Monday, December 10, 2012

Gamba saya buat expression la!

Salamun salam and a very good days.. Awak semua, hari ini hari yang sakai bagi saya pasal saya dah edit gila banyak gambar yang boleh gerak-gerak. Dan lihatlah terserlah jugakla gigi besor saya. Hahahaha. Tapi Fahmi rabbit tau! Saya tak. lol.

Anyway, tengok dan tak payah nak komen okengg. :p



Tengok je lah betapa poyo nya kami yang berangan nak jadi glamerrr. Mimpi sekejap. Ada mode perasan di sini. Sekian :)




Ikan masin yang tak berapa nak masin..

Salamun salam and a very good days.. Hari ini pun letih. Agaknya Mak aku macam aku nilah setiap hari. Kesian Mak. :( Kat kampung aku ni walaupun aku suka berada di sini tapi 2 masalah yang MAHA menyakitkan hati aku apabila sering ketiadaan air dan elektrik. Rumah aku memang ala-ala kampung punya style sebab kena naik tangga and masalah satu lagi adalah rumah aku tinggi. So, apabila ketiadaan air ataupun air ada tapi tak kuat, maka air tu tak naik kat rumah la. Komonla, prinsip physics please for those who don't understand what I mean. lol macam aku terer sangat padahal aliran TESL. 

Bila takda air or elektrik, semua orang dekat rumah macam malas semacam. Kalau aku bukan macam malas tapi memang dah malas and manas. Jadi, dinner tadi makan ikan masin goreng dengan ikan apa ntah nama dia yang baki tengah hari tadi yang mak masak steam. Pun kiteorang dah kenyang. Alhamdulillah, tak payah nak mimpi-mimpi la kami nak makan western bagai. Eh, janji halal tau tak payah nak memilih. Bersyukur dengan apa yang dah ada. Orang kat Gaza sana belum tentu dapat makan ikan masin. Kesian mereka. #YaAllahSaveGaza. (pakat hashtag ni buat aku rasa kat twitter la pulak.lol)

So, nak dijadikan cerita, Mak aku puji kazen aku belah bapak. Dia cakap mereka kecil dulu dalam satu pinggan berlonggok nasik tapi makan sekor 2 je ikan masin. Ni cerita bukan hari ini aku tahu bahkan lama dah. Tapi bagi Mak cerita ni macam ada sentimental value dia dan banyak pengajaran bagi Mak aku. Selalu tau dia cerita sampaikan aku kalau Mak mula buat muqaddimah aku dah tahu plot cerita dia even sentence pun aku boleh hafal. Bayangkanlah, setiap kali dia nampak ikan masin ke, jemur ikan masin ke, makan apatah lagi kan, dia mesti cerita benda ini. Aku takdela rimas, tapi bagi aku cerita ini ada banyak pengajaran bagi Mak. Yalah, orang hidup susah ni lebih menghargai hidup. Aku rasa inilah pengajaran yang Mak nak sampaikan kepada kami. 

Aku rasa bodoh lah pulak tadi bila makan ikan masin aku cakap dengan Mak,

Aku : Mak, tengok nasik Angah ni berlonggok ha. Dan ini adalah sekor ikan masin (aku tunjuk ikan masin kat mak)
Mak : ==,

Ni sebab nak jadikan aku sebagai role model baru la, tapi fail la pulak. Hahahahahah. Sebab lepas 2 suap ikan masin dah selamat masok habis dalam perut aku. Aku ambik lagi ikan masin lain dan menjadikan aku makan lebih kurang 6 ekor ikan masin. Lepas makan tugas aku jugak nak kemas di dapur, lap-lap meja simpan baki makanan, cuci pinggan sume tu, tapi malangnya aku terpijak tulang ikan masin. Aku pun menyeranah tulang tu. Shame on me!! Ketulahan aku kot. :p

p/s : Be yourself. Ikan masin isn't bad to eat. Sedap hingga menjilat lagi dan nasik of course la nak tambah lagi. Tambah lagi bila ada cicah dia. Perghhh. Selamat Malam semua. Muahhhh. Hugs and kisses. Mengadanya! Sila meluat. Bye. Wallahualam :p

Friday, December 7, 2012

Spaghetti and Dear Friend's Wedding!

Salamun salam and a very good days.. what a hectic day today. Bangun pagi awal pastu berkejaran kat dapur semata-mata nak bagi Effa makan Spaghetti. Bermulalah aku masak Spaghetti and thanks Allah, semalam penat pusing satu pasa kat kampung takde pulak batang spaghetti, tapi pagi tadi awal-awal Bapak dah beli kat kedai. Hmm, aku nak cakap apa tadi pun dah lupa. Apasal nyanyuk sejak dua menjak ni? Sila cakap saya MasterChef sebab saya berjaya masak spaghetti awal-awal pagi!Motip? Well, budka pun pandai buat spaghetti kalau ikut resepi saya.

All you need are just :
1. Spaghetti (eh mestila, nama lagi nak masak spag)
2. Tomato Puri
3. Chilli Sauce
4. Cheese (option)
5. Daging cincang (Mak pesan masa nak beli benda ni semalam, kalau takda yang dicencang beli yang masih solid nanti pandai-pandai la nak cencang sendiri. HAHAHA. Mak, lawak la)
6. Minyak masak
7. Garam

Cara buat campak semua benda excluding spaghetti and cheese ke dalam kuali. Spaghetti rebus dengan air panas. Cheese nanti tabur kat atas Spaghetti yang dah berkuah masa nak makan. Ni adalah resepi orang mengantuk dan malas tapi tetap sedap tau kalau Chef Fateen masak. Jangan tak tahu pulak! Hahahaha

Oh, anyway, congratulations to my dear friend, Sharifah Norzhubaidah sebab sah bergelar seorang isteri. Dengar kawan dah kahwin ni boleh sebabkan aku rasa gatal nak kahwin jugak la. Tapi let's put this thing aside first as I and in shaa Allah future husband still belajar. Ah, mengadanya! lol. Aenab is her nickname, so Aenab was my classmate since Primary 5 until From 1. Form 1 berpisah sebab aku pindah ke MRSM Kuching. Itu takla memisahkan kami and sebabkan kami lost contact. Boleh dikatakan every year during Raya kami kumpul lelaki perempuan pergi jalan raya sama-sama. Like what I said before, my friends are all gila-gila like me and ada jugak yang lebih gila daripada aku macam Aenab nilah. lol. That's what I like actually! She promise me that she will not miss our Jalan Raya even after she got married. Mudah-mudahan in shaa Allah. :') Yang sedihnya aku sebagai kawan ni even sekarang tengah ada kat kampung tak dapat attend her wedding day. Sadis kan? :( Pasal subuh-subuh esok dah kena berangkat ke Kuching sebab ada majlis Cukur jambul my cousin. Cakap kat Mak nak tinggal sorang kat rumah kompem la Mak tak bagi lagi-lagi aku yang perempuan anak dara ni. Haisssh. Ni nampak gambar kahwin kar FB je mana best. Kalau kawan lain tak attend pasal di luar daerah boleh la diterima ni aku yang rumah panjang sejengkal tak datang macam mana? :(

*printscreen dari TL FB* ;)
Eh, sekarang Selami Jiwa tajuk dia Perkahwinan Usia Muda lah. Suka suka suka. :) Bye awak semua. Nak tengok jap. Wallahualam. See you then!

p/s : Actually nak cerita pasal lain tapi taip benda lain. Nyanyokkkkk. 


Thursday, December 6, 2012

Oh Kawan-kawanku yang comel.

Salamun salam and a very good days.. Dari sekolah tadika sampailah bakal jadi makcik orang, aku memang spesies yang suka berkawan tak kira dengan lelaki ke perempuan ke pondan ke tomboy ke. Asalkan hati mereka ikhlas nak kawan dengan aku. Haaa, cepat cakap aku baik and friendly!! lol. Well, aku berkawan pun tak mengenal gender, agama, bangsa, kedudukan dan tempat asalkan mereka dapat memahami kegilaan perangai aku yang tak berapa nak betul ni. Hehehehehe. Eh seriously, my roommate kenalkan aku dengan kawan dia from India and somewhere else tau.

"Kalau ada anugerah Kawan 1 Malaysia memang milik saya la tu" - Fateen Dato' Kamarudin

Apparently, since sekolah rendah aku ada kawan yang bervariasi like Iban friends. Tau tak fun sangat kawan ngan dorang and dari situlah aku belajar cakap iban. My Iban friends are all from village which, during that time, it was very hard to go there selagi takde boat. After few years of development baru ada jalan darat. Tu pun makan masa jugak. Kena naik lori tambang. Parents mereka mostly petani yang jual sayuran and buah kat market. Can you imagine that since primary 1, they have to stay in the hostel and do all chores as there are no parents around to do those things for them. Kesian tau! I knew because when I was in primary 6, I stayed in the hostel with them. Alhamdullilah, be friend with them are the luckiest thing for me as their parents selalu beri buah tangan dengan aku. Masa musim durian, ada jugak hulur barang seikat 2 buah. Takla mengambil kesempatan tapi dah rezeki. Bila kita baik dengan orang, memang orang akan balas balik kan even kita tak mintak? :")

Masuk di MRSM memang satu perkara yang mencabar as I started to know new world. Katak bawah tempurung katakan?No offence! Aku kenal dengan banyak kawan-kawan and ada yang from semenanjung. Well sinilah bermulanya hidup aku sebagai the real NurulFatinBintiKamarudin. So jyeahhh, yang menjadikan sesuatu itu comel, eh comel eh?Apabila aku menggunakan pelbagai ganti nama untuk kawan-kawan aku like kamek-kitak, saya-awak, aku-kau, u'ul-nama mereka apabila berkomunikasi dengan kawan-kawan like?

Nuzul : Ul, kitak ah ka belom?kamek nunggu rah meja iron!
Me : Aok, kamek tengah bersiap la tok. Tunggu lok kitak sia.
Husna : Ul, malam tok saya nunggu awak di kelas kakya kita g practise bahas.
Me : Aok, kelak saya ngagak awak sia.
Erma : Ul, aku marek ada nemu kau rah Choice Mall.
Me : Menakah ma? apa aku sik nangga kau pun?
Queen : U'ul sayang Queen sik?
Me : Mestilah U'ul sayang Queen bah.

More or less macam itulah our conversation, bukan dengan nama yang berada pada contoh di atas sahaja bahkan memang ada kelompok untuk aku berkomunikasi dengan menggunakan ganti nama di atas. Kalau ikut aku punya bahasa di rumah memang guna kamek-kitak and even kawan di sekolah rendah pun begitu. Ehemmm, masa tu kawan dengan lelaki pun pakai kamek-kitak jugak! :P

Bila dah masuk PLKN and then IPG Kampus Rajang, aku kembali menggunakan kamek-kitak. Proper for Sarawakians I guess. Skip! Kawan-kawan di IP memang super cool sebab dekat sini aku ada family even we are at the same age. Ada abang, kakak and adik. For sure dekat sana ada Family of Nak Leput! Kami ni memang satu Malaysia pasal ada Melayu, Cina, Iban, Malanau, Lun Bawang, Kayan, Kenyah. Maaf, batch kami takde yang berbangsa India. Kalau tak, memang dah lengkap la family aku di sana. Lagipun I have no problem to be friend with whoever I met as long as they are willing to be my friends. Masa Class Trip ke KL campus haritu pun banyak jugak kawan yang aku kenal. Semua comel giler dan ramah. Gila-gila macam aku pulak tu. Ada yang ayu + gila. Haisssshh. Alhamdulillah. Seronok dan lagi seronok bila ada Nyawa yang sama macam aku perangainya, Ting!

Love Fahmie Derhan :)


p/s : Comelnya awak semua. Saya sayang awak semua tau! Muahhh. Kalau ada masa nak update pasal pergi Kelantan dan KL two weeks ago. Banyak sangat kenangan. Stay tune babe!! Assalamualaikum and bhye!

Wednesday, December 5, 2012

Salamun salam and a very good days..

SAYA SANGAT SEDIH. WHY MUST PEOPLE MISUNDERSTAND OF OUR CHANGES?