Friday, February 28, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 7)


Assalamualaikum and Hi!

Say what? Saya dah dapat update Part 7 secepat ini? Mind you, saya taip ini one go semalam dan tinggal edit sikit-sikit lepas kelas petang tadi. Wahhhhh! Tahniah atas pencapaian sendiri, Fatin! *clap clap*

So, harini penat sebab dari 1430-1600 buat shooting JPP sesi 2014/2015 untuk tayangan masa watikah perlantikan minggu depan. In sha Allah. Bukan apa penat pakai blazer masa cuaca panas sebenarnya tadi. Can you feel my tense? Lagi teruk tau. Banyak kerja datang pada masa yang sama. Esok saya nak pergi memanjakan diri makan cheese cake and McD dengan roommate! Jealous please. wink wink! :p

GENGSTA sikit! HAHAHA



Barulah ada Pemimpin sikit muka kann? LOL. Ya ya, saya tahu saya pendek! :(


So, sudah puas menatap wakil perempuan daripada TESL? Marilah membaca Part 7 lagi. Seperti selalu, tinggalkan komen dan apa-apa sahaja di bawah okay? *peluk*


***************************

Em dan Ann baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib sementara Sofea pula dibiarkan bermain di dalam baby zone yang lengkap dikelilingi oleh pagar plastik di bahagian hujung bilik solat mereka. Tujuannya, mudah untuk Ann dan Em menunaikan solat secara berjemaah sewaktu Sofea bangun dan tidak bergerak ke mana-mana. Ada juga beberapa ketika, sewaktu mereka solat, Sofea akan buat hal seperti menangis atau pun bercakap dengan pelatnya sendiri, tapi Em sengaja membiasakan Sofea diletakkan di situ supaya dia dapat memerhati kebiasaan yang dilakukan oleh Mommy dan Daddynya pada tiap hari. Dengan cara itu jugalah, mereka berdua dapat mengajar Sofea dengan amalan solat secara tidak langsung.
This is what I mean by "baby zone" cuma Sofea's lagi besar dan luas and the girl is not Sofea! - Gambar hiasan


Selalunya setelah selesai memberi salam, si anak akan dikeluarkan daripada baby zone dan diletakkan di atas riba Em ataupun Ann sendiri untuk bersama-sama mereka membaca doa.

“Sofea sayang, it’s time for du’a. Come.” Ann mengangkat si kecil yang masih leka bermain bola-bola kecil di dalam pagar. Sofea diletakkan di atas riba Em yang sudah berpaling ke belakang menghadap isterinya.

Okay little one. Tadah tangan please.” Si anak yang sudah terbiasa, mudah sahaja menurut arahan Em dan bila doa dibaca, Sofea akan mengaminkan doa yang dibaca. Selesai membaca doa, sementara menunggu Em membaca al-Quran, Ann bangkit menuju ke bilik mereka. Tangan Sofea dipimpin bersama agar dia tidak mengganggu Em.

Tangannya lincah mencari sesuatu di dalam luggage Barbie Sofea. Jangan hairan, walaupun sudah hampir seminggu mereka telah kembali daripada Sarawak, barang-barang ada yang masih lagi belum dikemas oleh Ann. Sebenarnya tugas itu merupakan tugas asasi suaminya. Mungkin kerena terlalu penat bercuti dan berulang-alik dari Sarawak ke KL sewaktu berkejar untuk mesyuarat tempoh hari, Em masih lagi tidak sempat menyimpan barang di dalam kedua-dua luggage mereka. Balik sahaja daripada mengambil Ann dan Sofea beberapa hari lepas, Em selalu tidur awal selepas pulang dari kerja.

Sudahnya, selepas mereka sampai di rumah pulang daripada Sarawak, baju-baju yang tidak sempat dicuci, dihantar ke dobi. Em tidak pernah mengeluh ataupun bising dengan apa yang mereka lakukan. Dia memahami si isteri yang masih berada pada peringkat awal kandungan yang mempunyai symptom penyakit “M” untuk melakukan kerja di rumah pada sesetengah masa. Walaupun Ann dapat melakukan kerja rumah sekalipun, sudah tentu dia masih tidak mahu membenarkan Ann melakukannya apatah lagi setelah insiden yang berlaku yang hampir menyebabkan mereka kehilangan anak mereka lagi tempoh hari.

Bagi Ann sendiri pun, walaupun tahu kerja packing dan unpacking barang daripada luggage ini merupakan tugas si suami, tidak pernah juga dia mendesak si suami untuk segera mengemaskannya sebab dia tahu Em penat bekerja. Sudahnya, barang-barang mereka masih lagi tersadai di tepi pintu walk-in wardrobe mereka di bilik. Yang penting bagi mereka adalah ada give and take. Tiada pasangan yang sempurna. Mereka tetap menerima apa-apa sahaja ketidaksempurnaan dalam hubungan mereka dan berusaha untuk mengubahnya.

Setelah barang yang dicari ditemui, Ann memimpin tangan si kecil menuju ke bilik solat semula.

“Dari mana?” Tanya Em setelah selesai menyimpan al-Quran semula di rak buku dalam bilik itu.

“Baru teringat Umi ada beli Sofea yang ni.” Ann tunjuk kain warna pink depan suaminya.

“What’s that?”

“Telekung. Umi beli kat mana ntah. Masa saya keluar dengan Izzah haritu kan Sofea keluar dengan Umi dan Abah. Then, she got this from her Mamatok.” Ann duduk di atas sofa dan memakaikan Sofea dengan telekung kanak-kanak yang dibeli Umi.

“…Wahh! Cantiknya Mommy’s girl!” puji Ann apabila selesai memakaikan Sofea telekung kecil pada badannya. Sofea siap jalan dari tempat sofa Ann duduk menuju ke arah Daddynya. Sebijik perangai Mommy! Kalau dapat barang baru, Em lah yang akan jadi penonton kalau mereka menggayakan baju-baju dan apa-apa sahaja yang mereka dapat.

Sampai sahaja di hadapan Em, Em terus duduk mencangkung dan mengemaskan lagi pemakaian telekung yang diatur oleh Ann. Terus pipi si kecil dicium dan diangkatnya berjalan menuju ke arah isteri yang masih lagi setia memerhati di sofa.

“As pretty as mommy!” Em meletakkan Sofea di sebelah Ann yang sama masih bertelekung. Dua-dua tersenyum mendengar pujian Em.

“Of course la..”

“Just a moment.” Em yang baru duduk bangkit semula menuju ke bilik mengambil iphone di meja tepi katil mereka.

Seketika kemudian dia kembali dan mengambil gambar isteri dan anaknya. Terus sahaja gambar dua insan yang disayanginya dimuatnaik ke dalam akaun Instagram milik mereka berdua. Em bukan jenis yang suka selfie sebab dia lelaki, dan Instagram sememangnya merupakan laman sosial untuk memuatnaik gambar. Tapi kerja dia mudah, nak muatnaik gambar, akaun isterinya yang akan dia pakai. Dalam erti kata lain, dia merupakan pemilik kedua akaun Instagram isterinya.

My two loves, my munchkins, my cutie brats, my sunshines. Thing you will treasure for the rest of your life. Alhamdulillah, I’m blessed! My stress therapy! – Sofea’s Daddy!

Beberapa minit selepas Em memuatnaik gambar itu, penuh notification masuk kerana banyak yang sukakan Sofea dan isterinya. Izzah siap komen “Copia versi Ann junior! Miss them!”

“Sayang.. I think we should teach Sofea solat dari sekarang. So that, she will get used to this. Tak lah liat bila suruh solat nanti.” Em pandang wajah isterinya apabila mendengar Ann berkata begitu. Dia faham maksud isterinya.

‘In sha Allah sayang. Kita memang boleh expose kan sikit demi sikit dengan Sofea. In the meantime, kita suruh dia tengok cara kita solat. That is why saya sengaja letak baby zone dia kat sini. Bila kita solat, indirectly dia tengok kita and for her age milestone, memang they tend to follow or do whatever things that they see around them.” Em mebetulkan songkok di kepala.

Selain mengajar nursery rhymes dengan si kecil, mereka berdua pun sudah mengajar Sofea beberapa benda asas dalam agama seperti doa harian dan membiasakan si kecil mendengar hafazan di ipad. Perkembagan kanak-kanak mudah berkembang sewaktu mereka berusia di bawah 7 tahun dan ibu bapalah yang menjadi medium mencorakkan pendidikan kepada anak-anak mereka.

“Honey, go and take your books over there.” Si kecil disuruh mengambil buku kecil untuk belajar bahasa jawi di sudut raknya sendiri. Lama Ann memerhati suaminya di depan yang sedang memandang telatah si anak yang bergerak menuju ke raknya sendiri. Sengaja mereka biarkan Sofea masih memakai telekung. Ann sendiri tidak sedar apabila Em memandang ke arahnya dan mengangkat kening apabila melihat Ann masih lagi setia memerhati.

“Why?” soalan Em membuatkan Ann tersedar. Dia tersenyum.

“I have a confession..” Sofea yang sudah terganggu dengan buku-buku di rak sudah tidak mahu menyertai mereka lagi. Mulut si kecil sudah mula mengikut bunyi-bunyi daripada buku elektronik di rak. Sekarang semua ada, picture book, big book, pop-up book dan electronic book. Kesemua jenis buku untuk pengajaran pada peringkat awal kanak-kanak itu sudah dibeli untuk Sofea.

“… a man who wears songkok and kain pelekat will always looks handsome and sexy. Dia ada aura dia sendiri.” Em ketawa mendengar apa yang telah dinyatakan oleh isterinya. Tapi itu memang fakta bagi kebanyakan perempuan.

“And that is?” dia sengaja bertanya bergitu ke arah isterinya yang sudah mula menongkat dagu.

“You. One and only. Sofea’s daddy!” Ann kenyit mata dengan suaminya. Apabila Em mula merapat, Ann siap bagi amaran jangan dekat kerana mereka masih lagi dalam keadaan berwuduk. Sudahnya Em ketawa. Tahu takut!

“Nasib baik kita sama-sama dalam keadaan berwuduk. Kalau tak, awak mesti dah dapat ganjaran. Tapi tak kisahlahkan, sebab lepas ni pun saya boleh bagi ganjaran. Lebih-lebih pun tak apa.” Respon Em membuatkan mereka sama-sama tertawa.

“Satu je harapan saya, anak lelaki janganlah ikut perangai gatal Daddy mereka. Bahaya betul!” Makin kuat tawa Em bila dengar komen isterinya.

“…tapi sayang, saya jugak harap Sofea dan adik-adik dia nanti tak ikut perangai saya dulu.” Ann berubah menjadi serius apabila mengenang semula kisah lampaunya. Wajah penuh mengharap, agar anak-anak mereka tidak ikut perangai dia yang dulu. Yang leka, yang solatnya rongak, yang tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar dan yang tidak menjaga batas pergaulan walaupun dengan rakan lelaki. Zaman sekolahnya dan awal perkenalan dia dan Em.


“Awak dah solat?” Soalan cepumas daripada Em dia selalu main hentam jawab ataupun dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tidak suka berterus terang dan tidak suka berbohong, jadi dia hanya diam kerana tidak mahu menjawab.

“Ann, awak dah solat tak?” selalunya apabila Em mengulang semula soalannya, pasti dengan nada yang lebih tegas dan boleh buat Ann kecut perut. Barulah Ann akan jawab soalan dengan buat mukaaddimah.

“It was a hectic day.” Ann jawab dengan mono dan masih tidak menjawab soalan.

“Soalan saya susah sangat ke bagi seorang bakal peguam nak jawab and huraikan?” bila sarkastik Em keluar, barulah Ann akan jawab.

“Terlepas.” Satu patah perkataan buat Em hairan. Belum sempat Em Tanya soalan seterusnya, Ann menyambung semula.

“…kuliah direct from 11 to 3. 5 jam lecture boring. Then saya terus pegi makan kat kafe dengan besties, cakap-cakap sampai tak sedar dah lambat. Datang bilik pun around 4 something and I take a nap pastu kawan kejut pegi gym.” Ann tahu pengakuan dan jawapannya pasti tidak akan diterima oleh sesiapa pun. Selalu solat pun Maghrib dan Isyak sahaja, yang tiga waktunya rongak. Subuh nya pula apatah lagi, selalu terbabas.

“Ann, solat is the pillar to the religion. Solat itu tiang agama. Ayat Quran cakap ‘The rememebrence of Allah (swt) is the greatest (deed)" Quran (Surah 29: Verse 45).’ Bila kita solat, kita ingat Allah. Mendirikan solat tu maknanya kita ingat Allah, ingat suruhanNya. Hukum solat tu Wajib. Maksudnya, kalau awak tka uzur, awak wajib solat. Bukan sunat bukan harus.” Pendek sahaja nasihat Em cukup untuk membuatkan Ann tersentak. Hampir 20 tahun hidup, solatnya rongak. Kalau Umi dan Abah tak ada, dia makin mudah untuk meninggalkan solat. Apatah lagi sewaktu tinggal di asrama.

Didikan di rumah cukup yang Abah dan Umi bekalkan kepadanya. Mengaji pun dari kecil dia diajar oleh neneknya sendiri, bila dah salah teman pergaulan, terpengaruh dengan perkembangan semasa, dia jadi lalai. Padahal nikmat yang dia da pati itu boleh ditarik pada bila-bila masa. Dia ingat lagi apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz di universitinya sewaktu memberi kuliah.

Peraturan manusia boleh diubah. Peraturan Tuhan tidak dapat diubah. Hakikatnya, manusia mahu mengubah peraturan Tuhan menjadi peraturannya sendiri.

Dalam sungguh maksud yang telah disampaikan oleh pensyarahnya yang membuatkan Ann sendiri yang menyalin kata-kata tersebut di dalam buku notanya. Sewaktu itu, mereka sedang mempelajari hukaman untuk sebarang jenayah dalam sesebuah negara di dunia. Yang mana, terdapat negara Islam yang tidak mempraktikkan hukum hudud dalam pelaksanaan undang-undang. Sehingga pada tahap, orang melakukan perbuatan yang dilarang itu dengan mudah seolah-olah mereka tidak melakukan kesalahan. Padahal hukuman zina menurut hukum hudud jauh bezanya daripada hukuman yang dibuat oleh manusia. Pada Ann sendiri, dia beranggapan orang tak takut melakukan kesalahan kerana mereka lupa hukum akhirat kerana dilindungi oleh ringannya hukum dunia yang tidak sama dengan hukum hudud.

Bermula daripada bila, Ann sendiri pun tidak tahu, dia mula berubah. Berhijrah dalam erti kata yang sebenar. Dia tidak riuh dalam perubahannya. Perlahan-lahan solat yang rongak, dia isi sampai penuh 5 waktu. Kepala yang dulunya tidak bertutup, ditutup dengan hijab dalam erti kata menutup aurat yang sebenar dan sehinggalah kepada dia pada masa itu, saat berada di hadapan suaminya.

Tapi manusia takkan pernah lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin Umi, Abah, Mama, Papa, Em, ahli keluarga dan rakan terdekatnya tahu perubahan Ann, tapi Ann juga masih lagi mempunyai kekurangan. Barannya masih ada. Pernah dia menangis di depan suaminya, kerana bencikan sikap sendiri yang baran sehingga memberi kesan buruk kepada orang lain, tapi si suami tak pernah putus-putus memberi motivasi kepadanya untuk berubah. Perubahan tidak dapat dilakukan secara terus, perlu berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan asalkan istiqamah. Itulah yang dia pegang.

Em yang banyak membantu Ann bangun belajar semula ilmu agama yang sudah lama dia pinggirkan. Rela si suami berulang alik mengambilnya pulang setiap hujung minggu daripada asrama semata-mata mahu belajar tentang agama bersama-sama. Buku-buku agama yang penuh di rak bilik solat mereka pun mula diisi saat Ann menyuarakan niat untuk belajar dari mula. Mereka sama-sama bertatih dan belajar daripada golongan yang arif tentang agama.

Di asrama dia akan mencari waktu untuk pergi ke perpustakaan seorang diri untuk membaca buku dan belajar tentang agama. Di bilik, dia akan mencari waktu untuk membaca buku kerana tidak mahu kawan-kawannya yang selama ini memandang Ann sebagai seorang yang bersosial, tiba-tiba berubah. Pernah dia diejek oleh rakan lain yang mengatakan bahawa dia sengaja menunjuk-nunjuk. Di bahu suaminya dia meluah segala-galanya dan kawan baiknya tidak pernah putus-putus menyokong niat Ann. Ustazah, pensyarah universiti yang menjadi guru agamanya pernah memberitahu, semakin kita mahu berubah, semaking kita diuji untuk melihat sejauh mana kita kuat untuk melawan dan tetap berubah untuk menjadi lebih baik.


Lamunan Ann terhenti saat Sofea datang membawa al-Quran pelangi yang dihadiahkan oleh Em sewaktu ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Em sendiri yang minta dia mengaji menggunakan al-Quran itu.

“Mommy, can you read this?” Ann tersenyum melihat si anak. Al-Quran diambil dan dia mengangguk. Kemudian si kecil kembali semula ke arah rak dan membelek semula buku-buku pelajarannya yang sudah diselerakkan di lantai bilik itu.

“Sayang.. semua kita pernah melalui peringkat itu. Peringkat kita jadi nakal, tapi sayang kena bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk kembali ke tempat yang betul. ingat, tak semua kita dapat peluang untuk berubah. Ada yang meninggal dalam usia yang muda dan tidak sempat untuk bertaubat. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kita sedar awal. Nak bertaubat, jangan tunggu tua kerana mati bukan ikut usia kalau dah tua baru kita akan dicabut nyawa. Setiap hari, malaikat maut akan datang kepada kita tau.  Dan sebab itulah kita kena didik Sofea dan adik-adik dia awal lagi supaya mereka tahu tentang agama dan mempelajarinya dari awal.” Em tersenyum memandang isteri. Isteri yang sentiasa perlukannya untuk terus berubah. Ini dah macam usrahnya kepada isteri secara tidak langsung. Mata si isteri dilihatnya sudah berair. Cepat-cepat dia mengalih perhatian si isteri.

“..Okay, malam ni saya akan masak dinner alright? Kita makan western sikit lah eh. Meatballs and simple chicken chop! Nak tak?” terus Em mengubah topik perbincangan mereka.

“Betul ke? I’m craving for chicken chop tadi. And I thought I couldn’t get any. Sekali tengok, suami offer masak western food lah! Macam mana awak tahu?” Ann tunjuk muka gembira depan suami. Ann senang, nak laih perhatian dia bila dah mula emosi, kenalah masuk kepada topik yang dia suka. Ada 3 F untuk menggembirakan Ann. Family, food and fashion. Fashion itu termasuk dalam shopping.

“Because I’m your husband. And I can read your mind sweetheart. Sebab hati saya kuat kat awak. Apa awak rasa walaupun awak tak luah kat saya, saya tahu tau!” Cair Ann dengar si suami cakap macam itu. Sudahlah cara pakaian suami memikat hatinya walaupun tiap hari berpakaian yang sama semasa solat tapi tak pernah sekalipun dia bosan melihat si suami bersongkok dan berkain pelikat. Irresistible feeling! Nasib baik azan Isyak sudah kedengaran, kalau tidak sudah tentu dia peluk dan cium si suami  yang berada di depan.


Sewaktu Em bertungkus lumus menggantikan posisi Jamie Oliver di dapur, Ann pula melayan Sofea di kaunter dapur. Kalau Em sedang memegang peralatan dapur, si anak pun ikut sama. Cuma bezanya, Sofea pegang alat mainan peralatan dapur.

“Sayang, esok saya akan buatkan your favourite cheese cake sebagai hadiah balas balik okay?” Janji Ann apabila dia memeluk pinggang suaminya yang sedang mengatur suhu pada ketuhar.

Apron dibuka dan disangkut pada hujung kabinet. Tangan Ann yang masih melingkari pinggangnya ditarik ke depan menjadikan dia pula yang memeluk Ann dari belakang. Dagunya elok landing di bahu kanan si isteri.

“Boleh. But.. I want you to massage me tonight. Upah awal lah. Boleh?” Ann memandang ke arah Em dibelakangnya dan mengangguk. Dagu suaminya dipegang.

You must be tired for this whole week. Sure, I’ll massage you later sayang.” Dia tersenyum.

Bunyi Sofea yang tiba-tiba menangis membuatkan mereka sama-sama terkejut. Cepat-cepat Em berlari mendapatkan si kecil yang terduduk jatuh kerana terkena kaki kerusi di kaunter dapur. Entah bila Sofea bermain di kawasan kaunter pun mereka tidak perasan.

“Sayang, use the magic spell!” kata Ann yang sama-sama datang dan memeluk si kecil yang menangis. Dahi Sofea dilihat terdapat kesan lebam kecil daripada hantukan di kerusi itu. Patutlah si anak menangis terus, mesti sakit. Dahi Sofea dipegang oleh Em.

“Tukang takang kaki pintu, budak nakal memang begitu.. Fuhhhhh..”  Ayat magik yang Ann selalu dengar daripada Mama sewaktu masa dulu diulang semula oleh Em. Memanglah tidak membantu untuk menyembuhkan, tapi cukup untuk menenangkan si kecil secara psikologi. Namun pada kali itu, Sofea masih lagi menangis.

“Shakitttt..” Sofea memegang dahinya daripada dipegang oleh Em. Sekali lagi Em mengulang ayat magiknya tetapi masih juga tidak berkesan.

“I think we should bring her to the clinic.” Ann mula buat muka panik apabila Sofea masih lagi menangis. Em memandang isterinya. Kalau dilihat, tidaklah teruk mana kesan di dahi si anak dan tidak ada luka pun, cuma sedikit kesan lebam.

Em bangkit menuju ke peti sejuk. Dia mengeluarkan beberapa ketul ais dari bahagian atas peti sejuk dan meletakkan di dalam kain kecil. Seketika kemudian, dia kembali semula di hadapan Ann dan Sofea.

“Tak teruk sangat la sayang. Tuam dengan ais dekat lebam ni, then it should be fine. Sofea nangis sebab dia sendiri terkejut ni. Plus, tengok muka Mommy dia, buat dia semakin panik.” Sempat Em melawak di hadapan isterinya. Dahi Sofea dituam dengan ais dan seketika kemudian Sofea sudah berhenti menangis cuma esakannya masih ada. Dahi si kecil dicium oleh Em dan dia masih lagi mengulang ayat magik untuk menenangkan si kecil.

“Fuhhhhh! Sofea kuat!” sekali lagi dia meniup dahi Sofea.

“Hey little girl, don’t cry. Come kita makan meatballs okay.” Ann memujuk Sofea dan dibawa ke dalam pelukannya. Basah bajunya sebab Sofea menangis memang elok landing di dadanya. Bajunya menjadi sasaran untuk si kecil mengelap hingus dan air mata sehingga basah. Em kembali semula di dapur dan menyediakan makanan mereka sementara Ann masih lagi memujuk Sofea. Sekejap dia berdiri mendukung Sofea dan dicium berkali-kali, tapi Sofea masih lagi melayan tangisnya di bahu Ann.

Sesudah Em menghidangkan makanan di atas meja, dia mengambil Sofea daripada dukungan Ann.

“Manja sangat Sofea ni. Macam mana nak jadi Kakak ni? Nanti adik tak dapat manja dengan Mommy Daddy macam mana? Nak suruh nenek jaga?” ketawa Ann mendengar komen daripada Em. Padahal mereka sendiri yang suka memanjakan anak mereka. Itulah cara mereka menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak. Sudahnya malam itu, makan Sofea tidak seperti selalu kerana Em dan Ann sendiri bergilir-gilir menyuapkan si kecil. Selalunya Sofea akan makan sendiri kerana mereka mahu melatih Sofea untuk berdikari dan belajar tatacara harian dari awal lagi.

Tangisan Sofea pada awal pagi itu mengejutkan lena Ann yang tidur di dalam pelukan suaminya. Berkelip-kelip matanya dibuka tapi masih juga tidak mampu untuk bangkit kerana terlalu penat selepas melayan Sofea yang pada mulanya enggan tidur. Dengan mata tertutup, dia membangunkan si suami di sebelah.


“Yang.. sayangg..” dia menggosok perlahan lengan si suami yang melingkari badannya. Sekejap sahaja Em bangun apabila dipanggil oleh isterinya.

“…baby nangis. Tolong tengok please.” Selepas bercakap begitu, mudah sahaja mata Ann terpejam semula. Tak pernah dia rasa mengantuk sebegitu. Selalu dapat sahaja dia bangkit apabila Sofea menangis pada tengah malam.

Em turun daripada katil dan mengambil si kecil di atas katilnya sendiri di tepi katil dia dan Ann. Mulanya dia menepuk belakang Sofea tapi masih lagi menangis. Kemudian, perlahan-lahan Sofea dibaringkan di atas katil mereka, di antara bantal dia dan Ann.

“Sayang, jaga Sofea jap. Saya nak buatkan susu dia.” Terus Ann memeluk tubuh Sofea di sebelahnya sementara Em turun ke bawah untuk membuat susu Sofea. Sesekali tangannya mengusap belakang Sofea walaupun mata masih lagi terpejam. Malam itu, Sofea tidur di antara Em dan Ann sehingga ke pagi. Seljak beberapa bulan yang lalu, Sofea mula diajar untuk tidur sendiri walaupun masih lagi berada di bilik yang sama. Untuk mengajar Sofea berdikari, lagipun tidak lama lagi Sofea akan dapat adik. Mana boleh tidur berempat di atas katil itu walaupun luas.
Sofea's bed. Just beside her parents' bed!


Bangun pagi mereka pun dikejutkan oleh Sofea yang membaringkan dirinya di atas badan Em. Kalau  anak dah bangun, jangan harap mereka berdua dapat menyambung tidur semula. Sofea ini dah macam alarm clock mereka yang sentiasa memastikan mereka tidak terlajak tidur. Cukup masa dia akan menangis, tak pun turun daripada katilnya dan naik duduk di atas badan Em yang masih tidur. Menjadi kebiasaan.

Terpandangkan pemandangan indah sewaktu membuka matanya pagi itu, Ann tersenyum. Terus dia memeriksa semula dahi si anak yang lebam semalam. Sudah mula berkurang. Padanlah Em tidak membawa si kecil ke klinik semalam. Betullah kata Em, dia terlampau panik melihat Sofea semalam sehinggakan Sofea jatuh sedikit pun nak dibawa ke klinik.

“Saya takut..” selepas mengemas tempat tidur mereka, Ann terus meluahkan sesuatu kepada Em yang masih lagi setia bermain dengan Sofea di hadapan TV bilik mereka. Em pandang wajah isteri mendengarkan si isteri cakap perkataan “takut”.

“…takut kalau saya tak dapat bahagikan kasih sayang yang sama rata dengan adik-adik Sofea macam kita layan Sofea sekarang.” Ann mula duduk bersama Em dan bermain bersama Sofea.

“In sha Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka. Tak ada istilah berat sebelah sebab as parents, we know how exactly to teach our children dan kasih sayang kita akan diberi sama rata sayang.” Jawapan yang diberikan oleh Em tidak pernah mengecewakan Ann. Dia tersenyum dan mengangguk. Dia pun berharap apa yang dikatakan oleh suaminya itu akan dapat ditunaikan.

“Dan saya takut nanti kalau Mama tahu Sofea jatuh, kita sama-sama kena sembur.” Ketakutan kedua yang dinyatakan oleh Ann membuatkan Em garu kepala. Dalam hati siap berkata, “Yang itu saya tak boleh tolong bagi nasihat. Sure kena sembur.” Mereka berdua sama-sama ketawa. Nasiblah.

p/s: Macam mana? Okay kah tidak? Jawab dan huraikan pada kotak komen okay?  Saya sayang awak semua sorang-sorang. Hugs. 

Thursday, February 27, 2014

Fatin's Stress Therapy

Assalamualaikum and Hi!

You can call me a drama queen as I can't deal with stress. Seriously, the perk of being a student is when you have to deal with your stress. It is either you wanna kill yourself or the people around you. Oh no, don't call me a criminal as I won't kill anybody and that includes myself. Remember, we have God, Allah. :)

This unbearable stress is trying to make me feel insane. If you could read my mind, I can assure you that it looks like a fibrous wire. lol. No, I'm not kidding!

There are few things that I would like to do when I'm stressed!

  • Membebel. 
  • Complain
  • Mengadu dekat my version of SUHAKAM. (That's F definitely)
  • Eat as much as I can especially junk food! (But my friend still considered it as an abnormal food intake as they think that I should eat more and more. And mind you, I lost 1 kg. How sad!)
  • Window shopping (Sekarang mudah sebab kita ada internet. Tinggal browse websites yang digemari then mengadu lagi dekat F, duit takda, macam mana nak beli tudung baru. Lepas tu, gigit jari cuci mata sambil menangis teresak-esak)
  • Blogging like now. Tulis benda mengarut lepas tu maki sendiri lepas tu cakap "Boringnya life aku!"
  • Menulis dalam note book. (I have to note books. One is of course for my studies purposes and the other one is for my writing draft. Atau pun reminder atau pun benda mengarut atau pun, kalau masa membaca jumpa quote cantik-cantik, salin cepat-cepat.)
  • Call parents. Family is always my priority. Bukan call nak complain, nanti taknak lah Mak risau kan. Cakap kosong, tanya khabar. In sha Allah, stress tu hilang kejap. I've chatting with my Dad just now. how sweet Daddy pesan jangan makan mi, makan nasi banyak-banyak nanti taklah lapar tengah malam masa buat keja. Ahhh, I miss home badly)
  • Du'a (I know I'm not perfect but the imperfection brings me to make my life perfect. Motip? God is the best listener. Solat is the pillar. And please don't judge me if I'm telling you about this as I myself makes mistakes. I bet you know what I mean)

Actually, i just typed out everything without hesitation. Maaf atas ketunggang-langgangan bahasa Melayu dan English. Seriously the workload are just besides me and again, don't judge. HAHAHA

I did window shopping just now and I wanna cry. i want new tudung. New bag and new baju. Since I've received my semester allowance, I haven't get anything for myself. I did for my siblings and Amsyar but I forgot to spend the money for myself except for two novels that I bought. (we'll see if I have ample time to write about the Novel review later. Okay, it's later. Finger crossed. LOL)

Dear F,

Don't you know that I love you. Please view this website and more to come when you give me that hint. Wink wink. HAHAHA. Remember, Em is pampering his wife and why not you pampering your girlfriend. Weehee.

Satu web je F. Satuuu! And it's only FV bukan LV. Dan untuk tudung, kalau awak sayang saya lagi lebih, kat sini pun best. LOL



Okay, I promise I'll be a good girl if I get one of them. And yeah, I can send more and more selfies (not selfish) to you. My assignments love me more than you do you know. That is why I have to layan the assignments more than you. Ihiks.

P/S: My dear loving guests, saya nak mengajak kalian sedekahkan Al-Fatihah or Yaasin kepada Arwah Pak Tua (my Paksu's father) yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 0830 malam ini tadi di kediamannya di Kelantan. The last time I met him was 2 years back then when I was having a vacation in Kelantan. Semoga Allah menempatkan Arwah dalam kalangan orang yang beriman. Aminn Ya Rabb.

Tuesday, February 25, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 6)

Assalamualaikum and Hi!

Saya janji nak update Part 6 hujung minggu kan, tapi postponed dua hari. Maaf sayangs. Enjoy reading and don't forget to leave your comment below alright? 

Seperti yang dijanjikan jugak, Sofea ada muncul. Coz I miss Sofea like you too. Weehee. Saya tak janji akan upload part 7 secepat yang saya mampu sebab saya makin hari makin busy. Saya dah mula terikat dengan satu lagi tanggungjawab which is Setiausaha Biro Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Orang bawah-bawah pun busy jugak nanti. Trust me! HAHAHAHA *lap hingus*





Tanggungjawab itu sahutlah. Susah akan jadi mudah kalau ikhlas. In sha Allah. May Allah ease everything. Dengan assignments, business, writing, English Festival (coordinator storytelling booth) dan sama waktu dengannya. Ayuh sertai saya menangis. *lap air mata* HAHAHA. 

Well, inilah hakikat dunia. Wallahualam.



-------------------------------------------

“Sofea darling, kenapa ni?” Sofea yang dari tadi menangis masih tidak mahu dipujuk. Lepas makan tadi dia mula meragam dan yang dia sebut cuma “Where’s Daddy?”. Umi dan Abah memang sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Tak pernah-pernah Sofea buat perangai macam ini. Sudahlah dia baru sahaja discharged daripada hospital dan dihantar oleh Izzah dan Hazwan. Balik-balik Sofea terus buat perangai.

“Sayang.. saya tak dapat balik. Meeting masih lagi jalan and I’m pretty sure meeting ni habis paling awal pun by 8. And tomorrow kena follow up dengan HQ pasal hal meeting ni. Saya tengok flight dalam pukul 9 malam ke atas memang full. Hairan pulak late flight pun sold out.” Sewaktu seronok berborak dengan Izzah sementara menunggu keputusan daripada doktor memebenarkannya pulang petang itu, Em menelefon cakap tak dapat balik. Bohong lah kalau dia cakap dia tak kecewa, kerana dia menunggu si suami untuk membawanya pulang, tapi apa boleh buat. Keputusan untuk menghadiri mesyuarat itu pun dia yang buat. Dia faham, tugas Em memerlukana Em pada masa itu. Lagipun dia ada Umi, Abah, Izzah dan orang sekeliling menjaganya.

“Daddy..” Sofea tunjuk muka kesian depan Ann membuatkan ingatannya tentang panggilan si suami serta-merta hilang. Kasihan melihat si anak yang menangis nakkan ayahnya padahal si ayah tak dapat balik. Kalau tak payah menyeberang Laut China Selatan, memang sanggup Em balik driving jauh-jauh semata-mata mahu berjumpa isteri dan anaknya. Walaupun hanya 24 jam berjauhan, serius dia taknak. Malam tidur sorang-sorang Em tak ada di sebelah, lagilah tak seronok. Nak peluk bantal, mana ada feeling.

Ann mengambil ipad di tepi katil biliknya. Sofea yang masuh lagi menangis dipujuk Umi yang sudah berada di hujung bilik dipandang. Umi cakap cara Sofea marah-marah sebijik dia masa kecil dulu. Kalau marah-marah, nangis dekat bahagian tersorok sampai tertidur. Umi tak tahu, sekarang pun perangai itu masih ada lagi. Kalau tak, tak mungkin Em jumpa dia tertidur dekat tepi tangga di rumah mereka sewaktu bergaduh tentang hal pelajaran dia tak lama dulu.

Sayang, free dah sekarang?

Pendek saja mesej yang dihantar kepada suami. Takut, kalau-kalau Em masih lagi berada dalam bilik mesyuarat terganggu kalau dia cakap Sofea nangis cari Daddy kesayangan. Sofea kan Daddy’s girl. Apatah lagi seharian tak jumpa Daddy, mestilah kerja nak mencari. Ann cemburu? Memang taklah! Bahagia rasa lihat orang yang disayangi dimanja dan memanjakan mereka sesama sendiri dan yang penting, Sofea pun Mommy’s girl!

Tidak lama selepas itu, bunyi panggilan dalam Skype Ann berbunyi. Ann tersenyum. Nampaknya Daddy pun mesti mencari anak dia. Selesai menjawab salam si suami, Em terus bertanya kerana hairan mendengar bunyi Sofea menangis.

“Someone is trying to throw the tantrum, Sayang. Your girl, tiba-tiba cranky. Asyik cakap where’s Daddy dari tadi. Tu yang mengamuk.” Ann menjawab pertanyaan suaminya.

“Sofea.. Hi honey, Daddy’s here!” Em terus memanggil si anak apabila Ann menghalakan kamera pada ipad ke arah Sofea yang masih lagi dipujuk Umi. Umi yang nampak lega apabila Sofea berlari ke arah Ann terus keluar daripada bilik untuk memberi laluan kepada mereka anak-beranak untuk melepas rindu.

“Daddy. Come.. come, it’s Pocoyo now!” Dalam tangis yang masih lagi bersisa, dia buat mukaddimah dialog dengan Em dengan ayat yang catchy. Seharian merajuk cari Em semata-mata nak ajak Em tengok kartun Pocoyo. Dah kenapa, Ann tak dapat nak tengok kartun ke? Abah dan Umi memang akan layan kalau itu yang Sofea rajukkan. Tapi, kenapa si anak nak si ayahnya juga yang temankan?

“Aik, your girl nangis sebab nak tengok Pocoyo? Susah sangat nak cakap dengan Mommy nak tengok Pocoyo ke?” Belum sempat Em menjawab, Ann dah bagi komen. Sofea diletakkan di atas katil. Maaflah, ipad dah bertukar tangan. Gaya Sofea tengok skrin ipad macam tengah tengok Barbie, padahal sekarang ni dia sendiri tengok muka bapak Barbie full screen kat ipad. Em ketawa.

“Daddy jaga rumah sayang. There’s no one here. Nanti all your Barbie dolls hilang orang ambik. Daddy kan Superman. Always keep you and Mommy safe. Tengok Pocoyo dengan Mamatok and Babatok alright? Sofea jaga Mommy. Mommy needs to sleep early. Jangan nakal please.” Satu per satu pesanan Em didengari Sofea. Ann hanya memerhati. Takkan Em nak cakap dia tengah kerja, nanti tak pasal-pasal anak suruh balik dia nak jawab apa?

“Okay Daddy. Mommy rest.” Sofea Tarik tangan Ann ke tengah katil dan memaksa Ann untuk baring bersamanya memandang wajah di skrin ipad. Tapi selepas itu si anak terus cakap I love you dengan Em dan mencium skrin ipad. Seketika kemudian, comforter ditarik menutup sebahagian badan Ann dan dia terus mencium dahi Ann. Turun katil, terus jerit panggil Babatok ajak tengok Pocoyo. Ann dan Em sama-sama ketawa. Sekejap sahaja Em ambil hati si anak terus hilang rajuk.

“Anak you.” Ann bagi komen dan ketawa lagi.

No, anak kita. If it’s only me, then there’s no Sofea. If it’s only you, then there’s no Sofea as well. It’s me and you barulah ada Sofea. And in sha Allah, more to come.” Tengok, Em pantang ada kesempatan. Suka nak naik daun. Ann layan saja.

“10 kids kan? Baru masuk 2 ni. 8 more to go.” Ann bagi semangat pada si suami. Makin seronok Em ketawa apabila dikenakan semula oleh Ann.

“Yalah kan? 1 team bola. Tapi dah mix macam ni saya ambik 1 team futsal je lah. 5 orang laki. Lagi 5 orang perempuan tolong awak kat dapur.” Em siap kenyit-kenyit mata lagi bila cakap cadangan dia yang pada hemahnya sangatlah logik, tapi kalau takdir cakap 6 perempuan 4 lelaki, mana nak ikut plan.

Kalau ikut perancangan mereka, paling banyak pun anak 4 orang yang mereka nakkan. Bukan sebab menolak rezeki, tapi Em dan Ann sendiri takut sekiranya mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka kelak. Apatah lagi mereka berdua sama-sama ibu bapa moden dan berkerjaya. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sekiranya tertulis anak mereka lebih daripada 4 orang sekalipun, mereka tetap menerima rezeki yang tidak mampu dimiliki oleh semua pasangan yang berkahwin. Untuk menolak rezeki yang satu itu, mereka tidak akan mungkin melakukannya kerana Ann dan Em memang sukakan kanak-kanak.

Selesai menghabiskan beberapa minit “facetime” dengan Em tanpa gangguan Sofea, Ann terus keluar mencari kelibat si anak. Rupanya si anak layan Pocoyo depan TV dengan Mamatok dan Babatoknya. Patutnya sekarang masa Umi dan Abah tengok rancangan TV kegemaran, tapi demi cucu kesayangan, layan saja tengok kartun. Lama dia memerhati Sofea yang berbaring di atas karpet manakala Umi dan Abah duduk di atas kerusi depan TV.

“..Laa, dah tidur dah kawan Pocoyo ni rupa-rupanya.” Ann ketawa kerana Umi dan Abah masih lagi khusyuk memahami jalan cerita Pocoyo di TV padahal Sofea dah hanyut dibuai mimpi.

“Sofea dah makan ke Umi?” Ann takut si anak yang sudah tidur belum makan. Nanti tengah-tengah malam boleh saja dia nak buat drama lagi. Tapi drama perut lapar minta diisi.

“Dah, dia dah makan dengan Abah dengan Umi lepas Ann makan tadi. Pergilah masuk bilik dulu, nanti Abah bawak Sofea masuk dalam bilik.” Umi menjawab sambil mata masih lagi terarah pada TV. Takkan Umi dan Abah tak tukar channel lagi walaupun Sofea dah tidur. Jangan cakap Umi dan Abah dah mula jatuh suka dengan Pocoyo sudahlah. Ann terus ke dapur selepas mengemas bilik tidur. Doktor cakap jangan banyak bergerak, dia tak dapat duduk diam. Tambahan sekarang perutnya lapar semula, kenalah jadi tikus di dapur cari apa-apa yang patut dimakannya.

Malam itu Sofea tidur peluk baju Em sebab dalam tidur pun masih mengigau cari Daddy. Nasib baik dia masih lagi berjaga membaca buku di tepi Sofea. Cepat-cepat dia ambil baju yang telah dipakai Em yang diletakkan si suami di atas sofa bilik. Nasib baiklah Umi tak tolong kutip dan cuci. Ada juga bau badan si suami untuk mengubat rindu dia dan Sofea malam itu.  Dah si anak nyenyak semula, tiba-tiba Ann pula yang mencari. Mencari bantal yang tak mungkin didapati di mana-mana. Dengan perlahan, baju yang telah dipakai Em yang dipeluk oleh Sofea diambilnya dan digantikan dengan baju Em yang baru.

Sorry Sofea sayang, Mommy pun rindu Daddy. Lagi rindu dari Sofea. And you my Love, I miss you.


Jam yang baru menunjukkan pukul 11 malam dilihat. Bila anak dan isteri tidak ada bersama, waktu yang awal pun dilihat macam lambat sangat berlalu. Selalunya masa begini dia dan Ann akan dating dekat bilik kerja. Ann dengan hobinya, online shopping ataupun baca artikel-artikel yang diminati dan dia sedang menyiapkan kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat. Sekarang ni, nak aturkan semula kertas pembentangan untuk mesyarat pun dia tak ada feeling. Sudahlah dia minum 2 gelas nescafe bujang dekat kaunter dapur tadi, memang confirm lah dia takkan dapat lelap mata.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik khas mereka. Ingin mencuba nasib, mana tahu masanya dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dia yang jadi forever alone malam itu. Sasarannya ada dua iaitu jamming atau main PS3. Suis lampu bilik dibuka dan Em menghempas badannya di atas sofa L-shaped di hadapan home theatre. Tengok gitar dan PS3 dia sendiri pun tak ada nafsu nak main. Sudahnya, matanya hanya memandang siling. Kosong.

Baru sahaja dia hendak melayan perasaan, baru dia teringatkan album gambar yang diletakkan Ann di bawah meja selepas sama-sama membelek gambar lama mereka sebelum terbang ke Sarawak beberapa hari lepas. Tangannya yang disilangkan dan dijadikan bantal di belakang kepala turun mengambil satu daripada  album di bawah meja itu.

Tersenyum sorang Em tatkala melihat satu per satu gambar di dalam album. Namun, matanya lebih tertarik melihat gambarnya dan Ann sewaktu mereka mula-mula berkahwin dulu. Ann yang nakal, Ann yang happy-go-lucky, Ann yang manja, Ann yang sensitif, Ann yang kuat merajuk dan Ann yang adakalanya baran melampau. Bukan bermaksud sekarang Ann sudah berubah 360 darjah, tapi Ann banyak belajar daripada pengalaman dan masalah mereka awal-awal dulu. Bagi Em, Ann masih lagi nakal, happy-go-lucky dan manja, tapi barannya sahaja yang semakin berkurang sekarang. Betullah kata orang tua mereka, mesti ada seorang dalam pasangan itu yang beralah. Dalam hubungan mereka, Em memang banyak bersabar melayan apa-apa sahaja karenah Ann.

Itulah tugas sebagai ketua keluarga, membetulkan apa yang patut diperbetulkan. Bukan duduk diam pejam mata lihat kesalahan yang dilakukan. Tapi, tidak pernah sekalipun dia menyakiti isterinya walaupun dahulu Ann lebih suka ikut kepala sendiri. Maklum sahaja, kahwin dalam usia muda dan masih lagi mahu bersosial, pasti susah bagi Ann menerima keadaan baru mereka dan terikat dengan keputusan dan arahan daripada suami.

Tangannya mengusap gambar Ann duduk dan kepala disandarkan di dadanya sewaktu menemani Ann makan aiskrim selepas Ann merajuk. Dia perasan, perangai Sofea sebijik Ann sewaktu awal perkahwinan mereka. Kalau menangis dan sedih mesti bagi perhatian 101% barulah okay.


“Saya nak keluar dengan kawan-kawan saya.” Ann masih lagi berkeras dengan niatnya mahu keluar bersama rakan-rakannya. Em pura-pura sibuk depan laptop sebab tak mahu si isteri keluar. Kalau pergi shopping, dia boleh benarkan dan serahkan terus kad kredit dengan Ann. Tapi si isteri nak luangkan masa dengan kawan tengok orang buat jamming dekat tempat terbuka memang taklah! Nak biarkan si isteri kena usik orang, rapat-rapat dengan orang yang entah macam mana perangainya.

Baru sahaja dia dengar kawan dia cakap, dekat kawasan macam itulah macam-macam boleh jadi. Pickpocket, pusher, orang raba-raba orang sebarangan dan gaduh memang selalunya berlaku dekat tempat macam itu. Nak benarkan isteri pergi ke tempat macam itu macam dah tak sayangkan isteri bagi Em. Kalau biarkan Ann pergi ke tempat itu seolah-olah dia bagi free dengan orang tengok isterinya.

“No.” Em pandang isterinya dengan muka serius. Ann makin bengang.

“Bukan lama pun!” suara Ann naik satu oktaf. Em bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah isterinya. Tangan isteri yang memegang telefon diambil dan telefon diletakkan di atas meja. Nanti silap hari bulan, baran Ann datang, boleh saja telefon jadi mangsa lontaran si isteri.

“Jangan sayang. Kalau saya tak benarkan tentu ada sebab. Pergi shopping yes but bukan keluar saja-saja dekat tempat open macam tu. Bahaya. Anything can happen.” Em memandang isterinya tepat dimatanya. Melihat riak muka Ann yang berubah daripada marah kepada orang yang mahu menangis membuatkan Em memeluk isterinya. Belakang Ann diusap perlahan.

Dia dapat tahu yang Ann tengah menangis kerana esakan Ann jelas saja ditelinganya.

Hey munchkin, jangan nangis! Sebab saya sayang awak dan nak jaga awak lah saya tak benarkan awak ke sana.” Tangan Em sebelah melepaskan tote bag di bahu Ann.

“Kenapa kawan saya semua dapat keluar and nothing happen. Please let me go for a few hours. Then, I’ll come back here.” Ann mula menghentak kaki gaya seperti budak kecil merajuk. Em menggelengkan kepalanya melihat reaksi Ann. Selangkah Ann berundur, selangkah dia ke depan mendekati si isteri. Hanya beberapa inci dekat dengan Ann barulah dia menarik kedua-dua lengan si isteri. Badan Ann ditarik dekat dan kepalanya menunduk memandang si isteri yang masih lagi menangis. Dahi mereka bertemu.

“Nak jadi isteri yang taat dan baik atau isteri yang taknak dengar nasihat suami? Sayang pilih satu je. Only then, I’ll make the decision either to let you go out or stay with me.” Tangannya mengelap air mata yang mengalir di pipi isteri yang sudah menangis teresak-esak. Tipikal Ann. Kalau nak buat dia kalah adalah dengan air mata. Mudah sahaja si isteri menangis yang membuatkan Em sendiri  mudah untuk beralah. Tapi untuk hal yang satu ini, dia tak mahu beralah. Ann perlu dipujuk tapi bukan dengan cara mengasari isterinya.

“Taat..” jawab Ann perlahan setelah lama diam.

“Then, stay with me. Layan suami lagi banyak pahala daripada ikut kawan-kawan pergi tempat macam tu sayang. Trust me, saya rasa tak selamat nak benarkan awak ke sana.” Pipi Ann dipegangnya.

Ann menangis di dada suaminya. Susah untuk dia membiasakan dirinya dengan cara baru. Dulu, dia bebas untuk kemana-mana tanpa sekatan seperti Em. Umi dan Abah memang risaukan keselamatan dia, tapi dia selalu cakap dia boleh menjaga dirinya. Dengan Em, dia susah untuk melihat kepercayaan begitu mudah untuk Em berikan kepadanya.

“Salahkah kalau saya nak keluar walaupun sekejap?” Dia masih lagi mencuba nasib memujuk suaminya. Tapi Em diam sehingga Ann mengangkat kepala untuk melihat wajah suaminya. Tenang, seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka. Lama Ann mendongak memandang wajah Em sehingga Em tersenyum dan mengangkat keningnya.

The answer is no. You can’t go out darling. But.. let me make you feel better.” Lengan Ann ditarik menuju keluar daripada pintu bilik. Tapi Ann tidak berganjak dan masih lagi tayang muka kesian.

“… Okay fine.” Em berpaling ke arah isterinya semula dan mencempung Ann keluar daripada bilik.

“Taknak lah!” Ann berusaha untuk turun dan menolak badan Em. Semakin Ann berusaha mahu turun, semakin kuat dia memegang badan isterinya sewaktu mencempung isterinya menuju ke bilik kerja mereka.

“Sayang, stay! Nanti jatuh. Kalau tak, saya buat lebih-lebih nanti.” Em terpaksa menggunakan cara mengugut kepada Ann. Ayat terakhir Em buat Ann kecut perut. Sudahnya, dia terpaksa membiarkan Em mencempungnya menuju ke bilik kerja mereka. Ann diletakkan di atas kerusi Cleopatra dan cepat-cepat Em tunjuk muka “jangan lari” sambil dia sibuk menaip sesuatu pada laptop di hadapan mereka.

“…Come here.” Arah Em dan membawa Ann dekat kepadanya. Ann hanya menurut. Tapi masih lagi diam. Laptop mula dibawa ke atas atas ribanya dan tangan sebelah memeluk bahu si isteri, membawa Ann dekat dengan badannya.

“Online shopping?!” Ann tunjuk muka gembira. Hilang sudah muka sedih apabila melihat beberapa website online shopping terpampang di hadapan skrin. Selalunya Em bising bila dia nak buat online shopping sebab, dia bukan nak beli sebarang barang. Angka pun mencecah ratusan ringgit. Tapi kali ini, umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Bukan dekat satu website. Tapi tiga!

Promise me, tak lebih daripada dua barang. Sebagai upah sayang tak jadi keluar. Tapi kena bagitahu saya apa pilihan sayang. Jangan pulak beli yang bukan-bukan.” Faham benar Ann maksud yang bukan-bukan daripada suaminya. Pakaian bukan pakaian sembarangan, yang boleh dedahkan apa yang tak patut didedahkan.

“Really? Yeay!! Alright saya akan pilih apa yang sayang luluskan!” Ann memeluk suaminya sebelum mengambil laptop di atas riba suaminya.

“Demi isteri, pejam mata sajalah tengok bil hujung bulan ini..” Em mampu berkata dalam hati. Dia tersenyum melihat Ann. Kepala isterinya digosok perlahan selepas Ann membuka tudung yang tadinya masih lagi terpasang di kepala.

Sejam isterinya memandang skrin laptop melihat pelbagai jenis barang tapi masih belum satu pun yang Ann pilih. Macam-macam ekspresi yang ditunjukkan oleh Ann, sekejap tersenyum, berubah kepada serius dan ada kalanya, mulut si isteri muncung.

“Sayangg..” Ann pandang wajah suaminya. Em mengangkat kening.

“Which one you want?” tangan naik membetulkan rambut isterinya yang menutupi mata.

“I want ice-cream.” Jawapan Ann membuatkan Em ketawa. Ann buat-buat merajuk.

“Ada jual aiskrim online eh? Mana? Mana?” Em melihat pada skrin laptop di depan isterinya. Tapi Ann lebih dahulu menutup laptop dan meletakkan di atas meja di depan mereka.

“Saya nak makan ice-cream. Tak ada yang berkenan pun. These online shops haven’t release their new stocks. Yang lama pun banyak tak berkenan and flat shoe yang saya tunjuk tadi pun tak restock lagi. Boring lah!”

“Oh okay then. Kat fridge tak ada ice-cream sayang. So?”

“So.. kita makan ice-cream lah jom! Kat luar. I don’t want Baskin Robbins, Iglool dan Tutti Frutti. Saya nak ice-cream goreng!”

“Hah? Ada ice-cream goreng? Mana nak dapat?”

Ann mula bangkit daripada kerusi dan mula memakai semula tudung yang telah dibukanya tadi. Selesai dia berkemas ala kadar, tangan Em ditarik. Sudahnya petang itu, mereka duduk di sebuah taman dan memerhatikan orang sekeliling dan melayan Ann makan aiskrim.

Bunyi panggilan skype di ipad mematikan lamunan Em. Panggilan diangkat apabila melihat nama akaun skype isterinya tertera di skrin ipad.

“I cannot sleep. I need you. I even hug your shirt but I still need you.” Muka Ann dilihat dengan perasaan rindu. “Me neither..” kata Em dalam hatinya. Kalau nak jawab macam itu, tentulah makin susah sebab isterinya pasti akan sedih.

“Sabar sayangg. Esok I’ll come back to see you and our little one okay. Right after I finish my meeting, saya terus ambik flight yang terawal. Go to sleep please.” Skrin ipad diusapnya seolah-olah sedang mengusap muka si isteri.

“Tidurkan saya..” pinta Ann lagi.

“Okay. Just close your eyes. Imagine that I’m beside you. Just put your ipad on the table next to you. It’s not good to sleep with your gadget besides you, young Mommy.” Arahan Em dituruti apabila Ann melakukan seperti apa yang diarahkan oleh suaminya. Matanya tak lepas memandang skrin seolah-olah tidur bertentang mata dengan Em seperti selalu.

Lama dia memerhatikan isterinya yang memejam mata seolah-olah memaksa dirinya untuk tidur. Sofea yang berada di sebelah Ann turut diperhatikan. Si anak sedang memeluk bajunya sama seperti si ibu. Ann tersenyum. Kedua-dua insan yang disayanginya dilayan dengan manja sehingga ke tahap tidak dapat berjauhan kerana terbiasa bersama-sama. Setelah memastikan Ann benar-benar tidur barulah dia memutuskan talian di ipad.

Album ditutup semula dan langkah diatur menuju ke ruang dapur. Baru nak makan malam pada pukul 1 pagi. Kalau Ann tahu mesti Ann akan bising-bising kerana dia sibuk bekerja sehingga lupa makan. Nasib baiklah dia sudah solat Isyak sewaktu habis mesyuarat tadi. Selepas makan nanti, dia mahu menyiapkan semula pembentangan yang terbengkalai untuk sambungan mesyuarat esok. Sesibuk-sibuk dia memegang jawatan tinggi di tempat kerja, Em tidak pernah mengetepikan keluarganya. Baginya, kerja boleh dicari, harta bernilai iaitu isteri dan anaknya memang tidak ada pengganti sampai bila-bila. Sebab itulah dia mahu menghabiskan kekusutan di tempat kerja secepat mungkin sebelum kembali bersama semula dengan keluarganya esok.


Tiba sahaja di rumah keluarga mertuanya petang itu, Sofea terus tunjuk perangai semula. Sudahnya, niat hendak berehat di rumah ditolak ke tepi. Umi cakap Sofea nak “swim” sewaktu dia keluar dari bilik melihat si anak menangis didukung oleh Mamatoknya.

Kunci apartmen mereka yang lama ditinggalkan, diambil. Nasib baiklah apartmen mereka di Kuching mempunyai kawasan kolam renang untuk sesiapa sahaja yang tinggal di situ. Sewaktu dia mengejutkan si isteri yang tidur di katil untuk membawa Sofea berenang, Ann terus bangun.

“Sayang, saya pun nak ikut.” Ann mula turun daripada katil tetapi ditahan oleh Em.

“No sayang. Awak rehat dulu puas-puas. Kan tak boleh banyak gerak lepas keluar dari hospital semalam. Bagi Sofea bonding time dengan saya dulu okay?” Em memegang tangan isterinya.

“Alaa, saya bukan nak ikut berenang pun. Saya duduk temankan awak dengan Sofea berenang. Jealous tahu tak. Awak terus bonding dengan Sofea instead of saya.” Kata-kata Ann membuatkan Em terus ketawa.

“Dengan anak sendiri pun nak jealous?” jawapan Em membuatkan Ann terus diam. Tangannya yang dipegang Em dilepaskan. Em menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sensitif si isteri datang lagi.

“Okay then awak ikut. But promise me, jangan jalan-jalan kat tepi kolam. Licin! And duduk je. Jangan nak pandai-pandai ikut sama-sama swimming nanti. Promise me?” Em memandang isteri. Memberi peringatan dan amaran sebelum membenarkan isterinya ikut sama. Keselamatan Ann memang diutamakan selepas apa yang terjadi sebelum ini. Sudahnya Ann mengangguk dan mula turun dari katil menuju ke tandas untuk berkemas.

“Daddy, let’s go!” Sofea yang masuk ke dalam bilik terus menarik tangan Em untuk keluar daripada bilik. Lepas Em memujuk si kecil tadi, terus Sofea berhenti menangis. Kalau nak suruh Mamatok bawa pergi berenang, Mamatok sendiri pun tak pandai berenang. Sebab itulah Umi tidak tahu hendak memujuknya tadi.
Okay darling. Wait for Mommy first.” Em mengangkat si kecil ke atas katil. Habis sahaja Em berkata begitu, Sofea terus bersorak dan melompat-lompat di atas katil.

“Sayang, jangan lompat.” Ann yang entah bila keluar daripada tandas menegur Sofea.

“Sorry Mommy.” Terus si anak berhenti melompat tapi mula memeluk Em dari belakang. Sudahnya Sofea terus minta “piggyback” daripada Daddynya.

Petang itu, mereka menghabiskan masa di dalam kolam apartmen dengan mengajar si kecil berenang. Ann hanya duduk melihat. Hairan melihat beberapa pasang mata yang sibuk melihat suaminya dan Sofea di dalam kolam. Bukannya Em guna swimming trunk dan tak berbaju pun kalau nak kata suaminya mendedahkan apa yang tak patut didedahkan. Em guna slim fit t-shirt dan seluar pendek Adidas yang longgar. Dah kira menutup aurat lah bagi Em. 

“Muda lagi dah jadi bapak orang kan? Dah lah body tough. Anak pun comel.” Apabila mendengar orang sebelahnya berkata begitu, barulah Ann tahu kenapa orang asyik memandang dua orang kesayangannya di dalam kolam yang sedang seronok berenang. Walaupun dalam Bahasa Sarawak, dia masih lagi mampu memahami apa yang dikatakan oleh orang disebelahnya. Bangga? Haruslah!

Dia mula bangkit dari tempat duduk dan berjalan menuju ke tepi kolam. Memanglah dia bangga, tapi nak bagi orang tengok suami dan anaknya lama-lama, dia jadi cemburu. Tak mahu orang mengambil kesempatan. Tuala untuk suami dan anaknya dibawa sekali.

“Okay sayang. Times up. Masa untuk balik.” Berhati-hati Ann berjalan menuju ke kawasan kering di tepi kolam dan memanggil Em dan Sofea. Em membawa Sofea berenang menuju ke arah isterinya. Sesekali dia dan Sofea menepis air sehingga terkena isterinya dan membuatkan mereka ketawa.

Naik sahaja di tepi kolam, cepat-cepat Ann tarik suami dan anaknya menuju ke tempat duduknya tadi. Dia tahu masih ada yang memerhati mereka bertiga. Bila Em hairan melihat perangai Ann yang pelik tiba-tiba, Ann terus beritahu.

“Perempuan tengok awak and they like Sofea too. Saya tergugat.” Ann pegang tangan suaminya yang mengelap mukanya yang basah semasa Sofea masih lagi sibuk mengelap badannya sendiri. Nak suruh Ann atau Em lapkan badannya, awal lagi si anak cakap “No Mommy. I can do this.” Padahal badan si kecil masih lagi basah walaupun berulang kali dia mengelap di kawasan yang sama.

Em yang dengar si isteri complain ada orang suka memerhatikan mereka, terus tersenyum. Tuala disangkutkan di leher. Dan dengan badannya yang basah, dia terus memeluk pinggang isterinya di tepi dan membuatkan Ann mendongak.

“I already have my one and only wife. I don’t need anybody else yang jadi kedua, ketiga or keempat. Semua bukan taste saya kecuali awak sorang.” Em berbisik di telinga isterinya dan membuatkan Ann ketawa. Em, banyak sangat gula kalau bercakap. Tubuh Em ditolak apabila menyedari si suami sengaja nak membasahkan dia dengan memeluk pinggangnya dengan lebih erat.

“Daddy, I’m cold.” Susah bila sudah ada Sofea yang jadi tukang kacau. Baru nak tunjuk sweet depan orang yang berada di tepi mereka, Sofea potong line. Si anak mendepakan tangan minta diangkat. Setelah diangkat oleh Em, barulah Ann dapat mengelap badan si anak yang masih basah. Mestilah sejuk, dah badan yang basah ditiup angin petang.

“Dah. Jom balik. Nanti tak pasal-pasal isteri saya gaduh dengan orang pasal tak mahu orang tengok suaminya yang handsome ni.” Ann menolak suaminya sekali lagi apabila mendengar Em berkata begitu.

“Perasan!” Ann ketawa bila mendengar si suami sudah mula masuk bakul, angkat sendiri.

“Daddy handsome. Mommy pretty. And I’m cute.” Sofea menyampuk tiba-tiba menyebabkan mereka berdua sama-sama ketawa. Seperti diajar sahaja cara si anak bercakap.

“Smart girl! Ni banyak cakap ni mesti ikut perangai Mommy. Mommy kan lawyer!” sekali lagi Em mengenakan si isteri dalam diam dan membuatkan mereka ketawa lagi.

“…Yalah, kalau ikut Daddy, Daddy pandai guna tools bukan guna mulut untuk cakap 24 jam non-stop.” Apabila selesai berkata begitu Em terus mengelak bila Ann mahu menolaknya sekali lagi.

Mereka bersama-sama berjalan menuju ke apartmen mereka untuk mandi dan menukar baju sebelum kembali semula ke rumah Umi.




Till then, Assalamualaikum and have a good day ahead loves. Hugs. xx