As usual, tinggalkan jejak anda dan komen alright. Love you to bits! Take care loves! :*
Em yang dari tadi meniarap di
atas katil menghadap isterinya, hairan melihat si isteri berpusing-pusing di
hadapan cermin di dalam bilik. Mencuba satu per satu pakaian, tetapi masih juga
tidak ada yang berkenan. Sudah memilih untuk memakai cardigan kimono dengan skirt, Ann menyelongkar tudung di dalam luggage yang sesuai digunakan bersama
stail mix and matchnya.
“Tension nya pilih tudung!” Ann bercakap sendiri yang mampu
didengari oleh Em di atas katil. Sofea entah ke mana dibawa oleh Mamatok dan
Babatoknya keluar awal pagi tadi. Di rumah sekarang, tinggal dia dengan Ann
sahaja. Sekarang Ann nak tuntut “me-time”
dengan Izzah, tinggal dia sorang di rumah selepas ini jadi forever alone.
Tipikal Ann. Kalau dilihat dalam luggage sekarang, pakaian dia dan Sofea
lah paling banyak dibawa, lagak seperti orang nak bercuti sampai sebulan, tapi
masih pening kepala nak pilih pakaian. Padahal nak keluar dengan Izzah sahaja.
Belum lagi muatan dalam walk-in-wardrobe mereka
di rumah, memang penuh pakaian Ann dan Sofea, tapi bila bab nak keluar atau
pergi mana-mana event, selalu tengok
si isteri merungut tak ada baju, padahal macam-macam jenis baju dah si isteri
beli.
“Kenapa perlu stress pilih
pakaian. Dah menutup aurat dan sesuai dengan situasi nak pergi mana, okay dah
tu. You will always look beautiful.”
Em yang sekadar memerhati pun turut stress melihat pakaian yang tadi dicuba
tapi tak digunakan dah diletakkan di tepinyya di atas katil.
“Ish! Tak boleh. Saya nak keluar
dengan bestie saya. Pulak kami berdua
masih muda. Kenalah saya nampak muda. Nak tutup perut lagi. Nanti tak
pasal-pasal orang cakap saya yang tua lagi daripada Izzah sebab saya dah pregnant. Berat badan pun dah naik.”
Dalam membalas kata-kata si suami, Ann masih lagi sibuk mencari tudung yang
sesuai untuk dipakai. Tak puas hati, dia bangkit menuju ke almari biliknya
melihat tudung lama yang mungkin sesuai untuk digunakan dengan pakaiannya
sekarang. Em yang tadi meniarap terus duduk mendengar rungutan Ann.
“Awak malu ke pregnant dalam usia muda?” Em
berkata-kata seolah-olah berkecil hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh
Ann sebentar tadi.
Ann yang membelek-belek tudung di
almarinya terus berpaling. Inilah yang dia agak payah, apabila Em sudah salah
sangka dengan dirinya. Lain maksudnya, lain pula yang difahami Em. Dia
maksudkan, dia ingin mengekalkan fashion dia
seperti selalu, bukan nak sembunyikan yang dia tengah mengandung. Apatah lagi,
tak mengaku dia sudah jadi isteri orang atau mak orang. Sejak dua menjak ini Em
selalu emo dan timing pun salah.
“Sayang, jangan salah faham please. Maksud saya, saya nak kekalkan
macam mana saya selalu. Bukan malu.” Taknak fikir panjang lagi, Ann terus
menutup almari dan mengambil tudung yang dia mula pakaikan tadi. Kan susah,
bila dua-dua mereka dah berkecil hati semata-mata salah faham. Em mula bergerak
menuju ke arah isterinya yang hendak memakai tudung di hadapan cermin.
Dia berdiri betul-betul di
belakang isterinya. Melihat Ann muncung sedepa sambil memakai tudung. Bukan
fokus nak pakaikan tudung, tapi merajuk sebab Em salah faham. Boleh tahan teruk
juga pregnant anak kedua, suami isteri kombo kena virus pembawakan.
Nasib baik Sofea tak ada pembawakan. Kalau tak, memang susahlah!
“Marah?” Em melihat isterinya
dari pandangan cermin. Tapi tiada respon. Sahlah orang tengah merajuk. Tudung
di kepala Ann ditarik, Ann letak semula di kepala. Dah Ann degil, dia lagi
degil. Terus Em ambik tudung dan digenggam dibelakangnya.
“Janganlah main-main. Saya dah iron tudung tu lah! Kalau Izzah datang
tengok saya tak siap-siap lagi macam mana?” Ann berpaling menghadap Em yang
tersenyum. Serius, dia rasa nak bagi Em sikit habuan untuk lepas geram. Dah
elok dia pakai tudung, kena tarik dan digenggam sampai berkedut. Gurauan Em
kadang-kadang makin membuatkan Ann semakin marah. Malas nak melayan Em, Ann
ambil tudung yang digenggam Em dibelakangnya tapi tak dapat apabila Em
mengangkat tangannya tinggi. Dia pendek, Em tinggi, jadi mana dapat nak ambil tudung
yang tinggi dalam genggaman tangan Em.
“You still look beautiful even you’re angry.” Em menunduk dan memadang
mata isterinya yang sedang marah-marah kerana tudung masih lagi digenggam Em.
“Kalau dah tua muka berkedut, tak
adanya awak cakap saya cantik lagi. Ehh, cepatlah bagi saya tudung tu. Saya nak
iron balik.” Sudahnya Em menyangkut
tudung Ann dibahunya. Kepala Ann diangkat supaya dapat memandangnya.
“Your beauty will remains
forever. For me, definitely! Awak cantik di luar dan cantik di dalam, Sayang.”
Tolonglah, Em macam tak tahu, mana Ann nak cair kalau dia mengayat masa tengah mood swing. Mestilah Ann akan tunjuk
muka annoying orange seperti selalu.
“…Okay fine, I’m so sorry sweetheart. Saya tak bermaksud nak kecikkan
hati awak. Nak saya pump jadi besar
balik tak hati awak yang dah kecik tu?” Em buat muka innocent depan Ann walaupun tengah melawak.
“Pump guna apa?” Ann sengaja mengenakan Em semula. Tapi Em menjawab
dengan sengihan.
“… tak ada pump kan? Haa.. Hence,
jangan sebarang cakap kalau tak tahu dengan siapa awak tengah bercakap.
Walaupun saya tak kerja lagi sebagai lawyer,
tapi saya masih tahu macam mana nak manipulate
awak balik tau. Think wisely before
you want to talk with a lawyer, Mister.” Ann terus mengambil semula tudung
di bahu Em. Sempat dia berpaling semula ke belakang dan mengenyit matanya
apabila melihat Em yang masih menggaru kepalanya kerana blur tiba-tiba. Dia
berjalan menuju ke luar bilik untuk mengambil iron di bilik Umi.
“Macam mana aku boleh lupa
surirumah yang bernama Ann ni lulusan Undang-undang! Kan dah free free kena sembur.” Em terus duduk
di atas katil. Sunyilah dia seorang diri di rumah bila anak isteri keluar dan
tidak mengajaknya sekali. Telefon di meja diambil untuk menelefon kawannya. Nak
duduk sorang diri di rumah mertua dan tak buat apa-apa, mana dia nak. Memang
tak boleh jadi, kalau Ann dan Sofea pun ada “me-time”,
dia pun pasti nak ada “me-time” dia
sendiri.
Nombor telefon kawannya semasa di
Universiti dulu didail. Kalau isteri dan anaknya tidak ada di rumah, apalah
guna dia tinggal di rumah sorang-sorang. Baik dia ajak si Ashraf keluar.
“Honey, saya akan keluar jugak lepas ni dengan Asyraf, my friend
back in Uni.” Laung Em sambil tangan masih mencari nombor telefon Ashraf di iphone. Padahal belum pasti keluar, tapi
siap bagitahu si isteri awal-awal. Nanti dapat nak intai si isteri keluar
dengan BFF nya dari jauh. Sebenarnya, dia risau nak melepaskan si isteri dengan
keadaan Ann sekarang dan di tempat yang agak asing baginya.
“Eh, Sofea mana? This is supposed to be a girls-date and that
includes Sofea.” Baru sahaja masuk kereta, Izzah terus tanya mana Sofea.
Patutnya bagi salam dulu, paling-paling pun “Hi”! Senang sahaja jawab Ann,
Sofea kena bawak Mamatok dengan Babatok pergi jalan awal pagi tadi, jadi
peluang hendak meluangkan masa bersama Sofea terbantut untuk Izzah.
“So, where are we going?” Sebaik sahaja kereta bergerak, Izzah terus
bertanya di mana mereka akan meluangkan masa bersama. Izzzah cakap, dia dah
plan awal-awal nak ajak Sofea pergi McDonald dan pusing-pusing shopping complex untuk shopping baju Sofea, tapi Sofea tak ikut
mereka. Rancangan last minute Izzah
adalah mengajak Ann shopping, tapi grocery shopping. Ann pun ikut sahaja
rentak Izzah walaupun macam tak sesuai langsung dengan girls-date mereka yang jarang sekali dibuat.
Patutnya Izzah ajak tengok wayang
ataupun buat aktiviti yang lebih menunjukkan makna girls-out mereka. Apatah lagi, nak bertemu dengan BFF Ann yang
seorang ini, amatlah susah kerana tempat mereka menetap sekarang jauh antara
satu sama lain.
Tidak sampai 30 minit, Izzah dah parking kereta dekat kawasan basement Merdeka Plaza. Ann tunjuk muka
hairan. Izzah cakap nak gorcey shopping,
patutnya dekat supermarket yang
bersesuaian, tapi si kawan bawak pergi di shopping
complex. Bila Ann masih lagi terjegat di depan kereta Izzah, Izzah balas
dengan pandangan “screw the look, Ann”.
Tangan Ann ditarik menuju ke kawasan pintu masuk.
“Kau ingat dekat shopping complex ni takda supermarket? All in one roof tau! Nak shopping barang, nak grocery shopping dengan makan
macam-macam sekali kau boleh buat kat tempat yang samalah! Laki kau dah hantar
Whatsapp awal-awal cakap bawak kau pegi satu tempat je. Jadi, sepanjang jalan
tadi aku fikirlah, tempat nilah paling sesuai untuk aktiviti kita sekarang.”
Ann terkejut? Memang taklah. Dia tahu perangai suaminya. Dengan siapa dia
keluar, pasti orang itu akan terima mesej berbaur amaran dan peringatan untuk
menjaga dirinya.
Kadang-kadang Ann pening kepala.
Em terlalu paranoid, sehinggakan dia perlu melakukan semua itu. Nasib baiklah,
kawan-kawan dan keluarga Ann yang keluar dengannya faham dengan perangai si
suami.
“Jadi doktor, kau nak habiskan 6
jam masa berbaki aku dalam tempat yang sama dengan pusing-pusing sorong troli
cari barang dapur? Seronoknya.. Spend
time dengan doktor beli barang dapur dekat shopping complex!” Ann mula menggunakan kemahiran yang dia pelajari
daripada Em, iaitu kemahiran sarkastik dengan Izzah. Izzah tunjuk muka annoying orange dengan Ann apabila Ann
mengenakannya.
“Chef Wan pun tak kuasa nak
pusing supermarket 6 jam, inikan
pulak aku yang tengah bawak kawan yang mengandung. Kita buat jugaklah aktiviti
lain. Makanlah dulu. Laki kau siap pesan lagi, kau tak makan lagi. So kita
makan lah dulu. Nanti, tak pasal-pasal kau kebuluran, laki kau salahkan aku. Common sense please!” Mendengar Izzah
sudah bising-bising membuatkan Ann ketawa. Macam mak-mak sangat dah kawan dia
kalau bab bising-bising.
Izzah membawa Ann makan di Food Court di tingkat atas sekali untuk
makan tengah hari. Niat hati memang mahu membawa Ann makan di McDonald, tapi
macam tak sesuai sangat dengan tekak mereka, lainlah kalau Sofea ada sekali.
Sewaktu dia dan Ann sudah
mengambil tempat duduk di bahagian yang agak tersorok, Izzah melihat banyak
lauk yang dipesan oleh Ann di atas meja mereka berdua. Seolah-olah makan untuk
4 orang. Sempat lagi Izzah bagi komen cakap seolah-olah mereka sedang membuat
uji rasa masakan.
“Screw the diet babe. Lama tak rasa makanan sini, kenalah skip diet harini.”
“Diet atau tak, for a pregnant mom like you, confirm akan nait berat badan lah!
Berangan nak diet, tapi hari-hari craving
nak makan makanan yang pelik-pelik kau ni. Pleaselah!”
Izzah siap tunjuk rolling eyes dekat
Ann.
Lama mereka duduk menikmati
makanan di Food Court itu, Izzah
tiba-tiba buka cerita pasal perkahwinan. Bukan dia taknak kahwin, serius dia
cemburu melihat rumahtangga Ann dan Em, tapi dia sebenarnya masih ragu-ragu.
“Kau nak ragu apa? Tengok contoh
lah, aku! Dah masuk dua orang dah anak. Alhamdulillah, okay lagi. Kalau cakap
pasal calon, memang dah ada orang yang tunggu kau. Nak cakap kau tak suka, kau
layan pulak. So, what’s the problem
then?”
Garpu dan sudu diletakkan semula
di dalam pinggan. Chicken Chop yang
dipesan Izzah tadi sudah habis dimakannya. Ann hairan melihat muka Izzah yang
nampak sedih. Dia melihat Izzah dengan pandangan yang pelik.
“..Kau dah kenapa? Cuba cakap
dengan aku satu per satu.”
Dengan rasa yang bercampur baur,
Izzah menceritakan segalanya kepada Ann. Dia telah membuat pemeriksaan kesihatan
sebelum ini dan disahkan tidak dapat mengandung kerana sejak dari sekolah lagi
dia mempunyai masalah pangkal rahim. Dengan kepakaran dia sendiri dalam bidang
perubatan, dia menjalani pemeriksaan sendiri sebelum merujuk masalah itu kepada
pakar Sakit Puan.
“Aku cuma takut dia tak boleh
terima kekurangan aku Ann. Kau tengok lah kan, kalau orang kahwin, sapa yang
taknak anak. Even me myself. In sha
Allah aku dah tahu sekarang, aku boleh terima. Dia?” Izzah melepaskan
masalahnya di depan Ann. Sudah 2 bulan dia merahsiakan perkara tersebut. Cuma
emaknya sahaja yang dia ceritakan, dan emaknya pula menyerahkan segala
keputusan kepada Izzah sendiri. Emak mana yang tidak menyokong anaknya sendiri,
apatah lagi di tahap Izzah sekarang, yang memang telah disahkan tidak dapat
mengandung. Naluri seorang emak, pelbagai andaian yang timbul. Kalau anak
mereka kahwin dan suami nya mendapat tahu masalah ini selepas kahwin,
kebarangkalian si suami untuk meninggalkan isteri ataupun berkahwin lain adalah
tinggi. Daripada Izzah ditimpa masalah selepas kahwin, lebih baik perkara ini
diberitahu terlebih dahulu.
“Kau dah bagitahu kat Hazwan?”
Tanya Ann lagi. Izzah geleng kepala. Matanya tunduk menghadap meja. Dalam hati
Ann berdoa, janganlah Izzah buat drama dekat depan orang awam. Dalam diam
sebenarnya Izzah memang menangis.
“Aku tak tahu macam mana nak
cakap. Mak aku pun suruh cakap kat dia. Tapi bila aku tengok muka dia, tak
sampai hati pulak. Kau pun tahu kan, dahlah dia sukakan budak.” Izzah mengelap
tepi matanya dengan tisu.
“To get into a marriage, syaratnya tak semesti pasangan itu akan
dikurniakan anak. Dan bukan jugak atas dasar kasih sayang semata-mata babe. Kau tahu tak, macam mana aku
berani untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam usia yang muda dan menerima
kehiadiran Sofea masa aku masih busy
dengan pelajaran? It is because of
understanding dan penerimaan kami berdua. Kau percaya tak kalau aku cakap,
nak jatuh sayang dengan orang even random
people ni mudah. Tapi bila kau dah sayang, tak semestinya kau akan faham
siapa orang tu dan apa perangai dia. Dan jugak, tak semestinya kau akan terima
orang itu dengan mudah, lebih-lebih lagi yang masa lampaunya gelap.” Panjang
Ann menerangkan kepada Izzah yang tekun mendengar.
“..Dalam kes kau dan Wan, tahu
tak masalah takkan selesai selagi kau berdiam diri tak bersuara. Sampai bila
nak tunggu padahal dah dua-dua nak? Maybe
Wan takda masalah, hence dia takda
apa nak diluahkan. Cuma tunggu kau kata okay, then dia suruh parents dia jumpa parents kau. That’s it. Kau
tak suarakan dengan dia masalah kau, sebab tu benda ni takkan menemui jalan
penyelsaiannya. Dia terima atau tidak itu belakang kira, yang penting kau
cakap. Dari keputusan itu nanti baru kau akan tahu macam mana penerimaan dia. And adakah dia faham keadaan kau
sekarang. Kalau terima, then teruskan
impian kau dan dia. Pasal anak, lepas kahwin bincang. Adopt a baby perhaps. Tak pun pergi lah berubat. Tak ada sakit yang
tak dapat diubat kecuali mati, remember?”
Izzah hanya mengiyakan dan
mengangguk apabila Ann memberi nasihat kepadanya. Memang padan pun memegang
segulung ijazah dalam Perundangan. Dia mampu menjadi rasional dalam berfikir
apabila ditimpa masalah. Dari sekolah lagi, antara mereka sekiranya terdapat
masalah sudah tentu salah seorang yang akan menjadi pendorong untuk bersikap
positif.
Dalam pukul 4 petang barulah
mereka keluar daripada shopping complex
menuju ke kawasan letak kereta di bahagian basement.
Kira awal lagi sebab kalau boleh memang mereka nak pergi setiap kedai dalam
Merdeka Plaza. Bukan teringin nak shopping
sangat pun. Cuma Ann selalu shopping
bersama suaminya yang pasti tidak mahu membuang masa dengan pergi ke tempat
yang pastinya tidak akan memberi hasil kepada tujuan mereka. Contohnya, kalau
Ann cakap nak shopping beli barang
Sofea, tempat persinggahan mereka adalah di kedai kanak-kanak sahaja. Kalau tak
dapat di tempat itu, terus keluar dan pergi ke tempat lain yang ada menjual
barangan kanak-kanak. Kalau nak singgah kedai random, mintak maaf lah. Ayat
power Em akan keluar,
“Honey,
dekat MANGO takde barang Sofea. Barang mak Sofea banyaklah. Masa tak tunggu
kita.” Ayat-ayat
yang akan buat niat Ann nak cuci mata terus terbantut. Hint Encik Suami senang sahaja, tak buang masa dan tak bazir tenaga
dan wang pada masa tertentu.
Teringat dengan Em, buat Ann
tiba-tiba rindu walaupun dia keluar baru beberapa jam dengan Izzah. Di kanan
dan kiri tangannya penuh dengan barang-barang yang dibeli. Kalau si suami ada,
memang dia akan dilayan seperti puteri. Paling-paling pun dia hanya menyorong stroller Sofea ataupun mengendong Sofea,
dan Em pula akan mengangkat semua barang yang mereka beli. Tipikal Em. Sekarang
Em tidak turut serta, tepaksalah dia menggunakan tenaga sendiri untuk
mengangkat barang.
Sewaktu semakin hampir dengan
kereta Izzah, telefon di dalam handbag
Michael Kors yang berwarna beige
berbunyi. Cepat-cepat Ann berjalan memuntuti Izzah agar dia dapat meletakkan
barang-barang yang dibawanya ke dalam kereta dan sempat mengangkat telefon.
Pasti panggilan itu daripada suaminya. Namun sebaik sahaja dia mahu bergerak
pantas menuju ke bahagian bonet
kereta, Ann tergelincir kerana kawasan letak kereta Izzah licin oleh takungan
air.
“Ya Allah, Ann!” Izzah yang
mendengar bunyi barang-barang jatuh berpaling dan melihat Ann sudah terduduk di
atas lantai. Ann sudah panik kerana banyak andaian sudah bermain di fikirannya.
Untuk kehilangan bayi buat kali kedua itulah yang paling ditakutnya.
“Izzah, call Em terus please.
Darah keluar!” Ann sudah menangis sebab terlalu panik. Dalam hati tak putus-putus
dia berdoa supaya tiada apa-apa berlaku.
“Kita masuk kat dalam kereta aku
dulu. We will go straight to the hospital
okay. Hazwan oncall sekarang. Aku
call dia dulu.” Izzah memapah Ann
untuk masuk ke dalam keretanya. Ada beberapa mata yang memandang dan ada juga
yang membantu mengutip semula barang yang jatuh dan meletakkan di tempat duduk
belakang.
Semasa Izzah sedang menelefon
Hazwan, Ann terkial-kial mendail nombor telefon Em.
“Sayang..” Ann tidak mampu
berkata apa-apa lagi kerana terlalu takut. Dia hanya perlukan Em bersamanya
pada waktu itu.
“Honey?
What happen? Tell me!”
Em turut sama panik apabila mendengar si isteri sudah menangis dan tersedu-sedu
menelefon sehingga tidak dapat bercakap apa-apa. Seketika kemudian, telefon
diberikan kepada Izzah.
“Em, Normah Medical Specialist now! Ann tergelincir. Bleeding!”
“What?” terkejut Em hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lengan kawannya,
Ashraf ditarik.
“…bagi aku kunci kereta kau. Kau
duduk sebelah. Aku drive!” Dari
berdiri melihat kereta baru kawannya, Em dikejutkan dengan apa yang telah
dikhabarkan oleh Izzah sebentar tadi. Ashraf yang tidak tahu apa-apa hanya
menuruti Em. Kereta dipandu dengan laju sehingga membuatkan Ashraf sendiri
kecut perut. Dalam hati Ashraf turut berdoa, janganlah mereka berdua pula yang
turut serta bermalam di hospital nanti. Huh, touch wood!
Sampai sahaja di pintu depan
dewan rawatan pesakit luar, terus Em keluar daripada kereta, dan Ashraf pula
yang memandu kereta untuk diparkir di kawasan letak kereta. Matanya melilau
mencari kelibat Izzah.
“Em!” Em menoleh apabila Hazwan
memanggilnya. Hazwan menerangkan Izzah menemani Ann di dalam wad. Em dibawa di
kawasan menunggu sementara menunggu dan Umi dan Abah untuk tiba selepas
dimaklumkan semasa dalam perjalanan ke hospital tadi. Sempat dia minta tolong
Umi untuk membawa pakaian dia dan Ann sekali. Kemungkinan Ann untuk bermalam di
hospital adalah tinggi.
“Wan, aku nak masuk teman isteri
aku.” Kata Em setelah 20 minit berlalu tetapi pintu wad masih lagi tertutup
rapat. Namun Hazwan menahan Em daripada melakukan perkara tersebut kerana itu
mungkin akan mengganggu tugas doktor di dalam.
“In sha Allah, she’ll be fine. And the baby too. It’s near
Maghrib already. Apa kata kita solat
dulu.” Hazwan cuba untuk menenangkan Em yang Nampak gelisah. Em cuba untuk
merasionalkan dirinya dan menurut cadangan Hazwan. Mereka menunaikan solat di
bilik Hazwan bersama Ashraf yang masih setia bersamanya dari tadi. Dr. Hazwan,
antara doktor pakar muda di hospital itu. Kenal dengan Izzah semasa Izzah buat
praktikal di situ.
Sewaktu selesai menunaikan solat
Maghrib, Em terus kembali ke ruang menunggu. Umi dan Abah sudah sampai
bersama-sama Sofea. Sofea dilihat tidur di atas pangkuan Umi. Mesti Sofea
penat. Kesian Sofea. Em mengambil Sofea daripada Umi dan diletakkan dalam
dukungannya sendiri.
Tidak lama selepas itu, pintu
bilik rawatan pesakit luar dibuka. Izzah dan seorang lagi doktor perempuan
pertengahan umur keluar dan menyapa mereka. Em terus diminta untuk mengikut
doktor tersebut sementara Izzah masih lagi memberitahu Umi dan Abah Ann di ruang
itu bersama Hazwan dan Ashraf.
“So,
I was told by Dr
Izzah that your wife is 7 weeks pregnant.”
Doktor itu memulakan bicara setelah menjemput Em duduk di kerusi. Em hanya
mengangguk. Hatinya berdebar-debar kerana takut dengan apa yang akan
disampaikan oleh doktor tersebut kepadanya.
“Isteri Encik terjatuh pada
permukaan lantai yang licin. Dan berlaku pendarahan seperti yang Encik sendiri
tahu. To be exact, isteri Encik
mengalami pendarahan pada bahagian vagina
yang berpunca daripada Subchorionic
Hematoma (SH), disebabkan oleh membrane
yang meliputi uterine wall dan embrio terkoyak. I bet, isteri Encik mesti ada buat aktiviti berat lately or terlalu aktif kan? Mungkin
disebabkan benda ini juga penyumbang kepada faktor pendarahan ini.” Panjang
lebar doktor tersebut menerangkan kepada Em tentang jenis pendarahan yang
dialami oleh Ann walaupun pada hakikatnya, dia tidak berapa faham dengan
beberapa perkataan yang disampaikan. Sudah pastinya itu adalah term yang spesifik dalam bidang
perubatan.
“Jadi, macam mana keadaan isteri
saya dan kandungannya doktor?” Em tak suka tangguh-tangguh, memang yang utama
bagi dia saat masuk ke dalam bilik doktor itu adalah mengetahui keadaan isteri
dan anaknya.
“For
the first trimester in pregnancyr,
memang bahaya kalau kandungan tidak dijaga sebab janin masih lagi nak terbentuk
Encik, plus bentuk dia macam jelly-like. For some cases, memang membahayakan bayi dalam kandungan dan boleh
menyebabkan keguguran. Alhamdulillah, setelah diperiksa dengan kadar yang
segera, your wife and baby are doing
fine. Cuma saya nak ingatkan kepada Encik, risiko untuk keguguran masih
lagi ada kalau isteri Encik tidak berehat dengan secukupnya dan masih buat heavy duty. Commonly, this SH akan regress naturally kalau patient tak active sangat. What else I
can say, masalah ini bukan masalah kecik sebab dulu isteri Encik pernah
mengalami keguguran kan? Jadi, Encik kena bagi moral support kat dia dan jangan bagi dia stress kerana ini mungkin
merumitkan lagi keadaan.” Satu per satu pesanan dan saranan doktor itu diterima
oleh Em.
Sebelum berlalu keluar, doktor
itu sempat memberitahu Em yang Ann kena stay
untuk semalam di hospital tersebut sebab Ann masih lagi dibawah pemerhatian
dan pengawasan pihak hospital. Setelah memberitahu Umi dan Abah, dia meminta
Umi dan Abah untuk pulang berehat sementara dia kaan menjaga Ann di hospital
malam itu. Sebelum pulang, Sofea dibawa masuk ke dalam bilik rawatan untuk Ann.
“Say goodbye to Mommy, darling. Give a goodnight kiss to Mommy.” Em
meletakkan Sofea di tepi Ann yang masih lagi tidur selepas dirawat tadi.
“Shhh..
Daddy! Mommy is sleeping.”
Sofea letak jari telunjuk di mulutnya menandakan dia tidak mahu Em bising
menggangu Ann. Sofea diangkat semula setelah mencium kedua-dua pipi Ann.
“Be
a good girl to
Mamatok and Babatok princess. Tomorrow
Daddy and Mommy will come back okay.” Sofea dibawa keluar semula. Kesian si
kecil, terpaksa ditinggalkan bersama-sama Umi dan Abah. Nasib baik jugalah
Sofea mudah melekat dengan orang lebih-lebih lagi dengan ibu bapa dia dengan
Ann. Tak banyak soal, Em cakap suruh tidur dengan Mamatok dan Babatok, si kecil
hanya mengangguk.
Siap menghantar Sofea di luar dan
bersalaman dengan Umi dan Abah, Em terus mandi ekspress di bilik mandi tempat
bilik Ann ditempatkan. Malam ini nampaknya Em tidak makan sebab dia tidak mahu
meninggalkan Ann seorang diri di hospital. Nak menyusahkan Hazwan mahupun Izzah
bukan cara dia, apatah lagi membiarkan Abah berulang alik dari menghantar Umi
dan Sofea di rumah kemudian menghantar makanan kepadanya. Perut masih kenyang
sebab dia lewat makan tengah hari bersama Ashraf tadi selepas jadi “Handy Manny” menyelongkar enjin kereta
Ashraf tadi.
Muka halus Ann diusap selepas dia
selesai menunaikan solat Isyak. Dia masih lagi dalam keadaan trauma selepas
mendengar berita yang disampaikan Izzah tadi. Dia tidak mahu meninggalkan Ann
kerana dia tahu pasti Ann akan memerlukannya. Dalam hati risau dan bersyukur.
Risau sebab Ann kena dijaga dan dikawal sepenuhnya nanti kerana Ann perlu
berehat sepenuhnya. Bersyukur kerana Ann dan kandungannya selamat.
Dalam pukul 11 malam, pintu
dikuak dari luar. Izzah dan Hazwan datang membawa makanan. Sebenarnya perutnya
dah mula lapar, tapi dia taknak menyusakan sesiapa. Untunglah ada Izzah dan
Hazwan yang datang membawa makanan. Sementara dia makan di luar bilik bersama
Hazwan, Izzah mengambil tempat menjaga Ann. Selesai makan, Izzah tak
henti-henti meninta maaf kerana tidak menjaga Ann semasa mereka keluar tadi.
Dia tidak menyalahkan sesiapa dalam hal itu. Tiada siapa yang mahukan perkara
seperti itu untuk berlaku. Mereka hanya mampu bersyukur kerana tiada apa-apa
yang berlaku.
“Sayang..” Ann yang mula sedar
melihat Em tertidur di kerusi sebelah katilnya. Kepala Em elok landing di atas katil Ann dan tangannya
tetap memegang tangan Ann dan dibawa dekat ke mukanya. Em mengangkat muka.
Jelas kelihatan kepenatan di wajah Em. Ann mula menangis.
“I’m so sorry. I failed to safe the baby….” Ann tidak dapat
meneruskan kata-katanya. Hanya tangisan yang didengari dalam bilik terebut.
“Heyy sweetheart… shhhh..” Em bangkit dan memeluk Ann yang menangis.
“I know I’m wrong..” Ann tetap berusaha untuk bercakap walaupun
sukar kerana terlalu teruk menangis.
“Sayang, you and the baby are both safe. You just need a very good rest to
recover. Luckily there’s nothing happen between you and the baby.” Pujuk Em
yang masih lagi memeluk Ann. Seperti biasa, muka Ann yang elok letaknya di dada
Em akan membuatkan bajunya turut sekali menangis. Menangis kerana basah terkena
air mata Ann.
Apabila sudah tenang, Em
menerangkan satu per satu keadaan yang berlaku kepada Ann dan nasihat yang
diberikan daripada doktor. Em ada mengemukakan idea untuk mencari orang gaji
sementara untuk membuat semua kerja di rumah tetapi Ann berkeras untuk tidak
mengambil sesiapa untuk menjadi pembantu rumah mereka. Dia mahu sentiasa
menjadi yang terbaik untuk Em dan Sofea. Dia teringat akan kata-kata dalam
artikel yang pernah dibacanya suatu ketika dulu.
Air tangan isteri pengikat kasih
sayang suami.
Ayat yang ringkas tetapi membawa
impak yang besar dalam diri Ann. Terlalu banyak “what if” dalam kepalanya apabila mengenangkan cadangan yang telah
diberikan oleh Em untuk mengambil pembantu rumah. Nak tengok pembantu rumah
masakkan untuk Em, cuci dan lipat baju Em, iron baju Em dan buat rutin yang
menjadi kebiasaannya sejak berkahwin dengan Em adalah nightmare kepada Ann. Tidak mungkin dia membiarkan orang lain
melakukan kerjanya di rumah.
“Why?” pertanyaan Em membuatkan Ann
sendiri rasa serba salah. Kalau dia meluahkan apa yang ada di fikirannya kepada
suami, takut nanti Em fikir dia paranoid, jadi Ann hanya diam menggeleng kepala
sahaja sambil megusap pipi suaminya.
“..I
know exactly what you think
sayang. Jangan ingat saya tak dapat baca apa yang ada di fikiran awak.” Kan?
Macam mana dia berahsia, diam tak meluah atau buat-buat tak tahu, Em tetap akan
tahu. Apa yang Em cakap semua terkena dengan andaian dia.
“..Okay, sementara tunggu sayang recover ni, sayang stay dengan Umi okay. Nak bawak Umi tinggal rumah kita sementara,
tak sampai hati pulak sebab nanti Abah nak kerja sapa nak uruskan.”
“That
is exactly what I think about you too. I can do all chores lah. Tak berat pun sayang. I’m used to those things. Senang-senang
nak tinggalkan saya dan Sofea kat sini, Sofea rindu nanti macam mana?” Cakap
Sofea rindu, tapi dia lebih lagi rundukan suaminya nanti. Ann tetap berusaha
memujuk si suami. Nak berjauhan apatah lagi. Cukuplah dulu masa awal
perkahwinan, mereka berjauhan kerana Ann masih belajar dan tinggal di asrama.
Takkan lah nak ulang balik perkara yang sama. Serius dia tak boleh berjauhan
dengan orang yang sentiasa berada bersamanya. Bukan tak reti berdikari, tapi
nak biar suami seorang diri, timbul lagi “what
if” versi lain. Bukan “what if”
suami ada perempuan lain, tapi “what if”
badan suami susut sebab tak lalu makan tak ada anak dan isteri. Lagilah Ann
taknak kena cop isteri yang tak pandai uruskan suami dan tinggalkan suami
walaupun hakikatnya lain daripada andaian orang.
“Okay honey, kita KIV dulu cerita ini okay. Time to sleep and the baby must be tired too. You need ample time to
sleep and rest. Mana tahu esok kita ada idea lain pulak okay.” Em membetulkan
selimut yang menutup separuh badan isterinya. Dahi dan pipi Ann sahaja sempat
dicium sebelum Ann sempat melarikan wajahnya apabila Em nak buat dia macam mencium
Sofea. Em ketawa.
“Sleep
with me. I mean beside me.”
Pinta Ann. Namun Em menolak lembut ajakan isterinya. Dia cakap katil kecil, tak
muat sebab dia dan Ann sama-sama tidur liar. Nanti tak pasal-pasal ada yang
jatuh katil.
“…Please” Ann masih lagi merayu. Em
terpaksa bersetuju dan naik di atas katil bersama isteri. Bila dan baring
bersama di atas katil kecil, rasa macam nak terjatuh pun ada sebab dia
memberikan ruang yang besar kepada Ann untuk memberikan keselesaan kepada Ann.
Memang sah-sah lah dia akan turun tidur di kerusi semula bila si isteri dah
nyenyak tidur nanti. Ann dibawa ke dalam pelukan dan kepalanya diletakkan di
atas lengan Em.
Sedar tak sedar, jam dah
menunjukkan pukul 4 pagi. Niat hati cakap nak turun katil semula bila Ann dah
tidur. Alih-alih sendiri tertidur sampai tak turun-turun katil. Sedar pukul 4
pagi itupun gara-gara bunyi telefon daripada orang bawahannya. Dah kenapa
telefon pagi-pagi buta. Perlahan-lahan Ann dialihkan semula di atas bantal dan
Em turun dari katil. Nombor telefon orang bawahannya didail semula setelah
telefon di ambil daripada meja sebelah katil.
“Helo, waalaikumsalam. Kenapa call saya?” Lama Em mendengar satu per
satu perkara yang disampaikan oleh rakan sekerjanya. Dia sebenarnya tidak mahu
menggelar orang yang berada di bawahnya menggunakan gelaran “orang bawahan”
kerana itu menunjukkan jurang pekerja yang berlainan kedudukan. Biarlah gelaran
“rakan sekerja” digunakan dengan sesiapa sahaja supaya semua orang mudah untuk
bergaul dan bekerjasama. Bagi mengelakkan dia mengganggu lena Ann, dia bergerak
keluar daripada bilik tersebut.
“…Saya mintak maaf, saya tak
dapat nak datang esok. Saya masih lagi dekat Sarawak and the worst thing is my wife is currently at the hospital. So saya
memang tak dapat datang esok even this is
an urgent meeting. My family is my priority. Maybe you can ask Encik Azim to replace me.” Em duduk di kerusi di
ruang menunggu. Dahinya dipicit perlahan. Pening kepala mengenangkan masalah
datang bertubi-tubi. Dengan keadaan Ann sekarang dan masalah kerja yang
memerlukannya dengan kadar yang segera.
Puas dia mencari jalan untuk
mengelak daripada menghadiri masyuarat esok kerana mahu menjaga Ann. Takkan nak
sampai office sebelum pukul 10 pagi
dari Sarawak. Tiket pun belum dibeli, ditambah lagi dengan Ann sekarang, memang
takkan lah dia nak terbang awal-awal pagi nanti. Akhirnya, dia terpaksa
memutuskan talian dan memberitahu dia akan memberi keputusan sebelum pukul 8
esok. Macam tak logik, tapi dia hentam sahaja sebab risau tinggalkan Ann selama
lebih 5 minit seorang diri dalam bilik.
Saat dia membuka pintu, dia
melihat Ann berjalan di dalam bilik tersebut. Gaya macam orang dah sihat, tapi
semata-mata kerana itu, dia mula rasa tak senang dengan perangai Ann.
“What are you doing? Walking around? You are not okay and yet you are
walking in this room. If you want anything, why don’t you ask me for help?” Soalan
Em bertubi-tubi dengan nada tegas membuatkan Ann terkelu. Ann diangkat dan
diletakkan semula di atas katil. Okay, serius muka Em macam dah sedia nak marah
Ann sebab sikap Ann seolah-olah tidak peka dengan keadaan sendiri.
“…Jangan main-main apabila
libatkan hal kesihatan please. I’m
worried about you. Nak apa-apa cakap, jangan buat apa-apa tanpa pengetahuan
saya.” Mana pergi sayang, honey,
sweetheart, sweetie Em pun Ann tak tahu. Serius dia terasa dengan kata-kata
Em yang tegas dan bunyinya seperti marah. Ann menangis. Dia baring semula di
katil dan membelakangi Em.
Em yang sedar yang dia telah
membuatkan Ann terasa terus memeluk Ann dari belakang.
“I’m
so sorry sayang.
I’m terribly sorry. I didn’t mean to make
you feel bad. I was just..” Em tidak dapat meneruskan kata-katanya. Mukanya
disembamkan di kepala si isteri. Takkan nak cakap dia stress dengan hal kerja
yang memerlukannya dalam kadar segera seperti apa yang baru diketahuinya
sebentar tadi. Pulak wrong timing,
nak melepas marah dengan isteri yang tak sihat.
“I
just want to go to the toilet. Macam
mana nak mintak tolong dekat awak dah awak tak ada kat sini. You want me to shout? Or just press the
button and ask for help from the nurse while my hubby is here with me? Saya
ingat awak kat toilet, so I just woke up
and walk to the toilet and there’s no you in there.” Ann cuba mengawal
suaranya.
“…I’m
not running, Em.
I walked! I walk carefully. Common sense
please, logik kah saya nak walk
araound dalam jam sekarang ni? Unless
saya mengigau kan? I’m looking for you
sebab saya sendiri rasa tak larat. I feel
the pain but nak buat macam mana sebab saya tak tahan nak kencing.” Ann
menangis lagi. Em rasa sangat bersalah kerana terlepas laku dengan isterinya. Ini
semua gara-gara hal kerja dia terbawa-bawa kemarahan dengan si isteri.
Dalam keadaan yang terpaksa, Ann
duduk dan menolak lembut badan Em di belakangnya. Tangan Em yang cuba mengelap
air matanya ditepis lembut. Dengan pandangan kabur, dia memandang ke arah mata
Em. Air mata yang tak henti-henti jatuh dibiarkan. Sungguh, dia terasa hati
walaupun Em terlepas laku dan tidak sengaja kerana terlalu risaukannya.
“...Sayang, you can take the earliest flight to KL later. I know, you are stress
with your work kan? Saya dengar perbualan awak dengan colleague awak tadi masa saya cari awak. I’m sorry. First, for not asking for your help. Secondly, I over-heard
your conversation just now. And lastly, saya baca mesej awak malam semalam yang
cakap suruh awak datang office sebab ada urgency.
3 messages received and you’re sleeping. Saya taknak orang ganggu and I just replied ‘Yes’ dengan orang tu.”
“What
do you mean by yes?”
Em terus berbalas pandangan dengan si isteri. Ann tarik nafas.
“That
you will come to the office.”
Jawab Ann perlahan. Em terus bangkit daripada kerusi.
“No!
No way. Saya takkan
tinggalkan awak sorang-sorang kat sini. Come
on Ann. Kenapa perlu reply dan
tak biar? Patutnya awak biarkan those
messages.” Em mula berasa tak puas hati dengan perangai Ann. Ann
kadang-kadang buat perangai dan suka ikut kepala sendiri.
“I
bet you’re not reading the messages yet. First message is about the info. Secondly,
they force you to give an immediate reply. And third message tu yang buat saya cakap macam
tu. Dia cakap, you might lose your work
sebab this is about the company matter
which need your skills to cooperate with the other companies regarding all
those stuffs yang saya sendiri tak faham. Bayangkan kalau saya tak reply ‘Yes’, you might lose your work
Em.” Ann mula meninggikan suaranya.
“Who
cares kalau saya
hilang kerja. Saya rela hilang kerja daripada hilang orang yang saya sayang.”
Em mula bengang.
“I
care! Because our future is depends on you. Kalau hilang kerja macam mana?”
“Kerja semua dapat cari but not you even the baby!”
“I’ve
texted Izzah and
asked her to book the earliest flight to
KL. It will be at 6.45 am later. You better get ready and I even asked
Hazwan to fetch you down there and send
to directly to the airport.” Mono sahaja suara Ann memberitahu Em tapi cukup
buat Em marah.
“Kenapa pandai-pandai buat semua
ini? No, I will never leave you. Not even
a second. Start from this moment.” Giliran Em pula yang bersuara mono. Dia duduk
semula di kerusi tetapi menundukkan kepalanya.
“Jangan buang masa please sayang. Saya dah buat yang
terbaik dengan tolong awak. Kalau sikitpun awak tak kisah hilang kerja tapi
ambik kisahlah sikit demi keluarga kita.” Ann menangis semula. Serius, dia tak
suka paksa Em kalau Em dah buat keputusan. Keras kepala, mesti nak ikut apa dia
nak sahaja.
“Sebab saya ambik kisah pasal
anak dan isteri sayalah saya taknak pergi.” Em masih lagi tunduk dan bersuara
mono. Fikiran dia buntu dengan keadaan yang dihadapinya sekarang. Dahlah bertengkar
dengan Ann dalam hospital. Tak pernah-pernah dibuat orang. Rasa macam dia suami
paling kejam sebab sanggup bertengkar dengan isteri yang sakit.
“Awak bayangkan, awak tak ada kerja,
saya dan Sofea macam mana? Okay, jangan kisahkan saya, tapi kasihankan Sofea. Makan
minum Sofea macam mana? Nak harapkan side
income kita, awak rasa cukup tak? Our
house, car, makan minum, Sofea’s
essentials?” tangan Em diamabil dan diletakkan di pipi Ann.
Sebenarnya Em sendiri dah
menangis tapi dia tak suka Ann tahu dia menangis. Dia memeluk Ann yang menangis
dan masih lagi merayu dia balik. Orang cakap mereka pasangan bahagia yang tak
pernah ada masalah. Tapi bila difikirkan, bahagia mana pun pasangan itu, tetap akan
ada masa mereka berselisih pendapat. Macam sekarang. Cuma mereka tak mudah
mengalah dan melatah. Masalah mana yang tidak ada jalan penyelesaian. Pendapat yang
berlainan tapi kalau dibawa berbincang pasti akan menemui keputusan yang
dipersetujui.
Akhirnya Em beralah. Dengan syarat
sebaik sahaja selesai mesyuarat tersebut, dia akan pulang semula ke Sarawak,
pada hari yang sama. Dia sudah menelefon Umi dan Abah serta meminta Izzah yang
sedang bercuti untuk menjaga isterinya di hospital kerana Izzah dirasakan
paling sesuai dan pakar dalam penjagaan pesakit seperti Ann. Lagi senang nak
uruskan kawan sendiri daripada orang asing.
Sebelum keluar daripada bilik
Ann, lama Em memeluk dan mencium ubun-ubun Ann. Dia betul-betul rasa tersepit
dan bersalah. Keputusan yang dibuat adalah kerana isterinya dan bukan kerana
dia takut untuk kehilangan kerjanya. Kalau hilang kerja, masih banyak orang
lain yang memerlukan tenaga mahirnya yang sukar untuk diperolehi mana-mana
syarikat, apatah lagi orang itu adalah penduduk tempatan. Dia teringat pesan
doktor untuk memberi sokongan moral kepada isterinya dan elakkan daripada
membuatkan isterinya berasa stress kerana boleh mengganggu kesihatannya lagi.
Dear
Ann, melukakan hati awak adalah perkara yang paling buruk dalam hidup saya. For
the sake of our family, saya ikut keputusan awak and I’ll make sure that I’ll
be back as soon as possible. Always bear in mind that I love you and Sofea. More
than anything else. Take care my cengeng!
Nota yang ditinggalkan oleh Em
membuatkan Ann tersenyum dalam menangis. Tak kira betapa banyak masa susahnya
bersama Em, mereka tetap sentiasa ada untuk satu sama lain. Telefonnya yang
baru sahaja diberikan oleh Izzah diambil. Cepat tangan menaip mesej untuk Em. Lebih
kepada memberi sokongan dan semangat kepada Em.
My
love, do take care there. I know it won’t take any longer. I’ll wait for you
with Sofea here and I promise as soon as you come back here, we’ll spend
quality time with our little munchkin. Remember, I love you every second. Work properly!
If there’s any problem, settle it with mind not anger. Take time to think love.
Anger won’t solve anything.
Much
love: Your daughter’s Mommy
Izzah tumpang gembira dengan
kebahagiaan kawan baiknya. Melihat senyuman Ann, dia berharap agar suatu masa
nanti dia turut merasa kebahagiaan yang sama.
Dr.
Hazwan, I do love you and I want to spend my entire life with you. Things are
not working for us since I have to keep the secret from you.
Manakala Hazwan yang masih setia
menemani Em sebelum masuk ke balai berlepas melihat senyuman Em yang sedang
membaca mesej daripada Ann turut berharap agar suatu masa nanti dia akan
merasai apa yang dirasakan oleh Em.
Izzah,
I know you won’t say no if there’s nothing wrong between us. Be honest, tell me
and I’ll help you to make this relationship goes as what we want it to be.
7 comments:
oi oi oi Fahmie n Fateen..
Kecut perut kmk 2 baca part 5 kali tok. Tunang aku awal dah warning kt aku mun x jaga bena2 time nya pregnant kedak em jaga yaa nya x duduk rmh aku gik kelak...hahaha..
Menangis kmk 2 baca part em n ann polah keputusan kerja em ya..
(hamdi&ina)
Hi (hamdi&ina)!!
Ya juak perlu mok nangis eh. HAHA. Lawak kitak 2 tok. Sekpa ya, ambik pengajaran sama-sama okay. Banyak benda di-highlight dalam part 5 tok even nya kurang part nak dimok kitak orang.
Yang penting mesej tentang marriage life ya ada. :)
*peluk*
kenak fahmie x polah novel juak cikgu. kan fahmie hebat juak yaa. Tentang marriage? tp kmk belum kahwin tuk. Dalam perancangan mok kahwin. hehehe. Tapi tok polah pengajaran n utk kmk org tiru boleh?
(hamdi&ina)
hye, ana nie.
Ana baru tahu ade latest update hewhew.
baiknye ann membenarkan em pergi menguruskan hal kerja sedangkan ann masih dihospital.kuase wanita terpancar disitu.
Btw, mane kak liyana lame x balik dr kpg lagi ye fateen.
Salam sy Habsah.
Mane copia dalam part 5 ni? Huhu rindu pula dgn perangai copia dkt parents dia. kirim salam copia. Dari akak Habsah sekeluarga.
itu dia anak Tuan D dah update novel!
Patutlah Tuan D tersenyum asyik baca blog ni jek.
(hamdi&ina)
mok tiru? boleh boleh. dipersilakan mun ya membantu kitak orang. hehehe. part 6 on the way tok. tunggu alright? kimsalam tunang kitak :)
Hi kak Ana :)
tujuan part ni nak cakap tak semestinya keputusan lelaki je betul kan kak?kadang-kadang perempuan ni ebih matang dalam sesetengah perkara. btw, pasal kak liyana, saya snediri pun lame dah x dengar khabar dia kak. harap-harap dia sihat. in sha Allah :)
Hai Kak Habsah,
rindu kan sofea? saya punnn! Hehehe. Sengaja bagi konflik sikit part 5 ni and ad jugak selit Copia kejap sebelum dia muncul lagi kat part 6. in sha Allah takde aral, hujung minggu saya update part 6 okay :)
Hi Anak buah Ayah. :)
Wahhh, dah guna Tuan D dah lah? Hahaha. Kirimsalam dengan Tuan D :p Hehehe
Post a Comment