Thursday, March 13, 2014

48 bulan = 4 tahun = F & F

Assalamualaikum and Hi!


So how old is Sofea now? HAHAHAHA. Kidding!

4 tahun lalu, masa saya form 5, saya ada kenal dengan sorang stranger melalui FB. Lepas 2 minggu kenal...

She: Tahu tak lagu Dear God?
He: Tahu. A7X kan? Saya suka band tu.
She: Ohh, saya pun.

She: Two is better than one tahu tak?
He: I remember what you wore on the first day.. (He sing the song, means dia tahu lagu ni)

She: Saya tak kenal awak macam mana saya nak terima. Zero!
He: Lepas ni awak boleh kenal lah. Terima lah saya.

Degil.

She: Okay, saya terima. Tapi saya masih ada boypreng!
He: Kan awak dah tak contact dia lagi.

Kurang waras.

Sebulan dah FatmieFaheen

She: Saya nak break! Saya tak kenal pun awak. Saya tak boleh sebarang percaya kat orang. Dahlah tak pernah jumpa tak tahu asal usul perangai awak. What do you expect?
He: Expecting you to accept me. Then, you'll know me. The better me and help me to be better than today.

Cair? LOL

Jumpa pertama kali. He gave her something. What was that? Secret!

Masak pertama kali. Hantar makanan masa kat asrama. Dia masak telur masak sos. Serius sedap. Fyi, I don't like boil egg but for the sake of his sacrifice, ku telan juga. Hahahaha

Penerimaan. Kejap on kejap off. Tapi, peduli apa pada mereka asal hati sama-sama mahu untuk meyakinkan mereka. 

Alhamdulillah. Sudah genap 4. "Ketawa bersama, menangis bersama.... (sambung sendiri ya tuan-tuan puan-puan)" In sha Allah.

Best tak kekal lama? Separa best. Sebab.

1. Bayangkan kalau dah kahwin, agak-agak anak dah berapa orang? Sedozen? Stengah dozen? No, suku dozen mungkin. lol

2. Kalau gaduh, macam-macam cerita keluar. Boleh-boleh masuk news kalau artis. Lol lagi.

3.  Mulut. Termasuklah mulut insan sekeliling. Dengki. Sebab dengki macam-macam andaian dan cerita didengar. Cerita apa? Tak usah cakap lah, kami hanya mampu tinggal diam saja sebab aib orang. Hmm. Yang ni takda lol eh.

4. Cabaran dan dugaan. Fuhhhh, banyak gilos. Tak direstu, cuba dipisahkan, cuba diambil, cuba difitnah, masalah dalam includes masa sakit (banyak gila cerita part ni), masa berjauhan. Above all, fitnah paling dan kesihatan paling menguji kesabaran.

5. Jatuh bangun bersama namun masa dilanda masalah, payah nak handle. Dua-dua beso kepala, degil dan ego. Kompem lah huru-hara.

6. Salah faham. Punca utama selalu gaduh (macam laki bini lah pulak. Wahahahaha). Sebab salah faham lah selalu gaduh pastu nak break lah (saya lah tu) cakap fed up lah. Padahal hati, kontra dengan apa yang dicakap. Haih!

Tapi..

We learn a lot.

Keluarga dan kawan memang bagi sokongan tapi dia juga antara yang akan berdiri bersama saya dan duduk sama saya.

Masa saya sakit (2010), anak sapa lah jaga? Hahahaha. Masa saya ada masalah nangis-nangis, sapalah bagi pinjam lap hingus. Masa masuk PLKN, sapalah yang hantar dan nangis sama-sama? Masa saya frust tak dapat jadi engineer sama dengan dia (UNIMAS) dan Peguam (UIA) sebab ambik tawaran jadi cikgu (IPG), sapalah yang bagi sokongan cakap terima lah apa yang diredha oleh parents? Masa saya jatuh sebab masalah, sapalah yang angkat saya kan? Masa saya takda duit, sapalah yang bank in kan? HAHAHAHA. Masa saya merungut sakit jiwa dan raga, sapa lah nak dengar kan? Masa saya merungut lama dah tak online shopping, sapa lah yang pujuk suruh belajo dulu baru dapat habuan kan? *wink wink*

Ya, bukan nak membangga nak cakap riak, nak ketepikan keluarga! Tak! Don't get me wrong. Seiring. Keluarga dulu! Memang, kami sama-sama letak keluarga carta utama. Tapi dia umpama abang kepada adik, kawan dan musuh. Hmm.

Sebab cakap sayang awak, cinta awak rindu awak dah geli telinga dengar, saya ucap lah dalam bentuk cerita. 

Plan nak kahwin? Ada. Semua orang nak. Tapi tulaaaa, dia bukan anak Tan Sri dan saya bukan anak Dato' nak simply kahwin anak muda mudi masih belajar takda kerja. Kita orang fikir, kahwin awal memang lah senang best or nak apa-apa pun orang tak kesah, tapi, nak makan apa? Nak tinggal kat mana? Kalau nak stay dengan orang tua bukan pesen kami. Walaupun saya anak kedua, dia anak ketiga, kami dua-dua kepala berdikari. Susah hati tengok orang tua susah. Apalagi kalau dua-dua masih mentah nak kahwin tinggal dengan orang tua pastu bagi mereka bagi kami makan? Aduhaiii, bukan pesen kami. Bukan! Sudahlah sama-sama ada 6 orang adik beradik. Ada adik-adik masih sekolah. Lepastu still nak biar parents suap makan pakai kami lepas kahwin? Again bukan pesen kami.

Ya. Tahu, ramai yang suruh kami kahwin, doakan kami. Alhamdulillah terima kasih sayangs. Tapi kena ingat, cakap mudah, buat susah. Bukan jugak nak cakap kami nak kahwin gah gah sebab tu kena tunggu dua-dua kaya. Bukan. Kami fikir, dapat kerja terus kahwin? Mak bapak kami tak nak merasa duit hasil daripada kami ke? And yeah, some might say, "ko dah kahwin bukan tak mampu bagi duit mak bapak pun. dapat!". Entahlah, bukan pesen kami. Otak orang sewel macam kami memang rumit dan berwayar sikit. Bagi kami, anggapan kami, kalau dah kahwin, lain rasanya. Akan ada barrier di mana mak bapak kami akan rasa segan nak mintak duit macam mintak duit dengan anak mereka masa bujang. Mak bapak kami makan garam puluh tahun awal lagi dari kami, so mereka tahu. Kahwin awal, responsibilities lebih banyak! Rumah kereta makan pakai dan belanja harian lain. Mereka tak jadi nak mintak bila fikir hal ni. 

And yeah, mungkin apa yang kami cakap disini takkan sama dengan apa yang kami fikir pada masa akan datang. Sebab people change. Kami merancang, selebihnya kerja Tuhan. Kata Tuhan nak satukan kami cuti ni, kun fayakun. Maka kahwinlah kami dan alasan di atas terus tak valid. Tapi, untuk masa sekarang since kami memang takda terikat dengan apa-apa hubungan, memang alasan kat atas still valid.

Orang bising, 4 tahun tak takut ke boring or takda feel? Sejujurnya kami takut, saya takut! Tapi kami cuba untuk kekalkan apa yang rasa gula dan buang garam dan asam keping yang rasanya tak patut ada dalam hubungan ini.

Ada jugak yang bagi persepsi, dah lama-lama macam ni makin banyak dugaan. But.. dari mula kami kenal dulu dah ada dugaan datang. Banyak yang saya dah cerita kat blog ni, boleh cedok untuk tahu some of the dugaan.

Kuat tak nak hadap hari mendatang? Kami bukan badang nak sentiasa kuat. Saya Fatin, Dia Fahmi. Kalau sorang down, sorang kena kuat. Kalau tak kuat pun buat-buat kuat. Kalau dua-dua down, mesti last-last ada sorang yang akan jadi kuat. MESTI! 

So.

Happy 4th FatmieFaheen Anniversary sayangggg. Sayang awak sangat F. Sorry lah, kita sekarang tengah gaduh sebab saya frust awak tak angkat saya call tadi. :(

Sebab tu saya makan nasik tepat jam 12 tadi. Sebab saya tengah sedih. Motip makan nasik? Sebab baki nasik saya makan awal tadi masih ada, masa tengah gaduh dengan awak, saya lapar, tu la saya makan. Hmm. Tak lawak tapi saya nak bagitahu jugak F. 

Saya tahu awak sengaja hantar gambar muka innocent awak kat Whatsapp tadi sebab nak cairkan saya. Maaf, saya kepala batu, tak mudah nak cair walaupun hampirrrrr cair. Tu pun sebab saya terus baling henpon atas katil dan smabung makan balik dan minum teh 3in1. Awak pun satu, saya bukan selalu call awak, tapi awak cakap awak makan. Ni ibu mesej cakap awak tak habis makan? Awak tahu tak saya rasa nak bagi sebijik kat muka awak bagi awak sedar realiti, makan itu perlu untuk kekal sihat. Tapi awak buat drama lebih lagi dari saya. Saya gaduh saya tetap makan sebab saya tak boleh hidup tanpa nasik. Tapi awak? Macam cerekarama sangat. Hmm. Lepas baca ni tolong makan okay. :(


Okaylah, esok saya nak ke sekolah sebab ada aktiviti dengan budak sekolah. Ni pun tangguh assignment jap semata-mata nak lawan mesej panjang yang awak hantar kat Whatsapp. Saya malas nak screen capture dan letak kat sini sebab awak banyak sangat gula padahal saya tak bergula langsung bagi ucapan. Tengoklah nanti, orang akan cakap saya tak ada perasaan padahal saya sayang awak sangat. Kenapa orang selalu pilih awak berbanding saya F? *Insert Slot Akasia here*

Okay done. Tajuk atas pun boring. Isi pun tentulah boring. tahniah pada yang berjaya baca sampai ke sini. Maknanya anda handsome dan cantik sebab berjaya baca sampai sini. 

Sekian.

Yang Kurang Perasaan,
Klon Ann. Mak Idaman Sofea. Isteri salah pilih Em. 

Yang benar, 
Lawyer tak jadi. 

Ikhlas,
Fateen Kamarudin. 

Sungguh--- saya sayang awak. rindu awak. 





Ok muntah! :p

No comments: