Saturday, December 28, 2013

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 1)


Hujan renyai-renyai di luar makin membuatkan Ann semakin malas untuk bangkit daripada katil ditambah pula suhu aircond yang rendah di dalam bilik yang sedia terpasang. Namun, mengingatkan satu suruhan yang wajib dilaksanakan oleh seorang Muslim dia tetap menggagahkan dirinya untuk bangkit daripada pembaringan. Sudahlah Subuh tadi dia lambat kerana masih mengantuk sangat setelah puas menangis semalaman.
Sebelum berlalu di bilik mandi, dia membelek mukanya sendiri di hadapan cermin yang sebesar saiznya di dalam bilik itu. Kesan menangis di matanya masih lagi jelas. Muka yang sembab dan mata yang sedikit lebam. Dia mengeluh sendiri. Suaminya dan Sofea pun tidak ada di bilik sewaktu dia bangun daripada tidur. Masak untuk makan tengah hari pun belum lagi. Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada Sofea terabai, dia beristighfar lagi. Terlalu ego dan mementingkan diri sendiri sehingga tidak menghiraukan dua insan yang sentiasa bersamanya pada tiap masa.
Selesai memberi salam dalam solat Zohor nya, Ann menadah tangan memohon doa dan petunjuk kepada yang Maha Esa di atas sejadah. Doanya agar dia mampu menjadi anak yang baik kepada Umi dan Abah, isteri solehah kepada Em dan ibu mithali kepada si permata hatinya dan Em yang baru sahaja berusia setahun setengah, Sofea Hani. Lama Ann berzikir di dalam ruang solat di rumah mereka, memikirkan semula pertengkaran yang terjadi antara dia dan si suami semalam yang membuatkan dia menangis tersedu-sedu di tepi tangga semalam.

“Awak tak faham apa yang saya rasa Em!”  Em yang baru sahaja balik dari kerja pada pukul 10 malam terus tersentak dengan Ann yang tiba-tiba angin dan menghempas pintu utama rumah mereka. Sofea baru sahaja tidur pada waktu itu.
“What’s going on Ann? Kenapa perlu tinggi  suara tiba-tiba ni? Our baby is sleeping okay. Kalau ada apa-apa kita duduk bincang elok-elok.” Em yang seakan-akan mahu marah itu cuba mengawal riak di mukanya dan cuba untuk mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan kemarahan isterinya. Satu prinsipnya, masalah tidak akan selesai sekiranya kedua-dua belah pihak sedang marah. Keputusan yang dibuat semasa sedang marah, adalah keputusan yang bukan atas dasar rasional baginya.
“What did you tell my lecturer? You wanna stop me from continuing my study ke apa? Mana pergi janji awak cakap masa kita belum kahwin dulu? Nak suruh saya sambung belajar right after I’m done with my degree. Awak tahu tak betapa malunya saya tadi dah bawak semua document kat U, and out of the blue, my tutor cakap saya tak dapat masuk sebab awak dah tulis surat cakap tangguh study because I’m focusing on our second baby. Yeah right, I know I’m pregnant but it does not matter at all. Saya tebalkan muka cakap tu semua salah faham but tak guna lagi dah sebab nama saya dah terkeluar dari sistem. Kalau nak pun saya perlu urus semua balik right from the beginning.” Ann bertentang mata dengan si suami yang jelas kelihatan letih kerana balik lewat daripada kerja.
“ Saya lakukan semua ini bersebab and for your information my love, I did tell you last week but you insisted on continuing your study. Bukan saya tak bagi, saya tetap penuhi apa-apa janji yang saya pernah cakap dekat awak. Cuma saya nak awak berehat, jaga kandungan, jaga Sofea. Lepas baby keluar nanti you can still continue your study sayang. Saya taknak apa yang pernah terjadi kat awak berulang lagi.” Em cuba untuk memegang bahu Ann yang sememangnya sudah nampak hilang sabar dengan tindakannya itu. Sudah dijangka oleh Em dan dia pun sebenarnya sudah bersedia dengan kemarahan Ann yang apatah lagi sedang mengandung sebulan, Cuma waktu dia sedang kusut memikirkan masalah kerja dan pulang pada lewat begini adalah waktu yang kurang sesuai untuk berbincang mengenai masalah belajar Ann. Dia betul-betul memerlukan masa rehat kerana terlalu penat.
Namun, baru sahaja dia memegang bahu Ann, Ann menolak kasar tangan Em dan menyebabkan Ann sendiri yang terdorong ke belakang serta hampir terjatuh. Nasib baik Em sempat memaut tubuh kecil Ann dan memeluk terus isterinya.
“You’re paranoid Em!” kata Ann dan melepaskan pelukan erat Em.
“Yes, you can call me paranoid or pathetic or whatever it is but as a wife, you must obey with my decision! Only one decision for this time. Tangguh sahaja dan bukan berhenti. Call me selfish, I don’t care because by the time I’m making decision for your future, the only person I think is you. Your safety. Our baby, our future Ann. It is not because of I want to see your sadness, your failure. To see you hurt is not in my list at all. Sebab itu saya mintak tangguh je bukan berhenti. Nak tengok awak sakit sebab keguguran untuk kali kedua, sedih sebab kehilangan anak kita dan awak sentiasa blame diri awak lagi macam dulu? No way Ann, no way! Semudah itu alasan saya tapi tengoklah sebab dia.” Dari nada suara yang tinggi sehingga ke rendah Em meluahkan perasaannya di hadapan Ann satu per satu.
 Air mata, tolong lah jangan keluar dulu kata Ann. Dia terkaku dan seakan-akan baru tersedar. Umur memang lah masih mentah. 23 tahun dan mempunyai suami dan seorang anak. Tapi, itu bukankah alasan yang kukuh untuk dirinya agar berfikir secara waras dan matang.
“Dahlah, saya dah penat. If you still want to argue about this matter, baik kita bincang daripada gaduh tak tentu pasal. Please, I need a good rest. I’m tired.” Sambung Em lagi setelah lama Ann diam dan menunduk.
Bermati-matian dia menyangka bahawa suaminya itu tidak mahu dia belajar kerana mahu dia menjadi seperti golongan isteri tradisional. Yang duduk di rumah sahaja menjaga makan pakai suami dan anak serta tidak diberi peluang untuk menyambung pelajaran. Begitulah pandangan awal Ann yang mungkin sama seperti sesetengah pihak yang mempunyai definisi sama bagi isteri tradisional.
Em yang sudah menapak ke tingkat atas dilihat dengan pandangan kabur saat matanya mula berair. Kenapa? Kesedaran baru datang saat suaminya yang jarang menunjukkan kemarahan dan kuasa vetonya baru menunjuk belang sebenar dan di saat mereka hampir kehilangan anak kedua sebentar tadi sekiranya Em tidak menahannya daripada terjatuh kebelakang.
Ann duduk di tepi tangga dan menangis memeluk lututnya. Dia penat, tapi Em lebih penat. Dia kecewa, tapi Em lebih kecewa. Kecewanya kerana tidak dapat meneruskan pengajian ke semester dua. Terpaksa menangguh pengajian. Em pula kecewa kerana dengan alasan semudah itu, isterinya menyangka dia tidak memahami hati isterinya sendiri dan dia tidak menepati janji yang pernah mereka sama-sama inginkan suatu masa dahulu.
Sudahnya malam itu, Ann tertidur melurut ke lantai. Nasib baik, Em yang kiranya hendak turun ke bawah untuk ke dapur melihat si isteri tertidur. Cepat saja dia mencempung isterinya itu ke tingkat atas dan terus meletakkan Ann di atas katil. Serius dia ingatkan si isteri sedang berada di bilik kerja mereka. Ann kalau menangis memang mudah tertidur. Lama dia memerhatikan isteri yang telah lena namun masih lagi tersedu-sedan di atas katil. Sebelum turun semula untuk makan di dapur, lama dia mengucup dahi Ann.
My honey, my wife, I may not perfect but I make all these because of you. Because I love you Ann.
Hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya mengejutkan Ann daripada lamunannya. Telekung dan sejadah dilipat dan diletakkan di tempat penyidai di tepi pintu. Ann turun ke tingkat bawah untuk memasak makanan tengah hari mengenangkan perutnya yang lapar minta diisi. Apatah lagi si kecil dan suaminya yang pastinya turut sama menahan lapar.

“Yen yen go away, come again another day” suara Sofea yang menyanyi dengan pelatnya di bawah membuatkan Ann ketawa sendiri. Sejak lahir lagi, dia sudah dibiasakan dengan pelbagai ilmu pengetahuan oleh Em dan Ann sendiri. Walaupun baru berusia 18 bulan, dia sudah mengenali pelbagai objek sekeliling kerana pengajaran sewaktu kanak-kanak sedang membesar membantu perkembangan otak mereka untuk menerima apa-apa sahaja yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Yang makin membuat Ann tersenyum lebar, apabila si suami yang dulunya melayan lagu orang berjiwa keras seperti Sum 41, Blink 182 dan Avenged Sevenfold turut serta menyanyi nursery rhyme bersama si anak. Betullah kata orang tua-tua, apabila seseorang itu telah mempunyai anak, sedikit sebanyak memberi perubahan kepada ibu bapa mereka. Teringat pula zaman masih mula mengenali Em dahulu, mana dia nak layan lagu slow motion dan lagu kanak-kanak, tak makan jiwa lelaki katanya. Tapi sekarang tengoklah, si ayah bersama anaknya menyanyi bersama-sama sambil layan mood cuaca sejuk begini.
“Hi Sofea mommy’s girl!” Sapa Ann dari belakang Em yang sedang mendukung Sofea di pintu lungsur sambil memandang keadaan laman rumah yang basah dalam hujan. Em terus memusingkan belakangnya apabila mendengar Ann menyapa si kecil yang masih lagi mengulang baris lagu yang sama sedari tadi.
“Hai..” anak yang disapa, ayahnya pula yang membalas sapaan. Ann hanya tersenyum dan mengambil Sofea daripada dukungan Em. Dia perasan Em memerhati segenap mukanya. Memang patut pun kerana muka sembab, hidung memerah dan mata bengkak.
“Mommy, swim?” minta si anak yang baru bertukar dukungan daripada Em kepada Ann sambil menunjukkan kolam renang mininya di laman rumah.
“Cannot sayang. Hujan lah. We eat first okay?” kata Em sambil mencium dahi Sofea kemudian mengenyitkan matanya ke arah Ann. Ann yang mulanya tunduk terus panggung kepala apabila mendengar ayat terakhir Em. Eat? Slumber si ayah cakap dengan anak suruh eat first padahal dia baru sahaja turun ke bawah untuk memasak. Ann hairan sendiri, tadi dia menyapa Sofea, Em yang menjawab. Sekarang Sofea bertanya kepadanya, Em menjawab lagi.
Em yang perasan riak si isteri terus  menyambung kata,
“Saya dah masak homemade bubur ayam versi suami mithali tadi. Sesuai sangat dengan cuaca sejuk macam ni. Sofea boleh makan, awak boleh makan dan saya pun boleh makan. Ingatkan tadi nak order pizza, tapi macam kesian pulak dengan budak pizza hantar dalam hujan lebat. So, tak salah kan saya nak tunjuk bakat di dapur sekali sekala.” Ann tersenyum mendengar penjelasan Em. Dia tahu, Em memang pandai memasak, Cuma untuk masuk ke peringkat sehingga di gelar sebagai chef ataupun terror memasak, mungkin belum lagi. Em memang ringan tulang dalam melakukan apa-apa sahaja kerja di rumah mereka. Setiap kerja mesti bersama-sama. Tiada istilah, kerja rumah untuk kaum wanita, dan lelaki duduk goyang kaki, tengok TV, main bola, main game bagi Em.
“Bubur ayam only?” Tanya Ann kepada Em yang sedang mengusap kepala Sofea. Em terus ketawa apabila disoal begitu.
“Yup! Can stuff rasanya ada kat cupboard dapur kot. Kita makan sardine lah. Nak tunggu Puan Ann habis rajuk, alamatnya sampai ke malam lah laki dan anak dia tak makan.” Em terus mengaduh apabila digeletek oleh Ann yang turut disertai oleh Sofea selesai Em berkata begitu. Ini memang Sofea suka. Like mother like daughter. Ketiga-tiga mereka ketawa apabila isteri dan anak Em seronok mengenakannya di hadapan pintu lungsur rumah.

Ann sedang melayan Sofea di kaunter dapur sewaktu Em sedang menyediakan bubur ayam hasil masakannya. Apabila Ann hendak bangkit untut membantu Em menyediakan makanan mereka, Em menolak dengan alasan tiada apa-apa yang memerlukan pertolongan Ann.
“Ingatkan nak ajak mengopi dekat Coffee Bean tadi, tapi tengok cuaca macam ni sebab tu tak jadi nak ajak keluar” Em memulakan bicara sewaktu mereka baru sahaja duduk makan di dapur rumah. Sofea nampaknya berselera makan bubur ayam air tangan Daddy dia. Mungkin sudah jatuh hati dengan bubur ayam Em kerana selalunya Ann sahaja yang menyediakan bubur ayam untuk mereka di rumah itu.
“Sebab tu Sofea dah terbiasa bila pergi shopping complex, nampak je Coffee Bean dengan Starbucks, terus tunjuk cakap nak coffee. Sebab dari kecik lagi Daddy dah suap coffee dengan anak dia” Ann menyambung sambil mengelap mulut Sofea yang comot kerana bubur itu. Habis tumpah bubur di kerusi bayi kerana Sofea tidak mahu disuap. Milestone bagi kanak-kanak berumur 18 bulan sememangnya sudah pandai meminta untuk makan sendiri.
“Alaa, nak risau apa. Dia hanya terbiasa dengan tempat tapi balik-balik susu jugak dia pilih. Dia minum sikit Frappuccino mommy daddy dia, setakat nak kacau-kacau feeling orang mengopi, lepas tu susu jugak dia minum. Kan Sofea?” giliran Em pula yang mengelap mulut si kecil yang masih lagi berselera menyuap bubur ayam yang pada masa yang sama, turut menumpahkan setiap suapan ke lantai. Makin bertambahlah kerja Em selepas ini kerana pastinya dia akan mengemop lantai juga.
Demi anak dan isterinya, tidak pernah Em mengeluh walaupun sekali. Apatah lagi apabila mengetahui Ann sedang membawa zuriatnya yang kedua pada minggu lepas. Dia tidak pernah menolak takdir, menolak rezeki, bahkan dia bersyukur dikurniakan rezeki daripada Allah yang pastinya rata-rata lelaki di luar sana akan berasa risau tatkala berusia 24 tahun bakal menimang dua orang cahaya mata.
Pada dasarnya, Ann masih lagi belum matang dalam berfikir. Masih lagi ingin mengejar cita-cita seperti rakannya yang lain. Apatah lagi dengan nikmat kebijaksanaan dalam dirinya dalam bidang pelajaran, sudah tentu ada terselit rasa ingin mengejar cita-cita untuk ke tahap yang lebih tinggi. Buktinya, malam tadi pertengkaran mereka terjadi kerana tindakan Em menangguhan pengajian Ann ke semester 2.
Namun, dengan kehadiran Sofea dan bayi yang bakal lahir nanti, Ann tidak pernah untuk menolak rezeki kurniaan cahaya mata dariNya. Rakan yang sebaya dengannya masih lagi bujang. Ada yang telah bekerja dana ada yang masih lagi mengejar cita-cita. Tiada langsung istilah cemburu dalam dirinya, bahkan bangga dan bersyukur kerana dia mampu mendirikan rumahtangga dan mengekalkannya sehingga ke hari ini bersama Em yang sentiasa positif dan Sofea yang menceriakan hari-hari mereka.
“Sayang..” Ann memegang tangan suaminya seraya memandang tepat ke mata si suami yang sedang menyuap anak mereka bubur ayam.
“Hmm?”
“Pasal malam tadi..” belum sempat Ann menghabiskan ayatnya, Em memintas.
“It’s okay. I know what you feel sayang and I know, you are agree with my decision kan?” Em kenyit mata. Kenyitan mata itulah yang sentiasa membuatkan Ann mengalah. That’s the power of your aura, my hero!
Ann ketawa seraya mengangguk tanda setuju. Dalam hati Em tidak putus-putus mengucap sykur kerana tiada lagi sambungan pertengkaran tentang perihal pelajaran si isteri apabila si isteri sudah setuju dengan keputusan yang dibuatnya. Dia percaya, apa-apa sahaja tindakan dan keputusan yang dibuat berdasarkan alasan yang rasional dan pastinya untuk kebaikan bersama, akan mendatangkan keberkatan walaupun pada awalnya agak sukar untuk difahami.
“I love you sayang.” Em bangkit daripada kerusi dan mencium dahi si isteri.
“Daddy, I want some more.” Em dan Ann ketawa melihat si kecil yang meminta untuk menambah bubur ayam padahal yang disuap dengan sudu itu kebanyakkannya tumpah ke lantai dan bukannya disuap ke mulut.
“Nampaknya Mommy kena belajar masak bubur ayam dengan Daddy lah ni.” Em mengambil mangkuk kecil di hadapan Sofea dan menambah bubur ayam ke dalam mangkuk tersebut.
“Or Daddy should take over Mommy’s place in kitchen. Kan Sofea?” Ann menyahut dan dia bersama-sama Sofea bersorak apabila Em terpaksa mengiakan cadangan yang berunsur buli itu. Dalam terpaksa sebenarnya.
Petang Sabtu itu dihabiskan dengan aktiviti di dalam rumah sambil mengajar Sofea benda-benda baru memandangkan hujan lebat di luar tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Selalunya pada hujung minggu, Ann akan mengajak Em keluar ke taman permainan membawa si kecil untuk beriadah di samping mendedahkan keadaan alam sekitar kepada si kecil daripada kecil lagi supaya kesedaran dalam dirinya dapat dipupuk untuk mencintai alam sekitar.
Sewaktu awal usia perkahwinan mereka 4 tahun yang lalu, bilik khas untuk Em bermain games dan jamming penuh dengan CD games bola dan macam-macam lagi, tapi sekarang semua itu sudah berubah 360 darjah. Di sebelah rak CD games Em terdapat CD pelbagai jenis kartun untuk Sofea. Masa hujung minggu bersama keluarga inilah waktu Em dan Ann melayan Sofea menonton siri kartun di bilik tersebut. Sekali sekala, ada juga Em melepas rindu jamming di hadapan isteri dan anaknya. Cuma lagu yang dimainkan bukan versi lelaki berjiwa keras lagi. Ann memang standard bagi seorang perempuan, pastinya piano sahaja yang dia mainkan. Kalau dulu dia selalu mainkan genre seperti Beethoven, tapi sekarang, demi anaknya, nursery rhymes sahaja yang dia mainkan.
Masalah kerja yang tidak putus-putus datang ditolak ke tepi. Masa hujung minggu diluangkan bersama keluarga tersayang. Itulah Em, bijak mengatur masa dan sentiasa positif walaupun masalah datang bertimpa-timpa. Tekanan hilang serta-merta apabila melihat isteri dan anaknya gembira.

Selepas makan malam, Ann dan Sofea sudah lama tidur di dalam bilik. Mungkin kepenatan kerana seharian meluangkan masa bersama si kecil. Sebelum menutup pintu bilik tidur tadi dan menuju ke bawah, Em lihat isteri dan anaknya sudah membuat macam-macam gaya tidur di atas katil. Typical Ann dan Sofea. Sofea sebijik Ann kalau tidur. Tak sah kalau tidur tak menguasai seluruh tempat.
Bunyi deringan telefon Ann yang entah bila diletakkan di tepi meja ruang tamu mengalihkan tumpuan Em dari melihat TV untuk mengangkat telefon.
“Waalaikumsalam Umi. Ann dah tidur dengan Sofea tadi dah Umi.”
“Umi nak sampaikan jemputan daripada Mak Su suruh kamu sekeluarga datang sini hujung minggu depan ni. Ada kenduri kahwin sepupu Ann dengan Aqiqah Jibril kat kampung. Jangan tak datang.” Umi terus menyampaikan niat sebenar dia menelefon Ann pada malam itu.
“In sha Allah Umi. Nanti Em bagitahu Ann. Rasanya kalau setiap hujung minggu memang Em dan Ann free. Tak tahulah kalau ada program last minute Umi.”
“Kalau ada apa-apa bagitahu Umi. Datang atau tak datang, bagitahu Umi. Nanti senang Umi nak kemas rumah atau masak makanan untuk Sofea kalau datang. Nak ajak Abah pergi pasar beli makanan banyak-banyak. Bagi Sofea belajar makan makanan kampung. Takdelah nak makan pasta ke sushi ke apa ntah lagi yang macam selalu dia makan.” Panjang pulak huraian Umi kalau bab Sofea.
Em ketawa dengan respon ibu mertuanya.
“Eh, nanti Umi call lagi. Ada panggilan masuk ni. Kirim salam peluk cium dengan Sofea dan Ann tu. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.” Umi menamatkan perbualan mereka.
“In sha Allah. Waalaikumsalam Umi. Kirim salam dengan Abah jugak.”
Sesaat, dua saat dan 10 saat berlalu, tangisan Sofea di tingkat atas terus membuatkan pandangan Em yang lama terarah pada skrin wallpaper handphone Ann terganggu. Gambar mereka bertiga di dalam kereta. Dia, Ann dan Sofea yang sedang memakai Ray Ban tersenyum gembira. Sofea pun pakai Ray Ban? Sekarang zaman moden, jangankan budak sebesar Sofea tu, yang bayi baru lahir pun dah ada banyak fesyen pakaian dan eksesori. Jadi, tak hairanlah kalau Mommy Daddy Sofea yang sememangnya ada high sense of fashion tahu nak bagi Sofea match dengan apa-apa sahaja eksesori dan pakaian.
Sebelum naik keatas, Em melihat jam di dinding.
11.30 malam..


“No wonderlah. Masa untuk Sofea minum susu.”





Till then, hugs!

Saturday, December 14, 2013

Aku terima nikahnya....

Assalamualaikum and hi :)

I'm so sorry because I keep on delaying on posting my cerpen merpen. Eh? *perasan writer jap!*

Anyway, I went to my aunt's wedding day past week. Dari orang hoheh hoheh pot pet pot pet kat dapur sedia periuk belanga and kupas bawang sume sampai tetamu semua balik ke kawasan kediaman masing-masing, saya setia bersama tau. Abang F pun sampai ke sini tahu! Wewewewe.

Oh banyak pulak cakap makcik ya. Aunt saya yang ni cousin Mak saya. Umur baya F which is a year older than me. Don't ask me her hubby's age because idk. Hahaha.

Sad to say, masa solemnization tak sempat nak ambik mood orang cakap "Aku terima nikahnya.." pasal lambat 15minit datang. How sedih kan? F pun tak datang lagi masa tu. Tapi tahu-tahu sampai pun terus nak camwhore dengan newly-wed. Motip sangat kan? :p

Akad nikah kat rumah pengantin perempuan hari Jumaat. Sabtu gotong royong siang. Malam berjimba orang kampung. Lols. Ada pertandingan karaoke and majlis belulut untuk pengantin perempuan. Outfits dia pakaian india, cina dan jawa. Part yang jawa ni bukan 1 Malaysia. Hehehe.

Ahad majlis sanding untuk dua belah pihak. Pasal pak pengantin dan mak pengantin punya rumah dekat, so dua belah rumah buat majlis serentak la. Meriah woh! Feeling jap dengan abang iolls! :3

Errr, am I mumbling too much? Hahahahahahaha. Typical me lah! So sayangs, cuci mata dengan gambow2 disini. Of course dia low quality sebab hp low maintenance sangat. Kalau ada dslr ada HD sikit. Masuk dalam 2014 wishlists lah ingin memiliki dslr! Ehemm, sila ambik perhatian beliau yang membaca. Ekekeke

Jangan ditanya bila kahwin okay. Tanya bila habis belajar boleh. Emm, 2016 habis belajar. Pastu pasru pastu? Jawab sendiri lah ya. Motip la sangat nak kumpul duit macam Che Tha! Hayakkk, takmau lah. Macam Diana Amir or Irma Hasmie I nak. *wink wink*

Ok sekian.

Sunday, December 1, 2013

Cerpen Dari Hati 3: Unnamed, unfinished!

Assalamualaikum and Hi! I miss rambling so much but I don't know why, masa cuti, otak tak ingat belajar semua tapi takda idea nak menulis. Mungkin penat jadi mak mak seharian, malam untuk me-time saja tu lah pasal tak menulis. By the way, this is UNFINISHED cerpen that I wrote during my exam week. Okay, it's exam week. I'm not kidding. One month ago. Pardon my unfinished story, sebab masa tu tengah belajar, masa tu jugaklah idea mencurah ke ladang gandum. Lepas dah lama kena biar, sebab tu plot lupa, cara nak membuat ayat pun jadi poyo and redo balik semua. Hahahaha. 

Sorry. Hanya ini yang mampu. Apa kata you help me find the next event and ending of this story okay?  Kalau berjaya baca sampai part saya tulis ni, thank you thank you. Dapat idea? Share lah sini, hatta kita jadi aothor kongsi. Hehehee. Till then, assalamualaikum and have a great day ahead. xx :*




Aku dengan Am baru sahaja selesai makan malam bersama di apartment kami sendiri. Selesai sahaja aku dengannya mengemas dapur, Am terus mengajak aku bermalasan di kerusi Cleopatra di balkoni bilik kami.
“Sayang, saya ada benda nak tanya?” mulaku setelah kami mula duduk.
“Hmm.. apa dia?” Tanya Am sambil mencari wajahku. Waktu itu, aku sedang mengelus rambut Am yang baru sahaja berbaring di pahaku.
“Sayang masih ingat lagi degan kakak angkat sayang tu ke? Yang suka dengan sayang” tanyaku dalam nada serius.
Am terus bangkit dan memandangku dengan wajah yang terkejut. “Apa ni sayang? Cerita ini dah lama kan? Kenapa masih lagi nak ingat benda yang menyakitkan?”
Aku tersenyum dan menggeleng, “tak sayang, saya Cuma nak Tanya. Nak kepastian. Tak salah kan?”
Am mula rasa tidak selesa dan dia seakan-akan mahu marah pada ketika itu.
“Why on earth you should ask me this kind of silly question? How many times I told you that I never like her. Come on lah sayang. Jangan spoil kan mood kita please” Am menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan soalan aku tadi.
“I’m sorry Am. I just can’t resist..” bicaraku terhenti melihat Am mula bangkit dari kerusi.
“What now? Berapa lama dah perkara ini berlaku. Kenapa masih mengungkit, mengingat dan meragukan saya?” Am membuang pandang ke arah pemandangan kota pada malam itu. Aku mendengar dia mendengus perlahan.
“So sorry dear hubby. Saya tak bermaksud pun nak lukakan hati awak.” Aku bingkas berdiri dan merapatkan diriku di belakang tubuhnya yang sedangkan membelakangkan aku. Aku usap belakang Am degan lembut.
Namun untuk beberapa saat selepas itu, aku lihat Am meleraikan rangkulanku. Dia berpaling menghadapku dan mengusap kepalaku. Pandangan kami bertaup dan aku lihat ada kesedihan pada raut mukanya. Am mengusap pipiku dan membawaku ke dalam pelukannya.
Seketika kemudian, dia mengajakku tidur. Setelah menyelimutkan aku di atas katil, Am terus keluar dari bilik. Pada awalnya aku kira Am keluar untuk mengambil minuman seperti selalu, tetapi Am tidak masuk ke bilik kami lagi selepas itu. Aku berasa kurang selesa dan aku bangkit untuk mencari suamiku.
Apabila aku membuka pintu bilik, aku lihat Am sudah nyenyak tidur di sofa ruang tamu. Air mataku mengalir sedih. Aku berasa amat bersalah kerana aku telah membuatkan Am terluka dengan soalan aku. Niatku hanyalah untuk bertanya tapi aku tahu aku salah kerana membangkitkan perkara yang menyakitkan hati kami berdua. Aku masuk semula ke bilik kami untuk mengambil comforter di atas katil. Perlahan-lahan aku menyelimutkan Am yang entah bila terlelap di atas sofa. Aku tahu, Am tidak mahu tidur di bilik tetamu di sebelah bilik utama kerana dia mahu menjaga aku yang tidur di bilik kami serta dapat mengawasiku sekiranya aku keluar dari bilik.
Aku mencium dahi si suami dan membaringkan diri di karpet  tepi sofa tempat Am tidur. Malam itu aku menangis dalam lena.

Entah bila aku sedar pada pagi itu, aku lihat aku sudah berada di atas katil dan berada dalam pelukan Am. Aku sendiri tidak pasti bila masanya Am mencempung aku untuk masuk tidur ke dalam bilik. Aku lihat suamiku masih lagi nyenyak tidur sambil memelukku. Aku mengukir senyum bahagia. Aku tahu Am bukan jenis yang mudah melatah dalam setiap masalah yang berlaku. Mungkin semalam dia terlepas laku dengan sikapku.
Aku segera bangkit dan membersihkan diri di bilik mandi. Aku mahu menyiapkan sarapan yang istimewa untuk si suami. Aku ingin membuat spaghetti air tanganku yang menjadi kegemaran suami sejak dahulu lagi. Biarlah kami makan makanan berat pada awal pagi itu. Apalah sangat makan spaghetti hanya untuk hari itu daripada ingin menggembirakan hati si suami. Soal diet ditolak ke tepi.
Setelah selesai memasak spaghetti, aku mengejutkan Am yang masih nyenyak tidur di dalam bilik. Aku tahu Am pasti sudah bangun dan menunaikan subuh nya yang sudah lambat itu. Pelahan-lahan aku naik ke atas katil untuk mengejut Am. Namun, belum sempat aku mengejutkan Am, dia sudah merangkul tubuhku dan dibawa ke atas badannya. Aku mula berasa rimas apabila Am mula menciumku seperti anak kecil.
“Sayang, sayang..” kataku sambil berusaha meloloskan diri dari pelukan Am.
“5 minutes please. Lepas ni kita breakfast okay” rayu Am. Okay, bab ini memang aku tidak dapat nak negotiate dengan Am.
“No sayang. Jom lah kita breakfast. Lagipun saya dah bau kuah spaghetti dah ni. Busuklah kalau sayang cium.” Kataku lagi.
“Baguslah kalau macam tu. Tak payah makan spaghetti lagi dah. Makan sayang lah paling saya nak.” Kata Am. Sudahnya aku diam sahaja apabila Am mula memelukku. Am memang nakal. Sekiranya dia mahukan apa-apa sahaja, memang dia yang akan menang. Lama aku berada dalam pelukan Am, aku mula berasa rimas disebabkan rangkulannya yang kemas serta menyukarkan pernafasanku. Typical Am.
“Sayang? Sayang?” Aku mula melepaskan diri daripada pelukan Am seraya meniarap menghadap si suami. Sempat lagi aku dengan Am bermain mata. Kalah buat kali kedua, aku tertunduk dengan kenyitan serta pandangan mata Am. Dia ketawa. Dia mula meniarap dan menongkat dagu memandangku yang berdepan denagannya. Aku memegang pipi Am.
“Sayang, I’m sorry for last night. I just wanna ask you about her. Sorry for hurting you.” Am tersenyum memandangku selepas aku selesai berkata.
“Never mind sayang. Salah saya jugak sebab emotional out of sudden. Then boleh pulak merajuk sampai tidur luar. Sedar-sedar tengok sayang tidur kat karpet.” Kata Am sambil mengelus mukaku.
“..tak sampai hati tengok isteri tidur sambil menangis tersedu-sedu. Tulah pasal merajuk terus tak jadi. Dahlah tak berselimut. Sayang, jangan macam tu lagi please. Sayang dahlah tak tahan sejuk tapi taknak berselimut.” Kata Am lagi
“Sayang, I’m sorry. Saya  rasa sangat bersalah sangat semalam. I’m not supposed to ask you that question.” Am terus ketawa melihat muka innocentku ketika meminta maaf kepadanya. Dia sendiri sebenarnya tidak menyalahkan aku tetapi dia agak terkejut dengan soalan yang telah aku tanya semalam. Setelah beberapa kali memaksa Am untuk bangkit dari katil, barulah dia bersetuju untuk bersarapan di ruang makan rumah.