Saturday, January 28, 2012

Tak Kenal Maka tak Cinta (-,-)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi peeps. Aku pun kurang tahu dan kurang pasti adalah title entry aku " Tak Kenal Maka tak Cinta (-,-) " ni memang aku nak tulis or not. Pasal sekarang emosi aku takk betol! Dengan keadaan surrounding yang tak berapa nak ok, bunyi makhluk yang sumbang sumbang menyatakan itu-dan-ini. Ya Allah, seriously aku memang tengah "moha" sekarang ini sebab i can't stand hearing bunyi bising yang sangat membuatkan aku rasa oi-sudahlah-telinga-haku-sakit-dengar-kau-macam-nak-pengsan. Damn it. Aku tahu aku perempuan or orang tua selalu kata anak dara orang and aku tak sepatutnya cakap harsh words macam yang aku kata tadi. Tapi aku pun manusia biasa yang penuh dengan kesilapan. Malam tadi pun aku tak tahu ntah pukul brapa mata aku tertutup pasal aku tengah sibok menyiapkan homeworks adik aku. I tell you, ADIK aku. bukan aku.

Masa aku buat homework adik aku, aku pun sibok nak baca dia punya content, then I realised that actually aku dengan dia belajar benda yang hampir sama even aku keluaran MRSM and dia keluaran Vokasional. Bezanya aku belaja Fizik dengan bahasa omputeh dan dia belajar lektrik dan Elektronik dalam bahasa Melayu. Content? Sumpah 100% sama.

Guys,tapi tu bukan benda yang aku nak sampaikan dalam entry ni perhaps ada la jugak sangkut paut sikit pasal dulu masa Form 4 aku minat macam-nak-gila dengan Fizik ni. Hei, bukan main-main tapi memang betol. Mungkin sebab aku punya cikgu tu hensem even dah ada anak 3! Kazen aku cakap,sekarang masok 4. OMG, aku ada adik baru. Yeay. Sebenarnya sekarang ni aku tengah mencari dan memasuki hutan hujan tropika mengenai assignment aku yang belum lagi aku sentuh since cuti start lagi. MALAS la. Nak dijadikan cerita yang indah belaka, aku memang tek reti walau sepatah haram pun dengan apa yang aku dapat. Memang tak dapat nak link dengan tajuk yang Ustazah bagi tu. HUAHAHA. 

Sebenarnya aku rasa macam nak marah lagi sekali sebab Mak Cik Laptop aku memang ada problem. Al-maklumlah laptop aku dah tua. Bulan 4 ni insyaALLAh 3 tahun umur laptop aku. yesterday, when i was happy-happy-over-the-moon main binatang ni dengan adik aku, tiba-tiba Mak Cik ni cakap dia penat and nak di charge. So, aku charge lah dia. Eh, why engkau tak menyala ye api. Aku pun bermonolog sendirian masa sibok nak tekan-tekan suis, cabut-cabut wayar laptop dan tengok-tengok kalau-kalau api dah menyala. TAPI TAKKK! Laptop ni memang nak cari pasal dengan aku lah. Memang lama bebenar dah laptop ni tak makan tangan aku. AISEH. "terasa kah pok?" Main-main jak bah.

Peeps, aku mungkin buta IT tapi firasat-sanubari-rasa-hati aku merasakan bahawa benda yang bernama Twitter ni lebih awal wujud berbanding Facebook. Ke ? Tapi diesebabkan bahana Facebook ni lebih cepat mencapai ke tahap puncak Everest maka banyak lah yang menggunakannya. 
inilah twitter aku. Follow k. :)
Ni fb aku. Add lah
ni pulak formspring aku. kau ade?

aku rasa macam aku dah jatuh cinta dengan dorang. Aku ada tumblr tapi aku tak ingat password dah pasal aku memang dah nekat nak pilih Facebook dalam semua pilihan di atas. Memandangkan Fb aku baru kena hack, aku post melalui twitter la. Sumpah, aku mengaku yang aku LEKA dengan semua ni. Ya Allah, lindungi lah aku dari segala kesesatan duniawi. Amin.

p/s : apesal pempuan kuat marah kalau ada kesilapan even sebesar zarah. aku pun heran la, pasal tu lah sikap aku dan aku tak paham. sapalah yang dapat stand dengan sikap aku ni. nak makan penampar  dari seorang insan mungkin. -,- Lindungi aku Ya Allah. Aku tahu aku perlu berubah dan aku memang perlukan masa untuk semua ini. Sokong lah aku dari belakang k. Bukan di sepan. Nanti aku jatuh terlanggar kau. Palakk Laaaaa~ 

Assalamualaikum dan jumpa lagi dalam next entry. Muahhhh

Friday, January 27, 2012

Adakah Aku Memang Hendak Jadi Seorang Guru?

Assalammualikum w.b.t. dan selamat berhari Jumaat. Ye, bagi yang Islam memang sesdia maklum yang hari ini merupakan penghulu segala hari @ Yaumul Aiyam . "Bisik nuan medak title nyak?" Aisehmen, aku takla terer mana speaking Iban even i have lots of Iban friends. Haa..nak dijadikan cerita lah kan aku memang taknak jadi seorang guru tapi Allah tahu yang aku memang taknak and Dia pun bagi jugak aku jadi cikgu ni. Dah nama rezeki aku pun terima lah hakikat yang aku memang nak jadi cikgu.
Sebagai seorang produk yang berasal dari baka yang baik(aiseh), aku mmang nak sangat tahap gila babi nak jadi Doktor. Hai, babi pun tak gila macam aku ni. Macam la babi ingin jadi guru? HAHA. After result SPM keluar tahun lepas, aku ada borak-borak sambil menganyam ketupat dengan mak aku tenatang kerjaya yang aku dah pilih bila isi UPU dulu. Aku memang anak yang sibook dengan masalah sendiri and suka sangan nak menunjuk depan mak aku. MAK aku only k! Ni kira dialog aku dengan mak aku time aku sibuk nak tunjuk0tunjuk aku lawa laa..
Aku : Mak, Angah dah isi form yang dalam internet yang orang lepas SPM bizi bizi isi sekarang ni.
Mak : Form apa kau cakap. Mak skolah sampai form 3 mana lah mak faham.
Aku : Alaaa..Mak ni kan. BORANG mak borang. Borang kemasukan universiti. Macam apply bidang apa yang kita nak ambik bila nak masuk u nanti.
Mak : kau nak ambik apa haa ?
Aku : Angah nak ambik doktor gigi mak. takpun doktor kanak-kanak. takpun lawyer takpun BINI ORANG. Anak Dato' pun ok mak.
Mak : Gatal nak kawen. Masak pun tak reti. Jadi cikgu lah bagus. Gaji besar dengan kau memang dapat banyak cuti nanti.
Aku : -,- (muka boring and fedup) Cikgu,cikgu cikgu.. 

Dan perbualan kami pun tamat. Pasal aku memang tak suke bila mak aku suruh aku jadi benda yang tak pernah pun terlintas kat otak aku. Fine Mak.

Mungkin Allah uji aku dengan dugaan yang korang rasa taklah seberapa nak hebat tapi bagi aku memang hebat tahap DEWA! Hari tu aku memang main-main pegi interview dengan kakak aku. Pasal aku memang nak cuba nasib sebab Bapak aku sebenarnya suruh kakak aku pegi open interview kat SMK Sebuyau untuk jadi cikgu. Nak dijadikan dugaan yang HEBAT bagi aku adalah bila aku pulak yang dapat tawaran jadi cikgu tu. Ya udahhh..
Harap-harap Students aku nanti taklah macam student kat dialog ni eh. -.-
Sumpah aku cakap memang aku menangis SAKAN bila mak bapak uncle auntie aku sokong 100% aku jagi cikgu padahal aku memang nak jadi doktor mak. Nenek aku je paham apa aku rasa. Macam nak pitam dah bila tak dapat apa yang aku impikan selama aku hidup. Dulu nak jadi pilot memang empat per empat rakyat rumah aku tak sokong, Pasal dorang dok fikir kalau pilot aku akan mati sebab kapal terbang terhempas. Pulak dah! Ajal maut jodoh di tangan Tuhan lah. Tapi aku tak jawab lah sebab aku MALASS nak berbahas. Kalaunaku sibok berbahas pasal ni memang aku akan dicop sebagai DURHAKA. Huahuahua >,< Takmau aku.
Sebenarnya, aku dah dapat tawaran dari UNIMAS sebelum tawaran ke maktab perguruan tu. Excited giler la tapi dalam keseronokan itulah aku didatangi kesedihan bila aku tau yang aku dapat tawaran ni. Siapalah aku nak menolak Qada' yang telah tertulis untuk aku kan dan aku memang rasa susah hati bila aku tahu yang aku akan kecewakan parents aku kalau aku tak terima tawaran ni. By hook or by crook, aku kena pegi jugak. Tanggal 20 Jun 2011, aku melangkahkan kakiku ke IPG Kampus Rajang untuk memenuhi niat mak bapak aku. Walaupun hatiku hanya Allah sahaja yang tahu tapi aku redha kalau parents aku happy melihat aku di sini. Aku belajar mengubah mind set aku bahawa aku memang akan jadi cikgu.

Ni aku bohong. (aku dengan mak aku masa aku kecik kecik dulu)
dahulu aku selalu fikir yang guru ni kan..
  • mengajar jauh-jauh duduk dalam hutan.
  • gaji tak seberapa $$
  • tak dapat nak pakai baju cantik-cantik masa pegi kerja
  • tak seronok lah!
tapi sekarang aku sedar bahawa..
  • jadi guru mengajar kat kawasan pedalaman memang best sebab belanja tak besar mana pun
  • gaji sememangnya lumayan. Fakta woh.($,$)
  • Sapa cakap guru tak dapat pakaian yang cantik-cantik? pegilah tengok cite BAD TEACHER. HEHE
  • Seronok ape mengajar budak-budak. mereka ibarat kain putih. masih suci. Selain parents dorang,Guru pun memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak mereka ni.
Terima Kasih Ya Allah sebab bagi aku petunjuk yang benar bahawa aku memang dah tercatat akan menjadi seorang guru. Wallahualam. InsyaALLAH berkat doa keluarga aku. Thank You

Tuesday, January 10, 2012

Penyakit Rindu..

Assalammualaikum w.b.t dan selamat petang dunia !! haa..i am sure that this entry can tell you how much i hate this PENYAKIT.. oh well, i have to admit that aku memang benar-benar jujur dan ikhlas mengatakan yang aku rindu mak, bapak, kakak, adik-adik, nenek, makcik pakcik kazen mazen and last but not least Encik Boyfriend yang handsome. ke ? hahaha..

as a human being memang kita takkan lari daripada perasaan rindukan orang yang kita sayang. tak kisah la benda tu hidup atau mati ke kan.. kalau kau ada kucing ke tikus ke katak peliharaan yang berjauhan dengan kau mesti kau akan merindui mereka. tak rindu suma mungkin rindu tengok muka nya yang burok. tak pun rindukan ketawa dia. gurauan dia. ekor dia mungkin ? ah. whatever it is kau tetap RINDU kan ?

now aku nak kongsi la tips dengan kau macam mana nak hilangkan rasa rindu dengan Penyamun ni. as for me, aku letak gambar mereka dalam purse aku. takpun, lekat gambar mereka dekat dinding buruk bilik kau. ah, ye ye tak perlu nak pegi kedai gamba nak print or whatever. ko ada printer directly print guna kertas A4 ye makcik. dont have to be very complicated like frame the pictures or decorate it. as long as ko nampak muka-muka orang yang kau sayang setiap hari then it is more than enough sudaaa... kan kan kan ?

yela aku sedar dan aku sangat pasti yang aku tahu betapa aku bukan manusia yang sempurna di mata-mata semua insan as aku pun membuat dosa directly or indirectly setiap hari babe. tapi as ummat Nabi Muhammad dan pesuruh Allah, kita pun patut melaksanakan amalan-amalan yang disuruh seperti ZIkrullah, mengaji, ye solat 5 waktu yang wajib. haa.. mungkin otu boleh membantu anda dalam menangani masalah penyakit rindu. sesungguhnya Allah maha Mengasihi dan membantu ummatNya ketika susah.  aku mengaku yang solat 5 waktu aku rongak. kadang kadang 2 waktu aku tunaikan. tapi bukan nak bagitau aku ni soleha or whatever, aku mengaku bila aku dekatkan diri dengan Allah, Dia bagi aku petunjuk suruh aku bersabar dengan penyakit ini. ada hikmah daripada semua kejadian ini. menangis kerana manusia yang melebihi menangis kerana pencipta adalah kesalahan yang besar.

aku called Si Dia dan dia cakap " i miss you" aku HAPPY doh!!
suatu hari lepas aku balik daripada cuti, aku menangis dengan sekuat hati dan jiwa bila aku rasa DAMN RINDU kat orang yang aku sayangi. aku sangat perlukan mereka tapi aku tak nak mereka susah hati fikirkan aku. dengan sedikit keegoan, aku berdoa kepada Allah suruh aku tak boleh nangis lagi, at the same time, aku dengar lagu Avenged Sevenfold, So Far Away. aku terfirir kenapa aku perlu dengar lagu berunsurkan setan setan ni kan. then i paused the player. aku cari folder dalam handphone aku. aku bukak Zikir Munajat dan aku menangis lagi sebab aku rasa jahil dan hina sangat sangat sebab aku leka.

aku buat salah dan aku sedar serta aku nak ubah sikit sikit. aku taklah baik mana pun tapi aku tau yang PEOPLE CAN CHANGE. so , itu sahaja.

thanks for reading and i love you peeps. chowlobete wo ai nee.. muahhh
wallahualaammmm...

Saturday, January 7, 2012

Cerita Tahun 2011

Assalammualaikum w.b.t dan selamat hari sabtu sayangs...:) 
"Kaifa haluka"
 lamak dah sik update blog rasa kekok dan teramat bodoh bila aku pun blur untuk menceritakan plot hidupku sepanjang athun 2011 lepas. Frankly speaking, memang banyak dugaan yang aku hadapi berbanding jalan cerita hidup yang indah..i mean sweet memories. Peeps, where should i start?

Tahun 2011 aku dimulakan dengan kemasukan aku sebagai wirawati PLKN Kem Bukit Saban Betong. Yeah, I know for girls like me it is not an exciting moment. As one of member in Delta, everything was just FAIR. Aku menderita kerana menjadi insan yang begitu BERTUAH masok PLKN. Hey, kamon la bagi la dengan orang yang lebih nakkan benda PLKN segala daripada aku. Rugi besar woh.

ye, ini lah gambar passport PLKN aku.
almost three months suffering, aku pun chowlobete daripada PLKN ya. then aku ambik keja coz, i don't want my papa to give me money. Guess what ? aku jadi Cikgu Tadika dow. Dekat Kuching just near to my Aunt's house. Gaji RM500 ok la daripada aku dapat RM10 seminggu daripada bapak aku. HAHA. Driver aku untuk ke tempat keja. Oh memang banyak dude. 
dalam aku bekerja dekat tadika Sang Kancil area Petrajaya, aku terima panggilan dari papa suruh attend open interview untuk kemasukan guru di Institut Pendidikan Guru. Honestly, aku tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pengajar kerana i really admired Pediatrician (a doctor specialised on treating children). Kau tahu betapa aku sukekan kanak-kanak.
Nasib memang betul-betul benar-benar menyebelahi aku bila aku MEMANG dapat jadi Cikgu. Ye, Cikgu mengajar Bahasa Inggeris!! I mean bakal cikgu. Gila apa. Aku memang tolak sebab aku dah ready nak ke UNIMAS ambik Asasi Sains Fizikal. Parents aku asked me to go for maktab then in urged i have tuihhhhhh...
haa,,,betul la apa yang awak nampak. tu sume aku punya family. ARUM BULAK cgek SEBUYO anta aku.
makan tengah hari bersama penyamunssss HAHA
Kau tak tahu betapa hatiku meronta-ronta taknak pegi maktab. :( tapi asalkan orang tua ku bahagia aku turut bahagia. sesungguhnya aku anak yang so-called Solehah.
Semester 1 PPISMP TESL kat IPG Kampus Rajang aku dan my naughty peeps dah masok Drama. This year the drama team will present their drama at Miri, Betapa aku gmebira bila drama dari Rajang nombor 1!! haha...itulah kami.
the ngegeh girls. yang bertudung putih apatah gik!
yang guna baju kaler lain dari orang lain adalah pengarah dan aku. haa.. carilah..
den, saat yang tutut menyedihkan adalah sepanjang bulan puasa aku tidak pulang..DAMN it babe. aku raya pun kira so-so. Plain.
pantai kat miri..really nice :) excluding me :(
untuk meraikan kemengan kami pun adakan dinner kat Hotel Tanahmas Sibu. What a lovely day peeps.
adalah jarang melihat kami 4 tidak bersama tatkala bertempiaran di maktab. :p
Annual dinner also held by the JHEP IP Rajang. This dinner was attended by all staff and students at Kingwood Hotel Sibu.
i wore Kebaya lorh. :D
ok kira habis yang sweet memories aku. exam ? TESL tak exam semester 1 ok..so, kira enjoy and we did a few quiz.
--------------------------------------------------------------------------------------------
kisah yang tak mengHAPPYkan 2011 aku. If not mistaken a few days before AidilAdha my datuk telah kembali ke Rahmatullah. He is my real atok punya adik. so, still my grandfather right ? during that time, aku still kat maktab lagi and x sempat nak pulang. aku sedekahkan Yassin kepada arwah. hmm :(
before ya kawan aku dari maktab yang sama tapi dari kelas sejarah telah kembali ke rahmatullah juak. What a sad thing bila aku sik dapat ziarah nya kat hospital sibu. tauk-tauk dari syazreen padah Nadhirah telah kembali ke rahmatullah. den two days before cuti ujong taun my kazen meninggal in a tragic accident between motorbike and a bus. pangai orang mbak bas ya salah!!!!!!!i cried a lot because he was the most handsome and kind cousin i ever had. his name is Mohd. Luqman Bin Asan. I called him Abang Lokman. last arwah tegur aku time raya haji. SEDEH :'( dalam masa cuti tinggal berapa hari gik ya, my beloved uncle Meninggalkan dunia dekat hospital simunjan. aku lihat dengan mata ku pun penderitaan uncle aku yang mengalami masalah jantung and a major reason of the death was ----- hanya Allah yang dapat membalas perbuatan orang tersebut. Wallahualam.

Fine. Kisah sedih tahun 2011 tak boleh diceritakan dengan lebih mendalam kerana aku tidak mahu menangis. Allah lagi menyayangi mereka dan Allah yang menntukan ajal maut seseorang itu. Aku redha dan belajar untuk terima kenyataan even that was the hardest thing for me.  Let's us sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham datok,kazen,uncle n kawan aku kay. Pahala yang kita dapat if kita sedekahkan even Fatihah sekalipun. Tak merugikan.
  Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila mencontohi sunnah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat baginda atau amalan orang-orang Salaf as-Soleh.  Kemudian terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk diterima atau ditolak.  Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di bawah ini:
وَالَّذِينَ جاءُ وْا مِنْ  بَعْدِ هِمْ  يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْـفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَ بِالاِيْمَانِ.
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami!  Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami". 
AL HASYR, 59:10.

رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ.
"Ya Tuhan kami!  Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat)."
IBRAHIM, 14:41.
 
وَاسْتـَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ.
 “Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman".
 MUHAMMAD, 47:19.

and thats it. inilah kisah 2011 aku yang penuh dengan ujian. ok, cukuplah entry time tok. i love you guys. thanks baca. Assalammualaikum.