalam rawatan sudah pasti tidak akan terganggu dengan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Selain menyediakan kursus khas untuk para guru mengambil pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran SDH, para guru pelatih wajar diberi penekanan awal ataupun pengenalan berkenaan konsep SDH ini. Guru yang sukarela menyertai program SDH ini perlu diberi kursus khas sewaktu masih lagi menuntut di IPG. Persediaan ini perlu untuk mengelakkan kecanggungan guru baru yang mungkin akan ditugaskan untuk mengajar di SDH sekiranya konsep ini akan disebar luas di seluruh negara nanti kerana situasi yang dialami berbeza dengan suasana asal sekolah.

****************************

Pandangan peribadi saya:

Do you remember, I told you that actually I wanted to be a Paediatrician? But it end up with a future teacher. No harm. I will love this profession. In sha Allah. Knowing about the news from the lecturer and reading few articles in the internet make me feel very excited. I can be a teacher and a so-called doctor at the same time. Means, my parents' wish is fulfilled and my dream comes true. If the government gives priority on teachers whose volunteered in this programme, I definitely will be one of them later. :)

Seriously, I feel so happy, excited, over the moon etc, by the time I heard about this programme. It may looks new in our country, but in other countries especially western countries, this plan has been introduced decades ago. Through this adaptation, I can assure that each and everyone of us have our right to received better education. There is no way for us to escape from receiving education either in school, home or even hospital.

I would love to participate and volunteer in this programme. Even I must attend some courses specifically based on this programme later. The reason is, I can get the feeling of being a doctor in hospital at the same time. Hahahaha.

So dear friends, have you ever heard of this greeting, "SELAMAT PAGI CIKGU DR. FATIN?"

Well, Allah have a better plan for me. Ya Rahman Ya Rahim. In sha Allah :)

*well, my language looks way better in BM than in BI. This is what we called as MBMMBI, where a future English teacher still practising her Malay language. Heeee. Berilmiah sungguh. Till then, Assalamualaikum. Apa yang kurang, maaflah. Hanya bercakap menurut pandangan peribadi saya. Sekian :)

4 comments:

Anonymous said...

If you want to join as a voluteere, feel free to contact directly to yayasan nurul yaqeen situated at wangsa maju, KL...from me, sdh teacher from ppum ,KL.

Fateen Kamarudin said...

Hi, I don't know either you'll read this comment or not. If you do, I wanna ask, how i can contact Yayasan Nurul Yaqeen to be specific. Plus, I'm from Sarawak and i would love to join if I can make it. Thanks. :)

Anonymous said...

Sorry to say that till now swak also have sdh in Kuching..that sdh was the one which fulfill equiped sdh in msia..so,just take a favor to visit that place n ask the the teacher how to be as a volunteer there..actually i can xplain but it takes time to understand bout this sdh..tq..or else u can go to www.moe.gov.my and search for bahagian pendidikan khas..

Unknown said...

Hai. Sy shikin. Harap ada yg sudi kongsi bidang kerja guru sdh. Im trying to apply this position. Adakah ckgu sdh perlu masuk ke sek asal seperti biasa atau perlu bergerak ke sdh lain?