Sunday, April 13, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 9)

Assalamualaikum and Hi!

How was your day so far? This week, I've went through so many things. Both good and bad. So, I guess, let me tell you the goods only. On Wednesday, me and my girlfriends went to the swimming pool. First in 2014 actually. It's been a while and we had so much fun of pushing each other into the pool. And yesterday I went out with my roommate, Sha. And I bought another two books. "Faking It" and "Losing It", both are written by Cora Carmack. Have you read those books? Err. maybe in the future I should write book review about Beautiful Disaster and The Beautiful Wedding by Jamie McGuire. Those are  the must-read books for us, teenagers! Okay, cut the crap, here are some of my me-time with the girls few days back in the pool.

Errr, maybe not! HAHAHA. Facebook has it all so only Facebook knows how the insane-look of me and the girls. Malu nak tayang! Hahaha.


So ladies and gentlemen, presenting Sabar Itu Indah Part 9. Maybe the last part will be part 10 or 12. I still don't know. And I will start with the other story. Miss Sofea not? And I'm soooo gonna miss Sofea, Ann and Em. And Faiq too. So who is Faiq? Nak tahu? Sila baca part 9 sampai habis lah. :p


---------------------------------------------------------------------------------------------------



Sejak beberapa bulan yang lalu, sudah menjadi kebiasaan bagi Ann untuk membaca setelah selesai menyiapkan kerja di rumah ataupun sewaktu Sofea sedang tidur sementara Em masih lagi bekerja. Memang dia suka membaca terutamanya novel English yang ditulis oleh penulis seperti Jodi Picoult, Nicholas Sparks dan baru-baru ini suaminya membeli trilogi buku yang ditulis oleh penulis Jamie McGuire. Pernah Izzah cadangkan dia membaca buku ‘Beautiful Disaster’ karya Jamie, tapi dia tidak berpeluang untuk membaca. Baru beberapa hari lepas dia berpeluang membaca review daripada pembaca novel tersebut. Tanpa banyak soal lagi, dia minta si suami tolong belikan.

Dengan keadaan dia yang sudah semakin ‘berat’ sekarang, memang sah-sah Em takkan bawa dia menyukat satu pusat beli belah lagi. Dia masih belum lagi membaca kesemua tiga novel yang mempunyai kesinambungan jalan cerita dengan watak yang sama itu kerana masih lagi membaca artikel baru di internet.

‘Water birth / hypno birth’.

Kaedah melahirkan anak dalam air. Bukanlah satu cara melahirkan bayi yang baru lagi di Malaysia kerana sudah banyak pasangan menggunakan kaedah kelahiran sebegini. Bukan susah juga bagi Ann untuk bertanya tentang kaedah kelahiran ini kerana Izzah sendiri seorang doktor. Mana part yang dia tak faham dalam membaca artikel itu, cepat-cepat tangannya akan menghantar Whatsapp kepada Izah. Kan senang kalau kawan-kawannya semua mempunyai bidang kerja yang berbeza.

Niat sudah dipasang mahu melahirkan bayi kedua mereka dengan kaedah water birth, tapi dia belum sempat memberitahu Em lagi. Ann sudah berkira-kira untuk memberitahu Em pada hari itu untuk mendapatkan kebenaran.

Daddy’s home, Sofea!” Apa mimpi Em balik tengah hari itu Ann pun tak tahu, dan bunyi kereta pun dia tak dengar sebab terlalu khusyuk membaca. Pulak masuk rumah bukan nak bagi salam, sebaliknya cakap Daddy’s home yang kononnya bunyi macam Mat Salleh sangat. Mata yang sedang memandang ipad dialih ke arah pintu utama rumah.

“Your daughter is sleeping, Sofea’s daddy. Dah lupa cara nak bagi salam eh?” Ann buat muka bila suaminya masih tersengih. Em melonggarkan tali leher dan berjalan menuju ke arah isterinya yang masih duduk di atas sofa. Dahi Ann dicium dan dia bersandar di tempat sebelah Ann. Muka Em memang nampak penat, lagi-lagi beberapa hari itu Ann perasan dia selalu lambat tidur sebab terlalu banyak laporan yang disiapkan.

“Dah bagi salam dah tadi sayang. Tapi awak punya khusyuk mengadap ipad memang takkan dengar punya. So, what’s that?” Dari kedudukan bersandar dengan menyandarkan kepalanya pada sofa, Em duduk menghadap isterinya, menilik skrin ipad yang sedang dipegang Ann untuk mengetahui apa yang sedang mengambil perhatian isterinya sampai tak sedar dunia dia datang di luar tadi.

Read this, honey.” Ipad diserahkan kepada Em. Sewaktu Em membaca artikel tentang ‘water birth’ itu, Ann melonggarkan lagi tali leher suaminya dan membuka dua butang baju atas pada kemeja Em. Rasa lemas tengok suaminya yang seolah-olah macam sukar bernafas. Sebelah tangan Em memegang ipad dan sebelah lagi tangan membawa isterinya dekat dalam pelukannya semasa Ann melakukan sebegitu.

“Thanks sweetheart!” semasa membaca artikel itu, sempat lagi Em mencium bau rambut isterinya. Dia yang duduk melunjurkan kaki ke bawah sementara Ann yang bersandar pada badan Em dan melunjurkan kakinya di atas sofa. Me-time mereka sewaktu Sofea sedang tidur, adalah waktu memanjakan isteri bagi Em. Bagi Ann pula, dia amat menghargai waktu berdua bersama Em kerana, selalunya balik kerja Sofea yang akan bermain terus bersama Daddynya. Nak buat sesuatu yang memang dia minati pada  Em sejak dari dulu pun selalunya lambat.

Apa yang Ann suka pada Em sewaktu Em balik kerja? Bau badan Em! Bau minyak wangi Banana Republic, bau pakaian, bau peluh dan bau badan Em yang asli bercampur menjadi satu. Bila Em balik sewaktu Sofea tidur, Ann akan cepat-cepat ambil peluang memeluk Em untuk menghidu bau suaminya. Macam pelik tapi itulah yang Ann suka dari dulu lagi. Bau badan Em ataupun bau Em yang asli, tentunya tidak ada di mana-mana kecuali pada diri suaminya sendiri. Bila Em tanya kenapa Ann suka berbuat begitu, jawapan Ann senang sahaja, Em ada natural attraction yang membuatkan irresistible feeling pada suaminya ada.

“…So what’s on your mind?” selepas membaca artikel itu, Em bertanya kepada Ann. Apabila si suami sudah bertanya terus, tak susah bagi Ann untuk mencari permulaan untuk menyatakan hasrat hatinya kepada Em.

“Dalam 2 minggu akan datang, in sha Allah due saya. Boleh tak saya nak ambik pengalaman melahirkan guna cara water birth ni?” Permintaan Ann bukanlah permintaan yang mudah untuk dipersetujui dengan keputusan terus. Em perlu memikirkan baik buruk yang akan ditanggung. Bukannya dia tak pernah dengar pun kaedah melahirkan anak menggunakan water birth tapi dia terlalu risaukan Ann. Tapi dalam pembacaannya itu, kaedah ini dikatakan kurang sakit dan suhu dalam air dikatakan hampir sama dengan suhu bayi dalam kandungan. Walaupun kosnya agak tinggi, tapi itu merupakan perkara terakhir yang Em akan kira sekiaranya betul Ann mahu melahirkan anak mereka menggunakan kaedah itu.

“How to register, or to be specific, what should I do?” Em terus bagi greenlight tanpa banyak soal.

“Just let Izzah know and she’ll handle everything. She has a friend in Hospital Pantai. But sayang, kaedah ni macam very costly la.” Ann pandang wajah suaminya.

“Money doesn’t matter baby. As long as nyawa orang yang saya sayang selamat, I don’t care a cent I lost.” Em membawa Ann lebih dekat kepadanya. Kali ini, dia perlu lebih bersedia berbanding kelahiran Sofea dulu. Masa Sofea lahir, dia pun ada dalam wad bersalin tapi untuk kali itu dia akan menjadi sebahagian daripada orang penting ataupun sorang daripada bidan. Literally! Nak kena masuk kolam dengan isterinya.

Ann yang masih lagi memeluk Em tiba-tiba duduk tegak apabila teringat akan sesuatu.

“Alamak! Saya belum masak lagilah sayang dan awak dah balik.” Em ketawa melihat reaksi si isteri. Innocent look.

Look at the clock there.” Baru pukul 10.30. Patutlah Ann rasa macam baru sekejap dia duduk, dan suaminya dah sampai.

“Aikk, kenapa awal sangat balik harini? Any special occation?”

“Tak adalah special mana pun sayang. Saya keluar office awal. Maksud saya, sepatutnya semalam last day saya kerja dan harini sepatutnya dah mula cuti. Remember, masa awak dekat nak bersalin, saya akan ambik cuti awal jaga awak. You know I don’t trust the due date right? Boleh jadi lebih awal dari tarikh yang doktor cakap. So, here I am.” sejuk hati Ann mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut suaminya. Dalam zaman smart phone sekarang, dia tak nafikan susah cari suami yang mempunyai sikap prihatin kuasa sepuluh macam suaminya. Untuk itu, dia perlu bersyukur dan menghargai pengorbanan suaminya.

Can you cook Mushroom Soup for me please, honey. Saya nak rasa masakan awak. It’s been a while tau.” Tiba-tiba fikiran spontan Ann teringatkan sup cendawan yang Em buatkan. Dulu kalau mereka berdua sama-sama dalam diet mode, mereka akan bersama-sama habiskan sup cendawan di hadapan TV sebagai menu makan malam untuk menggantikan nasi dan lauk-lauk berat yang lain. Tapi, Em akan pastikan dalam sup yang dia masak mengandungi pelbagai bahan yang dapat memberi nikmat kekenyangan kepada mereka berdua.

“Urghhhhh.. If that’s the case..” Selepas menggeliat, Em duduk tegak tetapi masih lagi menahan isterinya di sebelah agar tidak terjatuh.

“…awak kena temankan saya kat dapur sekarang dan saya masak. Sebelum Kakak Copia bangun dan potong stim Mommy Daddy tengah dating.” Terus tubuh Ann didukung menuju ke dapur. Respon refleks daripada Ann adalah seperti biasa, terkejut dan menjerit sehingga mereka sampai di kawasan dapur. Nasib baik Sofea masih nyenyak, kalau tak memang boleh saja si kecil bangun sebab terkejut. Sampai sahaja di dapur, Em meletakkan Ann dihadapan kaunter.

“Sayang, tukar baju awak dulu.” Belum sempat Em bergerak menuju ke kabinet dapur, Ann menarik tali leher Em sehingga badan Em mendekatinya. Tindakan Ann itu membuatkan Em diam sebentar. Jarak muka mereka memang terlalu dekat dan menyebabkan Ann menjadi malu dengan tindakannya.

You look cute when you’re blushing.” Pipi Ann dipegang dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan Em memaut pinggang Ann. Tetapi bunyi Sofea yang menangis tiba-tiba membuatkan Em terpaksa melepaskan pautannya. Nampak kecewa pada raut mukanya kerana dia tak sempat untuk ke favourite partnya. Ann ketawa.

You know, Sofea knows how to interrupt when it comes to Mommy and Daddy’s me-time.” Ann mengenyit mata kepada Em yang jelas nampak tak berpuas hati.

“Yeah right! I think nighttime is the best time.” Em masih mahu mencuba nasib.

And that’s the best time for Mommy to have a proper rest. I guess Miss Sofea really needs me for now.” Ann berlalu meninggalkan Em terpinga-pinga di hadapan kaunter apabila bunyi tangisan Sofea makin kuat.

Yes Sofea darling, waktu nak mengacau Daddy yang baru nak usha Mommy memang cantikkk sangat.” Kata Em dan terus mencapai apron di tepi peti sejuk. Lengan kemeja dilipat sehingga ke paras siku dan tali leher dibukanya dan diletakkan di atas meja sebelum memulakan kerja memasak sup cendawan untuk isteri tercintanya.

Hot guy do cook as well!

Hari kedua cuti Em digunakan dengan menguruskan persediaan bagi Ann untuk melahirkan anak kedua mereka tidak lama lagi. Sewaktu membuat proses reconfirmation di Hospital pun Ann dan Sofea kena angkut sekali. Dia jadi paranoid untuk meninggalkan Ann dan Sofea berdua sahaja di rumah dengan keadaannya pada waktu itu.

Mulanya memang Em rasa dua-tiga-dua-tiga untuk membenarkan si isteri bersalin dalam air, tapi bila dia sendiri dah dengar penjelasan daripada pakar, dia jadi lebih yakin.

“Ouch!” Ann yang tiba-tiba mengaduh disebelahnya dipandang dengan muka yang cuak. Dalam hati cepat-cepat berdoa agar itu cuma false alarm. Masa untuk patah balik menuju ke hospital pun dia tak ada kalau isterinya tiba-tiba terberanak awal daripada due date, kalau dah apa-apa bekal keperluan isteri pun dia tak bawak. Pulak tak ada orang nak jaga Sofea nanti.

“Kenapa, sayang? Baby dah nak keluar ke?” muka Em yang panik semacam membuatkan Ann tiba-tiba ketawa.

“Belum lah! Doktor sendiri kan cakap tadi, belum ada tanda apa-apa lagi. Stop being so paranoid lah sayang.” Dalam ketawa Ann masih lagi menjawab persoalan Em.

“…someone is playing football inside here. Disebabkan tak ada bola, he kicked Mommy’s tummy.” Bukan baru merasa tendangan, malah beberapa kali Ann sudah mengalami “free kick” daripada dalam walaupun sewaktu dia tidur. Dia sendiri dapat merasakan, kali ini jauh lebih beza daripada pengalaman sewaktu mengandungkan Sofea. Lebih aktif!

Really?” Muka Em yang tiba-tiba berubah daripada panik kepada muka gembira budak dapat aiskrim dipandang hairan.

What do you mean by “really”?” tanya Ann balik sebab dia tak faham dengan soalan suami.

“You use the term “he”. Is it going to be a “He”?”

“Taklah. Saya main teka lah. Sebab masa Sofea dulu, tak adalah sampai selalu kena “free kick” even masa tidur. Kali ni, memang waktu tidur pun boleh terbangun bila tendangan kat dalam ni jadi alarm clock saya.” Mata Em membulat. I knew it! The baby is going to be a boy! Aminn.

Sampai sahaja di rumah, Ann terus mengemas dari dalam bilik sehinggalah ke bahagian dapur. Bila dihalang oleh Em, jawapan paling tak boleh blah dia berikan kepada suaminya.

“ Saya cuma nak ringankan beban awak untuk hari ini je. Esok dan seterusnya, awak akan buat semua ni. Trust me!” selesai mengemas di dapur, Ann menyimpan baju-baju yang akan dibawa ke hospital pada bila-bila masa sahaja.

Bahana mengemas rumah sampai ke malam, pada keesokkan harinya terus Ann dibawa ke hospital. Terlalu banyak bergerak dan terlampau aktif pada hari sebelumnya menyebabkan berlaku contraction lebih awal. Cepat-cepat Em telefon mamanya untuk menemaninya dan menjaga Sofea sewaktu dia menemani Ann di wad nanti. Teringat dengan kata-kata Ann sehari sebelumnya, menyebabkan Em kuat merasakan bahawa “mother instinct” Ann memang kuat. Mulanya, dia ingatkan Ann hanya bergurau. Dan satu lagi, “mother instinct” Ann yang dia harap tepat, apabila “He” yang selalu disebut isterinya sejak beberapa hari sebelumnya menjadi kenyataan.

Pukul 4 pagi tadi, Ann bangun untuk ke tandas tiba-tiba menanggil namanya dari dalam bilik mandi bilik mereka. Terpinga-pinga dia yang masih mengantuk berlari ke arah bilik mandi melihat Ann sudah duduk mencangkung di tepi sinki. Apabila Em datang menghampiri, terus dia memeluk Em walaupun tengah mencangkung dan tangan mencengkam sinki menahan sakit pada pinggangnya.

The water is coming out, sayang.” Em terus melihat dress tidur isterinya sudah basah kerana air mengalir keluar. Terus Em mengangkat Ann ke atas katil dan menelefon Mama untuk bersedia pergi terus ke hospital. Baju isterinya dibuka dan diganti dengan baju yang baru yang lebih sesuai. Apabila sudah menyimpan semua barang keperluan untuk dibawa bersama ke hospital, Sofea didukung dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menahan Ann yang berjalan memeluk pinggangnya.

Sampai sahaja di hospital, mama dan ahli keluarganya yang lain sudah sedia menunggu di lobi hospital. Dia terus menemani Ann ke bilik pemeriksaan sebelum dipindahkan di wad bersalin yang menggunakan kaedah hypnobirth.

“Encik, boleh ready sekarang. Isteri encik dah selesai buat pemeriksaan.” Sapaan daripada seorang staf jururawat di hospital itu mematikan lamunan Em. Terus Sofea yang didukungnya diserahkan kepada Mama. Cepat sahaja langkah diatur menuju ke wad isterinya.

Plan Em ingat hanya nak pakai boxer dan singlet untuk temankan si isteri di dalam kolam, tapi bila melihatkan 2 orang staf perempuan yang masih muda di dalam wad bersama mereka dia jadi malu. Nasib baik dia ada bekalkan swimming trunk yang lebih sopan daripada menggunakan boxer sahaja.

Pada mulanya, Ann masih lagi disuruh bergerak di dalam wad bersalin itu untuk membuka ruang yang lebih besar bagi memudahkan proses kelahiran bayi nanti. Macam-macam cara yang Em lihat dilakukan oleh isterinya mengikut keselesaan menahan sakit yang mula terasa di pinggangnya.

Melihatkan Ann yang sudah bersedia disuruh masuk ke dalam birth pool yang berisi air yang sudah diisi dengan suhu yang bersesuaian dengan suhu di dalam kandugan, dia jadi cuak. Seolah-olah dia yang akan melahirkan anaknya. Sudah 18 jam Ann dalam labor ward. Kalau sebelum ini dia berpeluang menemani isterinya bersalin secara normal, pada kali itu, satu lagi pengalaman baru yang dia akan dapat. Bersama-sama isteri melahirkan anak mereka dalam kolam kecil itu membuatkan dia merasakan lebih dekat lagi dengan isterinya, dan dia pasti dia akan sama-sama merasakan kesakitan itu.

How are you feeling, honey?” melihat keadaan Ann yang macam menahan sakit bersandar pada badannya di dalam kolam kecil itu yang memegang tangannya dengan kuat secara tiba-tiba.

Nervous even worse than sakit..” dia faham bila Ann cakap gementar lebih lagi daripada kesakitan yang dialami kerana mungkin Ann takut dengan keselamatan anak mereka.

Don’t worry sayang. In sha Allah, everything will be fine. I’m with you.” Bahu Ann dipegang. Bila Ann mengubah kedudukan dengan melunjur sehingga menyebabkan dia makin dihimpit ke belakang dengan kuat, Em tahu, Ann mula merasa sakitnya. Sekejap kemudian, Ann mengubah posisi menghadap suaminya dan memeluk badan Em. Dengupan jantung Em lebih laju berbanding dengan degupan jantungnya seolah-olah Em yang sakit meneran.

“I think I’m ready doctor.” Sebaik sahaja mendengar Ann berkata begitu, Em mula berdoa. Tangan Ann yang baru berpaut pada tepi kolam dicapai dan digenggamnya. Bila Ann membalas genggaman dengan lebih kuat, dia dapat merasakan Ann sedang berusaha. Daripada genggaman di tangan, Ann memaksa dirinya bersandar di dada Em dan memeluk pinggang Em. Kepalanya disandarkan di dada suaminya untuk mencari lebih kekuatan.

“I love you..” Oleh sebab sudah kehabisan kata-kata untuk memberi semangat kepada isterinya, hanya tiga perkataan itu sahaja yang diulang oleh Em di telinga isterinya sewaktu Ann masih lagi berusaha dan pada masa yang sama, menolak Em ke belakang dengan lebih kuat lagi. Kalau nak rasa sakit dadanya ditolak Ann ke belakang, memang luar biasa, tapi sakit yang ditanggung oleh Ann lagi jauh bezanya dengan sakit yang dialaminya pada waktu itu. Berkali-kali juga dia mencium ubun-ubun Ann.

Lama dia bertarung sama dengan Ann di dalam kolam kecil itu, akhirnya suara tangisan memenuhi ruangan bilik itu.

“It’s a boy!” Suara doktor yang menyambut kelahiran bayi mereka membuatkan Em menarik nafas lega. Lega kerana dapat bernafas dengan normal semula setelah Ann tidak menolak badannya lagi dan lega kerana semuanya sudah berlalu.

“Alhamdulillah. Can you hear that, it’s a boy. Thank you sayang.” Ann yang masih bersandar pada badannya dicium. Gembiranya Em mendengar doktor memberitahu bayi mereka lelaki memang jelas dilihat pada wajahnya. Mata isterinya masih lagi terpejam kerana masih rasa kepeantan dan sakit.

Tatkala doktor menyerahkan bayi mereka kepada Ann, dia nampak Ann menangis.



“Assalamualaikum. Hello Faiq darling.. This is your Mommy and Daddy sayang.” Ann membisik di telinga si kecil yang dibawa dekat ke dadanya.

Faiq Anaqi. Nama Faiq memang nama yang Ann gemar dari dulu lagi. Dan Anaqi adalah nama yang Em pilih. Selesai mengazankan “Em Junior”, Faiq kemudiannya dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dan kadar denyutan jantung di suatu ruang di dalam wad tersebut.

How are you feeling?” Bahu Ann dikucup apabila mereka berdua masih lagi di dalam birth pool sementara menunggu arahan seterusnya daripada doktor.

“Fantastic! Thanks you sebab temankan saya, bagi semangat kat saya dan bagi saya semua part kat badan awak untuk tempat saya berpaut tadi. Sakit kan saya cengkam?” Ann berpaling ke belakang mencari muka suaminya dan mengusap tangan Em. Kesian Em, free free kena grab dengan kuat. Nasib baik tak lebam masa Ann tengah berusaha meneran tadi.

“Sakit saya hanya 1 peratus daripada sakit yang awak rasa tadi. And I’m pretty sure about that, baby. You know what?” Em mengatur kedudukan mereka degan lebih selesa apabila dia mula rasa lenguh pada bahagian badannya selepas hampir sejam Ann bersandar dan menolak badannya sebentar tadi.

What?” Ann tersenyum seolah-olah tahu, Em akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Apatah lagi apabila doktor masih dibantu oleh jururawat di bahagian hujung bilik itu meninggalkan mereka berdua sahaja di dalam birth pool.

“Kau begitu sempurna, dimataku kau begitu indah, kau membuat dirikan akan selalu memujamu…” belum habis Em menyanyi di tepi telinganya, Ann sudah ketawa. Siap buat rolling eyes sekali dengan Em.


“Cheesy hubby!” hidung Em dipicit kuat dan serta-merta Ann meletakkan air yang kotor di dalam birth pool itu di rambut Em.

“Okaylah, saya nak bawak lagu Sofea lah kalau awak cakap saya cheesy. Row row row your boat..” bila Em mula bermain dengan air, Ann menegurnya. Dilihat dari perlakuannya, sedikitpun Em tidak berasa geli dengan air di dalam birth pool yang sudah bertukar warna, bahkan sempat lagi mengusik isterinya yang masih lagi merasa sakit di pinggangnya. Sakit yang dirasakan oleh Ann hilang dalam sekelip mata apabila dihiburkan oleh suaminya.

Apabila Ann sudah menukar pakaiannya dan berbaring di atas katil di wad khas untuknya, Sofea yang baru dibawa masuk terus minta dibaringkan disebelahnya. Manakala Em masih lagi melakukan aktiviti suai kenal dengan Faiq di dalam katil bayi.

“Abang Em, mata baby boy abang macam mata abang Em lah. Chocolate hazel.” Kata adik Em setelah melihat anak buah barunya membuatkan Em tunjuk muka bangga.

Well, sebab itulah Faiq Anaqi ini merupakan versi Abang Em junior. Dapat jadi geng main bola dengan abang  nanti.” Mata Faiq tak ubah macam mata Em. Bila Ann kata tak adil, Em cakap mata Sofea memang sebijik mata Ann dan combo dengan bentuk hidung yang kecil sebijik seperti Mommynya. Jadi adillah bagi mereka bila sekarang Faiq pula yang ada iras dengannya.

Sewaktu Hazwan dan Izzah datang melawat pun Hazwan cakap Faiq copy paste muka Em.

Bila sudah dibenarkan pulang, Em mengambil tempat menjaga Ann pada sebelah malam apabila pada waktu siang Mama dan Ummi bergilir-gilir membantu menguruskan Ann. Urusan rumah dan Sofea memang 24 jam Em uruskan tanpa menyusahkan sesiapa sementara dia masih lagi dalam cuti panjang. Bab memandikan Faiq pun Em boleh uruskan cuma Ummi dan Mama lebih selesa apabila mereka yang melakukan semua itu. Apa yang dimakan oleh isterinya, itulah yang dimakan oleh Em. Semangat untuk isteri sama-sama makan makanan post-pregnant, sampai Sofea pun turut serta makan di dalam bilik mereka bersama mereka berdua.

“Sayang, baby poo poo.” Waktu malam bila si isteri sudah tidur berehat, dia akan mengambil alih tempat Ann menjaga dan menguruskan Faiq. Tugas Ann hanya cakap apa yang dia perlu buat, walaupun baru menutup mata, bila Ann cakap “poo poo” atau “shi shi” dia jugalah yang akan bangun menukarkan pampers anaknya. Bab penjagaan anak memang Em dah master semasa menjaga Sofea dulu, sebab itulah dia tidak memerlukan sesiapa untuk monitor gerak-gerinya. Dia memang layak diberi gelaran Super Daddy kerana tak semua lelaki yang mampu buat apa yang dilakukannya sedari Sofea lahir dulu sehinggalah menguruskan Faiq pada waktu itu.

Bangun pagi itu, Ann lihat suaminya masih lagi tertidur di sebelahnya. Satu lagi benda yang Ann suka pada suaminya selain daripada bau badannya, adalah melihat muka suaminya semasa tidur. Tangannya mengalih tangan Em yang memeluknya apabila mendengar Sofea di katil sebelah yang baru bangun memanggilnya. Perlahan-lahan dia turun mendekati katil Sofea.

Mommy, can I sleep beside baby?” Sofea yang baru bangun duduk dan menggosok matanya dibawa dekat ke arahnya. Mulanya dia risau kerana takut Sofea jealous melihat adiknya, tapi tekaan mereka salah apabila Sofea suka melihat adiknya sewaktu pertama kali lagi. Sofea diletakkan di atas katil mereka dan dibaringkan di sebelah Faiq.

Don’t disturb your Daddy and baby sleeping, little girl.” Pesan Ann yang baru bergerak ke arah bilik air. Laju sahaja Sofea mengangguk mendengar pesan Ann setelah dia mencium dahi adiknya. Dari dalam bilik air, dia boleh dengar suara Sofea menyanyi lagu “Twinkle Twinkle Little Star” diatas katil. Memang sahlah Faiq akan berjaga. Bila dipesannya supaya tidak mengganggu adiknya sekejap tadi, bukan main laju sekali si kakak mengangguk, tapi sekarang bila dah menyanyi suara sampai ke bilik air, bukan setakat Faiq, dengan Em sekali pun pasti akan berjaga.

Keluar daripada bilik air, Ann melihat Em memeluk kedua-dua Sofea dan Faiq dengannya. Faiq di tengah-tengah dia dan Sofea dan masih lagi suara Sofea menyanyi untuk adiknya.

May I join your hugging group, please?” kata Ann yang datang mendekati mereka di katil. Apabila Em mengangguk dan tersenyum, terus Ann naik dan membaringkan dirinya di tepi Sofea dan menyatukan pelukan Em dengan tangannya.

“Daddy dengan Faiq kena paksa bangun bila dengar Sofea nyanyi. Ingatkan makin lena, tapi makin segar mata.” Em merapatkan lagi pelukan mereka berempat di atas katil apabila Ann sudah menyertai mereka bertiga. Sofea sudah mula bermain dengan Faiq apabila tangannya naik memegang hidung dan rambut adiknya.

Well, salah satu cara nak bangunkan Daddy perhaps?” Ann mula meneka. Jam sudah pukul 10 pagi tapi tadi Em masih lagi tidur lena sampai tidak bergerak langsung di sebelah Faiq apabila dia mengalih Sofea ke katil besar mereka.

“Lepas subuh baru saya dapat tidur. Memanglah tak baik tidur lepas subuh, tapi saya berjaga dari malam tadi sebab memang tak dapat nak tidur. Boring sangat sampai satu tahap, saya baca buku awak. Beautiful Disaster. Half way baca dah, so far saya bagi 5 stars!” Disebabkan Sofea sudah mula duduk bermain dengan Faiq, Em mula bangun duduk di tepi katil.

“Baca jugak awak buku, padahal selama ini awak cakap saya nerd sebab suka membaca.” Ann mengenakan semula Em. Selama dia suka membaca, Em selalu cakap dia nerd bila dia asyik membaca selagi ada masa.

“Well, I just realize, it’s not that bad jadi bookworm. Sofea dan Faiq nanti harap-harap jadi ulat buku macam awaklah. As a man, I don’t really like reading book, internet or bahan bacaan ringan, itu pilihan saya. Football or other sports lagi best dari duduk diam baca buku. Langsung tak membantu untuk bakar lemak.” Dalam ayat terakhir Em, dia sengaja nak mengenakan Ann semula.

Oh really? At least reading helps a lot in a sense of tambah ilmu pengetahuan. Speaking of bakar lemak, saya masih ingat janji awak nak daftar saya kat nearby gym. So why should I play those sports then? Cukup lah awak sorang je bersukan.” Em ketawa bila Ann sudah mula buat rolling eyes dengannya.

Well, bila saya berjanji, saya bukan jenis yang chapatti kan janji. So, mark my word. Nanti saya daftarkan ya, Puan Ann. For the time being, saya rasa elok saya cuci kereta kat bawah dulu. Lama betul rasa tak manjakan kereta.” Em bangkit dari katil dan menuju ke arah pintu bilik sebelum sempat Ann menjawab.

“Sayang, tolong letak Faiq dekat baby couch kat ruang tamu. Saya nak mandikan Sofea. Keep an eye of him. Lepas mandikan Sofea, saya turun bawah buat breakfast then awak cuci kereta. Please?” Ann terpaksa bercakap sedikit kuat apabila Em sudah mula turun dari tangga. Bila mendengar Ann memanggilnya semula, Em naik semula dan membawa Faiq bersamanya sementara Ann masih lagi mengemas bilik tidur mereka.

Today is the third week of your confinement and Faiq pun dah tiga minggu. Tengok gaya awak macam orang dah bebas dari confinement dah saya tengok.” Ann hanya tersenyum mendengar Em memujinya dalam diam. Baginya sudah baik Em berjaga setiap malam menguruskan dia, Sofea dan Faiq. Pada sebelah siang biarlah tugas yang ringan dilakukan olehnya supaya Em dapat melakukan tugas lain. Hanya 2 minggu Ummi dan Mama bersama-sama mereka, dan selepas itu, Em lebih banyak membantu menguruskan segala keperluannya. Ummi dan Mama hanya akan datang bila perlu sahaja.


Hence, you should buy me more books so that I just spend the rest of my confinement days by reading while feeding Faiq and his Kakak Sofea.” Kata-kata Ann itu bukannya berbunyi meminta kebenaran untuk membeli buku baru tetapi lebih kepada arahan untuk Em. Sememangnya dia tidak ada pilihan selain mengiakan permintaan Ann. A bookworm will always be a bookworm, Em.




So, saya merupakan salah seorang yang nak guna cara water birth ini nanti. In sha Allah. Pasal video di atas, maaf kalau ada yang kurang suka sebab tak censored sangat. Tapi tengoklah suami dia, sweet sangat sampai saya rasa jealous dan berharap agar suati hari nanti saya dapat jugak camtu. *deep* HAHAHAHA. By the way, Abang Mie tak sihat, so get well soon F. And happy 49. :))) Love you! And love you all loads! xx *peluk*

26 comments:

Anonymous said...

Salam kakak fateen n abang fahmie. Ye kami doakan abang fahmie cepat sembuh ye kak. Best kak. 10/10 bintang kami beri dkt SII ni. SO, bile part 10 sis? :)

Fateen Kamarudin said...

nampak nya part 10 masih belum ditulis lagilaa. hehe. sabar eh. tunggu tau. :)

Unknown said...

kakak!!!!!!! account kami dah dapat pakai...yea~~~ macam best je kak dapat rasa water birth? Untungnye dpt Ann dan Em.

Anonymous said...

Salam, Kak Habsah ni.

Tahniah Copia dapat adik lagi.Copia bagi dekat kakak boleh tak?Kakak ni anak seorang tapi dah kahwin belum ada cucu lagi.Copia lah jadi anak dan cucu kakak ni.

Anonymous said...

Kdk ne mek org mowk ikut kedak kitak?kmk jelousss ga kebahgiaan Ann & Em.

Dari (pembaca tegar sabar itu indah)

Fateen Kamarudin said...

Si kicik Sabar itu Indah,
Waaaaa. bagusla. dapat lah kita beramah mesra dengan acc tu nanti. Hehehe :p Nak tahu rasa water birth, try lah nanti eh. Tapi lama lagi lah. Belaja dulu :)

Kak Habsah,
Hehehehe. Saya takut Copia taknak lah kak. Nanti dia rindu dengan Mommy Daddy dengan adiknya.

Pembaca tegar,
Ikut 200% sak sama gaya dengan Ann dengan Em.. haha. Selamat membaca! :)

Peluk semuaaaaaa

Unknown said...

Kakak busy ke? kami nak beramah tamah dgn kakak. hehe . SII tetap dihati.

Fateen Kamarudin said...

Baru habis kelas ni. Kalau tengah malam, in sha Allah tak busy. Macam mana nak beramah ni? Cakap cepattttt. Hehehe :D

Unknown said...

Okay mcm nie lah kakak. JANGAN habiskan SII boleh? kami bosan2 ade juge baca SII dari mula kak.

Anonymous said...

Bah,kedak ney mowk sama owh??bila boleh duduk semeja?kmek mowk jwak tanya hal nk kedak towk.

(pembaca tegar sabar itu indah)

Fateen Kamarudin said...

Adik-adik SII tersayang,

Kalau tak payah habiskan SII ni nampaknya dah macam life update kehidupan sendiri lah pulak. Haha. Takkan taknak bagi ruang dengan cerita lain masuk line? :P

Pembaca tegar,

Padah lok kitak sapa. Misal kmk dah tauk, bok mek email/kol ktk. Mok sik? Yerdeh, mok jumpa semeja indah. Pa polah? wahahaha

Unknown said...

Kami x akan beri peluang ceria lain maasuk kak. No No No!! Ehh kakak. Abg fahmie dah sihat? Dulu ada sekali abang komenkan kak.

Fateen Kamarudin said...

Adikku sayang,

habis tu kalau kakak Pateng ada idea, takkan nak pendam? Bagi lah laluan tapi gerenti watak Abang Em dengan Kakak Ann kesayangan akan masuk line cerita tu jugak nanti. Tapi, akak akan habiskan SII mungkin sampai part 12. pastu akak akan buat sequel and novel baru k. Abang Mie awak dah sihat. Pernah dia komen, pastu akak tak suruh sebab taknak publisiti. Ceyyy. Boo~~ :p

Unknown said...

Alaa..... Janganlah tamat dulu kak...haha kesian abang fahmeng. Ade group laki dkt sini nk tegakkan hak abang fahmeng kak. tapi akak jgn risau. Kami wanita SII ade~

Fateen Kamarudin said...

Hehehe. Comel sangat ni kenapa? :D In sha Allah, tu la akak ajak chat kan senang dari tunggu komen ni macam leceh and ambik masa sangat. Mana budak-budah Abang Mie, jangan taktau Kak Pateng gengsta. Hahaha. Nak mintak pendapat macam mana nak buat ending SII ni?

Unknown said...

Assalammualaikum dan hai kak Ann n SII..:)

Fateen Kamarudin said...

Waalaikumsalam and Hi Abang Mieeee Sedapp. :P Adik-adik, say hi to Abang mie. :P

Unknown said...

Hye abang fahmeng. peewitt hye dkt kakak Ann dulu ke. Dkt kami nie abg hero2 SII.

Fateen Kamarudin said...

Kalau Abang mie tak jawab maksudnya Abang Mie malu. Hahaha

Unknown said...

Hahahaha Abang Fahmeng malu juga ker? Kakak jgn risau kami wanita SII tetap memegang hak untuk membalas komen. Si pemuda SII hanya mampu menyokong abang fahmeng dari jauh je. hihihi

Fateen Kamarudin said...

Diskriminasi tol korang ni. Hahaha. Bagila abang-abang tough korang pulak yang komen. Nak tahu macam mana golongan Abang Mie ni komen. Hahaha. Macam tak boleh caya langsung je ada gak lelaki yang baca novel akak kan. Akak ingan abang mie sorang je yang sudi baca. tsk tsk tsk. Terharu tol. Nantilah bagi hadiah dekat korang. :p

Unknown said...

Abang tough x boleh tekan keyboard kakak pateng. Nnt patah. hihihihi. Kakak yg kami sayang, kami nk log out dulu ye kakak. Esok kami ade UB so cikgu dah nk tutup kak. Salam dari kami Pemuda dan Wanita SII. INGAT~ jangan tamatkan SII ni. hihi

Fateen Kamarudin said...

Sama!!! Esok akak UB PBSM! So kena tidur awal pasal ada assembly pagi. Night kesayangan kakak pateng semua. Belaja rajin2 tau. Jaga kesihatan. Kakak Pateng sayang semua! :)*peluk*

Unknown said...

Kakak Fateen dan Abang Fahmie!!!!!!!!!!!!!!!!

Fateen Kamarudin said...

Ye adik-adik. Apa kata, bukak google punya Hangout app, kita chat kat situ. Say hi kalau dapat. Akak dah Hi-ing awak kat chat box. :)

Unknown said...

baik kakak fateen n abang fahmie.