Wednesday, March 5, 2014

Dear My Lovers... (Jawapan pada Persoalan)

Assalamualaikum and Hi!

Wah wah wah, tahukah anda bahawasanya saya tengah buat assignment sekarang dan assignment ini akan dihantar pada pagi Jumaat ni. Lepas  tu, ada pembentangan esok tapi belum dibuat even 1% pun. Isn't it looks cool enough for me? Hahahaha. (Pesanan: Tolong jangan ambik contoh ini. Sungguh tak baik untuk pelajar tapi kalau nak kena hukum, try la sekali. Pastu bagitau saya, best tak buat kerja last minute? Lainlah gengsta macam saya kan? lol)

Kan susah bila orang suka cakap macam saya ni dah melalut! HAHAHA. Okay, back to business.

Ehem!

Saya ada diberitahu oleh assistant (okay ni tipu) saya, yang ada sesetengah daripada awak semua nak tanya soalan and nak chatting pasal Sabar Itu Indah (SII) tapi takda medium untuk kita bersama-sama. As far as I concerned, memang kita serupaaaaaaa, wifi block social networks macam FB, Twitter and sewaktu dengannya. Kalau saya, memang blog je yang tak di block (padahal sebutan sama)! Untuk student U macam saya, social networks only can be access by using wifi after 5. Lepas office hour to be exact! 

Sebenarnya lah kan, saya noob sikit pasal social networks ni. Serius! Bukan noob sikit, noob banyak! Memang saya ada account FB, Twitter, Blog, Hangout, Tumblr, Instagram, Formspring, apa lagi eh? Lupa dah. Tapi, sekadar ikut trend bukan tahu guna pun! Paling lihai pun FB, Insta, Twitter dan blog. Lain-lain cuma sebagai hiasan semata-mata. Jujur saya cakap, paling epic lah bila orang tanya macam mana nak contact saya, saya akan cakap guna email! Yela, dah social networks lain kena block, kenalah skema sikit guna email. HAHAHAHA. Nak bagi phone number, agak payah lah. Hanya orang yang beruntung je yang dapat. Persoalannya beruntung ke? lol. *feeling glamerrrr jap*

Selalu jugaklah saya kena berus oleh F pasal selalu sign up social networks yang pelik-pelik pastu tak tahu guna, pastu kena hack orang, pastu nangis sebab takut, pastu dia tolong, pastu terharu, pastu nak sign up yang baru pastu kena marah balik pastu buat muka kesian pastu tak makan saman pastu dia hanya menggeleng kepala pastu saya sengih. Pastu cuba kira berapa banyak pastu saya guna? Hahahaha. Over!

Lagi satu perangai saya yang perasan cool tapi selalu kena berus lagi sekali bila email saya banyak dan guna passrowd yang macam-macam then bila nak sign up, lupa password. Perasaan toksah cakap lah, mesti marah dan geram bergabung jadi satu and mangsa tetap sama, F! F tolong pecahkan password dan dapat sign in balik. Untungnya dapat orang bijak IT, tapi saya ni kontra dengan dia. So, kalau ikut magnet theory, yang negatif and positif bergabung, mesti lah melekat. And that's me and F! Hahahaha. Alasann!

Soalan Anda.

1. Mana dapat nama Sabar Itu Indah?
Saya pernah cakap (dalam post mana ntah. lupa. haha) saya memang kuat baran dulu. Sekarang, wallahualam, tak tahu dan hanya orang yang dekat dengan saya tahu nak bagi rate dari sabar itu indah - marah itu mudah. So, bila perangai ni datang, ada orang selalu cakap "Sabar Itu Indah, Marah itu Mudah". Cuba teka sapa orang tu? Kalau betul, saya bagi number phone. Hahahaha. Then, benda tu macam melekat tau. Bila marah, ingat balik apa yang orang tu cakap. Alhamdulillah, ada lah berkesan walau 10%. So daripada orang tu lah saya dapat " Sabar Itu Indah ".

2. Sejak bila menulis?
Jawapan cliche bagi seorang Fatin The Gengsta adalah "nikmat pemberian Tuhan sejak azali" Hahahaha. Saya memang minat menulis, dari kecik lagi suka menulis, macam-macam. Mula menulis pada random things. Saya tulis berdasarkan pengalaman, apa yang saya lihat dan juga apa yang saya alami dalam alter ego saya. So apa alter ego? (baca sini) *Amaran: jangan malas baca, kalau tak baca, bila lagi nak belajar benda baru? Hahaha. Nampak tak kuasa bakal cikgu disitu?* Sebenarnya, saya ni chromosome (biology student kalau tak tahu tolong insaf kerana SPM tak lama lagi. Hahahaha) kuat kepada baka daripada Mak. Hence, minat ni saya ambik daripada Mak saya. Saya pun sebenarnya baru tahu tahun lepas sebab masa saya sembunyi menulis dalam bilik, Mak dapat tahu then dia gitau la sebenarnya dia dulu minat menulis. Cuma tak da kesempatan dan peluang. Takpa Mak, ini anak Mak akan penuhi impian dan cita-cita Mak okay. wink wink :p

3. Sapa bagi dorongan letak hasil penulisan dalam blog?
Jawapan paling ringkas: F
Jawapan separa ringkas: Fahmi
Jawapan tak berapa nak panjang tapi boleh lah dikira tepat: Mohd. Fahmi bin Derhan
Jawapan full mark SPM: beliau merupakan seorang teman yang bernama Mohd Fahmi bin Derhan. Mulanya segan nak cakap diri ni suka menulis, kot-kot kena ketawa sebab konon terer la tulis pasal lovey dovey ni padahal masih lagi berhingus, tapi sasaran saya meleset 360 darjah apabila F sarankan saya letak kat blog and share kat orang lepas dia baca Cerpen Kahwin Muda. So bermula tahun lepas lah saya menjinakkan diri  sikit (lol) dalam penulisan dalam blog. Yalah, selalu orang baca rapuan tentang cerita harian saya, sekarang orang bermain dengan imaginasi penulisan saya ditambah dengan nilai-nilai murni yang terselit. Masalahnya, sampai ke tidak mesej sebenar? Hanya anda yang membaca sahaja yang tahu menilai.:p

4. Adakah Em dan Ann itu saya dan F?
Aduhaiii, saya ni siapalah kan? Yang diceritakan dalam SII tu jauh benar dengan siapa saya yang sebenarnya. Tapi, F itu Em versi sayalah. Only me! Aisehmen, nampak tak ketegasan disitu. Mungkin ada satu dua yang saya tulis dalam SII tu ada persamaan dengan saya dan F tapi tak semua. Yang part layan anak and kahwin tu memang taklah. Hahaha. Saya mana ada anak. Anak buah adalah! Tu pun anak buah tumpang. Sebab apa, tengok macam saya suka cakap pasal budak? Sebab saya sukakan budak. They are innocent and cute. Lagi-lagi yang petah bercakap bahasa omputeh, memang buat saya jatuh cinta terus. Tapi kalau budak kecik diajar bahasa arab jugak kan best. Sebab, English can be learn by all children tak kira bangsa dan agama, tapi Arab? Haaa, that is why, we need to equip ourselves with bahasa Arab. Saya mana ada peluang belajar masa sekolah dulu sebab sekolah saya takda ambik Arab. Dah form 2 belajar bahasa arab 1 masa dalam seminggu, guna buku teks arab budak darjah 2. Kesian kan? Takat "kaifa haluka" "ismi Fatin" tahulah. Kalau dah orang cakap memang bunyi macam Pak Arab, saya akan melopong pastu dengan tak malunya tanya, apa maksud yang dia cakap. Hehehe. Malu bertanya sesat jalan, remember? Saya memang salute lah kat orang terer cakap Arab. Masya-Allah, tak payah tengok tafsir Quran kalau mengaji. Ni mengaji pun sekat-sekat, nak faham jauh sekali sebab tak ada basic. Jujur saya cakap, itu saya. Ya, saya tak kisah apa pandangan orang kat saya, tapi itulah saya. Oh ya, kalau awak cakap saya Ann dan F itu Em, memang kelaut. Tapi niat memang nak lah macam tu one day. In sha Allah.

5. Nak buat chat room untuk chit chatting?
Of course saya nak, tapi as what i've mention earlier, saya ni noob. Mangsa yang saya selalu tanya adalah F kalau tak tahu. Fyi, email saya 4000++ saya tak delete mana yang tak berkenaan. Tinggalnya, memang penuh lah email. Nak buang satu-satu memang saya malas lah. Lagi seronok blogwalking, window online shopping dan baca aritcles (entertainment) daripada bukak email 4000++ satu per satu then delete. Saya tak suka benda yang menyusahkan ni. Hahaha. So macam mana? Kalau ada yang nak saya buat email khas untuk SII, boleh tapi guna email ni tak friendly lah. Kena refresh untuk check email masuk. Guna Hangout, saya masih tak berapa pandai. Tapi account saya ada. Just add Google+ saya kat tepi tu. Tapi serius tak tahu guna! hahahha. Tapi, nak buat private discussion or feedback hantar kat email ni,

fateenfahmie@yahoo.com (official email saya yang saya check tiap-tiap hari)

Kalau nak lagi mesra alam, add account ni
Facebook: Fateen Faheen Kamarudin (chat sampai terus reply! Hahaha. Adik adik sekolah tersayang, jangan risau, masa cuti boleh je kita chat kalau sekolah block FB)

Twitter: @FateenKamarudin

Nak jadi stalker gambar harian saya?lol
Instagram: nurulfatinkamarudin

Setakat ni, kalau anonymous yang saya kenal dari blog melalui SII, memang hantar sebarang feedback melalui email di atas. Ada yang komen macam awak semua tengok kat column comment tu pun ada. Saya kan noob, jadi tak tahu nak setting reply bawah komen anda, sudahnya, saya sendiri pegi komen kat update sendiri. Dah kenapa Fatin? Hahahaha

Honestly, saya tak simply approve orang kat FB, so be safe play safe, once you adding me as your friend, do give me a simple message (kan dapat hantar mesej even belum be friend lagi kan?) like Sabar Itu Indah or sewaktu dengannya, so that I'll approve your request without hesitation. Niat saya, kalau dah banyak yng follow SII dan add di FB, saya akan create group SII. So, kita dapat chat dalam group tu privately. Bila private, barulah nampak exclusive sikit kan sebab tak semua orang akan dilayan special. Apa-apa hal, kita boleh bincang sama-sama. Nak bagi idea untuk saya menulis pun saya bagi. 

6. Lepas SII, akan ada cerita lain tak?
Yes! Yes! Yes! Definitely yes sebab saya memang akan sentiasa menulis pada masa lapang dan kalau idea itu ada. Hence, saya minta pendapat awak semua, bila dah confirm buat satu medium untuk kita chat, kita akan buat seperti yang dirancang. Discussion etc. Nak suruh saya buat cerita tentang awak pun boleh, tapi kena tunggu saya betul-betul dapat lah. In sha Allah. Tak pun, selitkan cerita awak dalam idea asal saya. Oh ya, kalau dah ada information pasal group chat kita, add email saya okay. Tak pun FB. Kalau dah ada personal account, kalau tak keberatan, bagi saya details kat email. Email lagi? hahaha. Hanya email yang jadi penyelamat.

7. Selalu update tak untuk setiap part dalam SII?
Depend la. Kalau idea ada, terus update, kalau busy sangat memang ada lambat sikit lah. Bersabarlah sayangs. Hehehe. Sabar itu indah. :)

8. Saya sombong atau peramah?
I can be both. Because it depends on how you treat me and judge me. Tapi saya boleh je blend dengan semua orang. Tak kisah orang Sarawak, orang bukan Sarawak, saya boleh kawan asalkan orang nak. Hahaha. Tengoklah sendiri kat komen tu, orang tanya bahasa Sarawak, saya jawab Sarawak, orang tanya in English, saya jawab guna English, tanya BM baku, saya jawab BM baku. Masuk dalam kandang kambing mengembek, masuk blog saya? HAHAHAHA. Back to question awak, saya sombong? Macam mana tahu saya sombong kalau hanya dengan membaca blog? Peramah? Saya serahkan kepada anda okay. Kalau tak faham komen bahasa Sarawak, gtau saya, nanti saya tolong translate okay?

9. Bila free? Bulan 4 dapat lepak kat Starbucks tak?
Saya senang je. Budak sekolah cuti, saya cutilah. Bakal cikgu kan? Hehehehe. Alasan memang nak mintak sebijik! :p Tapi April 2014 adalah April yang paling busy buat saya. Banyak aktiviti dan assignment kena hantar. So nak balik Kuching 6 jam guna bas dari IP saya, memang mustahil lah. Saya kat area Sibu. Nak ke Kuching memang jauh kalau balik hujung minggu. Kita jumpa masa cuti sekolah nak? Family saya conservative sikit, (sapa tak tahu konservatif sila carik maksud dalam kamus dewan) jadi untuk parents saya lepaskan saya merayau ke tempat orang sesuka hati, memang agak tipis. Saya pun jenis anak yang jarang bertemu parents jadi memang cuti jadi PA mak saya je lah kat kampung. Tapi, kalau dari kampung ke Kuching dekat je kalau nak jumpa. Tinggal bagitau je,senang sikit nak bagitahu parents. Lagipun Kuching banyak saudara mara yang ada. Taklah parents saya risau sangat. Let say ada yang tertanya kenapa saya jarang bertemu parents? Saya dari darjah 6 dah berjauhan dengan family sebab duduk asrama. Dari form 1 sampai form 5 duduk asrama sebab sekolah berasrama penuh. Cuti panjang je balik kampung. Masa tu lah drama air mata berlaku. Hahaha. Lepas SPM saya PLKN then lepas tu saya kerja. Memang tak bersama family lah. Lepas kerja 2 bulan dapat tawaran sambung belajar dan tinggal lagi kat asrama sampailah sekarang. Kesian kan? Tapi jihad! Nak bahagiakan orang tua, berkorban lah walaupun ada kalanya saya mengeluh sebab tak beruntung macam kawan lain. Sebab tulah, ibu bapa masih ada, hargailah! Tolonglah hargai pengorbanan mereka, bahagiakan mereka. Walaupun ada boypren gepren sekalipun, jangan pernah ketepikan parents kita! Seriously, awak bukan geng saya kalau awak tak sayang parents awak. Hehehehe :') (yang duduk kat asrama, mohon ambik phone dan call mak anda! Ingat Kakak Pateen tak tahu, awak bawak phone? heyyy, 5 tahun tau saya duduk asrama. Tak da maknanya nak guna public phone! Henpon mesti ada dalam poket kurung awak sekarang kan? Haaaaaaaa! Kita serupa! tapi pandai-pandailah simpan dan guna dengan sebaiknya ya. Kalau masa belajar pun texting dengan boypren gepren memang saya sarankan warden/cikgu rampas phone awak. Hahaha)


p/s: Kalau memang dah wujud ruangan chat untuk Group SII, bagi tahu saya okay. Ada surprise. Apa surprise? Adalaaaaaaaa, surprise kan? Mana boleh bagitahu. Any further inquiry based on SII email tau untuk masa sekarang. Jawapan untuk beberapa soalan ini adalah soalan daripada Johoreans yang tanya melalui orang tengah. So dah clear or masih lagi kurang faham? Hehehe. Tanya je, in sha Allah saya akan balas sepantas kilat. Komen kat bawah pun boleh! Dialu-alukan.



Till then. Have a great day ahead loves. Assalamualaikum and hugs. xx (sorry kalau ada typo. tak check balik. hehehe )

*Switching mode: Typing assignment. Yawn!*

No comments: