PART
11
To my one and only wife, Ann..
Saya tahu apa yang bakal awak
baca ni tak seberapa daripada awak berkorban selama ini untuk tetap bersama
saya. Firstly, awak korbankan zaman muda awak yang terlalu muda untuk ambik
keputusan dan berkahwin dengan saya. Kedua, awak mengalami keguguran semasa awak
masih belajar dan awak terpaksa berdepan dengan kemurungan dan bersedih serta
menyalahkan diri awak atas apa yang telah terjadi. Padahal, sayalah yang patut
dipersalahkan kerana saya tak alert dengan perubahan awak. Ketiga, awak
berkorban sekali lagi apabila mengandungkan Faiq dan awak terpaksa tangguh
pengajian which a week later caused misunderstanding between us. Remember? Saya
angkat awak tertidur kat tepi tangga lepas awak menangis? Hehe.. And I know,
Sofea is totally a mini you, Love. Diikuti dengan kesakitan yang awak tanggung
masa melahirkan Sofea dan Faiq, which saya pun turut ada bersama awak dulu. But
again, apa sangat yang saya buat berbanding pengorbanan awak. Being a fulltime
housewife and Mommy at the same time is not easy for a modern educated young
lady like you. Sampai tahap awak ketepikan kesihatan awak, makan minum awak
semata-mata untuk menunggu saya. Serius, saya taknak awak sakit. Awak adalah
satu-satunya yang saya, Sofea dan Faiq nakkan dalam hidup kami. Saya tak pandai
berkata-kata sebab I don’t do romantic man did, who will definitely pick a
flower and give a card with ridiculous words which make my ears feel ticklish.
I’m a Science person and I deal with engine and all sort of tool, and I am a
direct person. Apa yang saya fikir, I’ll definitely say it straight forward.
Nak bertapis-tapis bukan gaya saya. So, I think, this so-called letter is quite
long enough. Always bear in mind that I love you. Even more than the cars, more
than my big bike, more than the tools and more than everything. These are the
lists of my ‘To-Do-Lists” for you.
- · Sambung Master balik. I’ll check with the U again.
- · Hantar Sofea dan Faiq ke sekolah and then pick them up after your class @ selepas saya settle kerja.
- · I know, perempuan dan berat badan adalah musuh, so I already registered you at my Gym. 20 minutes away from our house. Good news is, jadual kita sama, so kita boleh pergi dan balik sama-sama. J
- · A family vacation. Maybe once we have settle down few things. Just name one place and I’ll bring you and the kids there. My choice is Bali or New Zealand. (Besides, atas urusan kerja, we can get better accommodation sebab pekerja saya ada kat sana and they can bring us to some breathtaking places perhaps.)
- · Business? Firstly, you should give me a paperwork so I can look through your plan. I mean, what kind of business you wanna do. And the reasons too, please. Business bukan benda main-main yang simply boleh on and off kalau tak ada perancangan dan strategi pelaksanaan. Well, maybe I’m an engineer but in our company, we run business too, so let me know sayang.
Helaian
demi helaian kertas yang disimpan oleh Em di dalam sampul surat putih dibaca
semula oleh Ann. Apa yang dibacanya itu termasuk dalam kejutan hadiah ulang tahun
perkahwinan mereka.
Manakala
bagi Ann sendiri, hadiah yang paling tak boleh blah diberikan kepada Em adalah, Sofea dan Faiq. Sempat lagi Em
menambah selepas dia berkata.
“And
counting!” sebab dalam plan mereka nakkan anak yang ramai. Ramai terlalu subjektif.
Dua orang pun ramai bagi Ann, sebab sudah lebih daripada satu. Senyuman terukir
semula apabila mengingatkan jawapannya semalam.
Setelah
memikirkan baik buruk keputusannya untuk setiap butir yang dibacanya, akhirnya
Ann membuat keputusan. Dia berkira-kira untuk melupakan niatnya untuk
menyambung pelajaran. Peringkat Sarjana dalam Perundangan adalah kursus yang
dimohon dan telah pun ditawarkan tapi, Ann sendiri tidak pasti sama ada selepas
itu dia akan menggunakan kemahiran dalam bidang perundangan yang dipelajari dan
diaplikasikan dalam bidang kerjanya nanti. Dalam perancangannya, Ann mahu
meneruskan minat dan niatnya untuk membuat perniagaan sendiri.
Bila
menyuarakan semula keputusannya di hadapan Em pada petang mereka menikmati
minum petang di laman rumah, Em terkejut dengan keputusan Ann.
“Tapi
inikan ‘makanan’ awak. Takkan nak lepas dalam sekelip mata just because of this
business. In fact, you’ve just plan to do it. means, zero progression and dalam
perundangan ni kan, awak dah belajar sampai tahap Degree. Tak rasa sia-sia?” Em
memberikan persoalan kepada Ann walaupun mata masih tertumpu ke arah Sofea yang
bermain di hadapan mereka. Faiq pula diletakkan di dalam stroller.
“Well,
as a husband, you should support me.” Kata-kata Ann ada berbaur sindiran dan
berjauh hati ditujukan kepada suaminya.
Bagi
Ann, tak salah sekiranya kita mahu meluaskan lagi potensi diri selagi kita
mampu dan berani mencuba. Tak kisahlah dapat Diploma atau Degree dan Master
dalam bidang apa-apa sekalipun kalau minat kita selepas itu lebih kepada benda
lain, kenapa perlu dihentikan. Bagi Ann secara peribadinya, kalau dah ada
banyak potensi, tak salah. Dia tetap akan menggunakan apa yang telah
dipelajarinya sewaktu di universiti dalam bidang yang dipilihnya untuk bekerja
nanti.
“Sorry,
saya tak berniat nak buat awak rasa offended. But, as a husband, saya
bertanggungjwab memastikan awak belajar dan saya nak awak capai cita-cita yang
awak inginkan selama ini. Okay, ni cadangan saya. Why don’t you works as a
lawyer and part time businesswoman. I’ll help you run the business. Lagipun
nanti awak still kena uruskan rumah dan anak-anak kan?” Em cuba memberikan
cadangannya kepada Ann.
Bila
terfikirkan cadangan Em itu, Ann rasa tak salah baginya untuk tetap bekerja sebagai
peguam dan menjalankan online business juga pada masa yang sama.
“Awak
rasa, saya akan abaikan anak-anak tak nanti? Saya takut terlalu sibuk dan makan
pakai awak dan anak-anak saya ketepikan.” Masih cuba menimbang balik cadangan
Em.
“We
give it a try. Like 6 months trial? Awak dah dapat tawaran kerja kat company
kawan awak sendiri kan? So kita tengok lah, sama ada jadi peguam ataupun
businesswoman suits you. Kalau awak ambik keduanya pun saya sokong, asalkan
awak tak ketepikan keluarga.” Em tetap memberi cadangan lagi.
“Saya
tak berani ambik risiko.” Pendek sahaja Ann berkata. Masih belum memberikan
kata putus kerana takut tersilap langkah.
“Kalau
awak ambik business pun sekarang ni, awak tetap akan berdepan dengan risiko,
sayang. So, jangan takut sebab saya ada.” Em masih berusaha menenangkan Ann.
Perbualan mereka tergantung setakat itu sahaja apabila Ann menerima pesanan
Whatsapp masuk daripada Izah bertanyakan tentang persediaan dia untuk reunion
mereka minggu depan.
“Sayang!!
Saya belum beli apa-apa pakaian untuk reunion minggu depan.” Bab-bab macam itu,
memang Ann ambil kira walaupun bukan berstatus ‘single and not married’ lagi.
Knowing
Ann, Em memang tak dapat nak melarikan diri lagi bila Ann dah cakap macam tu. Nak
tak nak, dia terpaksa menunaikan janjinya untuk membawa si isteri dan anak-anak
keluar pada hujung minggu. Bukan risaukan kad kredit kena swipe di shopping
complex, tapi risaukan penampilan si isteri mungkin akan menarik mana-mana mata
yang datang nanti.
Ahad
itu, puas menyukat beberapa buah pusat beli-belah sehingga Ann berjaya memilih
baju yang sesuai digunakannya. Seperti biasa, mereka akan melepak di tempat
kegemaran, iaitu di Coffee Bean. Sofea tidur di dalam stroller, dan Faiq ada di
dukungan Ann. Senang nak breastfeed Faiq di dalam kawasan tertutup di Cofee
Bean kerana tempat yang Em pilih tempat yang terlindung. Ikutkan hati Ann, nak
bawak terus kedua-dua stroller Faiq dan Sofea, tapi awal lagi Em menghalang
sebab senang nak dukung Faiq dalam carrier.
“I
still prefer Sofina’s handbag yang saya tunjuk kat awak dalam website FV
yesterday. Suddenly, rasa tak best nak shopping handbag kat One Utama.” Nama
tempat dah dikira bukan calang tempat, tapi Ann masih tak tertarik dengan
mana-mana handbag yang dilihatnya tadi. Masih terikat dengan handbag yang
dilihatnya semalam.
“Ambik
lah yang tu kalau masih available lagi.” Pendek sahaja jawapan Em sebab dah in
dengan frappucino di depannya. Bila melihat Ann tak memberi respon, Em
mengangkat kepalanya yang tadi khusyuk menyedut ice blended. Okay, Ann buat
muka boring.
“…Well,
I don’t talk about shopping. Sebab I’m not metrosexual neither into shopping kind
of stuff. So, to make it simple, saya suruh belilah. As long as you happy.” Em
cuba untuk menegakkan kebenaran.
“Tadi
awak rembat another jersey, tak pun saya komplen!”
“Lahhh..
saya pun tak komplen sayang. Saya tolerate. Awak minat, saya beli. Itu je pun.”
Perdebatan
“Man versus Woman” antara Em dan Ann terhenti di situ apabila Sofea di dalam
stroller mula merengek minta di ambil. Cepat-cepat Em mengambil Sofea dan
memangku si kakak.
“Come
here, cookie!” Sofea yang masih mamai bersandar di dada Em dan kepalanya
direbahkan di bahu menghadap Em. Biasalah. Daddy’s girl! Mestilah manja dengan Daddy melebih-lebih.
Bila Sofea mula menangis, Em menepuk lembut belakang Sofea.
“Sofea
sayang, nak makan nugget or meatball?” Ann cuba menceriakan Sofea yang masih
mengantuk dengan mengumpannya dengan makanan. Terus sahaja si kecil berpaling
dan mendepakan tangannya untuk diambil Ann.
“Mommy
tengah bagi baby minum sayang. Daddy’s here.” Melihat Ann masih lagi memangku
Faiq sambil memegang botol susu, Em memujuk Sofea. Sofea hanya mengangguk dan
memaksa matanya untuk melihat keadaan sekeliling.
“Where’s
my Nike Daddy?” soalan Sofea yang pelik membuatkan mata Em dan Ann bertemu
untuk meminta kepastian masing-masing. Ann jongket bahu.
“What
Nike, sayang?”
“My
shoe. Daddy cakap beli.” Ahh sudah! Kasut yang Sofea bawa di sekeliling
kedai Nike sewaktu Em membeli jersi tadi! Kasut kanak-kanak perempuan terbaru
Nike itu memang Em nak beli untuk Sofea, tapi Ann geleng kepala tak setuju
sebab dia lebih sukakan Adidas untuk barangan sukan Sofea.
“No
sayang. Daddy tak beli.”
“That’s
mine Daddy.” Sofea mula menangis apabila mengetahui Em tidak membeli kasut
yang dicubanya di sekeliling kedai tadi. Ann buat muka mengalah.
“Fine
then, daddy win!” Ann pandang wajah Em dan Em punya senyum memang senyum sampai
ke telinga.
“NIKE
SHOP, here we go!” Em mengangkat Sofea dan meletakkannya ke dalam stroller
semula. Air mereka berdua di atas meja memang sudah lama habis, jadi tak ada
apa-apa lagi yang mereka tunggu. Terus mereka berjalan keluar daripada Coffee
Bean.
Sudahnya,
misi mencari pakaian untuk reunion Ann nanti berakhir dengan membeli sport
attire Sofea, Faiq dan Em. Bila Em cakap nak beli satu lagi jersi bola untuk
Ann, Ann menolak. Dia cakap, dia taknak ambik port pasal Fifa World Cup.
Knowing Em, dia main rembat terus jersi Germany untuk dia, Ann, Sofea dan Faiq.
Dia peduli apa, dia yang akan bayar. Ann pasti akan memakainya nanti.. bila
dipaksa untuk memakai sama. Well, man and sports memang tak dapat dipisahkan.
Bukannya dia tak ada jersi Gemany, tapi sengaja nak beli lagi supaya quality
jersi mereka berempat sama. Again, Em lelaki bersukan. Lelaki bola.
Last
minute, Ann telah diberitahu oleh Izah bahawa reunion mereka nanti akan
diadakan di Port Dickson. Tempat terbuka yang diubah suai khas oleh rakan-rakan
mereka sendiri. Beach Party Eastern Style! Mungkin dekorasinya menyerupai gaya
barat yang dihiasi dengan pintu gerbang, photo booth, live band oleh mereka
sendiri, BBQ, buffet, games, tapi makanan dan gayanya masih lagi nampak
ketimuran. Itu yang Ann suka. Lagi senang, bila heret si suami yang senang nak
mingle dengan sesiapa sahaja dan rata-rata kawan lelaki sama sekolahnya memang
kamceng dengan Em. Faiq dan Sofea? Plan asal Ann memang nak bawak anak mereka,
tapi Em bagitahu Mama volunteer nak jaga Faiq dan Sofea kerana tempat reunion
itu diadakan dan masanya tidak sesuai untuk si kecil. Lagipun, dengan bunyi
live band dan suasana yang pastinya meriah nanti, memang bukan suasana yang
sesuai untuk kanak-kanak.
Selepas
menghantar anak-anak di rumah ibu bapa Em, mereka bergegas ke rumah untuk
bersiap. Satunya, Em kena memandu dari KL ke Port Dickson yang pasti akan
mengambil masa dalam 2 jam untuk sampai, kalau dah singgah untuk solat dan
makan. Mereka pasti akan bermalam kerana Em tak akan sesekali dibenarkan oleh
Ann memandu long distance tengah malam. Nasib jugalah, Mama dan Papa Em
sporting, dan Faiq memang good boy sebab dalam umur yang masih kecil dia tak
memilih. Em cakap, nak bagi Faiq disiplin awal-awal sebelum Ann bekerja nanti.
Selesai
sahaja mereka check-in di Avillion Hotel dan menghantar barang mereka di bilik,
Em mengajak Ann dating di tepi pantai. Nak tolong kawan-kawan yang busy set up
tempat mereka reunion nanti pun tak dapat, sebab AJK Reunion cakap, semuanya
kejutan. Bila lalu di kawasan set up, Ann buat-buat tak Nampak padahal rasa nak
tercabut mata tengok cantik sangat hiasan.
Sepanjang
melalui pantai, tangannya dipegang erat oleh Em. Sekali pandang macam orang
baru first honeymoon sedangkan anak dah dua orang. Mana tidaknya, dah umur
masing-masing masih muda. Tambahan, cara Em dan Ann dressing memang up to date.
Em pakai t-shirt slim fit Quiksilver bersama jeans Levi’s yang dilipat bawah
lutut. Sneakers Converse dipegang di tangan sebalah. Dengan rambut spike dan
RayBan yang dipakainya memang tak nampak celanya apabila Em adalah subjeknya.
Ann pula memakai chiffon maxi dress dan Gladiator Charles & Keith yang
turut dipegang oleh Em. Dah dipandang kali kedua, gaya macam orang muda yang
belum berkahwin pun ada. Body dua-dua maintain! Pulak, bila ada yang memandang,
mereka tak lokek untuk memberi senyuman.
“Sayang,
awak ada pakai seluar kat dalam?” Tanya Em tiba-tiba.
“Sorry?”
“I
mean legging or petticoat?”
“Oh,
I see. Memanglah ada. Kenapa?”
“Come..”
Em memeluk pinggang Ann dan membawanya dekat ke arah air. Dia menyuruh Ann
bersamanya menyusuri pantai sambil bermain air. Walaupun Ann cakap ada pakai
legging di dalam, dia tetap tak benarkan Ann mengangkat bahagian kaki dress
yang dipakainya. Orang sekeliling boleh sahaja nampak kalau terdedah. Cukuplah,
mat saleh di sekeliling mereka yang berbikini untuk ditonton orang lain, tapi
jangan isterinya. Isterinya hanya untuk Em sahaja.
Bila
dah memerhatikan matahari terbenam walaupun tidak berapa jelas, Em mengajak
Ann balik semula ke bilik untuk solat sebelum berkemas untuk majlis reunion
malam itu.
“WOW!
You look stunning, love.” Bila lihat si isteri dah bersiap, Em tak mampu untuk
bergerak sedikit pun. Menikmati beberapa saat sebelum sempat memberi pujian
kepada Ann. Dengan berpaut kepada lengannya, Ann mengatur heels dan apabila dia
ingin menyarung pada kaki kiri, Em duduk dan membetulkan tali heels Ann.
“…
for my beautiful queen, saya rela melutut dan pakaikan heels awak.” Bila Ann
sudah selesiai memakaikan heels, Em pula mengikat tali Conversenya. Tak ada
makna nak pakai leather shoe atau apa. Dia hanya memakaikan pakaian yang smart
but simple. Memakaikan jaket dan t-shirt slim cut di dalam. Lengan jaket pun
ditarik sehingga ke siku. That naughty and hot Em in action!
Bila
dia berdiri di depan Ann, tingginya sudah sama dengan paras hidung Em. Heels 4
inci pun tak dapat menyamakan ketinggian mereka. Tinggi Em 1.75cm dan Ann pula
berketinggian 5 kaki sahaja, memanglah heels 4 inci tak membantu. Sengaja Ann
memeluknya untuk beberapa saat. Suka sebab ketinggiannya sekarang membuatkan
mukanya sama paras dengan leher suaminya.
“I
love your smell.” Puji Ann ikhlas. Bau badan Em bercampur dengan bau minyak
wangi Montblanc Starwalker Cologne dan bercampur dengan baunya. Bau yang sudah
sebati dalam hidupnya semenjak mereka berkahwin. Bila dengar pujian Ann, rasa
tersekat nafasnya. Well, irresistible feeling! Lama dia membiarkan Ann
memeluknya.
“Umm..
Ma’am, I think, it is getting hard for me to get out of this room if you still
continue to hug me like this.”dalam mencium dahi isterinya Em berkata begitu.
Serentak itu, Ann terus melepaskan pelukan dan berundur setapak ke belakang.
Dia tersengih.
“…Well,
to be continued lepas reunion nanti.” Em mengenyit matanya kepada Ann.
Cepat-cepat Ann mengambil Clutch di atas katil dan menarik Em untuk keluar
daripada bilik mereka.
“Hurry
up! Izah dah tunggu saya.” Ann mengalihkan tumpuan Em terus dengan mengubah
topik perbualan mereka.
Datang
sahaja di kawasan reunion mereka di tepi pantai, Ann cepat-cepat cari kelibat
Izah. Dah nama best friend sampai mati, mana boleh berpisah tempat. Bila
mendaftar di urusetia tadi, mereka cakap, tak boleh duduk dengan partner sebab
nanti ada games. Ann dah tunjuk muka gembira versi Sofea dapat ais krim, tapi
Em Tarik muka macam Faiq menangis kelaparan. Serius Ann tak boleh duduk jauh
daripada pandangannya nanti. Mana tahu, lelaki zaman cinta beruang Ann dulu
mengintai atau mengayat, memang dia akan buat drama nanti.
Majlis
mereka bermula seperti mana-mana majlis reunion lain. Dengan doa, kata aluan
oleh Pengerusi Batch mereka dan gimik pembukaan. Sikit saja Ann melebih,
suaminya yang ada beberapa jarak meja sahaja siap hantar pesanan Whatsapp cakap
“behave”. Memang tak kasi chan betul! Bila dah imereka tunjuk video gambar
mereka dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5, Ann memang tak dapat nak
“behave” lagi sebab seronok mengenakan mereka sesama sendiri. Dia tahu Em sikit
pun tak pandang skrin sebab tekun memerhati perangai Sofea-nya dari jauh.
Sesekali Em menggeleng dan menghantar pesanan Whatsapp tapi Ann dah tak kisah.
“Baiklah,
sekarang kita akan mulakan permainan pertama kita. Dan saya nak ingatkan kepada
kawan-kawan saya sekalian, malam ini, jangan ingat kita dah jadi mak atau
bapak budak. Games kita lebih kepada games budak-budak. Keep your energy high
sebab kita akan ketawa dan buat throwback sama-sama.” Suara seorang daripada
rakan Ann mengalihkan perhatian Em dan memandang ke arah depan. Hazwan memang
dah masuk dalam suasana, tapi Em masih lagi dengan perangai overprotective
kepada Ann. Lagi-lagi bila dengar pengumunan ini, mesti Ann akan ambik port.
Knowing Ann, always playful, sporting, chilling and the list goes on.. Walaupun
dah ada 2 orang anak. Bila dia ingatkan Ann, senang dia menjawab, “I’m Forever
21!”
“…
Battle of the Genders!” Ah sudah! Ini memang makanan Ann. Banyak permainan
mereka pada malam itu berkisarkan Men Versus Women. Dan syaratnya, walaupun
date batch Ann merupakan orang luar, seperi Em, mereka juga perlu ikut sama.
One word, MATILAH!
Bila
melihat morang sekelilingnya sudah bercampur dan bersama pasangan
masing-masing, Em cepat-cepat melangkah ke arah Ann yang masih lagi seronok
bercakap dengan kawan semejanya, termasuklah Izah. Lengan Hazwan dia Tarik dari
mula dia bangkit daripada kerusi. Kononnya, mereka nak curi partner
masing-masing. Bila dia “curi” Ann daripada kawan semejanya, Em turut “mencuri”
pandangan mereka. Bukan nak perasan, tapi dia sendiri yang dengar kawan Ann
menyiku Ann cakap suaminya hot. Tapi pujian dan tarikan pandangan daripada
rakan semeja Ann satu sen pun tak berbekas di hatinya kerana dia hanya fikirkan
Ann.
“Could
you please stop laughing and grinning and making your Sofea’s cute face in front
of them? I can see your ex or probably exes saw you right from my table. Can we
just get our ass out of here?” Bahasa Em memang tak boleh lari! Bad boy is in
action! Em yang playful, bad boy but still.. dashing and handsome. Ann senyum
sampai ke telinga.
“What?”
Em hairan. Bukan nak takut atau memberontak, tapi Ann ketawa dan
tersengih-sengih.
“My
bad boy is back!!!! Wuuuuuuuu..” jeritan Ann yang boleh dikira nyaring itu
tidak mengganggu keadaan sekeliling yang sedia bising.
“For
God’s sake, behave yourself Ann. Or I will grab your arm and bring you right on
my shoulder to our room.” Okay, sekarang barulah Ann berubah muka. Bukan marah,
tapi annoying. Dia bukan nak show off pun. Dah memang dia begitu, Em tak dapat
nak buat apa lagi.
“Ann
dan suaminya….” Belum sempat Ann berkata apa-apa, namanya dipanggil dari atas
pentas. Kedua-dua mereka memandang ke arah pentas.
“Are
you in?” baru nak berkata tidak, Ann cepat-cepat angguk kepala dan cakap nak
ikut game. Em? Marahnya sudah meningkat ke level kedua. Dia taknak langsung
terlibat dalam games. Satu dia segan, dua dia malu, ketiganya dia kekok,
keempatnya, dia rasa macam nak angkat Ann pada waktu itu dan terus bawa balik
ke bilik. Ini majlis isterinya, mana dia nak rosakkan. Nanti Ann marah dan
memberontak, lagi teruk! Sudahnya, dia terpaksa ikutkan rentak Ann apabila Ann
ugut nak tidur dengan Izah malam nanti kalau dia taknak.
Em
pejam mata dalam 3 saat, memberi ruang untuk bernafas dan… the old Em, the bad
boy Em is back!
Ingat,
bad boy bukannya nak suka hati cari gaduh atau nak mengayat perempuan, dia buat
apa budak lelaki sekolah buat. Perangai gila-gila Em yang sudah dia tinggalkan
sejak bergelar suami dan ayah. Lengan jaketnya ditarik sehingga ke siku untuk
menampakkan lagi mood budak-budak Em. Ann sudah bergerak ke arah kawan-kawan
perempuannya dan dia bergerak menuju ke bahagian lelaki. Bersama Hazwan dan
lelaki lain yang sememangnya kawan Em sendiri. Jadi, taklah kekok sangat, Cuma
dengan perempuan sahaja dia rasa kekok.
Macam-macam
games yang mereka ikut pada malam itu. Poisonous words, iaitu permainan satu
perkataan menggambarkan perempuan dan lelaki yang dijawab bergilir-gilir oleh
perempuan dan lelaki. Siapa yang lambat dikira kalah. Bab ini memang Ann yang
juara sebab diakan budak Law jadi memang makanan Ann!
Keduanya,
permainan “I’m better than you”. Bila pasangan masing-masing menjawab soalan
random daripada orang sekeliling mengenai mereka sendiri. Bila tiba giliran Ann
dan Em, mereka dapat menjawab soalan dengan tepat.
Bila
dah masuk permainan ketiga yang melibatkan cabaran makan makanan yang tak
digemari dan water games, Em awal halang Ann. Memang tak berapa sesuai dengan
mereka. Secara tepatnya, untuk Ann. Kalau Em, dia memang on tapi bukan pada
malam itu sebab mereka sama-sama bersedia untuk ke aktiviti kemuncak mereka,
iaitu live band performance daripada sesiapa sahaja.
Baru
duduk menemani Ann minum jus oren di meja, Hazwan dan kawannya menarik Em ke
arah sudut pentas yang diletakkan pelbagai alat muzik. Nak menolak memang
taklah sebab Em sendiri lama dah tak buat group performance. Sebelum
meninggalkan Ann, dia panggil Izah untuk temankan. Baru nak pegang gitar,
Hazwan pagi stik drum kepada Em. Sah-sahlah Em yang conquer drum malam itu.
Malam
itu, dalam sebahagian daripada mereka yang hadir seronok bermain permainan
lain, sebahagian lagi mengambil keputusan untuk duduk sambil mendengar lagu
yang dimainkan oleh live band di pentas. Lagu-lagu memang sengaja buat mereka
ingat zaman sekolah, bila lagu yang dimainkan kebanyakannya lagu yang mereka
dengar sewaktu di sekolah dulu. Paling Ann suka dengar bila mereka main lagu
Zombie sambil menyanyi.
“This
song is dedicated to a doctor who I claimed as my lover, Dr. Izah.” Dan Hazwan
mula menyanyikan lagu Marry Me daripada Ellegraden. Ann mula menyiku Izah di
sebelahnya tapi Izah buat-buat tak tahu sebab masih memerhati dan menghayati
lagi yang sedang dinyanyikan. Dan Ann cair melihat suami sendiri main drum. As
always! Bila dah berhenti, Ann jerit dari tempat mereka duduk suruh Izah dan
Hazwan nyanyi lagu Almost is Never Enough. Kerana terpaksa dan melihat orang di
sekeliling mereka sudah bertepuk tangan, Izah terpaksa bangkit.
“And
it’s not fair when your bestfriend force you to sing, and you’re not forcing
her to do the same. So ladies and gentlemen, let’s welcome our hot young Mommy
of two to sing with our drummer tonight.” Izah turun daripada pentas dan
menarik Ann yang masih dalam keadaan terkejut untuk mengambil alih tempatnya
sebentar tadi. Bila Ann taknak, Izah merampas clutch di tangan Ann.
“It’s
a win-win situation okay! Laki kau tunggu..” Dan Ann pun berjalan menuju ke arah pentas. Dia jadi malu kerana, hanya dia dan Em sahaja yang berada di situ
apabila Hazwan dan kawan yang lain sudah mula turun dan duduk bersama di meja
untuk menyaksikan mereka berdua.
“I
don’t know what song to sing.” Ann tunjuk muka malu depan Em. Tapi, si suami
yang tadi mengada taknak ikut mana-mana aktiviti berubah jadi orang yang paling
gembira bila part jamming.
“Let
sing our song then.. Here..” Em menarik Ann ke arah piano dan dia duduk di
kerusi sambil mengatur chord gitar. Bila Ann dah bersedia dengan chord
pianonya, dia mula menyanyi seiring dengan bunyi gitar dan piano.
“…
You tell all the boys no, makes you feel good yeah,
I know
you’re out of my league, but that won’t scare me away, oh no
You’ve
carried on so long, but you couldn’t stop if you tried it,
You’ve
build your wall so high, that no one could climb it,
But
I’m gonna try..
Would
you let me, see beneath your beautiful,
Would
you let me, see beneath your perfect,
Take
it off now girl, take it off now girl, I wanna see inside,
Would
you let me, see beneath your beautiful tonight.”
Permulaan
lagu daripada Em membuatkan semua mata memandang mereka. Menghayati lirik lagu
yang dalam, dinyanyikan bersama isterinya, untuk isterinya, lagu mereka.
Sehingga habis dan membuatkan mereka menerima tepukan yang paling mahal
daripada kesemua yang hadir. Kagum dengan mereka, muda dan sudah mampu
mempunyai dua orang anak, padahal yang lain sibuk mengejar cita-cita dan
mungkin masih mencari cinta.
Bila
mood gila-gila Em dan Ann dah sama level, mereka teruskan lagi dengan lagu yang
selalu dinyanyikan bersama-sama iaitu lagu Say Something sebelum Em menyerah
kalah dan duduk bersama yang lain di meja. Memberi laluan kepada sesiapa yang
mahu menyanyi dan bermain di depan. Sekali lihat, memang hilang gaya muka mak
dan bapak orang.
Dah
jam menunjukkan pukul 12 setengah malam barulah Ann mengajak Em pulang. Ada
yang dah pulang terlebih dahulu dan ada yang masih lagi duduk dan berborak
dengan kawan yang dah sekian lama tidak berjumpa. Izah dan Hazwan sudah
sama-sama menikmati pemandangan tengah malam sambil bercakap di meja hujung.
Nampak dari ekspresi macam tengah bercakap tentang sesuatu yang serius. Bila
Ann melambai dari jauh cakap nak balik, dia angguk sahaja.
Sampai
sahaja di suite, Em terus merebahkan badannya di sofa depan TV sementara Ann
pula terus ke bilik mandi selesai mengambil robe di dalam almari. Baru nak
layan bola atas sofa, Ann dah jerit namanya daripada dalam bilik mandi.
“Yes
honey?” mata masih lagi melekat pada TV didepannya dengan gaya santai kaki
disilangkan.
“Come
here… teman saya. Cakap dengan saya.” Dengan malas dia turutkan juga permintaan
isteri. Nak tengok bola pun sebenarnya siaran ulangan. Sekarang footballers
tengah sedia nak Fifa, mana ada match lagi. Dia duduk di tepi bath tub sambil
melihat Ann dengan kapas muka di tangan dan botol makeup remover. Menemani Ann
di bilik mandi menanggalkan makeup adalah antara rutin Em. Sambil Ann membuang
makeup, mencuci muka, memakai cream malam dan yang sama waktu dengannya, dia
akan memerhati gerak geri si isteri dan bercakap tentang apa-apa sahaja. Kalau
ditanya dari A sampai ke Z langkah-langkah pembersihan muka Ann, Em boleh score
markah penuh.
Bila
Ann selesai memintanya membuka zip belakang dress yang dipakai, cepat-cepat dia
halau Em keluar sebelum Em buat perangai.
“Saya
nak mandi jugak.” Em cakap tapi Ann cepat-cepat tolak dia keluar daripada bilik
mandi. Nampaknya Em memang masih lagi dalam mode bad boy nya. Di luar bilik
mandi, dia dengar Em mengetuk pintu tapi Ann tetap menikmati setiap titisan air
yang membasahinya. Rasa yang segar dan sesuai untuk dia tidur terus selepas
seharian kepenatan.
Selesai
mengelap badannya dan membalut dirinya dengan robe, Ann keluar dengan slumber
walaupun Em berdiri di tepi pintu bilik mandi bersandar dan bersilang tangan
menunggunya. Cepat-cepat dia bergerak ke arah beg pakaian, nak cari baju yang
‘selamat’ untuk dipakai. Lama dia mencari tapi gaun tidurnya masih juga tak
ditemuinya.
“Mana
dress tidur saya? Awak sembunyikan eh?” Ann memandang kea rah suaminya. Em buat
muka blur. Memang dia tak usik pun apa-apa pakaian sejak mereka datang ke situ.
“What?
Tak ada pun. Awak letak kat mana?” Em mula berjalan ke arah isterinya yang
sudah bercekak pinggang melihatnya. Tangannya cepat mengeluarkan baju-baju di
dalam beg mereka. Memang sah tak ada pakaian malam isterinya. Bila dia Tanya
Ann, Ann cakap dia letak di atas katil masa Em kemaskan beg. Sah, baju tidur si
isteri masih di atas katil di rumah dan tak dibawa.
“…Well,
there’s always Plan B, dear wife.” Em mengangkat t-shirt nya yang agak besar
kepada isteri. Dia memang bawak banyak t-shirt sebab dia selalu tukar baju.
T-shirt Puma diberikan kepada isterinya.
“Seluar?
Takkan saya nak pakai baju awak. Memang sah-sah lah sampai paha.”
“Swimming
trunk saya ada. Or perhaps my boxer can help?” Em mengangkat seluar berenangnya
di tangan kiri dan boxer di tangan kanan.
“…or
my shortpant, here!” Em mengambil seluar pendek bolanya dari dalam beg.
“But..
saya tak boleh bagi awak pakai seluar bola ni, sebab esok match futsal, saya
kena pakai seluar ni. So, either swimming trunk or boxer, which one you want,
honey?” masih tunjuk muka tak bersalah depan isterinya, Em memberi pilihan yang
dua-duanya tak termasuk dalam jawapan Ann.
Ann berpusing dan menuju ke dalam bilik mandi semula. Dia menukar robe kepada baju
suaminya yang agak besar dan keluar semula dengan muka slumber.
“
Still pendek. Nak pakai swimming trunk awak, memang ketat! Nak pakai boxer,
baik tak payah. Pendek sangat. Baik saya pakai legging yang saya pakai petang
tadi.” Baru nak mengambil legging yang disangkutnya di dalam almari, Em menarik
tangan isterinya.
“This
is an order okay. Wear this.” Em menyerahkan boxernya kepada Ann. Ann menolak.
“Again.
Ini arahan. Pakai boxer ni! Atau awak nak saya pakaikan?” dengar ayat terakhir
Em yang membuatkan dia berasa seram, cepat-cepat dia memakai boxer yang
diberikan. Sebenarnya, Ann sendiri tak mahu memakai legging yang seharian dipakainya
tadi. Melekit dan sangatlah tak selesa.
“Puas?”
Ann cuba melawan mata suaminya yang memandangnya tidak berkelip.
“Well,
this is better. Now, you sit on the sofa while I’m taking a quick bath.” Em
membuka tuala di kepala Ann dan menuju ke bilik mandi. Bila mendengar bunyi
paip dibuka, cepat-cepat Ann berlari ke atas katil dan menutup seluruh badannya
dengan selimut. 5 minit kemudian dia mendengar pintu bilik mandi dibuka dan dia
boleh agak gerak geri suaminya yang sedang memakai pakaian. Dalam keadaan terdesak,
dia boleh tertinggal bahagian kesukaannya iaitu melihat si suami memakai
pakaian. Bukan part pakaikan boxer, tapi part pakaikan t-shirt. Memang dia suka
dan dia sendiri tak tahu kenapa.
Beberapa
saat kemudian, dia tahu Em memang sudah berbaring di tepinya.
“Thank
you for making thing easier for me. I ask you to sit on the sofa and temankan
saya tengok TV, awak terus offer nak teman saya tidur.” Bila mendengar Em
berbisik di telinganya, terus Ann membuka selimutnya dan turun dari katil.
“Naik
balik.” Arah Em. Ann menggeleng laju. Dia tahu, sekarang dia berada dalam zon
bahaya.
“..naik.”
ulang Em.
“Taknak
taknak!” Ann berundur setapak ke belakang.
“I
know what you’re thinking. And I’m not going to do ‘that’okay. Tengok ni, dari
atas sampai bawah saya berpakaian. How on Earth do you expect me to do so?”
“…come
on. Naiklah. Saya takkan buat apa-apa. Saya nak tengok bola sayang.” Bila
melihat TV yang sedia terpasang dari tadi, Ann memandang Em semula. Serius,
susah nak percayakan Em. Mana tahu dia diumpan.
“Because
you’re confusing and unexpected!” Ann memberitahu dalam dengar dan tak dengar
kepada Em dan membuatkan Em ketawa.
“Awak
nak saya turun dari katil dan Tarik awak ke sini atau nak saya dukung awak?” Em
terpaksa mengugut isterinya. Serius, dia mana nak buat apa-apa, dengan keadaan
mereka kepenatan dan memerlukan tidur yang cukup. Dan dia perlu ambik energy
dan stamina lebih untuk perlawanan futsal esok. Bila Ann makin menjauh, dia
turunkan kakinya sebelah daripada katil, barulah Ann melompat terus ke atas
katil.
Bantal
disebelahnya diatur dan menyuruh Ann berbaring di sebelahnya. Masih dalam
pelukannya walaupun mata melekat pada TV. Bila Ann dah membetulkan dirinya,
selimut di Tarik pada paras dada Ann. Dahi isterinya dicium.
“See.
You’re safe, honey. Mark my word. We are both tired. Plus, esok awak kena main
netball and saya main futsal. We need enough rest okay. Sleep.” Em mendekatkan
lagi Ann ke badannya. Mengalirkan haba di badannya ke badan kecil isteri yang
pasti kesejukan kerana pakaian yang dipakai tak membantu menghangatkan badan
yang sejuk kerana angin malam dan aircond bilik.
“Awak
tak tidur?”
“Cannot
sleep. You sleep.” Mata Em masih lagi memandang TV
“Kalau
macam tu, saya pun tak boleh tidur. Nak tengok The Voice lah! Mana tahu ada
ulangan.” Ann keluar daripada selimut dan duduk bersila. Alat kawalan jauh di
tangan Em dirampas dan Em mengambil semula dan menukar semula channel di TV.
“S.L.E.E.P!”
Em membesarkan matanya di depan Ann.
“…or
I’ll eat you right from here.” Em memegang tangan Ann dan mengangkatnya dekat di
mulut. Ann menarik tangannya dan berbaring semula seperti mula tadi. Em
sekarang adalah Em yang berkuasa autokratik. Yang menggunakan kuasa veto
sebagai suami semata-mata nak bagi isterinya berehat.
Tak
sampai lima minit, Ann sudah tidur. Kan betul sangkaannya, Ann kepenatan tapi
taknak tidur awal. Selalu dengan perangai burung hantunya setiap malam. Ada
atau tak ada kerja pun, selalu nak berjaga. Baru nak menyertai mimpi si isteri
di sebelah, telefonnya berbunyi.
Hazwan.
“Em,
kau kena tolong aku sekarang jugak!” tanpa bagi salam, Hazwan terus cakap
tujuan menelefon ditambah dengan suaranya yang jelas kelihatan takut dan cemas.
Dia cakap Izah tak angkat telefon dan tak balik-balik bilik sebab kawan
sebelah biliknya cari Izah di bilik tak ada padahal mereka dah balik selepas Em dan
Ann balik tadi.
Bila
Hazwan memutuskan talian, Em masih lagi berbaring dan menghadap ke arah
isterinya. Muka yang jelas kepenatan membuatkan Em tak sampai hati nak
mengejutkan Ann. Kalau nak tinggalkan isteri sorang-sorang tanpa memberitahu
lagilah dia tak nak. Tak pasal-pasal Ann mengamuk mencarinya yang hilang.
Tangan menguak rambut yang menutupi muka isterinya.
“Sayang..
wake up.”
“I’m
sleepy. Awak tolong uruskan Sofea okay.” Em tersenyum mendengar respon isterinya.
Nak kata mengigau rasanya tak, mungkin mimpi. Tapi selalunya kalau dia
bangunkan Ann tengah malam, mesti sebab Sofea atau Faiq yang mahukan Ann
sendiri yang menguruskan mereka.
“Kita
kat hotel. Anak-anak tak ada sayang. Hurry up, bangun! It’s Izah. Hazwan needs
us to help him.” Bila Em cakap macam itu, barulah Izah membuka matanya. Nampak
sangat muka mengantuk tapi terkejut. Dengan perlahan dia menerangkan kepada
isterinya tentang Izah. Terus Ann turun daripada katil dan berlari ke dalam
bilik mandi untuk mencuci muka. Bila keluar, terus dia mencapai tudung di dalam
almari dan memeriksa telefonnya. Langsung tak ada mesej masuk ataupun panggilan
yang tak dijawab.
“Is
it okay for you to wear my big shirt?” Tanya Em bila mereka baru masuk dalam
lif. Hazwan sudah menunggu di lobi hotel.
“I
have to and I love to wear it. Dalam masa sekarang ni, memang mustahil bagi
saya nak selongkar baju kat dalam luggage. After all, dah pukul 2 lebih pagi,
tak ada orang tengok. Orang tengok pun saya tak kisah sebab saya pakai baju
suami saya.” Dalam waktu kecemasan macam itu pun Ann sempat lagi nak buat Em
rasa dihargai. Dengan t-shirt dan berseluar jeans, macam mana sekalipun Ann
tetap cantik baginya.
“Good
baby! What’s mine is yours.” Em memeluk bahu isterinya. Bila dah berada di
lobi, cepat-cepat Hazwan panggil mereka berdua. Sekali lagi Hazwan menerangkan
apa yang telah terjadi. Mereka mencari di kawasan pantai berdekatan sambil Ann
masih cuba menelefon Izah.
Bila
dah 5 minit mereka mencari di sekitar kawasan pantai, Ann melihat Izah duduk di
bawah pokok berdekatan dengan tempat mereka mengadakan reunion tadi. Duduk
sambil memeluk lutut. Terus dia menarik lengan suaminya meuju ke arah izah
sebelum Hazwan mengekoti mereka dari belakang. Belum sempat dia membuka mulut,
Hazwan terus menarik lengan Izah yang masih lagi duduk memandang ke bawah.
“What
the hell are you doing here? Dah lewat malam sangat sorang-sorang duduk dekat
sini. Orang call mesej awak tak respon, apa yang awak fikir, Izah?” Boleh
dikatakan pertama kali jugalah Ann melihat Hazwan memarahi Izah di depan
matanya. Berdiri di depan Hazwan dan memegang lengan Hazwan sambil matanya
memandang Ann dan Em di belakang, Izah menangis.
“Hilang..
Saya.. saya mintak maaf, awak. Saya balik bilik lepas tu saya perasan dah
hilang, then saya turun balik kat sini. Saya nak call awak, nak suruh awak
temankan saya. Tapi battery phone saya i. Saya cari, tapi saya tak jumpa.”
Em dan Ann saling berpandangan. Tak tahu apa yang diperkatakan oleh Izah kepada
Hazwan.
“Izah,
saya risaukan awak, cari awak sampai ke bilik tapi awak tak ada. Tak mungkin
awak ke bilik Ann sebab memang dah lewat. Sebab tu saya mintak mereka tolong
saya cari awak. It’s okay. We can find another later.”
“No.
It won’t be the same. Awak cakap yang ni hanya satu dan tak ada versi lain.
Saya tetap nak cari. Awak balik lah.” Izah melepaskan tangan Hazwan yang masih
memaut lengannya.
“NO
WAY! Balik. I’ll find it here. GO!” Hazwan menarik lengan Izah menuju ke arah
Ann.
“…Em..
aku mintak maaf susahkan kau tapi aku nak pinjam Ann temankan Izah kat bilik.
Untuk malam ini temankan dia sebab aku tak dapat nak biarkan dia sorang. Kalau
kau boring, nanti kau pegi bilik aku lepas aku dapat cari cincin..”
“Wait!
What? Cari cincin? What cincin?” Ann mencelah sewaktu Hazwan masih belum
selesai memberitahu Em.
“To
make it simple, our engagement ring. Not official tapi tu yang akan digunakan
nanti. And please Ann, jangan marahkan Izah sebab tak bagitahu. Saya baru bagi
cincin tu tadi. Masa reunion. And of course, you two are the first to know.”
“Okay,
aku tolong kau, Wan. Sayang, either our room or Izah’s?” Em bertanya kepada
isterinya di sebelah.
“Izah’s.
Give me your phone, sayang. Phone saya dah low bat.” Ann dan Em bertukar telefon
mereka sebelum Ann dengan Izah berjalan semula ke arah hotel.
“…You
know what babe, you MUST tell me everything. Maybe not tonight but soon. Or
tomorrow.” Ann masih lagi tidak puas hati dengan berita yang baru diketahuinya.
Izah di sebelah masih lagi tak ada mood nak bercakap tapi memaksa dirinya untuk
bersuara.
“Sleep
with me tonight. Subuh kau suruh Em ambik kat bilik aku. Esok aku belanja kita
pergi spa after netball match. While our boys have their futsal match, kita ke
sana. I promise I’ll tell you.” Lemah sahaja Izah menjawab. Sudahnya, dia
terpaksa menunggu Izah membersihkan dirinya. Baru nak tutup mata, telefon Izah
yang sedang di charge berbunyi.
Hazwan
menelefon dan memberitahu bahawa dia dan Em dah berusaha mencari cincinnya yang
hilang tapi tak jumpa. Ann sendiri pun tak faham kenapa boleh hilang. Mungkin
tercicir atau dicuri pun mereka tak dapat nak agak. Sudahnya, dia mendengar
Izah menangis sekali lagi di tepi katil sampil memeluk lutut. Nak memujuk dia
tahu tapi, Izah masih bercakap dengan Hazwan. Dia bergerak ke arah balkoni bilik
membawa iphone Em yang dibawanya tadi. Baru nak layan wallpaper suaminya,
telefon berbunyi.
“Masuk
dalam sayang. Jangan nak duduk kat balkoni, sejuk ni. Tidur. Kalau awak tak
tidur, saya tak bagi awak main netball esok.” Terus Ann berdiri dan mencari
kelibat Em. Confirm la kena skodeng suami sendiri, kalau tak, macam mana Em
tahu dia di balkoni.
“Where
are you? Saya nak tidur tapi Izah tengah on the phone dengan Wan. Tak nak lah saya dengar privacy orang. Lagipun
Wan tengah pujuk Izah sekarang. Miss you.” Mata Ann masih lagi melilau di
sekeliling mencari suaminya.
“Waitttt..
are you using a robe? Like seriously robe? Masuk ke dalam sekarang!” Em sudah
mula risau melihat si isteri yang mungkin menjadi bahan tatapan orang sekeliling
dengan menggunakan robe sahaja.
“Saya
nak..”
“Masuk
saya cakap!”
“God!
Em, I want to see you before I sleep! Where are you? Jangan panik boleh tak?
Saya pakai robe bukan saya pakai boxer awak. Lagi lambat awak tunjuk muka awak,
lagi ramai orang tengok saya.” Ayat terakhir yang diucapkan oleh Ann membuatkan
Em cepat-cepat melambai isterinya dengan cahaya daripada iphone.
“Here…
here!” dah puas melihat suaminya, Ann tersenyum puas.
“…
now, masuk!”
“Awak
tak balik bilik kita?” Ann masih lagi melihat suaminya. Sekali pandang, memang
macam parah, sebab tengok gaya mereka macam orang baru mula bercinta macam
Hazwan dan Izah. Em mengeluh.
“Saya
nak tidur dengan Hazwan malam ni and mind you, saya takkan tidur kongsi dengan
dia. Pelik tau lelaki tidur sekatil. Geli saya. I’ll sleep on the couch. Saya
taknak ke bilik kalau awak tak ada. Saya akan teringatkan awak, kita tadi.”
“Me
too. Okay, saya nak masuk. Mengantuk dah. Esok subuh ambik saya kat sini okay.
Solat sama awak. I miss you.” Terus Ann masuk ke dalam bilik selepas menamatkan
panggilan Em.
Izah
baring membelakanginya dan masih lagi tengah bercakap dengan Hazwan. Earphone
Izah di meja diambil dan mula mendengar lagu-lagu di dalam iphone suaminya.
Bukan dia suka pun nak dengar lagu dalam playlist iphone Em, tapi dia tak mahu
mendengar perbualan Izah disebelahnya. Mesej daripada Em yang masuk dibuka.
Awak
belum explain kenapa awak pakai robe.
Later.
I’m sleeping.
No,
you not. Tell me.
Night!
Love you.
Awak
nak saya ketuk pintu Izah dan paksa awak balik bilik?
Urgh!
Common sense please! Saya guna jeans dan shirt awak. Takkan nak tidur pakai
jeans. Nak bukak jeans pakai shirt awak? Memang sahlah awak mengamuk. Best
solution is wearing the robe. Izah tak ada baju tidur lebih! Puas????
Okay,
I love you more. Night. Less than 3 hours I’ll pick u up, baby!
Whatevs!
You
look cute bila marah.
Mesej
terakhir suaminya dibiarkan tak berbalas. Malas nak layan gurauan si suami
malam-malam buta. Bila dah scroll playlist suaminya, akhirnya dia memilih untuk
mendengar lagu-lagu daripada Coldplay. Nak dengar lagu yang lain, mintak
maaflah. Rosak gegendang telinga nak dengar. Lengan Izah dipegangnya perlahan.
“Babe,
dah habis on the phone dengan pengarang jantung, tolong cabut earphone kat telinga aku okay. Tabiat tidur sambil dengar lagu dah lama aku buang. Nightie,
big girl don’t cry!” Ann cuba memejamkan matanya.
“Night,
sleepyhead.”
Seperti
yang dijanjikan, Em datang mengambilnya di bilik Izah. Dengan mamai dia memeluk
lengan Em sehingga ke dalam lif untuk ke bilik mereka. Sampai di bilik terus
dia berbaring semula di atas katil sementara Em mengambil wuduk di dalam bilik
air. Belum sampai 5 minit dia menyambung tidur, Em menarik selimut yang menutup
mukanya.
“Wake
up, sleepyhead! Subuh!” dengan terpaksa dia bangkit daripada katil. Semasa
berjalan menuju ke bilik air, dia menjawab dengan Em,
“You’re
the second person yang panggil saya sleepyhead. Tadi Izah.” Em hanya ketawa
melihat isterinya. Dengan rambut yang tak terurus, memang sebijik Sofea.
Pagi itu, bila
pasukan bola jarring Ann dan Izah hanya dapat masuk semi-final dan berjaya dapat
nombor tiga, Izah cepat-cepat bawa Ann keluar daripada netball court. Dia nak
heret Ann ke spa seperti yang dijanjikannya semalam selepas mereka mandi.
Bila
Ann cakap, tak dapat nak sokong Em main futsal untuk final, Em terpaksa
mengalah. Bukan selalu dia nak lepaskan isterinya di tempat orang. Bila dia
agak keberatan nak lepaskan Ann, Izah cakap, dua perlawanan awal tadi si isteri
dah datang menyokong. Malah si isteri kena paksa pakai jersi Germany sama
dengannya semasa perlawanan mereka, padahal Ann siap-siap cakap dia sokong
Brazil. Bila dipaksa oleh suaminya, Ann tak ada pilihan.
Di
spa, Izah belanja pakej lengkap untuk mereka berdua bersama-sama menghabiskan
masa dan hutang cerita antara Izah dan Hazwan semalam. Nak dipendekkan cerita,
Izah akan bertunang dengan Hazwan dalam masa terdekat. Mungkin lepas raya,
sebab dua-dua sibuk dengan kerja dan tak membuat persiapan langsung.
Sudah
puas merayau dengan Izah, lewat petang itu Em terus pecut balik KL. 3 hari 2
malam honeymoon tanpa anak-anak cukup membuatkan mereka berdua rindukan Sofea
dan Faiq. Walaupun masih muda dan ramai lagi kawan mereka yang belum berkahwin
dan mempunyai anak, mereka tak pernah menyesal sekalipun bahkan Em dan Ann
sama-sama menjawab mahukan anak lagi bila ditanya.
Sampai
di halaman rumah Mama dan Papa Em, Ann terus keluar dairpada kereta
meninggalkan Em yang masih mengambil barang-barang yang dibeli untuk
keluarganya. Sofea dan Faiq sedang bermain dangan datuk dan nenek mereka di
halaman rumah.
“Sofea..
Faiq!” Ann datang ke arah ananya. Selesai memeluk Sofea, dia mengambil Faiq
yang didukung oleh Mama melihat ikan di kolam. Berkali-kali dia mencium Faiq
dan Sofea yang sudah duduk di pangkuannya.
“Daddy
pun nak..” Em datang ke arah mereka bertiga selepas bersalam dengan Papa dan
Mamanya.
“I
miss you, Daddy Mommy!” Sofea mendepakan kedua-dua tangannya minta didukung
oleh Em tapi dia mendukung kedua-dua anaknya dan barulah Ann datang ke arah
Mama dan Papa untuk bersalam. Bila kena usik Papa cakap, ingat lupa dah
kebiasaan bersalam masa datang, dia jadi malu. Dah rindu dengan anak-anak punya
pasal, mana dia nak sedar.
p/s: So, as usual, drop your comment here loves. Sorry sebab lambat update. Miss you loads! And saya masih dalam keadaan sedih, pasal bangun pagi tadi tengok match Brazil kalah teruk kena hentam dengan Germany. And F mesej saya banyak-banyak cakap Brazil kena ulam dengan Germany! Well, I hate it! nevermind Neymar and the captain, you know I still love you right? Kaka, well, you should play last night. Till then, saya tunggu feedback daripada semua! xx
12 comments:
Salam. kak habsah ni.
rindu betul kak habsah dgn si sofea dan faiq.
bila nak dtg sini ann?
dah ada part 11 ke ann?
rasa sekejap ja baca dah habis. x puas :)
Salam. kak habsah ni.
rindu betul kak habsah dgn si sofea dan faiq.
bila nak dtg sini ann?
dah ada part 11 ke ann?
rasa sekejap ja baca dah habis. x puas :)
Salam Kak Habsah,
Rindu Sofea dengan Faiq tapi mereka tak keluar sangat part 11 ni. Part 12 akan datang kak. Ann akan pegi N9 kalau ada tempat best utk letak dalam novel ni. hehe
ada banyak tempat best dkt sini ann.
kak habsah buka pintu luas untuk menerima ann dan em serta sofea dan faiq dtg rmh kak habsah.
assalammualaikum. saya cikgu ayu. sy suka watak ann dan em. erm n sy impikan dpt lelaki spt em stu hri nnt. inshaallah. boleh share dgn sy bagaimana utk dpt lelaki spt em.
Kak Habsah, nanti kalau diorang datang N9, saya akan bagitahu akak k. Heheheeh :)
Wasalam Cikgu,
Nak cari lelaki macam Em yang 100% tu macam susah la. hehehe. Kalau seakan-akan same tu ade kot. Cume kena rajin lagi nak cari orangnyaa. :p
salam kakak fateen. rindu kami x? kami rindu kakak fateen n abg fahmie. SII tetap dlm hati kami kakak. :)
Wasalam. Akak rindu semuaaaaaa. Selamat berpuasa. Jaga diri adik2 handsome dan cantik ;)
Kakak x dtg sini ke. kami semua rindu kakak dan abg. :(
Tak tahu la bile nak jumoa awak semua. Doakan ada rezeki, umur panjang dan tak ade aral, in sh Allah kite jumpa nabti okay. Tapi sebelum tu, akak nak mintak cake raya dari awak semue. Hehe
kan kakak fateen buat kek. kaka hantar dkt kamilah. :)
Datang sini akak buat cake raya banyak banyak kat awak semua :)))
Post a Comment