Thursday, October 31, 2013

T.E.A.S.E.R.

Assalamualaikum and Hi ;)

You, I dapat tawaran pergi Jepun. Tapi I tolak sebab I taknak jauh dengan you. - First offer rejected. She accepted.

You, lecturer hantar mesej cakap I kena pergi offshore selama 6 bulan. Tak tahu lah kenapa, padahal I bukan ada kaitan dengan offshore ni. - Due to keselamatan, dia pun iyakan sahaja.

You, I kena stay setahun kat Qatar. Tapi I taknak lah. I tak suka tak ada you. -She needs to be patient. Dia masih belajar.

You, syarikat ni ada bagi offer kerja. Tapi I kena pegi New Zealand dulu kena kursus. Dorang cakap gaji 5K ke atas. Tapi taknak lah. - Refer to the previous reason.

You, I ada terima offer letter dari satu syarikat ni suruh pergi kursus. Kalau nak balik bila masa pun boleh and dorang support tiket I balik. - Refer to the previous reason.

Hello teaser! Soon, I'll be back okay. There are lots of ideas but hold on.. exam dulu. Till then, hugs! :*

Monday, October 28, 2013

Beneath Your Beautiful

Assalamualaikum and Hi! Giving a sweet song to the sweet one. Taking a short nap. Yeke short?

This is the original version.

And I do listen to the cover version as well. Quite good but I prefer the original one. :p



You tell all the boys no
Makes you feel good yeah
I know you're out of my league
But that won't scare me away oh no
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But i'm gonna try
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now girl, take it off now girl
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight
You let all the girls go
Makes you feel good, don't it?
Behind your broadway show
I heard a boy say please don't hurt me
You've carried on so long
You couldn't stop if you tried it
You've built your wall so high
That no one could climb it
But i'm gonna try
Would you let me, see beneath your beautiful
Would you let me, see beneath your perfect
Take it off now boy, take it off now boy
I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight?
Ohhh, Tonight
See beneath, See beneath,
I...Tonight
I... Tonight
I'm gonna climb on top your ivory tower
I'll hold your hand and then we'll jump right out
We'll be falling, falling
But that's okay
Cause I'll be right here
I just wanna know
Would you let me see beneath your beautiful
Would you let me see beneath your perfect
Take it off now boy, take it off now girl
Cause I wanna see inside
Would you let me see beneath your beautiful tonight?
Tonight, see beneath your beautiful
Oh tonight, we ain't perfect, we ain't perfect
Would you let me see beneath your beautiful tonight?

How about you? What's your song for your loves? HAHAHA



*Okay, switching to study mode again. :)

Hugs :*

Sunday, October 27, 2013

Be Thankful Dear Teachers!

Assalamualaikum and Hi loves!

This photo always makes my day. Since the first time I saw it. Whenever I feel down of my own chosen field, I will look at this photo again and again. Sounds cheesy wedges huh? Hehe. The big question is, who's the real man for me? Haha

Jom amalkan doa ibu bapa untuk parents kita. Doa anak adalah bekalan untuk orang tua kita di akhirat kelak. Wallahualam. Keep smile. Sadaqatin Jariatin. ;)

Rabbirfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira. Amin.

Till then, night.

Saturday, October 26, 2013

The truth is I miss you!

Assalamualaikum and Hi!

Bayar barang kat kaunter.
Terserempak dengan cekelet ini.

Lantas kepala memikirkan sorang insan. Ya, F.

Ya jugak! Budak suka benda ni. Tapi si tua tu pun suka.

Argh, cakap rindu boleh--

Shopping dengan kau, aku kompem beli untuk kau main. Kau nampak tak sedihnya tadi aku lepaskan balik benda ini dan terus berjalan ke depan. Aku beli sapa nak makan.

*lantaklah orang cop aku meroyan. Aku cakap tp risiko orang suka atau tidak. Terpulang. Stegrem kau aku tak heboh after all. Kbye

#Puisi #fatmiefaheen - taken from my own instagram. Gambar kinder joy! :p

Tak reti bohong. (biar betol?) Like I always said-- I just love writing and that includes writing about random stuff. The risk- orang suka or orang kritik. Dua-dua confirm ada. Tadah telinga. Dengar sahaja. Jangan pekakkan telinga. Kadang-kadang mereka betul. Kalau dengki, tolong happy. Sebab mereka stalker. Lols.

Tapi betul! Tadi keluar dengan rumet memang buat groceries shopping. Memang dua orang. Seronok dapat explore Star Megamall. Selalu pergi tapi tak tahu tempat kat atas. Tadi first time. Thanks Shaaa.

Till then, night babes. Hugs

A better plan.

Assalamualaikum and Hi :)

I hereby admit that actually I have a new obsession. What is it? Okay, let me give you a clue. The clue is, you just have to look at the photo below. Later. Ihiks ;)

Okay.

Actually I have a new plan about my writing. Yalahkan, besides writing about this lovey dovey thingy, apa kata kita letak beberapa unsur keIslaman dalam nya. Frankly speaking, saya perlu buat further research about this matter. Soal agama memang kita tak boleh main hentam cakap. Saya tak berani kalau saya tak pasti. Harus ada rujukan. Internet is not enough. Tak boleh nak percaya 100%.

Hence, I asked few people who are willing to help me. Masa cuti semester akan digunakan untuk research. Oh by the way, have you ever heard about Perubatan Cara Islam? Ruqyah? I know about it. Just a little knowledge. And this is what I want to share later in my writing.

Current issues lah sekarang ni, we heard about husband and wife yang kena buatan orang. Mereka dengki dengan rumahtangga orang pastu buat rumahtangga orang retak. Then mereka pun macam nak berpisah lah. Allahurabbi. Mintak dijauhkan.

I was taken aback by this issues. Quite a few yang saya dengar and tetiba rasa terpanggil (hehehe..macam terer) untuk buat satu cerita  yang ada sentuh pasal hal ini. Please please please, don't get me wrong. Awal saya cakap, benda yang saya buat adalah berdasarkan pengalaman and dari pemerhatian saya sendiri. Kalau ada tersama dengan mana-mana pihak, maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Takda niat nak mengaibkan mana-mana orang. Yang baik kita sama-sama ambik sebagai pengajaran dan yang takbaik terus buang dalam tong sampah. Hehehe. Ehemmm, serious ni!

Well, ni bukan la obsession yang saya cakap awal tadi. Obsession saya adalah gambar kat bawah. So let's play a game (even I don't like playing games) called guessing game. Tengok gambar dan teka sendiri. Find me if you know me in this photo.

Till then, hugging you ®©

Tuesday, October 22, 2013

Realiti hidup yang memeritkan tapi akhirnya membuatkan kita syukur..

Assalamualaikum and Hi! 

Dalam hidup kita ni kan, kita selalu diberi pilihan. Life is about choices after all. Everything. What more to say, by the time you have to make decision in your life, that is the hardest choice that you have to cope with. In this post, I'm not asking you to debate on this matter. This is just my opinion. Basically, my decision in life. 

I'm a product of MARA. Anak MARA? Have you ever heard about that? In other word, bekas pelajar MRSM. I'm proud of that? No, absolutely no. Don't get me wrong. I'm not blaming my previous school but I'm blaming myself. 

The reality that I know, once you are studying in MRSM, people are expecting you to work as a doctor, engineer, students with actuarial science qualification, law, architecture etc. A teacher? Maybe not in the list of expectation. Apa orang kita cakap sekarang ni adalah, cikgu semua orang mampu jadi. Even budak sekolah biasa. Apa adventure kau belajar kat sekolah up up pastu jadi cikgu sama macam budak sekolah lain. I'm sorry, saya tak merendahkan darjat mana-mana pihak tapi what I'm saying here is based on the reality of people nowadays.Even saya sendiri pernah dengar orang cakap macam tu. Apa nak dibahaskan lagi. Bukan nak mereka cerita makcik ni cakap ni pakcik tu cakap tu. No, not at all! And yeah, you can agree and disagree with this statement. Like what I've said earlier, life is about choices. Your choice is to agree or disagree.

Masa sekolah ada dengar my close friend cakap, dia cakap dengan mak dia yang dia taknak jadi cikgu even mak dia suruh and cakap cikgu senang lagi banyak cuti, belajar terus kompem jadi cikgu. (dulu yes, sekarang tak). Then, dia cakap, buat apa sekolah kat MRSM tapi last-last masuk maktab. Masuk U lah mak! Orang nak jadi akauntan.  - Begitulah cerita nyaaa.


Tapi tulah kan, mulut orang kita tak ada kuasa nak staple or salotape suruh dorang duduk diam-diam daripada judging kita. Alaa, typical lah manusia. Mana boleh duduk diam, mesti ada cerita baru. Zarah kat hujung dunia mereka nampak, yang dinosaur depan mata tak nampak pulak. Rabun mungkin.

Orang tak tahu, saya ambik course TESL ni sebab restu saya ke arah bidang pendidikan ini. Mana tahu, satu hari nanti, cucu makcik jadi students saya. Kan? Nampak tak yang makcik seolah-olah main dengan ludah makcik sendiri? In sha Allah, saya nanti kalau jadi cikgu sekalipun, saya tak ada lah nak simpan dendam kesumat saya sekarang ni and balas berbelas tahun kemudian dengan orang yang tak bersalah iaitu cucu makcik. Level saya taklah sama denagan anak cucu makcik tapi in sha Allah, rezeki saya carik halal. 

Tahu tak, walaupun saya full-time student yang ambik course Cikgu English, tapi saya ada matlamat. Saya ada impian yang saya tengah usaha nak capai sekeras-kerasnya. Impian nak jadi doktor dah lama terkubur so takda dalam list lagi dah. walaupun nanti in sha Allah saya akan jadi cikgu, saya jugak nak jadi writer. Tak kisahlah writer article yang cakap pasal random stuff or writer yang macam awak dah tahu- menulis cerita lovey dovey yang berhingusan. Saya terima pujian, saya terima kritikan. Itu pilihan saya sebab saya nak capai impian saya yang satu ni. 

Saya memang chromosome kuat belah Mak. So, saya ada satu minat yang sama dengan Mak, selain masak. Kami minat business. Even my sister pun dah buat business kecik-kecik. Mak memang ada buat business kecik-kecik jugak. Well, pengorbanan orang tua untuk anak-anak. Impian saya nak bukak business sendiri dengan label sendiri. Nak bukak butik sebab I love fashion even though I'm not that into fashion when I'm wearing clothes. Besides, saya nak bukak business babies clothing and stuffs because I just love babies. Ngeeeeee. Saya nak bukak bakery sendiri sebab saya suka sangat baking cakes and masak-masak. Typical perempuan lah!

Well, dulu, kini dan hari seterusnya, saya memang suka modelling. Masa kecik-kecik selalu main dengan cousins and sister macam ni. Feeling model jap! Hahaha. I'm not saying yang saya nak model yang peraga benda yang tak sepatutnya masa runway shows. No! Alaaa, online, part-time, dalam magazine. Still guna tudunglah! Tapi macam tak payah lagi lah kot. Hahahaha. 

 And the list goes on..


Above all, saya manusia. Saya ada perasaan. Kadang-kadang, bila part orang membandingkan saya dengan sesiapa sahaja, saya rasa memang tak patut. Perbandingan yang positif ke negatif, they are just the same. 

True story of mine.

There was the time, this fellow came over my house. Biasalah, cakap pasal hidup. Anak berapa orang dah, yang Ali kat UK ambik engineering, Leha kat Rusia ambik medic, Timah kat Jepun ambik actuarial science, Jemat kat Aussie ambik architecture. Syukur makcik bijak membesarkan anak. Semua pandai. Pulak dorang ni sekolah biasa ja pun. Tak macam saya ni ha. Boarding school tapi boarding school lah sangat. Sebab tu lah dia cakap kenapa ambik cikgu JEEEEE sedangkan saya ni sekolah MRSM dulu. Well, makcik, saya dapat 5A ja pun dalam SPM. Mana layak nak duduk sama level dengan anak makcik yang 10A, 11A, 21A, 22A semua. Tapi syukur jugak lah saya ni, even most of the time menangis melihat kekecewaan mak bapak pada masa lalu terhadap pencapaian saya, tapi saya tak jugak mintak duit mereka dengan kerap masa belajar. Ada elaun saya sini dekat nak RM4K makcik. Apa nak pening kalau nak beli buku ratusan ringgit. Even Maktab saya dekat hutan tapi tak jugak saya berbelanja besar. Dekat pulak tu dengan family. Balik pun senang. Tak payah nak book flight transit dari Ireland ke KL yang semestinya ada transit, then dari KL ke Kuching. Flight saya yang jarang saya naik lah, pun dari Sibu ke Kuching ja. Setengah jam pun tak sampai. Lagaknya macam jauh sangat guna flight kan. Bontot pun belum cecah kerusi, abang Pilot hensem dah cakap "Thank you for flying with AirAsia." Apa motip sangat? Kalau fefeeling belajar overseas pun masa balik guna bas 6 jam. Lagaknya macam naik flight dari KL ke Australia yang durationnya pun 6 jam. Tapi bas takda di udara. Flat memanjang di jalan raya. Tak perlu risaukan jetlagged.

Kadang-kadang, sesetengah pihak ini, kalau nak memilih menantu memang nak sama level dengan anak mereka. Bukan nak tengok hati, tengok gaji! Untung-untung anak pandai, kalau anak mereng, nak carik menantu mereng jugak? Nanti, dah tua-tua sakit, nak terberak, nak ke tak menantu awak yang high class tu basuhkan? Kalau sudi, untunglah. Yang tak sudi macam mana pulak? Untung-untung, paksa laki dia hantar kat rumah orang tua. Masya Allah. Mintak jauh semua. Hiduplah dalam keadaan aman bahagia ceria damai. Aminn.

Yang ni rezeki saya makcik, jangan menilai. Esok-esok saya lebih makcik pulak gusar. Sibuk pulak nak satukan dengan anak jiran yang jadi CEO. Apa motip? Agensi pencari jodoh. Biar pun saya suka mengarang novel dengan mereka benda yang mustahil menjadi tidak mustahil, tapi realiti sekarang, mana ada anak orang miskin fakir kahwin dengan orang berdarah kacukan Inggeris-Arab-Sulu, mata biru, tubuh sasa, pangkat CEO dekat Gagah Perkasa Holdings. Takda ya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau ada, sila tampilkan contoh dan saya ingin melihat sejauh mana realiti itu. Ni pengaruh cerita TV3 pukul 7 petang ni. Tu laa, orang suruh tengok TV Al-Hijrah taknak. 

Above all and above all, saya bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun under estimate sendiri kadang-kadang. All I need is just a moral support from the loves.

Renungkanlah dengan mata hati, mata fikiran dan bukannya dengan mata kasar semata-mata. Ceyyyy, boleh muntah hijau sekarang! Maaf andai ada yang terasa. I'm just saying what I want to. Assalamualaikum and oh hari ini 2 entry. 

Ni muka semua cikgu ni. Cikgu mengajar bahasa omputeh. Jangan hairan pulak cikgu guna baju orang negara India. Dari kiri, Priya, Anjali, Pooja, Sanjana, Ishika dan Avantika. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Lelaki dan texting!

Assalamualaikum and hi wanita dan lelaki. (Eee.. Gelinya guna wanita. Tua gila!) Hahahaha

Adakah anda terperasan bahawasanya sejak dua menjak tiga empat lima menjak ni saya mengalami simptom kerap meng-update belog? Sila iyakan. Well, kalau idea mencurah-curah jangan ditidakkan untuk dikongsi bersama orang walaupun masa suntuk untuk mengkajiulang. Eh? Nanti kalau saya hilang anda pula yang kerinduan dengan diri ini. Kahkahkah * sila ketawa sampai terkeluar alveolus kalian *

Baik, kembali semula ke tajuk di atas. Mengikut pengalaman dan kepakaran saya dalam menekan henfon untuk bepesanan ringkas bersama spesies lelaki, saya mendapati golongan ini mempunyai penyakit yang dinamakan malas menaip tapi rajin pulak bermesej.

Tak paham? Okay, mari Cikgu terangkan kepada anak murid sekalian. *sambil membelek-belek lesson plan yang bertajuk "Lelaki dan mesej mereka" pada muka surat 1303* :p

Macam ni, lelaki ni kalau nak mesej memang pada pengamatan saya seperti kanak-kanak riang mendapat lolipop apabila mermesej dengan orang yang mereka nakkkk sangat bermesej. Tapi Ya Allah, dah bermesej tu alahai mak, satu baris pun tak sampai text mesej mereka hantar. Satunya mereka tak sayang kredit. Duanya mereka tak reti berkarang dengan random stuff. Punyalah panjang orang tanya, dia jawab sepatah ja. Sepatah mewakili semua soalan. Biar tembikai? Typical men.

Saya bercakap taklah merujuk kepada F semata-mata. Tapi semua tahu! Kawan lelaki, abang, adik lelaki, pakcik, datuk dan bapak I sekali. Persatuan Lelaki Pesanan Ringkas Maha Ringkas. Caption tak boleh melarikan diri (blah) langsung.

Situasi 1
Me: Dad, I'll be back tomorrow. By bus perhaps. With my friends. At 12 noon. -Dad la sangat. Hahaha. Bapak ja punnn.
Dad: K -Rasa nak pengsan diri ini membaca. K stands for Potassium dad! You gotta be kidding me? I'm TESLian after all, not a Chemist's student. *urut dada*

Situasi 2
Replying the previous message--
Me: Sayang, don't give up. Belajar lah. Jangan fikirkan sangat masalah yang hanya rosakkan kepala otak. Exam is just around the corner. I'm here with you after all. -karangan berpandu tentang motivasi
F: Aok yanggg. -I know this is better than the first situation, tapi kamon la man, 2 words with one fullstop aren't enough. Please give me the feedback.

Situasi 3
Me: Dek Add, Goodluck exam. Doa banyak2. Usaha as much as you can. Minimize playing futsal and football. Makan jangan lupak. -exam wish to big bro
Big bro (Fuad): Thanks -menikam semula talipon ke atas katil.

Situasi 4
Me: Salam haa, sorry sebab semalam tak dapat nak tolong awal. Bagi yang terbaik etc etc masa meeting Kespa.
Adha: sikpa geng
Situasi 5
Me: bla bla bla bla bla bla
S: Aok kak

*Above all, jom nangis. Learn to say something dear men. Well what I said is not for all men. Some of them only.

Mak tahu bila lelaki bagi mesej panjang? Mesej raya! Hahaha. Maklumlah forward ja pun mesej. Apa susah kan? Tapi kan, masa emo or gaduh lah masa si lelaki suka berlarang mesej sehinggakan jenuh membaca. Masa tu lah nak berjiwang 44 karat emas. Huh? Sudah terlambat.

Till then. *hugs

Monday, October 21, 2013

Annual Dinner 2013

Assalamualaikum and hi babies! :')

Last Friday, I went to RH Hotel Sibu, attending IPG Kampus Rajang's annual dinner. Basically, there is no specific theme / dress code for the dinner, as long as the students are wearijlng formal attires. For me and my friends, we decided to choose Punjabi suits as our dress code.

Months ago, we had discussed about where to get the punjabi, what kind of tudung is suitable to this colour etc. Well, perempuan kan? Mesti nak nampak vogue even we are all ladies without our boys. Lols.

So, I don't have any idea of the programme. Typical lah. Takda maknanya nak pranking or kejutan. Semuanya planned. Tak rasa best sangat sebab event ini actually untuk students last semester ja pun. So kami ni kira penonton and enjoying the scruptious food with the performances of students. Oh, we are using a ballroom. Besarrrr and we were choosing tge back table sebab senang nak keluarkan tanduk masa event. Well well well, anda silap sekiranya anda katakan saya ayu, saya perempuan Melayu terakhir. Vice versa. Saya Singa yang suka mengaum tapi saya masih makan nasi walaupun kadang-kadang french fries berterbangan di angkasa. You know I know F :p

Tahun ini tak sebertuah tahun sebelumnya sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah and apa-apa hadiah. So, kami rock sebab kami camwhoring, kami teriak-ing sepanjang event. Biasalah kan bawak spesies aneh ke event formal. Kesakaian menyerlah.

1. Hai saya mix Arab dan Cina tapi itu napkin sahaja dan bukannya kain jilbab for real. Biasalah, orang mereng. :p

2. Antara hidangan, henpon Nokia antik. Sodap henpon dimakan. Kenyang berabad. Well, you heard about "Makanlah henpon kau anak, tak payah makan. Kau dah kenyang kan?" - golongan Mak-mak

3. Rumet I, Shasha. She's pretty. A Melanau girl. Promote nampak? :D

4. Kissing a senior of mine. Selalu bertegur sapa dalam social network. Kak Vicc, a kelabit (rasanya) product.

5. The ballroom. Beso gila babeng. *Melampau

Till then, bye sayang. Love you bunchies my munchies cookies.

Saturday, October 19, 2013

Cerpen Dari Hati 2: Kekuatan dalam Dugaan

Assalamualaikum and Hi! As promised, here I am. Posting my other pieces. Sorry for any inconvenience. By the way, I did not double check this cerpen, so ada typo, ayat melanggang, pardon me okay. I am dradfully exhausted with the obstacles. I think, the problem with the exams is still okay, but the drama between me and F is something that I can't stand with. Anytime, I can burst into tears. What a sensitive me. Biasalah kan, orang tengah tension stress memang mudah sangat nak macam ni. So, silalah membaca:

 “Sayang, banyak lagi kerja yang nak dibuat?

“Yup, masih ada few chapter lagi. Why?”

“You want me to help you?”

“No, thanks. Awak dah tolong tidurkan Mikhail pun dah kira membantu saya”. Aku mengukir senyum berpaling menghadap si suami yang duduk di birai katil. Mikhail sudah nyenyak tidur di dalam katil bayinya. Aku berada dalam tahun yang terakhir pengajian di universiti. Suamiku pula telah menamatkan pengajiannya pada tahun lepas. Kerana situasi aku sebagai pelajar sepenuh masa dan berada dalam tahun yang terakhir menyebabkan rutin hidup kami bertiga bertukar corak. Hanya untuk beberapa bulan sahaja sebelum aku menamatkan baki semester terakhir ini. Itu aku pasti.

Kami berkahwin atas dasar cinta, ingin menjaga batas, ingin menghalalkan hubungan serta memaknakannya dengan ikatan perkahwinan. Untuk itu, kami tidak pula mendapat tentangan daripada keluarga untuk berkahwin dalam usia muda. Senang sahaja untuk kami menyampaikan niat di hati untuk berumahtangga 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu, aku baru sahaja berumur 21 tahun dan Am, suamiku berumur 22 tahun. Cabaran yang kami terpaksa hadapi adalah kami perlu hidup berdikari. Sememangnya ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka berada dalam kesusahan, tapi jalan yang aku dan Am pilih adalah untuk berdikari atas dasar kami telah berkahwin dalam usia muda. Itu cabaran yang kami sahut walaupun acap kali orang tua kami menyuarakan niat ingin membantu kami dari segi kewangan dan tempat tinggal sewaktu awal perkahwinan kami dulu.

Bagiku dan Am, keputusan untuk berkahwin muda ini mengajar kami hidup berdikari tanpa perlu bantuan ibu bapa kerana tanggungjawab itu telah bertukar. Atas usaha Am, aku masih lagi belajar sehingga sekarang dan atas usaha suamiku juga, dia telah menamatkan pelajarannya serta mendapat jawatan pekerjaan dengan cepat sejurus selepas menamatkan pelajarannya dahulu.

Kehadiran Mikhail 5 bulan yang lalu menambahkan seri dalam rumah kami. Sejak Am mendapat tawaran bekerja, sebagai seorang Jurutera Mekanikal di sebuah anak syarikat terbesar di ibu negara, kehidupan kami berubah rentak. Mula berubah kearah kebaikan. Rezeki Mikhail, itulah kata kami sekiranya ada orang yang bertanya tentang rezeki kami.

Bunyi rengekan Mikhail mengejutkan aku. Hilang segala kenangan lalu, yang ada hanyalah aku, Am dan Mikhail di dalam bilik yang telah dihias cantik mengikut tema moden kontemporari. Aku lihat Am terus mendodoikan Mikhail tetapi tangisan Mikhail yang berubah nyaring memmaksa aku menghentikan kerja lukisan plan aku tadi.

“Sayang, I think baby nak menyusu.”

Sapaan si suami membuatkan aku bangkit dari kerusi dan pantas sahaja mengatur langkah ke katil. Mikhail yang sedari tadi menangis  diangkat ke riba dan disusukan. Sesekali aku menepuknya. Am hanya memandang tingkahku,

“Sayang. Let me finish your work. You need some rest. Well, definitely you have to. Tak lama rasanya kalau saya yang buat.” Aku mengangkat kepala.

“Janganlah sayang. Let me do my works. Macam mana nak pandai kalau suami yang siapkan kerja isteri. Lagipun dekat nak exam dah, kenalah practise lebih sikit.” kataku sambil tersenyum memegang tangannya.

“No sayang. Kali ni please let me help you. Mata sayang dah bengkak sebab tak cukup tidur. Sayang tidurkan Mihail dan kemas kan apa-apa yang patut untuk ke kelas esok, then tidur okay.” Arahan Am aku terima walaupun hatiku tidak setuju. Bagiku sama sahaja, kami tetap akan keluar pada masa yang sama esok dan aku yakin dia pun tidak kurang penatnya seperti aku. Setelah aku habis menggosok pakaian untuk dipakai si suami pada keesokan harinya, aku terus membaringkan diri di atas katil. Mudah sahaja aku melelapkan mata setelah Am berhenti sekejap daripada membuat kerjaku dan memberikan ciuman kepada aku dan Mihkail pada malam itu.


“Wake up sweetie pie. Wake up” tangan Am yang mengusap wajahku sedikit sebanyak mengganggu lenaku. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menyambung tidur, tapi mengenangkan kewajipan kepada Tuhan, aku terus bangun dan menuju ke bilik mandi. Selesai menunaikan Subuh bersama Am, aku lihat dia menangkat Mikhail daripada katil bayi dan membawanya ke atas katil. Satu pemandangan yang indah telahku. Sempat lagi Am tidur di atas katil memeluk Mikhail walaupun sebentar lagi kami harus bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Aku berkira-kira, agaknya pukul berapa Am tidur kerana dia jarang tidur selepas subuh. Selalu sahaja dia mengingatkan aku agar tidak tidur selepas subuh kerana itu merupakan satu amalan yang tidak elok. Lukisan di meja yang telah siap dilukis Am aku kemas dengan segera.

Sarapan aku sediakan seperti selalu, dan pakaian harian Mikhail aku sediakan dan terus meletakkan di dalam beg Adidas kecil yang dibeli Uncle Ash nya bulan lalu. Beginilah rutin kami bertiga, Am ke tempat kerjanya, aku akan ke universiti dan Mikhail pula akan dijaga oleh datuk serta neneknya di rumah mereka. Sebaik sahaja habis kuliah, aku akan menunggu Am datang menjemput di library. Dan kami akan bersama-sama mengambil Mikhail semula di rumah datuk dan neneknya.

“Sayang? Kenapa tak siap lagi ni? Saya nak bagi Mikhail mandi.” Segera aku kejutkan Am yang nyenyak tidur padahal Mikhail entah bila sudah bangun di dalam pelukan Daddynya. Am terus bangkit dan mengemaskan dirinya. Mengejutkan si suami tidaklah susah seperti mengejutkan aku, dan kerana itulah kerjaku menjadi mudah. Selesai menguruskan Mikhail dan bersarapan, dalam perjalanan menuju ke rumah Mama, Am memberitahu bahawa dia diminta untuk bekerja di Abu Dhabi selama setahun oleh pihak syarikatnya untuk menguruskan bahagian bengkel di sana. Sebenarnya, dari semalam lagi dia ingin memberitahuku tetapi aku Nampak begitu sibuk dengan lukisan plan untuk dihantar pada hari ini menyebabkan Am tidak jadi untuk berbincang mengenai hal ini.

Dia masih berkira-kira untuk pergi ke sana kerana dia mahu membawaku dengan Mikhail sekali. Sejujurnya aku teruja tetapi apakan daya, aku perlu menghabiskan masa belajar yang beberapa bulan sahaja lagi tinggal untuk tamat semester. Ruginya sekiranya aku perlu menangguh setahun padahal dalam masa kurang 3 bulan aku akan tamat belajar. Adakah aku perlu tinggal disini bersama anak kami sementara baki beberapa bulan lagi aku belajar dan selepas itu aku akan mengikutnya kesana? Hal itu yang bermain di fikiran ku semasa perjalanan ke universiti pagi itu. Perbualan kami terhenti dan bergantung di situ sahaja sebaik sahaja aku sampai di depan bangunan fakulti. Seperti biasa, tangan suami aku cium dan dia pasti menghadiahkan aku satu ciuman di dahi. Lama aku memerhati Harrier hitam yang selalu Am gunakan untuk ke kerja bergerak meninggalkanku sehingga tiada lagi kelibat kelihatan.

Sejujurnya sepanjang tempoh kuliah, aku tidak mampu memberi fokus kerana aku memikirkan tentang apa yang baru aku tahu di dalam kereta pada pagi tadi. Ligat otakku berfikir untuk mencari keputusan. Aku tahu, itulah impian kami, untuk merasa peluang bekerja di negara orang. Mencari pengalaman dan kenangan. Tetapi yang menjadi masalah yang kami dapat adalah, keadaan aku masih lagi belajar pada semester akhir yang semakin hari semakin sibuk. Aku tahu Am boleh menolak tawaran tersebut dan aku tahu itulah impian terbesarnya kerana dari situlah dia mampu membuat hidup aku dan Mikhail menjadi lebih senang. Peluang tidak datang berkali-kali. walaupun peluang pada masa depan ada tetapi tetap tidak sama nilainya dengan yang ini. Aku telah nekad membuat keputusan yang akan aku sampaikan kepada Am pada waktu balik kuliah pada hari itu.


“Sayang, apa kata awak pergi ke Abu Dhabi dulu for the first 3 months and baby and me akan ikut kemudian. Kalau nak tangguh pengajian saya, rasa sayang pulak dah alang-alang last semester ni. Habis saya belajar nanti, saya pun dapat lah apply untuk kerja sementara kat sana.” Aku menyurakan keputusanku kepada Am sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta petang itu. Memang betul tekaanku. Cadangan aku tidak diterima sama sekali oleh Am. Dia rela melepaskan peluang tersebut daripada meninggalkan insan yang disayanginya untuk ke Abu Dhabi.

Aku tekad, aku tidak mahu melihat Am melepaskan rezeki dan peluang yang selalu dilepaskan kerana aku. Sebelum ini, dia pernah menolak tawaran kursus perkapalan di pelantar minyak Terengganu selama enam bulan dan dia pernah menolak kursus kejuruteraan di Jepun selama dua tahun. Semua itu kerana aku, tidak mahu meninggalkan aku. Apatah lagi kini dengan kehadiran Mikhail Zafran. Melihat kebahagiaan suami adalah satu anugerah terindah bagiku. Kali ini biarlah aku beralah untuk kebahagiaan serta memenuhi impian Am sedari dulu lagi.

“Sayang, saya takkan ingkar dengar awak. Saya juga bukan pentingkan diri. Bukankah kita sama-sama mahu Berjaya dan menggembirakan hati orang tua kita dulu? Kalau saya ikut sayang maknanya saya tak dapat grade within this year. Means saya ni tua sebab belajar. Kalau sayang nak tunggu saya tak dapat pulak, sebab benda ni kena pergi within this month. Tak boleh tangguh lagi dah kan since sayang banyak kali dah tolak tawaran ni. Lagipun, saya dengan baby boleh je survive for only 3 months. Mama papa kan ada untuk jenguk kami.” Pujukku.

“And how about me? Missing my loves in Malaysia while I’m all alone in AD? Bukan tak reti nak sediakan keperluan harian dengan sendiri, but since past 2 years, kita tak pernah berjauh sayang apatah lagi saya tinggalkan sayang dalam masa yang lama. Even only for the first 3 months. Sayang, you’re my co-pilot. Mana boleh saya lakukan semuanya tanpa sayang and saya jugak pasti yang sayang pun macam tu jugak kan?” kata-kata Am membuatkan aku mati akal. Aku telah memikirkan semua itu tapi aku tetap mahukan impian besar suamiku tercapai.

Surat pelantikan dengan gelaran Ir. untuk Am dibaca dengan teliti. Untuk itu Am wajib menyiapkan tugasan utama sebaik sahaja menerima gelaran Ir dengan melapor diri dan berkhidmat di Abu Dhabi selama setahun. Mendapat gelaran jurutera Ir dalam usia yang muda memang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Jadi, itu lah hakikat sebenar yang menyebabkan Am perlu ke sana. Sekiranya aku tidak membaca surat di dalam laci meja solek di dalam bilik sewaktu sedang mencari bil pada pagi itu, sudah tentu aku tidak tahu bahawa tawaran kerja ini sebenarnya membawa Am kepada satu pangkat yang besar. Aku bersyukur kerana itulah impian yang si suami selalu lagukan sejak zaman belajar lagi. Sekali lagi, aku memasang strategi agar Am akan pergi ke Abu Dhabi dan Mikail dengan aku akan tiggal bersamanya sebaik sahaja aku habis belajar.


Petang itu, aku lihat Am sedang gembira bermain bersama Mihail yang baru sahaja pandai meniarap. Aku perlu memberitahu dia. Pada mulanya dia enggan menerima tetapi aku sendiri yang mengemukakan syarat, dia wajib pergi dan pilihannya hanyalah yang pertama aku dan Mikhail mengikut dia ke AD tetapi aku tidak akan menyambung pelajaran walaupun setelah kembali semula ke Malaysia. Kedua pula, aku akan ke sana dalam 3 bulan akan datang bersama Mikhail dengan janji, aku telah menamatkan pelajaran dan akan mendapat segulung ijazah. Dalam terpaksa Am juga akur lantas dia menyuruh Mak Usu yang tinggal seorang di kampung untuk menemaniku di apartment kami selama tiga bulan ini. Untuk menemaniku yang keseorangan bersama Mikhail pada waktu malam dan melihat serta menjaga kami untuk dirinya. Dia berjanji kepada Mak Usu untuk memberi ganjaran sekiranya dia bersetuju untuk menjaga Mikhail dan aku nanti.

Petang ahad itu kami mengahantar Am di KLIA untuk berangkat ke Abu Dhabi. Mikhail seperti tahu Daddy nya hendak bekerja jauh, terus sahaja merengek. Gugur juga air mata mama dan papa melihat Am memeluk ku dan Mikhail. Kemas dan lama. Aku basah dengan air mata namun senyuman aku hadiahkan kepada si suami yang aku sayangi. Penuh dengan pesanan, sarat dengan kasih sayang dan rindu, aku lepaskan Am pergi ke Abu Dhabi dengan air mata gembira dan rindu.


Malam pertamaku sunyi tanpa teman di sisi. Selalunya dialah yang menjaga Mikhail sewaktu aku bertungkus lumus dengan kerja yang semakin hari semakin banyak. Dia juga yang banyak membantuku dengan urusan rumah. Yang paling utama adalah, dia akan setia menemaniku di tengah malam, bercerita tentang banyak perkara dalam masa aku mennyiapkan kerja-kerja tersebut. Sekarang aku perlu membiasakan diri berseorangan. Hanya untuk 3 bulan. Mak Usu memang kerjanya untuk membantuku dengan urusan rumah sahaja, susah macam mana sekalipun Mikhail tetap aku uruskan sendiri. Walaupun aku harus berkejar ke hulu hilir. Biarlah puteraku yang satu ini meneman aku saat Daddy nya tiada dalam masa 3 bulan ini.

Telefon bordering membuatkanku cepat sahaja ingin menjawab panggilan masuk,

“Assalamualaikum sayang, sayang dah makan? Are you okay? Where’s my hero?” soalan yang banyak itu aku sambut dengan ketawa halus. Mikhail di tepi diusap sayang. Ada air jernih yang jatuh di pipiku. Aku harus kuat dan inilah satu-satunya pengorbanan ku kepada Am.

“Waalaikumsalam. Sekarang dah pukul 1 pagi mana ada orang nak makan lagi. Dah kenyang dah pun. Mummy dengan baby okay tapi agak sunyi sebab Daddy tak join buat rutin harian. Hero Daddy dah tidur lena. Kali ni Mummy bagi chance baby tidur kat tempat Daddy sebab Mummy nak carik bantal peluk versi kecik dan cute. Sayang tak tidur lagi ke?”

“What? Pukul 1 dah? Kenapa tak tidur lagi sayang. Kerja tu nanti boleh sambung. Nanti penat yang. Mm. Penat yang dan nak tidur rehat dah sebenarnya tapi rasa pelik sangat sebab 2 harta kesayangan takde kat tepi. Sunyi sangat tak dengar suara harta kesayangan saya ketawa, happy semua tu. I miss you so badly.” Kata Am yang membuatkan air mataku semakin laju mengalir.

Begitulah rutin harian kami pada waktu malam setiap hari. Melaporkan aktiivti harian dan meluahkan apa-apa masalah yang berlaku. Pada mulanya, kekok rasanya tiada suami di sisi dan semua benda kena dilakukan dengan sendiri. Bangun sendiri, subuh kesorangan, menjaga anak seorang diri dan memandu ke universiti seorang diri tanpa dihantar.


Suatu hari, sewaktu aku sedang menghadiri kuliah, Mama menelefon memberitahu Mikhail demam dan menangis dengan teruk. Aku terpaksa meninggalkan kuliah begitu sahaja kerana Mikhail penting daripada segala-galanya. Sampainya di rumah Mama, aku terus membawa Mikhail ke klinik. Disebabkan bayi yang masih lagi lemah antibodinya, doktor menyarankan Mikhail untuk mendapat rawatan susulan di wad pediatrik. Kali pertama melihat anak yang baru sahaja berusia 6 bulan dicucuk jarum untuk menambah air di badannya, hatiku jadi sayu. Kekuatanku hilang. Aku menangis di luar wad kerana tidak mahu melihat pakar pediatrik sedang mencucuk jarum di pergelangan tangan Mikhail. “Baby, kuatlah sayang..”itu sahaja yang aku mampu ucapkan dalam tangis.

Mama menyarankan aku memberitahu berita ini kepada Am tetapi aku enggan. Aku tidak mahu prestasi kerja suamiku terganggu. Ditambah pula tiada orang di sisi dia pada masa ini, apatah lagi kami berdua sama-sama memegang gelarana ibu bapa yang masih muda dan tiada pengalaman dalam hal sebegini. Biarlah Mama ada bersamaku dan membantuku. Aku tidak mahu Am susah hati dengan semua ini. Dan seperti malam-malam sebelumnya, Am menelefonku.

“Dear wife, is there’s something else that you wanna tell me? I miss you and you sound sad? Why my dear?” itulah rasa suami, dapat membaca isi hati isteri.

“Eh, mana ada. I’m okay sayang. Cuma flu and dah makan ubat dah. Sayang kena jaga kesihatan diri tau. We miss you. Saya hanya rasa sunyi sebab 1 month dah tak dapat peluk bantal busuk saya ni.” Bohongku. Setelah bertanya beberapa soalan seperti selalu, aku segera meminta untuk memutuskan talian kerana tidak mahu Am akan mengetahui bahawa aku membohonginya. Mujurlah Am tidak banyak tanya. Malam itu aku menangis  di tepi katil Mikhail, merindui si suami dan menangisi kesakitan yang ditanggung si kecil. Bersabarlah, kata hatiku. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi.


Dua hari selepas Mikhail dibenarkan keluar daripada wad, aku mengajak si anak bermain di taman permainan apartment kami. Mak Usu baru sahaja pulang untuk sehari dua ke kampung pada pagi itu kerana sudah sebulan dia tidak balik ke rumah. Mama pula pergi ke Sabah sebab ikut Papa menghadiri kursus. Untuk mengelakkan rasa sunyi, aku membawa Mikhail ke taman. Hendak ke shopping complex, boleh tahan berasap telinga kalau Am tahu tak ada orang yang menemanku. Last choice adalah swimming pool dan taman permainan and the best choice is taman permainan. Aku kira kami bukanlah mahu bermain buaian atau apa-apa alat permainan disitu, tapi lebih kepada menolak stroller Mikhail di bawah cahaya matahari pagi yang segar. Terdapat juga beberapa orang kanak-kanak yang bermain di situ bersama ibu bapa mereka. Hatiku berasa rindu dan sedih kerana tiada orang yang menemanku.


Sewaktu ingin menekan lif di apartment, dengan tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki. Pada waktu itu aku masih lagi menunduk untuk mengambil alat mainan Mikhail yang jatuh dari stroller.

“Sorry..” ucapku pendek ketika masih lagi memandang Mikhail di dalam stroller. Alangkah terkejutnya aku sewaktu mengangkat muka melihat wajah yang aku rindui di depan mata. Tanpa mempedulikan sesiapa sahaja yang mungkin berada di situ, aku terus memeluk Am. Rindu kepada suami sehingga tidak dapat aku luahkan. Aku menangis. Dan Mikhail pun menangis sama. Segera Am angkat Mikhail dan memeluk kami berdua. Pangawal keselamatan yang berada tidak jauh daripada kami hanya mampu tersenyum melihat.

Pantas sahaja Am membawa aku dan Mikhail balik ke rumah. Si suami pulang ke Malaysia. Mummy dan baby merupakan orang yang paling gembira.

“Sayang nampak kurus, tapi baby nampak comel. Sayang bagi isi badan dekat baby ke?” gurau Am ketika kami baru sampai dirumah. Aku masih setia dalam pelukan Am setelah Am menyimpan stroller ke dalam bilik pakaian. Aku hanya tersenyum mendengar. Am, aku dan Mikhail. Itulah kami. Bahagia bagiku.

“Sayang, there’s something that I want you to explain.” Kata Am yang mula beriak serius. Tangannya cepat sahaja mencari sesuatu di dalam ipad. Kemudian dia menunjukkan kepadaku. Aku terkejut. Ada email daripada pensyarah yang memberitahu tentang beberapa perkara. Macam mana aku boleh lupa yang email aku turut diakses sama oleh suaminku.

“First, your lecturer emailed me tentang kehadiran you 3 hari berturut-turut tak datang kuliah tanpa sebab. Second, two days ago, you are supposed to send your final project punya portfolio, tapi tak hantar. Where have you been? Kenapa tak hantar?” Tanya Am yang mula ragu-ragu. Aku mula diam dan menunduk. Mikhail diribaku mula dialihkan oleh Am kedalam katil bayi di hadapan kami. Sekembalinya Am disisiku, dia mengangkat dagu ku dan memaksa aku melihatnya.

“Sayang? Kenapa ni?” Am mula risau setelah melihat mataku mula berair.

“I’m such a failure. I can’t do these things all by myself. I need you dear hubby. Tapi saya kena paksa diri saya supaya kuatkan diri. Untuk masa depan kita, masa depan Mikhail.” Kataku dan masa itu aku hanya mampu memeluk Am sahaja. Aku tidak dapat meluahkan apa yang sebenarnya terjadi.

“Can you tell me sayang, apa yang jadi sebenarnya? Jangan nangis. I will never let you down. Just tell me.” Am tetap memujuk.

“Baby demam and masuk wad. I never experienced in this kind of situation, jadi saya panic. I can’t do anything except for crying. Remember that day you asked me kenapa macam tak okay. That’s the reason why. Saya taknak bagitahu sebab saya taknak awak risau and menggangu kerja awak. Mama asked me to tell you tapi saya tetap taknak. Masa masih dalam kuliah Mama call cakap baby demam and menangis, then saya terus pecut pergi rumah Mama and bawak baby ke klinik. The doctor sarankan baby kena tahan wad. Kena tambah air, kena cucuk jarum. Saya panic, saya takut and saya hanya perlukan awak masa tu untuk sama-sama dengan saya. Tak sampai hati tengok our baby kena buat macam tu. 2 hari lepas baru baby keluar means, 3 hari lah baby kat klinik. Lama pun sebab baby taknak menyusu. Dan saya memang bermalam kat wad dengan baby. I never leave him. Sebab tu saya tak buat pun kerja saya. Assignment saya dah siap Cuma masa saya nak print and hantar awal, ada problem apa ntah kat printer sayang, saya tak tahu nak baiki. Sebab tu saya belum hantar lagi. So sorry sayang. Saya yang janji nak belajar betul-betul tapi saya buat hal. Sampai lecturer kena email suarat amaran dengan sayang.” Keluhku sambil mengelap air mata yang gugur. Am mengeluh dan memandangku dengan penuh kasih sayang.

“Sayang, you are such a wonderful young mother in the world. This is my fault. I left you. Biarkan sayang hadapi semua ni. You’re strong sebab sayang masih kuat and nampak hebat pada pandangan orang. Hmm, later I will call your lecturer and explained about everything. Lepas ni sayang takleh risau lagi dah, and takleh terganggu kalau nak belajar, sebab saya akan jaga baby kita.”

Aku pelik dengan kata-kata Am. Lagaknya seperti bukan balik bercuti tapi macam dah kekal di sini bersama aku dengan putera kami.

“What do you mean? Jangan cakap sayang nak tolak benda ni lagi even dah sebulan kat sana. Ingat sayang, saya mampu lagi bertahan dalam 2 bulan sementara nak tunggu final..” kata-kataku tidak habis apabila Am mendekatkan mukanya ke arahku.

“Tak, bukan tolak, tapi tangguh selama 2 bulan sahaja. Mereka luluskan. My wifey is going to sit for her last semester test, jadi suami kena ambik port. Kena bagi moral support and jadi Daddy mithali untuk jaga our little Mikhail so that dia tak demam masuk wad lagi. Lepas settle semua, kita akan fly ke AD semula. Sebulan dulu abang pergi untuk registration and kenal-kenal AD. AD best tapi tak seronok kalau takde wife dengan anak sama. Kat sana nanti, sayang tak payah risau, sebab haritu lagi mereka tolong uruskan rumah and kereta untuk kita. In sha Allah, you are going to love AD.”

Aku seolah-olah tidak percaya dengan bijaknya perancangan Am. Suami yang penuh dengan kejutan. Datang ke Malaysia semula pun hendak memberikan kejutan, tapi dia yang terkejut melihat tubuhku yang sedikit susut dan cerita Mikhail masuk ke wad walaupun baru sebulan ditinggalkan. Dia nekad tidak akan meninggalkan kami lagi selepas ini biar dia perlu berkorban segalanya. Itulah dia Adamku.

Hidupku rasa bahagia dengan semua itu. Lantas tubuh suami dipeluk. Hari itu, Am membawa aku dan Mikhail shopping di luar. Kerana terlalu penat, Mikhail mudah sahaja tidur pada malam itu. Namun si kecil tetap nampak comel tidur dengan baju baru yang dibeli oleh Daddynya di Abu Dhabi, tidur di antara aku dan Am. Biarlah dia tidur bersama kami berdua untuk melepaskan rindu Am terhadap anaknya.

Entah bila aku bangun pada pagi tu melihat Am sedang mengagah si kecil yang sudah bangun di tepiku. Ya Allah, bahagia rasanya bagi diriku melihat anak dan suami ada di sisi. Am terus mencium pipiku dan membawaku ke dalam pelukannya tatkala melihatku yang baru berpisat-pisat bangun dari tidur. Cukuplah Am dan Mikhail ada di sisiku, aku tetap rasa bahagia.


p/s: Seriously, mood swing takleh langsung belajar. Esok ada dua exams tapi sepatah haram yang dibaca macam tak lekat. I ended up with this cerpen. Copy paste! So, I do really hope you guys give me some feedbacks even you have to tell F but not me. Agak terasa tapi takpalah. This post macam serious kan? Mood memang takda nak menganjing so yeah, I forced myself to be more serious instead of melenting. 

Till then, night and Assalamualaikum. Satu ja saya minta, doakan saya dipermudahkan untuk menjawab exam esok.  Wallahualam.


Friday, October 18, 2013

Zombie is my other half!

Assalamualaikum and Hi! Please give me a big clap as I still can update my blog during my hectic days in campus. Yeay! *wink wink* During this time lah, idea mencurah-curah ke ladang gandum padahal there are bunch of works that I need to do. Really! Hahahahaha. That's me by the way.

I always call myself a Zombie when I am suffering from a miserable stress. Though there are therapy for my stress (like what I've said in my previous post), but I still have that stress in my mind. Plus, my campus is far different than other campus in term of their management. Semua benda last minute. Perhaps. Or we are just the same? Entah lah.

Bila a human being turn out to be a Zombie, for me, memang dah MAHA STRESS lah. And, that's absolutely me. Masa terlalu stress fikirkan keadaan sekeliling, people around, masalah peribadi plus masalah orang, last minute exams, folder kursus yang kena submit esok hari (saya dah siap! What a surprise man!), events, how to dress up during annual dinner, make up make down etc etc, somehow makes me wanna cry and shout. Well, I'm good at shouting and showing my anger during this time. Kalau masa scan kepala mungkin boleh nampak betapa serabut dan masai nya urat saraf dalam kepala otak. lols. Seriously, don't mess with a part-time Zombie. Hahahaha

Masa stress ni, marah, sensitif, mudah nak melenting, mudah nak give up, under estimate sendiri dan pelupa memang sebati dalam diri saya. Kadang-kadang, saya duduk diam, taknak ganggu orang or socialize with people especially those who are close with me. Takut tempias dengan mereka if there's something wrong somewhere. Teruk nya sayaaaaaa alahai. *Sengih*

Selalu jugaklah F jadi mangsa saya, but he knows what to do. Mesti dalam hati dia kata "I got this! Let me handle her with care". Sure dia takkan biarkan saya. He's not the type of lantak-kaulah-nanti-okay-pandailah-kau-cari-aku. Ups downs saya memang dia lah antara makhluk yang setia di sisi. Tak kisah lah sisi kanan or kiri. Sisi atas, bawah, barat daya, barat laut, timur laut, tenggara pun bolehhh! 

It's funny- sometimes, kalau saya terlupa tentang apa-apa kan, I just simply asked him. Padahal dia kat Barat saya kat Timur. Macam soalan yang doesn't makes sense untuk kami yang tidak bersama apatah lagi yang tidak sebumbung. Like,

Eh, where I put my kertas tadi?
Eh, apa nak buat tadi? Lupalah!
Eh, apa jawapan soalan ni tadi?
Eh, pen hitam saya letak kat mana aa?

(Sila lakonkan dialog di atas dengan wajah yang innocent serta tengok F dengan mata yang redup kononnya mintak simpati, sambil garu kepala yang sudah sedia ada menunjukkan rambut yang masai boleh? Ihiks)

Hahahahahaha. Silly me. When I switching myself to a zombie, I always walk like robot yang dah longgar skru. Seriously, nak menjawab pertanyaan orang pun macam, hmmm nak tak nak tu tak lah, cuma entahlah! Kadang-kadang, orang tanya lain saya jawab lain. Kadang-kadang, benda yang saya tahu saya cakap tak tahu. Bukan sengaja, memang tak sengaja! Out of control. Tapi bila dah sedar, baru macam eh-aku-tahulah. Sambil garu kepala. 

Well well well my dear Uncle F, nasiblah kan dapat half human half zombie. Well, dia pun 2 kali 5. Masa stress  ni kalau nak buang tabiat memang seronok lah. Menganjing orang lagi seronok. Kalau sorang mereng, sorang kena acts neutral. Tak boleh dua-dua mereng, you know, chaos might happen if these two humans turn out to zombies at the same time. Hahaha. Menganjing orang tertentu lah. Alaa, bukan menganjing sangat, saja nak test power orang ketawa dalam marah. Kan F? LOLS

Oh ya, soon I will upload another cerpen okay. And saya rasa ada satu cerpen yang tak habis saya buat tapi saya tetap akan upload and I leave it to you to make the ending based on your own lah k. Kejam menganjing? Taklah! Saja nak test power imaginasi dan logik kepala otak anda untuk berfungsi soal cerita-cerita macam ni. Lepas tu, share-share lah okay. Maaf, nak buat contest tu tak lah (tak layak langsung) tapi saja nak tengok cara orang yang berbeza dalam berfikiran kreatif dan kritis buat ending cerita cinto-cinto budak hingusan gittew. HAHAHAHA *insert evil laugh please*

Till then, Assalamualaikum and night people! I love you to the pluto then back to the earth. No, it is not a metaphor. I really love you, you and you. Heeeee. Hugs :*

Thursday, October 17, 2013

Food Porn

Assalamualaikum and hi.

Won't say much. I just post these pictures. These are my favourite scrumptious lovely food and baverages. Masa stress ini selain shopping, makan jugak adalah the best therapy for me.

Yeah, I know Harith Iskandar told those who uploaded food and drink in social networking are loser. I don't careeee. I love food but it in the end, F and the nakleput family will help me to finish the food. Tong perut saya ciput jadi pardon me, saya tak bazir, saya hanya wakafkan kepada mereka untuk habiskan. Hahaha :)

And of course la Allah comes first kalau pasal therapy stress tu. :) Wish me luck for my exam tomorrow fellas. Hugs you tight tight. XOXO

Wednesday, October 16, 2013

Hero-hero Malaysia yang patut jadi Hero Drama adaptasi Novel!

Assalamualaikum and Hi! Salam Aidil Adha kakak abang, adik, makcik, pakcik, nenek, datuk dan yang sewaktu dengannya. Hari ini tak banyak introduction kepada update kerana saya akan terus kepada motip asal blog post. *Yawning* Enough dengan my nonsense please? :p

AMARAN YANG TAK BERAPA NAK KERAS: Dear my hearts and souls (winking), please please tell me your feedback about those nonsenses which I had wrote before through my email or comment below. DON'T tell F (Fahmie, si Abang Mereng :p). This is my email: fateenfahmie@yahoo.com Let me know apa yang perlu diperbaiki dan ditambah dan dikurang dibahagi didarab. Eh, semualah! Saya yang tulis jadi saya kenalah tahu dulu kan? Promise, I'll keep the secret between me and you only. Alaaa, kalau ada orang ketiga tahu, F tulah the only orang dia. Hahahaha. Remember, your feedback is my inspiration. Kalau saya tak tahu, saya anggap takda rezeki and taknak buat lagi lah. Simpan untuk bacaan peribadi. *Please join me puking here :p

Back to the above title, I am quite certain in judging and accepting the hero in movies especially those novel's adaptation movies. Frankly speaking, somehow the hero is far different than what had the novelist describe in the novel. Sungguh sebak nak menonton cerita tersebut. No, don't get me wrong. Saya bukan sebarang dalam membuat judgement terhadap orang lain. Sebab saya sendiri tak suka dinilai jadi bagi saya, tak elok menilai orang sembarangan kan kan kan? Macam baik bunyi makcik ni. But I couldn't resist to make the JUDGEMENT of the hero. Kamon lah, dalam novel cakap lelaki tu ala-ala mat salleh, mata biru, tinggi, sasa, macho or shall I say the exaggeration of the novelist makes me think that somehow the hero is almost perfect. Tapi perangai this hero la yang later jadi spoiler kononnya. Bila dah tengok hero terpacul kat screen lahai lahai lahai eh, sememeh derrr. Ada hero hot setap tapi this hero jugak la yang berlakon dalam next movie yang turut diadaptasi daripada novel yang lain. Kekeliruan berlaku disini. Memang lah rezeki bagi this actor tapi hmmm yang lain ada tak? Please. 

Anyhow dear babes, that day my roomie and I were talking about this stuff while having our dinner. - Eating Sardine ja pun. Yang riak sangat cakap dinner apahal? Hahahahah. So, we came out with few heroes who are in our lists to be nominated to be the hero in the movies. For real. But, the names that I will mention are not the actor in real life but still can considered as celebrities or public figures. Of course la, saya minat mereka ni sebab tu saya pilih. LOLOLOL

1. Dato' Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al-Masrie

Calm down guys. I know Dr SMS is our first astronaut and he is not an actor. He is an idol, a public figure and one of most handsome men in Malaysia. Check it in last last time newspaper :p  So, I believe,  Dr SMS have a good figure, handsome and talented besides he's an orthopaedic. Well, tengoklah pada life Dr SMS dengan his wife, Dr Halina plus their two little angels. Truth to tell, I'm a big fans of the family sampai I always stalk their daily routine. Name it - Keek, Twitter, FB Fanpage, Tumblr, Instagram, Wordpress, Email suma I update dengan perkembangan mereka. Obses? Agaklah! :p

Saya berani cakap Dr SMS masuk untuk hero movie yang diadaptasi daripada novel ni pasal life dia, dengan characteristics, handsomeness etc. I just love their life, cara mereka handle everyday routine as a busy person, doctors, always attending talks and meetings in other countries and leaving the family behind but still Dr SMS and Dr Halina show their affection and responsibilities with their their two cuties, Bella and Tasha. Additional info plus unnecessary thing to tell, me and Dr Halina pernah beremail-email tahu! ;)

Ni kan, kalau jadi Syed Aizril (Andai Itu Takdirnya) or Tengku Adam Kamil (The Wedding Breaker), tentu saya setuju sampai pengsan. Sebab anak hero dalam novel ini petah macam Dr SMS' daughter, Bella. So, Bella pun sesuai kalau jadi Mia dalam Mama Mia Shaza :p

2. Redza Syah Azmeer

Suami kepada Irma Hasmie, also my idol. Besically, semua yang saya cakap ni ada rupa, ada figure, ada kemewahan yang tersendiri. Masuk lah kan, dalam description novel tu for real. Lagipun, kalau jadi watak hero macam dulunya social, lepas tu berubah kepada someone better, suami Irma memang masuklah. Sebab dia pun orangnya yang selalu tunjukkan keprihatinan terhadap soal ini di samping bersocial-networking. Suami dan bapak mithali at the same time after all. :p

Jadi Tengku Adam Kamil pun okay! 

3. Henry Golding

Sarawakian, Malaysian, Model, Host, Mix-blood (western-eastern), hot stuff.  Kalau jadi watak hero yang player, anak orang kaya, yang di-describe oleh novelist as someone yang rupa iras mat salleh and mix blood memang lah he is the one yang suit dengan the hero in the novel. Hahahahahaha. You should know who is he? He's staying at overseas with the family and quite seldom caming back to Malaysia because usually he has to work with others as the host. Dalam iklan TV ada Henry. Come on Sarawakians, this is something that we should know. Girls especially! *wink wink*

*****

Actually they are all not actors but they are Malaysian public figures. Seronok nak menovelkan life mereka ni. Macam Dr SMS dah kira novel sikit dah real life. hehehe. Ow Em Gee. I'm melting (lupa sekejap dengan F). Above all, saya tak nafikan sebagai perempuan, a perfect man is the best choice for them and that is all what we girls dream of ever since we are young. But truth is nobody perfect. Kalau F jodoh saya, the perfect side of him is the only thing that I can see and none of you can see it. Begitu sekali? Hahahahahaha, geli sampai meremang bulu roma. EXAM Fatin EXAM! Sempat jugak ambik masa buat update pasal ini kan? Cuma agak tepu lah sebab otak dah mereng sebab sekarang pukul 2 lebih pagi sebab semalam pun tak tidur sebab assignment sebab malas sebab... itu saya.  :p

Till then, Assalamualaikum and night bloggies! *super big hugs for the cerpen's people. Eh?