Saturday, January 4, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 3)

Assalamualaikum and Hi!

Yea, I know semakin hari semakin giat berblog Cikgu ni! Hahaha. Bukan apa, kuliah baru start plus hujung minggu makhluk tidak ada di campus, so line internet pun agak laju. Tapi saya ni, subscribe sendiri atas ihsan belas kasihan bantuan mangsa kering oleh ehem ehem. Thanks F. Jadi, sebagai seorang yang komited dengan blog dia, saya melepaklah dengan blog. lol

Tapi sebenarnya, saya tengah mengajar si adik yang jauh nun di rumah dalam mesej. Hahahah. Weirdo! 

Anyway, I heard, ada yang print cerpen dan novel saya. Is it true? Actually, you are welcomed to do so. Tapi, saya mohon perhatian anda supaya memberitahu saya terlebih dahulu. Tak, jangan salah anggap bahawa saya lokek untuk sharing, at least bagitahu saya. Kalau dah tahu saya on sahaja. Saya sayang lagilah ada, sebab awak sokong saya. Tapi, err.. acknowledge the author please. Hehehehe. Sebab, nanti ada pulak orang mendakwa saya mengopi paste karya mereka padahal saya lah orang asal menulis ini. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda yang tidak putus-putus sehingga ke saat ini. Hahahahahaha. Skema woh!!!!! Macam YB menang pilihanraya cakap macam ni. Saya bukan parti berhaluan kiri mahupun berhaluan kanan, saya kiri kanan kiri! :p

Kau dah kenapa Fatin?

Eh tapi saya memang maksudkan apa yang saya kata kat atas tau. Jadi, silalah baca part ketiga seperti biasa, sila bagi feedback anda. Enjoy reading alright? xx




“Please…” Pujuk Ann lagi. Ini yang dia susah nak tackle Em bila Em dah duduk menghadap games tengah malam-malam macam ini. Nak buat muka kesian pun susah sebab mata memang 100 peratus terarah pada skrin besar di hadapan mereka berdua. Sudahnya, dia menarik-narik lengan si suami sehingga Em terpaksa meletakkan joystick di atas meja tepi sofa.

Sofea petang tadi dah kena culik atuk dan neneknya ke rumah mereka. Nenek Sofea cakap rindu sebab Sofea selalu singgah rumah nenek sekejap dan sekarang Sofea nak terbang ke Sarawak jumpa Babatok dengan Mamatok. Kenalah culik sekejap cucu kesayangan untuk melepaskan rindu.

Ann memanglah berat hati nak berjauhan dengan Sofea walaupun hanya semalam dan rumah papa dan mama tidak jauh daripada rumah mereka, tapi Em pula iyakan sahaja kerana sekali-sekala dia ingin berdua bersama isteri di rumah tanpa ada “gangguan” daripada si kecil. Sebenarnya lebih kepada ingin mengajak si isteri untuk ingat balik kenangan mereka semasa masih hidup berdua beberapa tahun dahulu.

“Sayang, give me some more times please. Lama tak main games dah ni. Bagilah saya main kejap. Lepas ni kita tengok gambar okay?” Em sendiri hairan dengan perangai pelik si isteri yang tiba-tiba ajak dia belek gambar lama mereka bersama-sama di bilik. Out of the blue betul. Memanglah bagi peluang kat Sofea suruh tidur rumah Mama dan Papa sebab nak ajak Ann ingat balik kenangan lepas, tapi taklah sampai nak belek-belek gambar. Maksud dia lebih kepada dia main games dan Ann akan teman dia. Lepastu, mereka sama-sama main gitar dan piano. That’s it!

Ann dah tarik muka depan Em. Serius dia nak ajak Em sama-sama tengok gambar lama mereka. Dia dah adjust feeling KLMJ (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) awal-awal lagi tadi bila suami benarkan Sofea tidur di rumah mertuanya.

“Baik tak payah suruh Sofea tidur rumah Mama Papa kalau tahu macam ni tadi. Ada orang chapatti janji dia. Cakap nak KLMJ tapi tengoklah sekarang KLMJ dengan games dia.” Ann terus berlalu dan duduk di depan piano yang sedia ada di bilik khas mereka. Lama dia tak mainkan all time favourite song dia dengan piano itu.

Em hanya mampu menggeleng dan cuba untuk menyembunyikan senyumnya.

..give me some more times, Sayang! I’m sorry honey. Remember, we have the whole night to spend together.

Lama Ann duduk di depan piano dengan tangan naik menekan-nekan piano. Bukan ikut rhythm pun. Main tekan sebarang, saja nak bagi orang yang tengah main games rasa rimas. Malangnya, Encik Suami dah in dengan games dia. Memang betullah melepas gian!

Rugi rasanya nak merajuk dengan suami. Pulak dah tak kena layan. Ann pun mula nak melepas rindu bermain lagu yang digemarinya. Mungkin suaminya hanya ingin melepas rindu untuk membuat aktiviti bujangnya dulu. Asal jangan main futsal tengah malam dan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah sudahlah! Tapi.. dia tahu, Em tidak akan tinggalkannya seorang diri di rumah, apatah lagi sekarang ini dia ada title “A pregnant mom”, lagilah Em takkan tinggalkan. Baik layan minat masing-masing dulu sebab malam masih muda. Malas nak buat drama malam-malam ni, Ann terus menekan piano dan memainkan lagu yang pernah Em nyanyikan kepadanya suatu masa dahulu. Dia hanya mampu ketawa sebab orang jiwa keras nyanyi lagu slow semata-mata nak pujuk isteri tengah merajuk.


“I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you,
I will never find another lover more precious than you,
More precious than you,
Close to me you’re like my mother,
Close to me you’re like my sister,
Close to me you’re like my brother
You are the only one my everything and for you this song I sing..
And all my life, I’ve prayed for someone like you,
And thank God that I, that I finally find you,
All my life, I’ve prayed for someone like you,
Yes I pray that you do love me too.”

Selesai dia menyanyi, dia lihat Em sudah berdiri menghadapnya. Siap tepuk tangan lagi.

“Ewwww.. ingat tengok Elton John ke nak tepuk-tepuk tangan.” Ann bukannya nak cakap terima kasih dah suami rela berhenti main games sebab terkejut isteri betul-betul buat dia feeling KLMJ bila mainkan lagu mereka, siap bagi komen lagi dengan tepukan. Apahal?

Em tunjuk muka pelik bila mendengar Ann tegur dia kerana bertepuk tangan. Cukup pelik! Tapi dia tahu, Ann sebenarnya memberontak. Timbul idea nak pujuk isteri yang sedang merajuk di kepalanya. Dari berdiri menghadap Ann, dia terus menarik Ann dari kerusi dan dia pula mengambil tempat duduk isterinya tadi.

“What are you…” belum sempat Ann berkata apa-apa, Em menyambung.

“No, sweetheart. You sit on may lap as usual.” Lengan Ann ditarik dan Ann pula hanya menurut arahan suaminya. Kali ini Ann pula yang hairan melihat si suami yang tiba-tiba duduk di hadapan piano. Padahal tak pandai main piano. Yang dia hadap selalunya gitar dan drum. Bilik khas ini memang agak luas dan oleh sebab itulah home theatre, game player, jamming set dan piano pun muat kalau disumbat di tempat yang sama.

“..okay, can you do me a favour please?” Em menyambung kata sebaik sahaja Ann duduk. Ann mengangkat muka.

“What is it?”

“Mainkan lagu Eveyday I Love You please.”

“I play and you sing?” Tanya Ann lagi.

“Yup..” Em kenyit mata. Seperti selalu. Ann mula menekan-nekan piano dan Em pula menyanyi.




Selesai mereka lepak dalam bilik khas di rumah, Em tetap menurut kata si isteri yang meminta untuk bersama-sama melihat gambar lama mereka. Banyak benda yang telah berubah. Daripada kawan yang langsung tak kenal dari mana asal usul sehingga kepada siapa mereka pada saat itu.

Selebihnya, masa dihabiskan di dalam bilik menolong Ann mengemas walk-in wardrobe mereka yang lama tak disusun dengan kemas. Kalau tak Sofea, Em lah orang yang menyelerakkan pakaian dan eksesori dalam walk-in wardrobe mereka. Like father like daughter. Lepas selerakkan, mana reti nak tolong kemas atau susun balik. Sofea masih boleh dimaafkan, kalau Em yang dah besar panjang pun kena pesan selalu jangan selerakkan barang. Em buat tak faham sebab dia tahu masa mengemas nanti pasti dia sekali yang isterinya ajak.

Part cleaning and rearranging walk-in wardrobe mereka memang bukan dalam list KLMJ tapi lebih kepada waktu yang sesuai untuk mengemas sebab Sofea tak ada untuk menyelongkar balik semua barang yang dah disusun.

Bahana tidur lepas Subuh tadi, kedua-dua mereka terlajak tidur. Sewaktu Em bangun, Ann masih lena di depan mata yang memeluk pinggangnya. Muka memang nampak penat. Buat kerja sampai sedar-sedar dah Subuh. Ditambah pula dengan keadaan dia sekarang, sangatlah patut dia nampak penat.

Telefon di meja sebelah katil diambil untuk menghantar mesej kepada mamanya.

Salam Ma, petang nanti Em dengan Ann ambik Sofea kat rumah. Miss her!

“What time is it Honey?” suara bangun tidur Ann di sebelah bertanya membuatkan Em berbaring menghadap isterinya. Jam memang dah pukul 12 tengah hari tapi dia nak tipu si isteri kerana mesti isterinya masih mengantuk dan penat lagi.

“It is still 10 a.m sweetheart. Sambung balik tidur alright? Nanti saya kejutkan.” Dia memeluk isterinya yang masih lagi berbungkus comforter di sebelah. Ni kalau selak curtain, confirm tahu Ann yang waktu sekarang memang bukan pukul 10 pagi. Em sudah bersedia dimarahi Ann sekiranya tahu yang dia memang akan bangun lambat nanti.

…Sorry again sweetheart. Kena tipu. You need a good sleep and rest after all!

Perlahan-lahan Em berjalan menuju ke ­walk-in wardrobe dan bagasi diambil sebelum dibawa ke bilik tidur mereka. Dia nak packing barang untuk terbang ke Sarawak awal pagi esok. Bab packing memang Ann langsung tak reti dari zaman dahulu lagi. Masa hidup bujang, balik asrama, Abah dan Umi yang tolong packing barang Ann. Sekarang, dah hidup bersama Em, Em pula yang mengambil alih tugas Abah dan Umi. Tapi kali ini, packing baju-baju mereka bertiga sekaligus! Half an hour before my beauty mengamuk sebab bangun lambat, baik kena packing barang dulu, kata Em dalam hati.

Tekaan Em memang tidak pernah tersalah, Ann bangun sewaktu azan Zohor. Habis Em kena basuh sebab tak kejutkan Ann awal-awal. Tapi Em tetap tadah telinga buat-buat pekak sebab dia memang sengaja mahu si isteri berehat puas. Esok nak jalan jauh, kena dengan jetlagged dan silap hari bulan flight pun boleh delay. Jadi, tak salah kalau Ann nak rehat sebab nanti sah-sah kena tolong orang masa kenduri. Typical lah Ann, tak tahu duduk diam.

Malam itu selepas makan di rumah mama dan papa, Em meminta diri lebih awal daripada selalu kerana dia mahu memastikan dua orang buah hatinya itu berehat kerana esok selepas Subuh mereka akan terus ke LCCT. Di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah mereka, sempat lagi dia mengingatkan Ann untuk tidak terlalu aktif dan melakukan kerja berat di rumah Maksu nanti.

Ann hanya mampu berdiam diri walaupun dalam hati sebenarnya annoying orange bila mendengar suami bagi pesanan berjela-jela waktu mata dia yang sememangnya menunggu masa nak landing atas katil dan tidur lena sebelum bangun awal pagi esok.

Pagi itu, flight terawal untuk ke Sarawak terpaksa ditangguhkan jadual penerbangannya apabila terdapat masalah teknikal. Lagi sekali, Ann tunjuk muka annoying orange apabila mendengar pengumuman tentang penangguhan penerbangan mereka. Semangat sangat pagi itu, pukul 430 pagi dia bangun dan membuat sarapan ringan untuk suami dan anaknya, dah elok-elok sampai awal dekat airport, dah kena delay flight. Pulak, sejam lambat lagi! Nak buat apa? Tolong orang bukak kedai kat airport!

Yang kesiannya, Sofea lah. Awal pagi dah meragam bila tidurnya diganggu. Nasib baik, stroller sengaja tidak dimasukkan di dalam kabin awal-awal masa check-in tadi. Em juga yang menjadi mangsa tidurkan Sofea di dalam stroller di tempat yang agak sunyi supaya si kecil tidak terganggu dengan suasana bising orang yang banyak ragam. Sempat lagi, Ann mengambil gambar Em yang sedang menidurkan Sofea dan dihantar kepada Mama.

Salam and pagi Mama, tengok anak mama jadi ayah mithali sedang tidurkan anak dia. Flight delay, sebab tu masih lepak kat airport lagi ni Ma. Nanti dah landing, will text you Ma. We miss you! *Peluk cium*

“Sayang, keep an eye on our baby first. I want to go to the toilet. After that, I wanna find some chocolates and Gardenia untuk Sofea and you.” Em meminta Ann untuk mengambil alih tugas dia sebentar sementara dia ingin ke tandas dan memborong apa-apa makanan ringan untuk mereka nanti.

“Alright then. Buy me a cup of hot cappuccino please honey. Coffee Bean punya to be exact.” Seperti biasa, coffee and the family will always be the best choice. Lagipun, Ann mahu menghilangkan rasa mengantuk sebelum masuk ke dalam kapal terbang nanti.

“Anything you want Love!” Em terus berlalu pergi dan hanya Ann dan Sofea sahaja yang berada di kawasan tempat duduk di situ. Lama Ann melihat Sofea yang nyenyak tidur di dalam stroller. Tadi, kena kejut untuk mandi awal-awal, si kecil menangis sebab masih lagi bermimpi di atas katil dah kena gomol dia dan Em. Memang susahlah kalau kedua-dua Mommy Daddy Sofea jenis yang child advocate. Sudah itu sahaja cara yang mereka ada untuk menggangu lena si kecil.

Baru sahaja Ann mahu membaca majalah CLEO yang baru diambil daripada Victoria Secret Tote Bag nya, ada suara yang menegur Ann dari belakang. Earphone ipod yang baru dipasang di balik tudungnya cepat-cepat dibuka semula.

“You must be Em’s wife right?” perempuan yang lebih kurang sebaya dengannya datang menegur bersama-sama seorang lagi perempuan yang pada tekaan Ann dalam lingkungan umur Umi dan Mama.

“Ye saya. Saya kenal awak ke?” Ann tunjuk muka blur. Namun dia bangkit juga dari duduk dan bersalam kepada dua orang perempuan yang kini sudah duduk berdepan dengannya. Setelah perempuan itu memperkenalkan diri barulah dia tahu, perempuan itu merupakan bekas rakan kelas Em sewaktu di sekolah menengah. Dah orang ramah dengan kita, kita pun ramah balik lah dengan orang itu, kata Ann dalam hati.

“Anak you?” Tanya perempuan yang dikenali sebagai Lisa itu. Ann hanya mengangguk sahaja. Melihat cara emak Lisa yang memandangnya dangan pandangan yang jengkel, Ann mula rasa kurang senang. Dalam hatinya berdoa semoga suaminya tidak terlalu lama dan akan bersama dengannya untuk duduk di situ. Something is not right over here, Hubby!

“Patutlah kahwin awal. Rupanya ada isi awal-awal. Budak zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat pun kalau kahwin awal. Tengok luaran memang lah bertudung, tutup sana tutup sini tapi sebenarnya dialah yang lebih lagi dari orang biasa.” Haa, kan betul tekaan Ann. That something which is not right is really really happening now!

Emak Lisa mula membuat andaian dia sendiri apabila mengetahui bahawa Ann lebih muda daripada Lisa sudah berkahwin dan ditambah pula sudah mempunyai anak sebesar Sofea. Lisa hanya mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan oleh emaknya. Sempat lagi bagitahu informasi tambahan, yang sebenarnya Sofea anak sulung ganti sebab Ann pernah keguguran masa kandungan pertama dahulu. Out of nowhere, mana dia tahu pulak bahagian Ann pernah keguguran.

Siapa pulak yang jadi Mamarazzi nak intip kehidupan dia dan Em. Mulalah orang nak buat drama dekat airport awal-awal pagi macam itu, sudahlah Ann bukannya drama queen! Nak marah-marah melenting di khalayak ramai dan tarik-tarik rambut si Lisa bukanlah cara dia walaupun memang rasa nak bagi sikit dengan Lisa dengan emaknya.

“Entah-entah kan Lisa, bukan keguguran masa anak pertama dulu. Mereka sengaja gugurkan. Yalahkan, dah beranak masa baru berapa bulan kahwin memang tak logik. Nak tutup aib punya pasal, bayi yang tak bersalah digugurkan.”

Oh Gosh.. kipas! Kipas memang sangat diperlukan walaupun sudah ada penghawa dingin dan cuaca masih lagi sejuk pagi itu. Berpeluh-peluh muka Ann mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Lisa dan emaknya. Apakah motip mereka menegur Ann awal-awal tadi dan duduk di depannya padahal banyak lagi tempat duduk yang disediakan di dalam lapangan terbang itu. Kalau apa yang mereka katakana itu benar, Ann masih lagi boleh terima. Semua yang dikatakan kontra daripada reality hidup dia dan Em.

“Lisa dengar kan mak, masa mereka kahwin dulu pun simple. Lepas tu masih belajar lagi. Sekarang hidup senang, memang lah dapat apa yang dia ada dan pakai sekarang. Hidup pun macam orang high standard! Walhal, sendiri duduk rumah goyang kaki, laki carik duit. Nampak sangat nak merasa diri standard tapi atas usaha orang lain.” Lisa masih lagi mahu menambah perencah dalam cerita rekaan dia dengan emaknya di hadapan Ann. Dan.. Ann, hanya diam. Diam bukan bermakna kalah. Pesanan suaminya sentiasa dia ingat.

Marah itu mudah tapi sabar itu indah, sayangg. Jangan biarkan perasaan marah menguasai diri kita sedangkan sabar itu adalah sebaik-baik perkara yang kita lakukan.

Satu per satu benda yang tidak benar didengarinya memakan hatinya sendiri. Kalaulah dia Ann yang lima tahun lepas, memang Lisa sudah makan penampar sulungnya. Dan emak Lisa memang sudah mencapai tahap di mana dia sudah hilang rasa hormat kepada orang tua yang sebaya dengan Umi dan Mama.

Manusia sekarang memang suka menilai dan menghakimi kehidupan orang seolah-olah mereka yang bersama-sama orang itu daripada mula hidup mereka. Menilai tanpa usul periksa dan tidak mengetahui kebenarannya memang akan membawa kepada fitnah. Yang tidak pernah wujud, diwujudkan untuk menjadikan cerita itu lebih menarik untuk didengari oleh orang lain.

Dear hubby, I guess I can’t hold this feeling anymore. Acting cool when deep inside you’re actually hurt. I just can’t.

Dia tidak kuat untuk mendengar semua fitnah itu, apatah lagi membalas dengan kata-kata kotor untuk memuaskan hatinya. Dia mampu bertahan dan bersabar tapi dia tetap Ann yang sensitif, Ann yang cengeng walaupun luarannya selalu dilihat sebagai seorang yang sentiasa gembira.

Saat air matanya mula mengalir, Em datang menghampiri tanpa disedari oleh Lisa dan emaknya. Em sendiri yang mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Lisa dan emaknya. Sewaktu keluar daripada tandas untuk ke Coffee Bean tadi, dia melihat Lisa dan emaknya baru menegur isterinya. Dia yang sememangnya sudah tahu dengan perangai Lisa sejak daripada sekolah lagi, terus berasa tidak senang dengan kehadiran Lisa yang pastinya mahu mengapikan hubungan dia dan isterinya.

“Oh hi Lisa and Aunty! Let me make a crystal clear statement to both of you on behalf of my pretty wife. Just so you know, kami kahwin bukan sebab terlanjur atau kena paksa JAIS sebab kena tangkap basah semua. It is love that brings us up to this marriage. Bercakap tentang keguguran, you have no idea on how bad was it sebab as young mother, masih belajar dan buat macam-macam aktiviti yang buatkan isteri saya keguguran. Maaf Aunty, saya tak suka berkasar dengan orang tua sebab saya sendiri akan rasa sakit bila saya rasakan seolah-olah saya biadap kepada ibu bapa saya sendiri.” Em melihat tepat ke arah muka Emak Lisa yang menujukkan muka jengkelnya dengan kehadiran Em yang kononnya menjadi penyelamat kepada Ann.

 “…Masa kandugan pertama dulu kami sama-sama tidak tahu yang isteri saya mengandung. Masa masih awal semester dekat U, isteri saya melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan disebabkan dia melalakukan aktiviti lasak, dia baru sedar yang sebenarnya dia keguguran Aunty. Dan Aunty sendiri merupakan seorang ibu, ibu kepada Lisa. Perasaan ibu bapa mana yang sanggup atau sengaja menyakitkan dirinya atau kandungannya sekiranya dia tahu yang dia sedang mengandung Aunty?”

Ann suda mula menangis. Dia sensitif apabila cerita tentang keguguran anak pertamanya diungkit semula. Dia akan mula menyalahkan dirinya kembali atas apa yang telah berlaku.  Kalau dia tahu waktu itu dia sedang mengandung, sudah pasti dia tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti seperti itu di universiti.

“Menyentuh pulak pasal perkahwinan saya dengan isteri saya pun Aunty dan Lisa tak tahu. Satunya sebab saya tak jemput awak, Lisa. Awak sendiri cakap simple tadi kan? Sebab itu saya tak jemput ramai orang. Bukan kahwin koboi ke apa, tapi itu niat kami. Kami sedar kedudukan kami berdua yang masih belajar dan tidak mahu menyusahkan orang tua kami untuk buat kenduri kahwin 3 hari 3 malam macam yang semua orang inginkan sekarang ini.”

“… Cukup ada wali, saksi, keluarga dan kawan rapat kami sahaja dengan mahar yang ringkas, kami sudah bersyukur Lisa. Lebih kepada sunnah yang kita patut ikut. Dan perkahwinan di usia muda tak salah kalau kita nak. Daripada melakukan benda yang tak betul. Saya tahu awak memang daripada dulu lagi anti dengan saya sebab kita sama-sama bersaing dalam akademik masa sekolah dulu. Come on Lisa, you’re educated. Berfikir cara optimislah Lisa. Jangan terlalu tradisional because I know you’re only good in judging people but at the end of it, yang awak adili tu ke laut. Semua fitnah! Awak dendam dengan saya, awak settle dengan saya tapi bukan dengan anak isteri dan keluarga saya. Be professional lah sikit. Dan tahu tak sebab apa awak macam ni? Awak riak dengan apa yang awak ada, tiba-tiba pulak saya jadi somebody sekarang, awak rasa tercabar.” panjang sungguh penjelasan Em di hadapan Lisa dan emaknya.

Lisa dan emaknya mula mahu angkat kaki daripada tempat duduk di hadapan Ann kerana mereka tidak mahu mendengar apa-apa lagi dan sudah rasa tersentak, tapi Em menghalang mereka.

“..Kenapa? Nak lari? Awak kena duduk dulu dengar satu per satu penjelasan saya. Saya nak tegakkan segala judgement awak yang ke laut semua tu Lisa. Awak datang sini kalau nak duduk saja saya tak kisah, tapi by the time you walk towards my family, saya dah dapat baca niat awak Lisa.”

“Em..” Ann mula campur tangan apabila Em mula meninggikan suaranya.

“No honey, Let me settle this with them. Nak bagi mereka tahu kebenaran daripada sesuka hati buat penilaian hidup orang. Dah rasa diri bagus sangat lah sampai nak menghina orang..”

Ann terus bangkit daripada tempat duduknya dan menahan Em yang masih mahu mengenakan Lisa dan emaknya yang sudah rasa cuak dengan kemarahan Em yang mungkin akan menyebabkan Lisa dan emaknya terkena. Dia tidak mahu memburukkan keadaan. Dia juga tidak mahu Em dianggap perjudis dan biadap.

“Lisa, baik bawak Mak awak pergi dari sini sekarang dan jangan ganggu kami lagi. Jangan cuba burukkan keadaan..” arah Ann sambil menahan Em yang masih mahu berkata dan mahu melangkah dekat dengan Lisa. Ann berdiri betul-betul di hadapan Em. Dia mengusap dada suaminya.

“Listen here sayang, you are the one who always reminds me with this, “Sabar Itu Indah”. So please behave, Sofea might wake up in any second and she will watch her Daddy in a real bad situation. Come and sit.” Ann menarik tangan Em untuk duduk di tempat mereka awal-awal tadi. Lisa dan emaknya sudah tidak ada sebaik sahaja diarahkan Ann untuk terus pergi dari situ.

Dalam rasa cuak melihat Em marah, Ann tersenyum. Patutnya, dia masih menangis dan dipujuk oleh Em. On the contrary, dia pula yang memujuk Em yang nampak sangat marah. Padahal dia jugalah yang patut marah dah melenting.

“Hey, come on sayang! Calm down.” Dia masih berusaha memujuk Em yang duduk sambil tunduk memegang kepalanya. Sebelah tangan Ann mula mencari-cari sesuatu di dalam begnya.

“Maybe, you need this?” Ann tersenyum kepada Em sambil memberikan Em coklat Kinder Joy di hadapan Em. Em terus ketawa apabila melihat coklat Sofea yang diberikan oleh Ann. Dia mengambil dan menyimpan semula coklat tersebut ke dalam beg isterinya. Sekilas dia mencium kepala isterinya dan membawa Ann dekat kepadanya.

“Nope. I don’t need anything else except you and Sofea. Your smile is the best remedy sweetheart. Keep that for Sofea’s inflight essential besides her songs in the ipad. Saya tak sempat beli chocolates tadi. Right after I went out from the loo, saya terus ke sini lepas tengok mereka. And yeah, I have you to replace the choc after all.”

Ann buat muka annoying orange seperti selalu apabila mendengar ayat terakhir daripada Em. Em memang senang dipujuk, sebab itu Ann suka. Tapi bila Em sudah kembali seperti mood biasa, dia memang susah dikawal. Suka menyakat!

“Attention to all passangers for flight AK….” Pengumuman yang memanggil penumpang untuk sedia berbaris menghentikan misi Em yang mahu terus mengganggu isterinya. Dia tahu, marah dia, marah lagi Ann. Kecewa dan sedih dia mendengar apa yang dihina Lisa dan emaknya, Ann apatah lagi. Sememangnya hinaan tadi ditujukan kepada Ann. Tapi Em bangga, Ann wonderwife! Dia tak suka nak buat drama lebih-lebih, pulak di airport. Sedih memang sedih, tapi dia tak kisah. Dia tidak mahu merosakkan mood bercutinya ke Sarawak gara-gara benda yang tidak benar itu. Buang karan! Ann bukan drama queen! Keep calm, chin up and smileeeee as always, Ann.

“Okay, drama pun habis! Let’s go sweetheart!” Em terus menyerahkan Sofea yang menangis kerana diangkat daripada stroller untuk dikendong oleh Ann. Em mengangkat hand luggage mereka sebelum beratur untuk menuju ke pesawat. Urusan tiket dan pengenalan diri mereka semua pun dia yang akan selesaikan. There’s always a “give and take” action in a relationship, remember?




p/s: Mungkin start minggu depan saya dah mula busy, jadi rindukanlah saya supaya saya boleh meng-update blog selalu. Hahahahahhaha. Till then, assalamualaikum and peluk! :*

Mengigau

Assalamualaikum and Hi!

Last night..

My roommate and I were watching Tarzan. I bet you know Tarzan. As 90's people are all growing up with this cartoon. And.. being a drama queen, I was crying! lol. Hey, this is not powerpuff girls or Dora the explorer okay, the story shows a great family value. Even though, Tarzan grew up with a group of gorillas and he was adopted by a gorilla. I bet you still remember this story.

Right after we finished watching the movie, Shasha showed me a video of the Wedding Speech by  the vocalist of McFly. I am a fan of McFly especially their songs, Too Close For Comfort and All About You. The vocalist is cute as well. Hahahaha.

So, here's the video and thank you to the roommate. :p




And you know, girls will always be girls. hahahahahha. I started to dream.... tak salah bermimpi di siang hari sekali sekala. Wiwiwiwi

But, I just like the way he delivered his speech instead of just talking bla bla bla. And I do hope that someone will deliver his wedding speech with another way round. Dancing perhaps. :p

 Guys who can play music instruments are hot. And guys who cook are awesome. F... hmmm.. kacau orang masak adalah. Masak yang ringkas pandailah. Music instrument? Only guitar which I know so far. So the previous statement is not really referred to him. Perhaps, it is for Henry Golding, Nik Michael and others...



F always sing this to me... and I love the song as well. The lyrics of course.



Love you all. xx

Friday, January 3, 2014

The hoax of my 2014's goals

Assalamualaikum and hi! :)

Oh ya TGIF for me when I'm in the campus is just the same with my other days, so I don't really have the feeling of oh-sukaaaaaa-nya.

3rd Jan is not that late for me to share a few things here. Basically for my wishlists in 2014. Biasalah kan, nak cakap sasaran yang wajib tu tak lah, tapi antara benda yang ingin dicapai sahaja dalam tahun 2014. Hey dream high is good. At least kita ada matlamat hidup.

So, these are the things...

1. Going for an educational trip to Australia. We planned about this trip years ago and I make some saving only for this trip. In sha Allah we are looking forward for the trip. In case tak jadi, my friends and I are planning to have our own trip to Bali. Hikhakk

2. Education and all the activities. Just so you know, I'm not really into sport like F. I always take the opportunity to join educational-basis-competition like debate, forum, drama and all sort of things.Ya right, saya dan F pun banyak perbezaan. Maybe this year I'll be joining drama like past years. Maybe lah! Hahaha. Nampaknya tak lah sebab jadual semester 3 & 4 sangatlah packed! Nak join JPP pun taknak. Stay on KESPA. More camping to go! :3

3. Business. Writing. Errrr.. we'll see how it goes. Hahahaha. Your du'a and support are all I need. :')

4. Workout. Bukan nak bagi kurus sebab memang dah aneroxic.lol. Work on some KGs in sha Allah. Jogging dengan roommate macam selalu.

5. Penuhkan wardrobe. Cincakkkk! Hahaha. Hey, its been a while lah! I've been waiting for ages okay? Elaunnnnnnnnn mintak sikit untuk buat investment. Kalau si dia telah bekerja lagilah I suka! Wiwiwiwiwi

6. Read. Reading maketh a man! So read Fatin read. I love writing but I hate read educational thingy. Novel boleh lah. Hahaha. Sigh!

7. No drama please! A girl memang sebati dengan drama but this girl mungkin nak kurangkan drama tahun ini. Hahaha. Keep calm and move on!

Above all, memang lah semua orang nak jadi lebih baik as what our religion ask us to do..and so do me. But saya nak ambik pesanan this guy, F.. nak berubah ke arah itu, nak berhijrah kadang-kadang tak perlu dihebohkan. Biar kita dengan Dia sahaja yang tahu kan? Lagilah kalau kita nak heboh untuk berubah tapi tak istiqamah, lagilah orang akan bagi pandangan yang kurang best didengar kan? Okay, that is it. For this kind of matter, I don't want to say much. Pardon me. :)

In case you forget me and don't trust me for telling you that I went to a few places last holidays and I did a few thibgs last year, do look at the photos below. As tbe proves. Hahaha. Till then, hugs. xx

Actually, I miss my family and my F.



Thursday, January 2, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 2)

Assalamualaikum and Hi!


Miss Sofea? Me too!



Alhamdulillah saya survive kelas dari 730 pagi sampai 215 petang. Not that a good start of the day sebab lewat bangun! Hahahaha. F kejutkan langsung tak sedar. Maklumlah, handphone bawah katil, mana nak dengar alarm dengan orang call kan? lol. Silly me!Terbangun pun check phone miscalled banyak wohhh! Hahahaha. Masa kat kelas pun sempat beradu!!!!Semalam pun lambat tidur memang patut mengantuk. Eyebag pun sudah kelihatan! Really really really need a quality time for a beauty sleep. So, keep calm and read my second part of Sabar Itu Indah. Till then, have a great day ahead loves! xx



Awal pagi lagi, Ann sudah mengejutkan Em untuk bersarapan di luar. Katanya ingin makan Ayam Penyet. Awal-awal pagi lagi dah mengidam Ayam Penyet. Bila mengenangkan Ann yang berbadan  dua dia terus bersetuju. Patutnya, hari minggu macam ini adalah masa untuk rehatkan mental dan fizikal dengan isteri dan anaknya di rumah sahaja.

Nampaknya Ann tidak menghiraukan soal diet seperti selalu, jadi dialah yang kena rajin workout sebab dah makan makanan berat pada awal pagi begini. Berat badan memang tak usah cakaplah kalau hari-hari sarapan macam ni, kompem graf berat badan Encik Suami pun akan increases gradually jawabnya.

Masa makan di kedai mamak pagi itu, Em terus memberitahu berita yang disampaikan oleh Umi malam semalam. Ann sebenarnya terlupa tentang berita sepupunya itu akan berkahwin padahal Umi sudah awal memberitahunya pada Raya lepas.

“Kampung maksud Umi tu kat Sarawak atau Johor? Yalah, Maksu kan ada dua tempat tinggal.” Soalan pertama setelah dimaklumkan, daripada Ann membuatkan Em tersedar sesuatu.

“Allah! Lupa pulak nak tanya kat mana.” Em menepuk dahinya. Cepat sahaja mesej dihantar kepada ibu mertuanya. Umi, Abah, Mama mahupun Papa adalah orang tua zaman internet. Mana ada istilah tak reti nak baca mesej, taip mesej. Hendak  berFacebook lagi mereka reti, inikan pula nak menghantar mesej pesanan ringkas di telefon bimbit.

Waalaikumsalam. Yalah, lupa pulak Umi nak bagitau malam tadi. Kenduri kat Kuching.

Selepas membaca, Em terus menunjukkan mesej daripada Umi kepada Ann.

“Means, kita kena book ticket lah. Sekarang ni musim budak cuti sekolah. Kalau lambat, memang sold out ticket bang.” Ann terus memberikan cadangan kepada Em. Namun dia agak tertarik dengan perkataan terakhir yang disebut oleh Ann.

“Sorry? What did you say? Bang? You mean, Abang?” Em menahan senyumnya apabila dia mendengar Ann memanggilnya Abang sebentar tadi.

“Hah? Did I just called you Abang?” Ann jadi malu kerana tersasul menyebut Abang kepada Em. Abang pun tak salah baginya sebab Em sememangnya tua setahun daripadanya. Plus, itukan gelaran selayaknya bagi seorang isteri kepada suaminya.

Cuma.. Abang is too mainstream for a wife to call her husband.

“Hmm.. Sounds sweet. Try sebut sekali lagi. We’ll see, either it suits me or not?” kata Em penuh minat.

Ann meletakkan semula sudu dan garfu kedalam pinggan dan mula mengetuk dagunya. Sebenarnya dia sendiri berasa sangat geli untuk menggunakan panggilan Abang. Satunya, dia ada abang. Errr.. abang ipar. Umi panggil Abah pun Abang. Mama panggil Papa pun Abang. Kalau semua berkumpul kat satu tempat, semua akan perasan kalau dia panggil suaminya dengan gelaran Abang. Lagi-lagi abang iparnya. Hish, taknaklah!

“Let just assume yang saya tersasul tadi. Tak naklah panggil abang. I know, you don’t want to be called as abang as well, kan?” Ann pandang muka Em yang betul-betul ada di hadapannya.

Sofea memang dari tadi layan game Minion Rush dalam ipad Daddynya. Dah leka dengan game, mana nak join Mommy dengan Daddy makan ayam penyet. Ayam Penyet is not suitable for Sofea after all. Nanti tak pasal-pasal si kecil kena diarrhoea sebab makan sambal ayam penyet pagi-pagi. Jadi, Em dah pesan awal-awal sandwich untuk Sofea tadi. Nak layan mereka cakap kosong macam sekarang pun memang taklah. Belum sampai tahap IQ Sofea.

“So? What is it?” pertanyaan Em yang dengan muka excitednya membuatkan Ann terus ketawa.

“H!”

“Excuse me. H? What is that H stands for? Horatio yang dalam CSI Miami tu ke?” Mulalah Em dengan andaian dia yang selalu melalut daripada topik asal perbualan mereka suami isteri.

“Hish, ada pulak nak samakan diri dengan Horatio. Nak sangat nampak tua awal-awal.” Em sudah ketawa mendengar kata-kata Ann.

“My lady, tua-tua David Caruso dalam CSI tu pun, dia punya aura tetap umph tau! Dalam cerita tu.. perghh! Tiap kali dia bukak spec dia, terus dia dapat agak apa kes jenayah yang berlaku. Lepas ni, nak jugak try bukak Ray Ban dalam kereta, tahu ke tak apa jadi nanti. Tak pun dia bagi clue H tu stands for what.” Em terus ketawa sehingga ada beberapa mata yang memerhati ke arah meja mereka di kedai itu. Itulah Em, masih terbawa dengan perangai gila-gilanya walaupun anak dah nak masuk dua orang.

“Eh, hello Encik Suami dicintai tetapi mereng sekali hari ini.. H stands for Hubby lah! Dah sudahlah tu orang tengok. Malu lah!” Ann melambai-lambaikan tangannya di hadapan Em yang masih lagi ketawa. Satu lagi perangai Em yang buat Ann selalu hilang sabar, tengah elok-elok berbincang, cakap benda serius pun mulalah mereng dia datang.

Melihat Ann yang sudah beriak bosan dan bila-bila masa sahaja boleh marah dengan perangai tak bertempatnya, Em mengatur duduk. Namun, sisa ketawa masih lagi ada.

“Okay okay. Surrender..” Em mengangkat tangannya apabila melihat reaksi isterinya yang seakan-akan mahu berubah kepada marah.

“.. boleh je kalau sayang nak panggil saya apa pun. Janji panggilan itu appropriate dan sejuk perut, kaki dan tangan saya sebagai suami nak dengar.” Em menyambung ketawa. Masih lagi nak buat lawak tak bertempat dengan Ann. Ada pulak cakap sejuk kaki dan tangan. Kalau sejuk perut tu memang adalah, untuk menggambarkan perasaan suka ataupun tenang. Kalau dah seluruh badan sejuk tu bukan demam ke? Ataupun takut? Close enough Ann! Takkan panggil H boleh demam atau takut pulak.

H = Hantu!!!

Terus Ann mencubit paha si suami tanpa menghiraukan orang sekeliling. Memang tak dapat lari Em kalau dah terkena. Bukan di rumah pun.  Em mengaduh kesakitan dan demi memuaskan hati isterinya, dia biarkan sahaja.

“Mommy,  cannot connot. Daddy hurts.” Sofea yang entah bila masuk campur dalam gurauan hardcore mereka tiba-tiba memegang tangan Ann daripada terus mencubit paha Em. 1-0 sweetheart! Em kenyit mata kepada Ann. Nasib baik ada si anak yang tiba-tiba jadi Supergirl selamatkan Daddy dia daripada terus diserang Mommy.

“Nasib baik Sofea halang. Kalau tak..”

“Kalau tak, apa sayang?” Em masih lagi mahu mengenakan isterinya.

“Dahlah. Makin dilayan makin menjadi. Pergi bayar kat kaunter, nak pegi jalan-jalan tempat lain pulak ni. Alang-alang dah keluar macam ni.” Ann mensasarkan perang balas secara diam dengan Em.

“Eh, kata keluar breakfast. Ni nak pergi mana pulak?” Em terkejut dengan perubahan plan tiba-tiba daripada Ann.

“Shopping lah. Nak beli baju Sofea dengan Mommy dia sekali. Jom baby, kita tunggu Daddy dalam kereta." Ann terus menyangkut di bahu beg Chanel nya dan mengangkat Sofea daripada tempat duduk bayi.
Em terus berlalu ke kaunter dan menggosok kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya kita 1-1 sayang. Kita yang terkena balik, tapi dengan cara yang kasar dan lebih advance. Demi isteri ku turutkan juga, kata Em dalam hati. As-sabrul minal Iman Em.

Tempat seterusnya untuk dituju atas permintaan Ann adalah KLCC. Sepatutnya 20 minit daripada tempat mereka bersarapan tadi. Tapi kalau dah namanya dekat KL, dengan waktu puncak, masa hujung minggu, 20 minit boleh jadi dua jam. Jalan raya sesak adalah perkara yang paling buat Em tak berapa nak suka keluar di hujung minggu. Nasib baik ada dua orang yang tersayang ada dengannya di dalam kereta untuk menghilangkan rasa kobosanan dan mengurangkan suhu kemarahan melihat perangai segelintir pemandu yang kurang berhemah di jalan raya.

Di KLCC, sudah puas menyorong stroller Sofea sambil menemani Ann membeli beberapa helai pakaian baru untuk kenduri di kampung nanti, mereka bertiga memilih untuk duduk berehat di tempat kegemaran mereka anak-beranak. Starbucks! Mengopi lagi! Perut masih kenyang, jadi mereka hanya duduk minum sahaja di tempat yang terbuka sambil memandang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa yang datang pada hujung minggu begini. Tak kurang juga ada pelancong asing yang datang ke pusat beli belah yang bangunannya menjadi simbol kepada kemodenan negara pada masa kini.

Ann hairan melihat si suami yang masih lagi memakai cermin mata Ray Ban nya di dalam pusat beli belah ini dari mula mereka sampai. Dia tak nampak pun tempat mana yang ada di KLCC itu yang silau sehingga membuatkan Em memakai cermin matanya. Pulak, topi Nike di kepala. Panas dan silau sangat ke KLCC ni, Ann berkata dalam hati.

“Handsome sangat lah H awak ni kan. Sampai coffee tu pun tak terusik dari tadi. Hilang dahaga tengok saya kan?” Em memulakan semula sesi gurauan bersama isterinya.

“ Eww.. please lah jangan kerap perasan cik abang! Handsome sikit tu mungkin lah. Tapi yang saya hairan apasal H saya ni bertopi dan bercermin mata kat dalam KLCC. Nak cakap ada matahari, sejuk sangat dah dalam ni.” Ann membalas gurauan si suami dengan ayat berunsur sarkastik.

Em tersengih dan membuka cermin mata sahaja dan disangkut pada t-shirt Supermannya yang berwarna biru.

“Rasanya topi ni tak payah bukak kot. Sebab wearing cap can be considered as fashion. Spec ni kena pakai tadi sebab silau lalu kat Habib. Belum lagi kat LV kan?” Em sudah mula dengan perangai dia lagi. Satu cara untuk menghentikan perangai Em adalah: JANGAN LAYAN SANGAT. Bukan kejam, tapi kalau dilayan, makin menjadi perangai suaminya itu.

“Yalah sangat. Balik rumah nanti tolong check flight ke Kuching untuk Jumaat ni okay. Saya nak mandikan Sofea and kemas barang-barang yang kita beli ni nanti.” Ann melihat beberapa beg kertas berisi pakaian dia dengan Sofea dan sehelai baju baru untuk si suami.

Ingatkan nak beli dua pasang baju untuk suami, tapi Em memang tak suka sangat beli banyak barang. Nak kata berjimat pun tak, sebab semua benda yang dibeli, kad kredit dia yang kena pakai. Kena swipe kat mana-mana tempat pun guna kad kreditnya. Mungkin terbiasa sejak daripada dulu lagi, kalau membeli memang one cloth at one time. Tapi ada acceptance jugak lah, macam musim perayaan atau mood shopping macam isterinya itu datang, mesti membeli sakan.

“Alright sweetheart. The return flight should be a few days after the kenduri lah eh. Around Selasa or Rabu since you don’t have anything to do at home and I can ambik off days so no hal lah.” Em mengemukakan cadangannya  kepada Ann. Ann terus bersetuju dengan cadangan Em kerana sudah lama dia tidak terbang ke Bumi Kenyalang untuk melawat Mak Su.

Oh Kuching, here I come! Yeay!!

Hati Ann memang sudah melonjak gembira kerana ini merupakan kali pertama Sofea akan terbang ke Sarawak untuk berjumpa dengan Nenek Su nya. Buktinya, selepas berjaya mengumpan Em untuk shopping di KLCC tadi, banyak pakaian baru untuk si kecil dibelinya. Itu belum lagi termasuk, baju yang ditempah online beberapa hari lalu. Em pula, hanya mampu melihat dan geleng kepala. Perangai Ann memang shopaholic, dan haruslah diingatkan bahawa duit tebal pun akan nipis pada bila-bila masa.

Em bukanlah memanjakan isterinya, tetapi Ann sendiri memahami suaminya bagaimana. Memang dia seorang yang suka membeli-belah, tapi tidaklah sehingga ke tahap dia memborong di shopping complex setiap hari dengan hanya swipe kad kredit suaminya dan main isi nombor akaun kad kredit suami dalam borang pembelian dekat online shopping . Mode shopaholic Ann akan timbul hanya pada masa tertentu dan pada hujung bulan sahaja.

Alasan Ann dan Em sama-sama mudah, iaitu, membeli belah merupakan pelaburan yang bijak sekiranya kena pada barang yang dibeli. Bukan main pakai buang macam pampers Sofea pun. Selagi mereka masih beringat tentang perbelanjaan utama dan selesai menguruskan pembayaran bulanan mereka, mereka akan memanjakan diri dengan membeli-belah. Lebih kepada memanjakan isteri dan anak, bagi Em sendiri.

Lama juga mereka bertiga duduk di Starbucks, Ann terus mengajak Em pulang. Dalam mereka melewati beberapa buah kiosk di aras bawah bangunan pusat beli-belah KLCC itu, Em terus berhenti dari menolak stroller Sofea apabila dia terpandangkan sehelai baju bayi yang tergantung di depan kiosk tersebut.

“Honey, look at this!” cepat sahaja tangannya mencapai rompers bayi tersebut dan menunjukkan kepada si isteri yang masih lagi hairan dengan tingkah suaminya yang berhenti dengan tiba-tiba di satu daripada deretan kedai di kawasan itu.

Ohh, patutlah Encik Suami tayang muka over the moon. Rompers yang sedang ditayang betul-betul di depan matanya sekarang sama dengan baju yang dipakai oleh Em sekarang. Sebijik sama. Rompers bayi baru lahir yang kecil dan comel berwarna biru dan mempunyai simbol Superman di hadapannya. Apabila Em bercadang ingin membeli baju tersebut, Ann terus mengeluarkan pendapatnya yang mengatakan bahawa rompers biru tersebut sesuai untuk bayi lelaki dan masih terlalu awal untuk membeli barang bayi. Senang sahaja jawapan Em yang membuatkan Ann ketawa.

“My daddy’s instinct told me that our second baby is going to be a He sweetheart!” Pandai-pandai Em mengatur angan-angan cakap anak dalam kandungan yang masih belum kelihatan itu adalah anak lelaki. Second appointment pun belum, dah pandai-pandai scan dengan mata kasar cakap jantina anak mereka nanti adalah lelaki. Suaminya itu dah macam tukar profession pulak, dari seorang jurutera yang pegang pangkat “Ir” bertukar kepada tukang tilik.

“Eee.. mengadanya! Pandai-pandai cakap teori daddy’s instinct dia, kalau keluar nanti a girl macam mana?” Ann mula bermain tarik tali dengan suaminya. Pekerja di kiosk yang berbangsa Cina tersenyum melihat situasi mereka yang lagaknya macam bertengkar tentang masalah besar. Sofea memang tidak masuk cerita sebab si kecil sudah lena di dalam stroller. Penat berlari kehulu hilir tadi sebab tidak mahu didukung oleh Daddynya sebaik sahaja diberi kebebasan untuk keluar daripada stroller.

“Alah, tak kisahlah a boy or a girl, but I fall in love with this romper so much sayang. So, either you say yes or no sekalipun, I still wanna buy this. Lagipun, at the end of it, suami awak jugak yang kena bayar.” Ann terus menarik hidung Em sebaik sahaja Em berkata begitu. Sudahnya, dia pun tertarik dengan beberapa barang bayi yang lain dan dengan paksa rela, Em tetap membayar dua pasang rompers yang dipilih oleh Ann.

Satu rompers berwarna merah jambu sebesar saiz Sofea yang tertulis,
“Beauty taken from my pretty mommy!”

Dan rompers yang berwarna hitam untuk bayi yang baru lahir tertulis,
“100% product from my Mommy and Daddy”

Bagi Ann, rompers yang bertulis dengan macam-macam ayat yang catchy sebegitu lagi menarik daripada rompers pilihan Em yang hanya ada ilustrasi sahaja. Begitulah Ann dan Em, berbeza cara berfikir namun mudah sahaja menerima dan memberi supaya adil untu kedua-duanya.


Tibanya di rumah, Sofea terus diletakkan di dalam katil bayi di dalam bilik sementara Ann dan Em masing-masing sedang menguruskan tugas masing-masing. Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat Asar bersama-sama, Em terus menguruskan pembelian tiket penerbangan mereka secara online. Cepat dan mudah baginya. Tidak perlu berurusan di kaunter dengan sesak manusia di airport. Ann pula masih mengemas barang-barang yang mereka belikan sewaktu keluar tadi.

Sebelum berlalu ke walk-in wardrobe mereka yang pintunya ada di bilik tidur mereka, Ann melihat suaminya masih lagi khusyuk melihat jadual penerbangan ke Kuching di dalam bilik kerja. Setelah selesai mengemas barang-barang, dia melangkah ke ruang kerja mereka untuk menyertai suaminya.

“Done?” Ann yang berdiri di muka pintu bilik kerja mereka mula bertanya kepada suaminya yang sedang menekan suis printer. Tangan naik mengurut bahu suami yang nampak penat kerana awal pagi sudah dibawa keluar makan ayam penyet dan berjalan menyukat KLCC.

“Almost done. Come here..” jawab Em lantas menarik lengan isterinya dan menyuruh Ann duduk di atas ribanya.

“..yes Madam Ann honey, can I help you?” Em pandang si isteri yang masih lagi setia bersamanya melihat monitor komputer di hadapan mereka. Ann terus ketawa kerana disaol begitu.

“Nothing. Saja nak tunjuk concern dengan suami sendiri. By the way, thanks for the scrumptious ayam penyet and the shopping mission at KLCC. Definitely makes my day. I love you Hubby!” satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Ann dalam masa dia memandang mata suaminya yang hanya beberapa inci sahaja di depannya. Pipi kanan suaminya dicium lama.

“Pipi kiri pun nak jugak sayang.” Em buat muka nakal. Tapi, Ann turutkan juga. Lama dia mencium pipi kiri suaminya. Seketika kemudian dia tersenyum dengan suaminya.

“Penat lagi?”

“Nope. Eh.. I mean yes, penat lagi.” Baru sahaja Ann nak memanjakan si suami, loceng rumah berbunyi. Em mengeluh, Ann pula ketawa melihat reaksi suaminya.

“I think abang posmen datang hantar parcel barang saya dan Sofea lah! Nak pegi check jap!” Ann terus bangkit daripda duduk di riba Em. Sebelum dia berlalu ke tingkat bawah, Em menahan Ann sekali lagi.

“We’re not finish yet right?” penuh mengharap suara si suami.

“I think abang posmen marah lah sebab dah tiga kali loceng berbunyi.” Ann melepaskan genggaman Em dan mengenyitkan matanya ke arah suaminya. Terus dia berlari ke tingkat bawah. Semangat dia nak periksa setiap inci bungkusan yang diterima dan nak lihat isinya, lepas itu pakai  dan tunjuk kat depan suami. Em mesti akan komen yang baik-baik sebab pilihan isterinya tetap cantik walau macam mana sekalipun.



“Sayang jangan lari, jatuh nanti. Abang posmen awak tu setia terjegat kat pintu. Takkan lari parcel dihantar. Careful!” laung Em kepada isteri yang sudah hilang di depan mata. Jadual penerbangan pergi balik mereka ke Sarawak yang siap dicetak diambil dan dibawa ke bilik tidur mereka. 




So why Johor and Sarawak? Hahahaha. Maybe my version of "Abang" can answer it very well. lol. F, please jangan perasan! :p

 Love!

Wednesday, January 1, 2014

2014-2013=1, the smallest whole number which brings infinity memories.

Assalamualaikum and Hi

Before I start my rambling, let me tell you my real situation for now. Alright?

(I'm sitting on hotel's bed with my lappie in front of me and my busuk on my lap and my phones besides me while watching TV too. Too much eh?)

2013 had lots of stories behind, same as past years. The major events might slightly different. Too much to tell if I want to tell you about my stories one by one. Yeah, too much. one of them was entering my first semester of my Degree program. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, to be exact. TESL. Alhamdulillah, 2nd Jan 2014 will be the first day of my third sem. Full of adventures I suppose. Haaa, tengok la sekarang nak cerita tak ingat barang sepatah pun!! Haih, silly me!

Oh ya, during my holidays, I went for a short vacay for a few times. Err, sending my bro and sis to different places for at least two days still can be considered as a short vacay okay. Hahahaha. Ke Bintulu dan Mukah je pun. Kuching few times. Takde maknanya nak melencong ke Istanbul, South Africa, US or Miami segala. Dalam Sarawak sahajaaaa, guna kereta sendirian berhad sahajaaa. Okay pardon me for writing my 2013 events backwards eh. I have a low maintenance brain's memory, it seems. Slowww, sebab tu pointer second semester menurun! lol. Nasib baik when i told my parents about my result, dad still cakap "Alhamdulillah lah result tu". You know, that fuhhh-urut-dada feeling. Ihaks! ;)

Fyi (eh, cakap fyi macam ada orang nak tahu kan?booo!!) saya tak reti drive kereta and moto pun tak reti plus F tak benarkan saya pun bawak moto. Bawak basikal adik macam nostalgia sangat nanti. Kesiannn. Hahaha. So, I spent 101% quality times with my mom in the house and being a domestic engineer. Bagi Mak rileks sekejap meanwhile her anak solehah doing almost all chores. wiwiwiwiwi. Oh, even I loveeeee baking, unfortunately, I didn't bake any cake at all! But wait.. I learned some new recipes from mom, for instance ayam rendang, curry, how to potong ikan (because I found that cutting fish is the hardest thing to do when you start to hold the knife.) Sampai ketawa Mak tengok ikan hancur . Plus I'm a left-handed. Tempat aim selalu tersasar jauh sebab tu hancur. Heyyy, I'm improving my skills la, jangan kritik dulu.lol

And I do some writings. Consistently. Because I know my loves are all reading my hentah-hape-hape-pieces! Masya Allah, I'm glad to know some of you. Even start adding me on fb, commenting on my writings verbally and text me as well. Ada yang dah jadi geng kamceng. Oh hi akak! :p

For my writings, In sha Allah ada rezeki saya nakkkk sangat membukukan cerita saya or compilation of my writings. Besides, I even start a small business. Online business. F and F Latest Outfits remember? But.. we (F and me) are planning to start our own label. in sha Allah. Lots of plans in progress kan? Perancangan penting untuk jadikan dia lebih sistematik. Lepas tu kita usaha, Allah yang akan tentukan. Kalau tak menjadi pasti ada hikmah. 2014 wishlist ni nak kurangkan complaint on everything. Sentiasa fikir positif untuk jadikan kita insan berguna. In sha Allah, may Allah ease everything. 

Plus, memang la as a Muslim, a daughter, a friend, kita nak jadi someone better. Kalau nak berubah pun bukan nak tunggu tahun baru je, tapi terpulang kepada kita sendiri nak berubah dari mana dan bila. Tapi ingat, masa tak pernah tunggu kita. And I wanna aim for some achievement. Like, in my education and my side aims. A writer, a businessgirl (eceh, woman is too mainstream or too old, i leave it to you) and a good cook! Because dad always complains yang lauk saya masak kurang masin. Bukan pasal tak sayang bapak saya, tapi takut terlebih masin, so play safe, letak sikit garam. Kurang rasa, kita tambahlah. That's the trick! Hahahaha... 

And, F marry me! Hahahahahahahahahahaaha. I was just a lil bit joking. Selebihnya saya serahkan pada qada' qadar Allah. 


Above all, Doakan kita sama-sama diberkati olehNya, dilindungi dan diberkati sentiasa. Dijauhi daripada malapetaka dan segala benda negatif. Menjadi insan yang lebih baik dan memberi makna di dunia dan yang penting di akhirat.


Till then, Assalamualaikum dan ahlan wasahlan 2014. Selamat tinggal 2013. Jadi sebak pulak cakap macam ni, tak pernah-pernah ada perasaan saya kalau beralih tahun. Tahu-tahu sedih semacam. Allahu Rabbi, kuatkan lah hati ini, tabahkanlah hati ini. In sha Allah. 

p/s: Sebenarnya nak letak gambar, tapi gambar banyak dalam phone. Pastu ada khidmat nasihat cakap takyah nak upload gamabr banyak sangat kat blog! Err, sebenarnya tak payah terus! Public sangat and lagi senang orang nak copy. Baiklah Encik F terkasihi. lol. Mornight darlings. Have a good day ahead. :) xx