Assalamualaikum and Hi!
Well hello loves! Miss me not? *Please say yes in unison*
Hahahahaha. Well, I am so sorry if any of you loyally waiting for my update. And I start to wonder if there's any of you are waiting for me. Duh! I have reasons for not keeping up with this world of mine okay. Firstly, catching up with my exam which Alhamdulillah, I had went through all 3 papers already! Hip hip hooray! :)
Second reason is, a humble tiny event of my son (well, I have to say this!), Luqman Amsyar and I'm helping F's family for the preparation. Yeah, a bit help but I really enjoyed my precious times with them. And guess who got a new abaya from Ibu? *Forget about how Anna in Frozen dancing, let face my excited ridiculous grin here* Thanks Ibu! Oh by the way, it's a pink abaya that I wore during the cukur jambul.
And the major reason is, I'm not subscribing internet nor my house has the wifi thingy - so when I do subs for the internet, then here will be the first place to spit my words. Can you see how loyal I am to my blog? Oh, for being a mithali (good) daughter to my parents and a good yet fierce sister to my bros and sis, it is quite a handful thing to handle my social networks. I have to do the chores and help my mom, so I really don't have time to sit and really enjoy my writing and even my handsome boy, F didn't get any message from me until the evening. Oh, I'm a busy person and at night I can go to sleep the moment I throw (well, literally) myself on the bed. Uh, I know, my life is sort of the boring one but ahh, I know you wanna read Part 10 aren't you? So here it is.
Reminder: THIS IS THE LONGEST YET NOT THE LAST PART. Henjoy! And drop your comments loves! i would love to reply each of your comment later!
PART
10
Puas Em membelek-belek calendar di atas meja kerjanya memerhati
reminder yang ditulis selama ini. Nak
rajinkan diri buat kerja, dia baru sahaja lepas mesyuarat dengan orang
bawahannya. Kasi chan laa dia nak
duduk rehat di kerusi bilik kerjanya sambil memerhati gambar tiga insan
disayanginya di atas meja. Bila bercakap tentang orang bawahan, bagi Em orang
bawahan dan atasan sama sahaja, jadi dia lebih senang kalau orang bawahannya
mengganggap dia sebagai kawan semasa bekerja, asalkan mereka tahu bidang tugas
masing-masing.
Pertama, si isteri sudah tuntut
untuk latihan gym kerana berat badan masih tak susut selepas melahirkan Faiq.
Kedua, atas sebab pelajaran Ann yang tertangguh selama lebih setahun. Dan
ketiga, baru-baru ini Ann ada melagukan hasrat untuk berjinak dalam bidang perniagaan
yang jauh tersasar daripada bidang Perundangan yang dipelajarinya sehingga ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Hati seorang suami yang boleh
dikatakan satu dalam sejuta seperti Em itu, memang tak akan menghalang apa
sahaja minat si isteri. Dengan syarat, ada kesungguhan dalam minat dan tidak
menyalahi apa-apa hukum. Tapi, sebagai seorang suami dan ketua keluarga, dia
juga bertanggungjawab memastikan impian si isteri terlaksana. Apa yang penting
bagi Em adalah pelajaran si isteri perlu diselesaikan seperti apa yang
dijanjikannya kepada Em. Bagi Em, bila berjanji, dia perlu menepati janjinya
walau bagaimana sekalipun.
Bunyi telefon yang menandakan ada
pesanan Whatsapp masuk ditepinya
mengalih tumpuan Em pada catatan di kalendarnya. Bila Em memeriksa, terus
sahaja senyuman terukir di wajahnya. Ann bagi hint suruh dia balik awal dengan menghantar gambar dia, Sofea dan
Faiq di rumah sedang berseronok di dalam bilik khas. Tangan naik membesarkan
gambar yang dihantar. Melihat muka Ann tersenyum duduk di atas sofa bilik khas
memangku Sofea dan Faiq. Cepat sahaja Em membalas pesanan Whatsapp isterinya.
Is
this a hint?
What
hint? – Ann
Nak
suruh saya balik awal? :p
You
think? Hahaha. I was just sending the pic 4 fun honey. Try to show off yg saya
dapat jaga 2 org budak nakal ni without their daddy or even their nanny. Lol
I
know you can baby! You’re supermommy remember?
Tidak lama selepas itu, Ann
menghantar video mereka di rumah sekarang. Faiq di dalam walker, Sofea di satu
sudut bermain dengan alat permainan dengan berlatarbelakangkan suara mereka
bertiga. Di hujung video itu ketiga-tiga mereka cakap “Love you Daddy” yang membuatkan
Em ketawa. Mungkin “Love you Daddy” hanya diucapkan oleh Ann dan Sofea sahaja
sementara Faiq mungkin mengucapkan dalam bahasanya sendiri apabila Em hanya
mampu mendengar “aaaaaa aaaaaa” sahaja daripada Faiq.
Balik
cepat. Saya dah sediakan lunch. Today, we must teach Sofea dengan Faiq makan
makanan kpg. Saya masak kari ikan dengan sup sayur. Errr, maybe a bit Bandar
lah sayang.. coz I cook puree too. Hehehehe. :p
In
sha Allah. I’ll be back. Take care sweetheart. And the kids too. Love you.
Love
you moreeeee. You take care too!
Baru nak layan tengok gambar anak
dan isterinya, pintu bilik Em diketuk dari luar.
“Come in”. Buka sahaja pintu biliknya, muka Haris terpacul
didepannya.
“First
thing first, kau
nak aku panggil kau Boss atau Bro?” Soalan wajib daripada Haris setiap kali
datang ke bilik Em.
“Second thing second, kau nak
kaki atau tangan? Atau kau nak dua-dua?” Soalan yang dibalas dengan soalan daripada
Em membuatkan dia dan Haris sama-sama ketawa. Memanglah Haris orang bawahan
kerana dia hanyalah seorang office boy tapi
bukan setakat budak pejabat seperti Haris sahaja yang boleh masuk ke bilik Em,
tapi dengan makcik cleaner sekali Em
tak kisah bila masuk ke biliknya untuk mengemas sambil beramah mesra. Em mana
nak kisah pasal kedudukan, kerana dia menganggap mereka semua sama dan dia tak
perlu berbangga apa-apa dengan kedudukan dia sekalipun memegang jawatan
tertinggi dalam usia yang dikira masih perlu banyak belajar. Kadang-kadang,
orang bawah itulah yang lebih banyak makan garam daripada orang baru
sepertinya.
“Anak dah dua aku tengok kau
masih kuat angau dengan bini.” Topik luar alam Haris bagi untuk intro mereka
mula bercakap memang tak boleh blah bila Em pun main layan saja. Dia dan Haris
memang sama kepala sebab tu Haris sendiri tak pernah merasakan jurang dia
dengan Em terlalu jauh untuk memaksa dia perlu bersikap formal dengan Em.
“Anak sepuluh pun aku tetap angau
bro!” Jawapan daripada Em membuatkan
Haris yang duduk di kerusi depannya terus berdiri menukar tempat duduk menuju
ke atas meja di belakang Em.
“Pergh! Serammm aku dengar kau
cakap macam tu.” Haris buat muka bila mendengar jawapan Em. Serius dia geli
kalau Boss dia tiba-tiba buat-buat sentimental depan dia. Men to men talk mana ada semudah itu untuk menunjukkan kelembuatan
hati. Padahal Em masih lagi buat muka slumber
sambil ketawa. Tak cukup dengan duduk di tempat yang salah, Haris mengambil kot
Em di tempat duduk Em dan menyarungkan di badannya.
“…kalau aku boleh pakai kot ni
macam kau kan best! Menyesal tak
belajar keras-keras dulu. Kalau tak, mesti aku jadi lebih pro dari kau kan?” tiba-tiba mood
Haris bertukar angin kepada mood
sentimental membuatkan Em makin rancak ketawa. Bagi dia, walaupun dalam nada
gurauan Haris menyampaikan niat tak kesampaiannya kepada Em, tetapi Em tahu,
Haris memang memaksudkannya.
“Kalau kau kahwin kan, kau memang
boleh pakai kot ni seharian. Siap ada photoshoot lagi. Kalau aku pakai, ada
masa tertentu memang pakailah. Tapi kalau ikutkan hati, malas nak pakai. Panas!
Ni pun aku pakai sebab orang pentingkan formalism.
Padahal sama je kita berbaju.”
“Kalau sehari kau pakai uniform
aku dan aku pakai pakaian branded
kau, kau nak tak? Kau boss tapi
rupanya kau ni kuat jugak complaint
kan? Smart doh kalau pakai kot. Tapi kan, tak best lah bro pakai kot kau.. sebab aku tahu jawapan kau. Kau mesti cakap
boleh lepastu kau cakap lagi, masa aku kahwin. Masalah besarnya sekarang, stok
macam aku, kau cakap, sapa yang nak?” belum sempat Em menjawab soalan terakhir
Haris, pintu biliknya diketuk sekali lagi. Bukan Em yang memberitahu orang luar
untuk masuk, tetapi Haris terlebih dahulu membetulkan kot yang dipakainya
sambil meniru cara Em mengarahkan orang masuk.
“Sir, we have an urgent meeting from lembaga pengarah. It will start within 5 minutes at bilik
mesyuarat utama. I have to go now and
inform the other colleagues.” Belum sempat Em menjawab apa-apa, muka anak
buahnya sudah hilang semula dari biliknya. Em bangkit daripada tempat duduknya
dan memandang Haris sambil menggaru kepalanya. Serius, untuk beberapa saat itu
dia masih blur dan perlukan masa untuk menghadam kata-kata anak buahnya tadi.
“Kau kena pergi meeting dan aku kena sambung kerja. Kau
faham?” tatkala Haris memberitahu barulah Em tersedar. Cepat-cepat dia
mengambil organizer di atas mejanya
dan memaksa Haris membuka semula kot yang dipakainya tadi. Mereka berdua
sama-sama keluar daripada bilik Em menuju ke destimasi kerja masing-masing.
Langkah diatur menuju ke bilik mesyuarat utama dengan segera.
Manakala di rumah, selesai
menidurkan Faiq di ruang tamu, Ann segera ke dapur untk mengeluarkan bahan beku
dari dalam peti sejuk. Selepas berbalas Whatsapp
dengan suaminya, timbul idea nak buatkan masakan kampung kegemaran suaminya.
Sebelum berlalu menuju ke dapur, sempat Ann memesan Sofea yang sedang layan
Frozen di TV.
“Kakak Sofea..”
“Yes Mommy.” Mata si kecil masih lagi lekat pada TV. Takut
tertinggal mana-mana scene sewaktu
bercakap dengan Ann. Padahal, dalam sehari lebih dua kali si anak menonton
Frozen.
“Mommy have to cook another makanan for
Daddy. Can you take care of baby Faiq
for a while pleasee?” Gaya Ann cakap
“please” di hujung ayat sebijik gaya
Sofea mintak tolong. Dengan gigi tersusun dan senyum yang cukup lebar sambil
tersengih.
“Okayyyy..” sempat lagi Sofea
mengangguk walaupun mata memang sesaat pun tak lari daripada depan TV. Sofea
memang boleh diharap untuk menjaga adiknya, walaupun ada juga orang sekeliling
yang cakap takut Sofea apa-apakan adiknya sebab cemburu awal lagi dah ada adik.
Tapi, berkali-kali dah Ann dan Em perhatikan Sofea dari jauh sewaktu menjaga
adiknya, ternyata dia memang menjaga dalam erti kata sebenar. Siap tunduk
mencium dan menyanyi untuk Faiq semata-mata nak tunjuk kasih sayang.
Mood memasak memang sentiasa “on” untuk Ann. Jadi, keadaan dapur yang
sentiasa penuh dengan pelbagai bahan tidak menyukarkannya untuk membuat apa-apa
sahaja masakan di dapur. Selesai menyediakan lauk untuk makan tengah hari, Ann
sempat menyediakan pencuci mulut sementara kelibat Em masih belum kelihatan dan
Faiq masih lena walaupun Sofea semangat menyanyi “Do you wanna build a snowman?” ditepinya.
Bila jam dah menunjukkan pukul 3
setengah petang, masih belum ada tanda Em pulang padahal perut Ann memang dah
lapar. Melihatkan Sofea dah kelaparan, dia terus memberi kedua-dua anaknya
makan awal tadi. Cuma dia masih menahan lapar kerana sudah berjanji untuk makan
tengah hari bersama suaminya tadi. Cepat-cepat tangannya menaip mesej kepada
Em.
5 minit kemudian, masih juga Em
belum membalas mesej yang dihantarnya. Langkah diatur menuju ke tingkat atas
untuk memandikan Faiq dan Sofea sebelum kedua-duanya tidur di atas katil dia
dan Em. Teringatkan dia masih belum menunaikan solar Zohor, cepat-cepat dia
mengambil wuduk kerana waktu Zohor bakal berakhir menandakan Asar akan tiba.
Dengan keadaan masih lagi
bertelekung, dia mengambil semula iphone di
meja tepi katil. Masih lagi taida mesej yang masuk. Ann mencuba nasib lagi
menghantar mesej untuk suaminya. Tak cukup dengan mesej yang banyak, Ann cuba
untuk menghubungi Em. Tak pernah sekalipun Em buat dia begitu. Nak menelefon
pejabat bukan cara Ann. Lagipun bukannya ada hal yang penting yang ingin
disampaikan. Cuma ingin bertanya kenapa tak balik lagi. Daripada dicop sebagai
isteri yang pathetic, baik Ann hantar
mesej dan menghubungi nombor telefon suaminya sendiri.
Keluar sahaja di bilik mesyuarat
tadi, Em dan semua pekerja yang terlibat dalam mesyuarat terus ke bilik jamuan.
Bila diajak oleh rakan sekerja lain, dia tak menolak untuk makan. Perut yang
lapar sedari awal mesyuarat tadi, memang minta diisi. Untung juga perut tak
berbunyi. Kalau tak, serius dia malu kalau didengari oleh semua yang mengikuti
mesyuarat itu tadi.
Bila masuk ke biliknya, jam telah
menunjukkan pukul 6. Kalau dia terus balik, tentu masih lagi sesak jalan menuju
ke rumahnya. Em terus duduk bersandar di kerusinya. Penat mental bila ikut
mesyuarat sebab apa-apa kesalahan daripada orang bawahan, dia yang kena jawab.
Bila satu aduan masuk dan terus disalurkan kepada pihak atasan, dia yang kena
uruskan dari A sampai ke Z. Bagi dia, baik orang atasan atau bawahan, pangkat
tinggi atau rendah, masing-masing ada tanggungjawab. Tak ada istilah, jadi boss duduk goyang kaki arah orang
bawahan buat kerja semata-mata. Dia bukan bekerja makan gaji buta. Selagi ada
tugasnya, dia tetap buat walaupun kadang-kadang dia terpaksa dimarahi kerana
kesalahan orang bawahannya.
Bila elok bersandar, dia
teringatkan 3 orang yang disayanginya di rumah. Cepat-cepat dia mencapai
telefonnya di atas meja.
“Oh shit… matilah aku!” terus Em bangkit daripada tempat duduknya dan
keluar daripada biliknya untuk pulang kerumah. Melihat 8 miscalleds daripada Ann dan mesej whatsapp yang tak putus-putus masuk menandakan dia memang dalam
masalah yang lebih teruk daripada masalah di tempat kerja. Mesej yang masuk dia
perhatikan sewaktu di dalam lift. Dan fokus lebih tertuju kepada mesej ke lima
dan seterusnya.
I’m
hungry by the way.
EM,
for God sake, where the h*** are you?
You
must be enjoying your PRECIOUS time with your friends are you?
YOU
REALLY WANT ME TO DIE BECAUSE I AM DREADFULLY STARVING.FORGET ABOUT OUT LUNCH
DATE!
Em,
I’m not kidding or threatening you. Sofea is throwing the tantrums. AGAIN. And,
Faiq dari tadi poo poo. I guess I’m tired and I do hope you could sacrifice
your little time and hurry up.
Seriously,
I don’t know what to do. I think Sofea demam that’s the reason why she throwed
the tantrums and she cried like I don’t know how to tell. On the other hand,
I’m changing Faiq’s diapers like every single minute.
Telefon diletakkan di telinga
untuk mendengar audio message yang dihantar oleh Ann. Untunglah tak ada sesiapa
yang sama dengannya dalam lift pada waktu itu. Suara tangisan Sofea dan Faiq
bersatu. Dan dia dapat mendengar suara esakan seseorang yang sangat dia kenali.
Ann.
Apabila pintu lift terbuka, terus Em berlari menuju ke
kawasan letak kereta khas untuknya. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata
yang memandangnya pelik apabila dia berlari sebegitu. Dalam masa menghidupkan
enjin kereta, dia menelefon Ann tetapi Ann tidak mengangkat telefon walaupun
dicuba berkali-kali. Mesej dihantar kepada Ann.
Sayang,
where are you? Please pick up the phone. I’m teribbly sorry.
Masih juga tiada respon daripada
Ann. Masuk sahaja ke jalan utama, jalan raya masih lagi sesak. Memandangkan dia
berada di tengah-tengah highway, memang
tak mungkin dia dapat buat U-turn dan
menggunakan jalan lain untuk cepat sampai. Dengan Ann yang masih tidak
menggangkat telefon, makin membuatkan kesabaran Em semakin berkurang. Bukan
marahkan si isteri, tetapi dia benar-benar terdesak untuk mengetahui keadaan si
isteri dan anak-anak. Perasaan serba salah dan bimbang mula menguasai diri. Dia
mula menyalahkan dirinya dan dalam berusaha untuk bersedia menerima sebarang
kemungkinan dimarahi Ann, dia akui, dia memang takut.
“Ann? Honey..” Kemeja yang sudah basah kerana peluh sudah tidak
dihiraukan. Satu per satu pintu bilik dan bilik air dibuka tetapi tidak ada kelibat
Ann. Bunyi telefon di poket seluarnya membuatkan Em terhenti seketika. Setelah
melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya, Em terus menjawab panggilan
tersebut. Hazwan.
“Helo Wan..” belum sempat dia
bertanya apa-apa, Hazwan lebih dahulu menyampuk.
“Em, Hospital Selayang now.” Terasa terhenti seketika dunia Em
mendengar apa yang disampaikan oleh Hazwan. Mendengarkan perkataan hospital pun
telinga Em sudah dapat mengagak apa yang terjadi. Antara Ann, Sofea dan Faiq,
pasti seorang daripada mereka yang dibawa ke sana. Tanpa banyak tanya, Em terus
berlari semula ke arah keretanya di garaj. Baju yang sudah basah tidak ditukar
kerana kepala sudah memikirkan anak dan isterinya di hospital.
Dalam kurang daripada setengah
jam, Em sudah berada di dalam kawasan Hospital Selayang. Hazwan sudah pun
menunggu di kawasan lobi hospital dan terus membawa Em ke dalam satu wad khas.
Apabila masuk ke dalam bilik yang dibawa oleh Hazwan, bagaikan nak tercabut
jantungnya melihat ketiga-tiga orang yang disayanginya terbaring di atas dua
katil. Sofea di atas sebuah katil dan sebuah lagi Ann dan Faiq. Mujurlah ada
Izah yang menemani isteri dan anak-anaknya pada waktu itu.
“Izah, kita keluar kejap.” Bunyi
suara Hazwan yang perlahan mampu didengari Em dan dia tahu Izah dan Hazwan
sudah bergerak keluar meninggalkan mereka berempat sahaja di dalam bilik itu.
“Hey..” lemah sahaja suara Ann.
“Hey honey. I’m so sorry. I really don’t know what had happened. And the
worst thing is, the three loves of my life are all lying in a hospital now.
Tanpa saya tahu apa-apa pun. I’m such a
terrible husband and Daddy.” Tak ada respon daripada Ann. Mungkin Ann cuba
untuk mencerna apa yang telah dikatakan oleh suaminya. Bagai baru teringat akan
sesuatu. Lama Ann memandang Em dan akhirnya baru bersuara.
“I’m
tired. I wanna sleep. Please?”
Dengan air mata yang mengalir Ann memaksa dirinya untuk tidur. Itu Em tahu. Dan
Em tak menyalahkan isterinya sekiranya Ann marah atau berbuat apa-apa sebab dia
layak dilakukan sebegitu. Sebelum berlalu keluar semula, dahi ketiga-tiga orang
yang disayanginya dicium dan selimut diatur dengan kemas.
Em duduk termenung di kerusi
bahagian menunggu di hospital. Keadaan agak lengang disebabkan jam sudah
menunjukkan jam 9 malam. Mungkin masa melawat telah pun tamat. Mungkin dia tak
akan pulang, untuk menjaga Ann dan anak-anak mereka. Langkah mula diatur menuju
ke kawasan parking kereta untuk
mengambil beg pakaian yang sentiasa ada di keretanya. Mahu membersihkan diri di
bilik mandi bilik khas isteri dan anak-anaknya dan menunaikan solat isyak.
Dalam perjalanan menuju semula ke wad rawatan, Hazwan memanggil Em.
Hazwan memberitahu bahawa Sofea
demam dan Faiq pula menangis mungkin menahan sakit sebab cirit-birit. Kesian
Ann. Sampai di hospital, Ann pengsan dan doktor cakap, Ann kena gastrik sebab
tak makan. Em sendiri tahu yang Ann memang mempunyai sakit gastrik yang agak
teruk apabila masa makan diabaikan. Bila ditanya tentang dirinya, Em cakap dia
terlupa nak cakap dengan Ann yang dia ada mesyuarat sebab terlalu tergesa-gesa
selepas baru sahaja diberitahu.
Bila Hazwan minta diri untuk
pulang, barulah Em ada masa untuk ke wad semula. Selesai mengemaskan diri, dia
duduk di tepi Ann yang masih tidur. Melihat Sofea yang baru bangun menangis
membuatkan Em mengangkat Sofea dari katilnya. Dengan sebelah tangan mendukung
Sofea, sebelah lagi tangannya membuat susu Sofea di meja sebelah katil.
“Daddy, not milk. I want nugget. Hungry..” mendengar Sofea merengek menolak
botol susu yang diberi, Em terdiam mendengar permintaan anaknya. Manalah nak
dapat nugget tengah malam buta macam itu, padahal mereka berada di hospital.
Bila nama Hazwan terpacul di kepalanya, cepat-cepat dia mendail nombor telefon
Hazwan. Memang hari itu cukup baginya menyusahkan orang sekeliling padahal dia
tak suka, tapi terpaksa demi anaknya. Yang pastinya, Sofea belum makan malam,
sama seperti dia. Dan.. Ann yang langsung tidak makan seharian.
“Wan, aku mintak maaf kalau aku
susahkan kau. Tapi, Sofea nak makan nugget.
I don’t know another place, but McD confirm ada nugget. And I’m sure ada
McD 24 hours untuk kau tolong aku
belikan. Kau hantar kat lobi and I’ll
take it later.”
Diam sebenatar.
“Oh, kalau macam tu, bubur ayam
jugak Wan. And double cheese burger
untuk aku. No coke but mineral water
please.”
“Look honey. I’m so sorry. Saya ada urgent meeting and that was 5 minutes before the meeting starts, barulah
mereka cakap.” Em mula untuk menerangkan situasi sebenar.
“And
it proves that work comes first. Then, your family. I mean, only after you have
settle down all your works, then you just realized that we were admitted here?” Baru sahaja mahu mahu memegang
tangan Ann, Ann melarikan tangannya daripada Em.
“No,I’m not! My family is my priority.” Em cuba untuk menegakkan
kebenaran.
“Your action doesn’t shows the
words you’ve said, Em.” Suara Ann mula mengendur, seakan mahu menangis. Berjauh
hati dan kecewa dengan sikap Em.
“Biarlah. Biar semua tahu..”
suara Ann naik satu oktaf. Em sudah mula bergerak di bahagian hujung bilik,
cuba untuk menenangkan diri dan mengumpul semangat untuk menelan setiap
kata-kata daripada Ann. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh Ann,
tetapi dia benar-benar lalai apabila lupa untuk memberitahu Ann tentang
mesyuaratnya. Dengan keadaan terburu-buru dia ke bilik mesyuarat dan lupa
membawa telefonnya.
“I’m
sorry..” itu
sahaja ayat yang mampu dia sampaikan. Dia sudah mati kata. Satu dia cakap, Ann
sedia membalas dengan seribu perkataan. Dia sentiasa kalah bila bertengkar
dengan Ann.
“Your sorry doesn’t change anything. You can see it now. Tak payah
kesian sayalah. Kesian dengan anak-anak awak. Kecik lagi dah kena admitted. Yes, I have to handle them and
saya tak complain pun tapi, apa awak
buat? At least give me a message and let
me know where the hell are you!!” selesai menghabiskan ayat terakhir, bunyi
tangisan Faiq kedengaran. Mungkin terganggu kerana bising, mungkin terkejut
mendengar suara bising dengan tiba-tiba, atau mungkin sakit yang tidak mampu
diucapkan, Em sendiri tidak tahu tapi yang dia tahu, dia berlari mendapatkan
Faiq di tepi Ann.
Mungkin, dalam urusan anak-anak
barulah dia dan Ann bersatu. Apabila dia cuba untuk menenangkan Faiq yang
dipangku oleh Ann, tidak pula Ann melarang. Apabila Faiq menyambung tidurnya
semula, dia memegang semula tangan Ann tapi Ann masih lagi megelak.
“Now,
tell me what should I do to make you happy?” Em cuba untuk bertoleransi. Lama Ann diam lalu
bersuara.
“
Leave us in this room. You can do whatever you want. Either nak sambung dengan kerja awak
yang penting itu ataupun keluar dengan kawan-kawan awak like you used to.”
“What?
Like I used to?
Bila masa saya suka keluar malam dengan kawan-kawan saya Ann? You tell me.” Em rasa yang dia mungkin
tidak dapat mengawal kemarahannya terus keluar daripada bilik itu tanpa
menunggu jawapan daripada isterinya.
Ann tahu yang dia bukan jenis
yang suka merayap pada waktu malam, baik sebelum berkahwin mahupun selepas
mereka berkahwin. Dia keluar pun bukan pergi ke mana-mana. Cuma duduk di ruang
menunggu sambil menenangkan fikiran dan serabut di kepala. Selepas 5 minit
duduk tanpa berbuat apa-apa, dia mula melihat gambar-gambar isteri dan
anak-anaknya di telefon. Perasaan serba salah dan kecewa dengan kegagalan
dirinya sendiri sudah tidak dapat dikawal. Sungguh, Ann sudah banyak berkorban
dalam keluarga mereka.
Bunyi panggilan daripada Hazwan
menandakan makanan sudah sampai. Cepat-cepat Em mengatur langkah menuju ke
lobi. Apabila menghulurkan duit untuk membayar makanan yang telah dibeli oleh
Hazwan, dia menolak. Jawapan Hazwan mudah, itulah gunanya kawan, membantu kawan
apabila diperlukan masa susah ataupun senang.
Masuk semula ke dalam bilik, Em
jadi lega kerana Sofea masih lagi tidur dan tidak meragam seperti tadi.
Perlahan-lahan dia mengeluarkan makanan dan meletakkan bubur ayam di meja tepi
katil Ann.
“I know you have not take your lunch neither your dinner. And I’m sorry
sebab saya tak dapat jugak nak bawak makanan yang awak dah masak tadi. But I can promise you that as soon as we
come back home, saya yang akan masakkan kesemua itu kat rumah kita nanti. Just promise me, awak makan lepas ni
okay.” Selesai berkata, Em mengelap setitis air matanya yang mengalir. Dia
terus berlalu ke meja di katil Sofea dan terus membangunkan Sofea tanpa
memandang Ann yang masih lagi tidak bergerak.
“…
Sofea darling, here’s Uncle
Wan bought you some nuggets. Wake up
little girl.” Mudah sahaja Em membangunkan Sofea dan melayan si kecil makan
di tepi katil yang duduk di pangkuannya. Selesai membersihkan Sofea, Em mahu
berlalu keluar semula dan waktu yang sama Ann baru sahaja membetulkan duduknya
untuk makan. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, Ann menegurnya.
“You
don’t wanna join me?”
Tanya Ann sewaktu Em menoleh.
“I have burger here and I’m pretty sure that you need time to be alone as
what you’ve said earlier.”
Dalam berkata begitu, Em memaksa dirinya untuk
senyum.
“Oh.” Ann diam dan sewaktu Em
sudah membuka pintu, Ann memanggilnya sekali lagi. Em berhenti tapi tidak
menoleh.
“It’s
12 a.m.. Happy anniversary!”
ada sedih dan kecewa dalam nada Ann. Em berpaling semula dan menuju ke arah
Ann. Ana makan. Tapi pada masa yang sama, Ann menangis. Terus tubuh Ann dipeluk
erat.
“I don’t know what is going on with me today. I feel completely
miserable. I’ve failed in every single things. Start from masalah tempat
kerja, sampai ke masalah keluarga. Parenting
fail dan jadi suami yang baik pun saya fail.
Never once in my life, I forgot important dates but today, dalam keadaan
awak dan anak-anak macam ni, saya masih lagi gagal memuaskan hati awak. Tell me how can I help you.”
“Just
love me and don’t leave me. Not even now.” Antara dengar dan tak dengar suara Ann sewaktu
dia masih dipeluk oleh Em. Sudahnya, malam itu Em tidur di katil Sofea bersama
Sofea dan Ann masih lagi bersama Faiq. Bangun sahaja pagi itu, Em tunjuk muka
tak bersalah depan nurse yang datang memeriksa isteri dan anaknya bila terkejut
melihat pemandangan mereka berempat tidur di atas dua katil yang berbeza lagak
seperti tidur di rumah. Bila Izah sendiri yang memeriksa isteri dan anaknya dan
cakap mereka boleh dismissed tengah
hari itu tanpa segan lagi dia memeluk Ann di hadapan Izah. Bila Izah tunjuk
muka, Ann yang tolong selamatkan keadaan.
“You’ve
seen more than this so screw the look babe!” dan itu membuatkan Izah menjawab.
“Luckily
you’re my friend. Jangan
buat aku jealous dalam sesaat dua
boleh tak? I’ve seen this for years and I
am asking you, tak boring ke?”
Belum sempat Ann menjawab soalan untuknya, Em menjawab dengan penuh bangga.
“You
are going to see this scene for 55 more years and the years coming after that
and I bet you will be thanking me for loving Ann more than you do.” Dan jawapan itu membuatkan Izah
buat rolling eyes dengan mereka
berdua.
“Kalau kau nak, suruh Wan kahwin
dengan kau cepat-cepat!” mendengar Ann berkata sebegitu membuatkan Izah terus
keluar daripada bilik itu.
“ Tunggu kau aku kerjakan nanti!
Nasib baik laki kau ada Annnn.” Ann dan Em sama-sama ketawa dengan reaksi Izah.
Apabila selesai menguruskan pembayaran dan berjumpa dengan doktor, mereka
sama-sama sersedia untuk pulang semula ke rumah.
Dalam perjalanan pulang, Ann
sempat memberitahu Em yang majlis reunion
untuk sekolah mereka akan diadakan pada minggu hadapan. Bila Ann terfikirkan
baju yang akan digunakan untuk reunion,
cepat-cepat dia minta Em bawakan mereka untuk membeli baju baru anak-anak
mereka. Padahal, sebenarnya dia hendak mencari outfit yang sesuai untuknya dalam majlis reunion yang bertemakan “Chillax
yet Outstanding” nanti. Namun apabila sedar yang jalan yang digunakan oleh
Em adalah jalan menuju ke rumah mereka, Ann berpaling dan ingin memberitahu Em
sesuatu.
“Yes,
I know, jalan
ini adalah jalan ke rumah kita. We are
not going for shopping today, honey. I have something for you and I’m 200% sure
that you gonna love it.” Em menjawab sambil memerhatikan Sofea yang sedar
tidur di babysit di bahagian tempat duduk belakang. Melihatkan keadaan Sofea
yang masih belum pulih sepenuhnya, takkan dia nak usung Sofea di serata shopping complex. Mungkin Ann terlupa
yang dia sendiri pun masih belum sihat.
“I’m
not happy for that.”
Ann menjawab dan memandang ke luar tingkap.
“Well,
for your information, the kids are not fully recovered and you too. So,
shopping might be on this weekend. That’s my promise.” Kata Em apabila mereka sampai
di hadapan rumah mereka. Dari dalam kereta, Ann dah Nampak nanny Sofea dan Faiq sudah berdiri di luar rumah. Dan ada kereta
Hazwan juga. Pelik.
Bila tersedar dia masih lagi
duduk di bahagian sebelah pemandu sambil memangku Faiq tanpa Sofea dan Em di
dalam kereta, Ann keluar daripada kereta walaupun dia pasti, Em pasti meminta
dia menunggu sebentar sementara menghantar Sofea masuk ke rumah. Bila ternampak
kelibat Izah yang hendak masuk ke dalam tanpa memandangnya, Ann jadi makin
pelik dan tanpa berfikir panjang lagi, dia memanggil Izah.
“Makcik! Bila masa kau sampai?
Bukan kau kerja kat hospital ke tadi? I
mean just an hour ago. Buat apa kat sini?” Izah tersengih apabila terpaksa
berpaling menghadap Ann dan membantu Ann membawa Faiq daripada dukungannya.
Tangan Ann ditarik menuju ke pintu utama rumah tanpa menjawab satu pun daripada
soalan daripada Ann kepadanya.
“WOW!” saat masuk ke dalam rumahnya, Ann boleh melihat banyak gambar
bergantungan di atas tali di hadapannya. Gambar kecil yang saiznya seperti
gambar yang diambil daripada instant
camera. Kebanyakan gambar dia dan Em sedari mereka mula kenal dulu sehingga
gambar terbaru mereka dilekat. Di satu sudut, dia lihat banyak gambar yang
dilekat di atas satu papan seperti kolaj yang berbentuk “LOVE”. Dia lihat Sofea
sudah bangun dan dibawa oleh Hazwan memerhati setiap gambar di kolaj tersebut.
“That’s mommy and daddy. This is me, Uncle. This is baby.” Satu per
satu gambar di dinding ditunjuk oleh Sofea kepada Hazwan.
“Wan, lepas ni kalau aku bawak
Ann masuk, kau tolong aku bawak cake
ni. Aku dah nyalakan.” Em yang entah bila muncul dari dapur membawa kek masih
tidak sedar yang Ann sudah pun berdiri di hadapan pintu. Apabila mendengar
suara Faiq yang tiba-tiba menangis barulah dia memandang ke arah pintu.
“…Goodness! IZAH! You spoiled
my surprise aren’t you?” Antara terkejut, kecewa dan tersengih bersatu pada
riak Em membuatkan Ann dan Izah ketawa.
“Still
a good one. Saya
dah awal terkejut bila bukak pintu tadi. The
difference is, awak tak ada.” Kata Ann apabila Em berjalan ke arahnya. Kek
masih lagi ditangannya.
“Well, men always bad in making a surprise. Selalu spoil!” Em membawa kek dekat ke arah
isterinya. Sebelum Ann dan Em sama-sama meniup lilin di atas kek tersebut, Ann
sempat lagi bertanya.
“Ni kek yang saya buat semalam
kan?” dan jawapan tak boleh blah dari Em membuatkan mereka semua ketawa. Dia
kata taknak membazir dan dia cakap, dia tetap akan tunaikan janjinya untuk
membuat kek, tapi bukan untuk hari ulangtahun mereka.
Dalam mereka berempat sama-sama
meraikan ulangtahun perkahwinan Em dan Ann, Sofea dan Faiq sudah tidur semula
dan dijaga untuk sementara waktu oleh nanny
mereka. Sebenarnya, Em sendiri yang sengaja mencari nanny bagi membantu Ann menguruskan rumah. Tapi kebanyakan masanya,
nanny itu hanya datang apabila
diperlukan sahaja kerana rumahnya tidak jauh daripada rumah mereka.
Bila selesai makan dan meraikan
ulangtahun mereka bersama Izah dan Hazwan sebagai tanda terima kasih kerana
banyak membantu mereka, Em mengajak Hazwan duduk di gazebo sementara Izah dan
Ann mengemas di bahagian dalam.
“Wan, aku lupa nak Tanya kau
semalam. Macam mana kau dengan Izah boleh bantu Ann semalam?” Em memulakan
perbualan mereka.
“Well, aku ingat kau fikir Ann drive
bawak anak-anak kau terus ke hospital sebab kau tak Tanya aku masa sampai
semalam. It just happened that aku
dengan Izah datang ke sini. Ingat nak lepak lah tapi sampai-sampai aku tengok
Ann bukak pintu dengan muka pucat dia menangis. Bila Izah Tanya dia cakap dia
carik kau sebab tak tahu nak handle 2 orang budak kecik yang cranky yang tak sihat.” Panjang lebar
Hazwan menerangkan kepada kepada Em yang turut sama sedang memerhatikan kereta
mereka di garaj.
“Memang niat aku nak Tanya kau
tapi dah nama panic, mana aku nak ulang tayang balik soalan aku dengan kau.
Pulak, bila aku masuk dalam wad Nampak 3 orang sekaligus terbaring atas katil.
Kalau aku lemah, mahu nak pengsan tengok anak bini aku sekali terlantar. Thanks bro. Kalau kau dengan Izah tak
datang semalam, aku tak tahu lah apa yang jadi dengan mereka. Kiranya aku
terhutang nyawa jugak dengan kau.” Ikhlas Em berkata walaupun jauh dalam
hatinya dia masih lagi rasa bersalah dengan kecewa dengan sikap dia yang lalai
semalam.
“I
don’t accept any thank you form you two! Nama dah doctor,
itu yang patut aku buat. Kalau bukan doctor
sekalipun aku tolong sebab family kau
dah macam family aku! Cuma belum lengkap sebab ada orang masih lagi main Tarik
tali.” Di hujung kata-kata Hazwan, Em mendengar keluhan daripadanya. Serius,
walaupun dah ada 2 orang anak, Em tak pandai nak bagi nasihat. Yang dia mampu
adalah mendengar masalah Hazwan dan memberi kata semangat apa yang termampu
berdasarkan pengalaman sendiri.
“Tu kereta baru tu sapa punya?
Kau atau Izah?” Tanya Em sengaja mahu menukar mood mereka. Taknaklah tengok Hazwan bersedih. Bukan dia tak mahu
membantu Hazwan tapi, dia tahu Hazwan sendiri mahu mengelak daripada berfikir
masalah hubungan dia dengan Izah. Baginya, hubungan mereka tak akan selesai
selagi Izah tak berkata “ya” untuk dia melangkah ke alam keluarga.
THIS CAR IS INSANELY SEXY AND I HAVE TO ARGUE THAT EM IS WRONG. KBAI |
“Nampak sangat kereta kau dipakai
oleh golongan doktor macam kau Wan!” Em berjalan di sekeliling kereta Hazwan
sambil menepuk bahagia atap keretanya dan statement
berani mati daripada Em membuatkan dia mengangkat semula mukanya yang khusyuk
meneliti enjin depan kereta.
“What
the fish! That’s rude man! This car is smart okay.” Hazwan cuba untuk
mempertahankan haknya.
“Smart
is suitable to explain who you really are. Kalau ikut pengalaman akulah kan, aku tahu ni bunyi
absurd and stereotype, masa kat U
dulu, lelaki medic ni a bit geek!” slumber Em menambah lagi statement berani mati kepada Hazwan.
“Hoi, kurang ajar kau cakap
kereta yang Izah pilih macam tu!” belum sempat Em mengelak, bahunya ditepuk
kuat.
“Well,
I’m not saying this car, but you. Nampaknya
Izah punya taste kau guna eh. No wonderlah mempertahankan sehabis
baik. Chill lah! Aku gurau. So bila nak modified?”
“Susahlah bro! Izah tak suruh aku modified sebab dia cakap dia tak suka.”
Hazwan menambah.
“Again.
You are using Izah’s taste again.
Samalah dengan aku. Tu Ninja King, macam mana aku beli mula dulu, macam tulah
yang kau tengok sekarang. Dulu masa aku modified
Mitsubishi, dia marah gila sampai tahap taknak naik kereta. Reason dia punyalah
tak masuk otak, annoying dengan bunyi
enjin.” Em dan Hazwan menghabiskan banyak masa di halaman rumah dan di garaj
bercerita tentang dunia mereka. Bila cakap tentang kereta, sekali-sekala mereka
mengaitkan dengan orang yang mereka sayang.
INI KERETA ITU ABANG FAHMI SUKA BUKAN SAYA, AND I HAVE TO AGREE THAT HONDA HAZWAN PUNYA LAGI CLASSY. AND THAT PROVES I'M A NERD AND GEEK SO SCREW THE LOOK PEOPLE. This car is not really my type. Sorry F. :p |
An I have to agree at this Evo 10 of Mitsubishi. One word: HOT! (Bayangkanlah a hot daddy with two kids drives this car. Serius, I might have pengsan. F, take note! ) |
Bila cakap pasal Fifa World Cup,
sama-sama cakap dah beli jersi team bola sepak yang mereka minat. Pun, mereka
sudah belikan untuk orang yang mereka sayang. Bila Em cakap sokong Germany, dia
siap order jersi original untuk Ann, Sofea dan Faiq sekali. Seperti biasa, bila
Hazwan cakap nak sokong Itali, dia pun dah siap beli jersi dengan Izah sekali.
Bila hari dah beransur petang
barulah Hazwan dan Izah meminta diri untuk pulang sebab Izah semalaman on-call dan mungkin kepenatan selepas
bersama-sama mengemas dengan Ann sebentar tadi. Malam itu, awal lagi mereka
sudah masuk ke dalam bilik untuk berehat. Sofea dan Faiq sudah lena selepas
aktif bermain di bilik khas mereka tadi.
“Sayang, I have something for you.” Kata Em lalu bangkit menuju ke bilik
kerjanya mengambil sesuatu.
“I
bet it is.” Kata
Em lalu menyerahkan sampul tersebut kepada Ann. Bila Ann membuka sampul
tersebut dan membaca setiap patah perkataan yang terdapat di atas kertas
tersebut, dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di dalam pelukan Em.
“Ya Allah! This is the real surprise! Kenapa sweet sangat harini. With
those photos of us since 5 years ago until now and now about this huge huge
present of our anniversary. Thank you sayang. Masya Allah, I’m really excited! Malu pun ada, sebab I don’t have anything for you.” Ann
mengemaskan lagi pelukannya.
“Saya rasa apa yang saya bagi ni
tak seberapa dengan pengorbanan awak selama ini dan selepas insiden semalam,
saya rasa saya memang patut bagi awak lebih daripada ini. No need to say thank you darling. I am the one who supposed to say
millions thank you to you.” Em mencium kepala Ann dan menghidu bau rambut
Ann yang sama seperti kali pertama dia mencium Ann beberapa tahun dahulu.
“…so, are you ready for this?” pertanyaan Em membuatkan Ann
mengangguk kepalanya dengan laju. Sampul dilepaskan daripada pegangannya dan
dia menguatkan pelukan dengan Em dan tidak putus-putus menunjukkan
kegembiraannya kepada Em.
kepada Em.
So, macam mana? Okay atau tidak? Sudi-sudilah komen dibawah. :) Till then, hugs and I miss you. ALL of you walaupun kita mungkin tak kenal. Hehehehehhe. It's holidays and take care! And not to forget Happy Father's Day to my incredible dad, Dato' Kamarudin bin Ibrahim and my strong Ayah, Dato' Derhan. Jangan tanya kenapa letak Dato'! Sebab I think thats cute to call your handsome dad with things like Dato' walaupun cokcek. Hahahahahahahahahahahaha.
And Abah and all fathers in the world. No matter what, you are still your daughter Hero even if she marries a man in the future. They still bring your name. Well, kita bukan omputeh nak tukar surname bila dah kahwin. Tapi biarpun bertukar, tetap anak bapak anak ayah! Tak caya, jemput tanya these two handsomes, confirm lah cakap "Anak Bapak" "Anak Ayah". Jemput jealous and about Part 11, mari doakan saya rajin untuk menulis okay?
5 comments:
wah!!! daebak kereta tu!!! ada try hantar kat mana2 publisher ker? jemput baca karya saya juga.. :)
http://karyabaldu.blogspot.com
Hi awak.
Nice knowing you to read my piece. Saya belum cuba hantar lagi. Saya menulis ikut suka. In sha Allah kalau ada rezeki and peluang, one day saya akan hantar. Definitely will read your stories too. :)
Hi awak.
Nice knowing you to read my piece. Saya belum cuba hantar lagi. Saya menulis ikut suka. In sha Allah kalau ada rezeki and peluang, one day saya akan hantar. Definitely will read your stories too. :)
Salam. kak habsah disini. lame x dgr berita anak2 kak habsah ni sofea. hehe akak terpikat dgn cara Em melayani anak2 dan bini yg tercinta.
Wasalam kak habsah :))
Lama kan tak dengar khabar Sofea dan Faiq? Tapi saya memang sure mereka memang sihat sejahtera kak. Hehehehe.
Post a Comment