Saturday, June 30, 2012

Perspektif Aku tentang " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya"

Salamun salam and a very good days.. Kan aku dah kata, kalau mood nak update blog tu ada, memang 2 3 hari berturut-turut la update blog, dahtu invisible lagi kan? Haha. Jangan pernah merindui aku kerana aku percaya memang takde pun yang nak rindu kat aku. Well, hari ini aku nak cakap tentang benda cintun lagi. Memang dah dapat title Dr. Love dah pun. :)

From my point of view, perkahwinan ini sesuatu yang amat menyeronokkan kalau orang tu paham makna sebenar kenapa perlu berkahwin. Memang kita selalu dengar quote ni, perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Aku support benda ni 100%. Ada banyak sebab dan situasi yang berlaku menjadikan aku  support quote ni. 

Kisah Satu
Kalau lelaki itu sebelum kahwin dia gengsta  dan si perempuan ni memang sorang yang baik dan boleh buat bini. Hatta, mereka kahwin, aku masih kata perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Sebab, perempuan ini yang akan membentuk si lelaki ini dan sedikit semi sedikit si gengsta  ini akan berubah ke landasan yang disyariatkan iaitu jadi budak baik. Kan betul, lelaki ini mana ada jahat lagi sebab dia dah berubah jadi sorang yang baik. Vice versa.

Kisah Dua
Dalam tempoh perkenalan seseorang dengan pasangannya, mesti ada satu proses perubahan secara evolusi. Tak pun satu je yang berubah. I mean, ke arah kebaikan. Semua ibu bapa nakkan jodoh yang terbaik buat anak mereka, yang mampu mendidik ke arah jalan yang diredhai. Bagi pasangan yang memiliki sifat yang opposite (sorang baik sorang tak berapa nak baik), di sinilah proses perubahan itu berlaku. Macam aku kata dalam entry before ni, bagi menjamin kebahagiaan restu ibu bapa juga diperlukan selepas mendapat restu Allah. Nak berkomromi dengan each other supaya dapat kahwin ni, yang sikap tak berapa nak baik tu lah yang perlu menjalani proses perubahan. Yang pasangan baik ini yang perlu tolong agar mereka dapat bersama. Nah, kalau dah berubah jadi baik itulah yang buat mak ayah berkenan tau. Hehe. Kasi green light anak dara dia kahwin dengan anak lelaki orang. Bagi ibu bapa kita kalau kaum Hawa nikan, susah bebeno la nak lepaskan anak mereka kahwin apatah lagi dengan lelaki yang tak nampak ciri-ciri pemimpin yang boleh mendidik anak mereka. So, moral bagi kisah kedua ini adalah, perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Tak paham eh? Cara dia sama je dengan kisah satu tapi situasi dia berbeza tau awak.

Kisah Tiga
Awak-awak yang baca blog ni masih lagi tak setuju dengan pandangan saya tentang perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya, ini adalah kisah yang seterusnya. Hehehe, nak yakin kan lah kata-kata ini memang ada benarnya. Kalau awak kata, "eh, kat lua sana dah kahwin pun lelaki buat perangai lagi. Pegi melepak kat kedai kopi balik pukul 3 pagi anak bini tak hirau. Ada pulak yang main kayu 3 kayu 4 kayu 5." Well, kita ada kepercayaan, ada agama, ada Allah untuk mengadu dan berdoa. Doa seorang yang bernama ibu dan isteri ini memang ajaib. Percayalah. Apatah lagi kalau dia berada dalam kedudukan seperti ini. Tiba-tiba satu hari nanti suami dia berubah kan? Takpun tegurlah degan cara yang disuruh. Siapa cakap isteri takleh tegur suami kalau dah tahu ada salah. Kita ada hukum dalam agama kan? Kalau dah suami pagi pelempang semata-mata kerana taknak terima isteri bagi teguran dengan tujuan keharmonian rumahtangga tu, buatlah apa yang patut dan rujuklah dengan mereka yang lebih arif tentang hukum hakam ini. But, if the husband changed, Alhamdulillah, dia dah berubah jadi seorang yang baik untuk memimpin keluarga. Kan betul aku kata perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Allah sentiasa bagi peluang kepada hambaNya untuk berubah. (kalau ada awak-awak cakap kenapa bagi contoh suami, ingat suami je lah yang buat salah, perempuan tak ke? Emm, takdela, begitulah sebaliknya. Kalau isteri pulak yang buat perangai, so vice versa again okay. No gender bias here!)

Okayla, itula perspektif aku tentang quote ini "perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya". Wallahualam. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah punya sebab kenapa sesuatu itu terjadi. Syukran Ya Allah kerana memberi aku kesedaran ini pada usia yang begitu muda dan mentah untuk cakap perihal ini. Pengalaman banyak memtangkan aku sebagai musaffir. Assalamualaikum. <----entry kali ini memang Islamic habiss aa bagi aku yang brutal. But I have مانع.

Thursday, June 28, 2012

Love : Pentingnya Restu.

Salamun salam and a very good days.. Esok genap sebulan kite tak update velog kite ye. Hahaha. Ngegeh la sangat kan? When you realise that I am 19, it is such a very weird thing to read this post loh. I don't care. I just say what I think I want to say and share. It is up to the people themselves to take it or not. Kann?


Yes, I do admit that I am in a relationship and seriously I don't care what people say as long as I know what I'm doing. First thing first, dalam usia yang masih ciput untuk cakap hal macam ini memang kadang-kadang memikiran kita tak mampu nak waras and matang lagi tapi kan, as a girl, I believe that kalau kita dapat restu daripada orang tua kita, InsyaAllah kita akan bahagia. 


Aku tersangatlah akui ada sesetengah pihak yang menyokong and ada jugak la Hamba Allah yang ada mengata-ngata yang tak enak telinga ini nak dengar. Tapi kan, aku tak KESAH and aku tahu apa yang aku buat. Yela, aku terima lah dengan hati yang tak berapa nak terbuka bila sesetengah individu ni yang menganggap golongan yang macam aku ini memang mentah dalam bab-bab cintun ni. :) But, I believe I can fly. Ngrahaha. Ni nak cakap ni, restu ni, betapa pentingnya kita nak mintak restu untuk menjamin sesuatu hubungan ini menjadi lebih bahagia dan insyaAllah berkekalan. Yela, dalam solat tu doa-doa jugak la dengan Allah. Tu yang lebih penting daripada segalanya okay. 


Kalau nak cakap restu ibu bapa ini, ni pun yang penting jugak. Bukan nak cakap apalah kan, tapi sekarang pun ramai yang kahwin lari bila tak dapat restu daripada orang tua. Pergi Thailand pergi luar negara lah nak kahwin. Nape? Kat Malaysia ni tak dapat kahwin tanpa parents eh? Wali hakim ada. Haha. Aku bukan nak mengajar okay, tapi tak perlu la jauh sangat nak kahwin lari tu. From my point of view lah kan. Okay, MY POINT OF VIEW. Dua-dua pihak ada sebab kenapa tak bagi restu ini. Parents want the best for us. Such as? Mana tahu parents awak tahu yang lelaki yang awak pilih itu tak dapat membahagiakan awak. Hehe, parents instinct kot. While on the other hand, kadang-kadang parents ini terlalu memilih perihal jodoh anak-anak mereka. Kadang-kadang dah jadi andartu and bujang terlajak dah anak tu, masih jugak nak memilih. Terima je la makcik pakcik oi. Terlebih laku dah anak tu dah. 


Bagi awak-awak yang sedang hangat bercintun, bercintun kenalah pada tempat. Well, post ini pun bagi mengingatkan diri sendiri jugak. Saya juga manusia biasa yang banyak buat salah. So, for me tak salah kita saling mengingati. Kalau nak dapat restu carilah lelaki yang mampu didik kita and yang boleh kita percaya. Well, Mak saya cakap, "Yang boleh buat laki". (mun paham bisaa..) Khilaf kita kadang-kadang terlalu show off hubungan kita dengan orang lain. Macam la orang lain tak berhubungan macam kita kan? Entah-entah dorang yang lebih sweet dari kita. Memang tak ada lelaki yang sesempurna baginda Rasulullah, he might not perfect but he might be the best for you. Banyak orang kata macam ni sebab dah terbukti dah kan.


Kalau ada kekeliruan dalam perhubungan or banyak sangat lelaki yang nakkan awak, awak kenalah tunaikan Istikharah. Allah maha Mendengar dan akan membantu kita dalam memilih yang terbaik untuk diri kita. Mungkin petunjuk yang Allah bagi tu melalui mimpi dan kata hati awak lebih menjurus kearah yang mana. Kiranya itu pun restu yang Allah nak tunjukkan kat kita lah. Got me? Kepercayaan perlu diutamakan as well. Sebab no matter how further you and your partner are, you must trust each other. 
Brapa kali dah tengok video yang sangat sweet lagi comel ni after diusulkan oleh my roommate. Haa, macam ni baru best. Percaya each other even jauh sangat-sangat. Ni tak, boyfriend depan mata pun masih tak percaya and cakap dia curang lah main kayu 3 lah kayu 4 lah. Ni lah yang akan mengundang ketidaktahanlamaan hubungan. Kalau dah dok gaduh-gaduh saja dengan partner kita sampai tahap melibatkan family and other pihak tu lah yang sebabkan restu tu makin pudar. Kalau boleh, ada apa-apa masalah jangan sesekali bawak orang lain masuk campur. Solve lah sendiri dengan cara sendiri even susah. Kenalah belajar kan? Kalau tak, takkan dah kahwin esok lusa masih lagi nak bergantung dengan orang lain. Think eh? 


Berdoalah untuk dapat restu tu kalau masih lagi samar-samar dengan apa yang kita ada sekarang. Yang penting jangan merosakkan anak orang dan hubungan darah daging orang. Berdoa kepada Allah kerana Allah maha membantu. Aminn. Wallahualam. :)