Saturday, November 9, 2013

Bila teman sepermainan nak jadi bini orang....

Assalamualaikum and Hi!

Okay belajar Phonetics memang boleh buat lidah terseliuh. So, paused jap! :p

Anyway, awal bulan Disember nanti or to be specific,on 8th December 2013, akan ada walimatul urus saya..
-
-
-
-
-
Punya teman sepermainan sejak dari kecil lagi. Alhamdulillah. Barakalllahulakuma...

Jadi, selaku orang yang paling seronok dan sakai, saya akan siap awal-awal sebab nak tolong bakal bini orang. Teehee. Semalam, we chatted at Facebook and berkomen-komen kat status. Recalling those days. Tiba-tiba rasa sedih dan rindu. Dari kecik kami bersama-sama walau macam mana pun. Masa dia tunang, saya tak dapat datang. Lagilah sedih kan. Tapi, in sha Allah masa kahwin nanti saya datang sebab memang dah cuti dah! Yeay! ;)

Balik minggu depan dah janji dah nak keluar sama dan dia akan meninggalkan si Tunang bersama F meanwhile, we will enjoy our time together. Hahahaha. Before jadi bini orang, menganjing lah dulu sekejap kan. Nanti dah kemana-mana mesti dengan Suami. LOLOLOL. Sounds cheesy lah cakap pasal teman sehingusan masa kecik nak kahwin! Tapi dia dah 21 tahun. Matang Jaya dah pun! ihiks

Last night, I cried! Sedih lah sebab takda teman nak menganjing sama kalau balik kampung nanti. Even masih ada pun it would be different. Kat kampung pun memang rapat dengan dia. Yang lain rapat suam-suam kuku. Hehehehehe. Ada pulak macam tu kan Fatin? Dia ni kira sepupu Mak, tapi jadi kawan baik sebab beza umur kami pun setahun. Dulu kami ada 3 orang geng masa sekolah rendah. My sister, Dia and Me. Ada trademark sendiri lagi tu. Dia a bit boyish dulu, tapi tengoklah kan, dia yang first jadi bini orang among the three of us. Kira geng mereng saya dengan Along la dia ni. 

Masa kecik, selalu main tanah untuk buat rumah, main guli bawah rumah Atok, main tingting, main air pasang kat depan rumah, duduk kat wharf depan rumah Atok, kadang-kadang duduk kat bot nelayan Atok sambil tangkap udang. - Ni semua suasana kampung saya. Kat pesisir sungai. Kita orang pernah jugak pegi ambik air bukit kat kampung Iban sama-sama, pernah main kejar-kejar, main masak-masak. Mandi sama-sama kat tangki air Atok. Sedih tahu? Dekat komen status FB ada jugak cakap macam ni semalam, pastu dia terus cakap alaaaa, macam sedih and terus rasa taknak. Hehehehe. Biasalah perempuan. Nanti okay lah kan.

Kami pun suka karoks sama-sama kalau kat rumah sapa-sapa sekalipun. Dia pergi rumah saya or saya pergi rumah dia- tetap sama, tetap menggila, tetap menganjing dan suka la sangat berteriak sana sini. 

p/s: Kindoi, I love you. Jadilah ister yang solehah kepada Ijam. Barakallah. Cepat-cepat ada anak okay. Sebab anakmu pasti akan menjadi cousinku dan akan menjadi teman gilaku in future. Hugs and kisses :*


Till then, jom belajar semula. (Hidup jadi student ni kan, memang hari-hari kena mengopi. Even kopi tak bagus, kopi jugak lah yang menjadi pilihan zaman berzaman. Gittew!) Assalamualaikum and have a great day ahead fellas. :)

No comments: