Tuesday, October 22, 2013

Lelaki dan texting!

Assalamualaikum and hi wanita dan lelaki. (Eee.. Gelinya guna wanita. Tua gila!) Hahahaha

Adakah anda terperasan bahawasanya sejak dua menjak tiga empat lima menjak ni saya mengalami simptom kerap meng-update belog? Sila iyakan. Well, kalau idea mencurah-curah jangan ditidakkan untuk dikongsi bersama orang walaupun masa suntuk untuk mengkajiulang. Eh? Nanti kalau saya hilang anda pula yang kerinduan dengan diri ini. Kahkahkah * sila ketawa sampai terkeluar alveolus kalian *

Baik, kembali semula ke tajuk di atas. Mengikut pengalaman dan kepakaran saya dalam menekan henfon untuk bepesanan ringkas bersama spesies lelaki, saya mendapati golongan ini mempunyai penyakit yang dinamakan malas menaip tapi rajin pulak bermesej.

Tak paham? Okay, mari Cikgu terangkan kepada anak murid sekalian. *sambil membelek-belek lesson plan yang bertajuk "Lelaki dan mesej mereka" pada muka surat 1303* :p

Macam ni, lelaki ni kalau nak mesej memang pada pengamatan saya seperti kanak-kanak riang mendapat lolipop apabila mermesej dengan orang yang mereka nakkkk sangat bermesej. Tapi Ya Allah, dah bermesej tu alahai mak, satu baris pun tak sampai text mesej mereka hantar. Satunya mereka tak sayang kredit. Duanya mereka tak reti berkarang dengan random stuff. Punyalah panjang orang tanya, dia jawab sepatah ja. Sepatah mewakili semua soalan. Biar tembikai? Typical men.

Saya bercakap taklah merujuk kepada F semata-mata. Tapi semua tahu! Kawan lelaki, abang, adik lelaki, pakcik, datuk dan bapak I sekali. Persatuan Lelaki Pesanan Ringkas Maha Ringkas. Caption tak boleh melarikan diri (blah) langsung.

Situasi 1
Me: Dad, I'll be back tomorrow. By bus perhaps. With my friends. At 12 noon. -Dad la sangat. Hahaha. Bapak ja punnn.
Dad: K -Rasa nak pengsan diri ini membaca. K stands for Potassium dad! You gotta be kidding me? I'm TESLian after all, not a Chemist's student. *urut dada*

Situasi 2
Replying the previous message--
Me: Sayang, don't give up. Belajar lah. Jangan fikirkan sangat masalah yang hanya rosakkan kepala otak. Exam is just around the corner. I'm here with you after all. -karangan berpandu tentang motivasi
F: Aok yanggg. -I know this is better than the first situation, tapi kamon la man, 2 words with one fullstop aren't enough. Please give me the feedback.

Situasi 3
Me: Dek Add, Goodluck exam. Doa banyak2. Usaha as much as you can. Minimize playing futsal and football. Makan jangan lupak. -exam wish to big bro
Big bro (Fuad): Thanks -menikam semula talipon ke atas katil.

Situasi 4
Me: Salam haa, sorry sebab semalam tak dapat nak tolong awal. Bagi yang terbaik etc etc masa meeting Kespa.
Adha: sikpa geng
Situasi 5
Me: bla bla bla bla bla bla
S: Aok kak

*Above all, jom nangis. Learn to say something dear men. Well what I said is not for all men. Some of them only.

Mak tahu bila lelaki bagi mesej panjang? Mesej raya! Hahaha. Maklumlah forward ja pun mesej. Apa susah kan? Tapi kan, masa emo or gaduh lah masa si lelaki suka berlarang mesej sehinggakan jenuh membaca. Masa tu lah nak berjiwang 44 karat emas. Huh? Sudah terlambat.

Till then. *hugs

No comments: