Sunday, June 8, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 10)

Assalamualaikum and Hi!

Well hello loves! Miss me not? *Please say yes in unison*

Hahahahaha. Well, I am so sorry if any of you loyally waiting for my update. And I start to wonder if there's any of you are waiting for me. Duh! I have reasons for not keeping up with this world of mine okay. Firstly, catching up with my exam which Alhamdulillah, I had went through all 3 papers already! Hip hip hooray! :)

Second reason is, a humble  tiny event of my son (well, I have to say this!), Luqman Amsyar and I'm helping F's family for the preparation. Yeah, a bit help but I really enjoyed my precious times with them. And guess who got a new abaya from Ibu? *Forget about how Anna in Frozen dancing, let face my excited ridiculous grin here* Thanks Ibu! Oh by the way, it's a pink abaya that I wore during the cukur jambul. 

And the major reason is, I'm not subscribing internet nor my house has the wifi thingy - so when I do subs for the internet, then here will be the first place to spit my words. Can you see how loyal I am to my blog? Oh, for being a mithali (good) daughter to my parents and a good yet fierce sister to my bros and sis, it is quite a handful thing to handle my social networks. I have to do the chores and help my mom, so I really don't have time to sit and really enjoy my writing and even my handsome boy, F didn't get any message from me until the evening. Oh, I'm a busy person and at night I can go to sleep the moment I throw (well, literally) myself on the bed. Uh, I know, my life is sort of the boring one but ahh, I  know you wanna read Part 10 aren't you? So here it is. 

Reminder: THIS IS THE LONGEST YET NOT THE LAST PART. Henjoy! And drop your comments loves! i would love to reply each of your comment later! 



PART 10
6 bulan kemudian..

Puas Em membelek-belek calendar di atas meja kerjanya memerhati reminder yang ditulis selama ini. Nak rajinkan diri buat kerja, dia baru sahaja lepas mesyuarat dengan orang bawahannya. Kasi chan laa dia nak duduk rehat di kerusi bilik kerjanya sambil memerhati gambar tiga insan disayanginya di atas meja. Bila bercakap tentang orang bawahan, bagi Em orang bawahan dan atasan sama sahaja, jadi dia lebih senang kalau orang bawahannya mengganggap dia sebagai kawan semasa bekerja, asalkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. 

Sedar tak sedar, Faiq dah 6 bulan. Bukan sahaja si kecil sudah boleh diberi solid food seperti saranan doktor, tapi Sofea pun sudah mula dihantar bersekolah bersama-sama kanak-kanak seusia nya. Sengaja nak bagi Sofea belajar bersosial dengan kanak-kanak seusianya dan belajar benda-benda yang lebih praktikal dengan guru taska terlatih. Puas juga dia dan Ann buat research tentang taska yang bagus untuk menghantar Sofea dan akhirnya mereka telah memilih taska yang bersesuaian. Dan sebab utama waktu 6 bulan itu penting bagi Em adalah keranaf isterinya. Mungkin akan mengubah sedikit corak kehidupan keluarganya.

Pertama, si isteri sudah tuntut untuk latihan gym kerana berat badan masih tak susut selepas melahirkan Faiq. Kedua, atas sebab pelajaran Ann yang tertangguh selama lebih setahun. Dan ketiga, baru-baru ini Ann ada melagukan hasrat untuk berjinak dalam bidang perniagaan yang jauh tersasar daripada bidang Perundangan yang dipelajarinya sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Hati seorang suami yang boleh dikatakan satu dalam sejuta seperti Em itu, memang tak akan menghalang apa sahaja minat si isteri. Dengan syarat, ada kesungguhan dalam minat dan tidak menyalahi apa-apa hukum. Tapi, sebagai seorang suami dan ketua keluarga, dia juga bertanggungjawab memastikan impian si isteri terlaksana. Apa yang penting bagi Em adalah pelajaran si isteri perlu diselesaikan seperti apa yang dijanjikannya kepada Em. Bagi Em, bila berjanji, dia perlu menepati janjinya walau bagaimana sekalipun.

Bunyi telefon yang menandakan ada pesanan Whatsapp masuk ditepinya mengalih tumpuan Em pada catatan di kalendarnya. Bila Em memeriksa, terus sahaja senyuman terukir di wajahnya. Ann bagi hint suruh dia balik awal dengan menghantar gambar dia, Sofea dan Faiq di rumah sedang berseronok di dalam bilik khas. Tangan naik membesarkan gambar yang dihantar. Melihat muka Ann tersenyum duduk di atas sofa bilik khas memangku Sofea dan Faiq. Cepat sahaja Em membalas pesanan Whatsapp isterinya.

Is this a hint?

What hint? – Ann

Nak suruh saya balik awal? :p

You think? Hahaha. I was just sending the pic 4 fun honey. Try to show off yg saya dapat jaga 2 org budak nakal ni without their daddy or even their nanny. Lol

I know you can baby! You’re supermommy remember?

Tidak lama selepas itu, Ann menghantar video mereka di rumah sekarang. Faiq di dalam walker, Sofea di satu sudut bermain dengan alat permainan dengan berlatarbelakangkan suara mereka bertiga. Di hujung video itu ketiga-tiga mereka cakap “Love you Daddy” yang membuatkan Em ketawa. Mungkin “Love you Daddy” hanya diucapkan oleh Ann dan Sofea sahaja sementara Faiq mungkin mengucapkan dalam bahasanya sendiri apabila Em hanya mampu mendengar “aaaaaa aaaaaa” sahaja daripada Faiq.
Balik cepat. Saya dah sediakan lunch. Today, we must teach Sofea dengan Faiq makan makanan kpg. Saya masak kari ikan dengan sup sayur. Errr, maybe a bit Bandar lah sayang.. coz I cook puree too. Hehehehe. :p
In sha Allah. I’ll be back. Take care sweetheart. And the kids too. Love you.
Love you moreeeee. You take care too!
Baru nak layan tengok gambar anak dan isterinya, pintu bilik Em diketuk dari luar.
Come in”. Buka sahaja pintu biliknya, muka Haris terpacul didepannya.
“First thing first, kau nak aku panggil kau Boss atau Bro?” Soalan wajib daripada Haris setiap kali datang ke bilik Em.

“Second thing second, kau nak kaki atau tangan? Atau kau nak dua-dua?” Soalan yang dibalas dengan soalan daripada Em membuatkan dia dan Haris sama-sama ketawa. Memanglah Haris orang bawahan kerana dia hanyalah seorang office boy tapi bukan setakat budak pejabat seperti Haris sahaja yang boleh masuk ke bilik Em, tapi dengan makcik cleaner sekali Em tak kisah bila masuk ke biliknya untuk mengemas sambil beramah mesra. Em mana nak kisah pasal kedudukan, kerana dia menganggap mereka semua sama dan dia tak perlu berbangga apa-apa dengan kedudukan dia sekalipun memegang jawatan tertinggi dalam usia yang dikira masih perlu banyak belajar. Kadang-kadang, orang bawah itulah yang lebih banyak makan garam daripada orang baru sepertinya.

“Anak dah dua aku tengok kau masih kuat angau dengan bini.” Topik luar alam Haris bagi untuk intro mereka mula bercakap memang tak boleh blah bila Em pun main layan saja. Dia dan Haris memang sama kepala sebab tu Haris sendiri tak pernah merasakan jurang dia dengan Em terlalu jauh untuk memaksa dia perlu bersikap formal dengan Em.
“Anak sepuluh pun aku tetap angau bro!” Jawapan daripada Em membuatkan Haris yang duduk di kerusi depannya terus berdiri menukar tempat duduk menuju ke atas meja di belakang Em.

“Pergh! Serammm aku dengar kau cakap macam tu.” Haris buat muka bila mendengar jawapan Em. Serius dia geli kalau Boss dia tiba-tiba buat-buat sentimental depan dia. Men to men talk mana ada semudah itu untuk menunjukkan kelembuatan hati. Padahal Em masih lagi buat muka slumber sambil ketawa. Tak cukup dengan duduk di tempat yang salah, Haris mengambil kot Em di tempat duduk Em dan menyarungkan di badannya.

“…kalau aku boleh pakai kot ni macam kau kan best! Menyesal tak belajar keras-keras dulu. Kalau tak, mesti aku jadi lebih pro dari kau kan?” tiba-tiba mood Haris bertukar angin kepada mood sentimental membuatkan Em makin rancak ketawa. Bagi dia, walaupun dalam nada gurauan Haris menyampaikan niat tak kesampaiannya kepada Em, tetapi Em tahu, Haris memang memaksudkannya.
“Kalau kau kahwin kan, kau memang boleh pakai kot ni seharian. Siap ada photoshoot lagi. Kalau aku pakai, ada masa tertentu memang pakailah. Tapi kalau ikutkan hati, malas nak pakai. Panas! Ni pun aku pakai sebab orang pentingkan formalism. Padahal sama je kita berbaju.”

“Kalau sehari kau pakai uniform aku dan aku pakai pakaian branded kau, kau nak tak? Kau boss tapi rupanya kau ni kuat jugak complaint kan? Smart doh kalau pakai kot. Tapi kan, tak best lah bro pakai kot kau.. sebab aku tahu jawapan kau. Kau mesti cakap boleh lepastu kau cakap lagi, masa aku kahwin. Masalah besarnya sekarang, stok macam aku, kau cakap, sapa yang nak?” belum sempat Em menjawab soalan terakhir Haris, pintu biliknya diketuk sekali lagi. Bukan Em yang memberitahu orang luar untuk masuk, tetapi Haris terlebih dahulu membetulkan kot yang dipakainya sambil meniru cara Em mengarahkan orang masuk.

Sir, we have an urgent meeting from lembaga pengarah. It will start within 5 minutes at bilik mesyuarat utama. I have to go now and inform the other colleagues.” Belum sempat Em menjawab apa-apa, muka anak buahnya sudah hilang semula dari biliknya. Em bangkit daripada tempat duduknya dan memandang Haris sambil menggaru kepalanya. Serius, untuk beberapa saat itu dia masih blur dan perlukan masa untuk menghadam kata-kata anak buahnya tadi.
“Kau kena pergi meeting dan aku kena sambung kerja. Kau faham?” tatkala Haris memberitahu barulah Em tersedar. Cepat-cepat dia mengambil organizer di atas mejanya dan memaksa Haris membuka semula kot yang dipakainya tadi. Mereka berdua sama-sama keluar daripada bilik Em menuju ke destimasi kerja masing-masing. Langkah diatur menuju ke bilik mesyuarat utama dengan segera.

Manakala di rumah, selesai menidurkan Faiq di ruang tamu, Ann segera ke dapur untk mengeluarkan bahan beku dari dalam peti sejuk. Selepas berbalas Whatsapp dengan suaminya, timbul idea nak buatkan masakan kampung kegemaran suaminya. Sebelum berlalu menuju ke dapur, sempat Ann memesan Sofea yang sedang layan Frozen di TV.

“Kakak Sofea..”

Yes Mommy.” Mata si kecil masih lagi lekat pada TV. Takut tertinggal mana-mana scene sewaktu bercakap dengan Ann. Padahal, dalam sehari lebih dua kali si anak menonton Frozen.

“Mommy have to cook another makanan for Daddy. Can you take care of baby Faiq for a while pleasee?” Gaya Ann cakap “please” di hujung ayat sebijik gaya Sofea mintak tolong. Dengan gigi tersusun dan senyum yang cukup lebar sambil tersengih.

“Okayyyy..” sempat lagi Sofea mengangguk walaupun mata memang sesaat pun tak lari daripada depan TV. Sofea memang boleh diharap untuk menjaga adiknya, walaupun ada juga orang sekeliling yang cakap takut Sofea apa-apakan adiknya sebab cemburu awal lagi dah ada adik. Tapi, berkali-kali dah Ann dan Em perhatikan Sofea dari jauh sewaktu menjaga adiknya, ternyata dia memang menjaga dalam erti kata sebenar. Siap tunduk mencium dan menyanyi untuk Faiq semata-mata nak tunjuk kasih sayang.

Mood memasak memang sentiasa “on” untuk Ann. Jadi, keadaan dapur yang sentiasa penuh dengan pelbagai bahan tidak menyukarkannya untuk membuat apa-apa sahaja masakan di dapur. Selesai menyediakan lauk untuk makan tengah hari, Ann sempat menyediakan pencuci mulut sementara kelibat Em masih belum kelihatan dan Faiq masih lena walaupun Sofea semangat menyanyi “Do you wanna build a snowman?” ditepinya.

Bila jam dah menunjukkan pukul 3 setengah petang, masih belum ada tanda Em pulang padahal perut Ann memang dah lapar. Melihatkan Sofea dah kelaparan, dia terus memberi kedua-dua anaknya makan awal tadi. Cuma dia masih menahan lapar kerana sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama suaminya tadi. Cepat-cepat tangannya menaip mesej kepada Em.

Sayang? Where are you?

5 minit kemudian, masih juga Em belum membalas mesej yang dihantarnya. Langkah diatur menuju ke tingkat atas untuk memandikan Faiq dan Sofea sebelum kedua-duanya tidur di atas katil dia dan Em. Teringatkan dia masih belum menunaikan solar Zohor, cepat-cepat dia mengambil wuduk kerana waktu Zohor bakal berakhir menandakan Asar akan tiba.

Dengan keadaan masih lagi bertelekung, dia mengambil semula iphone di meja tepi katil. Masih lagi taida mesej yang masuk. Ann mencuba nasib lagi menghantar mesej untuk suaminya. Tak cukup dengan mesej yang banyak, Ann cuba untuk menghubungi Em. Tak pernah sekalipun Em buat dia begitu. Nak menelefon pejabat bukan cara Ann. Lagipun bukannya ada hal yang penting yang ingin disampaikan. Cuma ingin bertanya kenapa tak balik lagi. Daripada dicop sebagai isteri yang pathetic, baik Ann hantar mesej dan menghubungi nombor telefon suaminya sendiri.

Keluar sahaja di bilik mesyuarat tadi, Em dan semua pekerja yang terlibat dalam mesyuarat terus ke bilik jamuan. Bila diajak oleh rakan sekerja lain, dia tak menolak untuk makan. Perut yang lapar sedari awal mesyuarat tadi, memang minta diisi. Untung juga perut tak berbunyi. Kalau tak, serius dia malu kalau didengari oleh semua yang mengikuti mesyuarat itu tadi.

Bila masuk ke biliknya, jam telah menunjukkan pukul 6. Kalau dia terus balik, tentu masih lagi sesak jalan menuju ke rumahnya. Em terus duduk bersandar di kerusinya. Penat mental bila ikut mesyuarat sebab apa-apa kesalahan daripada orang bawahan, dia yang kena jawab. Bila satu aduan masuk dan terus disalurkan kepada pihak atasan, dia yang kena uruskan dari A sampai ke Z. Bagi dia, baik orang atasan atau bawahan, pangkat tinggi atau rendah, masing-masing ada tanggungjawab. Tak ada istilah, jadi boss duduk goyang kaki arah orang bawahan buat kerja semata-mata. Dia bukan bekerja makan gaji buta. Selagi ada tugasnya, dia tetap buat walaupun kadang-kadang dia terpaksa dimarahi kerana kesalahan orang bawahannya.

Bila elok bersandar, dia teringatkan 3 orang yang disayanginya di rumah. Cepat-cepat dia mencapai telefonnya di atas meja.

“Oh shit… matilah aku!” terus Em bangkit daripada tempat duduknya dan keluar daripada biliknya untuk pulang kerumah. Melihat 8 miscalleds daripada Ann dan mesej whatsapp yang tak putus-putus masuk menandakan dia memang dalam masalah yang lebih teruk daripada masalah di tempat kerja. Mesej yang masuk dia perhatikan sewaktu di dalam lift. Dan fokus lebih tertuju kepada mesej ke lima dan seterusnya.

I’m hungry by the way.

Are you kidding me? My stomach is going to explode because the drum beats hysterically inside!

EM, for God sake, where the h*** are you?

You must be enjoying your PRECIOUS time with your friends are you?

YOU REALLY WANT ME TO DIE BECAUSE I AM DREADFULLY STARVING.FORGET ABOUT OUT LUNCH DATE!

Em, I’m not kidding or threatening you. Sofea is throwing the tantrums. AGAIN. And, Faiq dari tadi poo poo. I guess I’m tired and I do hope you could sacrifice your little time and hurry up.

Seriously, I don’t know what to do. I think Sofea demam that’s the reason why she throwed the tantrums and she cried like I don’t know how to tell. On the other hand, I’m changing Faiq’s diapers like every single minute. 

I bet you don’t trust me. Hear this.

Telefon diletakkan di telinga untuk mendengar audio message yang dihantar oleh Ann. Untunglah tak ada sesiapa yang sama dengannya dalam lift pada waktu itu. Suara tangisan Sofea dan Faiq bersatu. Dan dia dapat mendengar suara esakan seseorang yang sangat dia kenali. Ann.

Apabila pintu lift terbuka, terus Em berlari menuju ke kawasan letak kereta khas untuknya. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandangnya pelik apabila dia berlari sebegitu. Dalam masa menghidupkan enjin kereta, dia menelefon Ann tetapi Ann tidak mengangkat telefon walaupun dicuba berkali-kali. Mesej dihantar kepada Ann.

Sayang, where are you? Please pick up the phone. I’m teribbly sorry.

Masih juga tiada respon daripada Ann. Masuk sahaja ke jalan utama, jalan raya masih lagi sesak. Memandangkan dia berada di tengah-tengah highway, memang tak mungkin dia dapat buat U-turn dan menggunakan jalan lain untuk cepat sampai. Dengan Ann yang masih tidak menggangkat telefon, makin membuatkan kesabaran Em semakin berkurang. Bukan marahkan si isteri, tetapi dia benar-benar terdesak untuk mengetahui keadaan si isteri dan anak-anak. Perasaan serba salah dan bimbang mula menguasai diri. Dia mula menyalahkan dirinya dan dalam berusaha untuk bersedia menerima sebarang kemungkinan dimarahi Ann, dia akui, dia memang takut.

Sampai sahaja di hadapan rumah, cepat-cepat Em berlari masuk ke dalam rumah. Di tingkat bawah masih gelap dan lampu tidak terpasang. Bila Em naik ke tingkat atas pun, tiada bunyi tangisan atau apa-apa.

“Ann? Honey..” Kemeja yang sudah basah kerana peluh sudah tidak dihiraukan. Satu per satu pintu bilik dan bilik air dibuka tetapi tidak ada kelibat Ann. Bunyi telefon di poket seluarnya membuatkan Em terhenti seketika. Setelah melihat nama yang tertera pada skrin telefonnya, Em terus menjawab panggilan tersebut. Hazwan.

“Helo Wan..” belum sempat dia bertanya apa-apa, Hazwan lebih dahulu menyampuk.

“Em, Hospital Selayang now.” Terasa terhenti seketika dunia Em mendengar apa yang disampaikan oleh Hazwan. Mendengarkan perkataan hospital pun telinga Em sudah dapat mengagak apa yang terjadi. Antara Ann, Sofea dan Faiq, pasti seorang daripada mereka yang dibawa ke sana. Tanpa banyak tanya, Em terus berlari semula ke arah keretanya di garaj. Baju yang sudah basah tidak ditukar kerana kepala sudah memikirkan anak dan isterinya di hospital.

Dalam kurang daripada setengah jam, Em sudah berada di dalam kawasan Hospital Selayang. Hazwan sudah pun menunggu di kawasan lobi hospital dan terus membawa Em ke dalam satu wad khas. Apabila masuk ke dalam bilik yang dibawa oleh Hazwan, bagaikan nak tercabut jantungnya melihat ketiga-tiga orang yang disayanginya terbaring di atas dua katil. Sofea di atas sebuah katil dan sebuah lagi Ann dan Faiq. Mujurlah ada Izah yang menemani isteri dan anak-anaknya pada waktu itu. 

Tanpa mempedulikan Izah dan Hazwan, dia terus menuju ke arah katil isteri dan anaknya. Mulutnya tidak mampu bertanya dengan Izah mahupun Hazwan tentang apa yang telah terjadi. Dalam sekelip mata, dia mengangkat Sofea daripada katilnya dan membawa bersama ke arah katil Ann dan Faiq dan memeluk mereka. Izah yang cuba menghalang tidak dihiraukan.

“Izah, kita keluar kejap.” Bunyi suara Hazwan yang perlahan mampu didengari Em dan dia tahu Izah dan Hazwan sudah bergerak keluar meninggalkan mereka berempat sahaja di dalam bilik itu.

I’m sorry. I really really am sorry sayang.” Serius dia tak tahu apa yang telah terjadi. Dengan Ann yang masih tidur terlantar, Faiq dan Sofea. Mungkin Sofea demam dan Faiq kena tambah air sebab cirit-birit seperti yang telah dikatakan oleh Ann sendiri dalam mesej tadi. Melihatkan keadaan Ann yang pucat makin membuatkan Em rasa bersalah. Bila Ann baru membuka matanya, Em memberi sedikit jarak antara mereka kerana dia masih lagi memeluk Ann.

“Hey..” lemah sahaja suara Ann.

Hey honey. I’m so sorry. I really don’t know what had happened. And the worst thing is, the three loves of my life are all lying in a hospital now. Tanpa saya tahu apa-apa pun. I’m such a terrible husband and Daddy.” Tak ada respon daripada Ann. Mungkin Ann cuba untuk mencerna apa yang telah dikatakan oleh suaminya. Bagai baru teringat akan sesuatu. Lama Ann memandang Em dan akhirnya baru bersuara.

“I’m tired. I wanna sleep. Please?” Dengan air mata yang mengalir Ann memaksa dirinya untuk tidur. Itu Em tahu. Dan Em tak menyalahkan isterinya sekiranya Ann marah atau berbuat apa-apa sebab dia layak dilakukan sebegitu. Sebelum berlalu keluar semula, dahi ketiga-tiga orang yang disayanginya dicium dan selimut diatur dengan kemas.

Em duduk termenung di kerusi bahagian menunggu di hospital. Keadaan agak lengang disebabkan jam sudah menunjukkan jam 9 malam. Mungkin masa melawat telah pun tamat. Mungkin dia tak akan pulang, untuk menjaga Ann dan anak-anak mereka. Langkah mula diatur menuju ke kawasan parking kereta untuk mengambil beg pakaian yang sentiasa ada di keretanya. Mahu membersihkan diri di bilik mandi bilik khas isteri dan anak-anaknya dan menunaikan solat isyak. Dalam perjalanan menuju semula ke wad rawatan, Hazwan memanggil Em.

Hazwan memberitahu bahawa Sofea demam dan Faiq pula menangis mungkin menahan sakit sebab cirit-birit. Kesian Ann. Sampai di hospital, Ann pengsan dan doktor cakap, Ann kena gastrik sebab tak makan. Em sendiri tahu yang Ann memang mempunyai sakit gastrik yang agak teruk apabila masa makan diabaikan. Bila ditanya tentang dirinya, Em cakap dia terlupa nak cakap dengan Ann yang dia ada mesyuarat sebab terlalu tergesa-gesa selepas baru sahaja diberitahu.

Bila Hazwan minta diri untuk pulang, barulah Em ada masa untuk ke wad semula. Selesai mengemaskan diri, dia duduk di tepi Ann yang masih tidur. Melihat Sofea yang baru bangun menangis membuatkan Em mengangkat Sofea dari katilnya. Dengan sebelah tangan mendukung Sofea, sebelah lagi tangannya membuat susu Sofea di meja sebelah katil.

“Daddy, not milk. I want nugget. Hungry..” mendengar Sofea merengek menolak botol susu yang diberi, Em terdiam mendengar permintaan anaknya. Manalah nak dapat nugget tengah malam buta macam itu, padahal mereka berada di hospital. Bila nama Hazwan terpacul di kepalanya, cepat-cepat dia mendail nombor telefon Hazwan. Memang hari itu cukup baginya menyusahkan orang sekeliling padahal dia tak suka, tapi terpaksa demi anaknya. Yang pastinya, Sofea belum makan malam, sama seperti dia. Dan.. Ann yang langsung tidak makan seharian.

“Wan, aku mintak maaf kalau aku susahkan kau. Tapi, Sofea nak makan nugget. I don’t know another place, but McD confirm ada nugget. And I’m sure ada McD 24 hours untuk kau tolong aku belikan. Kau hantar kat lobi and I’ll take it later.”

Diam sebenatar.

“Oh, kalau macam tu, bubur ayam jugak Wan. And double cheese burger untuk aku. No coke but mineral water please.”

“… sorry Wan aku terpaksa mintak tolong kau sangat-sangat sebab parents aku masih lagi tak tahu and I don’t know how to tell them. Okay then, give me a call when you’re here. Thanks again bro! Drive safe!”

Dengan Em, semua jadi mudah bila mnguruskan Sofea. Sebelum menelefon Hazwan sekejap tadi, Sofea sudah dipujuk untuk menunggu sekejap. Si anak yang awalnya menangis ditepuk perlahan sebelum tertidur dalam dukungannya. Bila Em meletakkan Sofea semula di atas katilnya, barulah dia perasan yang Ann entah bila sudah bangun sedang memerhatikan perlakuannya.

“Kenapa nak susahkan Hazwan? Tak cukup dengan susahkan orang nak hantar kami ke hospital tadi, sekarang nak susahkan orang yang baru habis kerja pergi beli makanan pulak?” Okay, bila dengar ayat sarkastik Ann sebegitu, dia tahu Ann tidak berada dalam mood yang baik. Dia mula mendekati Ann di katil sebelah.

Look honey. I’m so sorry. Saya ada urgent meeting and that was 5 minutes before the meeting starts, barulah mereka cakap.” Em mula untuk menerangkan situasi sebenar.

“And it proves that work comes first. Then, your family. I mean, only after you have settle down all your works, then you just realized that we were admitted here?” Baru sahaja mahu mahu memegang tangan Ann, Ann melarikan tangannya daripada Em.

No,I’m not! My family is my priority.” Em cuba untuk menegakkan kebenaran.

“Your action doesn’t shows the words you’ve said, Em.” Suara Ann mula mengendur, seakan mahu menangis. Berjauh hati dan kecewa dengan sikap Em.

“Honey please. Don’t start it again. Takkan nak gaduh kat hospital untuk kali kedua. We can discuss about this later. Our babies might wake up at any minute. And Hazwan will come too.” Em cuba untuk menjernihkan keadaan tetapi tahu sangat dengan perangai Ann, dia tahu itu tak akan membantu.

“Biarlah. Biar semua tahu..” suara Ann naik satu oktaf. Em sudah mula bergerak di bahagian hujung bilik, cuba untuk menenangkan diri dan mengumpul semangat untuk menelan setiap kata-kata daripada Ann. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh Ann, tetapi dia benar-benar lalai apabila lupa untuk memberitahu Ann tentang mesyuaratnya. Dengan keadaan terburu-buru dia ke bilik mesyuarat dan lupa membawa telefonnya.

“I’m sorry..” itu sahaja ayat yang mampu dia sampaikan. Dia sudah mati kata. Satu dia cakap, Ann sedia membalas dengan seribu perkataan. Dia sentiasa kalah bila bertengkar dengan Ann.

Your sorry doesn’t change anything. You can see it now. Tak payah kesian sayalah. Kesian dengan anak-anak awak. Kecik lagi dah kena admitted. Yes, I have to handle them and saya tak complain pun tapi, apa awak buat? At least give me a message and let me know where the hell are you!!” selesai menghabiskan ayat terakhir, bunyi tangisan Faiq kedengaran. Mungkin terganggu kerana bising, mungkin terkejut mendengar suara bising dengan tiba-tiba, atau mungkin sakit yang tidak mampu diucapkan, Em sendiri tidak tahu tapi yang dia tahu, dia berlari mendapatkan Faiq di tepi Ann.

Mungkin, dalam urusan anak-anak barulah dia dan Ann bersatu. Apabila dia cuba untuk menenangkan Faiq yang dipangku oleh Ann, tidak pula Ann melarang. Apabila Faiq menyambung tidurnya semula, dia memegang semula tangan Ann tapi Ann masih lagi megelak.

“Now, tell me what should I do to make you happy?” Em cuba untuk bertoleransi. Lama Ann diam lalu bersuara.

“ Leave us in this room. You can do whatever you want. Either nak sambung dengan kerja awak yang penting itu ataupun keluar dengan kawan-kawan awak like you used to.”

“What? Like I used to? Bila masa saya suka keluar malam dengan kawan-kawan saya Ann? You tell me.” Em rasa yang dia mungkin tidak dapat mengawal kemarahannya terus keluar daripada bilik itu tanpa menunggu jawapan daripada isterinya.

Ann tahu yang dia bukan jenis yang suka merayap pada waktu malam, baik sebelum berkahwin mahupun selepas mereka berkahwin. Dia keluar pun bukan pergi ke mana-mana. Cuma duduk di ruang menunggu sambil menenangkan fikiran dan serabut di kepala. Selepas 5 minit duduk tanpa berbuat apa-apa, dia mula melihat gambar-gambar isteri dan anak-anaknya di telefon. Perasaan serba salah dan kecewa dengan kegagalan dirinya sendiri sudah tidak dapat dikawal. Sungguh, Ann sudah banyak berkorban dalam keluarga mereka.

Bunyi panggilan daripada Hazwan menandakan makanan sudah sampai. Cepat-cepat Em mengatur langkah menuju ke lobi. Apabila menghulurkan duit untuk membayar makanan yang telah dibeli oleh Hazwan, dia menolak. Jawapan Hazwan mudah, itulah gunanya kawan, membantu kawan apabila diperlukan masa susah ataupun senang.

Masuk semula ke dalam bilik, Em jadi lega kerana Sofea masih lagi tidur dan tidak meragam seperti tadi. Perlahan-lahan dia mengeluarkan makanan dan meletakkan bubur ayam di meja tepi katil Ann.

I know you have not take your lunch neither your dinner. And I’m sorry sebab saya tak dapat jugak nak bawak makanan yang awak dah masak tadi. But I can promise you that as soon as we come back home, saya yang akan masakkan kesemua itu kat rumah kita nanti. Just promise me, awak makan lepas ni okay.” Selesai berkata, Em mengelap setitis air matanya yang mengalir. Dia terus berlalu ke meja di katil Sofea dan terus membangunkan Sofea tanpa memandang Ann yang masih lagi tidak bergerak.

“… Sofea darling, here’s Uncle Wan bought you some nuggets. Wake up little girl.” Mudah sahaja Em membangunkan Sofea dan melayan si kecil makan di tepi katil yang duduk di pangkuannya. Selesai membersihkan Sofea, Em mahu berlalu keluar semula dan waktu yang sama Ann baru sahaja membetulkan duduknya untuk makan. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, Ann menegurnya.

“You don’t wanna join me?” Tanya Ann sewaktu Em menoleh.

“I have burger here and I’m pretty sure that you need time to be alone as what you’ve said earlier.”

 Dalam berkata begitu, Em memaksa dirinya untuk senyum.

“Oh.” Ann diam dan sewaktu Em sudah membuka pintu, Ann memanggilnya sekali lagi. Em berhenti tapi tidak menoleh.

“It’s 12 a.m.. Happy anniversary!” ada sedih dan kecewa dalam nada Ann. Em berpaling semula dan menuju ke arah Ann. Ana makan. Tapi pada masa yang sama, Ann menangis. Terus tubuh Ann dipeluk erat.

I don’t know what is going on with me today. I feel completely miserable. I’ve failed in every single things. Start from masalah tempat kerja, sampai ke masalah keluarga. Parenting fail dan jadi suami yang baik pun saya fail. Never once in my life, I forgot important dates but today, dalam keadaan awak dan anak-anak macam ni, saya masih lagi gagal memuaskan hati awak. Tell me how can I help you.”

“Just love me and don’t leave me. Not even now.” Antara dengar dan tak dengar suara Ann sewaktu dia masih dipeluk oleh Em. Sudahnya, malam itu Em tidur di katil Sofea bersama Sofea dan Ann masih lagi bersama Faiq. Bangun sahaja pagi itu, Em tunjuk muka tak bersalah depan nurse yang datang memeriksa isteri dan anaknya bila terkejut melihat pemandangan mereka berempat tidur di atas dua katil yang berbeza lagak seperti tidur di rumah. Bila Izah sendiri yang memeriksa isteri dan anaknya dan cakap mereka boleh dismissed tengah hari itu tanpa segan lagi dia memeluk Ann di hadapan Izah. Bila Izah tunjuk muka, Ann yang tolong selamatkan keadaan.

“You’ve seen more than this so screw the look babe!” dan itu membuatkan Izah menjawab.

“Luckily you’re my friend. Jangan buat aku jealous dalam sesaat dua boleh tak? I’ve seen this for years and I am asking you, tak boring ke?” Belum sempat Ann menjawab soalan untuknya, Em menjawab dengan penuh bangga.

“You are going to see this scene for 55 more years and the years coming after that and I bet you will be thanking me for loving Ann more than you do.” Dan jawapan itu membuatkan Izah buat rolling eyes dengan mereka berdua.

“Kalau kau nak, suruh Wan kahwin dengan kau cepat-cepat!” mendengar Ann berkata sebegitu membuatkan Izah terus keluar daripada bilik itu.

“ Tunggu kau aku kerjakan nanti! Nasib baik laki kau ada Annnn.” Ann dan Em sama-sama ketawa dengan reaksi Izah. Apabila selesai menguruskan pembayaran dan berjumpa dengan doktor, mereka sama-sama sersedia untuk pulang semula ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, Ann sempat memberitahu Em yang majlis reunion untuk sekolah mereka akan diadakan pada minggu hadapan. Bila Ann terfikirkan baju yang akan digunakan untuk reunion, cepat-cepat dia minta Em bawakan mereka untuk membeli baju baru anak-anak mereka. Padahal, sebenarnya dia hendak mencari outfit yang sesuai untuknya dalam majlis reunion yang bertemakan “Chillax yet Outstanding” nanti. Namun apabila sedar yang jalan yang digunakan oleh Em adalah jalan menuju ke rumah mereka, Ann berpaling dan ingin memberitahu Em sesuatu.

“Yes, I know, jalan ini adalah jalan ke rumah kita. We are not going for shopping today, honey. I have something for you and I’m 200% sure that you gonna love it.” Em menjawab sambil memerhatikan Sofea yang sedar tidur di babysit di bahagian tempat duduk belakang. Melihatkan keadaan Sofea yang masih belum pulih sepenuhnya, takkan dia nak usung Sofea di serata shopping complex. Mungkin Ann terlupa yang dia sendiri pun masih belum sihat.

“I’m not happy for that.” Ann menjawab dan memandang ke luar tingkap.

“Well, for your information, the kids are not fully recovered and you too. So, shopping might be on this weekend. That’s my promise.” Kata Em apabila mereka sampai di hadapan rumah mereka. Dari dalam kereta, Ann dah Nampak nanny Sofea dan Faiq sudah berdiri di luar rumah. Dan ada kereta Hazwan juga. Pelik.

Bila tersedar dia masih lagi duduk di bahagian sebelah pemandu sambil memangku Faiq tanpa Sofea dan Em di dalam kereta, Ann keluar daripada kereta walaupun dia pasti, Em pasti meminta dia menunggu sebentar sementara menghantar Sofea masuk ke rumah. Bila ternampak kelibat Izah yang hendak masuk ke dalam tanpa memandangnya, Ann jadi makin pelik dan tanpa berfikir panjang lagi, dia memanggil Izah.

“Makcik! Bila masa kau sampai? Bukan kau kerja kat hospital ke tadi? I mean just an hour ago. Buat apa kat sini?” Izah tersengih apabila terpaksa berpaling menghadap Ann dan membantu Ann membawa Faiq daripada dukungannya. Tangan Ann ditarik menuju ke pintu utama rumah tanpa menjawab satu pun daripada soalan daripada Ann kepadanya.

WOW!” saat masuk ke dalam rumahnya, Ann boleh melihat banyak gambar bergantungan di atas tali di hadapannya. Gambar kecil yang saiznya seperti gambar yang diambil daripada instant camera. Kebanyakan gambar dia dan Em sedari mereka mula kenal dulu sehingga gambar terbaru mereka dilekat. Di satu sudut, dia lihat banyak gambar yang dilekat di atas satu papan seperti kolaj yang berbentuk “LOVE”. Dia lihat Sofea sudah bangun dan dibawa oleh Hazwan memerhati setiap gambar di kolaj tersebut.

That’s mommy and daddy. This is me, Uncle. This is baby.” Satu per satu gambar di dinding ditunjuk oleh Sofea kepada Hazwan.

“Wan, lepas ni kalau aku bawak Ann masuk, kau tolong aku bawak cake ni. Aku dah nyalakan.” Em yang entah bila muncul dari dapur membawa kek masih tidak sedar yang Ann sudah pun berdiri di hadapan pintu. Apabila mendengar suara Faiq yang tiba-tiba menangis barulah dia memandang ke arah pintu.

“…Goodness! IZAH! You spoiled my surprise aren’t you?” Antara terkejut, kecewa dan tersengih bersatu pada riak Em membuatkan Ann dan Izah ketawa.

“Still a good one. Saya dah awal terkejut bila bukak pintu tadi. The difference is, awak tak ada.” Kata Ann apabila Em berjalan ke arahnya. Kek masih lagi ditangannya.

Well, men always bad in making a surprise. Selalu spoil!” Em membawa kek dekat ke arah isterinya. Sebelum Ann dan Em sama-sama meniup lilin di atas kek tersebut, Ann sempat lagi bertanya.

“Ni kek yang saya buat semalam kan?” dan jawapan tak boleh blah dari Em membuatkan mereka semua ketawa. Dia kata taknak membazir dan dia cakap, dia tetap akan tunaikan janjinya untuk membuat kek, tapi bukan untuk hari ulangtahun mereka.

Dalam mereka berempat sama-sama meraikan ulangtahun perkahwinan Em dan Ann, Sofea dan Faiq sudah tidur semula dan dijaga untuk sementara waktu oleh nanny mereka. Sebenarnya, Em sendiri yang sengaja mencari nanny bagi membantu Ann menguruskan rumah. Tapi kebanyakan masanya, nanny itu hanya datang apabila diperlukan sahaja kerana rumahnya tidak jauh daripada rumah mereka.

Bila selesai makan dan meraikan ulangtahun mereka bersama Izah dan Hazwan sebagai tanda terima kasih kerana banyak membantu mereka, Em mengajak Hazwan duduk di gazebo sementara Izah dan Ann mengemas di bahagian dalam.

“Wan, aku lupa nak Tanya kau semalam. Macam mana kau dengan Izah boleh bantu Ann semalam?” Em memulakan perbualan mereka.

Well, aku ingat kau fikir Ann drive bawak anak-anak kau terus ke hospital sebab kau tak Tanya aku masa sampai semalam. It just happened that aku dengan Izah datang ke sini. Ingat nak lepak lah tapi sampai-sampai aku tengok Ann bukak pintu dengan muka pucat dia menangis. Bila Izah Tanya dia cakap dia carik kau sebab tak tahu nak handle 2 orang budak kecik yang cranky yang tak sihat.” Panjang lebar Hazwan menerangkan kepada kepada Em yang turut sama sedang memerhatikan kereta mereka di garaj.

“Memang niat aku nak Tanya kau tapi dah nama panic, mana aku nak ulang tayang balik soalan aku dengan kau. Pulak, bila aku masuk dalam wad Nampak 3 orang sekaligus terbaring atas katil. Kalau aku lemah, mahu nak pengsan tengok anak bini aku sekali terlantar. Thanks bro. Kalau kau dengan Izah tak datang semalam, aku tak tahu lah apa yang jadi dengan mereka. Kiranya aku terhutang nyawa jugak dengan kau.” Ikhlas Em berkata walaupun jauh dalam hatinya dia masih lagi rasa bersalah dengan kecewa dengan sikap dia yang lalai semalam.

“I don’t accept any thank you form you two! Nama dah doctor, itu yang patut aku buat. Kalau bukan doctor sekalipun aku tolong sebab family kau dah macam family aku! Cuma belum lengkap sebab ada orang masih lagi main Tarik tali.” Di hujung kata-kata Hazwan, Em mendengar keluhan daripadanya. Serius, walaupun dah ada 2 orang anak, Em tak pandai nak bagi nasihat. Yang dia mampu adalah mendengar masalah Hazwan dan memberi kata semangat apa yang termampu berdasarkan pengalaman sendiri.

“Tu kereta baru tu sapa punya? Kau atau Izah?” Tanya Em sengaja mahu menukar mood mereka. Taknaklah tengok Hazwan bersedih. Bukan dia tak mahu membantu Hazwan tapi, dia tahu Hazwan sendiri mahu mengelak daripada berfikir masalah hubungan dia dengan Izah. Baginya, hubungan mereka tak akan selesai selagi Izah tak berkata “ya” untuk dia melangkah ke alam keluarga. 

“Buat masa sekarang, dialah bini aku! Kalau Izah cakap ‘ya’ nanti barulah aku turun pangkat bini tu kepada bini nombor dua!” mereka bersama-sama berjalan ke arah kereta Honda Civic Hybrid hitam baru Hazwan.


THIS CAR IS INSANELY SEXY AND I HAVE TO ARGUE THAT EM IS WRONG. KBAI
“Nampak sangat kereta kau dipakai oleh golongan doktor macam kau Wan!” Em berjalan di sekeliling kereta Hazwan sambil menepuk bahagia atap keretanya dan statement berani mati daripada Em membuatkan dia mengangkat semula mukanya yang khusyuk meneliti enjin depan kereta.

“What the fish! That’s rude man! This car is smart okay.” Hazwan cuba untuk mempertahankan haknya.
“Smart is suitable to explain who you really are. Kalau ikut pengalaman akulah kan, aku tahu ni bunyi absurd and stereotype, masa kat U dulu, lelaki medic ni a bit geek!” slumber Em menambah lagi statement berani mati kepada Hazwan.

“Hoi, kurang ajar kau cakap kereta yang Izah pilih macam tu!” belum sempat Em mengelak, bahunya ditepuk kuat.

“Well, I’m not saying this car, but you. Nampaknya Izah punya taste kau guna eh. No wonderlah mempertahankan sehabis baik. Chill lah! Aku gurau. So bila nak modified?”

“Susahlah bro! Izah tak suruh aku modified sebab dia cakap dia tak suka.” Hazwan menambah.

“Again. You are using Izah’s taste again. Samalah dengan aku. Tu Ninja King, macam mana aku beli mula dulu, macam tulah yang kau tengok sekarang. Dulu masa aku modified Mitsubishi, dia marah gila sampai tahap taknak naik kereta. Reason dia punyalah tak masuk otak, annoying dengan bunyi enjin.” Em dan Hazwan menghabiskan banyak masa di halaman rumah dan di garaj bercerita tentang dunia mereka. Bila cakap tentang kereta, sekali-sekala mereka mengaitkan dengan orang yang mereka sayang. 


INI KERETA ITU ABANG FAHMI SUKA BUKAN SAYA, AND I HAVE TO AGREE THAT HONDA HAZWAN PUNYA LAGI CLASSY. AND THAT PROVES I'M A NERD AND GEEK SO SCREW THE LOOK PEOPLE. This car is not really my type. Sorry F. :p
An I have to agree at this Evo 10 of Mitsubishi. One word: HOT! (Bayangkanlah a hot daddy with two kids drives this car. Serius, I might have pengsan. F, take note! )

Bila cakap pasal Fifa World Cup, sama-sama cakap dah beli jersi team bola sepak yang mereka minat. Pun, mereka sudah belikan untuk orang yang mereka sayang. Bila Em cakap sokong Germany, dia siap order jersi original untuk Ann, Sofea dan Faiq sekali. Seperti biasa, bila Hazwan cakap nak sokong Itali, dia pun dah siap beli jersi dengan Izah sekali.

Bila hari dah beransur petang barulah Hazwan dan Izah meminta diri untuk pulang sebab Izah semalaman on-call dan mungkin kepenatan selepas bersama-sama mengemas dengan Ann sebentar tadi. Malam itu, awal lagi mereka sudah masuk ke dalam bilik untuk berehat. Sofea dan Faiq sudah lena selepas aktif bermain di bilik khas mereka tadi.

“Sayang, I have something for you.” Kata Em lalu bangkit menuju ke bilik kerjanya mengambil sesuatu.

“Hah? Ada surprise lagi? WOW!” kata Ann yang sudah duduk di birai katil. Bila Em masuk membawa sampul surat putih, Ann makin tertanya-tanya.

“I bet it is.” Kata Em lalu menyerahkan sampul tersebut kepada Ann. Bila Ann membuka sampul tersebut dan membaca setiap patah perkataan yang terdapat di atas kertas tersebut, dalam sekelip mata sahaja dia sudah berada di dalam pelukan Em.

“Ya Allah! This is the real surprise! Kenapa sweet sangat harini. With those photos of us since 5 years ago until now and now about this huge huge present of our anniversary. Thank you sayang. Masya Allah, I’m really excited! Malu pun ada, sebab I don’t have anything for you.” Ann mengemaskan lagi pelukannya.
“Saya rasa apa yang saya bagi ni tak seberapa dengan pengorbanan awak selama ini dan selepas insiden semalam, saya rasa saya memang patut bagi awak lebih daripada ini. No need to say thank you darling. I am the one who supposed to say millions thank you to you.” Em mencium kepala Ann dan menghidu bau rambut Ann yang sama seperti kali pertama dia mencium Ann beberapa tahun dahulu.

“…so, are you ready for this?” pertanyaan Em membuatkan Ann mengangguk kepalanya dengan laju. Sampul dilepaskan daripada pegangannya dan dia menguatkan pelukan dengan Em dan tidak putus-putus menunjukkan kegembiraannya kepada Em.
kepada Em.





So, macam mana? Okay atau tidak? Sudi-sudilah komen dibawah. :) Till then, hugs and I miss you. ALL of you walaupun kita mungkin tak kenal. Hehehehehhe. It's holidays and take care! And not to forget Happy Father's Day to my incredible dad, Dato' Kamarudin bin Ibrahim and my strong Ayah, Dato' Derhan. Jangan tanya kenapa letak Dato'! Sebab I think thats cute to call your handsome dad with things like Dato' walaupun cokcek. Hahahahahahahahahahahaha.

And Abah and all fathers in the world. No matter what, you are still your daughter Hero even if she marries a man in the future. They still bring your name. Well, kita bukan omputeh nak tukar surname bila dah kahwin. Tapi biarpun bertukar, tetap anak bapak anak ayah! Tak caya, jemput tanya these two handsomes, confirm lah cakap "Anak Bapak" "Anak Ayah". Jemput jealous and about Part 11, mari doakan saya rajin untuk menulis okay? 

5 comments:

Unknown said...

wah!!! daebak kereta tu!!! ada try hantar kat mana2 publisher ker? jemput baca karya saya juga.. :)

http://karyabaldu.blogspot.com

Fateen Kamarudin said...

Hi awak.
Nice knowing you to read my piece. Saya belum cuba hantar lagi. Saya menulis ikut suka. In sha Allah kalau ada rezeki and peluang, one day saya akan hantar. Definitely will read your stories too. :)

Fateen Kamarudin said...

Hi awak.
Nice knowing you to read my piece. Saya belum cuba hantar lagi. Saya menulis ikut suka. In sha Allah kalau ada rezeki and peluang, one day saya akan hantar. Definitely will read your stories too. :)

Anonymous said...

Salam. kak habsah disini. lame x dgr berita anak2 kak habsah ni sofea. hehe akak terpikat dgn cara Em melayani anak2 dan bini yg tercinta.

Fateen Kamarudin said...

Wasalam kak habsah :))

Lama kan tak dengar khabar Sofea dan Faiq? Tapi saya memang sure mereka memang sihat sejahtera kak. Hehehehe.