Monday, August 13, 2012

Kenangan Berpuasa Semasa Form 1..

Salamun salam and a very good days.. Puasa dah nak habis tapi aku baru nak cerita pasal kenangan puasa. Lagging betul la bluetooth aku kan? Hahaha. Takpela, janji aku dapat cerita. Okay, blast into the past please~

Masa aku form 1 dulu, ada satu ketika beberapa makhluk dari Batch 13 dipilih untuk join Iftar bersama anak-anak yatim Laila Taib di Kuching. So, I'm one of them. nak dijadikan cerita ni, masa tu ada Van Milo datang kat perkarangan Rumah Anak Yatim tu. Dorang nak bagi free milo la katakan. Yang menjadikan keadaan tu awkward apabila kami yang budak sekolah asrama penuh ni, yang serba-serbi cukup makanan 6 kali sehari pulak yang bertempiaran lari nak dapat milo free tu. Anak yatim masa tu memang polite je and tak pulak berkejaran macam kami. Lepas tu kan, milo tu macam habis la and tak cukup. Masalahnya, bukan kami yang tak dapat milo tu, tapi anak-anak yatim tu yang tak dapat. Aku siap 2 kali lagi pegi ambik milo. Perangai pun macam haroommmm. 

So, guru pengiring kami siap jeling-jeling dari jauh tau. Kami pun pakat-pakat buat muka innocent habiss. Yang aneh nya, guru pengiring kami pun tak marah just dia cakap macam ni,
" Saya pun dah konpius sapa sebenarnya anak yatim ni? And siapa yang perlu diberi perhatian lebih? Korang ni memang perangai tak dapat nak dibendung. Tau-tau di tempat orang pun nak bawak perangai haram dia. Hahaha"

Paham tak apa yang aku cakap? Kalau tak paham mintak maaf eh. Pasal aku sekarang ni berebut nak habiskan text forum tapi ada pulak masa nak update blog kan? :p Itulah serba-serbi kenangan melampau batas aku masa sekolah dulu. Tak la jahiliah tapi kurang sikap malu. Kalau sekarang ni nampak van milo datang IP pun aku rasa macam 2 3 2 3 je nak pegi ambik air. Control habesss. Okayla. Aku nak buat homework ni, selamat berpuasa. Assalammualikum and WallahuAklam.

No comments: