Friday, May 29, 2015

E-novel : Sabar Itu Indah (Teaser: Final Part)

Assalamualaikum and Hi!

Miss me?
Bagai Em rindukan Ann,
Bagai Team SII, Kak Habsah dan kesayangan lain rindukan Fatin,
Bagai Fatin rindukan Fahmi?

#eh hahahahaha

Sorry semua, sebab berbulan-bulan lamanya hilang. Sibuk sangat dengan tugas hakiki sebagai seorang pelajar. Rindunya pada Sabar Itu Indah, hanya Tuhan saja yang tahu. And maaf jugak sebab tak dapat nak post kan full ending Sabar Itu Indah kat sini. Satunya, belum di edit lagi, duanya, macam tak ada orang rindukan SII. Macam orang dah tak kisahkan SII. Tak kisah lagi dengan Em, Ann, Sofea dan Faiq. Hmmm. *cry me a river*

Sebab?

Sebab semua dah tergilakan Tengku Zaril dan Yuhanis. Saya pun macam tu. Best betol cerita tu kan? Sampai ulang-ulang tengok episod best, lepas tu perkara wajib setiap pagi masa Praktikum haritu adalah tengok bloopers dengan scenes dalam cerita tu, yang dikongsikan kat Instagram and FB. Angau.com :p

So, walaupun awak semua dah berpaling tadah, nak jugak lah bagi teaser untuk ending cerita Sabar Itu Indah ni. 

p/s: Dah macam tak reti nak menulis lagi dah sebab lama tak menulis kat blog. Awkward sangat menaip ni. Hahahahah. Kembalikan semangat itu........ 


Nah, belanja sikittt



Part 15

Sejak seminggu yang lalu, Ann asyik berulang alik daripada rumah Izah dengan memandu sendiri. Nasib baiklah suaminya sudah mula mempercayainya dan memberikan kebenaran untuk dia memandu tanpa ada orang dewasa disebelahnya.

Sebelum ini, memang Em dan Izahlah yang akan menjadi pemandu rasminya kalau nak ke hulu ke hilir. Yang paling seronoknya, Em sudah membenarkannya memandu dengan membawa penumpang setianya iaitu Sofea dan Faiq. Walaupun Faiq sudah pandai berjalan selangkah dua, tapi Faiq tak susah untuk dijaga. Dalam kereta pun duduk diam-diam di tempat duduk bayinya sendiri bersebelahan Sofea.

Lagi mudah dia memandu apabila kedua-dua Sofea dan Faiq fokus bermain ipad di tempat duduk belakang. Banyak sangat chromosome Em dalam badan anak-anaknya, patutlah perangai ikut Em. Tak banyak susahkan orang disekeliling.

Baru keluar daripada kawasan perumahan mereka, Em sudah mula menelefon.

“Rumah dah kunci? Babies are behaving good in the car? You’re driving not more than 80km per hour, right?” Oh, anak dah dua tapi perangai paranoid Em tak pernah berkurang. Makin paranoid adalah.

“So, I take that questions as a greeting from you lah ya wahai suami. And yeah, good afternoon and Waalaikumsalam.” Em ketawa di hujung talian. Pagi tadi hanya sempat bagi goodbye kiss dengan Ann dan anak-anak mereka bila dia kena bangun sendiri, buat sarapan sendiri dan turun kerja tanpa dihantar sehingga ke depan pintu rumah. Sebab kesian sangat tengok isterinya penat membantu membuat persiapan di rumah Izah, dia bagi peluang Ann berehat puas-puas.

Nak kata Ann ni lepas tanggungjawab terhadapnya semata-mata untuk membantu Izah, memang tak. Dia faham yang ikatan Izah dan Ann dah macam adik-beradik dan masing-masing banyak membantu dalam apa jua keadaan. Malam tadi pun Ann dah gosok kemeja kerjanya. Pagi tadi pun Ann yang bangunkan dia untuk solat berjemaah.

“Afternoon and Assalamualaikum young Mommy. So please, jawab soalan saya.”

“Rumah dah kunci lepas Mak Yaa keluar sama saya tadi. Sofea and Faiq are behaving very very well and hadlaju saya sekarang adalah 80km/h.” Sebenarnya tak adalah Ann nak memandu 80km/j setiap masa, tapi purata hadlajunya masih dalam lingkungan yang sama. Well, safety first! Lagipun lama dah tak memandu, haruslah konsepnya berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

“Good! Saya nak pergi meeting and lepas tu saya nak ke pelabuhan dengan Haris tengok barang. So yeah, I love you. I gotta go. Miss you sayang.”

“Miss you too, love you too.” Ann tersenyum. Hari-hari boleh cair dengan keprihatinan suaminya.
“Love you, Daddy.” Sofea dari tempat duduk belakang menyambung.

“Daaaaa-Deeeee” Faiq hanya menyebut perkataan terakhir yang disebut Sofea.

Em dan Ann sama-sama ketawa.  Faiq sudah mula bercakap walaupun bila bercakap, kedengaran seperti Faiq bercakap dalam bahasa asing.

“And of course Daddy sayang Sofea dan Faiq. Take care, sayang.”

Sampai sahaja di rumah Izah, Ann membantu membuat hiasan dalam rumah. Maaflah, bukan pelamin atau hiasan bilik, tapi bahagian dia adalah dulang-dulang. Faiq dan Sofea pula dijaga Izah untuk menghilangkan rasa bosan duduk berkurung dalam bilik. Hari itu bermula hari izah dikurung sebelum bergelar isteri kepada Hazwan. Sebenarnya Ann pun kurang pasti tentang pantang larang yang dia pernah ikut dulu.

Darah manis? Darah ada gula ke? Apa-apalah, asalkan Izah dapat berkahwin dan bahagia.

“Dude, they are going to put henna on my fingers. you want to put it too?” Izah datang memimpin tangan Faiq ke arahnya yang masih tekun menggubah bunga di atas dulang.

“You know my answer, right? So… main jauh-jauh.”

“Don’t you want to reminisce those days.. you know, masa kau kahwin dulu? That’s the first and last I saw you let people put henna on your fingers.”

“That’s right and again, my answer is still the same. Cukup lah sekali seumur hidup. I’m not tamak, by the way.”

“Eleh, bukan tamak tapi taknak! Dulu pun kena paksa semua orang baru nak pakai. Macamlah benda tu buat kau sakit.”

“Eh, sukahati akulah nak tamak ke taknak ke. Bukan aku yang kahwin sekarang, tapi kau. So, dipersilakan duduk diam-diam dan biarkan tangan kau kena lukis. Nanti nyamuk gigit, jangan mintak tolong aku.”

“Berkiranya! Jom lah teman aku. Cousins aku semua cakap pasal Kpop. Aku mana minat Kpop,tak tahu nak interrupt masa cakap. Kau tinggal satu dulang lagi kan, so tak apalah.” Tangan Ann ditarik menuju ke bahagian depan untuk menemani Izah. Yang lain memang ikut sama nak corakkan tangan masing-masing tapi bukan Ann.

Izah siap umpan dia dengan tunjuk gambar corak yang cantik-cantik tapi Ann tetap menggeleng kepala. Memang taknak. Tak payah paksa, bagi duit pun dia taknak jugak. Masing-masing ada minat masing-masing. Satu je yang dia epic fail jadi golongan muda. Tak suka pakai henna.

“Mommy, what’s that?” Susah anak mat salleh dari Malaysia ni ada. Banyak soal kalau tengok benda yang dia tak pernah lihat.

“They put watercolour on Mama Ijah’s fingers and draw some flowers too.” Sukahati dia cakap watercolour. Tak apalah, dia sendiri pun tak tahu apa benda yang digunakan. Dakwat eh? Terasa teruk diri Ann melihat dia yang sungguh noob.

Si anak yang mendengar hanya mengangguk sahaja apabila dia menerangkan. Nak bagi Sofea ikut sama memang mustahillah. Terlalu muda untuk Sofea ikut benda sebegitu dan si anak sendiri cakap “No” bila Izah tunjuk tangan ke arahnya. Nasib baik!

Belah Hazwan memang tak banyak buat persediaan macam Izah sekarang. Hazwan hanya perlu sibuk sewaktu majlis resepsi pihak lelaki sahaja. Tapi Izah, dari minggu lepas dah sibuk dengan macam-macam majlis. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup, in sha Allah. Biarpun banyak mengeluarkan belanja, namun belum lagi sampai ke tahap membazir kerana pada masa yang sama, majlis itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua keluarga yang jarang berjumpa, dan mengeratkan lagi hubungan kejiranan. Kalau tinggal di kawasan perumahan lain caranya dari hidup di kampung.

Cukup masa, Ann meminta diri untuk pulang ke rumah. Esok Izah akan menjadi isteri yang sah kepada Hazwan. Rasa sentimental datang tiba-tiba bila Izah memeluknya sebelum dia berangkat pulang malam itu. Macam nak hantar Whatsapp kat suaminya, nak mintak kebenaran tidur dengan Izah semalam, tapi dia pun mempunyai tanggungjawab terhadap suaminya. Em dan Hazwan kamceng gila, tapi tak adalah sampai nak bermalam di rumah. Cukup dengan bachelorette party minggu lepas di apartment Hazwan sendiri.

Walaupun buat party di rumah Hazwan, tapi Hazwan sendiri tak tahu. Senyap-senyap duplicate kunci rumah Hazwan dengan bantuan Izah, tapau cupcake dari rumah hasil buatan isterinya, Em angkut sedozen kawan-kawan zaman sekolah mereka ke rumah Hazwan. Pizza dipesan awal-awal. Taknak penatkan Ann buat makanan banyak-banyak dan cake chocolate moist dari Secret Recipe.

Bila Hazwan bukak pintu rumah, semua sepakat baling cake kat muka Hazwan. Beli cake mahal-mahal tapi senang nak buang macam tu. Sekali-sekala jadi bad boys. Dalam hidup, tak payah nak amalkan konsep, ‘why so serious?’ sangat.

“Mommy, nak tiramisu please.” Sofea yang baru lepas dilap badannya dan ditukar kepada baju tidur, tiba-tiba menyuarakan keinginan hati. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Nak suruh suaminya tapau kat ikea ataupun mana-mana bakery, macam tak sempat je.

“Mana nak carik tiramisu malam-malam macam ni sayang? Esok boleh tak?” tangannya naik membetulkan baju si anak.

“KFC, mommy. Kakak at rumah Mama Ijah told me.” Biar betul KFC ada tiramisu? Ke Sofea kena kelentong dengan anak saudara Izah sewaktu dia disuap sama dengan tiramisu tadi. Demi anak, dia ingin mencuba nasib dengan menyuruh suaminya mencari di luar. Cepat-cepat dia mendail nombor telefon Em sebelum Em balik ke rumah.

“Dah habis meeting?” Soalan main terjah daripada isterinya membuatkan Em ketawa. Baru nak telefon Ann cakap dia dah nak balik rumah.

“Baru habis, sayang. Baru nak start enjin kereta.”

“Sofea nak makan tiramisu. Kat KFC ada. According to anak buah Izah lah. Try carik kalau dia betul-betul ada ke tak. Kesian pulak tengok dia nak makan malam-malam macam ni.”

“Alright then. Saya try tengok kat KFC depan office. Tunggu dalam setengah jam, saya balik rumah okay. Love you.” selepas tamat berbual dengan isterinya, Em terus memandu ke KFC di seberang pejabatnya. Memang betul kata anak saudara Izah, sekarang KFC ada makanan tambahan baru. Ada tiga dessert baru yang disediakan, tapi tiramisu dibelinya. Siap tapau 4 sekali. Bolehlah Sofea tambah kalau masih nak makan. Kalau dia, memang tak ngam dengan benda bergula ni. Sofea ni pun makan kira berkala. Taknak si anak terbiasa dengan pemakanan yang kurang sihat.

Sofea yang duduk bersandar di sofa ruang tamu setia menunggu kepulangan Em. Penat-penat seharian bekerja pun hilang bila bukak pintu rumah nampak orang tersayang menunggunya. Faiq pun masih bangun walaupun sudah lewat. Berjalan dua tiga langkah dan jatuh berulang kali. Budak-budak tak reti penat. Kalau dia, boleh-boleh terbongkang terus di atas katil kalau dah penat bekerja.

“I miss you.” Ucap Em sewaktu Ann sedang menyuap tiramisu ke mulutnya. Serius manis. Tengok anak beruang makan depan TV sambil menonton High 5 slumber badak muka. Yang dia makan sesudu tu dah rasa nak telan air kosong segelen untuk meneutralkan tekak. Kalau tak kerana disuap isterinya tadi, dia memang takkan hadap manisan itu tengah-tengah malam begini.

“I miss you too. Penat tak?” soalan cepumas daripada Ann dijawab dengan anggukan.

“Tak apa. Awak mandi dulu, lepas ni, saya urut. Anak-anak nanti kita tidurkan sama-sama. Esok pun kita kena bangun awal sebab esok kita kena jadi orang kanan Izah dan Hazwan.” Em menepuk dahinya. Terlupa sebentar dengan aktiviti mereka esok. Disebabkan terlalu sibuk menghabiskan kerja sebelum mereka bercuti nanti, tarikh akad nikah kawan sendiri pun dia boleh lupa.

Butang kemejanya dibuka. Meniarap di depan Faiq yang duduk membelek mainan di depan mata. Satu.. dua.. tiga.. sehingga lima puluh kali Em push up di depan Faiq dan membuatkan anaknya ketawa. Tiramisu yang sudah habis dimakan Sofea diberikan kepada Ann saat melihat Em mengira dari satu sehinggalah lima puluh, Sofea turut sama mengira. Hish, memang tak tahu istilah penatlah Em kalau dah jumpa anak-anaknya.

“Awak tak penat ke?” tanya Ann bila Em mengangkat Sofea dan Faiq macam work out dengan menggunakan dumbbell.

“Saya sibuk sangat sampai tak ada masa nak exercise. Lagipun makan saya tak control lately. Macam ni je lah cara saya nak workout sambil menghiburkan anak.” Workout pada malam itu ada niat lain sebenarnya. Nak bagi anak-anak penat bermain dengannya sebelum bermanja dengan isterinya. Ann cakap nak urut, haruslah dia rasa gembira sebab badan dia rasa lenguh sangat sejak kebelakangan ini. Nanti dapatlah dating dengan Ann tanpa gangguan.

Keluar daripada bilik mandi, Sofea dan Faiq sudah tidur. Tersenyum dengan usaha sendiri berhasil. Bagi anak-anak main, layankan sahaja sampai mereka penat. Lepas tu bagi susu, terus terbongkang. Dia pun nak juga dilayan lebih masa penat-penat balik bekerja.

Ann bangkit dari katil apabila Em sudah tidur nyenyak. Belum sampai setengah jam dia dan Em dating, bersungguh-sungguh dia bercerita tentang apa yang dilakukannya di rumah Izah pada hari itu, tidak mendapat respon daripada Em. Sekali tilik, suaminya sudah nyenyak tidur. Baju untuk mereka berempat esok hari sudah siap digosok beberapa hari lalu. Dia tinggal nak pasangkan eksesori pada bajunya dan Sofea.

Saat menatap wajah suaminya, jatuh kasihan dihati Ann. Hanya dua bulan bekerja di syarikat guaman Mel, Ann bagi notis perletakan jawatan. Setelah berbincang dengan Em, dia bercadang mahu menjadi surirumah sepenuh masa. Em hanya bersetuju dan menggalakkan Ann melakukan sesuatu yang lain untuk kepuasan sendiri. Setelah berfikir, dia  menyuarakan keinginan ingin menulis artikel tentang isu dalam bidang kerjanya. Artikel yang banyak ditulisnya selama ini dihantar untuk disiarkan dalam ruangan rasmi dalam majalah. Tak adalah Ann rasa sia-sia mencari pengalaman dalam perundangan bila dia menjadi suara kepada masalah diluar dan berkongsi pendapatnya kepada orang.

Suaminya menjadi penyokong setia dan sentiasa menjadi yang pertama dalam menilai dan membaca artikel hasil usahanya. Duit yang diperolehi hasil menulis tidaklah semewah gaji dia bekerja dengan Mel, tapi cukup memberikan kepuasan. Dalam bekerja separuh masa, Ann dapat melihat anak-anaknya membesar depan mata dan tanggungjawab terhadap suaminya diberikan perhatian seratus peratus.

“Kenapa lama sangat berdiri kat situ?” suara Em mematikan lamunan Ann.

“Aik, tadi dah tidur. Kenapa bangun balik?” Ann menyambung kerja memasang aksesori pada bjunya yang tergantung di dinding.

“Saya nak sambung workout.” Faham sangat dengan maksud suaminya, Ann berpaling memandang Em di katil. Malam ni ulat bulu tak boleh naik daun. Esok kena bangun awal, siap apa yang patut dan tolong di rumah Izah sebelum majlis bermula.

“Boleh tak kalau saya cakap taknak?” Dia tahu, berdosa menolak ajakan suami tapi dia betul-betul berharap suaminya faham.

“5 minutes.. promise!” Em mengangkat tangan kanannya.

“Bukan saya tak tahu. 5 minutes awak jadi 5 jam!” Ann berpura-pura masuk ke dalam walk-in-workdrobe untuk menyembunyikan tawanya. Em pula mengekorinya dari belakang dan menarik tangannya menuju ke katil.

“No, you don’t get what I mean. Here..” dia memaksa Ann berbaring di atas katil. Ann terpaksa menutup matanya. Lama dia menutup matanya dan mendengar Em ketawa sebelum membuka semula apabila mendengar Em mengira sama seperti dengan Faiq tadi. Kali ini, Em betul-betul berbaring menghadap mukanya.

“One, two, three, four, five…” Oh, sungguh cair melihat suami workout di depan matanya. Setiap kiraan Em akan mencium dahi Ann dan pada masa yang sama, dia membuat push up. Selesai kiraan yang ke lima puluh, Em berbaring di tepi Ann.

“Wow… mana kutip ilham workout macam ni?” Ann memandang suaminya penuh minat. Peluh di dahi Em betul-betul membuatkan Em nampak macho. Cair hatinya untuk kali yang ke 130310 kali.

“Saya ni superman. Tak payah curi ilham orang kalau nak workout dengan penuh kasih sayang. Bahagia saya tengok awak masa saya workout. Awak adalah semangat saya, kenalah pandang selalu untuk maintain semangat dan stamina nak exercise.” Serius bila Em dah suruh dia baring tadi, ingatkan ulat dah naik daun. Tapi Em betul-betul maksudkan workout yang sebenarnya bila dia push up lima puluh kali di depannya.

“Sayang..”

“Hmm?”

“I think it’s about time..” Ann mengukir senyuman. Dalam maknanya apa yang disampaikannya itu.

“What?” 







__________________________________

So fellas, macam mana? Hahahahaha. Ini adalah 1/10 daripada Part 15. So silalah menunggu dengan sabarnya. Harini cuti yeayyyyyy


Tapi demam. Batuk. Flu. Allergic. Combo semua. :(