Wednesday, February 4, 2015

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 14)

Assalamualaikum and Hi!


Sebenarnya saya dah tak boleh post lagi pasal novel ni. Tapi, nak belanja untuk seminggu. Lepas seminggu, post ni akan di revert ke draft balik. Part 14 bukanlah part terakhir dalam SII. Part terakhir adalah Part 15 dan sedikit Epilog. Maaf, sebab tak boleh simpan SII lama kat sini sebab novel ni dah dalam proses semakan untuk penggunaan rasmi di sesebuah tempat. Tapi... kalau boleh, selama semua parts Sabar Itu Indah masih bertapak dalam seminggu ini, silalah beri komen untuk pembangunan supaya saya dapat perbaiki untuk novel seterusnya nanti. In sha Allah, saya akan masukkan Sofea dan Faiq dalam sesetengah entri selepas ni. Doakan novel ni ada rezeki dibukukan. Sebab inilah hadiah kita bersama. :)


Love loads. Komen, komen, komen.....


p/s: Sorry dengan typo. Tengah ada kuliah. Hahahaha

PART 14

“Define happiness.” Tanya Ann kepada Em yang leka memandu di sebelahnya. Sofea dan Faiq dah tidur lena di dalam kereta sebab masih lagi penat selepas bermain sebelum berangkat balik tadi.

You.”

Serious lah sayang. Paling kurang empat patah perkataan untuk menerangkan maksud happiness ni.” Agaknya dah habis modal nak teman suaminya berbual semasa memandu, Ann uji IQ suaminya.

“Okay. Empat perkataan eh? Hmm.. Ann, Sofea dan Faiq. That’s it. Empat perkataan.” Em sengih. Kalau nak uji minda dia, memang takkan dapat lah dia nak berfalsafah memberi makna subjektif seperti yang dimahukan oleh Ann.

Nonsense. Happiness ni menurut Oxford Dictionary….” Belum habis Ann bercakap Em dah angkat tangan tanda menyerah.

Woo..kalau nak bagi makna dengan quote lagi memang saya takkan pass lah sampai bila-bila sebab semua tu fakta. Tak dinafikan ex-student law macam sayang memang kuat memori untuk mengingat fakta, tapi saya tak minat benda macam tu sebab saya belajar ikut logic dan hands on.”

“Tapi kalaupun tak quote definition tu, bagilah jawapan yang boleh diterima pakai.” Itulah yang susah kalau dua-dua ambik aliran yang bertentangan. Sampaikan perkara dalam kehidupan seharian pun nak kena ikut konsep pemahaman masing-masing.

“What? I’m serious honey. My happiness is you, Sofea and Faiq. Termasuk perkataan ‘and’ tu campur awak, Sofea, Faiq, sama dengan empat perkataan lah.” Bukan main bersungguh-sungguh lagi encik Suami meyakinkan isterinya yang menyangkal jawapan daripada Em itu. Kira ringkas, padat dan bermakna jawapan yang diberinya kepada Ann tadi.

“Next will be home. What do you understand by the concept of home?”

“My home is definitely my family. Home isn’t a home when you have everything physically, I mean huge house with full of luxurious furnitures and all that without a family who brings happiness and joy in your life.” Tak tahulah Em kalau konsep ‘home’ baginya yang sudah diterangkan panjang lebar ini tidak diterima pakai oleh Ann.

Sekali dia curi-curi toleh isteri di sebelah, boleh dikatakan ternganga jugaklah Ann mendengar jawapannya sebelum bersuara semula.

Thanks.” Itu je respon Ann. bila Em angkat kening mintak penjelasan daripadanya, barulah Ann menambah lagi komen jawapan suaminya itu.

Well thanks lah! Sebab those two words that I simply asked you to define them just now, you relate both of them with us, your family.

“Oh well, awak taknak silly answer then saya nak test lah dengan kemahiran menghurai saya dalam soalan kedua tadi. Terbuktilah saya buat awak jadi impressive.”Em ketawa bila Ann buat muka dengan kata-katanya.

Masih dia ingat lagi dulu, Ann tanya tentang perasaan dia. Memang sahlah sayang dan cintakan isterinya. Bila Ann tanya kenapa, dia jadi terkedu. Dah tu pulak, bila dia diam tak tahu nak menghurai perasaan nak bagi isterinya betul yakin, Ann merajuk. Dah kenapa  setiap benda perlu bersebab? Kalau tanya kenapa satu campur satu jadi dua pun dia rasa macam nak hantuk kepala sesiapa yang bertanya tentang benda yang dah terbukti nyata macam tu. Bila soalan melibatkan benda subjektif seperti perasaan, dia lagilah susah nak terangkan. 

Perasaan susah untuk diungkap dengan kata-kata kerana dia yakin, kata-kata tak cukup membuktikan apa yang kita rasa tanpa ada perbuatan yang dilakukan kerana perbuatan itulah bukti konkrit yang tidak dapat disangkal. Anak dah dua, tapi dia tetap fail bab-bab perasaan. Em lebih memilih untuk menunjukkan rasa sayang dan cintanya terhadap Ann daripada tak putus-putus cakap sebab dia cintakan Ann. Nak hari-hari cakap dia cintakan Ann sebab Ann cantik, Ann memahami, Ann itu, Ann ini, lama-lama bukan dia saja yang muak, nanti Ann sendiri yang termuntah dengar dia cakap macam tu. Dia tak kamceng dengan bab-bab romantika ni. Dia prefer sweet!

“Sayang, penat tak?”tanya Ann bila mereka sudah sampai ke kawasan bandaraya Kuala Lumpur.

“Kenapa?” Sebelum menjawab, Em tersenyum. Ni mesti ada udang disebalik mi ni, sebab tu Ann tiba-tiba boleh tanya dia penat ataupun tidak.

“Nak singgah Publika or KLCC or Pavi or…”

Okay sayang. As long as Sofea dan Faiq tak buat perangai. Tapi jangan lama sangat sebab awak pun kena rehat.”

Destinasi yang dipilih oleh Ann akhirnya adalah Pavillion. Boleh tahan sesak jalan masa cuti umum sebab semua orang nak keluar untuk terapi diri iaitu berlegar-legar di pusat beli-belah. 

Em pun rasa hairan apahal isterinya ajak pergi ke pusat beli belah secara tiba-tiba. Nak kata shopping untuk event penting, macam tak ada pulak Ann bagitahu dalam masa terdekat. Kahwin Izah dan Hazwan macam tak perlu sebab untuk mereka sekeluarga dah siap-siap disediakan oleh Izah sendiri. Kata ikut tema sama belah dia dan Hazwan sekali, jadi mereka berempat tinggal bagi ukuran badan sahaja.

“Sayang jaga Sofea dan Faiq kat sini boleh tak?” Bila Ann cakap macam tu, Em toleh kiri kanannya. Biar betik suruh dia tunggu kat kawasan luar kedai sambil jaga dua budak. Memanglah nampak macam hot daddy, tapi apakah pelik si bini suruh dia tunggu kat luar sambil tayang muka blur, padahal dia seronok shopping sorang diri.

“Dah kenapa pulak saya kena tunggu sambil jaga sofea dan Faiq kat sini? Awak nak pergi mana?”

“Adalah. Boleh tak ni?” Ann dah macam tak boleh nak bagitahu terus kenapa dia kena jadi tunggul tunggu kat luar kedai.

“Kalau awak nak ke toilet, biarlah saya sekali tunggu kat kawasan dekat toilet. Ni jauh sangat awak suruh tunggu kalau awak nak ke toilet.” Memang adalah kerja Ann ni kalau tetiba suruh dia tunggu lepastu berjalan ke hulu hilir macam promoter.

“Bolehlah? Kejap je.” Muka kucing yang ditunjukkan Ann memang langsung tak makan saman dia.

“Nope. Not until you tell me.” dah sah-sahlah muka kucing Ann tak diterima pakai kalau Em dah bercekak pinggang negotiate dengannya di depan orang lalu lalang. Dah macam tak ada tempat yang tersorok sikit nak berbahas dengan isterinya.

Okay fine. Saya nak pergi carik hadiah untuk Izah.”

“Dah tu, apasal pulak saya dan anak-anak tak boleh ikut. Kalau taknak bagi kami ikut, kenapa pergi berempat kat sini?”

“Hadiah yang saya bagi tu awak tak boleh tengok.”

“Kenapa pulak saya tak boleh tengok?”

“Tuuuu…”Muncung mulut mak beruang menunjukkan arah yang dimaksudkan. Bila Em toleh ke arah yang ditunjukkan oleh Ann, boleh tahan ternganga jugak mulut dia tengok. Hadiah Izah kahwin nak bagi benda tu, isteri dia ni dah mereng atau kuat sangat pengaruh barat dia?

Tak lama selepas itu, Ann ketawa melihat reaksi suaminya sebelum dia menyiku pinggang suaminya di tepi.

“Awak ni waras ke tak?” Bukan dia nak buat Ann kecik hati, tapi dia rasa itulah soalan yang paling waras yang dia boleh ajukan kepada isterinya.

“Sebab saya waras lah saya rasa inilah hadiah yang terbaik untuk Izah.” Hujung tudung isterinya ditarik.

“Kenapa awak nakal sangat?” Ann hanya tersengih dengan soalan suaminya. Alaa, Em tak tahu masa mereka kahwin dulu pun itulah hadiah yang Izah bagi secara sembunyi. Izah siap masukkan ke dalam luggage dia masa dia nak pindahkan barang ke rumah baru dia dan Em lepas kahwin.

“Tunggu sini kejap okay. Saya dah dapat apa yang saya nak. So, give me 5 minutes.” Tanpa menunggu reaksi Em, Ann terus pergi ke bahagian pakaian wanita. Datang balik menuju ke arah Em berdiri dengan stroller Faiq dan Sofea disisinya, dia tersengih.

“Sayang..”

“Ye sayang…” Em toleh ke arah Ann. Rasa nak tergelak ditahan bila melihat Ann yang bersungguh-sungguh menyembunyikan hanger pakaian dibelakangnya.

“Nak credit card please?”

“Aik.. dah kerja pun masih nak swipe credit card saya jugak?” Niat Em memang nak bergurau dan dia tahu Ann bukannya ambik hati pun.

“Ni barulah nampak macam hadiah ni kita sama-sama yang bagi. Saya pilih awak bayar. Kalau saya pilih dan saya bayar sendiri, maksudnya hadiah ni atas nama saya. Awak tak boleh.” Teori apa ntah yang Ann cedok buatkan Em sendiri ketawa. Ann ni pelik, tapi pelik yang dia suka. Sudahnya, kad kredit di dalam beg duitnya dikeluarkan. Langsung tak berkira. Berapa sangatlah baju yang dibayar oleh Ann itu. Nama lagi tak cukup kain, guna kain pun dapat guna main peekaboo dengan Sofea.

“Tak nak beli box sekali?” sengaja Em tanya kepada Ann yang baru selesai membayar di kaunter. Mak aii, sekali dia tengok resit ditandatangani tadi, boleh tahan kaw-kaw harga baju yang tak seberapa nak baju yang dipilih oleh Ann itu. Dia tahu benda tu lingerie, tapi dia macam nak tak nak je sebut benda tu lingerie, jadi dia cakap lah baju.

“Tak payah sebab kat rumah dah ada box dia.” Keluar dari Pavi, isterinya terus ajak balik. Memang nampak sangat tujuan mereka keluar memang nak beli ‘baju’ itu. Tadi dia cakap dari beli untuk hadiahkan kepada Izah, bagus beli untuk sendiri, terus Ann bertukar daripada wajah Mak Beruang kepada wajah Mak Harimau Bintang. Sah-sahlah dia takkan cakap macam itu lagi. Boleh tahan Ann ni kalau dah dia bukak langkah karate depan dia. Macam menyesal dia ajar self defense dengan Ann dulu.

Dah balik rumah kedua-dua anak mereka terbongkang tidur selepas dimandikan. Budak kecik memanglah penat kalau dah dibawa berjalan jauh dan menyukat pusat beli belah pada hari yang sama. Kesian Sofea dan Faiq, semata-mata satu ‘baju’, layan jugak permintaan Mommy mereka. Ann sendiri pun lepas mengemas, masuk dalam bilik tidur mereka, dah macam zombie bila penat sangat.

“Awak tak tidur lagi?” naik katil, Ir tak ada disebelah, dia rasa kosong.

“Tidurlah dulu sayang. Saya tengah update email kita.” Sekali nak update email dia, email Ann sekali dia update. Nak harapkan Ann, baik tak payah. Sampai bila-bila pun email tak terupdate. Dah email kena hack baru sibuk nak bising serumah, padahal dia tak nak update. Bukan tak nak tapi tak reti.

Dah elok dia berbalut comforter, Ann turun semula daripada katil. Masa ni, biarlah dia temankan suaminya. Selalu kalau nak teman, mesti ada Sofea dan Faiq. Tak pun salah sorang daripada mereka yang akan jadi ubat nyamuk.

Dah menemani suaminya duduk di sofa bilik, sesekali dia menilik laptop di pangkuan suaminya. Satu patah pun tak faham. Itulah dia tak suka kerja update email, atur itu atur ini.

“Nak air tak?” tak ada modal nak cakap, dia offer buatkan air.

“No thanks sayang. Saya dah bawak plain water tadi.” Bila jenguk meja kat tepi suami, Ann menjongket bahunya. Tak nampak gelas besar gedabak kat sebelah. Jangan tak tahu yang Em tu tangki air. Sikit-sikit, air masak yang dia telan.

Em macam tak berminat nak bercakap dan Ann macam tak mengantuk untuk dipaksa tidur. Iphone suami diambil. Nak main game yang suaminya selalu main. Lepas ni kalau Em cakap dia epic fail pun dia tak kisah, sebab tak tahu nak buat apa. Nak mengemas, dia tak nak mengemas tengah malam buta dan masih penat. Jadi dia main game di telefon Em sajalah. Kalau iphone dia dengan Em dibandingkan memang macam langit dan bumi. Walaupun fizikalnya sama, tapi applikasinya cukup berbeza. Kalau Iphone dia banyak social media, Iphone Em banyak game. Yang kira sosial tapi tak berapa nak sosial sangat kat Iphone Em adalah skype dan Email. Tapi Email tu macam tak layak masuk dalam kategori media sosial je sebab email semua benda formal yang berkaitan dengan kerja Em. Kalau Em nak bukak FB atau pun nak upload gambar kat Instagram pun memang Iphone dialah yang kena baham.

“Dah banyak kali dah saya dengar bunyi game over. Awak ni main memang epic fail lah. Sofea lagi pandai main game.”

“Semua game awak boring.” Dia mana pernah layan game. Paling lama game kat telefon dia yang sebelum ini pun game Pou dan game Unblock Me. Itupun dimuat turun untuk memeriahkan applikasi dalam telefon semata-mata. Nak main dia tak suka. Main Unblock Me itupun Izah yang selalu mainkan.

“Jom, movie date?” Cadangan Em tu macam tak berasas langsung. Movie date apannya tengah malam macam ni dan nak tinggal anak tidur di rumah.

“…ni! Tengok kat laptop je. Kalau nak pergi bilik kat bawah, nanti baby menangis kita tak sedar, baik tengok dekat laptop dekat sini je.” Macam faham Em dengan apa yang difikirkan Ann. Dia pun tak adalah kurang siuman nak tinggal anak-anak tengah malam nak angkut bini tengok wayang. Lagipun dia masih penat lepas memandu jauh tadi.

“What movie?”

Need for Speed.” Dengar tajuk cerita dah macam dapat dibayangkan tentang apa cerita yang akan mereka tonton malam itu. Ann pun angguk sahaja. Bukan main seronok lagi dia menonton sambil landing di bahu Em melihat cerita itu. Dia kalau cerita action boleh lagi hadap, kalau cerita hantu, baik tak payah. Dari mula sampailah ke kredit, dia akan tutup mata dengan bantal.

“Sayang, tak ada perancangan nak tukar kereta ke dalam masa terdekat?” Ann tanya sewaktu masih lagi khusyuk memandang skrin laptop di depan.

“Any idea? Kereta apa?” Em tanya. Mana tahu isterinya ada kereta yang berkenan dihati.

“This Mustang.” Jari runcing isteri tepat menunjuk ke arah skrin laptop di depan membuatkan Em memberhentikan scene yang sedang ditunjukkan.

“Bukan main awak sembelih saya eh. Sekali purpose kereta, memang tak alang-alang. Awak terus cadangkan Mustang. Any idea of the price, madam?” Em dalam tawa dia memandang isterinya.

“Ntah. Sama dengan harga Audi kot. No idea.”

“Ni Mustang ni. Dalam Malaysia, belum tentu ada tau. Harga dia boleh beli 3 bijik rumah.. bla.. bla.. blaa..” bukan main panjang Em bercerita tentang kereta dengan isterinya boleh pulak Ann tertidur. Dia langsung tak sedar Ann sudah tidur kalau tak kerana dia tertunduk ke depan. Ni lah susah kalau dia dah cakap tentang ‘makanan’ dia, memang mengalahkan Ann berhujah.

Tubuh isterinya dibawa dekat dengannya. Lama dia membiarkan Ann tidur di dadanya sementara dia masih lagi menghabiskan cerita yang tergantung sebentar tadi.

“So, I guess, this is our version of movie date sayang.” Laptop dibiarkan menyala di atas meja sementara dia mencempung tubuh Ann dan diletakkan di atas katil. Comforter diatur kemas sambil melihat muka isterinya yang sudah lena tidur. Nampak sangat kepenatan tapi taknak mengaku bila suruh rehat tadi. Tipikal Ann.

Kerja mengemaskini emel disambung semula. Tadi sengaja luangkan masa berdua dengan menonton cerita yang dia sedut daripada pendrive Haris minggu lepas. Sedar tak sedar, dia habis mengemaskini emel mereka berdua pada jam 2 pagi. Dah tutup laptop, dia kemas buku-buku yang diselerak oleh Ann sewaktu mula menemaninya tadi.

Biar betul Ann baca Reader’s Digest? Selama ini mereka memang melanggan Reader’s Digest, tapi Ann sekadar belek-belek untuk artikel penting. Kalau dia, mintak maaflah. Memang takkan dibaca langsung. Kebetulan mata taknak tidur, Em layan baca Reader’s Digest yang dibaca Ann tadi. Macam nampak Ann ada koyakkan satu muka surat dalam Reader’s Digest tadi dan dia letakkan dalam kotak hadiah Izah. Memang Ann ni bijak mencari bahan yang ada di depan mata untuk ‘nota’ kawannya sendiri. Entah apalah artikel yang dia koyak untuk dijadikan hadiah nombor dua kepada Izah.

Belek punya belek, akhirnya Em berhenti pada muka surat yang betul-betul berinformasi baginya. Yalah, untuk 5 minit pertama dia hanya layan bahagian jokes sahaja dalam Reader’s Digest yang dibacanya. Topik lain macam bosan sangat untuk dibaca. Langsung tak ada tarikan.

“5 holiday myths debunked.”Mata Em terus terhenti pada artikel travel dalam Reader’s Digest Edisi bulan Julai 2014.
Rasanya sejak Sofea dan Faiq lahir, dia dan Ann agak lama jugak tidak melancong. Selalu dalam negara sahaja sebab masih lagi tak mahir nak mengurus anak-anak waktu dulu. Bila baca tips dalam ruangan Travel itu barulah Em perasan memang lama jugak mereka tak keluar dari Malaysia.

Laptop dibuka semula. Nak usha AirAsia dan MAS. Mana tahu tengah malam macam tu ada tawaran harga yang murah, dapat dia tempah tiket untuk buat weekend gateway dengan keluarganya nanti. Tapi nak ke mana? Dia rasa untuk permulaan biarlah negara dekat-dekat. Kalau ikut citarasa dia, dia memang sebarang hentam. Kalau Ann, Ann suka membeli –belah ataupun tawar-menawar bila borong barang. Akhirnya Em tempah tiket untuk mereka berempat ke Ho Chi Minh, Vietnam. Masa penerbangan pun sama dengan durasi penerbangan dari KL ke Kuching. 1 jam 45 minit. Senang lah mereka nak uruskan anak dalam flight nanti sebab tak lama sangat.

Sewaktu menghantar Ann ke tempat kerja pagi itu, Ann ada minta kebenaran daripadanya untuk pergi ke Izah’s Bride Shower. Macam tak kena je bunyi event yang nak dihadiri isterinya. Ada ke Bride Shower? Baby Shower selalu lah dia dengar. Tu pun kalau orang Melayu, kita panggil doa selamat. Ni bini dia dah terpengaruh sangat dengan cerita negara barat ni sampai ada nama spesifik.

“Ada ke Bride Shower?” saja nak tanya sebab Em sendiri tak tahu.

“Adalah sayang. Tapi ni untuk perempuan je tau. Neither you nor Hazwan akan dijemput. Maybe both of you can organize your own version of Groom Shower with the babies?” yang organize Groom Shower dengan budak-budak tu lagilah tak kena bunyinya. Alah, cakap teruslah nak suruh suaminya jaga anak-anak mereka kalau dia pegi ke event mereka tu.

“Tak payah bagi cadangan untuk organize event bagi Wan lah sayang, kalau kat event tu terselit “…with the babies”. Cakap je mintak saya jagakan anak-anak.” Ann ketawa juga akhirnya. Helah tak menjadi bila suami faham maksud tersiratnya.

“Okay. Thanks sayang. Bride Shower ni macam bachelor’s party jugaklah sayang. Sebab itulah saya beli hadiah tu untuk Izah. Dengar-dengar, yang lain ada yang beli household lah apa lah.” Walaupun bunyi macam seronok, tapi Em macam taknak tunjuk seronok sangat sebab bukannya dia ada jugak nanti. Tapi demi isteri yang seronok bercerita, dia tadahkan juga telinga untuk mendengar.

“Yang awak letak baju tu dalam kotak kasut Chanel kenapa?” Ceh sebut Chanel macamlah dia tahu jenama-jenama kasut isterinya. Semalam dia ternampak semasa Ann keluarkan kasutnya daripada kotak itu dan masukkan hadiah Izah kedalamnya.

“Itulah yang dinamakan trick. Kami dah pakat awal-awal nak bagi suspens kat Izah. Konon hadiah dia semua yang best lah. Yang dia idamkan selama ni. Padahal kat dalam kotak branded things ni kami dah letak Dynamo, span pencuci pinggan, toilet roll dan macam-macam lagilah.” Tengok isteri disebelah seronok memanjang bercerita dan ketawa sebab nak kenakan Izah. Ni nampak sangat macam dia yang jadi mastermind event itu. Dia takkan menghalang asalkan apa yang dilakukan oleh isterinya tidak keterlaluan. Lagipun toilet roll dan span yang disebut isterinya memang berguna. Sangat sangat berguna bila lepas kahwin nanti, daripada kasut berjenama dan beg yang terkini. Kedekut sangat rupa pendapat Em ni, tapi hakikatnya sangat betul.

“Sayang balik pukul apa? Kat mana event ni nanti?”

“Saya takkan lama. Saya kerja half day. Event start around 2 so, probably habis pun masa awak habis kerja. IBS ni kat rumah Mel, my boss. Awak boleh ambik kan?”

“Patutlah slumber cakap half day kerja harini. Rupanya berkomplot dengan bos sendiri. Okay, I’ll fetch you around 5 to 6.” Ann tergelak. Bersyukur sangat bila bosnya adalah kawannya sendiri.

“Thanks sayang. Love you.” Terus tangan Em disalami dan dicium bila dah sampai depan tempat kerjanya.

“Love you more. Take care okay.” Ayat terakhir mereka adalah ayat wajib pada setiap pagi ketika Em menghantar Ann ke tempat kerjanya.

Masuk terus ke dalam bilik kerjanya, Mel panggil Ann terus. Takkan awal pagi dah kena panggil dengan bos. Jam ditangan dipandang sekilas. Masih belum waktu kerja lagi sebab lagi 5 minit barulah masuk pukul 8. Dia dan Em memang selalu turun awal daripada rumah untuk mengelakkan jalan sesak.

Yes ma’am?” Pintu bilik Mel diketuk sebelum masuk.

“La.. kenapa you tak siap lagi? Kata ada barang nak kena bawak. Cepat lah. Nak kena gerak sekarang.” Slumber ayam Mel cakap kena gerak sekarang padahal dia kerja half day. Tahulah dia Lady Boss, tak perlu nak punch card, tak perlu nak mintak kebenaran kerja setengah hari, keluar main ikut kepala dia. Yang dia ni pekerja, memang lah kena ikut waktu. Nanti tak pasal-pasal kena sound Mel sendiri bila kad keluar masuk dia ada tanda merah. Kalau tempat kerja dia macam tempat kerja Em lagilah dahsyat, guna kad akses. Nama terus terpampang kat HQ bila selalu datang lambat.

“Melissa darling, I am fully aware of your position in this company but I’m your employee. Kerja ikut masa dan I kerja half day so keluar pun masa lunch hour nanti. Suka hati you suruh I kemas sekarang kan.” Kerja Ann bukan main ‘meriah’ lagi atas meja. Dahlah baru lepas kursus 2 minggu tak lama dulu. Memang sahlah kena hadap banyak kerja.

“No no no. Don’t play hardworking here. Jom. I’m your boss. This is an order. I know lah nanti check your attendance tengok ada tanda merah.” Ann yang baru duduk di kerusi depannya ditarik keluar daripada bilik. Nanti bila dua-dua mereka bertekak memang takkan habis.

Nasib baik kat laman rumah Mel dah pasang siap-siap kanopi untuk majlis mereka tengah hari nanti. Makanan pun tak perlu masak sebab mereka dah tempah daripada catering. Jadi, datang awal nak buat decoration sikit untuk Izah dan mereka hanya perlu ubah kedudukan mengikut citarasa masing-masing.

Bila Izah tawarkan diri nak datang awal membantu mereka, Ann cakap tak payah. Itukan majlis dia. Biarlah dia dilayan seperti puteri walaupun tak berapa nak puteri sangat bila rancangan mereka mahu mengenakan Izah nanti. Tak lama lagi Izah masuk group bini-bini orang macam dia dan Mel.

Lepas Zohor majlis mereka dimulakan. Tak adalah banyak mana pun orang yang datang. Nama lagi private event untuk perempuan sahaja. Hanya kawan-kawan mereka dari sekolah sahaja yang datang. Hampir semua sudah bersuami kecuali Izah dan Chelsea sahaja yang masih membujang. Chelsea memang hati agak keras bila dia memang tertumpu kepada kerjaya 100 peratus dan menganggap bahawa bila dah berkeluarga, itu akan menjadi penghalang besar untuk dia mencapai cita-cita. Dulu masa Ann kahwin awal-awal pun dia macam tak menyokong, tapi anggap sahaja jodoh Ann awal sampai. Ann pula tak mahu cakap banyak sebab baginya masing-masing dengan persepsi masing-masing.

“Tengok event ni macam nak bagi orang 50 orang makan. Padahal semua 10 orang perempuan. Pulak namanya perempuan! Memang sahlah makan ikut jadual. Tak adanya nak melahap.” Izah datang ke arah Ann yang sedang duduk di meja. Baru tadi dia buat adegan air mata masa Izah potong chocolate moist cake dan mereka bagi ucapan pasal friendship masing-masing. Memang lah mereka 10 orang geng kamceng, tapi dia dengan Izah lagi rapat. Boleh kira bestfriend sebantal dari dulu lagi.

“Kaulah yang kena makan ikut jadual. Takut nanti baju tak muat. Kami ni masih okay kalau nak makan sampai habis.” Sambil bercakap sambil Ann memerhati kawan mereka yang lain yang tengah makan. Dia sengaja lari daripada yang lain sebab masih nak layan perasaan. Maklumlah lepas ni Izah dah bersuami, jadi tak bolehlah nak paksa Izah sebarang kalau nak ajak keluar. Kena lalu tol daripada Hazwan dulu.

Baru nak mula bagi ucapan kasih sayang kepada Izah, mereka sama-sama beralih ke arah bunyi kereta yang baru masuk ke kawasan garaj rumah Mel. Ada dua buah kereta yang masuk.

“Ada tetamu tak diundang datang ke?” Ann memandang Izah yang nampak terkejut sama dengannya.
“Entah. For sure bukan aku. Eh, tu macam kereta husband Mel kan?” Sebaik sahaja terpandangkan kereta bewarna hitam yang masuk dulu ke kawasan garaj, barulah Ann perasan bahawa kereta itu milik suami Mel. Semua mata mereka memandang Mel yang jelas blur.

I swear it wasn’t me!” Mel mengangkat tangan dan berlalu meninggalkan mereka 9 terpinga-pinga di situ. Dia seperti berbincang dengan suaminya sebaik sahaja suaminya keluar daripada keretanya. Rasanya semua yang datang itu adalah kawan-kawan Mel dan suaminya. Tidak lama selepas itu, suami Mel datang ke arah mereka dengan muka yang nampak bersalah.

“I’m sorry guys. I thought it was an open event. So, saya ajak kawan kami berdua datang sekali. Is it okay for you guys?”

“Do we have any choice?” tanya Izah semula. Yang lain nampak sangat dah hilang selera, hilang semangat dan hilang mood nak sambung aktiviti mereka yang lebih menarik lagi bila ada orang luar menyampuk. Izah pun terpaksa bagi respon sebab dia yang punya majlis, jadi keputusan lebih berpihak kepadanya.

“Matilah aku!” Ann membisik kepada Izah. Yang lain semua datang berkumpul ke arah Izah dan Ann bila kawan-kawan Mel dan suaminya datang ke arah meja makanan tanpa diundang, seolah-olah mereka dijemput untuk majlis itu.

“Aku punyalah tak bawa laki dan anak datang sebab ingat ni private event kita. Tup tup ada orang luar yang totally strangers datang serbu. Memang epic surprise betullah ni.” Joanne tiba-tiba rasa marah dan melepas terus di depan mereka semua.

“Guys, I sendiri lagi tak tahu, inikan lagi korang semua. Siap hantar anak dekat rumak nenek diorang lagi untuk smooth kan majlis. I truly am sorry.” Mel nampak sangat bersalah. Memang patut pun sebab suami dia main ajak orang datang sebarang. Dahlah ada lelaki pulak tu, memang lah ‘mati’ Ann kalau Em tahu. Boleh berbuih mulutnya menjawab soalan daripada Em nanti.

You patutnya bagitahu kat laki you even dia pun tak diundang dalam majlis ni! Ni sibuk nak bawak orang lain. Ingat majlis korang berdua ke apa main bawak orang suka hati kepala dia je tak tanya orang. Tahulah event kat rumah dia, tapi bukan event dia.” Chelsea memang macam nak menghalau tetamu tak diundang itu keluar daripada rumah Mel.

“Dahlah. Takkan pasal mereka nak gaduh kat sini. Kita sambunglah majlis macam biasa okay?” Izah taknak mengeruhkan lagi masalah mereka, akhirnya bersuara menjadi orang tengah. Dahlah mereka jarang unite, dah bersama tiba-tiba nak kena gaduh. Macam sia-sia saja mereka organize event ni kalau datang nak bertekak.

“Nak sambung macam mana bila part yang kita semua tunggu, part bukak hadiah seperti dalam wishlist kau, nak buat depan dorang? Tak ada privasi langsung.” Joanne bersuara. Kawan-kawan mereka yang lain, macam dah faham perangai masing-masing, hanya mampu terdiam. Benda dah jadi, nak buat macam mana.

So, plan B? Mel?” Ann pandang Mel. Berharap agar Mel dapat mencari idea berasas untuk mengelak daripada tetamu yang tak diundang itu.. dan untuk mengelak daripada mereka bertekak macam budak-budak di depan rumah itu. Mel menunjukkan isyarat tunggu sebentar kepada mereka dan berjalan menuju ke arah suaminya yang melayan tetamu mereka.  Sewaktu bercakap dengan suaminya, suaminya hanya mengangguk sahaja dengan setiap percakapan. Selepas itu, Mel bercakap sebentar dengan kawan-kawannya dan berjalan semula ke arah Ann, Izah dan kawan-kawan mereka.

Take the presents and all yang kita perlukan dan bawak ke dalam playroom anak I.”

What? Playroom? As in playroom tempat main anak you? Biar betik?” Izah bersuara membuatkan Ann ketawa lalu membalas.

Nailed it! Bring it on, Mel! No choice.” Ann berjalan menuju ke laman semula dan mengambil kotak hadiahnya dan berjalan masuk ke dalam rumah Mel semula dan diikuti dengan yang lain. Sebelum masuk, dia melihat wajah-wajah tetamu tak diundang mereka. Ada seorang muka yang dia kenal. Kenal pun sebab dia junior mereka masa sekolah dulu tapi tak pernah tegur. Bukan gaduh, tapi orang tak mesra, jadi baginya tak payahlah nak sibukkan diri menjadi operator mesra pelanggan nak menegur. Nanti kot-kot suami dia nampak, boleh kena telan on the spot sebab junior tu lelaki, dia perempuan.

Walaupun bilik mainan anak Mel sejuk, tapi disebabkan hati 10 orang tengah meledak panas, suhu bilik pun jadi panas. Mereka punya rancangan bukan main lagi nakkan suasana yang chill kat outdoor tapi masih tagi tersembuyi, tapi bila dah datang masalah, tempat mereka bertambahlah tersembunyi bila dah masuk dalam playroom. Hentam sajalah, Mel. Asalkan ada plan B dari tak ada plan langsung dan majlis gagal.

Mereka semua menyambung aktiviti yang tergendala sebentar tadi di bilik yang saiznya seperti bilik Ann dan Em. Nak heran apa kalau bilik mainan anak Mel dah besar gedabak macam itu bila Mel sendiri lagi dah bukak bisnes sendiri sama seperti suaminya. Sudah tentulah rumah mereka pun besar.

Ann dan kawan-kawannnya ketawa setelah rancangan mereka mengenakan Izah terjadi sewaktu Izah membuka kotak hadiah yang diberikan. Paling win sekali hadiah Mel sendiri bila kotak besar dibalut cantik dan didalamnya ada cebisan tisu yang telah dikoyak. Bila nampak kotak kecil Tiffany & Co. bukan main lagi Izah bersorak. Dah bukak kat dalam ada manga dan kunci kecil sahaja.

Walaupun hakikatnya dalam Izah’s Bride Shower mereka, Ann dah pesan awal kat Izah suruh senaraikan barang-barang yang dia nakkan daripada mereka yang lain sebagai hahiah perkahwinannya. Nampak macam seronok bila Izah tulis kat senarai barang yang dia mahukan, handbag Prada, tapi bungkusan beg kertas daripada Prada itu berisi Dynamo. Dia cakap nak minyak wangi terbaru daripada Victoria’s Secret, kotak minyak wangi diisi dengan Axion dengan span.

Sebelum majlis mereka berakhir barulah mereka memberi satu hadiah yang betul-betul hadiah kepada Izah. Pada mulanya memanglah Izah macam taknak layan lagi ada kotak peti sejuk dibalut dengna riben berwarna merah debawa masuk ke bilik. Dia cakap macam dah tak dapat nak sorok lagi dah benda yang merapu yang ada dalam kotak peti sejuk itu. Tapi semua paksa dia untuk buka hadiah terakhir.

Bila buka kotak tersebut, seperti tadi juga, banyak tisu dan kertas-kertas yang berwarna-warni diletakkan di dalamnya sehinggalah ada satu kotak LV di dalamnya. Belum pun dia membuka, Izah siap meneka isi di dalamnya.

“Okay, ni mesti bawang putih, bawang merah, bawang besar dan segala keluarga bawang yang kau letakkan dalam ni kan?” siap tunjuk ke arah Ann yang jelas tak puas hati dengan Izah yang sebarang tuduh kepadanya.

“Sedap mulut makcik tuduh! Bukak dulu!” semua berkumpul ke arah Izah dan apabila Izah membuka kotak LV di depannya, ternyata memang ada handbag LV didalamnya. Reaksi Izah macam rasa nak terpengsan terus dengan apa yang dilihatnya. Terus dia memeluk mereka yang lain sorang-sorang sambil mengucapkan terima kasih dan cakap dialah yang paling bertuah. Keluar aura Izah versi mintak sembur dengan air.

Moral of the story, don’t judge a book by its cover.

Aktiviti itulah menjadi penutup kepada IBS mereka bila Em mula menelefon Ann cakap dia dah tunggu kat bawah. Sama juga dengan Hazwan yang menunggu Izah. Mereka berdua bersama yang lain meminta diri dengan Mel dan Mel cakap, atas tanda minta maaf, dia dan suaminya sendiri akan membersihkan semua sisa makanan mereka di laman. Khemah dan susun atur kerusi dan hiasan memang orang gaji Mel yang akan tolong Mel kemaskan nanti.

Turun dibawah, Ann terserempak lagi dengan junior sekolahnya dan hanya tersenyum bila mereka bertembung. Dia rasa baik tak payah tegur daripada mesra pelanggan sangat. Lagipun suaminya menunggu. Tetamu sebenar semua sudah meminta diri tetapi tetamu tak diundang masih sakan berborak di laman rumah Mel. Dah dia sangat yakin, lepas ni dia perlu menjalani sesi soal jawab dengan suaminya di dalam kereta.

“Babe! Thanks for everything. And thanks guys sebab tolong load kan barang dalam kereta Wan.” Izah memeluk mereka semua di depan keretanya dan terakhir sekali adalah Ann.

“Matilah! Bapak beruang tunjuk muka Incredible Hulk.” Ann membisik kepada Izah.

I know, I know! Hazwan pun dah bertukar jadi raksasa tu. Ada apa-apa mesej aku tau!” Izah membalas pelukan Ann dan mereka terus masuk ke kereta teman masing-masing.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Ann dan Em diam. Ann takut nak bermesra bila tengok suaminya tadi sewaktu keluar daripada pintu utama rumah Mel yang berdiri bersandar pada kereta sambil berpeluk tubuh. Bila kawan-kawannya lain menyapa pun dia membalas ala kadar dan matanya tak lepas daripada memandang isterinya. Dia mana tak rasa panas bila semua tetamu majlis isterinya yang konon-konon privasi itu, memang sorang pun dia tak cam kecuali suami Mel. Pulak kebanyakannya adalah lelaki. 

“Sayang..” Ann memandang Em bila mereka sama-sama keluar daripada kereta.

“No. it’s okay. Private party or private event.. whatever it was, I understand. Private eh? No men allowed? Good.” Em terus meninggalkan dia terpinga-pinga di luar rumah.

“Eh wait wait! You really NEED my explanation.”

“Penat lah. Nak tidur sama dengan Sofea jap.” Em terus berbaring di sebelah Sofea yang nyenyak tidur di ruang tamu. Kak Yaa yang keluar daripada dapur membawa Faiq menyerahkan Faiq kepada Ann dan dia terus meminta diri untuk pulang sebab dia selalunya masak awal untuk makan malam sebelum ke surau.

Ann rasa macam nak cekik-cekik suaminya yang nampak sangat cemburu tak berasas bila tak nak dengar penjelasannya dulu. Lagi malas nak bertekak depan anak-anak dan masing-masing masih penat, Ann mengambil cara dengan naik terus ke atas menunaikan solat Asar yang tertangguh dan menidurkan Faiq sebentar sebelum Maghrib.

Lepas dia solat, Em mengambil sejadah yang baru dilipatnya dan dibentangkan semula. Tanpa memandang Ann, dia cakap tak payah masak malam itu sebab Sofea nak makan lasagne. So dia call pizza. Sementara menunggu Em solat, dia memandikan Sofea.

Nasib baik suaminya masih dapat dibawa berjemaah sewaktu Maghrib dan Isyak walaupun nampak sangat taknak bercakap. Masa salam pun kalau Sofea dan Faiq tak ada dengan mereka di bilik itu, mungkin tak bersambut hulurannya. Bukan tak tahu Em tu kalau penyakit cemburu datang, semua perangai pelik dia datang terus.

Pizza! Yeay!” jeritan Sofea itu membuatkan Em mendukung Sofea dan Faiq ke bawah dan meninggalkan Ann seorang diri di dalam bilik.

“Dia ingat aku ni patung Sofea kot sampai macam tak tahu kewujudan aku kat bilik ni.” Ann terus turun ke bawah. Kalau suaminya tunjuk cemburu dengan buat dia macam tu, dia pun nak tunjuk tak puas hati depan Em. Dia turun ke dapur dan memasak untuk dirinya sendiri. Tak adanya kenyang menghadap pizza walaupun dia order 3 jenis pizza tadi. Nama lagi tekak Melayu, nasi jugak yang dicari nanti. Kalau Em tak ikut makan sama, malam nanti mesti jadi tikus kat dapur. Ann memanglah balas dendam tapi taklah kejam sampai tak simpan makanan untuk suaminya. Bila makan kat dapur sorang-sorang, ada jugak dia meninjau ruang tamu melihat bapak beruang yang tunjuk muka harimau tengah makan pizza dengan anak-anaknya. Biar betik Em tak terliur langsung dengan masakan dia?

Seriously?” Ann bercekak pinggang di pintu bilik selesai Em menidurkan Sofea dan Faiq. Em buat acuh tak acuh dan berjalan menuju ke walk-in-wardrobe mereka untuk menggosok pakaian kerjanya. Kemeja di tangan Em dirampas apabila sudah digosok separuh. Baju itu digenggam dan ditikam Ann. Belum sempat Em mengambilnya semula, Ann merampas lagi dan menekan seterika pada baju itu. Dah baju hangus pun Em buat tak tahu dan mengambil kemejanya yang lain di almari.

“Apa salah saya sampai awak jadi keras macam ni?” Ann berdiri menghadap suaminya.

“Tengok sayalah!” kepala suaminya yang berpaling dibawa dekat dengannya. Belum sampai 5 saat mereka bertentangan mata, Em mengusap rambut isterinya.

“Tidurlah. Esok kita nak kerja.” Lembut Em menolak badan isterinya yang menghalang pergerakannya.

“Kenapa awak suka berdiam diri bila ada masalah Em?” bila Em berkeras, Ann kenalah berlembut. Kalau sama keras, masalah memang tak akan selesai. Lembut tangannya memegang lengan Em.

“Nanti baby bangun. Tidurlah.” Penat jugak jadi penyabar tapi Ann tetapkan kesabarannya kerana memikirkan anak-anak yang dah tidur. Nanti dah terbangun, silap hari bulan tak tidur sampai ke pagi. Langkah diatur menuju ke katil, dan dia cuba untuk memejamkan matanya. Baru nak terlelap, Ann terbangun semula bila Em membuka pintu bilik.

“Ye saya tahu. Saya nak pergi ambik  barang kerja kat bilik kerja kejap. Nanti saya tidur sebelah awak.” Macam tahu-tahu Em dengan apa yang difikirkan oleh Ann bila dia bercakap tanpa memandang ke belakang dan Ann belum sempat berkata apa-apa.

“Ya Allah, bersihlah hatiku daripada segala perasaan yang boleh membuatkan aku menjadi isteri yang nusyuz. Walaupun rasa nak marah, tapi tingkatkanlah kesabaranku yang semakin tipis ini dan sejukkanlah hati insan yang baru keluar daripada bilik ni tadi.” Doa tidur malam itu macam special sikit tapi Ann betul-betul memaksudkan apa yang dimintanya. Tak lama selepas itu, dia mula memejamkan matanya walaupun hati rasa berat nak tidur memikirkan masalah mereka yang belum selesai. Em ni kalau dah keras, semua tak jalan.

Sleep tight. Awak kena kerja extra kat rumah esok sebab saya kena fly ke Bangkok sehari.” Terasa seperti ada orang mencium dahinya. Rasanya Ann hanya bermimpi sebab sebelum dia tidur tadi pun suaminya masih keras lagi. Mimpi Em ke Bangkok sehari meninggalkan dia dan anak-anak. Mestilah dia mengamuk bila suami tak angkut dia sekali ke Bangkok walaupun sehari. Untuk shopaholic macam dia, memang sah-sah lah Bangkok menjadi tempat pilihan dengan harga yang kebanyakannya murah.

Pagi-pagi bangun tengok ada backpack Em di tepi meja meyakinkan Ann bahawa dia tidak bermimpi malam tadi. Em yang masih tidur di sebelahnya dilihat. Em dikejutkan perlahan.

“Nak ikut.” Good morning digantikan kepada ayat lain apabila Em membukakan mataya.

“Awak kan kerja. Tak ingat?”

“Saya nak berhenti kerja.” Tertawa Em mendengar Ann cakap nak berhenti kerja macam nak makan Pizza. Semata-mata nak ikut dia ke Bangkok terus nak berhenti kerja.

“No. No for quitting your work and no for following me. Saya kerja, bukan nak menyukat satu pasar kat Bangkok. Sehari je pun.” Em berlalu dan menuju ke bilik mandi.
“Saya ikut.”

“Ikut saya mandi?” soalan perangkap daripada Em membuatkan Ann mengangguk. Serius dia ingat Em tanya ‘ikut saya kerja’ tadi.

“Tak boleh jugak sebab saya takut terlepas flight.”Menangis macam Sofea dia atas katil menerima 3 tolakan daripada suaminya pun tak berguna bila dia sedar bahawa dia dan Em masih lagi bermasalah. Tengok tiket flight yang diselitkan pada passport suaminya, Ann tahu penerbangan Em masih lambat lagi iaitu pada pukul 1 petang padahal jam baru lepas subuh.

Akhirnya Em terpaksa membuat sarapannya sendiri. Jangan haraplah Ann nak melayan dia seperti hari yang sebelumnya bila dia sendiri cari penyakit. Kalau dia berbaik dan berbincang tentang apa yang dilihatnya di rumah Mel semalam sudah tentu tak susah dia memberitahu yang dia perlu menghadiri mesyuarat di Bangkok. Yang lagi parah, tak lah Ann nak ikut dia sangat-sangat. Mana tahu Ann ingat dia nak tinggalkan Ann. Bukan tak tahu dengan Ann tu, suka sangat fikir yang bukan-bukan.

Jam dah pukul 730 pagi tapi mak beruang masih tak turun ke bawah lagi. Macam mana dia nak hantarkan Ann kalau Ann tak turun-turun lagi. Ni mesti kes nak kena pujuk. Cepat-cepat Em naik ke atas. Baru dia membuka pintu, dia melihat Ann scroll iphone di atas katil, masih berbaju tidur.

“Aik! Tak siap lagi? Saya nak hantar awak turun kerja ni.”

“Cuti.”

“Cuti apa?”

Whatever yang releven.” Jawab Ann acuh tak acuh. Oh, baru Em teringat, Ann bekerja dengan kawan sendiri. Dia tak turun kerja mengejut pun memang senang lah nak approve. Teringat dia yang Ann cakap nak berhenti kerja tadi.

“Tadi cakap nak berhenti ke..”

“Tak tak! Saya cuti bukan berhenti! Don’t worry. Saya takkan susahkan awak dengan tak bekerja.” Belum habis Em bercakap Ann dah potong dengan ayat yang kaw-kaw dia bagi. Taknak cari gaduh, dia terus mengambil beg sandangnya dan berjalan menuju ke katil. Tangan dihulur berharap Ann menyambut dan menyalaminya. Tapi ego isterinya terlalu tinggi untuk mudah mengalah, sama sepertinya. Tengok gaya Ann, macam ‘you start the game, you follow my rules to end your game.’

Tangan Ann diambil dan dicium. Dah nampak terbalik pulak bila dia yang mencium tangan Ann. Elok-elok dia nak landing kat dahi Ann terus terkena bantal bila Ann bergerak jauh.

“Cium bantal pun, bantal lah. Asalkan dapat cium bau awak dekat bantal.” Sindirian Em langsung tidak berbekas di hatinya. Setelah mencium Sofea dan Faiq di katil mereka masing-masing, terus Em keluar dari bilik.

“…breakfast on table. Kalau tahu awak tak turun kerja harini, memang saya bawak naik sarapan untuk awak.” Em membuka pintu bilik semula dan memberitahu Ann yang masih tak mahu mengalihkan pandangannya dari skrin Iphone. Em hanya menjongket bahu akhirnya. Salah sendiri.

Agak lama Ann berbaring dengan bermacam-macam cara di atas katil mencari ilham apa yang dia nak buat pada hari itu di rumah. Masa Em menyediakan sarapan tadi dia telefon Mel nak mintak EL cakap Faiq demam. Kesian anak dia yang tengah sihat walafiat kena jadi alasan taknak datang office. Mel pun macam tangkap maksud dia nak EL selama dua hari, sebab masalah yang sama dihadapi oleh Izah sekarang pun sama. Kena menjawab dengan Hazwan tentang tetamu tak terundang semalam.

Akhirnya nombor telefon Izah didail. Dia tahu Izah tak kerja pada hari itu.

“Panjang umur. I was about to call you just now. How’s you and Em?” Izah terus tanya sebab masalah dia dengan hazwan sendiri pun belum selesai lagi. Semalam masa balik daripada rumah Mel dia dah bertekak dengan Hazwan. Hujungnya memang tak ada jalan penyelesaian pun.

“Tidur sini malam ni babe! Please. Kau kena temankan aku jaga Sofea dan Faiq. Takkan nak suruh Mak Yaa temankan kot. Dia sendiri ada anak dengan suami kat rumah. Please please please! Lagipun kita nak bincang pasal bridesmaid kau nanti.”

“Em mana?” si Ann ni suruh dia bermalam kat rumahnya macam tak ada Em di rumah.

“Memang lah suami aku tak ada kat rumah dan sebab itulah aku nak kau kat sini.”

“Em pergi mana?”

“Bongkok!”

“Wah, hebatnya laki kau merajuk. Sampai lari kat Bangkok.”

“Banyaklah dia punya rajuk. Dia ada meeting. Esok balik lagi! Faiq dah nangis. Kau kena datang before lunch sebab kau kena masak!” terus Ann memutuskan talian. Taknak tunggu kata putus daripada Izah.

Sewaktu menidurkan Faiq semula, dia terfikirkan kata-kata Izah tadi. Betul ke Em merajuk sampai ke Bangkok? Macam bukan gaya dia nak merajuk macam perempuan sampai lari dari masalah. Ataupun Em jadikan mesyuarat sebagai alasan untuk dia terbang ke Bangkok? Habis tu, buat apa pergi Bangkok? Nak telefon ataupun tidak? Lama dia memandang Iphone di meja sebelah katilnya. Takut punya pasal, dia buang perasaan egonya jauh-jauh dan terus menelefon Em. Rasanya Em masih belum terbang lagi masa ni.

“Betul ke awak pergi meeting?”

“Habis tu, saya ada saudara mara kat Thailand ke?”

“Bukan sebab lain?”

“Sebab apa? Merajuk? Ada perempuan lain?”

“Haaaaa…macam mana awak tahu saya fikir semua tu?”

“Itu yang selalu awak cakap bila kita gaduh. Kalau saya pelik sikit, cakap saya ada perempuan. Saya pergi meeting sayang. Tak guna saya nak ke Thailand bawak perempuan lain sedangkan saya ada isteri dan anak-anak kat rumah.”

“Jangan bohong!”

“Habis tu, lagilah bohong kalau saya cakap saya bawak perempuan. Tolonglah percaya kat saya.”

“Back to you. Bye!” terus telefon ditikam ke atas tilam. Suruh orang percaya kat dia sedangkan dia sendiri tak percaya kat orang, telah Ann sendiri. Kalau semalam dia dengan Ann menjelaskan dan percaya yang Ann memang tak tahu kehadiran muka-muka yang asing di majlis privacy mereka, tentu mereka tak payah bertekak dari pagi tadi.

Fine! Saya balik esok kita bincang elok-elok. Tak nak tikam-tikam phone. Saya kena berjimat sikit bulan ni. Love you.

Mesej yang dihantar Em dilihat dengan perasaan kosong. Apasal nak saving? Ada plan benda bukan-bukan? Jangan harap dia nak bincang elok-elok esok. Dia akan ‘elok-elok’ kan perbincangan mereka. Tak ada maknanya nak ikut kata Em bila Em sendiri yang taknak ikut kata dia.

“Mommy, nak mandi please.” Sofea yang datang naik ke atas katil membuatkan Ann sedikit tersentak. Sofea ni comel sangat walaupun bangun tidur dengan rambut yang kusut masai.

“Mommy tengah tidurkan baby sayang. Sofea nak mandi sendiri atau Mommy mandikan?” lembut suaranya bercakap dengan Sofea. Kalau dengan Em, jangan harap nak lembut-lembut bercakap.

“Where’s Daddy, Mommy? Nak Daddy mandikan.”

“Daddy kerja sayang. Daddy pergi Thailand.” Sofea duduk di sisi Ann dan ikut sama menepuk lembut belakang Faiq yang menyambung tidurnya.

“Huh? Daddy is going to Disneyland? Kenapa tak bawak Sofea and baby?” Ann ketawa. Ada ke Em nak ke Disneyland. Kerja apa kat Disneyland? Ukur tempat main sama ada kukuh ke tak?

No honey. It’s Thaiiiii..land. not Disneyland.” Rambut si kecil yang kusut digosok perlahan.

Ohh, is it? Thaiiiii..land ada princess macam Disneyland jugak ke?” bukan main lagi Sofea sebut ‘Thailand’ ikut cara Ann. Sofea ni mulut pun dua kali lima macam Ann jugak. Banyak cakap, banyak tanya. Tapi Sofea innocent kid. Tak salah kalau dia banyak bercakap sebab nampak petah.

“Ada kot.”

“Nak call Daddy, please. I want Daddy to buy me one huge Olaf, Mommy.”

“Daddy’s in plane sayang. Sofea mandi dulu. Petang nanti kita call Daddy okay.” Sofea hanya mengangguk. Nasib baik perangai taat  Sofea ni ‘diadaptasi’ daripada perangai si bapak beruang, kalau ikut mak beruang, memang keras kepala.

Izah datang tepat pada masanya. Tanpa banyak soal, dia terus buat macam rumah sendiri. Masa Em tak ada di rumahlah dia boleh buat macam rumah sendiri. Masuk dapur terus dia masak untuk makan tengah hari mereka. Ann hanya menemani di dapur sambil memerhati Sofea dan Faiq bermain di depannya.

Masa Izah memasak, mereka berbincang tentang pakaian untuk bridesmaid dan keluarga kedua-dua belah pihak sewaktu majlis akad dan resepsi nanti. Tak susah sangat sebenarnya sebab mereka dah selesaikan awal-awal dulu.

“Masalah aku dengan Wan rasanya akan settle lepas masalah kau dengan Em settle kot.” Bila ditanya tentang masalah salah faham antara mereka semalam, itu sahaja jawapan Izah. Nampaknya mereka sama-sama taknak cakap pasal masalah mereka semalam.

Rasa geram dan marah dengan masalah dia dan Em dilupakan sementara disebabkan masanya dihabiskan dengan bercakap dengan Izah dan menonton televisyen. Tugas terhadap anak-anak tidak dilupakan oleh Ann walaupun rasa macam anak dara bila dapat throwback zaman dia dan Izah selalu tidur sama.

“Bau apa ni? Tak sukalah aku hidu.” Masuk di bilik sendiri masa lewat malam itu untuk mengambil barang, Ann bising-bising cium bau bilik yang tak elok dihidunya. Izah pun hairan. Tak ada pun bau pelik-pelik. Wangi Ambi Pur dengan bau minyak wangi lelaki adalah yang dia hidu. Janganlah Ann hidu bau yang bertentangan dengan yang dihidunya pada waktu itu. Serius dia seram, dahlah tak ada lelaki dewasa kat rumah yang dapat lindungi mereka.

“Kau jangan macam-macam. Biasa aje aku cium bau bilik kau.”

“Memanglah. Aku cium bau perfume Em. Pelik. Serius macam nak muntah.” Izah terus membeliakkan matanya. Adakah Ann pregnant?

“Kau pregnant?!”

“Eh mana ada! Baru minggu lepas aku period.” Cepat-cepat pintu bilik ditutup semula dan Ann mengajak Izah duduk di ruang tamu tingkat atas.

“Kau jangan, Ann. Tu minggu lepas. Mana tahu yang semalam dah jadi.” Ann terus menikam bantal kepada Izah. Semalam apanya? Kalau dah mereka dah bertekak. Dia memang positif bahawa dia negatif pregnant.

“Tak adanya aku semalam okay!!!! Setakat aku tak boleh hidu perfume Em kau terus cakap aku pregnant. Mak bidan pun tak sehebat kau boleh over confident cakap aku mengandung.” Belum sempat Izah menjawab, Ann terus berlari masuk ke dalam bilik mandi dan memuntahkan semua makanan yang dimakannya bersama Izah tadi.

“Dah sampai muntah ni mesti dah pregnant lah. Aku yakin 200%.” Ann tidak menghiraukan kata-kata Izah dan dia hanya memikirkan Em. Sekarang dia perlukan Em. Selalunya muntah pening sakit dia, Em yang sentiasa ada untuk menjaganya. Dari tadi dia rasa pening dan nak muntah. Mengandung? Jauh sekali dia berfikir sampai ke situ sebab dia yakin 500% yang dia tak mengandung. Mengapa? Dia tahu sebab memang dia ‘tahu’.

“…nak aku call Em tak?”

“Eh, tak payah. Esok dia balik.” Tisu diambil daripada Izah untuk mengelap muka yang dibasuhnya. Berjalan pun terhuyung-hayang sebab pening sangat.

“Nak ke klinik tak?” lagi satu cadangan Izah yang tak munasabah. Diakan doktor, lebih jimat kalau dia sendiri yang rawat. Bukan tak ada peralatan dia kat dalam kereta kat garaj.

“No thanks. Aku rasa demam je ni. Please jangan mengarut. Kau cakap dengan Em dalam diam, siap kau eh. Kita putus kawan.” Izah ni kena ugut sikit supaya dia tak busy body mesej Em dalam diam cakap dia mengandung. Tahu-tahu Em sampai terus, tak ke sia-sia dia ke Bangkok semata-mata nak menghadiri mesyuarat. Izah hanya menurut dan memimpin Izah untuk tidur di bilik tetamu bersamanya. Malam itu dia menjaga tiga orang sekaligus. Sofea dan Faiq nangis nakkan susu, dia yang buatkan walaupun sebenarnya kecut perut nak turun ke bawah sorang-sorang. Dah selesai memegang botol susu Faiq, dia rasa suhu badan Ann meningkat. Terus tuala kecil diambil dan dibasahkan untuk diletakkan di dahi Ann.

“Saya taknak kena lap lah. Sayang, please.” Untung-untung Izah yang kena panggil sayang bila dia yang lapkan Ann. Nampak sangat Ann ni perlukan suaminya tapi ego mengatasi segalanya.

“Kalau kau sihat walafiat dan sedar sesedarnya, harrrrrram nak panggil aku sayang!” suara kecil Izah berbunyi. Esok pagi dia kena buat breakfast in bed dengan Ann sebab knowing Ann, memang dia demam teruk punya sampai nak angkat sikit pun tak larat. Kalau dia Em, memang dia akan dukung Ann sampai ke meja dapur. Nak harap badan dia yang sama macam Ann, memang patah riuk nak angkut Ann dalam keadaan lemah macam itu.

Assalamuaikum Em, flight pukul apa? Kalau habis meeting terus balik rumah tau. Ann tak sihat. I think it’s the third baby for you guys. Don’t panic! Saya teka je. And oh, don’t tell Ann I texted you. Nanti dia makan saya.

Baru nak belikan ole-ole untuk Sofea, Faiq dan Ann, Em menerima Whatsapp daripada Izah. Niat nak roaming kat pasar Bangkok terkubur begitu sahaja dan Em bergegas ke lapangan terbang. Kalau ikut jadual penerbangannya, masih ada 6 jam lagi dia akan terbang semula ke KL. Ni dah terima laporan daripada Izah, dia rasa nak cari Doraemon untuk bagi dia pakai ‘pintu suka hati’ nak terus sampai ke depan pintu rumah. Dia terpaksa membeli tiket yang paling awal untuk ke KL di kaunter. Tiket yang ditempah itu tak kisahlah burn sekalipun, asalkan dia dapat balik.

Whatsapp Izah tu betul-betul buatkan Em rasa nak pengsan terus kat tengah-tengah pasar Bangkok. Isterinya mengandung anak ketiga? Eh, bukan ke Ann datang bulan minggu lepas? Ke Izah buat prank? Tapi yang Ann ni sakit, rasanya betul sebab semalam dia rasa dahi Ann mula panas. Kalau Izah main-main, serius dia akan tumbuk muka Hazwan sebagai wakil tempat dia balas dendam.

Pintu utama rumah dibuka tanpa memberi salam. Kereta Izah tak ada di garaj membuatkan Em yakin yang Izah tak ada di rumah. Kalau nak cakap hazwan yang hantarkan dia ke rumah mereka, rasanya tak. Semalam, Izah dan Hazwan pun bertekak macam dia dan Ann sebab hal yang sama. Kurang asam betul suami Mel. Rasa nak bagi tanda seketul kat muka sebab dah buat masalah dalam hubungan mereka. Pulak tengok lelaki asing main mata dengan isterinya, mana Em tak naik angin tengok. Masalah itu terpaksa diletak tepi semata-mata teringatkan Ann yang tidak sihat.

Daddy’s home!” bila ayat wajib Em tiapa kali balik rumah dilaungkan tapi tak ada respon, Em terus meninjau di ruang tamu. Sofea dan Faiq tidur di atas toto dengan TV yang masih terpasang. Ann tidur di atas sofa kesejukan tanpa berselimut. Masih berbaju tidur. Padanlah sejuk sampai berbaring gaya tenggiling, sebab Ann pakai gaun paras lutut. Suhu aircond dinaikkan. Beg yang disandangnya diletakkan di atas sofa sebelah. Perlahan-lahan dia mengangkat Sofea dahulu ke atas dan kemudian Faiq. Mana pergi Izah? Takkan tinggalkan anak-anak dan isterinya macam itu di rumah?

Dahi Ann dipegang perlahan sewaktu dia turun semula ke bawah. Panas sangat. Muka pun pucat. Em tertanya-tanya sama ada Ann deman pembawakan ataupun demam penat. Memanglah Izah doktor, mana tahu dia main redah cakap Ann mengandung. Kalau mengandung, dia suka. Tak mengandung, dia okay jugak sebab dia risaukan penerimaan Ann sendiri. Lagipun Faiq pun masih belum setahun. Dengan berhati-hati, Ann diangkat menuju ke tingkat atas.

Baru nak berbaring bersama Ann di atas katil, bunyi kereta masuk ke garaj membuatkan Em bangkit semula. Sebelum berlalu ke tingkat bawah, dia mengatur semula tuala kecil di dahi Ann.

“Hey, you’re back! Boleh lah ajak Wan masuk sekali ni. He’s in the car.” Izah yang baru menutup pintu rumah terperanjat melihat Em yang baru turun dari tingkat atas.

“Macam mana nak balik ikut jadual bila baca Whatsapp awak pun saya rasa nak terbang balik terus. Naiklah. Saya dah alihkan Ann ke bilik tadi. Apa-apa, saya kat luar dengan Wan.” Em terus berlalu ke pintu utama. Dia terlihat Izah membawa plastik kecil Guardian ke tingkat atas. Dia tahu apa isinya tanpa perlu bertanya. Tak mungkin cool fever. Mesti pregnancy test!

Em masuk terus di tempat duduk penumpang di sebelah Hazwan yang baru nak layan surat khabar di dalam keretanya.

“Assalamualaikum Dr. Hazwan. Prefer traditional rather than technology huh?” baru nak baca berita kat surat khabar, Em masuk ke keretanya. Em sengaja nak kenakan Hazwan yang masih membaca surat khabar sedangkan dia sendiri pun sama jugak setiap pagi benda wajib buat adalah baca surat khabar. Nak harapkan berita dalam internet tu agak mengelirukan. Banyak sumber dalam satu berita bila dibaca, banyak yang bercanggah. Belum lagi tengok komen keyboard warrior kat ruangan bawah berita yang disiarkan. Malas nak layan jenis orang macam tu, dia ambil inisiatif baca surat khabar. Mata pun tak sesak dengan ruangan iklan di tepi web.

“Tengok berita sukan bro! Arsenal buat malu aku. Tak sampai seminit main, Stoke dah score!” berita sukan di surat khabar ditunjukkan kepada Em. Dia pun tengok match Arsenal dengan Stoke semalam kat dalam hotel.

“Tukar team lah bro! Tak pun beralih arah ke. Tengok Barcelona main. Bila Messi, Neymar, Pique, Suarez sume main dalam satu team memang tak berangkat dari kerusi kau tengok!” dia tengok Barcelona pun sebab Ann yang minat Barcelona. Ikut hati memang dia akan pilih Real Madrid sebab musim lepas pun Real Madrid juara. Sayang bini punya pasal!

“Aku loyal bab-bab bola ni. Kalah semalam tak semestinya terus kalah.”

“Eleh, cakap setia bola bukan main kau ni! Setia Izah apa khabar?” surat khabar ditutup Hazwan. Haa, yang nilah yang dia nak cakap dengan Em. Dia dan Izah dah okay, Em dan Ann pulak macam mana?

“Apasal cakap aku pulak? Kaulah! Okay ke tak? Aku dengan Izah dah settle.” Mendengar Hazwan memulangkan kata-katanya sebentar tadi membuatkan Em berubah serius. Mana nak selesai, bila dia kena mesyuarat semalam dan keluar awal. Bukan perangai Em yang suka tangguh masalah atau lari dari masalah, tapi memang tak ada masa nak bincang. Sebenarnya ada masa, tapi masa Ann nak terangkan dia buat-buat merajuk.

Em hanya menggeleng kepalanya dan mengetuk dashboard didepannya.

“Aku bukan apa Em. Yalah, kahwin pun belum tapi sibuk nak jadi penasihat peribadi kau. Kalau tak settle, susah. Dengan sekarang ni, Izah cakap, mungkin Ann pregnant lagi. Macam tak adil bagi third baby kalau berita ni tak disambut segembira kau sambut berita Sofea dan Faiq dulu. Tak payahlah ego sangat, bro.” Em memandang Hazwan ditepinya. Betul ke itu Hazwan yang dia kenal selama ni?

“Kau apahal tetiba jadi pakar motivasi rumahtangga ni?” geli telinga Em dengar Hazwan bagi nasihat tiba-tiba. Kalau nasihat pasal kesihatan dia boleh terima lagi.

“Apasal pulak? Tak boleh?”

“Dah dah! Jom masuk rumah. Aku bagi kau Pepsi sebab bini aku demam. So, tak ada orang bancuh Milo. Lagipun aku malas nak buat air, lagi-lagi untuk kau!” Hazwan mengekori Em yang keluar daripada keretanya. Tahu sangat dengan perangai Em yang tak suka kongsi masalah peribadi walaupun dengan kawan baik sendiri. Nak selesaikan masalah sendiri konon! Lepas tu kalau Ann tak makan cara dia, tunjuk muka budak sekolah putus cinta dengan dia.

“Kau mengelak?” Hazwan menarik Em untuk berjalan bersama dengannya.

“Nak elak apa? Tak adanya aku mengelak, Wan. Nak settle lah lepas ni. Kalau Ann taknak, aku kunci dia dalam almari dia.” Yang ayat terakhir tu, Em hanya bergurau. Tak mungkin dia nak kunci Ann dalam almari. Kot-kot dia pulak yang dikunci lepas ni.

Dengan Hazwan, Em tak perlu bersikap formal dengan mempelawa. Masuk rumah terus Hazwan ambik remote control bukak channel yang dia suka dan duduk dengan selesa sampai bersila atas sofa di ruang tamu. Em terus ke dapur dan mengambil dua tin pepsi di peti sejuk dengan muffin coklat Sofea di atas meja.

“Biar betul kau bagi aku pepsi dengan chocolate muffin?” tin pepsi disambut Hazwan. Apa punya kawanlah si Em ni. Lama berbual kat dalam kereta, baru ajak masuk rumah.

“Tak payah nak apply skill doktor sangatlah masa macam ni Wan. Bukan aku tak tahu kau makan tak ikut piramid makanan pun.” Berkawan cara Hazwan dan Em ni memang masing-masing suka kenakan kawan. Tak adanya konsep jaga hati. Mereka bukannya perempuan nak sentiasa berkecil hati bila bergurau.

“Tahu pun kau. Tadi aku tukar skill doktor jadi skill pakar motivasi, kau tak suka.” Hazwan ke dapur semula untuk mengambil ais di dalam peti sejuk. Pepsi yang dihidangkan memang dah sejuk, tapi minum dengan ais boleh kurangkan gas dan manis kalau dibiar lama.

“Tahu pun nak buat macam rumah sendiri.” Em lebih minat memberi respon kelakuan Hazwan berbanding menjawab ‘statement’ yang dikatakannya.

Baru lima minit duduk tengok TV dengan Hazwan, Em dah macam tak senang duduk. Sesekali matanya memandang ke arah tangga menuju ke tingkat atas. Apa yang Hazwan cakapkan pun tak berbalas. Memang sahlah Hazwan bercakap dengan sofa. Bila Hazwan berdehem, barulah dia memandang Hazwan dengan pelik.

What?”

“Kau tengok tangga tu bukannya dapat tolong selesaikan masalah kau. Naiklah. Be a real man bro. yang aku nampak sekarang memang bukan macam Em yang aku kenal. Kau tengok tangga tu macam tangga tu yang bagi approval untuk kau naik ke atas.” Kritikan daripada Hazwan langsung tak meninggalkan bekas di hati Em, jauh sekali nak buatkan dia berkecil hati. Lagipun, apa yang dikatakan oleh Hazwan memang benar.

“Kau tak kisah duduk bawah sorang?” soalan daripada Em buatkan Hazwan rasa nak hempuk kepala Em dengan bantal sofa yang dipeluknya.

“Kau ingat aku takut dengan hantu ke apa? Naiklah! Kalau aku nak apa-apa, pandailah aku cari sendiri kat dapur nanti.” Em terus naik ke tingkat atas. Sebenarnya tadi dia kesiankan Hazwan seorang diri kalau dia naik atas. Yalah, Hazwan kan tetamu. Kalau nak bercakap dengan Ann pun, mesti Ann lebih melayan Izah.

Em berdiri di depan pintu bilik bila mendengar Izah dan Ann berbahas di dalam bilik. Sorang cakap taknak, sorang cakap cepat. Apa yang taknak? Apa yang cepat?

“Mommy nak susu.” Sofea yang tidak pernah gagal menjadi pengacau, tiba-tiba memberhentikan adegan taknak dan cepat yang didengari Em tadi. Waktu itu, barulah Em mengetuk pintu dan masuk ke bilik mereka.

“Haa, macam nilah, Em. Saya buatkan susu Sofea..” Izah berjalan menuju ke arah Em dan menyerahkan plastik kecil kepada Em.

“…dan, nah! Ni pregnancy test. Suruh isteri awak yang keras kepala tu buat urine test sekarang. Tak salah kita check. Bukannya kena inject ke apa pun.” Tangan Sofea dipimpin menuju ke luar bilik dan Faiq yang entah bila dimandikan, didukung oleh Izah menuju ke luar bilik.

“Jap jap. Izah!” Belum sempat Izah berpaling semula, Em berjalan keluar daripada bilik.

“…Wan!”

“Kenapa?” dah macam apa Hazwan berlari naik ke tingkat atas bila dengar suara Em memanggilnya dari tingkat atas.

“Tolong bawak Sofea ke bawah.” Terus Em kena baling dengan bantal yang tanpa disedari Hazwan dibawanya sekali ke tingkat atas bersamanya.

“Kau dah tak reti nak cakap betul-betul ke apa main teriak-teriak macam ni? Serius aku ingat apalah yang jadi tadi.” Em membaling semula bantal kepada Hazwan.

“Hei.. dahlah baling-baling ni! Em, cepat! Suruh Ann check!” Izah berjalan melepasi Em dan Hazwan di tepi tangga menuju ke bawah. Hazwan memberi isyarat mata manyuruh Em masuk semula ke biliknya.

Masuk ke bilik, Em lihat Ann berbungkus dari atas ke bawah. Aircond ditutup dan langsir bilik dibuka luas. Plastik yang diserahkan Izah tadi dibuka. Ada dua jenis pregnancy test yang dibeli Izah. Satu yang digital, satu lagi yang biasa. Em membuka kedua-dua kotak pregnancy test itu dan memberikan kepada Ann.

“Buat urine test please, sayang.” Ayat pertama yang didengari Ann setelah Em balik daripada Bangkok. Tadi dia tersedar bila Izah yang kejutkan pun buatkan dia terkejut sendiri. Sewaktu Izah keluar pergi ke farmasi bersama Hazwan tadi, dia berbaring di sofa ruang tamu tingkat bawah, bangun-bangun terus selesa berselimut di atas katil di dalam bilik. Takkan Izah nak angkut. Hazwan lagilah tak mungkin. Jadi, Em lah yang alihkan dia tadi.

“Taknak.” Maaflah, walaupun Em bercakap bersayang-sayang sekalipun, jawapannya tetap sama seperti Izah tadi.

Please, senang je pun.” Em duduk dekat dengan isterinya di katil.

“Taknak.”

Pleaseeee..”

“Kalau sebabkan tekaan Izah yang cakap saya pregnant ni buatkan awak terus lupakan masalah kita, awak silap.” Dan, pergaduhan mereka bermula semula. Bukan cara Ann nak lupakan masalah sekelip mata tanpa ada penyelesaian.

“Okay, lepas check ni kita bincang nak?” dah macam tawar menawar pulak dengan isteri sendiri bila Ann taknak buat urine test.

“Taknak. I know it’s negative. Awak sendiri tahu yang saya lepas period kan.” Ann meletakkan pregnancy test itu di meja tepi katil.

“Tapi, tu minggu lepas. Lagipun, 3 hari lepas kan..” belum habis Em berkata, Ann menikam bantal kepada Em. Em ni kan, bercakap tak tengok tepi kanan. Mana tahu Izah dan Hazwan menelinga, serius dia nak kuncikan diri dalam bilik seminggu.

“..Kenapa pulak?” Em ketawa. Tahupun malu bila dia cakap siang-siang. Ann mencari sesuatu di dalam laci meja di tepinya.

“Ni! Ni awak tengok ni.” Ann menunjukkan kotak ubat yang dia ambil betul-betul di depan mata Em. Em mengambil dan melihat kotak ubat di depannya. Baru dia teringat bila dia membaca butiran di atas kotak ubat itu. FAMILY PLANNING, EM!

“Oh.. tapi tak salahkan kita check?” masih tak puas hati, Em tetap pujuk Ann buat urine test.

“Boleh, tapi dengan satu syarat.”

“Apa dia?” Ann dah letak syarat ni yang buatkan Em tak ada pilihan. Kalau tak setuju dengan syarat, memang sampai bila-bila pun Ann tak akan buat urine test itu.

Settle kan masalah and tell me, apa yang awak tak puas hati dengan saya sampai taknak cakap, taknak tegur saya masa balik daripada bridal shower Izah haritu?” macam orang mengantuk disorongkan bantal, Em menceritakan semuanya kepada Ann. Tak perlulah dia susah-susah mencari pick-up line untuk memulakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Okay, dari mana datangnya semua lelaki yang totally strangers masa shower ape ntah haritu? Saya kenal suami Mel dengan junior awak masa sekolah tu je! Yang lain saya tak kenal langsung. Pulak junior awak tengok awak dari atas sampai bawah depan mata saya. Macam mana saya tak marah?” Em melepaskan segala yang disimpannya sejak mengambil Ann daripada rumah Mel beberapa hari lepas. Saat mendengar Em meluahkan ketidakpuasan hatinya, memang dia rasa macam nak hempuk Em dengan bantal sekali lagi. Salah faham macam ni buatkan dia memberontak? Memang tak padan dengan umur langsung.

Ann pun mulalah menjelaskan kesemuanya kepada Em. Dari kedatangan tetamu tak diundang menyerbu makanan mereka, sehinggalah terpaksa melakukan aktiviti di bilik main anak Mel di dalam rumah. Yang bab junior sekolah Ann melihatnya, memang Ann tak sedar. Mana tahu, kalau dia tahu masa tu, dia boleh cungkil bijik mata budak tu dengan garpu. Yalah, mana nak tahu kalau bercakap pun tak. Sekadar senyum tak ikhlas sebab terserempak masa dia balik hari tu sahaja.

“Baiklah permaisuri hati, maafkan saya sebab saya cemburu tak bertempat dan suka nak merajuk dan marah tanpa usul periksa. Nah, pregnancy test.” Em menyerahkan pregnancy test untuk kesekian kalinya kepada Ann. Lapang rasa dadanya mendengar penjelasan daripada Ann. Pengajaran bagi orang yang cemburu tak bertempat sepertinya.

“Salah awaklah semua ni! Nak marah-marah pulak! Awak ingat saya suka sangat lah orang pandang saya dari atas sampai bawah? Dah tu pulak tak percayakan saya!”

“Siapa cakap saya tak percayakan awak?” tanya Em hairan.

“Memang awak tak percayakan saya sebab awak main teka sebarangan tanpa usul periksa. Dah tu berkaitan dengan lelaki pulak. Awak ingat saya tak sedar yang saya ada suami dan anak ke?”

“Okay okay, calm down. Awak deman ni tak pasal-pasal makin teruk nanti. Okay sayang, saya salah. Saya janji..”

“tak payah berjanji kalau sendiri tak ingat apa yang dijanjikan.”

“Saya tetap BERJANJI tak akan macam ni lagi okay. Jom!” gigih Em menarik tangan Ann untuk turun daripada katil.

“Nak ke mana?”

Urine test. Ke toilet lah.” Jawab Em dengan muka blur. Pregnancy test di tangan Em diambil oleh Ann.

“Dah tu. Kenapa nak ikut saya ke toilet?” Ann menolak Em ke tepi.

“Tapi sayakan suami awak.” Em mengikut Ann berjalan menuju ke tandas.

“Takkan ke toilet pun awak nak ikut? Lepas ni saya bagi lah awak pregnancy test tu. Dah dah..duduk diam-diam kat katil tu.” Jangan haraplah Em nak duduk di katil. Dia menunggu betul-betul di depan pintu bilik mandi bilik mereka sementara Ann membuat urine test sendiri. Dalam hati Em sendiri berteka teki sama ada Ann positif mengandung ataupun tidak.

“Sayang?” Em mengetuk pintu bilik mandi selepas agak lama menunggu di luar.

“Sekejap. Saya tengah gosok gigi.” Gosok gigi? Ann ni dah periksa ataupun belum?

“Dah shi shi belum? How’s the result?” Ann menjeling pregnancy test di atas sinki di depannya. Sengaja dia menerbalikkan pregnancy test tersebut, tak nak tahu keputusannya dulu. Dia nak tengok sama-sama di luar nanti bersama suaminya.

“Dah! Bagi 15 minit, saya nak mandi.” Nak mandi? Ann ni memang menyiksa perasaan dia yang sudah tak senang duduk di luar. Masa mandi pun Ann tertanya-tanya apakah keputusan pregnancy test yang dilakukannya. Dia memang makan ubat, tapi agak lambat. Tapi, tak apalah kot.

“Sayang, do me a favour please?” Ann berteriak lagi dari dalam bilik mandi.

“Apa dia?”

“Ambik baju saya.” Kan kena buli isteri sendiri. Tapi jarang sekali tengok Ann mengarahnya macam sekarang. Em pun layankan dan turutkan permintaan isterinya. Ann memang isteri yang baik, Cuma dia rasa Ann membulinya sebab nak bagi hukuman kot. Tak kisahlah, asalkan masalah mereka dah selesai.

Pintu di bilik mandi diketuk Em. Malas nak berteriak dari luar memanggil isterinya lagi. Kalau sampai Hazwan dan Izah terdengar dari bawah, mesti mereka ingat dia dan Ann masih lagi bertengkar.

Thanks sayang. 5 more minutes please.” Ann menyambut huluran baju yang dipilihnya daripada walk-in-wardrobe mereka. Muka Ann memang slumber sambil tangan sibuk mengelap rambut yang basah dengan badan berbalut robe. Pintu bilik mandi ditutup semula. Tak apalah Em, sabar itu indah. Maka, tunggulah dengan penuh kesabaran.

Tidak lama kemudian, Ann keluar dengan memegang pregnancy test di tangannya. Siap dilindung dengan tuala yang digunakan untuk mengelap rambutnya tadi.

“Actually, saya belum tengok lagi keputusan kat pregnancy test ni. Nak tengok sama dengan awak and nak tahu how we react.” Ann mengalihkan tuala di tangannya dan membawa pregnancy test itu dekat dengan Em.

Keputusan yang ditunjukkan pada pregnancy test itu membuatkan mereka sama-sama terdiam. Lama memerhati pregnancy test itu untuk menghadam apakah keputusannya. Em membawa Ann ke dalam pelukannya. Setitis air matanya tumpah. Dia tidak mahu menunjukkan riak wajahnya kepada Ann yang jelas masih memgang dan memandang pregnancy test di depannya.

Rezeki ada di mana-mana dan datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang apa yang kita minta dan harapkan kita tak dapat, tapi yang kita taknak, itulah yang datang kepada kita. Ann melepaskan pregnancy test ditangannya dan membalas pelukan Em.

“I’m sorry.” Itu sahaja yang diluahkan Ann di depannya. Makin erat pelukan Em.

It’s okay sayang. Semua yang jadi ada hikmahnya.” Em memimpin tangan Ann untuk membawa Ann keluar daripada bilik dan turun menyertai Izah dan Hazwan yang sibuk bermain dengan Sofea dan Faiq. Baru turun satu anak tangga, Ann menarik semula Em masuk ke dalam bilik. Dia mengambil pregnancy test yang dilepaskannya tadi. Memerhati semula, sama ada terdapat perubahan ataupun tidak.

“Kita ada satu lagi pregnancy test yang Izah beli ni. Wanna try again?” Em mahu mangambil plastik di atas meja tepi katil tapi Ann menggeleng kepalanya.

“You know, we can’t change the result. Kita mesti terima dengan hati yang terbuka kan?” tangan Em diusap perlahan.

Sebaik sahaja turun ke bawah, Em terus menyertai Hazwan di ruang tamu sementara Ann dan Izah di dapur. Tak adalah nak memasak sebenarnya, lebih kepada memberi ruang kepada masing-masing untuk berbual bersama kawannya sendiri. Sofea dan Faiq hanyalah ubat nyamuk semata-mata.

“So, baby number three is coming out very soon?” soalan pertama daripada Izah membuatkan Ann hanya menggeleng. Terdetik juga keraguan di hati Ann dengan kepakaran Izah ni. Macam tak boleh dipercayai sangat bila dia muntah sikit dan tak dapat cium bau, terus cakap dia mengandung walaupun belum buat ujian air kencing lagi. Dia hanyalah demam semata-mata.

“Negative, man!” itu juga jawapan daripada Em setelah Hazwan bertanya soalan yang sama. Bukan main Hazwan yang tengah mendukung Faiq menarik tangan Em yang berjalan lambat ke arahnya. Hazwan membetulkan duduknya. Agak terkejut juga dengan jawapan yang tidak langsung terlintas di fikirannya.

Izah punya cerita, dia percaya bulat-bulat sampai tak ada keraguan langsung. Yelah, Izah kan doktor jadi apa yang dikatakan nampak benar. Terus rasa bersalah dengan Em kerana tanya soalan yang agak direct.

“Sorry Em, aku tak tahu yang Izah…”

“Eh nevermind. Tak ada rezeki, Wan. Nak buat macam mana kan? Faiq pun masih perlukan Ann 100 peratus sebab dia kecik lagi kan.” Faiq diambil daripada Hazwan dan dibaringkan di dadanya. Terdetik juga hatinya, kalau Faiq baru setahun lebih sudah beradik, takut tak adil baginya. Dulu Sofea Hani hadir, tumpuan Ann memang 100 peratus sebab Ann tak bekerja. Sekarang, Faiq Anaqi baru berusia kurang 10 bulan, Ann sudah bekerja dan masa agak kurang digunakan bersama. Setidaknya, biarlah Faiq berumur 2 tahun dahulu untuk memberi laluan kepada yang ketiga.

“Try again bro! I know you can do it!” Hazwan tersengih. Cakap ‘try again’ konon. Ingat Em main game ke apa nak suruh cuba lagi.

Family Planning, Wan. Ann ambik pil jugak, so dia pun memang tak expect langsung and tak percaya pun yang Izah cakap. Bini aku ni kalau demam, unik sikit. Wangi sangat tak boleh, busuk lagilah tak boleh. Kalau muntah tu perkara biasalah.” Sofea yang datang membawa muffin di dapur naik duduk di antara dia dan Hazwan.

“Izah konfiden tahap main Clash of Clan kotttt.. bagitahu aku tadi. Agak terkejut jugaklah aku dengar tadi.” Sofea yang khusyuk makan muffin di tepi Hazwan terus mendongak memandangnya.

“Uncle Awan, nak main Clash of Clan please.” Tangan dihulurkan, berharap agar Hazwan memberinya telefon.

“No sayang. Battery Uncle Awan empty dah. Tangan tu kotor dah makan muffin. Basuh tangan kat Mommy dulu, lepas tu main phone Daddy.” Em tak suka sebenarnya anaknya main harta benda orang sesuka hati. Walaupun pakcik sendiri. Dia lebih galakkan anaknya bermain dengan harta milik sendiri. Kalau rosak, tak adalah rasa bersalah dengan orang lain. Cepat Sofea turun daripada sofa dan berjalan menuju ke dapur.

“Kau ni, dengan aku pun nak letak barrier untuk Sofea. Dia dah macam anak aku, Em. Kalau phone aku rosak sekalipun, tak adanya aku mintak kau ganti.” Em tersengih dengan kata-kata berbaur teguran daripada Hazwan. Tak terfikir pun Sofea akan rosakkan barang Hazwan, tapi dia tak mahu Sofea terbiasa.

“Sebenarnya, aku taknak level kau lagi tinggi dari level aku kalau Sofea main.” Please lah dengar alasan Em, satu patah pun Hazwan tak percaya. Nak mengelak lah tu. Balik-balik Sofea ke ruang tamu semula, Hazwan terus bagi telefonnya kepada Sofea. Em nak marah Sofea pun, bukannya Sofea tahu.

“Aku cakap betul ni. Kalau rosak aku taknak ganti.” Em pergi ke dapur untuk mengambil botol susu Faiq. Tadi Sofea basuh tangan terlupa nak pesan Sofea bawak botol susu Faiq sekali.

“Sorry to interrupt you ladies.” Faiq diserahkan sebentar kepada Ann sementara Em membancuh susu Faiq. Kalau suruh Sofea bawak tadi pun tak guna, sebab Ann tengah rancak berbual, terlupa nak buatkan susu Faiq.

“Oh, kalau macam ni lah gaya Em layan kau dengan anak-anak, aku rasa 10 orang pun tak apa kot anak korang.” Em macam dapat tangkap, apa topik perbualan isterinya dengan Izah di dapur pada waktu itu. Em menoleh ke belakang dan tersenyum kepada Izah tanda setuju dengan kata-katanya.

“Tak ada rezeki untuk yang ketiga, nak buat macam mana.” Ann menjawab dengan muka tak berperasaan. Kepala yang masih pening memang membuatkan dia malas memasak. Nak makan di luar, serius dia tak larat nak berjalan. Tadi turun daripada tingkat atas pun Em yang memimpin tangannya. Nak telefon Pizza, dia rasa dah tak dapat menelan Pizza. Demam-demam pun dia mencari nasi.

“Ni, nak makan apa nak masak tengah hari?” Em yang mengambil Faiq daripada Ann sempat mengusap kepala isterinya. Izah menjadi pemerhati setia mereka dari dulu sampailah ke sekarang.

“Babe, can you cook chicken porridge for me, please?” Izah pun dah macam kebulur tahap kuasa sepuluh, hanya mengangguk bersetuju. Dia hanya larat masak satu jenis makanan sahaja seperti yang diminta oleh Ann. Penat lepas oncall dia belum surut lagi bila dia OT tak berbayar menjaga Ann semalaman sewaktu Em di Bangkok. Ala, kawan baik dunia akhirat, takkan dia nak berkira.

Thanks Izah. Nanti saya belanja satu me-time session dengan Ann without the babies and partner too.” Em berjalan masuk ke ruang tamu semula. Melihat keadaan Ann yang tak berapa nak larat untuk menemani izah di dapur, Izah memaksanya untuk masuk ke bilik tidur sementara dia memasak di dapur.

Sewaktu Ann naik perlahan ke tingkat atas, dia mengusap perutnya. Walaupun dia agak bersyukur sebab ‘family planning’ yang dia dan Em rancang awal menjadi, tapi dia juga mengharap agar dia mengandung anak ketiga.

Soon baby, very soon.” Perutnya diusap perlahan. Tadi pun jelas kekecewaan di wajah Em bila tengok pregnancy test negatif. Kalau positif, boleh-boleh suaminya melompat-lompat sebab terlalu gembira.

Hal kerja? Ini lagi satu perkara yang dia akan bincangkan dengan Em nanti. Kerja di rumah sambil jaga suami dan anak-anak pun dia okay.

“Hey..” baru nak melelapkan mata, Em masuk dengan perlahan ke dalam bilik dengan membawa bebeapa helai kertas. Em ni agaknya nak curi tulang sekejap daripada menjaga Faiq dan Sofea di bawah.

“Sofea and Faiq?”  

As usual lah, suruh Uncle Awan dan Mama Izah yang jaga kejap sementara saya nak cakap sikit dengan awak.”

Tak mahu buat mukaddimah panjang-panjang, kertas di tangan dihulurkan kepada Ann. Ann membaca tarikh, masa dan destinasi yang ditunjukkan di atas kertas. Ho Chi Minh, Vietnam? 3 hari 2 malam.

Birthday saya dan anniversary kita masih lama lagi. Ni ada menang peraduan ke apa tiba-tiba nak bercuti?”

“Saya tak suka masuk pertandingan macam itu, and you know that very well. Ni kira weekend gateway kita dan anggaplah ni kita bercuti kat negara luar yang dekat-dekat untuk luangkan masa dengan family. This is Faiq first trip to overseas. Masa pun sama macam dari KL ke Kuching, jadi tak adalah masalah sangat sebab dia dah biasa. And… anggaplah vacation ni untuk tebus balik saya tak dapat bawak awak sama ke Bangkok semalam.”

“Saya sayang awak.”


“Okay, saya tahu awak dah tak ada modal, awak cakap penutup terus. Love you more. Tidurlah. Saya nak turun. Nanti kita cakap hal ni lagi.” Tak susah untuk Ann melelapkan mata bila kepala dah pening sampai tak ada mood nak cakap lagi dengan suaminya. Lagipun, macam kejam sangat Em tinggalkan Hazwan dan Izah di bawah.