Saturday, June 30, 2012

Perspektif Aku tentang " Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya"

Salamun salam and a very good days.. Kan aku dah kata, kalau mood nak update blog tu ada, memang 2 3 hari berturut-turut la update blog, dahtu invisible lagi kan? Haha. Jangan pernah merindui aku kerana aku percaya memang takde pun yang nak rindu kat aku. Well, hari ini aku nak cakap tentang benda cintun lagi. Memang dah dapat title Dr. Love dah pun. :)

From my point of view, perkahwinan ini sesuatu yang amat menyeronokkan kalau orang tu paham makna sebenar kenapa perlu berkahwin. Memang kita selalu dengar quote ni, perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Aku support benda ni 100%. Ada banyak sebab dan situasi yang berlaku menjadikan aku  support quote ni. 

Kisah Satu
Kalau lelaki itu sebelum kahwin dia gengsta  dan si perempuan ni memang sorang yang baik dan boleh buat bini. Hatta, mereka kahwin, aku masih kata perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Sebab, perempuan ini yang akan membentuk si lelaki ini dan sedikit semi sedikit si gengsta  ini akan berubah ke landasan yang disyariatkan iaitu jadi budak baik. Kan betul, lelaki ini mana ada jahat lagi sebab dia dah berubah jadi sorang yang baik. Vice versa.

Kisah Dua
Dalam tempoh perkenalan seseorang dengan pasangannya, mesti ada satu proses perubahan secara evolusi. Tak pun satu je yang berubah. I mean, ke arah kebaikan. Semua ibu bapa nakkan jodoh yang terbaik buat anak mereka, yang mampu mendidik ke arah jalan yang diredhai. Bagi pasangan yang memiliki sifat yang opposite (sorang baik sorang tak berapa nak baik), di sinilah proses perubahan itu berlaku. Macam aku kata dalam entry before ni, bagi menjamin kebahagiaan restu ibu bapa juga diperlukan selepas mendapat restu Allah. Nak berkomromi dengan each other supaya dapat kahwin ni, yang sikap tak berapa nak baik tu lah yang perlu menjalani proses perubahan. Yang pasangan baik ini yang perlu tolong agar mereka dapat bersama. Nah, kalau dah berubah jadi baik itulah yang buat mak ayah berkenan tau. Hehe. Kasi green light anak dara dia kahwin dengan anak lelaki orang. Bagi ibu bapa kita kalau kaum Hawa nikan, susah bebeno la nak lepaskan anak mereka kahwin apatah lagi dengan lelaki yang tak nampak ciri-ciri pemimpin yang boleh mendidik anak mereka. So, moral bagi kisah kedua ini adalah, perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Tak paham eh? Cara dia sama je dengan kisah satu tapi situasi dia berbeza tau awak.

Kisah Tiga
Awak-awak yang baca blog ni masih lagi tak setuju dengan pandangan saya tentang perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya, ini adalah kisah yang seterusnya. Hehehe, nak yakin kan lah kata-kata ini memang ada benarnya. Kalau awak kata, "eh, kat lua sana dah kahwin pun lelaki buat perangai lagi. Pegi melepak kat kedai kopi balik pukul 3 pagi anak bini tak hirau. Ada pulak yang main kayu 3 kayu 4 kayu 5." Well, kita ada kepercayaan, ada agama, ada Allah untuk mengadu dan berdoa. Doa seorang yang bernama ibu dan isteri ini memang ajaib. Percayalah. Apatah lagi kalau dia berada dalam kedudukan seperti ini. Tiba-tiba satu hari nanti suami dia berubah kan? Takpun tegurlah degan cara yang disuruh. Siapa cakap isteri takleh tegur suami kalau dah tahu ada salah. Kita ada hukum dalam agama kan? Kalau dah suami pagi pelempang semata-mata kerana taknak terima isteri bagi teguran dengan tujuan keharmonian rumahtangga tu, buatlah apa yang patut dan rujuklah dengan mereka yang lebih arif tentang hukum hakam ini. But, if the husband changed, Alhamdulillah, dia dah berubah jadi seorang yang baik untuk memimpin keluarga. Kan betul aku kata perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. Allah sentiasa bagi peluang kepada hambaNya untuk berubah. (kalau ada awak-awak cakap kenapa bagi contoh suami, ingat suami je lah yang buat salah, perempuan tak ke? Emm, takdela, begitulah sebaliknya. Kalau isteri pulak yang buat perangai, so vice versa again okay. No gender bias here!)

Okayla, itula perspektif aku tentang quote ini "perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya". Wallahualam. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah punya sebab kenapa sesuatu itu terjadi. Syukran Ya Allah kerana memberi aku kesedaran ini pada usia yang begitu muda dan mentah untuk cakap perihal ini. Pengalaman banyak memtangkan aku sebagai musaffir. Assalamualaikum. <----entry kali ini memang Islamic habiss aa bagi aku yang brutal. But I have مانع.

No comments: