Thursday, October 4, 2012

p/s : Jangan Baca..

Salamun salam and a very good days.. Alhamdulillah, dah siap assignment Language Development III saya. Beberapa hari ini, perasaan aku macam bercampur baur. Kalau kata aku tak solat, aku solat *maaf kalau aku nampak riak, pada hakikatnya aku tak show off* tapi kenapa aku seringkali didatangi pelbagai dugaan. Sungguh aku tak kuat. Orang macam aku, agak malas nak berduka pada ekspresi luaran walaupun hati aku macam disiat-siat kerana luka yang dalam. Hiperbola kan? Pedulikan. 

Macam mana eh? kepala otak aku dah serabut sangat. Kalau aku fikir-fikir balik kan, aku banyak fikirkan masalah yang bukannya masalah aku. Dan percayalah daripada si pemilik masalah itu,aku pulak yang overreact sedih segala bagai emosi bila memikirkan tentang masalah itu. Aku dah cari kekuatan itu merata tempat tapi kekuatan itu kejap ada kejap takda. On off la pulak. Macam chipsmore. Minggu ni aku takleh balik and Raya Korban ni pun aku tak confirm lagi balik ke tak. kalau lah aku tak balik, inilah first time aku tak raya dengan family aku. Sedih la jugak tapi mengenangkan exam apa salahnya aku berkorban kan. Normal lah hidup kita sebagai pelajar ni, jauh dengan family pulak. Aisehh, kalau aku memang tak balik memang rasa macam study kat overseas la. Overseas la sangat. Padahal over river Rajang je pun. Sila lol kalian. 

Aku risau dengan keadaan aku sendiri. Since aku tak tahu nak meluah kat orang, aku luah kat sini lah. Nasib baik lah blog ni tak ada mulut. Kalau tak, entahlah. Sila lol lagi. I'm  trying harder to make myself happy. Nasib la assignment dah habis. Tapi homeworks belum lagi, foldersss belum lagi. Macam manalah nak happy ni. Sila lol lagi lagi. Mesti anda yang MUNGKIN membaca blog ini tak faham kan maksud entry ni. Aku sendiri pun tak faham. 

Honestly, aku ber-blogging pun tak tahu sebab. Mungkin suka-suka. Mungkin ingin mencari kawan-kawan di alam maya. Dan mungkin jugak, inilah diari public aku. Mungkin sekali lagi aku berblog sebab kawan PLKN aku suruh.Sila lol lagi lagi dan lagi. Aku harap sangat ada makhluk yang bersiap siaga menolong aku. Mungkinkah Superman, mungkinkah Spiderman atau pun Boboi Boy. Ketawa lah Fateen ketawa. Kau buat entry bodoh-bodoh sekarang, silah ketawa. Dan hati aku bermonolog "aku tak ketawa" Palm face.

p/s " La takhzan. Nurul Fatin. Allah sentiasa bersama hambaNya. Semakin banyak dugaan yang kau hadapi, semakin kuatlah engkau. Ya Allahhhhhh :(

No comments: