Monday, July 9, 2012

Novel story turns into Reality!

Salamun salam and a very good days.. Ni nak habaq mai nih haa. Hehe. Mood aku masih lagi dengan mood orang kahwin sebab sekarang pun musim kahwin kan. So, I am eager to tell you something about the title above. Kenal artis Irma Hasmie? Of course kenal kan? Yang tak kenal tu, baca post ni sampai habis and I am sure you will know her better. Tak pun lepas ni sibok nak google search or google image gambar dia dengan husband dia. :) Well, the date of her ijab kabul was 29th june 2012 and tu pun aku tahu lepas tengok video dia. 

Okay, exactly kisah dia dengan husband dia memang dah macam dalam novel dah aku tengok. Sebab dia memang banyak sangat aku nampak. Selalu aku anggap kisah dalam novel ini memang TAK pernah dalam kehidupan realiti kita tapi finally aku jumpa dah. Kisah Irma Hasmie ni lah. Here are the proves okay. First, nama suami dia memang panjang and modern gila dah aku tengok. Redza Shah Azmeer! Then, kisah mereka mula-mula jumpa. Mereka jumpa kat Tanah Suci Mekah time Irma tunaikan Umrah kalau aku tak silap. Okay, ni memang novel sangatttt. Padahal dua-dua orang Malaysia tapi jumpa depan Kaabah. Inilah yang orang kata jodoh yang direstui and baikk sangat aku tengok dah. Dahtu, si suami pulak bukan calang-calang orang, yela anak Dato'. Dahtu nampak dalam video yang aku tengok tu family dia kinda humble je. Itu berdasarkan pandangan mata aku la. Kalau perasan dalam video dia yang aku post ni, nama kawan suami dia tu ada Megat macam tu la nama dia. Hmm, dalam novel kan selalu watak dia nama yang ada pangkat-pangkat macam tu. Takpun novelis ni guna Syed lah Pangeran lah ape lah. Rare nak tengok nama dalam novel dia Mohammad Ali  or Nur Tipah kan?(contoh and takde kena mengena dengan orang lain k)

Cuba kita tengok sejarah hidup Irma Hasmie sepanjang bergelar artis. Mula dulu dia tak berhijab lepas tu berhijrah dengan berhijab dah sekarang kan? Memang kita boleh nampak keikhlasan dia berhijab ni bila kita tengok muka dia. Suci and bersih. Hehe. Takdela, tengok la dari segi penampilan dia. Tengok pada design baju ijab kabul dan cara dia bertudung. Memang menutup pada kawasan yang patut. Tak la aku mengata orang yang berhijab ni dorang sekadar sembunyikan rambut. But definitely some of us termasuk aku kadang-kadang ni kan, berhijab memang main hentam kromo. Asal dah berhijab sudaa tapi tak pulak perasan ada kawasan yang tak ditutup dengan sewajarnya.

Plus, aku percaya pada perubahan dia bila dia ada tulis buku dia sendiri yang bertajuk SMILE :) memang la aku belum pernah baca lagi tapi aku rasa memang buku tu berkonsepkan keislaman and ada value Islam terselit dalam tu. Dia pun ada bagi talk jugak. Haiii, dah macam sejibik dalam novel dah kott. 

 Here are the videos and banyak lagi link dia. Both ni pun dah cukup nak cakap betapa sweet nya mereka. Semoga mereka kekal samapi ke akhir hayat dan mendapat keberkatan. Amin.

Dan pada suatu hari aku pun cakap dengan Encik Boyfriend.

Me : You, I nak kahwin macam ni. Boleh tak? Nak grand grand and ada konsep keislaman.
McDreamy : Boleh. Sume orang nak mcam tu.
Me : Sweet kan dorang? Best sangat. Eh, nak macam ni okay?
McDreamy : Boleh tapi you kena tolong I la. Takkan I je yang saving tiap masa. You kenalah minimize perbelanjaan you. Simpan sikit.
Me : =,= (kan dah kena) Hahahaha

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"Ibnu - Majah.
wallahualam. Selamat Mencuba dan pilih lah seorang lelaki yang mampu mendidik anda ke jalan Allah serta mendapat redhaNya. Aminn.

No comments: