Assalamualaikum and Hi!
Saya janji nak update Part 6 hujung minggu kan, tapi postponed dua hari. Maaf sayangs. Enjoy reading and don't forget to leave your comment below alright?
Seperti yang dijanjikan jugak, Sofea ada muncul. Coz I miss Sofea like you too. Weehee. Saya tak janji akan upload part 7 secepat yang saya mampu sebab saya makin hari makin busy. Saya dah mula terikat dengan satu lagi tanggungjawab which is Setiausaha Biro Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Orang bawah-bawah pun busy jugak nanti. Trust me! HAHAHAHA *lap hingus*
Tanggungjawab itu sahutlah. Susah akan jadi mudah kalau ikhlas. In sha Allah. May Allah ease everything. Dengan assignments, business, writing, English Festival (coordinator storytelling booth) dan sama waktu dengannya. Ayuh sertai saya menangis. *lap air mata* HAHAHA.
Well, inilah hakikat dunia. Wallahualam.
-------------------------------------------
“Sofea darling, kenapa ni?” Sofea yang dari tadi menangis masih tidak mahu
dipujuk. Lepas makan tadi dia mula meragam dan yang dia sebut cuma “Where’s Daddy?”. Umi dan Abah memang
sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Tak pernah-pernah Sofea buat perangai macam
ini. Sudahlah dia baru sahaja discharged
daripada hospital dan dihantar oleh Izzah dan Hazwan. Balik-balik Sofea terus
buat perangai.
“Sayang.. saya tak dapat balik. Meeting masih lagi jalan and I’m pretty sure meeting ni habis paling
awal pun by 8. And tomorrow kena follow up
dengan HQ pasal hal meeting ni. Saya
tengok flight dalam pukul 9 malam ke
atas memang full. Hairan pulak late flight pun sold out.” Sewaktu seronok berborak dengan Izzah sementara menunggu
keputusan daripada doktor memebenarkannya pulang petang itu, Em menelefon cakap
tak dapat balik. Bohong lah kalau dia cakap dia tak kecewa, kerana dia menunggu
si suami untuk membawanya pulang, tapi apa boleh buat. Keputusan untuk
menghadiri mesyuarat itu pun dia yang buat. Dia faham, tugas Em memerlukana Em
pada masa itu. Lagipun dia ada Umi, Abah, Izzah dan orang sekeliling
menjaganya.
“Daddy..” Sofea tunjuk muka kesian depan
Ann membuatkan ingatannya tentang panggilan si suami serta-merta hilang.
Kasihan melihat si anak yang menangis nakkan ayahnya padahal si ayah tak dapat
balik. Kalau tak payah menyeberang Laut China Selatan, memang sanggup Em balik driving jauh-jauh semata-mata mahu
berjumpa isteri dan anaknya. Walaupun hanya 24 jam berjauhan, serius dia
taknak. Malam tidur sorang-sorang Em tak ada di sebelah, lagilah tak seronok.
Nak peluk bantal, mana ada feeling.
Ann mengambil ipad di tepi katil biliknya. Sofea yang
masuh lagi menangis dipujuk Umi yang sudah berada di hujung bilik dipandang.
Umi cakap cara Sofea marah-marah sebijik dia masa kecil dulu. Kalau
marah-marah, nangis dekat bahagian tersorok sampai tertidur. Umi tak tahu,
sekarang pun perangai itu masih ada lagi. Kalau tak, tak mungkin Em jumpa dia
tertidur dekat tepi tangga di rumah mereka sewaktu bergaduh tentang hal
pelajaran dia tak lama dulu.
Sayang,
free dah sekarang?
Pendek saja mesej yang dihantar
kepada suami. Takut, kalau-kalau Em masih lagi berada dalam bilik mesyuarat
terganggu kalau dia cakap Sofea nangis cari Daddy kesayangan. Sofea kan Daddy’s girl. Apatah lagi seharian tak
jumpa Daddy, mestilah kerja nak mencari. Ann cemburu? Memang taklah! Bahagia
rasa lihat orang yang disayangi dimanja dan memanjakan mereka sesama sendiri
dan yang penting, Sofea pun Mommy’s girl!
Tidak lama selepas itu, bunyi
panggilan dalam Skype Ann berbunyi. Ann tersenyum. Nampaknya Daddy pun mesti
mencari anak dia. Selesai menjawab salam si suami, Em terus bertanya kerana
hairan mendengar bunyi Sofea menangis.
“Someone
is trying to throw the tantrum,
Sayang. Your girl, tiba-tiba cranky. Asyik cakap where’s Daddy dari tadi. Tu yang mengamuk.” Ann menjawab pertanyaan
suaminya.
“Sofea.. Hi honey, Daddy’s here!” Em terus memanggil si anak apabila Ann
menghalakan kamera pada ipad ke arah Sofea yang masih lagi dipujuk Umi. Umi yang
nampak lega apabila Sofea berlari ke arah Ann terus keluar daripada bilik untuk
memberi laluan kepada mereka anak-beranak untuk melepas rindu.
“Daddy.
Come.. come, it’s Pocoyo now!”
Dalam tangis yang masih lagi bersisa, dia buat mukaddimah dialog dengan Em
dengan ayat yang catchy. Seharian
merajuk cari Em semata-mata nak ajak Em tengok kartun Pocoyo. Dah kenapa, Ann tak dapat nak tengok kartun ke? Abah dan
Umi memang akan layan kalau itu yang Sofea rajukkan. Tapi, kenapa si anak nak
si ayahnya juga yang temankan?
“Aik, your girl nangis sebab nak tengok Pocoyo? Susah sangat nak cakap dengan Mommy nak tengok Pocoyo ke?” Belum sempat Em menjawab,
Ann dah bagi komen. Sofea diletakkan di atas katil. Maaflah, ipad dah bertukar tangan. Gaya Sofea
tengok skrin ipad macam tengah tengok
Barbie, padahal sekarang ni dia sendiri tengok muka bapak Barbie full screen kat ipad. Em ketawa.
“Daddy jaga rumah sayang. There’s no one here. Nanti all your Barbie dolls hilang orang
ambik. Daddy kan Superman. Always keep
you and Mommy safe. Tengok Pocoyo
dengan Mamatok and Babatok alright?
Sofea jaga Mommy. Mommy needs to sleep
early. Jangan nakal please.” Satu
per satu pesanan Em didengari Sofea. Ann hanya memerhati. Takkan Em nak cakap
dia tengah kerja, nanti tak pasal-pasal anak suruh balik dia nak jawab apa?
“Okay Daddy. Mommy rest.” Sofea Tarik tangan Ann ke tengah katil dan memaksa Ann
untuk baring bersamanya memandang wajah di skrin ipad. Tapi selepas itu si anak terus cakap I love you dengan Em dan mencium skrin ipad. Seketika kemudian, comforter
ditarik menutup sebahagian badan Ann dan dia terus mencium dahi Ann. Turun
katil, terus jerit panggil Babatok ajak tengok Pocoyo. Ann dan Em sama-sama ketawa. Sekejap sahaja Em ambil hati
si anak terus hilang rajuk.
“Anak you.” Ann bagi komen dan ketawa lagi.
“No, anak kita. If it’s only me,
then there’s no Sofea. If it’s only
you, then there’s no Sofea as well. It’s me and you barulah ada
Sofea. And in sha Allah, more to come.” Tengok, Em pantang ada
kesempatan. Suka nak naik daun. Ann layan saja.
“10
kids kan? Baru
masuk 2 ni. 8 more to go.” Ann bagi
semangat pada si suami. Makin seronok Em ketawa apabila dikenakan semula oleh
Ann.
“Yalah kan? 1 team bola. Tapi dah mix macam ni saya ambik 1 team
futsal je lah. 5 orang laki. Lagi 5 orang perempuan tolong awak kat dapur.”
Em siap kenyit-kenyit mata lagi bila cakap cadangan dia yang pada hemahnya
sangatlah logik, tapi kalau takdir cakap 6 perempuan 4 lelaki, mana nak ikut plan.
Kalau ikut perancangan mereka,
paling banyak pun anak 4 orang yang mereka nakkan. Bukan sebab menolak rezeki,
tapi Em dan Ann sendiri takut sekiranya mereka tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada anak mereka kelak. Apatah lagi mereka berdua sama-sama ibu
bapa moden dan berkerjaya. Mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sekiranya tertulis anak mereka lebih daripada 4 orang sekalipun, mereka tetap
menerima rezeki yang tidak mampu dimiliki oleh semua pasangan yang berkahwin.
Untuk menolak rezeki yang satu itu, mereka tidak akan mungkin melakukannya
kerana Ann dan Em memang sukakan kanak-kanak.
Selesai menghabiskan beberapa
minit “facetime” dengan Em tanpa
gangguan Sofea, Ann terus keluar mencari kelibat si anak. Rupanya si anak layan
Pocoyo depan TV dengan Mamatok dan
Babatoknya. Patutnya sekarang masa Umi dan Abah tengok rancangan TV kegemaran,
tapi demi cucu kesayangan, layan saja tengok kartun. Lama dia memerhati Sofea
yang berbaring di atas karpet manakala Umi dan Abah duduk di atas kerusi depan
TV.
“..Laa, dah tidur dah kawan Pocoyo ni rupa-rupanya.” Ann ketawa
kerana Umi dan Abah masih lagi khusyuk memahami jalan cerita Pocoyo di TV padahal Sofea dah hanyut
dibuai mimpi.
“Sofea dah makan ke Umi?” Ann
takut si anak yang sudah tidur belum makan. Nanti tengah-tengah malam boleh
saja dia nak buat drama lagi. Tapi drama perut lapar minta diisi.
“Dah, dia dah makan dengan Abah
dengan Umi lepas Ann makan tadi. Pergilah masuk bilik dulu, nanti Abah bawak
Sofea masuk dalam bilik.” Umi menjawab sambil mata masih lagi terarah pada TV.
Takkan Umi dan Abah tak tukar channel
lagi walaupun Sofea dah tidur. Jangan cakap Umi dan Abah dah mula jatuh suka
dengan Pocoyo sudahlah. Ann terus ke
dapur selepas mengemas bilik tidur. Doktor cakap jangan banyak bergerak, dia
tak dapat duduk diam. Tambahan sekarang perutnya lapar semula, kenalah jadi
tikus di dapur cari apa-apa yang patut dimakannya.
Malam itu Sofea tidur peluk baju
Em sebab dalam tidur pun masih mengigau cari Daddy. Nasib baik dia masih lagi
berjaga membaca buku di tepi Sofea. Cepat-cepat dia ambil baju yang telah
dipakai Em yang diletakkan si suami di atas sofa bilik. Nasib baiklah Umi tak
tolong kutip dan cuci. Ada juga bau badan si suami untuk mengubat rindu dia dan
Sofea malam itu. Dah si anak nyenyak
semula, tiba-tiba Ann pula yang mencari. Mencari bantal yang tak mungkin
didapati di mana-mana. Dengan perlahan, baju yang telah dipakai Em yang dipeluk
oleh Sofea diambilnya dan digantikan dengan baju Em yang baru.
Sorry
Sofea sayang, Mommy pun rindu Daddy. Lagi rindu dari Sofea. And you my Love, I
miss you.
Jam yang baru menunjukkan pukul
11 malam dilihat. Bila anak dan isteri tidak ada bersama, waktu yang awal pun
dilihat macam lambat sangat berlalu. Selalunya masa begini dia dan Ann akan dating dekat bilik kerja. Ann dengan
hobinya, online shopping ataupun baca
artikel-artikel yang diminati dan dia sedang menyiapkan kerja yang tidak dapat
disiapkan di pejabat. Sekarang ni, nak aturkan semula kertas pembentangan untuk
mesyarat pun dia tak ada feeling. Sudahlah dia minum 2 gelas nescafe bujang
dekat kaunter dapur tadi, memang confirm lah
dia takkan dapat lelap mata.
Dia melangkah masuk ke dalam
bilik khas mereka. Ingin mencuba nasib, mana tahu masanya dapat diisi dengan
aktiviti yang menghiburkan dia yang jadi forever
alone malam itu. Sasarannya ada dua iaitu jamming atau main PS3. Suis lampu bilik dibuka dan Em menghempas
badannya di atas sofa L-shaped di hadapan home
theatre. Tengok gitar dan PS3 dia sendiri pun tak ada nafsu nak main.
Sudahnya, matanya hanya memandang siling. Kosong.
Baru sahaja dia hendak melayan
perasaan, baru dia teringatkan album gambar yang diletakkan Ann di bawah meja
selepas sama-sama membelek gambar lama mereka sebelum terbang ke Sarawak
beberapa hari lepas. Tangannya yang disilangkan dan dijadikan bantal di
belakang kepala turun mengambil satu daripada
album di bawah meja itu.
Tersenyum sorang Em tatkala
melihat satu per satu gambar di dalam album. Namun, matanya lebih tertarik
melihat gambarnya dan Ann sewaktu mereka mula-mula berkahwin dulu. Ann yang
nakal, Ann yang happy-go-lucky, Ann
yang manja, Ann yang sensitif, Ann yang kuat merajuk dan Ann yang adakalanya
baran melampau. Bukan bermaksud sekarang Ann sudah berubah 360 darjah, tapi Ann
banyak belajar daripada pengalaman dan masalah mereka awal-awal dulu. Bagi Em,
Ann masih lagi nakal, happy-go-lucky
dan manja, tapi barannya sahaja yang semakin berkurang sekarang. Betullah kata
orang tua mereka, mesti ada seorang dalam pasangan itu yang beralah. Dalam
hubungan mereka, Em memang banyak bersabar melayan apa-apa sahaja karenah Ann.
Itulah tugas sebagai ketua
keluarga, membetulkan apa yang patut diperbetulkan. Bukan duduk diam pejam mata
lihat kesalahan yang dilakukan. Tapi, tidak pernah sekalipun dia menyakiti
isterinya walaupun dahulu Ann lebih suka ikut kepala sendiri. Maklum sahaja,
kahwin dalam usia muda dan masih lagi mahu bersosial, pasti susah bagi Ann
menerima keadaan baru mereka dan terikat dengan keputusan dan arahan daripada
suami.
Tangannya mengusap gambar Ann
duduk dan kepala disandarkan di dadanya sewaktu menemani Ann makan aiskrim
selepas Ann merajuk. Dia perasan, perangai Sofea sebijik Ann sewaktu awal
perkahwinan mereka. Kalau menangis dan sedih mesti bagi perhatian 101% barulah
okay.
“Saya nak keluar dengan
kawan-kawan saya.” Ann masih lagi berkeras dengan niatnya mahu keluar bersama
rakan-rakannya. Em pura-pura sibuk depan laptop sebab tak mahu si isteri
keluar. Kalau pergi shopping, dia
boleh benarkan dan serahkan terus kad kredit dengan Ann. Tapi si isteri nak
luangkan masa dengan kawan tengok orang buat jamming dekat tempat terbuka memang taklah! Nak biarkan si isteri
kena usik orang, rapat-rapat dengan orang yang entah macam mana perangainya.
Baru sahaja dia dengar kawan dia
cakap, dekat kawasan macam itulah macam-macam boleh jadi. Pickpocket, pusher, orang raba-raba orang sebarangan dan gaduh
memang selalunya berlaku dekat tempat macam itu. Nak benarkan isteri pergi ke
tempat macam itu macam dah tak sayangkan isteri bagi Em. Kalau biarkan Ann
pergi ke tempat itu seolah-olah dia bagi free
dengan orang tengok isterinya.
“No.”
Em pandang
isterinya dengan muka serius. Ann makin bengang.
“Bukan lama pun!” suara Ann naik
satu oktaf. Em bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke arah isterinya.
Tangan isteri yang memegang telefon diambil dan telefon diletakkan di atas
meja. Nanti silap hari bulan, baran Ann datang, boleh saja telefon jadi mangsa
lontaran si isteri.
“Jangan sayang. Kalau saya tak
benarkan tentu ada sebab. Pergi shopping
yes but bukan keluar saja-saja dekat tempat open macam tu. Bahaya. Anything
can happen.” Em memandang isterinya tepat dimatanya. Melihat riak muka Ann
yang berubah daripada marah kepada orang yang mahu menangis membuatkan Em
memeluk isterinya. Belakang Ann diusap perlahan.
Dia dapat tahu yang Ann tengah
menangis kerana esakan Ann jelas saja ditelinganya.
“Hey munchkin, jangan nangis! Sebab saya sayang awak dan nak jaga
awak lah saya tak benarkan awak ke sana.” Tangan Em sebelah melepaskan tote bag di bahu Ann.
“Kenapa kawan saya semua dapat
keluar and nothing happen. Please let me
go for a few hours. Then, I’ll come back here.” Ann mula menghentak kaki
gaya seperti budak kecil merajuk. Em menggelengkan kepalanya melihat reaksi
Ann. Selangkah Ann berundur, selangkah dia ke depan mendekati si isteri. Hanya
beberapa inci dekat dengan Ann barulah dia menarik kedua-dua lengan si isteri.
Badan Ann ditarik dekat dan kepalanya menunduk memandang si isteri yang masih
lagi menangis. Dahi mereka bertemu.
“Nak jadi isteri yang taat dan
baik atau isteri yang taknak dengar nasihat suami? Sayang pilih satu je. Only then, I’ll make the decision either to
let you go out or stay with me.” Tangannya mengelap air mata yang mengalir
di pipi isteri yang sudah menangis teresak-esak. Tipikal Ann. Kalau nak buat
dia kalah adalah dengan air mata. Mudah sahaja si isteri menangis yang membuatkan
Em sendiri mudah untuk beralah. Tapi
untuk hal yang satu ini, dia tak mahu beralah. Ann perlu dipujuk tapi bukan
dengan cara mengasari isterinya.
“Taat..” jawab Ann perlahan
setelah lama diam.
“Then,
stay with me.
Layan suami lagi banyak pahala daripada ikut kawan-kawan pergi tempat macam tu
sayang. Trust me, saya rasa tak selamat
nak benarkan awak ke sana.” Pipi Ann dipegangnya.
Ann menangis di dada suaminya.
Susah untuk dia membiasakan dirinya dengan cara baru. Dulu, dia bebas untuk
kemana-mana tanpa sekatan seperti Em. Umi dan Abah memang risaukan keselamatan
dia, tapi dia selalu cakap dia boleh menjaga dirinya. Dengan Em, dia susah
untuk melihat kepercayaan begitu mudah untuk Em berikan kepadanya.
“Salahkah kalau saya nak keluar
walaupun sekejap?” Dia masih lagi mencuba nasib memujuk suaminya. Tapi Em diam
sehingga Ann mengangkat kepala untuk melihat wajah suaminya. Tenang, seperti
tiada apa-apa berlaku antara mereka. Lama Ann mendongak memandang wajah Em
sehingga Em tersenyum dan mengangkat keningnya.
“The answer is no. You can’t go out darling. But.. let me make you feel
better.” Lengan Ann ditarik menuju keluar daripada pintu bilik. Tapi Ann
tidak berganjak dan masih lagi tayang muka kesian.
“… Okay fine.” Em berpaling ke arah isterinya semula dan mencempung
Ann keluar daripada bilik.
“Taknak lah!” Ann berusaha untuk
turun dan menolak badan Em. Semakin Ann berusaha mahu turun, semakin kuat dia
memegang badan isterinya sewaktu mencempung isterinya menuju ke bilik kerja
mereka.
“Sayang, stay! Nanti jatuh. Kalau tak, saya buat lebih-lebih nanti.” Em
terpaksa menggunakan cara mengugut kepada Ann. Ayat terakhir Em buat Ann kecut
perut. Sudahnya, dia terpaksa membiarkan Em mencempungnya menuju ke bilik kerja
mereka. Ann diletakkan di atas kerusi Cleopatra
dan cepat-cepat Em tunjuk muka “jangan lari” sambil dia sibuk menaip sesuatu
pada laptop di hadapan mereka.
“…Come here.” Arah Em dan membawa Ann dekat kepadanya. Ann hanya
menurut. Tapi masih lagi diam. Laptop mula dibawa ke atas atas ribanya dan
tangan sebelah memeluk bahu si isteri, membawa Ann dekat dengan badannya.
“Online
shopping?!” Ann
tunjuk muka gembira. Hilang sudah muka sedih apabila melihat beberapa website online shopping terpampang di
hadapan skrin. Selalunya Em bising bila dia nak buat online shopping sebab, dia bukan nak beli sebarang barang. Angka
pun mencecah ratusan ringgit. Tapi kali ini, umpama orang mengantuk disorongkan
bantal. Bukan dekat satu website.
Tapi tiga!
“Promise me, tak lebih daripada dua barang. Sebagai upah sayang tak
jadi keluar. Tapi kena bagitahu saya apa pilihan sayang. Jangan pulak beli yang
bukan-bukan.” Faham benar Ann maksud yang bukan-bukan daripada suaminya.
Pakaian bukan pakaian sembarangan, yang boleh dedahkan apa yang tak patut
didedahkan.
“Really?
Yeay!! Alright
saya akan pilih apa yang sayang luluskan!” Ann memeluk suaminya sebelum
mengambil laptop di atas riba suaminya.
“Demi isteri, pejam mata sajalah
tengok bil hujung bulan ini..” Em mampu berkata dalam hati. Dia tersenyum
melihat Ann. Kepala isterinya digosok perlahan selepas Ann membuka tudung yang
tadinya masih lagi terpasang di kepala.
Sejam isterinya memandang skrin
laptop melihat pelbagai jenis barang tapi masih belum satu pun yang Ann pilih.
Macam-macam ekspresi yang ditunjukkan oleh Ann, sekejap tersenyum, berubah
kepada serius dan ada kalanya, mulut si isteri muncung.
“Sayangg..” Ann pandang wajah
suaminya. Em mengangkat kening.
“Which
one you want?”
tangan naik membetulkan rambut isterinya yang menutupi mata.
“I
want ice-cream.”
Jawapan Ann membuatkan Em ketawa. Ann buat-buat merajuk.
“Ada jual aiskrim online eh? Mana? Mana?” Em melihat pada
skrin laptop di depan isterinya. Tapi Ann lebih dahulu menutup laptop dan
meletakkan di atas meja di depan mereka.
“Saya nak makan ice-cream. Tak ada yang berkenan pun. These online shops haven’t release their new
stocks. Yang lama pun banyak tak berkenan and flat shoe yang saya tunjuk tadi pun tak restock lagi. Boring
lah!”
“Oh okay then. Kat fridge tak
ada ice-cream sayang. So?”
“So.. kita makan ice-cream lah jom! Kat luar. I don’t want Baskin Robbins, Iglool dan
Tutti Frutti. Saya nak ice-cream
goreng!”
“Hah? Ada ice-cream goreng? Mana nak dapat?”
Ann mula bangkit daripada kerusi
dan mula memakai semula tudung yang telah dibukanya tadi. Selesai dia berkemas
ala kadar, tangan Em ditarik. Sudahnya petang itu, mereka duduk di sebuah taman
dan memerhatikan orang sekeliling dan melayan Ann makan aiskrim.
Bunyi panggilan skype di ipad mematikan lamunan Em. Panggilan
diangkat apabila melihat nama akaun skype isterinya tertera di skrin ipad.
“I
cannot sleep. I need you. I even hug your shirt but I still need you.” Muka Ann dilihat dengan perasaan
rindu. “Me neither..” kata Em dalam
hatinya. Kalau nak jawab macam itu, tentulah makin susah sebab isterinya pasti
akan sedih.
“Sabar sayangg. Esok I’ll come back to see you and our little one
okay. Right after I finish my meeting, saya terus ambik flight yang terawal. Go to sleep please.” Skrin ipad diusapnya seolah-olah sedang
mengusap muka si isteri.
“Tidurkan saya..” pinta Ann lagi.
“Okay.
Just close your eyes. Imagine that I’m beside you. Just put your ipad on the
table next to you. It’s not good to sleep with your gadget besides you, young
Mommy.” Arahan
Em dituruti apabila Ann melakukan seperti apa yang diarahkan oleh suaminya.
Matanya tak lepas memandang skrin seolah-olah tidur bertentang mata dengan Em
seperti selalu.
Lama dia memerhatikan isterinya
yang memejam mata seolah-olah memaksa dirinya untuk tidur. Sofea yang berada di
sebelah Ann turut diperhatikan. Si anak sedang memeluk bajunya sama seperti si
ibu. Ann tersenyum. Kedua-dua insan yang disayanginya dilayan dengan manja
sehingga ke tahap tidak dapat berjauhan kerana terbiasa bersama-sama. Setelah
memastikan Ann benar-benar tidur barulah dia memutuskan talian di ipad.
Album ditutup semula dan langkah
diatur menuju ke ruang dapur. Baru nak makan malam pada pukul 1 pagi. Kalau Ann
tahu mesti Ann akan bising-bising kerana dia sibuk bekerja sehingga lupa makan.
Nasib baiklah dia sudah solat Isyak sewaktu habis mesyuarat tadi. Selepas makan
nanti, dia mahu menyiapkan semula pembentangan yang terbengkalai untuk
sambungan mesyuarat esok. Sesibuk-sibuk dia memegang jawatan tinggi di tempat
kerja, Em tidak pernah mengetepikan keluarganya. Baginya, kerja boleh dicari,
harta bernilai iaitu isteri dan anaknya memang tidak ada pengganti sampai
bila-bila. Sebab itulah dia mahu menghabiskan kekusutan di tempat kerja secepat
mungkin sebelum kembali bersama semula dengan keluarganya esok.
Tiba sahaja di rumah keluarga
mertuanya petang itu, Sofea terus tunjuk perangai semula. Sudahnya, niat hendak
berehat di rumah ditolak ke tepi. Umi cakap Sofea nak “swim” sewaktu dia keluar dari bilik melihat si anak menangis
didukung oleh Mamatoknya.
Kunci apartmen mereka yang lama
ditinggalkan, diambil. Nasib baiklah apartmen mereka di Kuching mempunyai
kawasan kolam renang untuk sesiapa sahaja yang tinggal di situ. Sewaktu dia
mengejutkan si isteri yang tidur di katil untuk membawa Sofea berenang, Ann
terus bangun.
“Sayang, saya pun nak ikut.” Ann
mula turun daripada katil tetapi ditahan oleh Em.
“No sayang. Awak rehat dulu
puas-puas. Kan tak boleh banyak gerak lepas keluar dari hospital semalam. Bagi
Sofea bonding time dengan saya dulu
okay?” Em memegang tangan isterinya.
“Alaa, saya bukan nak ikut
berenang pun. Saya duduk temankan awak dengan Sofea berenang. Jealous tahu tak. Awak terus bonding dengan Sofea instead of saya.” Kata-kata Ann
membuatkan Em terus ketawa.
“Dengan anak sendiri pun nak jealous?” jawapan Em membuatkan Ann
terus diam. Tangannya yang dipegang Em dilepaskan. Em menggaru kepalanya yang
tidak gatal. Sensitif si isteri datang lagi.
“Okay then awak ikut. But promise
me, jangan jalan-jalan kat tepi kolam. Licin! And duduk je. Jangan nak
pandai-pandai ikut sama-sama swimming
nanti. Promise me?” Em memandang
isteri. Memberi peringatan dan amaran sebelum membenarkan isterinya ikut sama.
Keselamatan Ann memang diutamakan selepas apa yang terjadi sebelum ini.
Sudahnya Ann mengangguk dan mula turun dari katil menuju ke tandas untuk
berkemas.
“Daddy,
let’s go!” Sofea
yang masuk ke dalam bilik terus menarik tangan Em untuk keluar daripada bilik.
Lepas Em memujuk si kecil tadi, terus Sofea berhenti menangis. Kalau nak suruh
Mamatok bawa pergi berenang, Mamatok sendiri pun tak pandai berenang. Sebab
itulah Umi tidak tahu hendak memujuknya tadi.
“Okay darling. Wait for Mommy first.” Em mengangkat si kecil ke atas
katil. Habis sahaja Em berkata begitu, Sofea terus bersorak dan melompat-lompat
di atas katil.
“Sayang, jangan lompat.” Ann yang
entah bila keluar daripada tandas menegur Sofea.
“Sorry
Mommy.” Terus si
anak berhenti melompat tapi mula memeluk Em dari belakang. Sudahnya Sofea terus
minta “piggyback” daripada Daddynya.
Petang itu, mereka menghabiskan
masa di dalam kolam apartmen dengan mengajar si kecil berenang. Ann hanya duduk
melihat. Hairan melihat beberapa pasang mata yang sibuk melihat suaminya dan
Sofea di dalam kolam. Bukannya Em guna swimming
trunk dan tak berbaju pun kalau nak kata suaminya mendedahkan apa yang tak
patut didedahkan. Em guna slim fit
t-shirt dan seluar pendek Adidas yang longgar. Dah kira menutup aurat lah
bagi Em.
Dia mula bangkit dari tempat
duduk dan berjalan menuju ke tepi kolam. Memanglah dia bangga, tapi nak bagi
orang tengok suami dan anaknya lama-lama, dia jadi cemburu. Tak mahu orang
mengambil kesempatan. Tuala untuk suami dan anaknya dibawa sekali.
“Okay sayang. Times up. Masa untuk balik.” Berhati-hati Ann berjalan menuju ke
kawasan kering di tepi kolam dan memanggil Em dan Sofea. Em membawa Sofea
berenang menuju ke arah isterinya. Sesekali dia dan Sofea menepis air sehingga
terkena isterinya dan membuatkan mereka ketawa.
Naik sahaja di tepi kolam,
cepat-cepat Ann tarik suami dan anaknya menuju ke tempat duduknya tadi. Dia
tahu masih ada yang memerhati mereka bertiga. Bila Em hairan melihat perangai
Ann yang pelik tiba-tiba, Ann terus beritahu.
“Perempuan tengok awak and they like Sofea too. Saya tergugat.”
Ann pegang tangan suaminya yang mengelap mukanya yang basah semasa Sofea masih
lagi sibuk mengelap badannya sendiri. Nak suruh Ann atau Em lapkan badannya,
awal lagi si anak cakap “No Mommy. I can
do this.” Padahal badan si kecil masih lagi basah walaupun berulang kali
dia mengelap di kawasan yang sama.
Em yang dengar si isteri complain ada orang suka memerhatikan
mereka, terus tersenyum. Tuala disangkutkan di leher. Dan dengan badannya yang
basah, dia terus memeluk pinggang isterinya di tepi dan membuatkan Ann
mendongak.
“I
already have my one and only wife. I don’t need anybody else yang jadi kedua, ketiga or keempat. Semua bukan taste saya kecuali awak sorang.” Em
berbisik di telinga isterinya dan membuatkan Ann ketawa. Em, banyak sangat gula
kalau bercakap. Tubuh Em ditolak apabila menyedari si suami sengaja nak
membasahkan dia dengan memeluk pinggangnya dengan lebih erat.
“Daddy, I’m cold.” Susah bila sudah ada Sofea yang jadi tukang kacau.
Baru nak tunjuk sweet depan orang
yang berada di tepi mereka, Sofea potong line.
Si anak mendepakan tangan minta diangkat. Setelah diangkat oleh Em, barulah Ann
dapat mengelap badan si anak yang masih basah. Mestilah sejuk, dah badan yang
basah ditiup angin petang.
“Dah. Jom balik. Nanti tak
pasal-pasal isteri saya gaduh dengan orang pasal tak mahu orang tengok suaminya
yang handsome ni.” Ann menolak
suaminya sekali lagi apabila mendengar Em berkata begitu.
“Perasan!” Ann ketawa bila
mendengar si suami sudah mula masuk bakul, angkat sendiri.
“Daddy
handsome. Mommy pretty. And I’m cute.”
Sofea menyampuk tiba-tiba menyebabkan mereka berdua sama-sama ketawa. Seperti
diajar sahaja cara si anak bercakap.
“Smart
girl! Ni banyak
cakap ni mesti ikut perangai Mommy. Mommy kan lawyer!” sekali lagi Em mengenakan si isteri dalam diam dan
membuatkan mereka ketawa lagi.
“…Yalah, kalau ikut Daddy, Daddy
pandai guna tools bukan guna mulut
untuk cakap 24 jam non-stop.” Apabila
selesai berkata begitu Em terus mengelak bila Ann mahu menolaknya sekali lagi.
Mereka bersama-sama berjalan
menuju ke apartmen mereka untuk mandi dan menukar baju sebelum kembali semula
ke rumah Umi.
Till then, Assalamualaikum and have a good day ahead loves. Hugs. xx
10 comments:
Salam, Kak Habsah ni.
Lama yg dinantikan, akhirnya copia keluar juga.Bahgianya keluarga Em dan Ann ni.Ditambah lagi dengan kepetahan copia seperti mommynya bak kata Em. :)
Akak beri 10/10 utk part ni. :)
Salam F n F atau lebih dikenali dgn anak Tuan D.
Hehehe kami terliur cair membaca part 6 yg sangat sweet. dkt sini dah 23 org baca. HARAP MAKLUM KAMI CEMBURU TENGOK EM, ANN DAN SOFEA. Patutlah Tuan D senyum jak baca dari td.
Salam Fahmie n Fateen.
hehehe mem aku jelous tga kemanisan ktk org oi. ajar mek urg lok.
Hamdi&Ina..
Hye, ana nie.
Keep Calm & Johor sedang membaca.
:) :) :) :) :) :) :) :) :) :) :)
Salam Kak Habsah :)
Thanks sebab masih setia follow Sabar Itu Indah. Tahu tak, saya masukkan watak Sofea demi akak. Sayang akak! HEHEHE :) *peluk*
Salam anak buah Tuan D, :)
Thank you sebab masih sudi baca. Terima kasih jugak sebab sentiasa support dan bagi positive feedback. Teruskan membaca. Hehehe.
Hamdi & Ina, :)
hai hai hai.. boleh tiru mun rasa ya sweet or best. Tapi ikut cara dan kemampuan kita masing-masing okay. Glad you like it. Kahwin la cepat-cepat mun mok polah camtok juak okay. Hehehe. Teruskan membaca.
Tuan D kali tok baca seorg jak dulu. Dah nya happy baca layan seorang baruk Tuan D padah kami. 1 balai polis sini kirim salam. dan soalan emas! BILA PART 7?? hihihi
(Kak Habsah)
Akak berjaya suruh menantu akak ikut cara Em dan Ann dan Copia tu. Alhamdulillah mereka bahagia dari sebelum ni. Ye, akak sekeluarga sentiasa baca tiap hari blog ni dan menyokong hasil karya Sabar Itu indah.
Hai kak ana :)
thank you thank you. teruskan membaca. Kirim salam orang Johor! HAHAHA :) *peluk sorang-sorang*
Anak buah Tuan D,
Waalaikumsalam wbt. Kirim salam semua balit. Part 7 sik tauk gik. Kelak mun dah update kamek akan laporkan kepada Tuan D okay. Hehehe. :)
Kak Habsah,
Betul ke? Alhamdulillah kalau macam tu kak. Terima kasih banyak-banyak sebab setia. Ada rezeki nak jumpa akak lepastu peluk kuat-kuat. HEHEHE.
(kak habsah)
Ye, kalo ada rezeki boleh datang ke negeri kami ni. negeri sembilan. Akak betul2 berterimakasih dgn Fatin wujudkan karya Sabar itu indah. Alhamdulillah, karya ini membantu menantu akak membimbing keluarganya dgn betul dan bahgia.
Post a Comment