Sunday, October 28, 2012

Instant Update.

Salamun salam and a very good days.. 


Kalau awak dah betul fikir masak-masak, doakan untuk saya dan kita untuk yang terbaik okay. Aduh, penatnya saya dengan hati ini. Sakit. Lalu Abu pun berkata kepada Ali, jika kau benar-benar untukku, akan ku tunggu kau walaupun kau berada di mana sahaja. 



Jom kita belajar. Exam exam exam exam untuk masa depan Fatin. Untuk mak dan bapak kau bukan untuk siapa-siapa selain mereka. Sorry andai saya ada tersalah kata ke apa okay. Doakan saya cemerlang dan menjadi anak solehah. Muahh sikett. :*

Friday, October 26, 2012

The Only Version of Fatin Kamarudin.

Selepas di touch up. I like my mata. (Dengan roommate yang santekk)
Muka plain. Si tudung hitam bersama Ika and nyawa, Ting.
See the difference? :)

Salamun salam and a very good days.. Aku? Nak cakap ayu, haram! Comel, perasan! Cantik, mimpilah! Takda word yang dapat describe siapa aku yang sebenarnya sebab aku terlalu unik. Mungkin jugaklah word unik tu describe aku kot. Mungkin. lol. Happy-go-lucky, gelak macam lelaki, jalan macam hulk, pergi kelas dengan fesyen yang maha simple dengan mukanya yang plain dan takde colourful mana kalau dah pucat, tapi Alhamdulillah aku lurus lagi. Belum ada niat nak tukar jantina dan nak buat pembedahan plastik untuk cantik. Sejuk perut mak aku mengandungkan aku sebab aku ni manusia pelik yang masih bersyukur dengan kurniaan Allah yang seadanya. Ada pulak Encik Boyfriend yang sudi menerima aku apa adanya dan tulus menyayangi aku. Tambahan pula ada jugak secret admire yang banyak. Haha, okay ni bohong. Ayat gula gila. :p

Nak dijadikan karangannya, few days ago, maktab ada annual event which is Annual Dinner 2012. Aku cakap dah kan yang aku bukan macam spesies perempuan yang lain iaitu nak bermake up ke nak cantik sangat ke. Cantik sikit boleh la. So, here it goes, bukan kerana paksa tapi atas kerelaan hati sendiri, maka aku nak la merasa nikmat menjadi seorang perempuan sejati pada hari tersebut. Start from 2.30 p.m, misi bermula. Dah nama buta hati tuli dengan benda keperempuanan ni, memang fail la kalau buat sendiri. Tapi aku ni banyak benda dan alat-alat yang digunakan perempuan, so takla aku mencari or meminjam hak orang. Heheh. Tapi semua tu mak aku la yang beli. Bertuah aku dapat mak aku. Love you Makk. Make up artist aku banyak. Emm, banyak okay. Kalau base memang aku retilah tapi nak menjadikan nya macam pokok krismas memang aku tak pandai. Nak conteng muka aku tak pandai tapi buat mural aku tahu kalau hentam. Hehe. Tapi seriously, aku sangat berpuas hati and ada menyimpan niat nak menjadi perempuan sejati. Haha, tapi tak jadila. Bukan apa, aku nak mengekalkan identiti aku sebenarnya dan taknak la nak jadi macam banyak perempuan kat luar sana. Nanti takda pulak yang special macam aku. Nak perempuan cantik, stylo dan bermake up dan bergaya memang ramai la kat luar. Tapi nak jumpa species muka plain macam aku ni agak payah sikit. Maybe aku akan jadi macam orang kat luar sana yang bergaya berwarna-warni mukanya dalam special occasion macam perkahwinan family, perkahwinan sendiri (cehh..berangan) atau event yang besar macam dinner tu je. 

Keluarga 48. Tekehhh. :p
Aku kalau nak cakap memang perempuan tapi boleh jugak nak berteriak-teriak masa hari sukan. Menyanyi dalam bilik mandi dan pendek kata aku memang satu dalam 10000000000000000000 la. Jadi, aku berterima kasih kepada rakyat jelata yang menerima aku apa adanya kerana akulah the only version of Fatin. Memang banyak Fatin yang polular. Fatin Liyana, Fatin Suhana, Fatin Nadia, Fatin AF dan Fatin dari MRSM yang pandai-pandai excluding aku, tapi Fatin aku ni adalah aku yang sebenarnya. Kalau kau nak terima aku, aku bersyukur, tapi kalau malu dengan aku, you may go. Sedikit pun tak meninggalkan kudis. Memang update ini ditujukan kepada yang berkenaan. Sekurangnya, hidup aku bahagia dan tak mengganggu hidup orang lain.

Selamat Hari Raya AidilAdha. :D no hard feeling darlings.

Tuesday, October 23, 2012

Kalau..

Salamun salam and a very good days.. 
Kalau awak boleh baca hati sayakan bagus. Kan? Saya penat, tension dengan exam nya lagi. Tension, tak cukup tidur. Kalau blog ni faham kan bagus. Rasa nak koyak dada bagi awak nampak hati saya. Tapi masa tu kompem la saya mati. HAHAHAHA. Tu metaphor la suruh baca hati koyak dada segala kan. #macamgula.

Saya harap awak KEFAHAMAN. Saya nak sokongan padu bukan tumbukan padu. Sekian, Assalammualaikum. :p

Monday, October 22, 2012

Kepercayaan

Salamun salam and a very good days.. Tahu tak kenapa saya didatangi perangai yang aneh untuk menulis tentang kepercayaan ini. Sebab? Saya percayakan awak. :) Takdela, dalam setiap apa yang kita lakukan, haruslah meletakkan kepercayaan terlebih dahulu. Mana datangnya kejujuran dan kasih sayang kalau kita tak percaya kan? Sila kan kan awak-awak. :p Macam baik guna "saya" tapi takla baik mana kalau masih nak pentingkan diri. Sigh*

Saya percaya awak. Mana buktinya? Perlukah ada bukti. Kadang-kadang perlu, kadang-kadang tak perlu. Kalau nak cakap saya, saya memang percayakan awak 101% and I hope you give me that trustworthy too even it is just for 100%. Alah, minus 1% ja kan. 1 ja beza kita awak. Well, I talk like a pro. Dr. Love! Muahahaha. :D
Ini lagu dari Mas Bruno ya. Nama lagunya Again. Maksud sekali lagi. :)

Hands over my head thinking 'what else could go wrong?'
Would've stayed in bed, how can a day be so long?
Never believed that things happen for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, oh believe
That for you I'll do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again
For you
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bruno_mars/again.html ]
I missed the first train, stood out in the rain, all day
Little did I know
When I caught the next train, there you were to sweep me away
Guess that's what I've waited for
Never believed that things happened for a reason
But how this turned out, you moved all my doubts, So believe
That for you I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again

(Ohhohoh) Who ever thought a day gone so wrong, would turn out so lovely?
I'm so glad I found you
Even though the day went so wrong, I wouldn't change a thing (yeah, yeah, oh I'll do it)
I'd do it all over again
Do it all over again
All I went through, led me to you
So I'd do it all over again (yeah, yeah ohhh)
I'd do it all over again (I'd do it all over, I'd do it all over)
Do it all over again (I'd do it all over for you, for you)
All I went through, led me to you (all I went through, it led me to you)
So I'd do it all over again (over again)

Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?
Who ever thought a day gone so wrong, could turn out so lovely?
Nak belajar dulu la. Persoalan telah disediakan. Skema jawapan tu simpan untuk diri sendiri lah. Jawab dengan hati sendiri bukan jawab dengan mulut. Nanti takut mulut tu cakap yang bukan-bukan. Tak ke payah nak memberi harapan macam tu? Wallahualam, Selamat Berhari Isnin kalian.

With Love,
Anak Pak Cik Kamarudin

Friday, October 19, 2012

Addam Fahmi.

Salamun salam and a very good days.. Aku pernah cakap kan yang aku nak Addam. Aku rasa bayang-byang Addam dah makin jauh dari aku dah. Aku nak happy susah, sedih memang lah sebab sekarang tengah nangis. Perempuan, semua memang ada menyimpan impian yang tinggi yang pasti agak susah untuk dicapai hanya dengan berkata-kata yang tidak disertakan dengan usaha yang besar. Sekarang ni aku memang perlukan seorang kawan yang benar-benar ada di sisi aku. Yang nak calm kan aku. Tapi aku tahu semua itu pasti tak dapat. Well, kita tak boleh nak stick on one specific person all the time. Mungkin, aku yang akan terhegeh-hegeh bila kawan aku berada dalam situasi aku sekarang tapi kalau aku sendiri, aku lebih rela menjadi forever alone. Nangis sorang-sorang sebab aku taknak bagi orang risaukan aku. Sekarang ni aku rasa sangat sakit dan pedih tau. Banyak benda yang aku fikirkan. Dan aku rasa macam aku ni seperti chipsmore. Orang nak, orang taknak. Masa untuk memberi ruang dengan each other. Memahami keperluan dan kehendak masing-masing bila berjauhan. 

"Awak, awak nak tak jadi Addam senior kepada Fahmi junior saya?"

Biarlah kita sama belajar dulu okay. Saya nak exam dan saya sangat penat lah awak. La takhzan.

Saturday, October 13, 2012

2 tahun dan 7 bulan..Anakku!

Salamun salam and a very good days.. Aku dah berusaha sedaya upaya aku memberi senyuman tapi kadang-kadang aku rasa senyuman itu palsu semata-mata. Sakit bah, sakit gilak-gilak rasa aku kedak tok. Macam tek aku tok kejeron sorang bah. Iboh curiga gilak bah.

I know who I am and I really know what I'm doing. For the sake of myself, I tend to communicate with everybody around me. And that's doesn't mean that I am trying to cheat on you. I am kind of friendly and I do be friends with boys. But, that's friends babe. Its different between friends and someone who is more than friend. You got me? Love you anyway!


Happy FatmieFaheen Day Jantung Hati. Been together for 2 years and 7 months. Alhamdulillah

Skyping sehingga jam berapa pagi entah bersama Encik McDreamy. Dia tidur dan saya belajar. Hah, sentap! 


See? Siap dengan busukk dia lagi. :p


Itu sahaja. Nak makai. Aram kitai makan bak kafe nyin. Segulai sejalai. Heheheh :D Wallahualam.

Friday, October 12, 2012

When Insomnia comes..

Salamun salam and a very good days.. Its 4 a.m. and I'm still awake. Tomorrow we have weekly assembly and so what? Esok perhimpunan but still, I can sleep. Aku takla nerd mana kalau nak duduk diam masa orang bagi ucapan kan, boleh lagi la nak pejam celik pejam celik mata ni. Burok betol perangai kan? Kalau belajar takpela, ni tak berfacebook dan bertwitter memanjang dari lepas isyak tadi. Kata ada catalyst nak bagi semangat nak belajar? Haram nya, sebab makhluk ni pun ikut sama dengan aku. But, its a bliss man.
Dorang dua ni selalu nya jadi pembakar semagat belajar after family, tapi hari ini kami bertiga sama berfacebook. Buku aku memang jadi hiasan kat meja la.
Mana tak nya, nyawa aku dengan jantung aku telah menginject semangat after aku kata aku down. Tak payah nak cakap dorang mesti tahu. Mana taknya, post aku semua bagai nak leputtt. Aku rasa aku down pun sebab ni lah. Haa, sebab yang aku cakap masa entry sebelum ni :p
Before that!
Kalau aku emosi ni memang status pun agak sedih. Kalau excited pun status lain. So, aku dengan status fb ke twitter ke, blog ke, memang seia dan sekata pasal apa yang aku post menggambarkan perasaan aku. Haha.

Since mata tak dapat nak tidur kan, aku stalk la Fb kawan lama and I was shocked to see my old friends. Long lost friend. Both of us can't recognize each other. Gilaa ah, memang berubah habis muka dan makin matured. Aku macam tu ke? Hahaha. Macam makin childish pun adala.
Kalau Emo memang macam nilah jadinya. :P
Now watching : Green Lantern :)

p/s : kan aku cakap aku insomnia. mana reti nak tengok jam sekarang dah pukul berapa and nak buat ape pun. kann? mornight fellas. wallahualam :)

Thursday, October 11, 2012

Bila bulan datang lagi.

Salamun salam and a very good days.. Aku sekarang memang sangat sangat marah sedikit dengan keadaan kat Rajang. Oh man, tak ada bekalan air. And I was like WHAT? You're kidding me? Come on la babe, aku nak melabur. Faham tak? Kalau bekalan elektrik takda aku boeh survive lagi. Ni air? Takkan aku nak berlari ke sungai Rajang nak angkut air. Ufth 

Semua tak kena kan sekarang ni. Dah la saat saat ini jugaklah symptom *time of the month* dah nak datang.  Really really mencabar keimanan saya. Dah tercabar dan dah terlepas dah pun. :3 Feels like nak melompat kat longkang kalau air longkang tu bersih. Tapi masalahnya longkang tu pun macam haremmmm.

Sekarang aku nak cakap, khinzir dan arak adalah haremmmm. Perangai pun macam haremmm. Kalau aku lelaki takdanya keadaan emosi aku tak stabil macam ni setiap bulan. Ye, aku mengerti, lepas ni aku kena samak lappie aku dengan blog ni jugak pasal aku dah mention 2 menda haremm tu. Ahh, biarlah. 

Cepat lah keluar wahai air. Aku tak tahan lagi. Please :/



bilaperempuanmensesmemangbeginikeranadalamkepalaotakmerekamemangnakmakanorang.haremmmmmm

Tuesday, October 9, 2012

The Reason Why.. Fahmi!

Salamun salam and a very good days.. Semalam they had these conversation. Somehow it makes she feels full of bliss and yeah, a biggest fear for her. Fear of losing. Hope Allah will grant them with what they are hoping for. Aminn.

"Kalau anak nangis malam-malam?"
"Takpe la, baik you tidur, I takkan ganggu. I yang akan bancuh susu anak."
"Yeke? Lelaki semua cakap macam tu sebelum kahwin. Bila dah kahwin nanti balik-balik isteri jugak yang buat. Baik takyah janji."
"You mark my words than I'll prove it after we Nikah. And please, jangan samakan saya dengan kategori  lelaki yang awak maksudkan tadi."
"We'll see then."

Itulah general point of view for some people. And I realize tak semua lelaki, seperti yang kita sangkakan itu. Kalau semua, takkan nak include our father, brothers and our would-be.husband kan? At least, kalau ada seseorang bagi jaminan dengan kita, perhaps kita ada memberi sedikit kepercayaan dan ruang kepada seseorang itu untuk membuktikan apa yang mereka cakap dengan kita. After all, jodoh itu milik Allah. :)

*typo : mtl = mintak
"Nanti saya akan belajar masak dengan mak awak. Tapi awal-awal saya nak mintak maaf kat awak. Masakan seorang suami tak sama dengan masakan seorang ibu okay Awak."

She is egoistic but he is too direct that he can be too honest in the relationship. This girl sometimes is too direct to state something that hurt the boy. Actually, the girl was touched and happy but her egoistic always stopped her from showing that feeling. Maybe, one day, she will change and shows her actual feeling towards that boy. So sorry, her bad. :"(

Wallahualam and Assalammualaikum. Sorry for some who get annoyed. Indeed, you can choose the "X" button if you don't like to. :) Have a blast!

Monday, October 8, 2012

Sister-Brother Bond and James Bond..

Salamun salam and a very good days.. Masa kelas awal pagi dimanfaatkan aku dengan mengupdate public diary ini. Lecturer keluar kejap and bagi kite orang kerja, boleh pulak aku berblog eh. Nasib baik la wireless kat maktab aku ni takleh access facebook and twitter, kalau tak, tak tahulah aku. Memang banyak la tab aku bukak. Yeeehee. Perangai pun macam tak berapa nak halal a.k.a haremm. :p

Guys, my siblings relationship is quite rare nak jumpa dalam kalangan million trillion siblings relationship dalam dunia ni. Plus, kami ni ada 6 orang species. Memang bervariasi lah perangai dalam hubungan sesama sendiri. We can argue macam penjahat dan perompak at the same time, we can be loving and caring toward each other macam gorilla dengan anak dia at the same time. Aku tahu perumpamaan aku memang macam haremm tapi kalau anda dapat relate dengan perumpamaan tersebut memang anda juara la. Takedela, aku just nak bagitau betapa unik dan exotic nya hubungan kami 6 orang beradik ni.

Anyhoods, yesterday when I was accessing on my Facebook, I saw my bro's facebook update. He said he need to cover a few subjects for his upcoming SPM. Nak mengata lah kan, adik lelaki aku ni memang HARAM la nak mereply comment, mengomen dan mengelike updates facebook kakak dia. MEMANG! Bukan nak cakap aku desperate sangat nak cari orang like status aku kan, tapi come on la babe, adik sendiri memang tak mungkin nak contact dengan kakak dia kat Facebook MELAINKAN ada benda yang betul-betul mustahak. So here it goes, aku comment la yang aku suruh dia belajar, stop facebooking, berdoa etc and etc. "kakak mithali" lah aku. Eh, ada ka phrase kakak mithali? lol. :3

A minute later, he replied and the comment goes on and on. Tak dapat nak printscreen comment tu pasal Facebook takleh bukak guna wireless ni. lalalalalala. Nak kata perasaan aku masa tu, Eksaiteddd kot. Huahuahua. Then, my aunt pun comment and kakak aku sekali, and yang menjadikan perbualan yang sound serious at the beginning turns to something epic pasal akak aku boleh pulak cerita periuk dia rosak la, tak dapat masak la rindu dengan nasik la. Aneh bukan?

Moral of the story, kami beradik ni agak jarang nak bercerita publicly, nak bersayang-sayang apatah lagi. Bukan ego tapi, eh macam perlu ke? Tak kot kalau tak ada urusan penting. Kann? Kalau kami gaduh pun paling HINA nya kan, gaduh dalam chatbox Facebook tu je. Taknak riuh sekampung la kalau sendiri-sendiri gaduh yang mungkin disebabkan perkara yang remeh. Nanti kang orang tahu kan kontroversi satu Malaysia. Payah jugak parents I nak jawab nanti. Puiii, kontroversi la sangat. Rationally, kalau orang tahu rahsia rumah kita, nanti orang mesti akan sibuk nak poret/ Kpo kan. So, tak payah la.

Hee, apasal pulak James Bond? Kalau sister-brother tu aku paham la. Teehee, Sabtu lepas aku hang out dengan girlfriends aku and we watched a movie, Taken 2. Like seriously, I fall in love with Liam Neeson, the hero. Fyi, he has converted to Islam after the film's shooting as he fall in love with the Azan in Turkey. At first, he thought it was a song. First week tu memang dia annoying dengar and no longer after that, he started to loves it. More or less macam tu la cerita dia. Alhamdulillah. :')

So, that's it. Nanti la aku update mende ni lagi kalau dah ada idea yang munasabah, munasarawak, munaKL, munaselangor dan segala muna dalam negeri di Malaysia ni daripada aku merapu benda kosong dalam blog ni kan. Sila annoying. Hahahahaha. Wallauhalam and Salam'Alaykum. :)

Saturday, October 6, 2012

Random Haters and Y I belog?

Salamun salam and a very good days.. Aku dah berjuta kali ulang baca novel aku yang tinggal 2 bijik yang ada kat pangkuan aku ni. Kalau tanya satu per satu perkataan pun boleh jadi aku ingat. Aku boring sekarang ni. Roommate aku tengah date dengan Mr. Pierre. Kalau nak cakap takde kerja, memang dah banyak kerja aku. Cuma aku agak malas. Sikit je malas tu. Sikit la sangat kalau dari tadi berfacebook, bertwitter bersegala ber. lol. Anyhow, itu pendahuluan okeng.

Well, dalam hidup kita memang ada yang membenci and menyukai kita. #ada ku kisah? Tapi kadang-kadang aku kisah jugak kalau orang dah melampau. Sangat-sangat melampau. Hmm, I don't know why I feel like terpanggil nak undate pasal ini. Firstly,

  • Yeah, I have Facebook, Twitter, Formspring, Tumblr, Email (for sure) and of course benda ni, BLOG. Unfortunately, I just manage to used my Facebook all the time, Twitter and blog for sometimes and others memang dah lost contact dah. Berhabuk dan berdebu. With the existence of these mediums, I rather choose to shout what my mind and heart think about things around me than just merapu depan orang. But! Ada but pulakkk. Orang ni kan, dengki tau. Sangat-sangat dengki dengan aku. Kata aku artis atau orang popular pun tak jugak. Tapi kenapa eh. :/ Seriously, I wonder why these group of people ada perangai donkey.
Kalau orang dengki apabila aku dok mengata orang, aku rasa tak. Sebab according to my very own blog, I used to say about myself and thingy around me. ONLY! If aku mengata tu memang makhluk sekeliling aku yang aku kenal. Tu pun kami ni macam forgive and forget, give and take. Haishh, orang yang obviously dengki ni adalah orang yang aku kenal tapi tak pulak rapat and tegur pun tak kot? But Y U NO LIKE ME? Hairan bukan? Tapi inilah hakikat hidup. Okay, let's just forget about it.


My friend asked me why my blog is so simple and simple lah? Haha. lol la awak ni. Buat apa nak meriahkan blog and nak memberatkan mata memandang blog dengan macam-macam. Macam yang sedia ada okay apa. Lagipun, blog ni kan untuk public diary, bukannya nak join pertandingan blog atau blog top yang rating tip top kat Malaysia and ada secret stalker kan? why you have to make your life so difficult if there is an easy way to choose? Senang kan? Dulu, masa awal berblog, memang aku suka nak hias blog macam pokok krismas, tapi sekarang aku dah insaf and matang. Tak payah nak fancy sangat since aku sedar yang blog ni bukannya ada hasil duit. *since aku tak da nawaitu lagi nak bubuh nuffnag and churp2 and segala bagai* lol again bebeh. So, that is the reason why. Question answered.

Aku nak balit umah nak ngagak mak aku. Malas na aku ehhh. Paraii

Bye awak-awak. Nak buat assignment *kot* :D Wallahualam.

Thursday, October 4, 2012

p/s : Jangan Baca..

Salamun salam and a very good days.. Alhamdulillah, dah siap assignment Language Development III saya. Beberapa hari ini, perasaan aku macam bercampur baur. Kalau kata aku tak solat, aku solat *maaf kalau aku nampak riak, pada hakikatnya aku tak show off* tapi kenapa aku seringkali didatangi pelbagai dugaan. Sungguh aku tak kuat. Orang macam aku, agak malas nak berduka pada ekspresi luaran walaupun hati aku macam disiat-siat kerana luka yang dalam. Hiperbola kan? Pedulikan. 

Macam mana eh? kepala otak aku dah serabut sangat. Kalau aku fikir-fikir balik kan, aku banyak fikirkan masalah yang bukannya masalah aku. Dan percayalah daripada si pemilik masalah itu,aku pulak yang overreact sedih segala bagai emosi bila memikirkan tentang masalah itu. Aku dah cari kekuatan itu merata tempat tapi kekuatan itu kejap ada kejap takda. On off la pulak. Macam chipsmore. Minggu ni aku takleh balik and Raya Korban ni pun aku tak confirm lagi balik ke tak. kalau lah aku tak balik, inilah first time aku tak raya dengan family aku. Sedih la jugak tapi mengenangkan exam apa salahnya aku berkorban kan. Normal lah hidup kita sebagai pelajar ni, jauh dengan family pulak. Aisehh, kalau aku memang tak balik memang rasa macam study kat overseas la. Overseas la sangat. Padahal over river Rajang je pun. Sila lol kalian. 

Aku risau dengan keadaan aku sendiri. Since aku tak tahu nak meluah kat orang, aku luah kat sini lah. Nasib baik lah blog ni tak ada mulut. Kalau tak, entahlah. Sila lol lagi. I'm  trying harder to make myself happy. Nasib la assignment dah habis. Tapi homeworks belum lagi, foldersss belum lagi. Macam manalah nak happy ni. Sila lol lagi lagi. Mesti anda yang MUNGKIN membaca blog ini tak faham kan maksud entry ni. Aku sendiri pun tak faham. 

Honestly, aku ber-blogging pun tak tahu sebab. Mungkin suka-suka. Mungkin ingin mencari kawan-kawan di alam maya. Dan mungkin jugak, inilah diari public aku. Mungkin sekali lagi aku berblog sebab kawan PLKN aku suruh.Sila lol lagi lagi dan lagi. Aku harap sangat ada makhluk yang bersiap siaga menolong aku. Mungkinkah Superman, mungkinkah Spiderman atau pun Boboi Boy. Ketawa lah Fateen ketawa. Kau buat entry bodoh-bodoh sekarang, silah ketawa. Dan hati aku bermonolog "aku tak ketawa" Palm face.

p/s " La takhzan. Nurul Fatin. Allah sentiasa bersama hambaNya. Semakin banyak dugaan yang kau hadapi, semakin kuatlah engkau. Ya Allahhhhhh :(

Monday, October 1, 2012

Kebahagiaan Seorang Ibu. :)

Salamun salam and a very good days.. Previous post aku ada mention pasal birthday Mak aku kan tapi tak secara detail. Now, perasaan memang excited giler la nak cerita dengan awak-awak semua. Okay, aku tengah cool pasal update blog masa kuliah. Mr Ling, lecturer Learning Support III kat depan bagi lecture segala lagi memang aku dah lost dah. Hehehehe.

Aku ada cakap yang aku balik last weekend kan? Alhamdulillah, what we had planned for my Mak's surprise birthday party is fulfilled as Allah promised. Benda yang baik memang Allah akan tolong sebab niat kita memang baik kan? :") Syukran Ya Allah.
Have a blast Makkk.
Malam Sabtu lepas,plan kami berjalan degan lancar. Mula tu, aku dengan Encik Boyfriend belikan Choc Cake then Bapak dengan adik-beradik yang lain pun pakat-pakat bawak Mak outing as usual and pretend that nothing happened la. So, here it goes. Mak masih tak realize lagi tau makan-makan ramai-ramai kat Stemaboat tu untuk celebrate birthday dia. Dia ingatkan family gathering tu untuk raikan gaji bulanan je. Hehehe. Make things easier la Mak ni. Cake dah siap-siap sembunyi kat kitchen tempat makan tu.

Masa Mak sibuk masak-masak seafood dengan yang lain tiba-tiba lagu Happy birthday dipasangkan. Pulakkk, Mak masih jugak tak sedar. Then, cousins yang comel lote dengan adik-adikku yang kiut miut terus nyanyi lagi Happy Birthday. Then, pusing je Mak kebelakang menghadap kami tengok sorang waiter tu bawak cake. Apa lagi, bermula lah adegan air mata ni. Hehehehe. Seriously, Mak terharu dan sedih. Perhaps, this is her very first birthday party yang disambut besar-besaran. :") Berkat doa mak bapak dan family, Along dapat kerja and able to make this kind of surprise bersama-sama abang-abang yang sporting. Mak nangis-nangis then my aunt siap suruh dia blow the candles and make a wish. After potong cake, mak suap semua orang. Masa tu masih nangis lagi tau :)

Birthday Girl. Hehehek. *Sila lihat aku yang bertudung purple tu, sungguh dramatic.
Suapan dari Ibunda kepada Ayananda. *Mukhriz menyemakk
Tudung dah nazak masa ni.  Dengan Nek Yan and Dhiya
The mastermind, Along. Eldest sister. And this party is fully sponsored by her. Alhamdulillah.
I have no idea to say. Thanks all. Doakan Mak Bapak and family saya okay. May Allah ease our way and shine our lives with joy and happiness. Aminn. Wallahualam. Salamun salam Awakkkk. :)