Tuesday, May 29, 2012

# Mungkin.

Salamun salam and a very good days.. Apabila aku nangis pelbagai rasa dan perasaan akan aku rasa. Entahlah, aku sendiri pun tak berapa pasti dan tahu dengan kesahihan yang aku rasa ini. Perasaan mungkin. 


Mungkin aku nak kasih sayang, curahlah walaupun sedikit
Mungkin aku nak keadilan, tegakkanlah keadilan itu
Mungkin aku salah, tapi betulkan
Mungkin aku tak perfect,and yep, nobody is perfect after all.
Mungkin aku nak perhatian, abaikan sekiranya itu menjengkelkan
Mungkin aku terlalu banyak berfikir, tapi itu kerana aku sentiasa ingat kan kamu
Mungkin aku dimanipulasi, tapi mana mungkin sedangkan aku sendiri yang merasakannya
Mungkin aku jahat, tolonglah aku nak berubah kepada seseorang yang baik
Mungkin aku tak layak, habis tu aku ni apa?
Mungkin aku gila, ahh, persetankan semua itu padahal aku waras lagi nak memikirkan itu dan ini
Mungkin aku ni tak seperti mereka,tapi aku tak hipokrit kerana aku jadi diri aku sendiri



Selamat malam kalian. Ya Allah, tolonglah aku, La takhzan Fatin. Kau kuat. Nangislah semana mampu pun itu tidak akan menyelesaikan penyakit perasaan kau. 

Monday, May 28, 2012

Gay itu happy.

Salamun salam and a very good days.. Gay, aku memang gay. Gay itu happy okay. Bukan gay liwad dan yang sewaktu dengannya. :)

Pertama sebabnya adalah aku dah balik rumah. Jadual memang pack sangat lepas balik. HAHA. Kalah retis yaw. Memangla, sebab aku pergi melepas gian dengan keluar ke sana sini situ there. Bak kata Johan dalam Lawakederr okay.

Kedua sebabnya adalah aku memang happy. Sebab nya aku happy. Haa, happy la sebab Encik Boyfriend sentiasa menemani aku. HAHA. Aku yang temankan dia la. Hari ini, I mean yesterday, petangnya, kami pergi bersukan. Bersukan la sangat. :) Dia main tennis dengan adiknya dan aku? Tukang kutip "bola" tennis kat tepi. Lepas tu, sepak-sepak bola. Tikam bola degan dia. Bila part dia suruh aku main. Memang haram lah, aku tak pandai pun. Seriously, like memang bodoh main tennis. 5 minit kemudian, try la buat buka kesian and buat muka boring nak tarik perhatianlah kononnya. Dia cakap taknak try main tennis? Haissss. Memang lah kan. Aku tahu dia sengaja tak paham. Padahal dia janji nak ajak main futsal. Dah sampai baru cakap bolanya tiada. Heh, MAHWAKU. Moralnya, cakap nak pegi jogging padahal jogging pun sekerat jalan pun.

Ketiga, dapat hang out degan parents. Yela, aku kan musaffir. HAHA. Jarang dapat peluang nak hang out dengan parents macam merek 5 ekor tu. HAHA \w/ Tadi nyaris-nyaris kasut Adidas menjadi milikku. Tapi tak jadi sebab aim aku adalah kasut futsal Nike kat Parkson. Tadi kat Sarawak Plaza je pun. Frust? Sikit je, like 99% jealous. Sikit lah tu. Yang buat aku jadi frust bila my brother yang dulu ambik lesen dari aku. Itu memang jealous and frust menonggeng la. Tapi takpe. Aku ada duit elaun. Kumpul lah sendiri. Taknak harapkan parents 100% biaya sebab aku nak belaja berdikari. Okay?

Keempat, baby you light up my world like nobody else. 
FahmiFahmiFahmiFahmiFahmi

Sekian, Wallahualam. Bah-bye. Mornight people.

Friday, May 25, 2012

# Nap #

Salamun salam and a very good days.. Tengah buat assignment sekarang tapi memang blur habis. Esok balik rumah. Tapi pegi Kuching dulu before balik kampung. 
11 Penyamuns..

Gonna miss them for these three weeks. Muahhs. Take care darls. :)
Semoga Allah menemukan kita lagi lain kali okay.

25 adalah tengah malam ini. Phewww. Birthday my boyfriend and pengiran jantung Mak Bapak aku, Mohd Farish Irfan. 5 years old little youngest brother of The Kamarudins. Allah bless you Adek and Angah sayang nya gilak-gilak. Jadi anak yang soleh k sayangg.

Ignore muka Mak Mah, Angah and Adek masa Angah Form  5..
Wallahualam, Night fellas.

Thursday, May 24, 2012

Sarawak, a place like no other :Siapa yang KUNO?

Salamun salam and a very good days.. Tadi, aku dengan kawan pegi makan di Kafe pasal tak jadi pegi School Visit kat Sk St. Alfonsus pagi tadi. Perasaan jangan nak cakap lah, memang gila terharu dan marah. So, Mr Adam datang kat meja kami masa tengah layan makan Laksa Sarawak, then we had a very long conversation pasal vacation etc and the last part yang buat aku jadi emo bila cakap adalah pasal persepsi sesetengah pihak tentang Sarawak. Okay, SESETENGAH dan bukan SEMUA.

Masa study kat MRSM and tiba part wakil maktab pegi semenanjung memang ada cerita tentang sindiran dorang tentang orang Sarawak. First, memang iman aku belom goyah lagi tapi bila dah samapai takat dia OVER aku pun macam hey-please-la. Come on la, kalau orang cakap tentang kita and rendah-rendah kan martabat kita, takkanlah masih lagi nak duduk kaku sambil kepala tunduk tengok lantai dan gigit kuku? Wake up guys, Sarawak tak macam tu lah. Aku heran dengan species macam ni, nak kata Sarawak kutuk takdela pulak setahu aku lah. Ni tak, sampai dalam Facebook ada page segala tentang anti-Sarawak lah apa lah. Bila aku ingat aku ni perempuan, niat aku nak lempang tu terkubur balik lah, bukan cuak tapi tak appropriate lah kan perempuan jadi gangster. So, power yang aku ada adalah pada percakapan aku. 

The situation : Masa aku pergi kat satu negeri kat semenanjung (taknak bukak aib mana-mana yang terlibat) ada sorang manusia yang innocent approach aku and tanya aku, aku dari mana? So, you know the answer. "Sarawak". Then, dia senyum and pegi balik kat kawan dia. Oh, by the way, masa tu kat bilik iron tempat penginapan semua pelajar dari semua MRSM se-Malaysia yang ikut tanding bahas dan forum. Here it go. Within a minute, aku dengar segerombolan anak manusia yang ketawa sambil mata melihat aku. Fine, aku okay lagi. Part 2, bila salah sorang dari mereka cakap aku datang naik apa? Aku slumber cakap naik kapal terbang. MAS okay, bukan AirAsia or Firefly. Then dia nak jugak cakap, "Eh,korang panggil aeroplane tu belon kan?" Nak puaskan hati si curious ni, aku pun just nodded and terus iron baju aku. Tiba-tiba sorang lagi anak manusia yang nak carik populariti masa tu tanya, "Bukan korang naik rakit ke?" Shit isn't it Sarawakians? Ni memang aku dah mula nak meledak. Aku jawab, "Taklah, kami berenang nak ke sini. Melalui Laut China Selatan. Tapi heran gak, kenape kami yang dulu sampai padahal korang naik bas and dekat kawasan yang sama, tak payah nak lalu laut atau sungai. Paling-paling pun longkang kat tepi jalan." Okay, ayat belakang aku tambah. Gik ko! Nak jugak cakap budak ni lagi, "Alaa, awak marah ke?" Nak rasanya aku letak iron kat tangan aku dekat muka dia. Nak bagi dia rasa sikit. Tapi aku waras and tak kuno macam those people. Mereka cakap belon tu balloon. So kiranya kami pergi sana guna hydrogen balloon lah. Fine.

Hey peeps, you see how narrow minded those people have? Mereka bukan calang-calang manusia tau. Sekolah kat MRSM tapi fikiran aku rasa level bawah lagi daripada budak tadika. Ye, aku memang marah and rasa terhina. Lebih mudah untuk aku kata merekalah selayaknya dipanggil kuno and uncivilized. Proven! If some of you say it was a joke. Seriously, it's not a joke. A joke is not like when they said. Itu penghinaan bagi aku. Tak kurang jugak sesetengah cakap kat Sarawak ni, orang dia tinggal kat atas pokok and tak pernah makan burger. Kesian betol lah aku dengan manusia ni. Kat Sarawak semua jenis rumah ada, banglo,kondominium,pan house,pangsa,rumah kampung and the most important is rumah panjang yang aku rasa tempat mereka kat sana takda pun. Kami sini modern lagi lah, rumah panjang pun ada air-cond kat beranda dia. Tak caya? Datang Sarawak panggil aku, aku bawak kau pegi kampung aku. And bukan setakat burger ada kat sini, semua pun ada. Jangan lah menghina tak beralas okay. 

Aku rasa mereka ni tak ada TV or internet kat rumah lah, sebab tu tak dapat nak Google tentang Sarawak. Sebagai golongan yang nak membangunkan Malaysia pada masa depan, semua sibuk cakap pasal Gagasan 1 Malaysia tapi kenapa nak memburukkan negeri yang ada kat dalam Malaysia tu sendiri. Inikah yang dinamakan 1 Malaysia? Aku tak cakap semua, maybe sestengah pihak sahaja. But mereka sesetengah inilah yang aku rasa too much sampai nak buat fan page kat Facebook kata nak serang Sarawak. Hello, hasil negara berapa peratus Sarawak provide? Kat sini even banyak hutan tapi hasil hutan untuk pendapatan negara jugak, minyak yang dekat Miri dan Bintulu. Pelabuhan kat Kuching and Sibu lagi. Tulaa, cakap mesti nak check dulu lain kali. Kadang-kadang aku mula sedar, kita jangan judge seseorang tu according to their qualifications. Sebab kadang-kadang orang yang tak educated pun lebih optimistic than these people.


So, you think sapa yang bagai katak di bawah tempurung? Siapa yang kuno? People can say what they want as long as it is true. Jangan mengada-adakan benda yang tak ada okay. Sekian, Allah Maha Adil. Pergi lah Sarawak untuk melihat kebenarannya. Tak payah pergi banyak tempat, kat Kampung Budaya Sarawak pun cukup lah. Babai~

Friday, May 18, 2012

Rindu bergabung dengan Art..

Salamun salam and a very good days.. Bila mood macam romantic datang untuk beliau, inilah hasilnya.

fahmifahmifahmifahmi
fahmi
fahmi
fahmifahmifahmifahmi
fahmi
fahmi
fahmi
fahmi

                        fahmi
              fahmi           fahmi
            fahmi               fahmi
            fahmifahmifahmifahmi
            fahmi                fahmi
            fahmi                fahmi
            fahmi                fahmi


fahmifahmifahmifahmifahmi
fahmifahmifahmifahmifahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi

fahmifahmifahmifahmifahmi
fahmifahmifahmifahmifahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
                fahmi
fahmifahmifahmifahmifahmi
fahmifahmifahmifahmifahmi




N
maksud disebalik ini adalah fahmi l.o.v.e. fatin

p/s : N susah nak buat. So, romantic tu berhenti takat ni je la. Haha. I miss you and we always date on    skype and phone tapi takpe. Itu yang manis. Kot =) Wallahualam. Semoga Allah akan tetapkan hati dan perasaan kita. Amin.


#Wordless Yaumul Aiyam#

Salamun salam and a very good days.. hari ini saya akan main Futsal. Doakan saya okay :)
Saya juga ingin kembalikan keadaan seperti sedia kala. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Mati pun bukan namanya sakit lagi kan? So, begitu juga dengan masalah. Masalah boleh dibuat dan diselesaikan. Your decision is in your own hand. Semoga Allah menjadikan hari ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin

I love you too sayangg! :)
Can't wait for the upcoming holiday. Meet everybody soon. Wallahualam, Aminn.
Salam Yaumul Aiyam. Allah knows the best for us. Just pray and pray.

Wednesday, May 16, 2012

Redha yang aku temui..kerana restu Mak dan Bapak..

Salamun salam and a very good days.. Happy Teacher's day to all teachers in the world. They are very osem and cool teachers ever. Yalah, betul lah apa A. Samad Said (kot), takkan ada peguam kalau tak da cikgu yang ajar, takkan ada Perdana Menteri jika bukan kerana cikgu yang ajar, dan takkan ada Angkasawan @ Orthopaedic kalau tak kerana guru yang mengajar dia ABC. Ehemm. Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al-Masri pulak yang keluar jadi contoh. Hehe. Tapi itu adalah kenyataan okay. Saya pun BAKAL guru. Ecehh, promote tapi I tak riak, just a bit bangga and syukur. Sebab?

Like I told you before, to be a teacher was never be my dream. Tapi Allah dah tulis sejak azali lagi bahawa hamba Nya ini mungkin akan menjadi seorang guru lagi 5 tahun. Amin. Semua ini berkat doa Mak dan Bapak saya yang begitu peka akan future anak mereka. Aku mengaku yang aku taknak masuk Maktab last year and I really want to go for Foundation in Physical Science at Unimas. Aku pernah cakap hidup ini tak selalu senang and aku memang bukan anak Dato' pun even nama skype aku ada bubuh Dato' Kamarudin kat belakang dia. Takpela kalau orang cakap aku perasan sekalipun janji aku tak kacau hidup orang kan? It was only just a dream bak kata Nelly. Masalah bank negara family aku yang menyebabkan aku berfikir lebih daripada dua kali untuk meninggalkan impian aku untuk belajar di Unimas dan pergi merantau ke Rajang ini. Pheww.

Lama jugak la aku frust, daripada tarikh aku masuk maktab ni iaitu 20 Jun 2011 sampai tadi. Okay tadi bersamaan 16 May 2012. Tak la lama sangat kan? Maybe sebab aku masih mencari redha dan hidayah kat sini kot. Yela, orang nak jadi paediatrician or engineer la katakan. Ahh, lupakan saja Fateen. To be honest, aku berada di sini memang atas restu 100% parents aku. Redha mereka reha lah aku. Selama hampir setahun aku di sini aku mencari hidayah dan hikmah tentang mengapa aku perlu menjadi seorang guru. Hey, aku pernah jadi guru tadika tahun lepas and aku sempat sambut Teacher's Day tau. Mungkin pada hari tu aku tak hadir, tengah MC so tak dapat feel sangat even dapat hadiah dari students yang comel kat tadika. 

Yang menjadikan aku mula terharu dan mendapat rahmat adalah degan terjadinya insiden masa tadi. Mak call aku dan terus dia wish Selamat Hari Guru kat aku. I was mesmerized and kind of shocked for a while and I was speechless. Then I said to Mak, aku tak layak lagi nak dapat segala wishes daripada mereka kat rumah. Mak terus cakap dengan aku, "Sapa cakap? Awak dah masuk maktab and awak layak mendapat ucapan tu. Lagipun restu tu penting daripada orang tua kita". Air mata terus merembes keluar (skema) dan aku speechless lagi dan lagi. Betapa Allah telah membuka keegoan seorang anak untuk menerima takdirnya dengan rela pada saat itu juga. Aku terharu tau. Sangat-sangat terharu dengan ucapan daripada Mak Bapak dan siblings aku. Aku tak kesah kalau orang tak wish dengan aku sekalipun. Ni Mak aku, orang pertama pulak tu. Sobsobs. :')

Indahnya insan yang bergelar guru ni kan aku rasa buat pertama kalinya dalam hidup aku apabila mesej kat henfon aku berkali-kali berbunyi dengan ucapan daripada family yang lain dan kawan-kawan. Ya Allah, betapa aku merasa dihargai pada saat ini. Encik Boyfriend sampai nak update skype dia cakap Selamat Hari Guru dengan aku. Ya Allah, blushing and glad Ya Allah. Nikmat Allah dah bagi kat aku pada tahun pertama aku kat sini. Aku bersyukur sangat-sangat. Aku berjanji akan belajar dengan rajin dan berjaya untuk Mak Bapak aku yang utamanya.

Ifan makin mintak puji bila cakap. Orang dah skolah tadika sibuk nak bagi hadiah dengan cikgu dia. Mak siap beli crystal pulak. Kite dulu pen merah pen biru je. Ini tidak adil. HEHE. Mukhriz and Effa pun sibuk nak balut hadiah dengan cikgu mereka. Aku nanti macam mana agaknya ragam students aku? Hehe. Wallahualam. Sebaik-baik keputusan yang kita buat adalah kerana Allah. Aku redha dengan semua ini Lillahi Taala. Uhibbu Ummi, Uhibbu Abbi. 

Babai~ :)

Tuesday, May 15, 2012

My Point Of View of Speaking English in Malaysia..

Salamun salam and a very good days.. Well peeps, today I want to say that I am not proud of myself because I am able to speak in English and I am not proud when I say that I am a student who take TESL course in my college. I had read Maria Elena's blog about Oh My Inggeris. And I was like, betol jugak kan. I know that some people might annoyed with others yang perasan pandai cakap omputeh ni. The fact is actually, those people yang speak English are very daring and cool. For me, even the things that they said is not 100% correct in term of the sentence structure and vocabulary, but aku dah salute giler dengan mereka yang berani cakap bahasa asing. Its not that orang yang tak cakap bahasa Inggeris ni tak cool, maybe mereka ada reason mereka sendiri and tak semestinya mereka tek reti cakap bahasa tu. Yang pandai cakap ni pun satu jugak kadang-kadang suka la nak show off and menyalahgunakan bahasa pada masa yang tak sepatututnya sampai menimbulkan rasa annoyed orang lain pada dia. Kak Maria is right because her opinion is same like what I think. 

Opinion ni memang takde yang betol dan salah sebab tu aku setuju sangat-sangat bila Kak Maria cakap tentang issue ni from her P.O.V. Hey, even aku student TESL tak semestinya English aku cantik okay. Cakap pun masih terabur dan tiap kali exam, muka aku lah yang paling handsome bila kena dengan cikgu English and now lecturers. Tak percaya dipersilakan check my previous posts kat blog ni. Tak susah nak cari mistakes sebab di mana-mana pun ada. But, I don't care. As long as aku berani cuba speak English and you know, that is part of my learning. Stakat ni Alhamdulillah takda la yang pegi comment terang-terangan cakap "Woi, english kau terabo..bla..bla..bla.." =)

Well, aku tabik dengan dua-dua belah pihak either yang cakap English or yang tak cakap English. Masing-masing ada reason as long as mereka still tahu bahasa asal mereka. That's cool enough for me. Yang tak cakap mereka memang pandai tapi mereka tak selalu guna. Mereka akan speak English pada masa tertentu sahaja. For those who speak English ni, mereka memang cool jugak sebab berani and tak kisah apa orang cakap dengan mereka. Kalau salah pun, so what? Semua orang buat salah what. Tapi yang menjadikan dorang ni tak best adalah bila sesetengahnya show off dengan kelebihan yang mereka ada. Beringatlah wahai kawan, sekarang ni bagi aku orang pandai cakap bahasa Inggeris is common thing tapi yang menjadikan aku mula ternganga dengan mata terbeliak adalah bila aku tengok orang pandai cakap bahasa Arab, French, Jerman etc la. Sebab ni baru aku nak cakap gila cool sebab minority je yang dapat cakap bahasa yang maha asing ni.

So, I don't know what is the moral value. HAHA. Masing-masing ada pandangan tentang isu ini. Wallahualam dan Allah memang tahu akan kelebihan yang Dia bagi buat umatNya. Saya tak pandai cakap omputeh sangat la tapi saya try untuk belajar jadi lebih baik. Aminn :) 

Monday, May 14, 2012

Berbangga kah Bersyukur?

Salamun salam and a very good days.. Apabila Chen Chen cakap "Tomorrow we don't have class and you can do whatever you like in the hostel", aku pun macam rasa agak cool dan otak aku ligat berfikir. Nah, amekaw! Aku dapat idea lagi nak update blog. Takmau sedeh dah tapi hari ini banyak betul dugaan aku kat sini. Tapi Allah sentiasa ada dengan aku sebab nak jadikan aku seorang hamba yang kuat. 

Aku rasa macam nak berbangga dan bersyukur dengan apa yang telah aku tengok kat Facebook seseorang ni. Yeah, HE is the one that I really know since the first time he born in this world. Tak payah la aku nak riak-riak bagitahu nama dia. Dia lelaki dan dia lebih muda lagi daripada aku. Hmm, nowadays SOME boys are really up-to-date and the way they dressed sometimes show their attitude and the way they think too. That is from my point of view. Yes, i do admit that not all of them are like so and that's right okay. Bila cakap pasal opinion ni kan, tak kan ada istilah salah dan betul. Aku terbaca satu post dalam Fb yang berbunyi, "aku nak tukar BARANG jap". Memang its kinda weird for us as the sentence is more like to the negative meaning. Until, his friend commented on his status cakap, "kau nak join aku tak? Aku ada barang baik". Okay, now I think people know what do his friend mean. So the boy said, "Wei, aku tak maksudkan semua tu. No drug or whatever it is. I am CLEAN!". Barang dia maksudkan memang barang. Yela, dia nak tukar baju je ponn. Barang tu adalah baju. Alaa, baju la macam t-shirt, kemeja or blazer or singlet or whateverr.

For sake of the family, aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku baca ni. He is not taking drug and he didn't smoke as well. Alhamdulillah Ya Allah dan aku memohon agar semua ini akan kekal sampai hujung nyawa dia. Amin. Setahu aku, dia memang nakal,hot-tempered and memang social sikit. Tu pun jarang aku tengok dia keluar dengan orang yang ntah dari mana. Selalu dia memang hang out dengan family dia. Aku harapkan dia memang maksudkan apa yang dia cakap, sebab yela, nak caya 100% adalah mustahil tapi aku dah 80% percayakan apa dia cakap. 20% bukan tak percaya tapi aku tak sentiasa bersama dia so, tak berani nak bagi full mark untuk ini.

Aku tak berbangga sebab bila aku mula rasa bangga akan menjadikan aku seorang yang riak dan takbur dengan nikmat yang Allah dah bagi. So, I was just like proud and glad. Glad is more than proud I mean. I have a fear. What if one day nanti dia dah tak akan jadi macam who is he now? Memang qada dan qadar Allah tentukan tapi kita kadang-kadang takkan berhenti daripada berfikir benda yang macam ni. Kan? Sila iyakan sekiranya anda bersetuju dan dustakan kata-kata saya kalau awak rasa saya salah. No offence then. =)

Aku tahu kadang-kadang Allah uji kita dengan dugaan yang hebat belaka, tapi percayalah, Allah tahu kita kuat and kita dapat face semua ni lah kita dibagi ujian yang maha hebat lagi mantap. Aku mula terfikir lah, kenapa aku selalu nangis memikirkan hal dunia? MasyaAllah, aku leka. Aku makhluk Allah yang terbaik diciptakan tapi aku selalu mengeluh dengan dugaan ini. Padahal Allah uji aku sebab aku kuat. 

Renung-renungkanlah dan aku eksaitedd nak balik cuti semester next week nak kiss Mak dan little boy, Ifan. Encik Boyfriend, be nice haa. Assalammualaikum awak semua.

#token of appreciation..

Salamun salam and a very good days.. Cukup lah aku bising-bising pasal nak cursing lately dalam blog ni okay. Pasal  kawan aku sendiri yang perasankan perubahan aku yang macam orang ada masalah negara yang takkan mungkin settle sampai bila pun bila muka aku dah tak macam muka perempuan handsome bila marah orang.  Well, those things come when I'm in my PMS mode. Marah masa PMS ni boleh sebabkan otak aku fikir rasa nak bunuh orang kalau dah tak berapa nak betul dan ngam dengan mood ni. Seriously, no jokes. Thanks Ting, you makes me realize those thing dear :') Kalau tak? Mungkin aku tengah gantung tali kasut kat amapian sekarang dan ikat kat leher. Dustakan! 

Hari ni pun aku sedih macam hari-hari sebelumnya. Dah nama blog lagi "La Takhzan" kan? So, memang posts sedih memanjang la. Kalau tak sedih bukan aku. HAHA. Mungkin. 8) Satu sebab mungkin plan yang dah berkurun diplan tapi suddenly tak dapat jalan apabila geng aku yang turut dikenali sebagai adik or boyfriend (i mean kawan lelaki okay) akan tinggalkan aku dalam masa minggu ini atau minggu depan. Okay, sedih sangat. Tapi he is going to further his study la, bukan nak break up or putus kawan. Muahehe. Congratulations boy, you did very well in your SPM and finally dapat step forward to build your new life.  Tak payah bagi hadiah la sebab dia dah besar dan dah boleh kawen dah pun. (Ampun tuanku beribu kali ampun )

Aku berdoa pada Allah agar jodoh aku dipanjangkan dan diberkati. Apabila dengan kawan-kawan, aku gembira dan keluarga aku sihat sejahtera. Aku dapat menghadapi hari esok dengan senyuman. Ya Allah, aku memang takut dalam membuat keputusan yang melibatkan masa depan aku. Takut sangat sampai aku pegi toilet pun kena fikir benda yang sama. 
these people are as naughtiest as me. Form 4 random pic. A day before my birthday . Ye, aku kebasahan bila fire hose reel, air soya dan kuah Maggie bergabung. Itu memang ceridak tapi itulah yang aku rindu.
Sekian. Wallahualam. 

Sunday, May 13, 2012

#just kind of reminder..

Salamun salam and a very good days.. First and foremost, Happy Mother's Day to the greatest Mak in the world, Sharifah Saftuyah binti Wan Abdul Rahman, my aunts and all women in the world. All of you are very gorgeous for today, yesterday and forever. Done!

This entry might be like the previous one but I try to minimize criticizing people even my heart say so. Huahaha. Ni syaiton ketawa sebab memang aku tengah pangai dengan sikap sesetengah orang tu. I tried my best to think positive about those monsters and I can't. First, aku memang dah buat baik dengan orang and why suddenly people say something about me? Yang tak betul pulak tu. Nak cakap aku retis, tak jugak. Entahlah, aku macam dah serik dengan dorang ni. Hari ini mood aku memang agak happy, and aku taknak la rosakkan mood hari ibu yang bermaharajalela kat hati aku ni tapi since ada iblis usha bisik telinga aku cakap aku kena bukak Facebook so aku macam kalah la. And, surprise! Bila hujung minggu aku tahu akan ada posts yang cakap-cakap pasal aku. Aku glamour masa weekend rupa-rupanya. =)

Ya Allah, hati aku ni memang tak payah nak cakap la. Marah,terharu dan sebak suma bercampur menjadi satu.   To makes thing clear, aku memang tak pandai serba serbi tapi boleh la jugak dapat tawaran ciput masuk maktab guru. Okay la aku tak berapa pintar pasal tak belajar kat overseas. Aku boleh terima kalau kau nak cakap aku tak pandai tapi bukan bodoh okay. 

Aku berdoa agar Allah berkati hidup engkau dan stop la mengata tentang aku. Aku tak kacau hidup sapa-sapa and jangan biarkan aku benci seluruh ahli-ahli kau walaupun ada yang tidak bersalah. Aku fed up la. Fed up sangat-sangat dengan orang yang dok cakap benda macam dafug tentang diri aku. Weh, aku ada kawan-kawan kat maktab ni. Aku berubah bukan ke arah kejahatan dan ini semakin ke arah kebaikan. Aku heran la, yang baik pun orang masih dengki jugak. Aku tahu la kalau dia takde sebarang perubahan kerana aku memahami yang dia tu masih bersekolah lagi. Selama ni aku tolong dia bagai nak rak pun aku tak berkira dan aku tak pernah nak jual cerita dia sana sini. Perhaps, she is just jealous that I just have something that she doesn't have. Perhaps. Aku tak hidup senang pasal aku memang lahir senang. Bapak dengan Mak aku serta aku dengan family aku memang hidup susah. Just that, aku sekarang ni boleh bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang. Orang yang asyik mengata tentang aku ni memang dari lahir hidup lebih senang daripada aku. Ada ku kesah and persoalkan selama ini? Tidak, okay tidak!

Entahla, maybe sebab blog aku takde mulut kot dia tak mengeluh aku bising-bising update blog pasal sampah ni. I am kind of down dan rasa macam nak hadiahkan penampar kat budak tu. I just need my mama to heal these things. I can't figure out why people keep on talking bad about me. Aku boleh terima kalau benda yang dia cakap tu aku buat.
bila aku dirasuk, ni la jadi nya..

Sekian. Allah Maha Adil dan dunia ini berputar. What goes around comes around.


Saturday, May 12, 2012

Itu Kacang Sudah Melupakan Kulitnya.

Salamun salam and a very good days.. Nak cakap ni. Seriously nak cakap jugak even taknak baca. Okay. I told you I that I am kind of friendly type of people kan. Since I have quite lots of friends, they are of different characters, AGE and sex. Well, nak cakap pasal umur ni takla subjektif mana pun sebab range umur kawan aku dari 0-100 tahun. Tak percaya tak apa aku tak pernah nak paksa. Entry ni bukan bertujuan nak membuka pekung di dada orang tapi aku nak sapa-sapa yang baca entry ni fikir dan jadikanlah sebagai iktibar. First of all, I do admit that I make mistakes. Tapi ni just untuk ingatkan aku sendiri pasal hubungan sesama manusia yang aku anggap kawan. 

Dia ni kan baru berumur bawah 15 tahun. Dia sangat sukakan fashion until one day she asked me about that stuff la. Then I just say what I know. Dia pun macam excited gila. Gila pun tak excited macam dia. Hehe, jokes. Then dari budak yang asyik gunakan track suit or seluar slack pegi keluar jalan, dia dah jadi ala-ala Kak Mariah Carey. Meloba-loba aku madah tek*. Lately,  I stalked her Facebook and I found that she changed. Ya Allah, aku tak kata dia changed to the negative one. Still positive tapi dia ni dah maju dalam dressing dia la. Hmm, not bad. =)

Nak dijadikan ketidakpuasan dalam diri aku kan bila one day aku terserempak post dia kat News Feed account aku. So, I was like , "Oh, okay, aku cukup terasa dengan apa yang kau cakap ni" Yes, I am a muslim but I am not as good as perfect as Fatimah Az-Zahra, Aisyah and also Khadijah. And I will try to follow them. Amin. Bunyi dia punya post tu macam ni,

...ni dia, dah kaya dah lupa kat kita. bila dah jadi papa baru nak buat moka 10sen dia tu. dahla ngader taknak tego orang. Nampak sangat takleh survive masa susah. Sombong memanjang*

Maybe bunyi tu tak 100% sama tapi about 90% samalah kot. And I was like dafug dahel budak ni mengata aku. Sebab! Aku tahulah dari gaya comment dia dengan spesies yang sekufu dengannya tu.  To make things clear, aku nak cakap kat kau, nothing to lose kalau aku remove kau dari FB aku and hidup aku okay. Sebab kau pandai cakap tapi kau tak sedar yang kau sendiri buat apa yang kau cakap tu. Aku rapat je dengan semua orang dan I don't give a damn la kalau kau taknak geng dengan aku. And the fact is, aku tak kaya and aku tak miskin. Bapak aku mampu lagi belanja pelajaran aku kat maktab ni even aku ada elaun. Aku tak riak dan sombong tapi aku nak bagitahu bahawa, kalaupun aku takde duit, hey puhlez lah wokey, aku tak mintak dari kau pun. And alhamdulillah aku tak jadi beggar lagi la.

Aku memang malas la nak back stab orang dan talk nonsense pasal orang kalau orang tu tak start lagi la. And, congratulations sebab makin hari kau makin maju. Jangan lupa asal kau ya kacang. Kalau kulit tak cover kau memang sah kau tak sempurna sifat. Harap-harap kau dapat terus berbangga dengan rupa status kau sekarang ini yang menjadi daya penarik orang lain. Aku tahu kau nak bid ngan aku kan? Hah, bid lah. Aku masih macam dulu, fashion yang masih maju tapi kurang sikit dari kau. Kau mestila bangga sebab muda lagi dah up-to-date kan. Thumbs up la. Tak kesah ponn.

boleh ke?
you are still my friend and my middle finger is still not pointed  to you
Selamat pagi dan Assalammualaikum. Wallahualam. Semua orang buat salah. Aku tetap maafkan kau walaupun mungkin nanti kau bukan lagi kawan aku. Do take care darling :)

Friday, May 11, 2012

Early Serious Relationship.

Salamun salam and a very good days.. Lama dah tak update blog kan? Well, this is just for me actually. After all, I don't put so much hope that anonymous will read and even follow my blog. HAHA. Gelak dalam selimut buat-buat malu kucing. Well peeps, I do really want to tell this since I had done with my works and feeling untuk update blog ni ada, so update la kan. 

Saya dan Encik Boyfriend dah 2 tahun lebih in relationship. Bukan nak show off but there are many things that we had gone through together since we first met. Dan aku rasakan kami telah lalui banyak dugaan sesame berbanding kesenangan but we still ROCK. Yela, bagi certain people, they can't stand facing lots of obstacles in early relationship (aku rasa lah,tapi kalau salah aku mintak ampun) They tend to end their relationship with such a typical-malay-drama situation whereas you can see ada babak air mata setangki dari both girl and boy. Touching tetiba. Tapi no offence time cinta monyet masa dok kat MRSM dulu pun I macam tu. (senyum sambil tangan letak kat dagu kepala dongak atas siling and mata pejam rapat) Tapi tu bukan mende yang aku nak share tapi ada something that might be la kan others hadapi same like me. 

I am kind of friendly type of people. I do love makes friends in any ways. Aku ada kawan tadika, primay school at SK Tuanku Bagus, SMK Sebuyau, MRSM Kuching, Magic Bite, Tadika Sang Kancil, PLKN Kem Bukit Saban, and now kat IPG Kampus Rajang. Randomly picked and love. I do admit yang dorang suma lain-lain. Yela, different people different characters. Semakin aku lama dengan mereka semakin aku mengenali mereka. But I love Nuzul and the 11 Nak Leput Family most. Ehemm. 

Generally, apabila seseorang itu went through a serious relationship, some people menyokong and vice versa. But for me, my loves are all supporting me. :') Tapi bagi yang tak menyokong I tak kesan and tak ambil peduli since I tak kacau hidup you and you jangan nak melebih dengan I. Believe me, no matter how long the relationship, without TRUSTWORTHY, memang takleh jalan. I admit that En. Boyfriend ada season cemburu dia, tapi I boleh go on as long as dia tak melampau. I mean, takkan la nak jeles bila I pegang tangan Ifan time jalan (Ifan is 5 years old and the youngest in my siblings) Kira okay kalau dia cemburu bila aku cakap aku rindu nak hugging dengan Superman masa lepak kat tingkat atas Eiffel Tower. Tapi kan, ni ada serangkai (betul ke?) kata-kata yang aku rasa macam mencengkam jantung aku sampai oxygenated blood susah nak lalu.

"Sometimes friends do understand you, sometimes they not, but that does not mean they hate you but they do need some times to cope with it. They still understand you on how you feel. Boyfriend might irritate you, but he will be by your side when you need him, he will cheer you up until he see your first smile in your last tears. He can be your soul mate if Allah want it to be." - Fateen Kamarudin.

I am 19 and it is kind of budak hingusan yang perasan handsome bila cakap benda macam love love ni. Since I dapat inspiration from Farah Lee, Dena Baharin, Irine Nadia and would-be myself punya blog. (jokes), they are just dalam lingkungan umur aku dan they are married except for irine la sebab dia bertunang dah. Aku tengok mereka macam boleh survive dengan bahagia nya lagi bila dah ada serious relationship ni. Macam nak try tapi kalau aku nak makan penyepak penalti boleh jugak. Aku serah kat Allah sebab semua tu dah tertulis dekat Luh Mahfuz kan? So, takyah nak kedut muka fikir ni and aku perlu goal ni tercapai iaitu, happy kan mak bapak aku dengan belaja rajin-rajin sampai aku jadi Teacher English yang handsome.

Yang baik bila kawen awal ni dapat cegah maksiat dan kalau rindu pun pahala. Kalau pegang tangan laki pun pahala. Jangan kan pahala, kejut laki nak solat subuh berjemaah pada first day jadi bini, tu pun dah cium bau syurga. Ya Allah, aku nak aku nak. Gatai nyo. Kalau hubungan tanpa ikatan yang sah ni macam susah la sikit, menimbulkan fitnah dan sifat iri hati orang yang dengki dengan kita. Tapi benarlah, nak usung anak orang ni, paling-paling pun mintak passport bapak dia la dulu. Kalau red light ko paham la, bapak dia nak suruh anak dia belajar dulu la. Lagipun awak tu, belaja dulu sampai dapat keje yang molek sikit dapat bagi kite makan. Makan Maggie pun halal tau. Haa.

Aku tahu dah ngantok dah sekarang ni. So nak cakap, Wallahualam. Semua ni kerja Allah. Aku hanya taburkan apa yang aku rasa . Sorry if ada yang termakan sos tomato ke sos cili ke semasa terbaca post ini okay. Allah maha Adil dan Maha Mengetahui. Selamat Malam dan Assalammualaikum. Btw, saya dan ada kasut baru tapi bukan kasut febret saya yang Nike tu, tapi Power je pon. takpe asal dapat main futsal dengan kebenaran Encik Boyfriend kite yang pretty dan saya handsome ni. Sekian. =)

p/s : sama-sama kita mengingati. Lapipun saya tak baik macam Angel dan memang tak baik sangat pun.