Tuesday, February 25, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 6)

Assalamualaikum and Hi!

Saya janji nak update Part 6 hujung minggu kan, tapi postponed dua hari. Maaf sayangs. Enjoy reading and don't forget to leave your comment below alright? 

Seperti yang dijanjikan jugak, Sofea ada muncul. Coz I miss Sofea like you too. Weehee. Saya tak janji akan upload part 7 secepat yang saya mampu sebab saya makin hari makin busy. Saya dah mula terikat dengan satu lagi tanggungjawab which is Setiausaha Biro Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Orang bawah-bawah pun busy jugak nanti. Trust me! HAHAHAHA *lap hingus*





Tanggungjawab itu sahutlah. Susah akan jadi mudah kalau ikhlas. In sha Allah. May Allah ease everything. Dengan assignments, business, writing, English Festival (coordinator storytelling booth) dan sama waktu dengannya. Ayuh sertai saya menangis. *lap air mata* HAHAHA. 

Well, inilah hakikat dunia. Wallahualam.



-------------------------------------------

“Sofea darling, kenapa ni?” Sofea yang dari tadi menangis masih tidak mahu dipujuk. Lepas makan tadi dia mula meragam dan yang dia sebut cuma “Where’s Daddy?”. Umi dan Abah memang sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Tak pernah-pernah Sofea buat perangai macam ini. Sudahlah dia baru sahaja discharged daripada hospital dan dihantar oleh Izzah dan Hazwan. Balik-balik Sofea terus buat perangai.

“Sayang.. saya tak dapat balik. Meeting masih lagi jalan and I’m pretty sure meeting ni habis paling awal pun by 8. And tomorrow kena follow up dengan HQ pasal hal meeting ni. Saya tengok flight dalam pukul 9 malam ke atas memang full. Hairan pulak late flight pun sold out.” Sewaktu seronok berborak dengan Izzah sementara menunggu keputusan daripada doktor memebenarkannya pulang petang itu, Em menelefon cakap tak dapat balik. Bohong lah kalau dia cakap dia tak kecewa, kerana dia menunggu si suami untuk membawanya pulang, tapi apa boleh buat. Keputusan untuk menghadiri mesyuarat itu pun dia yang buat. Dia faham, tugas Em memerlukana Em pada masa itu. Lagipun dia ada Umi, Abah, Izzah dan orang sekeliling menjaganya.

“Daddy..” Sofea tunjuk muka kesian depan Ann membuatkan ingatannya tentang panggilan si suami serta-merta hilang. Kasihan melihat si anak yang menangis nakkan ayahnya padahal si ayah tak dapat balik. Kalau tak payah menyeberang Laut China Selatan, memang sanggup Em balik driving jauh-jauh semata-mata mahu berjumpa isteri dan anaknya. Walaupun hanya 24 jam berjauhan, serius dia taknak. Malam tidur sorang-sorang Em tak ada di sebelah, lagilah tak seronok. Nak peluk bantal, mana ada feeling.

Ann mengambil ipad di tepi katil biliknya. Sofea yang masuh lagi menangis dipujuk Umi yang sudah berada di hujung bilik dipandang. Umi cakap cara Sofea marah-marah sebijik dia masa kecil dulu. Kalau marah-marah, nangis dekat bahagian tersorok sampai tertidur. Umi tak tahu, sekarang pun perangai itu masih ada lagi. Kalau tak, tak mungkin Em jumpa dia tertidur dekat tepi tangga di rumah mereka sewaktu bergaduh tentang hal pelajaran dia tak lama dulu.

Sayang, free dah sekarang?

Pendek saja mesej yang dihantar kepada suami. Takut, kalau-kalau Em masih lagi berada dalam bilik mesyuarat terganggu kalau dia cakap Sofea nangis cari Daddy kesayangan. Sofea kan Daddy’s girl. Apatah lagi seharian tak jumpa Daddy, mestilah kerja nak mencari. Ann cemburu? Memang taklah! Bahagia rasa lihat orang yang disayangi dimanja dan memanjakan mereka sesama sendiri dan yang penting, Sofea pun Mommy’s girl!

Tidak lama selepas itu, bunyi panggilan dalam Skype Ann berbunyi. Ann tersenyum. Nampaknya Daddy pun mesti mencari anak dia. Selesai menjawab salam si suami, Em terus bertanya kerana hairan mendengar bunyi Sofea menangis.

“Someone is trying to throw the tantrum, Sayang. Your girl, tiba-tiba cranky. Asyik cakap where’s Daddy dari tadi. Tu yang mengamuk.” Ann menjawab pertanyaan suaminya.

“Sofea.. Hi honey, Daddy’s here!” Em terus memanggil si anak apabila Ann menghalakan kamera pada ipad ke arah Sofea yang masih lagi dipujuk Umi. Umi yang nampak lega apabila Sofea berlari ke arah Ann terus keluar daripada bilik untuk memberi laluan kepada mereka anak-beranak untuk melepas rindu.

“Daddy. Come.. come, it’s Pocoyo now!” Dalam tangis yang masih lagi bersisa, dia buat mukaddimah dialog dengan Em dengan ayat yang catchy. Seharian merajuk cari Em semata-mata nak ajak Em tengok kartun Pocoyo. Dah kenapa, Ann tak dapat nak tengok kartun ke? Abah dan Umi memang akan layan kalau itu yang Sofea rajukkan. Tapi, kenapa si anak nak si ayahnya juga yang temankan?

“Aik, your girl nangis sebab nak tengok Pocoyo? Susah sangat nak cakap dengan Mommy nak tengok Pocoyo ke?” Belum sempat Em menjawab, Ann dah bagi komen. Sofea diletakkan di atas katil. Maaflah, ipad dah bertukar tangan. Gaya Sofea tengok skrin ipad macam tengah tengok Barbie, padahal sekarang ni dia sendiri tengok muka bapak Barbie full screen kat ipad. Em ketawa.

“Daddy jaga rumah sayang. There’s no one here. Nanti all your Barbie dolls hilang orang ambik. Daddy kan Superman. Always keep you and Mommy safe. Tengok Pocoyo dengan Mamatok and Babatok alright? Sofea jaga Mommy. Mommy needs to sleep early. Jangan nakal please.” Satu per satu pesanan Em didengari Sofea. Ann hanya memerhati. Takkan Em nak cakap dia tengah kerja, nanti tak pasal-pasal anak suruh balik dia nak jawab apa?

“Okay Daddy. Mommy rest.” Sofea Tarik tangan Ann ke tengah katil dan memaksa Ann untuk baring bersamanya memandang wajah di skrin ipad. Tapi selepas itu si anak terus cakap I love you dengan Em dan mencium skrin ipad. Seketika kemudian, comforter ditarik menutup sebahagian badan Ann dan dia terus mencium dahi Ann. Turun katil, terus jerit panggil Babatok ajak tengok Pocoyo. Ann dan Em sama-sama ketawa. Sekejap sahaja Em ambil hati si anak terus hilang rajuk.

“Anak you.” Ann bagi komen dan ketawa lagi.

No, anak kita. If it’s only me, then there’s no Sofea. If it’s only you, then there’s no Sofea as well. It’s me and you barulah ada Sofea. And in sha Allah, more to come.” Tengok, Em pantang ada kesempatan. Suka nak naik daun. Ann layan saja.

“10 kids kan? Baru masuk 2 ni. 8 more to go.” Ann bagi semangat pada si suami. Makin seronok Em ketawa apabila dikenakan semula oleh Ann.

“Yalah kan? 1 team bola. Tapi dah mix macam ni saya ambik 1 team futsal je lah. 5 orang laki. Lagi 5 orang perempuan tolong awak kat dapur.” Em siap kenyit-kenyit mata lagi bila cakap cadangan dia yang pada hemahnya sangatlah logik, tapi kalau takdir cakap 6 perempuan 4 lelaki, mana nak ikut plan.

Kalau ikut perancangan mereka, paling banyak pun anak 4 orang yang mereka nakkan. Bukan sebab menolak rezeki, tapi Em dan Ann sendiri takut sekiranya mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka kelak. Apatah lagi mereka berdua sama-sama ibu bapa moden dan berkerjaya. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sekiranya tertulis anak mereka lebih daripada 4 orang sekalipun, mereka tetap menerima rezeki yang tidak mampu dimiliki oleh semua pasangan yang berkahwin. Untuk menolak rezeki yang satu itu, mereka tidak akan mungkin melakukannya kerana Ann dan Em memang sukakan kanak-kanak.

Selesai menghabiskan beberapa minit “facetime” dengan Em tanpa gangguan Sofea, Ann terus keluar mencari kelibat si anak. Rupanya si anak layan Pocoyo depan TV dengan Mamatok dan Babatoknya. Patutnya sekarang masa Umi dan Abah tengok rancangan TV kegemaran, tapi demi cucu kesayangan, layan saja tengok kartun. Lama dia memerhati Sofea yang berbaring di atas karpet manakala Umi dan Abah duduk di atas kerusi depan TV.

“..Laa, dah tidur dah kawan Pocoyo ni rupa-rupanya.” Ann ketawa kerana Umi dan Abah masih lagi khusyuk memahami jalan cerita Pocoyo di TV padahal Sofea dah hanyut dibuai mimpi.

“Sofea dah makan ke Umi?” Ann takut si anak yang sudah tidur belum makan. Nanti tengah-tengah malam boleh saja dia nak buat drama lagi. Tapi drama perut lapar minta diisi.

“Dah, dia dah makan dengan Abah dengan Umi lepas Ann makan tadi. Pergilah masuk bilik dulu, nanti Abah bawak Sofea masuk dalam bilik.” Umi menjawab sambil mata masih lagi terarah pada TV. Takkan Umi dan Abah tak tukar channel lagi walaupun Sofea dah tidur. Jangan cakap Umi dan Abah dah mula jatuh suka dengan Pocoyo sudahlah. Ann terus ke dapur selepas mengemas bilik tidur. Doktor cakap jangan banyak bergerak, dia tak dapat duduk diam. Tambahan sekarang perutnya lapar semula, kenalah jadi tikus di dapur cari apa-apa yang patut dimakannya.

Malam itu Sofea tidur peluk baju Em sebab dalam tidur pun masih mengigau cari Daddy. Nasib baik dia masih lagi berjaga membaca buku di tepi Sofea. Cepat-cepat dia ambil baju yang telah dipakai Em yang diletakkan si suami di atas sofa bilik. Nasib baiklah Umi tak tolong kutip dan cuci. Ada juga bau badan si suami untuk mengubat rindu dia dan Sofea malam itu.  Dah si anak nyenyak semula, tiba-tiba Ann pula yang mencari. Mencari bantal yang tak mungkin didapati di mana-mana. Dengan perlahan, baju yang telah dipakai Em yang dipeluk oleh Sofea diambilnya dan digantikan dengan baju Em yang baru.

Sorry Sofea sayang, Mommy pun rindu Daddy. Lagi rindu dari Sofea. And you my Love, I miss you.


Jam yang baru menunjukkan pukul 11 malam dilihat. Bila anak dan isteri tidak ada bersama, waktu yang awal pun dilihat macam lambat sangat berlalu. Selalunya masa begini dia dan Ann akan dating dekat bilik kerja. Ann dengan hobinya, online shopping ataupun baca artikel-artikel yang diminati dan dia sedang menyiapkan kerja yang tidak dapat disiapkan di pejabat. Sekarang ni, nak aturkan semula kertas pembentangan untuk mesyarat pun dia tak ada feeling. Sudahlah dia minum 2 gelas nescafe bujang dekat kaunter dapur tadi, memang confirm lah dia takkan dapat lelap mata.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik khas mereka. Ingin mencuba nasib, mana tahu masanya dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dia yang jadi forever alone malam itu. Sasarannya ada dua iaitu jamming atau main PS3. Suis lampu bilik dibuka dan Em menghempas badannya di atas sofa L-shaped di hadapan home theatre. Tengok gitar dan PS3 dia sendiri pun tak ada nafsu nak main. Sudahnya, matanya hanya memandang siling. Kosong.

Baru sahaja dia hendak melayan perasaan, baru dia teringatkan album gambar yang diletakkan Ann di bawah meja selepas sama-sama membelek gambar lama mereka sebelum terbang ke Sarawak beberapa hari lepas. Tangannya yang disilangkan dan dijadikan bantal di belakang kepala turun mengambil satu daripada  album di bawah meja itu.

Tersenyum sorang Em tatkala melihat satu per satu gambar di dalam album. Namun, matanya lebih tertarik melihat gambarnya dan Ann sewaktu mereka mula-mula berkahwin dulu. Ann yang nakal, Ann yang happy-go-lucky, Ann yang manja, Ann yang sensitif, Ann yang kuat merajuk dan Ann yang adakalanya baran melampau. Bukan bermaksud sekarang Ann sudah berubah 360 darjah, tapi Ann banyak belajar daripada pengalaman dan masalah mereka awal-awal dulu. Bagi Em, Ann masih lagi nakal, happy-go-lucky dan manja, tapi barannya sahaja yang semakin berkurang sekarang. Betullah kata orang tua mereka, mesti ada seorang dalam pasangan itu yang beralah. Dalam hubungan mereka, Em memang banyak bersabar melayan apa-apa sahaja karenah Ann.

Itulah tugas sebagai ketua keluarga, membetulkan apa yang patut diperbetulkan. Bukan duduk diam pejam mata lihat kesalahan yang dilakukan. Tapi, tidak pernah sekalipun dia menyakiti isterinya walaupun dahulu Ann lebih suka ikut kepala sendiri. Maklum sahaja, kahwin dalam usia muda dan masih lagi mahu bersosial, pasti susah bagi Ann menerima keadaan baru mereka dan terikat dengan keputusan dan arahan daripada suami.

Tangannya mengusap gambar Ann duduk dan kepala disandarkan di dadanya sewaktu menemani Ann makan aiskrim selepas Ann merajuk. Dia perasan, perangai Sofea sebijik Ann sewaktu awal perkahwinan mereka. Kalau menangis dan sedih mesti bagi perhatian 101% barulah okay.


“Saya nak keluar dengan kawan-kawan saya.” Ann masih lagi berkeras dengan niatnya mahu keluar bersama rakan-rakannya. Em pura-pura sibuk depan laptop sebab tak mahu si isteri keluar. Kalau pergi shopping, dia boleh benarkan dan serahkan terus kad kredit dengan Ann. Tapi si isteri nak luangkan masa dengan kawan tengok orang buat jamming dekat tempat terbuka memang taklah! Nak biarkan si isteri kena usik orang, rapat-rapat dengan orang yang entah macam mana perangainya.

Baru sahaja dia dengar kawan dia cakap, dekat kawasan macam itulah macam-macam boleh jadi. Pickpocket, pusher, orang raba-raba orang sebarangan dan gaduh memang selalunya berlaku dekat tempat macam itu. Nak benarkan isteri pergi ke tempat macam itu macam dah tak sayangkan isteri bagi Em. Kalau biarkan Ann pergi ke tempat itu seolah-olah dia bagi free dengan orang tengok isterinya.

“No.” Em pandang isterinya dengan muka serius. Ann makin bengang.

“Bukan lama pun!” suara Ann naik satu oktaf. Em bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah isterinya. Tangan isteri yang memegang telefon diambil dan telefon diletakkan di atas meja. Nanti silap hari bulan, baran Ann datang, boleh saja telefon jadi mangsa lontaran si isteri.

“Jangan sayang. Kalau saya tak benarkan tentu ada sebab. Pergi shopping yes but bukan keluar saja-saja dekat tempat open macam tu. Bahaya. Anything can happen.” Em memandang isterinya tepat dimatanya. Melihat riak muka Ann yang berubah daripada marah kepada orang yang mahu menangis membuatkan Em memeluk isterinya. Belakang Ann diusap perlahan.

Dia dapat tahu yang Ann tengah menangis kerana esakan Ann jelas saja ditelinganya.

Hey munchkin, jangan nangis! Sebab saya sayang awak dan nak jaga awak lah saya tak benarkan awak ke sana.” Tangan Em sebelah melepaskan tote bag di bahu Ann.

“Kenapa kawan saya semua dapat keluar and nothing happen. Please let me go for a few hours. Then, I’ll come back here.” Ann mula menghentak kaki gaya seperti budak kecil merajuk. Em menggelengkan kepalanya melihat reaksi Ann. Selangkah Ann berundur, selangkah dia ke depan mendekati si isteri. Hanya beberapa inci dekat dengan Ann barulah dia menarik kedua-dua lengan si isteri. Badan Ann ditarik dekat dan kepalanya menunduk memandang si isteri yang masih lagi menangis. Dahi mereka bertemu.

“Nak jadi isteri yang taat dan baik atau isteri yang taknak dengar nasihat suami? Sayang pilih satu je. Only then, I’ll make the decision either to let you go out or stay with me.” Tangannya mengelap air mata yang mengalir di pipi isteri yang sudah menangis teresak-esak. Tipikal Ann. Kalau nak buat dia kalah adalah dengan air mata. Mudah sahaja si isteri menangis yang membuatkan Em sendiri  mudah untuk beralah. Tapi untuk hal yang satu ini, dia tak mahu beralah. Ann perlu dipujuk tapi bukan dengan cara mengasari isterinya.

“Taat..” jawab Ann perlahan setelah lama diam.

“Then, stay with me. Layan suami lagi banyak pahala daripada ikut kawan-kawan pergi tempat macam tu sayang. Trust me, saya rasa tak selamat nak benarkan awak ke sana.” Pipi Ann dipegangnya.

Ann menangis di dada suaminya. Susah untuk dia membiasakan dirinya dengan cara baru. Dulu, dia bebas untuk kemana-mana tanpa sekatan seperti Em. Umi dan Abah memang risaukan keselamatan dia, tapi dia selalu cakap dia boleh menjaga dirinya. Dengan Em, dia susah untuk melihat kepercayaan begitu mudah untuk Em berikan kepadanya.

“Salahkah kalau saya nak keluar walaupun sekejap?” Dia masih lagi mencuba nasib memujuk suaminya. Tapi Em diam sehingga Ann mengangkat kepala untuk melihat wajah suaminya. Tenang, seperti tiada apa-apa berlaku antara mereka. Lama Ann mendongak memandang wajah Em sehingga Em tersenyum dan mengangkat keningnya.

The answer is no. You can’t go out darling. But.. let me make you feel better.” Lengan Ann ditarik menuju keluar daripada pintu bilik. Tapi Ann tidak berganjak dan masih lagi tayang muka kesian.

“… Okay fine.” Em berpaling ke arah isterinya semula dan mencempung Ann keluar daripada bilik.

“Taknak lah!” Ann berusaha untuk turun dan menolak badan Em. Semakin Ann berusaha mahu turun, semakin kuat dia memegang badan isterinya sewaktu mencempung isterinya menuju ke bilik kerja mereka.

“Sayang, stay! Nanti jatuh. Kalau tak, saya buat lebih-lebih nanti.” Em terpaksa menggunakan cara mengugut kepada Ann. Ayat terakhir Em buat Ann kecut perut. Sudahnya, dia terpaksa membiarkan Em mencempungnya menuju ke bilik kerja mereka. Ann diletakkan di atas kerusi Cleopatra dan cepat-cepat Em tunjuk muka “jangan lari” sambil dia sibuk menaip sesuatu pada laptop di hadapan mereka.

“…Come here.” Arah Em dan membawa Ann dekat kepadanya. Ann hanya menurut. Tapi masih lagi diam. Laptop mula dibawa ke atas atas ribanya dan tangan sebelah memeluk bahu si isteri, membawa Ann dekat dengan badannya.

“Online shopping?!” Ann tunjuk muka gembira. Hilang sudah muka sedih apabila melihat beberapa website online shopping terpampang di hadapan skrin. Selalunya Em bising bila dia nak buat online shopping sebab, dia bukan nak beli sebarang barang. Angka pun mencecah ratusan ringgit. Tapi kali ini, umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Bukan dekat satu website. Tapi tiga!

Promise me, tak lebih daripada dua barang. Sebagai upah sayang tak jadi keluar. Tapi kena bagitahu saya apa pilihan sayang. Jangan pulak beli yang bukan-bukan.” Faham benar Ann maksud yang bukan-bukan daripada suaminya. Pakaian bukan pakaian sembarangan, yang boleh dedahkan apa yang tak patut didedahkan.

“Really? Yeay!! Alright saya akan pilih apa yang sayang luluskan!” Ann memeluk suaminya sebelum mengambil laptop di atas riba suaminya.

“Demi isteri, pejam mata sajalah tengok bil hujung bulan ini..” Em mampu berkata dalam hati. Dia tersenyum melihat Ann. Kepala isterinya digosok perlahan selepas Ann membuka tudung yang tadinya masih lagi terpasang di kepala.

Sejam isterinya memandang skrin laptop melihat pelbagai jenis barang tapi masih belum satu pun yang Ann pilih. Macam-macam ekspresi yang ditunjukkan oleh Ann, sekejap tersenyum, berubah kepada serius dan ada kalanya, mulut si isteri muncung.

“Sayangg..” Ann pandang wajah suaminya. Em mengangkat kening.

“Which one you want?” tangan naik membetulkan rambut isterinya yang menutupi mata.

“I want ice-cream.” Jawapan Ann membuatkan Em ketawa. Ann buat-buat merajuk.

“Ada jual aiskrim online eh? Mana? Mana?” Em melihat pada skrin laptop di depan isterinya. Tapi Ann lebih dahulu menutup laptop dan meletakkan di atas meja di depan mereka.

“Saya nak makan ice-cream. Tak ada yang berkenan pun. These online shops haven’t release their new stocks. Yang lama pun banyak tak berkenan and flat shoe yang saya tunjuk tadi pun tak restock lagi. Boring lah!”

“Oh okay then. Kat fridge tak ada ice-cream sayang. So?”

“So.. kita makan ice-cream lah jom! Kat luar. I don’t want Baskin Robbins, Iglool dan Tutti Frutti. Saya nak ice-cream goreng!”

“Hah? Ada ice-cream goreng? Mana nak dapat?”

Ann mula bangkit daripada kerusi dan mula memakai semula tudung yang telah dibukanya tadi. Selesai dia berkemas ala kadar, tangan Em ditarik. Sudahnya petang itu, mereka duduk di sebuah taman dan memerhatikan orang sekeliling dan melayan Ann makan aiskrim.

Bunyi panggilan skype di ipad mematikan lamunan Em. Panggilan diangkat apabila melihat nama akaun skype isterinya tertera di skrin ipad.

“I cannot sleep. I need you. I even hug your shirt but I still need you.” Muka Ann dilihat dengan perasaan rindu. “Me neither..” kata Em dalam hatinya. Kalau nak jawab macam itu, tentulah makin susah sebab isterinya pasti akan sedih.

“Sabar sayangg. Esok I’ll come back to see you and our little one okay. Right after I finish my meeting, saya terus ambik flight yang terawal. Go to sleep please.” Skrin ipad diusapnya seolah-olah sedang mengusap muka si isteri.

“Tidurkan saya..” pinta Ann lagi.

“Okay. Just close your eyes. Imagine that I’m beside you. Just put your ipad on the table next to you. It’s not good to sleep with your gadget besides you, young Mommy.” Arahan Em dituruti apabila Ann melakukan seperti apa yang diarahkan oleh suaminya. Matanya tak lepas memandang skrin seolah-olah tidur bertentang mata dengan Em seperti selalu.

Lama dia memerhatikan isterinya yang memejam mata seolah-olah memaksa dirinya untuk tidur. Sofea yang berada di sebelah Ann turut diperhatikan. Si anak sedang memeluk bajunya sama seperti si ibu. Ann tersenyum. Kedua-dua insan yang disayanginya dilayan dengan manja sehingga ke tahap tidak dapat berjauhan kerana terbiasa bersama-sama. Setelah memastikan Ann benar-benar tidur barulah dia memutuskan talian di ipad.

Album ditutup semula dan langkah diatur menuju ke ruang dapur. Baru nak makan malam pada pukul 1 pagi. Kalau Ann tahu mesti Ann akan bising-bising kerana dia sibuk bekerja sehingga lupa makan. Nasib baiklah dia sudah solat Isyak sewaktu habis mesyuarat tadi. Selepas makan nanti, dia mahu menyiapkan semula pembentangan yang terbengkalai untuk sambungan mesyuarat esok. Sesibuk-sibuk dia memegang jawatan tinggi di tempat kerja, Em tidak pernah mengetepikan keluarganya. Baginya, kerja boleh dicari, harta bernilai iaitu isteri dan anaknya memang tidak ada pengganti sampai bila-bila. Sebab itulah dia mahu menghabiskan kekusutan di tempat kerja secepat mungkin sebelum kembali bersama semula dengan keluarganya esok.


Tiba sahaja di rumah keluarga mertuanya petang itu, Sofea terus tunjuk perangai semula. Sudahnya, niat hendak berehat di rumah ditolak ke tepi. Umi cakap Sofea nak “swim” sewaktu dia keluar dari bilik melihat si anak menangis didukung oleh Mamatoknya.

Kunci apartmen mereka yang lama ditinggalkan, diambil. Nasib baiklah apartmen mereka di Kuching mempunyai kawasan kolam renang untuk sesiapa sahaja yang tinggal di situ. Sewaktu dia mengejutkan si isteri yang tidur di katil untuk membawa Sofea berenang, Ann terus bangun.

“Sayang, saya pun nak ikut.” Ann mula turun daripada katil tetapi ditahan oleh Em.

“No sayang. Awak rehat dulu puas-puas. Kan tak boleh banyak gerak lepas keluar dari hospital semalam. Bagi Sofea bonding time dengan saya dulu okay?” Em memegang tangan isterinya.

“Alaa, saya bukan nak ikut berenang pun. Saya duduk temankan awak dengan Sofea berenang. Jealous tahu tak. Awak terus bonding dengan Sofea instead of saya.” Kata-kata Ann membuatkan Em terus ketawa.

“Dengan anak sendiri pun nak jealous?” jawapan Em membuatkan Ann terus diam. Tangannya yang dipegang Em dilepaskan. Em menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sensitif si isteri datang lagi.

“Okay then awak ikut. But promise me, jangan jalan-jalan kat tepi kolam. Licin! And duduk je. Jangan nak pandai-pandai ikut sama-sama swimming nanti. Promise me?” Em memandang isteri. Memberi peringatan dan amaran sebelum membenarkan isterinya ikut sama. Keselamatan Ann memang diutamakan selepas apa yang terjadi sebelum ini. Sudahnya Ann mengangguk dan mula turun dari katil menuju ke tandas untuk berkemas.

“Daddy, let’s go!” Sofea yang masuk ke dalam bilik terus menarik tangan Em untuk keluar daripada bilik. Lepas Em memujuk si kecil tadi, terus Sofea berhenti menangis. Kalau nak suruh Mamatok bawa pergi berenang, Mamatok sendiri pun tak pandai berenang. Sebab itulah Umi tidak tahu hendak memujuknya tadi.
Okay darling. Wait for Mommy first.” Em mengangkat si kecil ke atas katil. Habis sahaja Em berkata begitu, Sofea terus bersorak dan melompat-lompat di atas katil.

“Sayang, jangan lompat.” Ann yang entah bila keluar daripada tandas menegur Sofea.

“Sorry Mommy.” Terus si anak berhenti melompat tapi mula memeluk Em dari belakang. Sudahnya Sofea terus minta “piggyback” daripada Daddynya.

Petang itu, mereka menghabiskan masa di dalam kolam apartmen dengan mengajar si kecil berenang. Ann hanya duduk melihat. Hairan melihat beberapa pasang mata yang sibuk melihat suaminya dan Sofea di dalam kolam. Bukannya Em guna swimming trunk dan tak berbaju pun kalau nak kata suaminya mendedahkan apa yang tak patut didedahkan. Em guna slim fit t-shirt dan seluar pendek Adidas yang longgar. Dah kira menutup aurat lah bagi Em. 

“Muda lagi dah jadi bapak orang kan? Dah lah body tough. Anak pun comel.” Apabila mendengar orang sebelahnya berkata begitu, barulah Ann tahu kenapa orang asyik memandang dua orang kesayangannya di dalam kolam yang sedang seronok berenang. Walaupun dalam Bahasa Sarawak, dia masih lagi mampu memahami apa yang dikatakan oleh orang disebelahnya. Bangga? Haruslah!

Dia mula bangkit dari tempat duduk dan berjalan menuju ke tepi kolam. Memanglah dia bangga, tapi nak bagi orang tengok suami dan anaknya lama-lama, dia jadi cemburu. Tak mahu orang mengambil kesempatan. Tuala untuk suami dan anaknya dibawa sekali.

“Okay sayang. Times up. Masa untuk balik.” Berhati-hati Ann berjalan menuju ke kawasan kering di tepi kolam dan memanggil Em dan Sofea. Em membawa Sofea berenang menuju ke arah isterinya. Sesekali dia dan Sofea menepis air sehingga terkena isterinya dan membuatkan mereka ketawa.

Naik sahaja di tepi kolam, cepat-cepat Ann tarik suami dan anaknya menuju ke tempat duduknya tadi. Dia tahu masih ada yang memerhati mereka bertiga. Bila Em hairan melihat perangai Ann yang pelik tiba-tiba, Ann terus beritahu.

“Perempuan tengok awak and they like Sofea too. Saya tergugat.” Ann pegang tangan suaminya yang mengelap mukanya yang basah semasa Sofea masih lagi sibuk mengelap badannya sendiri. Nak suruh Ann atau Em lapkan badannya, awal lagi si anak cakap “No Mommy. I can do this.” Padahal badan si kecil masih lagi basah walaupun berulang kali dia mengelap di kawasan yang sama.

Em yang dengar si isteri complain ada orang suka memerhatikan mereka, terus tersenyum. Tuala disangkutkan di leher. Dan dengan badannya yang basah, dia terus memeluk pinggang isterinya di tepi dan membuatkan Ann mendongak.

“I already have my one and only wife. I don’t need anybody else yang jadi kedua, ketiga or keempat. Semua bukan taste saya kecuali awak sorang.” Em berbisik di telinga isterinya dan membuatkan Ann ketawa. Em, banyak sangat gula kalau bercakap. Tubuh Em ditolak apabila menyedari si suami sengaja nak membasahkan dia dengan memeluk pinggangnya dengan lebih erat.

“Daddy, I’m cold.” Susah bila sudah ada Sofea yang jadi tukang kacau. Baru nak tunjuk sweet depan orang yang berada di tepi mereka, Sofea potong line. Si anak mendepakan tangan minta diangkat. Setelah diangkat oleh Em, barulah Ann dapat mengelap badan si anak yang masih basah. Mestilah sejuk, dah badan yang basah ditiup angin petang.

“Dah. Jom balik. Nanti tak pasal-pasal isteri saya gaduh dengan orang pasal tak mahu orang tengok suaminya yang handsome ni.” Ann menolak suaminya sekali lagi apabila mendengar Em berkata begitu.

“Perasan!” Ann ketawa bila mendengar si suami sudah mula masuk bakul, angkat sendiri.

“Daddy handsome. Mommy pretty. And I’m cute.” Sofea menyampuk tiba-tiba menyebabkan mereka berdua sama-sama ketawa. Seperti diajar sahaja cara si anak bercakap.

“Smart girl! Ni banyak cakap ni mesti ikut perangai Mommy. Mommy kan lawyer!” sekali lagi Em mengenakan si isteri dalam diam dan membuatkan mereka ketawa lagi.

“…Yalah, kalau ikut Daddy, Daddy pandai guna tools bukan guna mulut untuk cakap 24 jam non-stop.” Apabila selesai berkata begitu Em terus mengelak bila Ann mahu menolaknya sekali lagi.

Mereka bersama-sama berjalan menuju ke apartmen mereka untuk mandi dan menukar baju sebelum kembali semula ke rumah Umi.




Till then, Assalamualaikum and have a good day ahead loves. Hugs. xx

10 comments:

Anonymous said...

Salam, Kak Habsah ni.

Lama yg dinantikan, akhirnya copia keluar juga.Bahgianya keluarga Em dan Ann ni.Ditambah lagi dengan kepetahan copia seperti mommynya bak kata Em. :)

Akak beri 10/10 utk part ni. :)

Anonymous said...

Salam F n F atau lebih dikenali dgn anak Tuan D.

Hehehe kami terliur cair membaca part 6 yg sangat sweet. dkt sini dah 23 org baca. HARAP MAKLUM KAMI CEMBURU TENGOK EM, ANN DAN SOFEA. Patutlah Tuan D senyum jak baca dari td.

Anonymous said...

Salam Fahmie n Fateen.

hehehe mem aku jelous tga kemanisan ktk org oi. ajar mek urg lok.




Hamdi&Ina..

Anonymous said...

Hye, ana nie.

Keep Calm & Johor sedang membaca.

:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)

Fateen Kamarudin said...

Salam Kak Habsah :)
Thanks sebab masih setia follow Sabar Itu Indah. Tahu tak, saya masukkan watak Sofea demi akak. Sayang akak! HEHEHE :) *peluk*

Salam anak buah Tuan D, :)
Thank you sebab masih sudi baca. Terima kasih jugak sebab sentiasa support dan bagi positive feedback. Teruskan membaca. Hehehe.

Hamdi & Ina, :)

hai hai hai.. boleh tiru mun rasa ya sweet or best. Tapi ikut cara dan kemampuan kita masing-masing okay. Glad you like it. Kahwin la cepat-cepat mun mok polah camtok juak okay. Hehehe. Teruskan membaca.

Anonymous said...

Tuan D kali tok baca seorg jak dulu. Dah nya happy baca layan seorang baruk Tuan D padah kami. 1 balai polis sini kirim salam. dan soalan emas! BILA PART 7?? hihihi

Anonymous said...

(Kak Habsah)

Akak berjaya suruh menantu akak ikut cara Em dan Ann dan Copia tu. Alhamdulillah mereka bahagia dari sebelum ni. Ye, akak sekeluarga sentiasa baca tiap hari blog ni dan menyokong hasil karya Sabar Itu indah.

Fateen Kamarudin said...

Hai kak ana :)

thank you thank you. teruskan membaca. Kirim salam orang Johor! HAHAHA :) *peluk sorang-sorang*

Anak buah Tuan D,
Waalaikumsalam wbt. Kirim salam semua balit. Part 7 sik tauk gik. Kelak mun dah update kamek akan laporkan kepada Tuan D okay. Hehehe. :)

Fateen Kamarudin said...

Kak Habsah,
Betul ke? Alhamdulillah kalau macam tu kak. Terima kasih banyak-banyak sebab setia. Ada rezeki nak jumpa akak lepastu peluk kuat-kuat. HEHEHE.

Anonymous said...

(kak habsah)

Ye, kalo ada rezeki boleh datang ke negeri kami ni. negeri sembilan. Akak betul2 berterimakasih dgn Fatin wujudkan karya Sabar itu indah. Alhamdulillah, karya ini membantu menantu akak membimbing keluarganya dgn betul dan bahgia.