Assalamualaikum and Hi!
My dear loves, sorry sebab saya terlalu sibuk for these past few weeks sampai tak dapat nak update latest part for SII. Maag lagi, lagi dan lagi.
I was not well during the first week of my so-called holiday. Ya, during my School Based Experience, the whole week I was not well. Name it, muntah, diarrhea, migran, gastril sampai lah ke low blood pressure semua datang combo. I bet you know how I felt. Dengan conduct lesson dengan students Darjah 3 lagi plussssssss, preparing for the lesson such as lesson plan, teaching aids etc. Tapi bila sendiri tak sihat dan konon tak bertenanga nak buat kerja semua, tetiba ada Abang Superman datang tolong! Wiwiwiwiwiw. *ILOVEYOUSOMUCH* (Biasalah perempuan kan, bila dah dibantu macam nilah jadinya. kbai)
And a few of you asked me bila next part bila next part bila next part, so semangat nak buat memang ada, cuma tak ada masa. Still... kat kampung pun busy jadi Mak nombor 2! Hehehehe. Of course I baked something too. This time bergedil! Will blog about it later! Lama dah tak blog pasal baking story kan? Diskriminasi betol! :p
So, terima kasih atas kesabaran anda yang cukup tinggi menunggu dan sentiasa tekan butang refresh pada home demi mengharapkan keajaiban berlaku. Dan pada malam ini, siapakah yang beruntung melihat keajaiban link Sabar Itu Indah Part 8 ini appear? lol
Mind you, F kat bagi saya publish dulu sebab dia nak jadi first person baca, but sorry not sorry F, I have to publish this! Tomorrow will be another hectic day for me. Until the English Fest is done. In sha Allah. Haih!
*******************************************
Selepas makan tengah hari, Em
masih lagi melayan Sofea di ruang tamu sementara menunggu Ann berkemas di dalam
bilik. Em dah siap menelefon Mama pagi tadi memberitahu bahawa mereka akan
bermalam di rumah Mama dan Papa Em. Bukan sebab ada apa-apa urusan keluarga
yang membawa mereka ke sana, sengaja bermalam sebab setelah sekian lama tidak
meluangkan masa bersama.
Tipikal Ann. Bila bab mencari
pakaian untuk ke mana-mana sahaja, muka pasti berkerut. Tak sah kalau tak
keluar masuk beberapa kali daripada walk-in
wardrobe mereka dan membelek pakaian yang dipakai di hadapan cermin bilik.
Kalau masih tak puas hati sebab tak matching,
masuk balik dalam walk-in wardrobe dan
tukar kepada pakaian yang lain. 30 minit adalah waktu yang paling singkat bagi
seorang Ann untuk berkemas. Itupun tidak termasuk mandi, dan duduk di depan
meja untuk belek-belek muka dan tudung.
Em melihat Sofea sudah tertidur
di sebelahnya. Penat bermain dengannya tadi, Sofea cakap nak tengok Pocoyo.
Nasib baik Astro memang suka ulang tayang siaran, jadi kebetulan juga Pocoyo
pun tengah on air. Tak payahlah dia
sibuk cari CD dekat bilik games untuk
penuhi permintaan si anak. Dia melihat di kawasan tangga menuju ke tingkat atas
rumah mereka, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan si isteri akan turun.
Beg yang berisi pakaian mereka bertiga sudah diletak awal dalam bonet kereta selepas siap packing awal pagi tadi, tinggal tunggu
Puan Besar siap berkemas sahaja lagi untuk bergerak.
“Ish.. takkan lah nak pergi rumah
Mama pun kena bersiap lebih daripada 30 minit?” sempat lagi Em mengeluh bila
dilihat jam sudah melebihi waktu minimum si isteri berkemas. Sofea pun macam
dah sampai bulan bila sudah tidur di lengannya. Kesian Sofea, dah cantik-cantik
kena kemas, kena tunggu Mommy sampai tertidur. Kan dah jadi fashion disaster kalau dia bangun nanti. Lama Em berkira-kira untuk melihat
isterinya, akhirnya TV ditutup dan Sofea diangkat menuju ke bilik tidur mereka.
Tujuannya, dia nak tengok progress si
isteri yang sedang berkemas dalam bilik. Kalau tak bagi hint, memang boleh jadi waktu Maghrib lah jawabnya pergi rumah Mama
nanti.
Bila pintu bilik dikuak dari
luar, dia lihat kepala Ann masih lagi berbungkus dengan tuala. Baju atas katil
memang tak usah cakap, macam longgokan baju dekat dobi. Tak banyak cakap, Em
terus meletakkan Sofea di atas katilnya sendiri. Kepala yang tak gatal digosok
beberapa kali apabila memandang pakaian si isteri di atas katil. Lagak Ann yang
nampak tertekan memilih pakaian seolah-olah mereka akan keluar nak pergi majlis
besar-besar, padahal nanti direct ke
rumah Mama.
“Why is it so hard for you to pick one random cloth untuk ke rumah
Mama? Ni dah mengalahkan orang nak attend
award dah bila pakaian kena selerakkan atas katil.” Okay, mukaddimah Em
macam salah sebab Ann tunjuk muka annoying
orange depannya. Dengan muncung sedepa, dari meja solek, Ann berjalan ke
arah katil dan mengambil semua pakaian yang ditikamnya di atas katil sedari
tadi. Em bergerak menghampiri si isteri. Ini yang dia payah, kalau dah silap
cakap, Ann akan memberontak dalam diam.
“…Okay okay. Sorry. Kenapa ni? I
thought 70% of the wardrobe are filled with your clothes. Takkan tak jumpa
apa yang berkenan lagi? After all,
kita nak terus ke rumah Mama terus lepas ni. Apa susah sangat. Pick up any random cloth and pakai lah
terus, sayang.” dalam memujuk pun Em masih tunjuk unsur sarkastik dengan
isterinya. Tapi, tangan mengambil semula pakaian yang dikutip isterinya tanda
memujuk. Tuala di kepala dilemparkan di atas katil tanda memberontak kali
kedua.
“Awak tak faham macam mana
rasanya orang pregnant!” Melihat Ann
yang duduk di tepi katil, dia pun turut serta sekali duduk di sebelah isterinya.
Tapi apa yang dikatakan oleh Ann langsung tak ada kaitan dengan pakaian yang
dilonggokkan oleh Ann.
“Then? Apa kaitan pregnant
dengan baju awak?” Kan susah bila Em jadi blur. Ann tayang muka “seriously” dengan Em disebelahnya.
Langkah diatur menuju ke walk-in wardrobe
semula.
“Sayang..” Em memanggil
isterinya. Dia menyangka Ann merajuk.
“Kejap lah..” masih lagi dia
dapat mendengar Ann menjawab dari dalam. Tidak lama kemudian, Ann meletakkan weighing scale di hadapannya. Sekali
lagi Ann tercengang melihat otak lagging Em yang nampak blur dihadapannya
walaupun dia dah bagi hint bila
datang bawak scale didepannya. Dengan
malas, Ann naik ke atas penimbang yang betul-betul berada di hadapan Em.
“…please tolak berat saya last
month dengan apa yang awak nampak sekarang.” Arah Ann kepada Em yang masih
lagi tak tahu apa-apa.
“13 kg!” Em jawab dengan muka
slumber.
“To
be specific,
naik 13kg! It’s 13kg! Oh my God, are you
kidding me?” Em ketawa melihat Ann yang jalan mundar mandir di hadapannya
dengan muka tak percaya. Sekejap kemudian, dia lihat Ann melihat dirinya di
hadapan cermin.
“So? 13kg je pun.” Em cuba untuk
mempositifkan isterinya. Tapi Ann pula yang terkejut mendengar komen suaminya.
“What? Jeeeeeee? Excuse me Mister, nak buang 1kg lagi susah, ni kan pulak 13kg okay. And I’m just about 3 months pregnant.
Can you imagine kalau dah 9 months?
Minus the baby later, still.. berat saya macam ni. Oh my, taknak lah post gambar kat instagram. Nanti semua orang
cakap saya gemuk!” Untuk kesekian kalinya, Em ketawa mendengar apa yang telah
dikatakan oleh isterinya.
“Oh, maksudnya, awak tak dapat
pilih pakaian sebab semua dah tak muat?” baru masa itu otak Em dapat berfungsi
apabila melihat si isteri masih lagi tidak bersiap dari tadi.
“Yes,
yes, yes! Exactly.”
“Takkan satu pun tak muat?”
“Ada.”
“Then?”
“Yang muat, tak ada yang dapat matching dengan the tudung that Mama bought for me last week.” Jaw-dropped! Apa kena dengan Ann ni, Em
sendiri tak faham. Ingatkan pakaian yang sedia ada, semua tak muat sehingga tak
lepas masuk ke pinggang, rupa-rupanya, hanya kerana tak sepadan dengna warna
tudung! Itu yang payah bila seorang isteri yang ada high sense of fashion tengah ada symptom pembawakan, kan rumit jadinya. Em berpaling melihat
longgokan pakaian di atas katil. Masa untuk tunjukkan kuasa vetonya sebagai
seorang suami. Tangan sibuk memilih pakaian yang dilihatnya sesuai dengan
penampilan isterinya.
“This!” Tangannya mengangkat sehelai plain maxi dress di hadapan isterinya.
“..you
must wear this.
Kalau nak tunggu awak pilih, memang Mama akan bising sebab kita takkan sampai
ke rumah within this few hours. Later,
I’ll help with the tudung.” Em main hentam cakap depan isterinya. Dia nak
tolong bab tudung? Maaflah, sejak bila dia tahu? Baru sahaja Ann mahu menolak,
Em tunjuk muka singa. Kalau Ann tak diberi muka tegas, memang takkan selesai
masalah mix and match nya. Mahu tak
mahu, dia terpaksa mengambil baju yang dipilih oleh Em dan terus dipakainya.
“This
is the tudung.”
Ann menghulurkan tudung di hadapan Em. Serius dia blur nak buat macam mana. Ann
pun satu, tak boleh ke nak pakai apa-apa tudung yang ada sampai nak sangat
pakai apa yang Mama beri. Macam esok-esok tak boleh pakai sahaja lagaknya. Mama
pulak, dah cukup unik tudung dia bagi kat menantu sampai menantu sendiri dah
tak tahu nak pakai dengan baju apa untuk matching
tudung itu. Itulah dia Em, macam lelaki lain. Kalau bab-bab perempuan
memang dia surrender awal. Kalau jadi
lelaki kan senang, jeans tak adanya nak pecah kepala kalau nak pilih. T-shirt
pun asal dah nampak yang berkenan, terus sarung. Sebab itu, serumit-rumit
perempuan pun, dia tetap salute
dengan perempuan sebab kreatif walaupun rumit.
Tudung yang dihulurkan disambut. Square-shaped tudung atau bahasa yang
dia selalu dengar Ann cakap, tudung bawal. Isterinya didudukkan di atas kerusi.
Tangan yang memegang iphone sibuk
mencari video tutorial di YouTube. Buang
tabiat. Ann tetap setia menunggu walaupun dia tahu Ann sebenarnya sedang
menyembunyikan senyum. Em tetap berlagak tenang walaupun dia agak takut
sekiranya si isteri tidak suka pilihannya nanti. Hampir 2 minit mencari video
yang sesuai di YouTube dia masih tidak dapat menemui apa yang dimahukannya,
akhirnya iphone diletakkan semula di
atas meja. Matanya melihat ke arah cermin depannya dan terarah ke arah Ann.
Akhirnya mereka sama-sama ketawa.
“Takkan dah kalah? Tadi bukan
main awak cakap ‘I’ll help with the
tudung’ kan.” Sempat lagi Ann mengajuk semula apa yang dia cakap tadi.
Pantang bagi Em untuk mudah menyerah kalah, dia mengambil semula iphone di atas
meja. Gigih mencari tutorial dan akhirnya..
“Gotcha!”
Diinspirasikan oleh video yang
dia baru tahu daripada YouTube, Em mula mengatur tudung di kepala isterinya.
Sesekali mereka ketawa apabila Ann bagi komen pelik semasa dia sedang
memakaikan tudung di kepala Ann.
“Hmm, not bad. Good try.” Ann yang sebelumnya duduk di kerusi, berdiri
melihat dirinya di hadapan cermin setelah 5 minit Em berdiri di belakang dengan
memakaikannya tudung yang diberi oleh Mama. Padahal tudung segi empat, tapi nak
pakai mengalahkan orang yang memakai shawl!
“Haih.. tak pernah-pernah dalam sejarah
hidup saya, saya buat benda macam ni. Dapat masuk book of record lah. Patutnya saya record jugak tadi, and letak dalam Keek awak, pastu jadi viral and
kita akan jadi famous macam Ameena
dan Osama ni kan?” Em tunjuk muka
eksaited sebijik Sofea dan over depan Ann.
“Over tau!” Ada kah patut jadi popular
sebab upload video dia pakaikan tudung di Keek.
“Tapi tak naklah. Segan pulak
saya kalau kawan saya cakap saya sweet sangat
dengan isteri saya. Nanti terus semua nak tiru saya and letak dalam YouTube or
Facebook. Lagipun taknaklah saya show off
isteri saya depan orang kalau dah famous
nanti.” Em dah siap pasang angan-angan ke laut.
“Jauh angan-angan awak pakcik. Record video pun tak, terus cakap benda
yang takkan terjadi.”
“What if it really happen?” Em menyoal semula isterinya.
“It
won’t happen as long as
awak tak upload kat Keek saya. And the most important thing is, awak
tak record pun! Come, let’s go. Tadi awak jugak yang bising cakap saya lambat.”
Baru sahaja Ann nak bergerak ke katil Sofea, Em menarik dan memeluknya dari
belakang.
“Once
you’re mine. Forever you will. Thinking of showing you freely in front of the
public and letting them giving whatever comments about us, is definitely a NO
to me. Kalau nak
bagi saya apply black belt saya
dengan mereka, boleh lah. Even it’s a
positive comment, kalau saya jealous
or offended by them, I’ll make sure I can “serve” them better than a master of
Tae Kwan Do.” Kata-kata Em terus melekat pada diri Ann.
“Seram! Macam obsess pun ada
jugak awak ni.” Em terus ketawa. Ann
tahu, kata-kata Em memang exaggerate tapi
selebihnya dia tak bermaksud begitu pun. Buat apa nak melatah kalau sendiri
cari pasal. Kalau taknak orang buat hal, jangan cari hal. As easy as ABC. Dia bukan orang tak bermoral, main hentam orang
sebarang. Bukan taste dia nak cari
publisiti murahan macam sesetengah pihak. Lainlah macam video yang dia lihat
tadi, itu memang memberi inspirasi.
“Saya guraulah. Tapi memang saya
akan protect isteri saya dan keluarga
saya kalau betullah orang yang saya sayangi berada dalam keadaan bahaya.” Em
menambah lagi. Sofea yang masih lagi tidur diangkat dan dibawa ke tingkat bawah
sebelum mereka bergerak.
Di dalam kereta, topik yang
menjadi isu mereka di dalam bilik tadi, diulang tayang semula. Apa lagi kalau
bukan tentang berat badan Ann yang meningkat dengan mendadak. Sempat pula Ann
menyalahkannya kerana membiarkan dirinya makan tanpa kawalan sehingga
menyebabkan berat badannya semakin meningkat.
“It’s
okay sayang. Right after our second baby umur 6 months,
awak boleh register kat gym nearby. Definitely the good choice sebab gym tu khas untuk post-pregnant mom
and the most important is, gym tu hanya untuk perempuan.” Em memberi
semangat kepada isterinya. Sebenarnya, sudah lama dia memasang niat untuk
mendaftarkan Ann di gym yang telah
dia temui hasil daripada Google Search
tak lama dulu tapi dia rahsiakan daripada pengetahuan Ann kerana masih terlalu
awal untuk memberitahu isterinya. Alang-alang si isteri sudah merungut pasal
berat badan, terus sahaja dia nyatakan niatnya kepada Ann.
“Really?” Ann bagaikan tidak percaya
dengan apa yang telah disampaikan oleh Em kepadanya. Em hanya mengangguk dan
tersenyum melihat Ann. Baginya, dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk Ann
demi menghargai pengorbanan Ann selama mereka bersama, apatah lagi melahirkan
anak-anak mereka. Dia mahu Ann sentiasa rasa dihargai dan disayangi olehnya.
Seperti yang dijanjikan, Em
memberhentikan keretanya di hadapan Guardian atas permintaan Ann sendiri.
Apabila Em ingin turut serta keluar untuk sama-sama masuk ke Guardian, Ann
meminta Em untuk menunggu di dalam kereta sahaja kerana Sofea masih lagi tidur.
Sofea yang mulanya berada di baby sit
di bahagian tempat duduk belakang, diambil dan diletakkan di atas ribanya. Agak
payah untuk Em melepaskan Ann sendiri keluar kerana dia terlampau risuakan Ann
dan keselamatannya, namun mengenangkan Sofea yang tidur, dia terpaksa
bersetuju. Dari dalam kereta dia melihat setiap gerak-geri si isteri membeli
barang.
Dari dalam kedai, Ann dapat
melihat kereta suaminya diparkir di hadapan. Sikap terlebih risau Em membuatkan
dia merasakan bahawa Em masih belum mempercayainya untuk berdikari. Padahal dia
sendiri ragu-ragu untuk berseorangan kerana sudah terbiasa ditemani oleh Em
ataupun sesiapa sahaja apabila keluar rumah, walaupun ke kedai yang
berhampiran, dia tidak pernah keseorangan.
Dalam dia sibuk mencari barang
yang hendak dibeli, Ann terlanggar seseorang. Selepas mengucapkan maaf tanpa
memandang orang dihadapannya, matanya masih mencari barangan di rak. Iphone di tangannya dirampas dan
membuatkan Ann mendongak melihat orang didepannya.
“Ingat saya?” Ann terkejut
melihat orang yang sudah lama tidak dilihatnya berada dihadapannya. Mulutnya
tak mampu untuk berkata apa-apa dan membuatkan orang yang berada dihadapannya
tersenyum seolah-olah kemenangan berpihak kepadanya. Iphone ditangannya dirampas dan membuatkan Ann berusaha untuk
mengambil semula daripada orang itu.
“Awak siapa? Saya memang tak
kenal awak!” Serius, dia memang tak kenal siapa lelaki di hadapannya. Kecut
perutnya mengenangkan dia tidak ditemani oleh sesiapa pada waktu itu. Janganlah
lelaki itu ada niat tak baik dengannya. Dalam hati sempat berdoa, agar Em
datang untuk menyelamatkannya.
“Sebelum kau tanya dia ingat kau
atau tidak, baik aku tanya kau dulu, kau kenal aku?” Superman yang entah bila datang menyelamatkannya dipandang tanpa
berkelip. Iphone di tangan lelaki
asing tersebut dirampas semula. Walaupun sebelah tangan mengendong Sofea, Em
masih lagi dapat berkasar dengan lelaki asing di depannya. Lelaki asing itu
seakan-akan mahu berlari meninggalkan mereka tapi bajunya ditarik kasar oleh
Em.
“Satu, kau salah orang kalau nak
buat taktik mencuri cara psycho. Dua,
tempat kau nak buat kerja memang masuk jerat sendiri. Tiga, kalau kau dah rasa
puas hidup, kau nak cabar aku, baik kau dengan aku. Bukan dengan perempuan!”
Sudahnya, lelaki asing itu diberi satu saguhati daripada Em sebelum dia
memanggil pengawal di hadapan pintu masuk kedai itu.
Kalau tidak mengenangkan dia
sedang membawa Sofea, silap hari bulan memang apa yang dikatakannya kepada Ann
di rumah tadi akan betul-betul terjadi. Em dapat merasakan pinggangnya dipeluk
erat oleh Ann di tepi. Mukanya ketakutan apatah lagi bila melihat Em
seakan-akan berada pada tahap baran yang maksimum. Bila pihak kedai datang
meminta maaf, dia angguk sahaja. Nak marahkan mereka pun tidak patut sebab
mereka sendiri pun tidak menyangka kejadian seperti itu berlaku. Pencuri datang
kepada mangsa seolah-olah rakan yang sudah tidak lama bertemu terserempak.
Sebelah tangannya memegang tangan
Ann yang sudah berpeluh dan membawanya segera masuk ke dalam kereta. Barangan
yang ingin dibeli ditinggalkan. Masuk sahaja ke dalam kereta, Ann masih lagi
diam.
“Come..” tubuh Ann dibawa ke dalam pelukan setelah Sofea diletakkan
semula di bahagian tempat duduk belakang.
“Sorry.” Serentak mereka mengucapkan
perkataan itu. Untuk apa mereka mengatakan maaf, hanya mereka sendiri yang
faham. Mungkin bagi Em, maaf sebab kerana terlalu lalai membiarkan isterinya
keseorangan sehingga menyebabkan insiden tadi berlaku. Bagi Ann, maafnya kerana
terlalu leka sehingga membuatkan Em bimbang dengan dirinya.
“Saya takut..”
“I
know..” lama
mereka berpelukan sebelum Ann tenang semula. Apa yang telah berlaku cukup
memberi peringatan kepada Em untuk tidak membiarkan isterinya keseorangan di
tempat awam walau sekejap sahaja. Bukan sahaja Ann trauma, dia pun turut serta.
Walaupun Ann tidak mengalami apa-apa kecederaan, tapi keselamatan Ann mungkin
turut terancam sekiranya dia tidak ada sebentar tadi. Ann bukannya macam
mana-mana perempuan yang boleh survive
di luar, Ann sudah terbiasa dimanja dan dilindungi olehnya, jadi mana mungkin
dia boleh terbiasa dengan keadaan di luar yang semakin hari semakin bahaya.
Dulu, mungkin Ann seorang daripada orang yang tidak takutkan bahaya bila
berseorangan di luar, tapi Ann sejak menjadi isterinya adalah Ann yang sentiasa
dilindungi.
Sampai sahaja di rumah Mama,
Sofea sudah dibawa masuk awal-awal lagi oleh datuknya.
“Sayang, jangan bagitahu Mama
tentang perkara yang jadi tadi.” Sempat lagi Em berbisik di telinga Ann sewaktu
mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Bila Ann mengerutkan dahinya tanda minta
penjelasan, senang sahaja Em menjawab.
“… cukuplah saya kena marah pasal
tanda kat dahi Sofea. Jangan tambahkan pulak dengan apa yang jadi tadi. Tolong
saya okay?” Ann tersenyum dan mengangguk. Kasihan si suami, walau siapa pun
yang bersalah, pasti dia yang akhirnya dimarahi.
Setelah sekian lama tidak
lepak-lepak bersama keluarga Em, mereka menghabiskan petang bersama-sama di
laman rumah. Lama mereka berbual kosong, ingatkan Em dapat terlepas daripada leteran
Mamanya, tetapi apabila Sofea yang berlari daripada dalam rumah mendekati
neneknya, terus Mama bagi direct bomb
dengan Em dan Ann sekali apabila melihat masih ada tanda di dahi Sofea selepas
terjatuh.
Masuk sahaja ke ruang tamu, Ann
lihat ada seorang perempuan lingkungan umur Mama dan Ummi duduk di hadapan TV.
Namun, melihatkan cara penampilan perempuan itu seperti masih lagi berjiwa
muda. Legging dengan baby-T. Rambut blonde celup ataupun bukan warna asal. Bahu suaminya dicuit tanda
minta penjelasan.
“Long
story to be shorten later. In our room. Baby need a rest.” Jawapan daripada Em sungguh
tidak memuaskan hatinya yang masih lagi tertanya-tanya. Curiousity kills the cat dear Hubby. Nak tanya Mama dia jadi segan,
macam desperado sangat. Nak tanya
adik Em, lagilah dia taknak. Kenapa out
of the blue jadi kpochi dengan
adik iparnya. Haih! Ann terpaksa menunggu untuk suaminya menceritakan dari A
sampai Z di bilik nanti. Serius dia tak tahu apa-apa. Lagi-lagi si suami macam
tak ambik port sangat pasal benda
yang tiada kaitan dengan mereka.
“Sofea Hani..” Sofea yang
mendengar nama penuhnya dipanggil oleh Em terus menoleh. Padahal tubuh dah
berpeluh-peluh main kejar-kejar dengan anak abang Em dari luar rumah sampailah
ke dalam rumah. Cara Em mendidik Sofea, untuk cepat mendengar kata dan memberi
respon segera adalah dengan cara memanggil nama penuhnya.
“…come little girl.” Sofea berlari mendapatkan Em dan Ann di tepi
tangga. Dari jauh lagi sudah mendepangkan tangannya minta diangkat. Maaflah,
bila Sofea buat begitu, memang hanya untuk Daddy nya sahaja walaupun di
depannya ada kedua-dua Mommy Daddy.
Ann
mengekori suaminya dari belakang. Hujung baju suaminya dipegang. Gaya macam
budak kecik menempel
nak minta sesuatu.
“So,
who is she?”
baru sahaja pintu bilik Em ditutup, Ann terus tanya. Rasa tidak sabar ingin
tahunya terserlah dengan soalan direct
yang ditujukan kepada suaminya.
“Sofea kena mandi dulu sayang..”
dengan respon Em yang memang kurang memberansangkan membuatkan Ann masih
berdiri di pintu bersuara.
“Sofea masih berpeluh, tak boleh
mandi dulu. Cepatlah cakap.” Em buat-buat tak dengar. Baju Sofea dibukanya dan
Sofea diletakkan di atas katil selepas suis aircond ditekan.
“…Em!” kakinya dihentak tunjuk
protes apabila melihat sikap ignorance
Em, membuatkan Ann semakin hilang sabar. Sikap Ann yang terlepas laku sehingga
membuatkan Sofea turut memandangnya yang masih terjegat di pintu. Pulak pintu
bilik masih dibuka. Kalau Mama atau Papa atau adik-beradik Em lalu lalang di
hadapan bilik mereka pasti akan hairan melihat perangai Ann.
“Okay, okay. Saya bagitau awak. Come here and please tutup pintu dulu.”
Em sudah beralah. Nampaknya dia memang kena cerita dari A sampai Z kalau isteri
dah memang nak tahu sangat pasal perempuan tadi. Sebelum bercerita, perhatian
Sofea dialih dengan games di ipad.
Sebenarnya perempuan itu bukan
sesiapa pun dalam keluarga mereka. To be
specific, tak ada hubungan kekeluargaan macam sepupu mahupun ibu saudara
bagi mereka. Orang luar yang mungkin dianggap macam keluarga angkat. Macam mana
kenal dan mula rapat Em pun tak pasti sebab dia tak nak ambik tahu dan dia
memang tak ada niat nak tahu pun. Bila perempuan yang mahu dipanggil sebagai
“Kakak” itu sudah terbiasa dengan mereka, dia sudah mula naik satu tangga,
selalu bermalam di rumah mereka. Em kata, Kakak kerja sebagai doktor. Doktor
apa dia pun tak tahu. Bila mendengar cerita Em yang macam terlalu umum untuk
diketahui, Ann hilang minat untuk bertanya dengan lebih lanjut. Dia pasti,
lambat laun, Mama akan ceritakan kepadanya. Tak pun, bila dah bermesra dengan
Kakak tu nanti, dia pasti akan menceritakan sendiri apa yang patut.
Selesai mengemas Sofea, mereka
turun semula ke bawah. Em ikut Papa pergi ke surau sementara Ann tinggal di
rumah bersama yang lain. Sofea pun macam dah seronok bermain dengan saudaranya
sendiri. Tinggal Ann sahaja duduk di meja makan di dapur.
“Hi?” Kakak datang dari belakang
mengalihkan perhatian Ann yang seronok memandang kucing di dalam sangkar di
tepi peti sejuk.
“Hi, come join me Kakak. Mama tengah solat, Ann tak ada geng nak
duduk sini. Abang Em ke surau, Sofea pun macam tak nak geng dengan Ann bila dah
mingle dengan cousin dia kat dalam.” Orang tak tanya pun Ann sibuk-sibuk nak
cerita mana sorang-sorang orang hilang pada pandangan mereka di rumah itu.
Kakak pulak macam tak banyak soal, terus duduk di kerusi sebelah Ann.
“…Lama dah Kakak sampai tadi?”
Mukaddimah macam tak kena, tapi Ann main hentam tanya. Saja nak tunjuk mesra
alam dengan orang. Mana tahu dapat jadi geng!
“Yesterday lagi I sampai. I selalu dengar
cerita pasal you tapi baru today I manage to see you and talk to you.”
Fuhh, sekali cakap memang tak macam orang berumur lebih kurang umur Mama.
Padanlah cara berpakaian macam golongan muda-muda seperti Ann, cakap pun macam
ada slank omputeh! Lagi-lagi bila dengar si Kakak di tepinya macam nak uji English dia. Apa lagi Ann, tunjukkan 10%
kemahiran yang dipelajari!
“I
see. So, I was told by my Hubsy that you’re a doctor. Specialist doctor. Wow!
Sounds impressive! Being a doctor a very young age huh? And you were studying
abroad too?”
bunyi dah macam Anabelle dalam ‘Legally
Blonde’ dah dia bercakap. Guna British
accent! Dah orang depan too American,
dia pakai British lah, baru nampak knowledgeable
walaupun menganggur.
“Oh,
actually I
tinggal kat UK dari I high school
lagi. Then I sambung studies ambik medic kat sana. I ni speacialist dalam cardiology. But I’m taking a
part-time job too, as a lecturer at Melbourne. So during summer, I always
travel to Australia and kerja kat one
of the university kat sana.” Dalam diam, Ann melopong sebanyak dua kali.
Kali pertama melopong sebab, dia cakap dia tinggal kat UK, tapi bila speaking bunyi American. Aneh di situ. Kali kedua dia melopong bila memikirkan ada
jugak orang yang sanggup kerja banyak-banyak padahal kerja yang satu pun dah
lebih daripada cukup, dia nak cari kerja lain lagi. Benarlah kata senior
universitinya yang banyak membantu semasa mempelajari semula ilmu agama suatu
masa dulu, semakin kita diberi dengan nikmat, semakin kita meminta nikmat itu
untuk ditambah lagi dan lagi. Bukankah dalam hidup mereka perlu bercukup dengan
apa yang ada asalkan sudah memenuhi keperluan harian?
“Aik, I thought being a specialist at one of the non-governmant hospital is
more than enough for you. Lagi-lagi kat hospital luar negara. Belum lagi
tukar currency ke Ringgit Malaysia,
memang dah kita puluhan ribu dah Kakak dapat dapat sebulan. Minus the allowance masa conduct operation etcetra. So, kenapa nak penat-penat travel from UK to Australia just because of
your part-time work. If I were you, masa cuti macam tu baik balik ke
Malaysia or travel around the world,
rehatkan minda lepas penat kerja. Takkan habis punyalah gaji bulan Kakak tu
kalau ambik masa nak tenangkan diri once
in a while.” Ann cakap panjang-panjang macam tak memikirkan perasaan orang
disebelahnya terluka dengan kata-katanya. Padahal baru kenal, tapi cakap hentam
macam dah lama kenal. Tapi bila dia berpaling memandang orang ditepinya dia
lihat Kakak kelihatan tenang.
“I rasa macam duit I tak cukup lagilah
kalau hanya bergantung pada gaji kat hospital tu.” Say what? Kan betul jangkaan Ann awal tadi. Orang single dan tak ada family macam tu pun boleh cakap gajinya tak cukup. Kalau nak
dibandingkan dengan gaji suaminya boleh bahagi 3 daripada gaji Kakak, tapi apa
yang Em bagi sudah lebih daripada cukup dah untuk mereka sekeluarga. Melopong
kali ketiga. Jawapan memang bagi Ann makin tak dapat menidakkan anggapan
negatif dia dengan Kakak yang baru dikenalinya itu.
“Oh, okay. Macam mana kakak kenal
dengan Mama semua?” Kann dia dah cakap,
curiousity kills the cat. Bila Em cerita macam setengah-setengah, dia tak
main tanya Mama, dia terus tanya tuan empunya badan. Biar sahih lagi!
“It’s
a long story
Ann. Tapi your Hubsy memang baik.”
Aisehmen, orang guna “Hubsy”, dia pun
nak pakai “Hubsy” jugak! Tak boleh ke
panggil “Em” macam orang lain jugak? Sempat lagi Ann mengata dalam hati. Yes, dia cemburu. Mana boleh orang
sebarang panggil Em dengan panggilan yang dia biasa gunakan kecuali keluarga
dia sahaja. Bukan nak tunjuk sikap perjudis, tapi serius, dengan sikap Kakak
yang macam meninggi diri, dia masih belum boleh menerimanya dalam erti “Kakak”
yang sebenar.
“I
know, he is.”
Taknak tunjuk cemburu, Ann mengiakan sahaja. Memanglah dia bangga apabila Em
dipuji tapi dia tak suka Kakak panggil Em dengan panggilan dia dengan suaminya.
“That
day, masa Kakak
jatuh he helped me. Dia bawak Kakak
tau sebab Kakak tak boleh jalan. Kaki terseliuh.” Macam nak terkeluar biji mata
Ann bila dengar Kakak cakap “bawak Kakak”.
What
the fishhhhhh? Ann
tak tahu apa-apa pun. Kenapa Em tak pernah ceritakan apa-apa. Pasal kewujudan
Kakak segera pun dia tak tahu, inikan pulak part
best bila si suami bawak si Kakak masa si Kakak jatuh. Dan kenapa tadi Em
macam tak nak cerita apa-apa dengan dia? Tanpa dia sedari, dia sudah mula
bersangka buruk dengan suaminya sendiri. Marah mula datang padahal dia
sepatutnya berbincang dahulu dengan Em. Bila Mama datang ke dapur, Ann
cepat-cepat tukar topik. Dia tak mahu Mama pulak yang risau. Mana yang boleh
dia selesaikan sendiri, dia akan cuba. Tak mahu Mama tahu sekiranya betul si
suami melakukan apa yang disebut oleh Kakak tadi.
Bunyi salam dari pintu depan
membuatkan Ann terus bangkit dan meminta diri untuk masuk ke dalam diri. Em
yang masuk dengan muka ceria tidak diendahkan dan untuk pertama kalinya, dia
tak mencium tangan si suami seperti selalu. Ann yang ditunggu untuk menyambut
kepulangannya dari surau, Sofea pula yang datang ke arahnya dan mencium
tangannya. Em dapat mengagak mesti ada sesuatu yang terjadi sehingga
menyebabkan Ann seakan-akan marah kepadanya. Langkah diatur menuju ke bilik.
“Assalamualaikum sayang..” Em
menyapanya dari belakang. Cepat-cepat Ann mengelap air matanya. Serius, dia tak
suka bergaduh dengan suami sendiri tapi dia benar-benar kecewa dan cemburu.
Kecewa dengan sikap Em yang masih bariak biasa seolah-olah tidak ada apa-apa
yang berlaku. Cemburu kerana suaminya “bawak” perempuan lain selain dirinya.
Tak pernah terlintas difikirannya Em akan bertindak seperti itu.
“…tak jawab soalan berdosa tau.”
Em berjalan mendekatinya. Sah, memang ada sesuatu yang terjadi tanpa
pengetahuannya. Nak tanya dia masih belum berani. Si isteri perlu didekati.
“Waalaikumsalam.” Walaupun
hatinya marah dan sedih, dia tetap berusaha untuk menyembunyikan perasaan itu.
Mereka masih di rumah Mama, dia tak mahu bila dah bergaduh, Mama dan Papa tahu.
Tunggu mereka sampai di rumah nanti dia akan buka cerita. Tangan suami dicapai
dan dicium.
Tup!
Setitis, dua titis dan akhirnya
Ann mengalah. Dia menangis dan mula bergerak untuk meninggalkan Em di dalam
bilik itu tapi Em lebih dahulu memegang badannya.
“Kenapa? Apa yang buat awak
menangis?” bila dah basah muka dengan air mata, menangis tersedu-sedan, mana
mungkin Ann dapat bercakap. Kalau bercakap pun, Em pasti tak akan dapat
memahami. Sudahnya dia hanya menggeleng dan masih menangis. Em membawa Ann ke
dalam pelukannya. Bajunya seperti biasa, menjadi sasaran untuk mengelap air mata
Ann. Dalam pelukan Em, Ann masih lagi menagis dan satu pun yang dikatakan dia
tak dapat dengar.
Bunyi ketukan pintu di luar
membuatkan Em mengeratkan lagi pelukannya dengan Ann. Tak mahu sesiapa
mendengar Ann yang masih lagi menangis.
“Abang, Mama panggil Abang Em
dengan Kak Ann makan.” Nasib baik pintu bilik sudah dikuncinya sewaktu masuk,
kalau tak, pasti adiknya mengetahui apa yang berlaku di dalam bilik.
“Kejap lagi abang dengan Kak Ann
turun. Makanlah dulu cakap Mama.” Untung-untung adiknya yang naik memanggil
mereka untuk turun makan, kalau Mama, memang sahlah kantoi Ann menangis.
“…sayang, sayang.. kenapa ni?
Saya betul-betul blur. Tell me please
what had happened?” dengan sehabis lembut dia memujuk Ann untuk
menceritakan kepadanya. Kepala Ann yang masih lagi tersembam di dadanya
diangkat perlahan. Air mata dilap dengan hujung baju Melayunya.
“Saya.. saya.. tak suka..
gaduh..” bersusah payah Ann bercakap untuk memberitahu suami yang berada di
depannya. Ya, dia marah dengan Em tapi masih dia perlu Em untuk menenangkannya
dan memujuknya.
“Saya pun tak suka gaduh. Tapi
kenapa nak nangis tiba-tiba ni?” tapi Ann masih tidak menjawab pertanyaannya.
Bersabarlah wahai hati, pujuk Em dengan dirinya. Ann perlu diberi ruang untuk
menenangkan diri.
“…okay, kita makan dulu. Lepas
makan kita bincang elok-elok okay?” Em masih lagi mahu negotiate dengan isterinya. Ann menggeleng kepala. Tapi bila Em
cakap nanti Mama naik suruh dia makan, terus Ann berlalu ke dalam bilik air dan
mencuci mukanya. Lama. Em masih setia menunggu di depan pintu bilik air untuk
sama-sama turun ke bawah. Keluar daripada bilik air, Ann mencari sesuatu di
dalam luggage mereka.
“Baju awak. Tolong tukar.” Em tak
banyak soal, segera membuka baju Melayu di hadapan isterinya dan menggantikan
dengan t-shirt yang diberi. Terus sahaja Ann bergerak keluar dari bilik tanpa
menunggu Em yang mengekorinya dari belakang.
Saat semua mata memandang mereka,
Ann tahu, hampir semua mata terarah ke arahnya. Dia terus mengambil tempat
duduk di bahagian hujung sekali walaupun ada dua tempat kosong di sebelah Mama.
Tak banyak soal, Em terus duduk di sebelah Mama dan Kakak duduk di tepi Em.
Masa makan semua orang rancak berbual padahal Ann yang duduk memangku Sofea
lebih banyak berdiam diri dan menyuap Sofea sahaja. Hanya sesuap nasinya
dimakan dan selebihnya dia tak mampu nak menelan. Lagi-lagi apabila melihat
Kakak seolah-olah berbisik sesuatu di telinga Em. Padahal di sebelah Mama, Em
masih lagi memerhati setiap gerak geri isterinya di hujung sana. Nasi disuap
tapi macam tak tertelan setiap butir nasi melihat Ann di hujung.
Ann merupakan orang yang pertama
selesai makan dan berlalu ke dapur setelah menyerahkan Sofea kepada Em yang
masih lagi berusaha menghabiskan makanannya. Apatah lagi tadi ada orang tunjuk
perhatian melebihi perhatian seorang isteri dengan suaminya, makin lah
membuatkan Ann semakin rasa mahu menjerit dan menangis. Kalau boleh nak dia
tolak Kakak yang seolah-olah sengaja mahu menambahkan rasa sakitnya. Ann
sengaja menyibukkan dirinya mengemas dapur apabila sorang demi sorang keluarga
Em yang sama makan di meja masuk ke dapur untuk menghantar pinggan. Bila sudah
pasti tiada sesiapa di dapur, Ann menangis di bahagian dobi rumah Em sambil
memandang ke luar. Tadi Em tanya, dia sendiri tak tahu nak cakap apa dan nak
mula dari mana. Geram, marah, sedih, kecewa, semua bercampur menjadi satu
gara-gara apa yang telah disampaikan oleh Kakak tadi dan dengan cara Kakak
menunjukkan keprihatinan tidak bertempatnya dengan Em.
“Boleh Mama peluk Ann.” Saat Mama
berkata begitu, Ann tak mampu lagi untuk berkata-apa melainkan terus mengangguk
dan menangis di bahu Mama.
“..Kenapa ni?”
“Ann tak tahu Maa.” Pendek sahaja
jawapan Ann tapi memang itulah apa yang dirasakannya. Dia tak tahu nak luah apa
dengan Mama. Takkan nak memburukkan Kakak yang dianggap sebagai sebahagian
daripada keluarga Em. Padahal dia baru mengenali Kakak tadi. Dia tak mahu Mama
bersangka buruk sepertinya. Lagipun Kakak nampak okay dengan semua orang dalam
keluarga, jadi dia tidak ada alasan untuk bercerita tentang apa yang berlaku
sebenarnya.
“Mommy.” Sofea yang didukung oleh
Em dibelakang Mama memanggilnya. Ann tak mahu memandang. Dia tak suka menangis
di hadapan Sofea. Dia mahu Sofea sentiasa Nampak dia gembira dan kuat. Diakan Super Mommy! Sofea mula menangis minta
didukung apabila Em mendekat, Ann pula menjauh.
“Sofea, jom main kat dalam.
Tengok Pocoyo dengan nenek lah jom.” Sofea yang menangis diambil dari dukungan
Em dan segera dibawa ke dalam. Sebelum meninggalkan Em bersama Ann, sempat Mama
berbisik di telinga Em.
“Bincang elok-elok. Bukan gaduh.
Kalau Mama tengok Ann masih nangis, Mama cari Em.”
Perlahan-lahan dia bergerak ke arah
Ann. Dah kenapa nak selesaikan masalah mereka di tempat mendobi pakaian. Pulak
dengan nyamuk, sungguh tak strategik! Kalau boleh, dia nak kendong Ann masuk
dalam bilik, nak cari tempat yang sesuai tapi mengenagkan mood si isteri masih swing, memang nak cari masalah kalau dia
memang lakukannya.
“Sayang..”
“Stop calling me Sayang..”
“Okay
Ann. My dear Ann, what is going on? Tell me. Jangan buat saya macam tunggul bila saya tanya,
awak langsung tak jawab even sepatah.
You know I don’t like it.” Akhirnya
ketegasan Em terserlah apabila sedikit demi sedikit kesabarannya seolah-olah
dicabar.
“I
know every single thing about you and I’m asking you Em, do you know anything about me and sejauh mana yang awak tahu
tentang saya?” Ann memandang Em yang sudah mula hilang sabar.
“First, awak tak suka menipu dan tak
akan menipu dengan saya. Even it is so
damn hard, you’ll tell me no matter what. Second, awak tak suka
tertanya-tanya kalau awak memang nak tahu tentang sesuatu perkara. Third….”
“Stop.” Belum habis Em berkata, Ann sudah menghalangnya.
“…cukup dua tu. Dan those two facts about me, memang berlaku
sekarang dalam situasi sekarang.”
“Then,
tell me. Apa
yang saya bohong dengan awak dan tanya saya apa yang awak nak tahu?” Em
membalas kata-kata Ann.
“You
ask yourself!!”
suara Ann mula meninggi.
“Oh
come on Ann,
sampai esok pun takkan selesai kalau awak main Tarik tali dengan saya. Just straight to the point please.”
Suara Em separuh merayu. Benda yang paling dibencinya apabila melihat Ann
menangis dan kecewa, tapi yang paling dibencinya apabila Ann menangis
disebabkannya.
Dalam hati menunggu Ann untuk
berterus terang, dia sendiri berfikir apakah yang menyebabkan Ann begitu. 3
minit menunggu si isteri membuatkan Em mula untuk menggunakan cara psychology.
“Fine, saya kira sampai 3, kalau awak
tak cakap apa-apa saya masuk dalam. Nak tunggu awak sampai bila pun awak takkan
cakap. Satu.. Dua..” Nampak macam tiada tanda-tanda untuk Ann akan menceritakan
kepadanya.
“Tiga!” Em mula berpaling dan
melangkah setapak.
“Emm..!!!” sekali lagi, Ann
memanggilnya dan masih lagi menangis. Ni mata memang akan kembang kalau bangun
bagi esok. Em berpaling semula memandang isterinya. Saat mendekati isterinya,
dia mencapai tangan Ann.
“ Masuk. Kita bincang kat bilik.
Nanti orang lain tengok kita gaduh kat luar. Saya tak suka orang tengok kita
gaduh Ann. Cukup tak suka. Nanti kita jugak yang akan buruk pada pandangan
orang. Masuk, kita bincang di bilik.” Suara yang cukup tegas tapi masih
perlahan, mampu membuatkan Ann takut dan menuruti Em dari belakang.
Masuk sahaja di dalam bilik, puas
dipujuk dan dipaksa Em, akhirnya Ann menceritakan apa yang telah berlaku.
Bermula daripada cerita daripada Kakak tentang kisah dia terjatuh sampailah
cara dia melayan Em di meja makan tadi. Muka Em kelihatan tegang semasa
mendengar setiap kata yang keluat di mulut Ann.
“You
know, I don’t like being lied. What more to say, when my own husband yang tipu saya.” Dalam tangisan
yang makin menjadi Ann meluahkan segalanya. Dia rasa mahu pulang ke rumah Ummi
dan menenagkan fikiran di rumah Ummi. Nak luah kat Mama, bermanja dengan Mama
dia jadi segan dan takut sebab masalah berpunca daripada orang yang duduk
serumah dengan mereka pada ketika itu. Dia tak mahu konflik ini merebak kepada
sesiapa di dalam rumah. Dia tahu, Mama sentiasa berpihak kepadanya tapi dia tidak
mahu mengaibkan mana-mana orang.
“Damn it!! Damn.. damn.. damn!”
Amat jarang dia mendengar kata-kata begitu keluar dari mulut Em dan pada malam
itu 4 kali dalam masa yang sama dia mendengar si suami mengeluarkan kata-kata
itu. Baju yang ada di atas katil ditikam. Seketika kemudian, Em berjalan ke
arah luggage mereka di bahagian tepi
katil dan megezip beg itu.
“…kita balik rumah malam ni.
Bersiap sekarang.” Mono sahaja suara Em.
“Are
you crazy? Mama
Papa cakap apa nanti. You are making things become worst! Stop it Em!”
bila kesabaran Em digugat, dia jadi baran. Dia akan buat apa sahaja yang dia
mahu asalkan dia puas walaupun dia terpaksa menyakiti hati sesiapa sahaja.
“I’ll
talk with them later.
Buat apa kat rumah ni kalau perempuan tu ada. Dia nak cabar saya, tapi saya
takkan balas di rumah ni. Faster!” Em
masih lagi tak mahu beralah. Dia semakin rasa dicabar. Ann mula menarik Em jauh
daripada luggage.
“Now what? Awak atau saya yang patutnya marah? Kenapa awak pulak
yang nak marah?”
“And
I’m asking you,
berapa awak kenal saya dan berapa lama awak kenal perempuan tu? Berapa lama
masa yang awak ambik untuk percayakan saya dan berapa lama pulak untuk dia? Tell me
Ann. Nak cakap apa saya rasa, memang semua perasaan bercampur dah. Dari first time dia jejakkan kaki ke dalam
rumah ni, saya dah tahu dia bawak banyak masalah. Wallahi, saya tak pernah sentuh dia apatah lagi nak bawak seperti
yang dia ceritakan dekat awak. Saya taknak cakap pasal dari mana dia datang dan
semua benda yang berlaku sehingga dia macam tak ada perasaan malu nak tinggal
di sini dan all those craps sebab saya taknak awak tahu or even rapat dengan dia.
She’s good in manipulating others.
Awak tahu kenapa dia nak rosakkan hubungan kita? Sebab dia rasa tergugat dengan
saya dan dendam dengan saya sebab saya memang tak bagi muka dengan dia dan
langsung tak alu-alukan kedatangan dia di rumah ni. And you can see it clearly masa kita minum petang dan masuk rumah
tadi, ada tak saya or dia yang tegur?
No!” panjang jela dia menjelaskan
dengan Ann.
“Than,
what with the
drama masa makan tadi?” Ann masih lagi mahu penjelasan daripada Em.
“And now I’m telling you my lady, saya tak suka nak cakap kat orang
yang saya tak suka atau benci or whatever
that suit my hatred towards that woman. Paling baik saya buat adalah dengan
jadi ignorance. Tadi I was expecting you to sit next to me tapi that woman
who claimed herself as an early 30 padahal umur lagi tua dari
Mama yang duduk sebelah saya.”
“Dia letak lauk kat pinggan
awak?” Ann mengeluarkan satu per satu persoalan yang menjadi tanda tanyanya
dari tadi.
“Mata saya ni tengok awak right from the moment awak duduk sampai
awak habis makan, mana saya nak sedar dia letak. And for your information, mana ada saya makan apa yang dia letak
kat pinggan saya.” Em mendekati isterinya. Dahi mereka bertemu. Kedua-dua
tangan naik memegang pipi si isteri.
“…jangan buat saya macam ni lagi
Sayang. Awak perasan tak tiap kali kita gaduh mesti berpunca daripada salah
faham. Bagi saya balik kepercayaan yang pernah awak bagi saya dulu. Jangan
hilang even sikit pun kepercayaan dengan saya sebab saya tak akan sesekali
kecewakan awak.” Kali itu Em benar-benar memaksudkan apa yang diperkatakannya.
“Sorry.” Terus tubuh Em dipeluknya.
“Haaa? Punyalah panjang saya
cakap, dan awak cakap sorry je?”
Terkejut Em mendengar respon daripada Ann. Ingat Ann nak cakap ayat
bunga-bunga, mintak maaflah. Dua-dua mereka tak makan ayat bunga. Cakap direct lagi senang, mesej terus sampai.
Terlalu klasik kalau nak bunga-bunga, bagi bunga pun Em tak pernah, apatah lagi
nak mengayat bunga.
“Sorry
for everything sayang. I love
you..” baru Ann mahu mendekatkan lagi
kedudukan mereka, pintu diketuk dari luar.
“Argh!” Tubuh Em ditolak ke tepi,
dan Ann cepat-cepat membuka pintu. Dari dalam dia dapat dengar suara si kecil
panggil Mommy. Ni mesti Mama yang hantar Sofea masuk sebab masih lagi menangis.
Bila pintu dibuka, Sofea terus memeluk kaki Ann. Mama menjenguk ke dalam bilik
mereka dan sesekali dia terkejut melihat ke dalam. Ann yang hairan melihat
reaksi Mamanya terus berpusing melihat ke dalam bilik. Em berbaring mengiring
membelakangi mereka.
“Aik, awalnya Em tidur. Okay,
masa untuk layan anak masing-masing. Mama nak duduk goyang kaki lagi.” Ann
hanya tersengih apabila Mama menekankan “layan anak” dengannya. Em memang nak
kena. Baru seminit okay, dah buat perangai balik!
“Cakap apa dengan nenek Sofea?”
Ann cuba menutup malu dengan menggunakan Sofea.
“Nanight nenek.” Tangan Mama dicium oleh Sofea. Cepat-cepat Mama
turun tangga seolah-olah tak mahu mengganggu mereka.
Tutup sahaja puntu bilik, Ann
terus membawa Sofea naik ke atas katil. Tubuh Em digoncang kuat.
“Awak kenapa bukak baju????? Mama
fikir lain!!!!!” Sofea pun ikut sama menggoncang tubuh Em.
“Aduh!! Saya bukak baju bukan ada
apa-apa pun. Awak yang fikir bukan-bukan. Panaslah.” Dah terlalu sakit kena
goncang dengan kasar, dia turun dari katil. Dahlah sempat lagi tunjuk muka
tersengih depan Ann. Bantal ditikam ke arahnya.
“Bila masa awak bukak baju
padahal awak dengan saya tadi..”
“Awak dengan saya?” Em mula
mengenakan Ann lagi. Sekali lagi bantal ditikam ke arah Em. Sofea jadi
pemerhati bebas sedari tadi. Mungkin hairan kerana Ann dan Em terlepas laku di
depannya.
“…Okay okay. Masa awak bukak
pintu saya bukak baju, kira nak mandi sebab berpeluh tapi tengok Mama datang
bawak Sofea, macam best nak kenakan awak dan Mama sebab tu saya terus baring
atas katil.”
“Sengaja awak nak malukan saya
dekat Mama kan?”
“Sebab saya nak tengok awak
merajuk. Harini saya banyak sangat tengok awak menangis. Ish, potong line betullah Mama ni. Patutnya Sofea
tidur dengan Nenek malam ni.” Em berjalan mendekati Sofea yang memeluk Ann di
atas katil.
“Mengada! Awak tengok Barcelona
malam ni kan? Pukul 1! So, as a safety
precaution, I’m gonna lock the door. Baik tidur berdua dengan Sofea.”
“Kalau macam tu, saya rela tak
keluar bilik. Tengok siaran ulangan esok pun saya rela kalau macam ni.” Em mula
mendekati Ann dan menyertai group peluk
dengan Sofea. Bila rasa memeluk isteri dan anaknya sekaligus, Em rasa tenang.
Tiada lagi kisah Kakak yang menjadi penyebab pergaduhan mereka. Hilang trauma
melihat Ann hampir-hampir menjadi mangsa di Guardian awal hari itu. Ann dan
Sofealah yang menjadi penawar segalanya baginya.
“Daddy..” “Sayang!” Dua-dua Sofea dan Ann serentak
memanggil Em dengan gelaran masing-masing apabila merasa rimas dipeluk Em
dengan erat dan menyebabkan mereka sukar bernafas. Memang sikap Em dari dulu
lagi, kalu bab-bab melepas geram, boleh meneyebabkan Ann dan Sofea rimas.
“Sorry..
I love you both.”
Em melonggarkan pelukannya sambil tersengih.
“Ni memang ada orng yang nak kena
kunci dari luar malam ni.” Ann mula bergurau.
“And
I’m not gonna leave this room. Or to be specific, I never gonna leave this bed~.”
p/s: Sila komen seperti selalu okay. Saya nak tahu sangat apa feedback semua orang. If there is anything wrong or should be improve or fakta salah, tolong betulkan saya please. I would love to hear that and I accept apa-apa yang perlu diperbaiki. Sorry, saya attach lagu Never gonna leave this bed yang videonya agak kurang senang dipandang oleh sesetengah pihak but this song keep on playing in my mind dari tadi. Guess who's gonna leave me for 2 months? Ya, my version of Superman, F.Guess who's a cry baby now? Guess who gonna sing the song for the coming 60 days? Meeeee! But I know, it's for his future. *Wails*
Sorry, some might noticed in my FB and IG or perhaps Twitter, I've been so sensitive lately, pardon me. Still in the sedih mode. And not to forget, please pray for the missing MH370 ya. Still.. Allah knows the best. In sha Allah.
Till then. Assalamualaikum loves. Hugs! xx
p/s: Sila komen seperti selalu okay. Saya nak tahu sangat apa feedback semua orang. If there is anything wrong or should be improve or fakta salah, tolong betulkan saya please. I would love to hear that and I accept apa-apa yang perlu diperbaiki. Sorry, saya attach lagu Never gonna leave this bed yang videonya agak kurang senang dipandang oleh sesetengah pihak but this song keep on playing in my mind dari tadi. Guess who's gonna leave me for 2 months? Ya, my version of Superman, F.Guess who's a cry baby now? Guess who gonna sing the song for the coming 60 days? Meeeee! But I know, it's for his future. *Wails*
Sorry, some might noticed in my FB and IG or perhaps Twitter, I've been so sensitive lately, pardon me. Still in the sedih mode. And not to forget, please pray for the missing MH370 ya. Still.. Allah knows the best. In sha Allah.
Till then. Assalamualaikum loves. Hugs! xx
20 comments:
To assalammualaikum. Saya dari sabah. Macam ni ya yg kak win nak damia mcm sofea. Cerdik sofea tu
bah.
Salam, kak habsah disini. Memuaskan. Pandai Em & Ann menyelesaikan masalah rmh tangge kn. Bile kakak boleh baca utk next part fateen?
Wooahhh anak Tuan D hebat.
We love this novel "sabar itu indah".
Hehe.
Bah fateen bila lagi ni nk didik mia tu? Nak srh depan ni akak malu bah. Tapi ni demi nk tgk mia tu bah mcm sofea kn. Lagi satu ni memang pengacau prempuan tu bah fateen.
wasalam. hehe. in sha Allah kalau ada masa mmg sy nak buat mia jd macam Sofea. mesti best. lagipun dia tak memilih org nk bergaul. :) thank you sebab baca. *peluk*
Wsalam akak. Thanks kak sebab akal antara yg pertama sllu bg komen dan baca. *terharu* tunggu next part yg entah bila lah dpt publish. hehe. *pelukkk*
i love you all too. hahahaha. :) selamat menjalankan tugass. hati-hati. ;)
Hi kak. Mmg nk tolong mia tu kak. tp tulaa, masa kt rmh ibu pn xda sgt. in sha Allah nanti da Mia blaja dr abg mie. haha. rindu Mia. Dia suka lagu yg Sofea dgr jgk kak. nursery rhymes. download bnyk2.. ;)
Salam kakak fateen n abg fahmie.
Kami nie yang punye acc sabar itu indah. Kami lupe password acc kami lah kak. Lame x bace ni kak. Kami baru habis percubaan SPM kak. Ni kami semua bace di screen besar. Cepatlah balas kak. :)
Ada bah kakak download fatin. iyela kan Mia tok rapat dgn fahmie bah.nnt fateen pesan sama abg mie mia tu bah suruh didik macam sofea.minat sangat sangat lagi kakak sama si sofea ni fatin.
Adik-adik yang penyabo, (kalau still tunggu sekarang ni la. :p)
Kenapa boleh lupa? haha. Takpeee. Boleh je buat acc lain or, jumpa kat Fb or jumpa in real life nanti. In sha Allah. Malam ni kalau sempat akak akan post Part seterusnya. Yay or Nay?
Kak Ween,
Boleh kak. Nanti Fatin gitau Fahmi k. Baik akak tukar nama Damia kepada Sofea. Haha :)
Adik-adik yang penyabo, (kalau still tunggu sekarang ni la. :p)
Kenapa boleh lupa? haha. Takpeee. Boleh je buat acc lain or, jumpa kat Fb or jumpa in real life nanti. In sha Allah. Malam ni kalau sempat akak akan post Part seterusnya. Yay or Nay?
Kak Ween,
Boleh kak. Nanti Fatin gitau Fahmi k. Baik akak tukar nama Damia kepada Sofea. Haha :)
Kami seti menunggu kakak n abang.bulan 4 ni kami semua pergi sarawak kak buat lawatan sambil belajar.
Wahhhh? Betol ke? Brapa haribulan? Sampai bile? Jom la lawat IPG Kampus Rajang yang tak seberapa ni. Akak JPP, nanti memang kena bonding dgn awak semua laa. Tapi IP akak jauh, kalau nak, memang dialukan. Hehe. Best nyaaa! Nak jumpa kalau boleh. Lepas tu kita jalan-jalan. Hahaha. Nampak tak excited disini? :p
Btw, next part is about to come. Paling lambat pun an hour later dah update. :)))
Ye ke kak.Kakak post esok kak.Kami ni limit sampai pukul 12 kalo x silap kak.Kami pergi 28 ni kak dan balik johor 30 kak.Nak jugak jumpe kakak n abang nie. :(
Alright munchkins! Kalau tak malam ni, esok akak post okay? Tapi boleh je baca bila ada masa. Feedback jangan lupa k. Tula, in sha Allah kalau takde aral, ada rezeki lebih, jumpa lah kita nanti :)) tapi ni tak janji tau. in sha Allah, kalau dapat kita jumpa lah nanti.
Abang fahmie duduk mane kakak? and kakak duduk mane nie? ye kakak kami esok dpt lame sikit pakai kak sebab takde kelas.
Abang Mie duduk Kuching, Akak Pateeng duduk asrama kat IPGK Rajang, area sebelum Sibu. Jauh kan? tapi hari2 jumpe kat mesej. haha. Btw, sekarang 13 haribulan. Meaning? selamat 4 tahun sebulan. hahaha. night ladies and gentlemen. esok je bace part 9 ni sebab akak masih nak edit and tambah sikit je lagi. :)
Selamat ulang tahun untuk kakak n abang. Sayang kakak fateengg n abang fangmie. hehe.Ok esok je update kak.FYI, kami tgh baca dari part 1 kak. hehe yea~
Keep on writing, great job!
Post a Comment