Saturday, November 8, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 13)

Assalamualaikum and Hi! 

Sorry to keep you waiting. I thought there's someone who is willing to post this yesterday. Takpela. Keep calm and don't forget to drop your comment yeah! Much love! Part 14 is long long way to go. I'm focusing on my study week and exam week for the time being. Pray for me! #TeamSabarItuIndah #TeamSIIShahAlam #TeamSIIJohor






Balik semula ke rumah mereka dari Sarawak, Em pula menerima mesej cakap pergi outstation untuk seminggu. Sudahnya hari Sabtu dan Ahad dihabiskan bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Taknak penatkan diri keluar pergi jalan-jalan, dia dan Ann meluangkan masa di rumah. Hujung minggu macam itu kenalah digunakan sebaiknya kerana sekarang Ann pun sudah bekerja. Jadi masa dengan Sofea dan Faiq makin berkurang. Nasib baiklah kedua-dua mereka bekerja ikut masa pejabat, memang Sabtu Ahad takkan terganggu, kecuali mereka kena pergi kursus atau Em outstation.

“Daddy, nak main hide and seek.” Bila Sofea ajak dia main-main, joystick terus diletakkan semula di meja home theatre. Main game sorang-sorang memang boring, lebih baik dia layan Sofea.

“Mommy dan Faiq pun nak!” Ann yang entah dari mana masuk ke dalam bilik pun nak ikut main sama. Jadi, mode kanak-kanak Ribena on! Sofea apa lagi, memanglah dia suka. Nasib baik Ann dan Em dua-dua suka buat kerja budak-budak, taklah jadi masalah.

“Okay girls and a small boy, kenalah main osommm dulu.” Sofea memang dah terbiasa dengan osom yang dikatakan oleh Daddynya terus mengangkat tangan kanannya ke atas.

Ooooooooooo…som!” Semua cakap osom kecuali Faiq yang terpinga-pinga dibawa oleh Em. Masuk-masuk Ann cakap nak ikut main, terus Faiq diberikan kepada Em. Nampak sangat Ann  taknak penat-penat bawak Faiq sambil bermain. Kalau Faiq berbunyi masa sembunyi, mesti lah terkantoi.

“Haaaa..Sofea jadi!” Serentak suara Ann dan Em menjerit dan menunjuk ke arah Sofea. Si kecil terus berlari di tingkap kaca dan menutup mukanya pada tingkap kaca itu. Mengira satu sehingga sepuluh sementara Em dan Ann menyembunyikan diri di dalam bilik itu sahaja. Kalau nak sembunyi di sekitar dalam rumah, mungkin agak bahaya sebab nanti takut-takut Sofea turun tangga terkocoh-kocoh sampai jatuh.

“Mommy.. Daddy.. Baby.. dah hide belum?” Sofea menjerit tapi masih lagi menutup matanya apabila kiraan sehingga sepuluh sudah pun tamat.

“Dah!” Suara Ann yang bersembunyi dalam walk-in wordrobe mereka kedengaran. Sofea macam tahu-tahu di mana Mommynya berada terus ketawa. Bukan main comel lagi anak Beruang berjalan berjinjit menuju ke dalam walk-in-wordrobe konon taknak Ann perasan.  Satu per satu baju yang bergantung diselaknya sambil memanggil Ann. Bila dia merangkak di bawah baju yang digantung itu barulah dia nampak Ann sedang duduk di bahagian hujung berdekatan dengan koleksi handbag.

“Haa! I got you Mommy!” terus Ann digeletek Sofea. Sofea ni dah memang Em versi perempuan agaknya. Suka main geletek orang. Ann mengangkat tangan tanda menyerah.

“Okay okay.. Mommy surrender. Jom carik Daddy dengan baby.” Tangan Sofea dipimpinnya keluar daripada walk-in-wordrobe membantu Sofea meneruskan misi mencari Em dan Faiq. Bila suara Sofea menyebut namanya beserta dengan bunyi kucing, Em macam dah tak mampu menahan tawanya. Faiq di sebelah masih lagi memandangnya hairan. Nasiblah si anak tak bising-bising bila dia lari dalam bathtub dan langsirnya ditutup. Dahlah dia siap baring dalam bathtub dan Faiq diletakkan di atas badannya.

“Sofea, maybe Daddy dengan baby kat sini.” Kedengaran suara Ann membawa Sofea ke dalam bilik mandi mereka. Bunyi cupboard dibuka oleh Ann untuk membantu Sofea membuatkan Em ketawa diam. Ada ke patut cari dia dengan Faiq dalam cupboard yang kecil untuk meletakkan segala syampu dan alat-alat mandi. Tak masuk akal langsung.

Baru nak melangkah keluar daripada bilik mandi untuk mencari di kawasan lain, terus Faiq buat suara “miii..miii..mii” bila dengar suara Sofea dan Ann. Mestilah si isteri dan anaknya berpaling semula ke belakang dan tahu di mana tempat dia bersembunyi.

Gotcha!” Langsir dibuka dan Sofea terus masuk ke dalam bathtub dan duduk di atas badan Em bila tengok Faiq duduk di dada Em.

“Aduh! Sakit.. tolong Daddy, Mommy! Okay, Daddy mengalah.” Dengan keadaan diri yang baring dalam posisi melengkung, memang lah rasa tak selesa bila Sofea pun nak duduk.

“Itulah awak, pandai sangat pilih tempat. Kan Sofea dah nak ikut sama.” Ann mula duduk di bahagian tepi bathtub. Sofea diangkat sekejap untuk membolehkan Em duduk, tapi masih jugak nak duduk dalam bathtub. Baru nak sambung berborak dengan Ann, Sofea dah nak ajak mandi dalam bathtub.

“Nanti sayang. Sekarang tak boleh. Baby masih kecik lagi kalau nak mandi sama dalam bathtub. Petang nanti kita swim kat luar okay?” Em mengangkat Sofea duduk di sebelah Faiq yang berada dalam pangkuannya.

Promise?” bila Sofea angkat jari kelingking, Em menyambutnya. Dah kena janji macam budak-budak bila dengan anak sendiri. Kalau buat pinky promise macam tu dengan Ann, memanglah buat tabiat.

“Jom turun bawah kita tengok Pocoyo sambil makan aiskrim nak tak?” Ann tak mahu Sofea, Faiq dan Em lama-lama bermain dalam bilik mandi, dia ajak turun makan aiskrim. Sofea terus bangkit dan minta diangkat oleh Ann keluar daripada bathtub. Em pula membawa Faiq. Sebelum keluar daripada bilik mereka, Em menyuruh Ann membawa iphonenya di atas katil. Takut Mama atau Ummi telefon. Selalunya kalau dia dan Ann lambat menghubungi mereka, mereka yang akan telefon terus. Bukannya nak cakap dengan mereka berdua, tapi nak cakap dengan Sofea.

Baru memimpin Sofea turun dari tangga, Sofea minta iphone di tangan Ann. Em sudah berada beberapa anak tangga di bawah. Baru sahaja bertukar tangan, terus iphone Em terjatuh dari tangan Sofea.

“Ya Allah!” Ann dan Sofea serentak berkata begitu. Diam beberapa saat, Em terus turun ke bawah mengambil iphonenya yang memang sah sudah pecah skrin sementara Sofea masih lagi tergamam memegang tangan Ann yang ketawa. Kalau orang melihat situasi mereka pada saat itu, sudah tentu mereka akan berasa hairan. Sofea diangkat dan dibawa ke bawah dalam keadaan masih ketawa.

What did you say, Sofea? Say it again?” Sofea yang melihat dengan muka keliru ditanya.

“Ya Allah, Mommy.” Ulang si anak. Terus Ann ketawa lagi.

“Ni ikut Mommy sangat cakap Ya Allah macam tu. Clever girl. Cute sangat kan, sayang?” Ann memandang Em yang masih lagi melihat di sekeliling lantai. Mana tahu ada sisa skrin pecah tertinggal.

Ya right. Iphone Daddy pun rosak kan?”  Bila dengar Em cakap macam tu, Sofea terus nangis. Mungkin takut Em memarahinya.

“Sofea sayang, Daddy tak marah Sofea lah.” Ann mula memujuk Sofea. Sikitpun dia tak berani mengangkat mukanya memandang Ann ataupun Em.  Ann membawa Sofea ke kaunter dapur dan meletakkan Sofea di atas kaunter menghadapnya. Bila Em dah memastikan lantai tidak ada sebarang cebisan daripada iphone yang pecah, dia membasuh tangan dan menyerahkan Faiq kepada Ann. Sofea diangkat dan dipujuk.

“Daddy tak marah lah sayang. Sofea bukan sengaja tikam pun.”

“Jatuh Daddy. Sorry.” Perlahan sahaja suara Sofea menerangkan kepada Em dengan mata yang berair masih lagi tidak mahu memandang Em.

Look at Daddy and Mommy.” Muka Sofea diangkatnya. Bila Sofea angkat muka, kedua-dua mereka tersenyum memandang Sofea. Sikitpun tak menunjukkan riak marah. Apatah lagi Ann yang masih lagi ingat cara Sofea cakap “Ya Allah” tadi. Sebijik dia!

“Jom makan aiskrim nak?” Ann mengelap mata Sofea. Faiq mendepakan tangannya minta dibawa oleh Em semula. Bila Sofea dan Faiq berada dalam dukungan Em, Ann terus mengeluarkan aiskrim daripada peti sejuk. Makan mini cornetto di ruang tamu sambil menemani Sofea dan Faiq tengok TV.

“Sayang, lusa saya pulak kena outstation. Seminggu pulak tu.” Em masih lagi berusaha menghabiskan aiskrimnya. Tengok pada gaya Ann dan Sofea, dah masuk aiskrim ketiga mereka makan. Dia bukannya suka makan aiskrim, tapi dia tetap layankan sahaja demi orang yang disayang.

“Pergilah. Kak Yaa ada, in sha Allah boleh lah kot. Nanti saya ajak Mama bermalam sini. Tak pun kami bermalam sana.” Senyum sahaja dia memandang suami di sebelah. Kalau Em yakin dengan dia, dia boleh saja nak menguruskan anak-anak sewaktu Em outstation. Nak memandu ke tempat kerja pun tak jadi masalah. Lagipun dua minggu di Sabah dan Sarawak sedikit sebanyak membantu dia berdepan dengan anak-anak seorang diri.

“Kalau saya balik hari boleh tak?” dengan memandu 3 jam dari KL ke Perak balik hari? Memang sahlah Ann tak membenarkan Em balik hari. Dah memandu 3 jam awal pagi sebelum pukul 8, dan balik 3 jam ke KL dari sana lepas habis kerja setiap hari. Tak penat ke Em buat macam tu? Makinlah bahaya memandu dalam keadaan penat.

“…nanti saya rindu awak. Rindu Sofea dan Faiq.” Aiskrim yang masih lagi tinggal sedikit langsung tidak terusik. Hilang rasa terus bila isteri tak bagi balik hari, padahal dia boleh je memandu sorang-sorang.

“Bahaya sayang. Alaa, seminggu tu 5 hari je pun. Jumaat awak baliklah terus. Saya boleh tunggu awak.” Tahu sangat dengan Em takkan habis, aiskrim di tangan suaminya dihabiskan oleh Ann. Masa suami tengah serius bercakap, dia boleh senyum, boleh sambung makan aiskrim suaminya.

“Saya tak puas lagi luang masa dengan awak dan anak-anak lepas hampir 2 minggu berjauhan.” Baru Ann teringat yang mereka baru sahaja balik semalam. Nak ikutkan hatinya, Ann nak balik pada Ahad itu tapi Em nak sangat bawak balik awal. Rupanya suami nak luangkan masa bersama macam ni.

“Sayang, saya percaya awak, dan awak percaya saya. Kita sama-sama kerja kan? Apa-apa saya atau awak buat, kita sama-sama percaya. Pasal saya, Sofea dan Faiq janganlah risau, sebab Mama pun ada kalau awak nak ada keluarga yang temankan kami.” Ann meyakinkan Em. Pasal masalah lepas, semuanya sudah pun diselesaikan dengan cara yang baik. Nak menjaga hati suaminya, dia cuba untuk tidak mengungkit lagi. Mungkin susah, tapi dia kena mencuba untuk mengelakkan masalah seperti 2 minggu lalu berulang lagi.

“Thank you sayang sebab awak sentiasa sokong saya dan faham dengan apa-apa sahaja yang saya buat. And trust me, saya buat semua ni untuk keluarga kita.” Untuk beberapa saat sahaja mereka trsenyum sebelum Em bangkit daripada sofa.

Speaking of Mama tolong jaga sama, kita belum call mama lagi harini. And dua-dua iphone kita dah tak selamat nak digunakan lagi. Macam mana ni?” Em pergi ke dapur mengambil semula iphonenya yang pecah di atas meja. Baru teringat kejadian Iphone mati katak tatkala terjatuh dari tingkat atas oleh anaknya sendiri.

We need to go out now. Nak beli Iphone 6 plus dua bijik!” suara Ann yang berteriak dari ruang tamu membuatkan Em ketawa. Slumbernya si isteri cakap keluar sekarang beli dua Iphone 6 plus macam nak keluar pergi market beli sayur. Ingat Iphone 6 plus tu harga seringgit ke apa senang-senang cakap? Bila nak kenang balik, memang mereka perlukan telefon baru sebelum dia pergi ke Perak nanti untuk bertanya perkembangan semasa masing-masing. Nak beli telefon yang alang-alang atau ala kadar dia tak suka, bagus beli yang berkualiti terus. Tak payah beli dua tiga kali. Memanglah akan berkurang duit simpanan bulanan dia sebab beli benda yang tak masuk dalam to-buy-list tapi apakan daya, kenalah ucap selamat tinggal kat duit. Dia memang ada standard kalau bab-bab gajet. Selagi mampu dan tidak menyusahkan orang, bagi Em tak salah kalau nak memenuhi kehendak sendiri. Lagipun bukan selalu pun.

Better siap-siap within half an hour sebelum kedai buah Apple tutup.” Dia pun dah jadi microphone bergerak bila bercakap main jerit-jerit sama dengan Ann dari dapur. Dia siap dengar Ann cakap dengan Sofea suruh cepat-cepat kemas lagi. Sebelum Ann membawa Sofea dan Faiq berkemas di atas, Ann kembali ke dapur dengan membawa sisa-sisa balutan aiskrim.

Thanks sayang.” Selesai membasuh tangan Ann memeluk Em dari belakang. Bila Em menundukkan mukanya sama paras ketinggian Ann, Ann terus mencium kedua-dua belah pipi Em.

“Upah awak!” Em ketawa mendengar Ann berkata begitu sebelum terus naik membawa Sofea dan Faiq berkemas di atas. Dia tahu, Ann memang menghargainya dan ciuman tadi bukanlah upah semata-mata.

Masuk sahaja dalam kereta, Sofea terus menyerahkan duit seringgit kepada Em. Bila ditanya untuk apa, Sofea cakap sebagai ganti dia jatuhkan telefon tadi. Ann dan Em sama-sama ketawa. Sofea pandai ambik hati dia bagi duit konon untuk beli telefon baru.

“Siapa bagi Sofea duit ni?” Duit yang dihulurkan Sofea diambilnya.

‘Uncle Aidil.” Bila masa pulak Abang Aidil bagi Sofea duit pun Ann tak pasti, tapi yang pasti sewaktu mereka datang ke rumah Maksu tempoh hari. Kalau bagi Sofea banyak duit sekalipun dia takkan pernah belanja sebab dia mana ada nak keluar ke kedai sebarang. Mesti duit yang diberikan itu dia simpan dalam beg Adidas yang dibawanya sendiri.

“Sofea rasa cukup tak duit ni beli telefon baru Daddy?” Em sengaja tanya soalan cepumas dengan Sofea yang sudah duduk semula di tempat duduknya di belakang.

“Tak cukup Daddy tambah.” Serentak Ann dan Em ketawa lagi dengan jawapan Sofea. Bijak betul si anak kenakan Daddynya semula.  Seringgit nak tambah beli Iphone macam tak membantu langsung. Tapi demi anak, mereka layankan sahaja. Kanak-kanak walaupun kecil tapi mereka juga punya perasaan dihargai dan dipercayai.

Plan mereka sekeluarga nak berendam di kolam petang itu terbantut dengan aktiviti yang tiada dalam rancangan. Balik-balik pun hari dah lewat. Nasib baik hari Sabtu macam tu ada kedai Apple yang bukak, dapat lah juga Em melaburkan duit nya untuk 2 iphone. Bila swipe kad kredit, dia tutup sebelah mata tandatangan resit penyata pembelian. Bila dah dapat apa yang dihajati, Ann macam faham-faham dan taknak mintak si suami beli macam-macam walaupun mereka memang sah dalam pusat beli belah. Selepas itu, Em angkut anak-anaknya berjalan di Publika. Nak ambik kurang belanja, dia bawak Sofea dan Faiq bermain di Publika sambil dia dan Ann mengopi sama.

“Macam mana agaknya Sofea nanti malam-malam kan? Mesti nak mencari awak macam selalu.” Ann tiba-tiba teringkatkan perangai Sofea waktu malam-malam kalau Em tak ada dengan mereka.

“Nanti saya cuba cakap dengan dia awal-awal supaya tak susahkan awak.” Tangan masih lagi memegang air Sofea sambil menghayun buaian Sofea.

“Sofea.. Sofea nangis tak kalau Daddy tak tidur rumah?” Ann yang memegang Faiq yang duduk dengan bola kecil yang banyak bertanya.

“Nangis lah Mommy. Mommy nanti tak ada orang sebelah.” Dia dan Em sama-sama bertukar pandangan bila Sofea jawab macam itu.

“Kenapa nak nangis kalau tak ada orang sebelah Mommy?” Em mengangkat Sofea daripada buaian.

“Nanti Mommy takut ada Casper.” Bola ditangan Faiq dibaling Sofea sebelum menangkat bola itu semula. Sebaik sahaja mendengar jawapan Sofea, Ann dan Em ketawa lagi. Casper yang kartun hantu tu ke maksud si anak? Ni memang pengaruh kartun sangat Sofea ni. Tapi Em tahu apa yang dimaksudkan oleh Sofea. Macam tak lengkap kalau ada salah sorang yang tak ada di bilik mereka.

“Sofea sayang.. sini..” Em memanggil semula Sofea.

“…Kalau taknak Casper kacau Mommy, Sofea kena tidur sebelah Mommy dengan baby okay?”

“Daddy pergi mana?” Sofea pandang muka Bapak Beruang yang bukan main serius bercakap dengannya.

“Daddy kerja sayang. Nanti Daddy balik Daddy beli hadiah dengan Sofea dan baby okay?”

“Mommy?” Ni mesti kes taknak kongsi hadiah, dan taknak sesiapa tertinggal, Sofea selitkan nama Ann sekali dalam list hadiah yang nak dibeli.

“Okay. Mommy pun Daddy beli.” Mata menjeling Ann di sebelah yang sudah tersengih. Well, siapa yang taknak hadiah kan? Orang besar macam Ann pun tak kurang gembiranya bila dapat hadiah.

Bila tengok Em packing barang malam itu di dalam walk-in-wordrobe, Ann melayan anak-anak mereka di dalam bilik. Lepas balik tadi perut memulas macam apa, tapi tak ada pulak makan benda macam-macam. Padahal apa yang dia makan, sama dengan apa yang Em makan.  Dah pergi mandi rupanya ‘cuti bulanan’ bermula. Sudahnya dia bawak Sofea dan Faiq main atas katil dia dan Em sambil dia bertukar-tukar cara berbaring ikut keselesaan. Whatsapp kepada Izah dihantar. Lama tak dengar khabar kawan baik sendiri. Nak harapkan Izah hantar mesej, memang ke laut lah jawabnya. Bila penat on call, Izah terus tidur. Tak pun masa off sehari dua, sibuk ke sana ke mari dengan Hazwan cari barang persiapan kahwin.

I wonder whyyyyyyy lah aku masih lagi senggugut padahal dah beranak dua. Doctor please help me.

Panjang umur. Was about to text you just now. Ada sesetengah kes, it didn’t work kalau ada orang cakap dah kahwin baru takkan senggugut lagi. And.. this happens to you. Go drink air panas you big Baby!

But why the senggugut wants me? So sakit ya know!

Idk, maybe that senggugut wanna be your bestie!

Ya right! Sebab kau taknak kawan aku lagi lepas kahwin dengan Wan kan kan kan?

Mengada! I love you more than I love Wan. So, we will still be bestie forever!

OMG OMG OMG I love you more! But I love Em more than I love you!

I HATE YOU.

No. You love me!

Hahahahhahahhahasoperasanyou!

Perasan lama. Babe, I gtg sebab nak tidurkan babies and dating dgn Hubsy lol.

Mengada nya nak dating padahal tinggal sebumbung! Okay then. Hugs and kisses to my two munchkins.

Em outstation and kena pegi esok! Sleep here sleep here! Longing to see you and talk to you! Muahh bye xx

We’ll see later. Muahh more xxx

“Sayang text sapa malam-malam macam ni?” Em yang entah bila keluar daripada walk-in-wordrobe dengan backpack menyapa dia yang masih lagi membaca Whatsapp terakhir daripada Izah. Biar betul Em pergi seminggu bawak backpack je? Like seriously? Kalau dia, sah-sah akan bawa bagasi besar untuk pakaian dia saja.

“Izah. Awak guna backpack je?” tak larat nak bangun duduk, Ann berbaring menghadap suaminya.
Yep. Kenapa nak bawak banyak-banyak? Bukan perempuan pun nak bawak baju dua tiga lapis banyak-banyak lepastu tak pakai jugak nanti.”

“Awak perli saya kan?” Em ketawa. Dia tak peril Ann pun. Dia bercakap tentang benda yang umum yang dibuat oleh semua perempuan.

“Tak lah sayang. Ni kenapa macam orang sakit?” Sofea dan Faiq macam dah layan sangat dengan music book di sebelah Ann. Em naik menyertai mereka di atas katil.

Period pain.” Tangan naik mengurut bahagian perut Ann.

“I thought it was the third baby.” Em tersengih.

What?! No no no.. belum lagi. Faiq setahun pun belum. Awak jangan amcam-macam.” Bukan main terkejut Ann dengan gurauan Em malam-malam begitu. Macam nightmare baginya sebab nak uruskan dua orang anak yang masih kecil, dengan Faiq yang masih menyusu dan dengan penyesuaian dirinya yang baru bekerja, nak ditambah dengan anak ketiga, macam tak bersedia lagi bagi Ann.

“Taklah. Saya gurau. At least Faiq umur dua tahun baru kita fikir third baby okay?”

“Saya punyalah nervous dengar awak nak anak lagi. Thanks sebab memahami.” Tangan Em dipegang. Alaa, dia faham kalau Ann masih nak berehat lagi. Ann bukannya surirumah lagi, jadi kenalah bgi peluang kepada isterinya untuk merasa nikmat bekerja sendiri sambil mengurus anak yang baru nak membesar.

“tapi kalau rezeki tu ada macam mana?” Em sengaja tanya. In sha Allah, taklah kot sebab Ann ambik pil.

“Okay kalau rezeki.. saya takkan tolak. Mungkin kita perlu kerja keras lagi kalau bertambah ahli.” Kalau Em menganggap dia menolak, Em salah sebab dia takkan tolak rezeki yang orang lain mungkin tak dapat.

Good! Saya tak suka kalau kita tolak rezeki. Lagi-lagi gugurkan. Macam kawan saya ada yang terpaksa suruh isteri gugurkan kandungan sebab masih nak enjoy lagi. Kalau nak enjoy baik tak payah kahwin. Pelik betul mentaliti mereka ni.” Em mula bising. Dia dengan Em sama-sama tak suka tengok orang yang dah sah berkahwin, dah mengandung, taknak anak pulak. Ada yang tak kahwin, tapi dah mengandung, buang anak merata. Mana pergi nilai kemanusiaan pun mereka tak tahu.

“Kalau kehidupan kita ni lebih senang dan dimudahkan, saya nak sangat ambik anak-anak terbiar macam tu dan suruh orang didik mereka dengan betul sejak kecil. Kesian tengok baby yang bersalah dibuang.” Bila buat perancangan semua dapat, nak melaksanakan apa yang dihajati, memang susah. Dalam hidup pun banyak undang-undang, tak boleh nak main hentam walaupun niat murni. Kena ikut prosedur.

“Tak apalah sayang. Yang penting kita dapat berfikir dan takkan menyimpang ke situ. In sha Allah, keluarga kita pun macam apa yang kita fikir jugak.” Em yang nak tinggalkan isteri dan dua orang anaknya lagi tak sanggup, inikan pula nak buang anak.

“Mommy nak susu please.” Sofea ni suka potong kalau mereka suami isteri sedang serius bercakap.

“Daddy pun nak Milo.” Em menambah. Terus Ann turun dari katil dan Em menyertainya sambil mendukung Sofea dan Faiq menuju ke dapur. Dengan sakit senggugut sekalipun, kalau suami dan anak mintak layan, memang Ann tetap layankan selagi dia mampu.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Em sudah bangun. Janji dengan Sofea pergi jogging di taman. Ann yang masih tidur tidak diganggu. Semalam isteri tak tidur nyenyak sebab senggugut kuat. Dia lelaki manalah tahu senggugut kuat ataupun tidak, yang dia tahu memang sakit seperti yang selalu diberitahu oleh Ann. Sebab itulah dia taknak set kan alarm subuh, tak mahu Ann terjaga dan terus sibukkan diri di dapur. Apatah lagi tengah hari nanti dia nak bergerak ke Perak. Sofea dibangunkan pun tak banyak ragam. Taknak Sofea mandi sebab masih sejuk, dia tukarkan terus baju Sofea selepas menyuruh si anak memberus gigi dan mencuci muka sendiri. Sofea dah pandai dah berdikari uruskan diri walaupun umur baru 3 tahun lebih.

Dari rumah dia dan Sofea berjalan menuju ke taman berdekatan. Dah dekat taman pun sebenarnya tak adalah nak jogging mana bila Sofea nampak taman permainan terus nak main. Dalam 15 minit melayan Sofea bermain, Em pun jadi bosan. Selalu ada Ann dan Faiq sekali yang datang ke taman. Pagi-pagi macam tu kebanyakannya orang baya nenek Sofea yang jogging. Sofea je yang masih kanak-kanak. Budak baya Sofea masih berdengkur pagi-pagi begitu, Sofea dah cergas bermain.

“Daddy, nak tengok fish.” Tangan Em ditarik menuju ke tasik kecil di taman itu. Nasib baik ada bekal sebungkus roti dari rumah. Kiranya bekal untuk Sofea, tapi Sofea sedekahkan kepada ikan-ikan di kolam. Tak adanya ikan nak makan roti berintikan coklat. Tapi Em layankan saja bila dia pun ikut sama memberi ikan makan roti yang sudah hancur.

Bila roti sudah habis ditikam ke dalam tasik, Em ajak Sofea pulang. Sebelum itu, dia membawa Sofea singgah membeli kuih. Bukan dia suka sangat nak makan kuih pun, tapi sekali sekala tak susahkan Ann sediakan sarapan, Em angkut banyak kuih untuk mereka berempat makan.

Pukul 12 tengah hari barulah Em bertolak dari rumah. Bila perut dah kenyang, tak payahlah dia singgah nak makan atau apa-apa semasa perjalanan nanti. Nasib baik Sofea dah tak buat perangai bila dia kena tinggal di rumah. Semalam dia dah bagi pre-gift dekat Sofea masa belikan Iphone baru.

Baru keluar dari kawasan perumahannya, telefon Em berbunyi. Haris. Tadi Haris ada telefon, dia tak sempat nak jawab. Mesti ada hal penting.

“Helo Assalamualaikum boleh saya bantu Encik Haris?”

“Hoi… apasal tak angkat aku telefon?” Tak reti nak jawab salam Haris terus tanya.

“ Kalaupun kau nak marah, salam aku jawab lah dulu.” Em bagi sikit dengan Haris.

“Waalaikumsalam!”

“Kasarnya jawab bang!” Em ketawa dengan Haris yang macam emo menelefonnya.

Meeting cancel.” Mendatar sahaja suara Haris. Untuk beberapa saat, Em masih lagi ketawa. Otak lambat nak proses apa yang diberitahu oleh Haris kepadanya.

“…Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau ni. Pangkat tinggi tapi otak kau lag mengalahkan orang kelas ketiga. Meeting kat Perak cancel oi!” Setengah menjerit Haris bercakap dengan Em. Dia punyalah panas hati dari tadi telefon tak diangkat, Em boleh ketawa lagi sekarang. Bila faham dengan mesej yang disampaikan oleh Haris, Em terus memberhentikan keretanya di tepi.

“Apa? Kau jangan main-main! Aku dah on the way dah ni!” Sekarang bila dengar Em kalut, Haris pula yang ketawa.

“Tau pun kau! HQ dah forward email dari malam tadi dan semua orang dah respon kecuali kau! Diorang try call dari semalam masuk voicemail. Kalau ya pun nak spend masa dengan family, takkan nak off phone, bro! Orang sentiasa cari kau, kau pulak menghilang tak sampai 24 jam pun orang sampai suruh aku cari kau!” panjang pulak Haris cakap tak satu pun Em cuba memotong.

“…Hoi, kau dengar tak ni?” Em dah membuka cermin tingkapnya. Masa rasa nak marah, guna aircond kereta pun jadi tak betul.

“Dengar! Aku bukan off phone lah. Iphone aku rosak Sofea jatuhkan. Pagi tadi baru aku aktifkan nombor telefen aku lepas atur setting tadi.”

“Itulah kau.. mahal mana pun Iphone, Nokia jugak yang best dipakai. Kau tikan dari tingkat tiga pun masih hidup lagi tau. Pecah terburai pun tak!” Haris sengaja mengenakan Em. Tahu sangat dengan Em pasti marah dengan diri sendiri waktu itu.

“Pandai cakap orang. Kau guna Nokia 3310 masa Darjah 5 dulu. Sekarang kau pun guna Iphone. Nanti kita buat eksperimen kat Iphone kau pulak lah eh.”  Em membalas semula kata-kata Haris.

“Boleh, tapi lepas tu kau gantilah dengan Iphone 6 plus.”

“Pandailah kau. Eh, aku kena balik ni. Buang minyak kereta betullah!”

“Kalau kau, apa sangatlah minyak kereta. Tu pun nak berkira! Okay okay. Hati-hati.”

“Minyak kereta pun duit, bro! Okay.”

Sebelum memusing semula masuk ke kawasan perumahannya, Em sempat lagi membaca email yang masuk yang memaklumkan pembalatan mesyaurat mereka. Bila dilihat sebabnya, Em ketawa lagi.

“Ralat dengan penetapan tarikh dan akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan.” Ada jugak pihak pengurusan yang boleh terlepas pandang dengan tarikh cuti macam tu. Pihak pengurusan pun manusia, Em. Pendek kata, semua orang buat salah tanpa sengaja. Bila tengok kelender telefon, memang wajar pun ditunda sebab esok dan lusanya cuti umum. Tingkap kereta ditutup dan dia memandu semula ke rumahnya.

Bila kereta masuk semula ke kawasan garaj, Ann membuka pintu utama semula. Baru nak ajak Sofea dan Faiq lepak di bilik tidur. Kenapa pula suaminya balik? Kalau terlupa mesti Em tak parking kereta terus ke garaj.

“Daddy’s home!” selepas memberi salam terus Em naik ke tingkat atas.

“Daddy dah habis meeting?” Sofea turun semula dari tangga yang baru sahaja dinaikinya.

Meeting cancel sayang.” Em memandang Ann dan Sofea. Kiranya gelaran sayang untuk kedua-duanya dan dalam menjawab soalan Sofea, dia memberitahu kepada Ann.

“Kenapa pulak cancel?” Ann bertanya lurus.

“Mereka salah tengok tarikh. Esok dan lusakan cuti umum. Mana orang ada kerja.” Faiq diambil daripada Ann dan dibawa ke ruang tamu.

“So? Plan B”

Plan B is.. meeting tu kena buat jugak pada tarikh yang akan diberitahu. Marah jugak saya tadi masa Haris telefon tapi dah salah saya jugak, tak jadilah nak marah.” Ann ketawa mendengar Em bercakap begitu. Ada jugak kes orang marah lepastu tak jadi.

Plan C?” Ann sengaja bagi hint. Mana tahu suaminya nak bawak pergi jalan-jalan. Kalau tidur rumah Mama atau Ummi pun di suka. Kalau adventure pergi makan angin mengejut pun dia lagilah suka.  Em memandang Ann apabila dia mendapat satu idea.

“Balik rumah nenek nak? Pergi Johor jom?” Em memandang muka Ann di sebalik Faiq yang tengah didukungnya.

“Nak nak nak! Bila?” Ann lagilah gembira. Kat Johor selain ada nenek di kampung, dia boleh ajak Em pergi jalan-jalan. Kalau nenek nak, mereka boleh pergi Singapura balik hari. Rasanya nenek ada passport sebab Em baru perbaharui passport nenek baru-bari ini.

Now. Pack your clothes and the babies too. Just bring a few. Nanti boleh beli kat sana lagi.” Itulah yang dia sayangkan Em. Em cakap kalau tak cukup nanti boleh beli kan sana. Lagipun banyak shopping mall yang baru dibuka kat sana.

Daripada tak minat dan tak suka, jadi seronok Ann mengemas baju-baju Sofea dan Faiq ke dalam beg. Suami dah tolong kemaskan susu anak-anak kat bawah sementara dia berkemas. Berkemas ala kadar saja sebab mereka memang duduk dalam kereta sampailah ke kampung nanti. Lepas Zohor barulah mereka bertolak daripada rumah.

Pukul 6 petang barulah mereka sampai di depan rumah nenek. Nenek punyalah terkejut dan gembira sambut Sofea dan Faiq sampaikan terlupa cucu sendiri.

“Nenek, Em pun nak peluk.” Em menarik tangan Ann datang ke arah neneknya. Ann memang jadi malu kalau dengna keluarga Em. Bukan tak biasa, tapi takut melampau. Sebab itulah Em yang selalu kena tarikkan dia sekali menyempit. Sebenarnya Ann suka melihat hubungan Em dengan nenek dan keluarganya yang lain. Em nak manja dengan Mama Papa jangan haraplah, tak pasal-pasal kena ketawa dengan adik-adiknya. Kalau dengan nenek, memang Em lah orang yang paling manja. Mama cakap masa kecik lagi Em selalu tinggal dengan nenek dan arwah datuknya. Masa mula kenal  Em dulu, Ann panggil Em lelaki Bandar yang berwatak kampung.

“Malam ni nenek masak sedap-sedap. Ann dan Em cakap je nak makan apa nanti nenek masakkan. Kalau cakap awal dapat nenek pergi belikan bahan lagi banyak. Ni datang mengejut kenapa?” lengan Ann ditarik masuk ke dalam rumah. Faiq dah kena dukung dengan nenek. Sofea tak payah dijemput masuk, dia sendiri masuk bila nampak kucing yang dibela di dalam rumah tadi.

“Masak apa pun tetap sedap nek. Abang Em tiba-tiba cakap nak balik sini nek. Ann dengan abang Em pun sama-sama cuti.” Sebelum masuk bersama nenek Em, Ann berpaling ke belakang melihat Em mengeluarkan beg mereka dari kereta. Dia dia masih terjegat kat pintu, Em memberi isyarat mata menyuruhnya masuk. Nak malu apa kalau sah-sah nenek sorang kat rumah.

Bila nenek melayan Faiq di ruang tamu, Ann turun ke dapur untuk mula masak. Em cakap nenek memang awal makan kalau waktu malam. Baru nak mengeluarkan ayam dari peti sejuk nenek, Em, Sofea dan Faiq turun ke dapur menyertainya.

“Mommy, nak tengok chicken!” Sofea menunjukkan ayam yang berada di luar halaman dapur. Em segera membawa Faiq yang mula menunjukkan minat dengan haiwan di kawasan luar. Sofea tengok ayam kat zoo sebab tulah dia rasa over excited tengok ayam dengan anak-anak ayam dekat depan mata. Siap main kejar-kejar lagi dengan ayam dekat luar.

“Em dengan Ann okay?” Soalan daripada nenek membuatkan Ann mengalihkan tumpuannya semula dengan bahan masakan di depannya. Dia tersenyum dengan soalan daripada nenek Em.

“Alhamdulillah. Okay nek. Kenapa?” tangannya sibuk menyiang ikan di sinki dapur.

“Kalau Em pernah buat hal apa-apa nenek mintak maaf dekat Ann.” Ayat yang agak pelik diungkapkan oleh nenek membuatkan Ann memusingkan badannya menghadap nenek yang duduk di meja mekan memerhatikannya.

“Tak adalah nek. Abang Em memang layan Ann dengan anak-anak okay. Cukup makan minum dengan kasih sayang nek. Tapi bohonglah kalau dalam rumahtangga kami tak ada gaduh nek. Gaduh pun semua akan okay lepastu nek.” Ann tersenyum ikhlas. Bukannya dia bercakap untuk menutup aib Em tapi Em memang seorang yang bertanggungjawab. Daripada tanggungjawab seorang anak, menantu, suami sehinngalah tanggungjawab seorang bapa, Em tunaikan dengan sehabis baik.

“Baguslah macam tu Ann. Nenek tahu, Ann kenal perangai Em kan. Dia jarang nak marah-marah. Tapi kalau dia marah, dia boleh buat macam-macam. Dia tu kuat berahsia Ann. Kalau dia nak bagitahu, dia bagitahulah dekat kita. Tapi dengan orang tertentu macam nenek, Mama dia dengan Ann, dia tak pernah simpan rahsia Ann. Em ni memang ego dia tinggi, tapi satu kelemahan dia, kalau tengok orang yang dia sayang macam dah beralah, dia akan buang ego dia. Dia sentiasa nakkan yang terbaik dan berusaha untuk capai apa yang dia hajat. Dari kecik dia jarang nak susahkan Mama Papa dia. Dia suka belajar banyak benda. Dari kecik lagi dia dah tahu buat benda macam-macam Ann. Kalau dulu masa kecik, budah sebaya dia banyak main, dia banyak ikut Arwah Atok pergi mana-mana.” Lama mendengar dan memerhati nenek bercakap, dia perasan mata nenek berair. Kenapa? Dia tak berani nak tanya.

“ …dia kecik lagi dah pandai bekerja sendiri. Nenek suruh main dengan kawan-kawan, dia taknak. Bukan tak ada kawan, dia yang tak layan orang. Sapa yang taknak kawan dengan budak yang tahu panjat pokok dan berenang kat parit besar depan tu? Semua benda dia buat ikut kepala dia. “ nenek dah macam buat drama cerita Indon sangat bila tengah patahkan sayur pun menangis.

“Kalau nenek nak tahu, Sofea sebijik macam abang Em. Suka belajar banyak benda.” Tersenyum melihat Sofea yang mengusap kepala anak ayam yang dipegang oleh Em di bawah pokok.

“Lagi satu, Em ni pelik tau Ann. Tak kisah lah dia betul ke salah ke, kalau orang marah dia, pukul dia, dia tetap diam. Tak reti nak tegakkan kebenaran kalau betul orang salah dan dia betul. Kerja dia memang nak puaskan hati orang. Tapi hati sendiri tak dijaga…” belum habis nenek menghabiskan sesi refleksi bersama Ann yang masih tekun mendengar Sofea masuk ke dalam rumah membawa seekor anak ayam dalam dakapannya.

“Mommy, can I sleep with baby yellow tonight?” bila dia terpandangkan Em yang turut sama terkejut dengannya, mereka ketawa serentak. Ada ke patut nak bawak anak ayam tidur malam nanti. Sofea buat anak ayam itu macam kucing yang boleh kencing di tandas. Silap haribulan boleh mati anak ayam kena tindih masa dia tidur.

“Tak boleh sayang. Kalau dengan cat Mommy bagi. Tak ada orang bawak ayam tidur.” Ann menggosok kepala Sofea. Ikat rambut anak beruang dah senget bila berlari pusing laman kejar anak ayam.

“Ada… tuuuu.. bapak Sofea tu yang tidur dengan anak ayam masa kecik dulu.” Bila dengar nenek cakap macam itu, Ann terus menggeleng kepalanya. Sofea ni memang sah terlebih baka Em sebab tu perangai banyak copy paste Em.

Sofea melepaskan semula anak ayam di luar laman dan menyambung mengejar ayam-ayam nenek di luar. Sebelum Em pulak yang benarkan Sofea bawak anak ayam masuk rumah, baik dia suruh Em bawa anak-anak mereka masuk ke rumah.

Malam itu nenek tak ke surau seperti selalu, cucu datang rumah, kenalah luangkan banyak masa. Nenek cakap selalu dia makan sorang-sorang, malam tu nenek banyak makan sebab selera naik tengok Sofea suka makan makanan yang dia masak.

“Sayang guna baju melayu Atok eh?” Sapa Ann sewaktu Em menemaninya mengemas dapur selepas makan malam. Sofea dan Faiq dijaga nenek di ruang tamu. Lagipun Ann taknak bagi nenek bekerja lagi. Em mengangguk.

“Baju ni nenek buat sepasang dengan saya dan Atok. Baju saya kecik dah. Nanti Faiq bolehlah pakai kalau dah besar.” Duduk menemani Ann bukan nak tolong buat apa yang patut, Em duduk di meja makan dan tangan sibuk main game. Tapi tak kisahlah, asalkan isterinya tak bosan di dapur sorang-sorang.

“Esok kita pergi kubur Atok nak?” Ann ajak suaminya. Takkan nak pergi kubur kena tunggu raya sahaja. Bila-bila pun boleh sebenarnya, Cuma dari pandangan awam selalu cakap asal nak ke kubur mesti masa raya.

“Tapi awak ‘cuti’ kan?”

“Memanglah. Saya nak temankan awak sekali. Mana tahu awak nak bersihkan sekali kawasan kubur Atok.” Em mengangguk. Dia terlupa tapi Ann yang ingatkan.

Pagi keesokan harinya, semangat Em bangun pagi. Awal lagi dah bagitahu nenek nak ke kubur Atok. Nenek memang selalu pergi, tapi pagi itu nenek tak dapat pergi ke kubur bersama mereka. Nak pergi mengaji dengan kawan-kawannya. Nenek Em ni boleh kata aktif jugak dengan macam-macam aktiviti di kampung. Sofea kena angkut nenek sama sebab Sofea memang nak ikut nenek. Faiq sahaja yang ditinggalkan bersama Em dan Ann di rumah dan dibawa ke kubur bersama nanti.

Bila ingat Faiq masih terlalu kecil untuk dibawa ke kawasan perkuburan, Ann dan Em terpaksa menunggu nenek pulang terlebih dahulu. Bila mengenangkan mereka akan membawa nenek berjalan tengah hari itu, Em berkira-kira untuk menunggu nenek.

“Abang Em, nak jaga Faiq kejap boleh tak? Abang dengan Kak Ann kan nak ke kubur.” Anak perempuan jiran nenek menegur Em sewaktu mereka baru sahaja nak masuk ke dalam kereta.

“Budak kecik tak reti jaga baby. Tak boleh.” Em sengaja cakap mamcam itu. Bukannya dia tak tahu anak jirannya itu pandai jaga budak kecik. Selalu tolong emaknya jaga anak orang yang dihantar di rumah mereka.

“Alaaaaa.. bukannya mintak upah pun. Nak main kejap sementara abang ke kubur. Bolehlah bang. Mak ada kat rumah kalau abang tak percaya kat Reen sorang jaga Faiq.” Em dan Ann ketawa. Ann dah bagi isyarat benarkan Reen tolong tengokkan Faiq sebentar. Dia dengan Em pun bukannya lama nak ke kubur.

“Kalau nak jaga Faiq, kena bagi upah kat Abang Em dulu. Faiq ni bukan calang-calang orang boleh jaga.”

“Kenapa pulak Reen nak bagi upah?” anak perempuan jiran nenek yang berumur 17 tahun itu berjalan mendekati mereka.

“Sayang, dah lah. Nanti lambat.” Ann mengingatkan Em. Em kalau bab nak kenakan orang, boleh buatkan dia lupa dunia.

“Kalau nak jaga Faiq, ambik beg ni.” Em menyerahkan beg kecil kepada Reen. Em sendiri yang menghantar Faiq masuk ke rumah jiran neneknya. Kalau mintak tolong kenalah tanya dengan cara yang baik walaupun orang sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga anaknya.

Dari mereka mula sampai di kawasan perkuburan Arwah datuk Em tadi, Em diam sahaja. Sampai di kubur pun dia terus membaca yasin. Lama dia berdoa. Selesai berdoa, terus dia mencabut rumput yang tumbuh di sekitarnya. Selesai membersihkan pun Em masih duduk diam. Langsung dia tidak memandang Ann.

15 tahun dulu, sewaktu arwah hendak dikebumikan, dia menangis teruk sampai tak bagi sesiapa pun pegang datuknya. Dia duduk menemani datuknya dari malam sehinggalah ke saat arwah mahu dikebumikan. Dia sampai halang orang yang mengusung jenazah datuknya sebab dia taknak datuknya keluar dari rumah itu. Seminggu taknak makan, duduk diam, taknak bercakap walau sesiapa pun yang datang mendekatinya. Kalau bercakap pun dia mesti nakkan datuknya. Umur baru 10 tahun dan selama itulah datuknya menjadi kawan baiknya.

Bila Ann melihat jam di tangannya menganjak ke angka 1130, dia memegang tangan Em.

“Jom balik sayang.” Sampai Ann pula yang perlu memegang tangan suaminya. Em jadi terlebih emosional pada hari itu. Dah masuk dalam kereta pun Em diam memandang ke arah kawasan kubur datuknya tadi.

“Mama tak pernah bagitahu tapi saya ingat. Saya pernah lemas masa umur 9 tahun. Saya langsung tak pandai berenang. Masa tu saya teman Atok memancing kat laut. Atok selamatkan saya. Kalau tak mesti saya dah tak ada lagi dah masa tu. Lepas kejadian tu, Atok selalu ajar saya berenang. Mula daripada berenang dekat parit besar depan rumah nenek sampailah berenang di sungai.” Air mata Em mengalir sewaktu bercerita dengan Ann yang turut duduk diam di sisinya. Banyak kisah yang Em lalui sewaktu zaman kecilnya. Kebanyakannya nenek dan datuknya yang tahu.

“Sayang..”Ann memegang tangan Em di tepinya. Tak tahu nak cakap apa. Nak pujuk suami sendiri pada waktu itu pun dia rasa macam tak tahu nak buat apa.

“Saya rindu atok, sayang.” Em memeluk isterinya di tepi. Dah hampir 15 tahun tapi rasa macam baru semalam datuknya mengajar dia berenang di sungai. Ann membalas semula pelukan suaminya. Lama mereka berpelukan memberi ruang kepada Em untuk mengembalikan emosinya sehingga dia sendiri yang meleraikan pelukan dan memandu semula ke rumah.

Bila masuk ke lorong kawasan rumah nenek, mereka lihat Sofea berjalan terkedek-kedek dipimpin oleh Reen. Dekat tangan sebelah Sofea membimbit plastik kecil. Kereta diberhentikan di tepi Reen dan Sofea.

“Sofea dari mana ni sayang? Panas-panas jalan jauh macam ni.” Em menyuruh Reen membawa Sofea masuk ke dalam keretanya.

“Sofea nak ikut Reen beli barang kat kedai depan tadi bang.” Reen mengangkat beg plastik di tangannya.

“Mana ada. Kakak Reen bawak lah Daddy.” Sofea duduk di antara tempat duduknya dengan Ann di depan. Badan Sofea berpeluh-peluh sampaikan dia perlu menukar suhu aircond.

“Aik..apa pulak Kak Reen? Sofea yang cakap nak beli sweet tadi?” Reen cepat-cepat membetulkan apa yang dikatakan oleh Sofea. Takut kena marah dengan Em, padahal Em dan Sofea dah buat thums-up kat depan sebab dah kenakan Reen.

“Dah dah. Tak payah nak kenakan Kak Reen. Kita balik masak dan makan teman Mak Tok dengan baby Faiq.” Tisu diambil dan dilap di muka Sofea. Kalau Sofea tinggal dengan nenek memang sekejaplah si anak belajar macam-macam. Sama macam Em kecil dulu.

Dua hari bermalam dengan nenek di kampung, nenek memang menolak kalau em dan Ann membawanya nak pergi berjalan. Nak bawak beli barang-barang pun nenek taknak. Lebih suka layan Sofea dan Faiq di rumah. Nasib baik Sofea dan Faiq tak memilih. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Bandar, tapi bila masuk kampung, mereka boleh adapt cara kehidupan di kampung. Masa jalan-jalan semalam pun nenek taknak ikut. Dia suruh tinggalkan Faiq dan Sofea dengannya di rumah sementara Ann dan Em pula keluar membawa Reen berjalan.

“Em beli barang dapur banyak-banyak kenapa? Bukannya ada orang lain pun di rumah ni. Nenek sorang nak makan banyak-banyak pun tak seronok.” Sewaktu mengemas barang yang dibeli Em nenek bising-bising. Em beli stok makanan nenek macam ada sepuluh orang di rumah mereka.

“Nenek boring sorang bawaklah Reen sekali makan. Lagipun kawan-kawan nenek kan banyak. Sambil mengaji, sambil masak.” Entah apa idea yang dikatakan oleh Em untuk menyedapkan hati neneknya.

Lewat petang itu barulah mereka bergerak semula balik ke KL. Memanglah rasa berat nak tinggalkan kampung. Em balik kampung pun jarang. Nak saja-saja balik lagilah jarang. Dalam masa dua hari mereka berada di kampung bersama nenek, walaupun tak berjalan ke mana-mana, dia tetap rasa seronok. Dapat lakukan apa yang pernah dilakukannya masa dia kecil dulu dengan Sofea dan Faiq. Bawak Ann duduk dekat dengan parit tempat dia selalu mandi. Berborak dengan nenek sambil tolong nenek kemas rumah. Rasanya, itulah percutian mereka yang paling jimat sebab hanay perlu keluarkan duit bayar tol dan minyak sahaja, dan pengalaman lagilah tak dapat dilupakan. Petang-petang dapat jalan dalam kawasan kampung.

“Nanti sampai telefon nenek tau.” Nenek memeluk Sofea dan Faiq dan barulah memeluk Ann.

“Em pun nak peluk lah nek!” Em memeluk neneknya yang masih memeluk Ann. lama mereka bertiga berpeluk.

“Daddy, can I have this cat?” Sofea main Tarik sebarang telinga anak kucing di tepi keretanya. Rasanya macam anak kucing Reen.

Oh no no no! Not now sayang.” Ann menyuruh Sofea melepaskan anak kucing yng ditarik telinganya. Boleh sakit telinga anak kucing itu ditarik telinga.

Please.” Sofea Tarik baju Ann.

“Tak boleh sayang. Nanti sayang dah besar sikit baru kita bela kucing okay?” Em duduk memujuk Sofea. Kalau ikut cara Ann, dia terlampau tegas. Kalau cara Em, dia akan guna cara lembut.

“Yalah tak boleh lah Sofea. Kucing ni kawan Nek Tok. Nanti kalau Sofea bawak balik, siapa nak teman Nek Tok?” okay nenek pun dah masuk campur sebelum Sofea hujan.

“Dengar tu Sofea. Sofea dah ada baby, Daddy dengan Mommy. Mak Yaa pun ada sekali jadi kawan. Kalau bawak kucing ni, sunyilah Nek Tok kat sini.” Tangan Sofea yang baru memegang kucing itu dibasuh Em. Terus Sofea diletakkan di tempat duduknya sendiri di bahagian penumpang di belakang. Kalau biar Sofea lama-lama di luar, boleh jadi dia mintak ayam nenek lagi.


Bukan taknak bagi Sofea menyayangi haiwan, tapi Sofea masih kecil sangat nak pelihara haiwan. Lagipun bahaya jugak untuk bayi sekecil Faiq yang baru nak membesar. Tambah pula dia dengan Ann sekarang dua-dua nak bekerja. Mana nak uruskan anak, mana nak uruskan kucing lagi. Serius dia tak dapat nak penuhi permintaan Sofea. Nanti kalau tinggal di rumah mereka bekerja, menyusahkan Kak Yaa lagi nak bagi makan, mandikan dan bersihkan sangkar kucing. Lagi teruk kalau kucing keluar sangkar, boleh melepas hajat di dalam ruamh. Lagilah nanti Ann akan bising. Jadi sama ada kucing atau ayam, tak dibenarkan selagi mereka berdua rasa mereka tak mampu untuk membela haiwan selayaknya.