Thursday, February 13, 2014

Empat Puluh Tujuh Bulan.

Assalamualaikum and Hi!

Just a brief post for my loves here. (Ceyyy!)

Saya sangat busy sekarang dengan komitmen utama sebagai seorang pelajar. Sekarang dah habis musim hujan, start musim assignment bagi saya. Wuwuwuwuw. Saya ada penyakit M untuk buat assignment sebab fikiran asyik nak sambung buat Part 5 ja. Haih.. kadang-kadang saya rasa macam dah lost track dah bila lalai dengan tanggungjawab utama. Sebab tu lah, saya hold diri saya daripada update blog (update ini tak sengaja. Macam terrrrr-taip) lebih-lebih lagi pasal writing.

Sekarang komitmen sampingan ditambah lagi dengan urusan bisnes dengan partner in crime saya, F. So, lagilah terhad masa saya kan? Tapi jangan risau (khas buat F), sebab saya masih makan dan minum ikut waktu dan yang paling penting tiap petang saya masih pergi jogging dalam 45 minit dengan kawan-kawan. Weeeeheee. 'Badan sihat minda cergas' adalah tagline saya. :p


Oh, harini adalah hari Fatmie Faheen yang ke 47. Lagi sebulan hari kami yang ke 48. Dan hari ini menandakan sedikit masa lagi kita akan menjadi 4, F.

F darling,
Selamat hampir 4. Saya tahu baran saya semua orang takleh handle and that includes you. Tapi awak ada kesabaran yang saya rasa orang lain takkan dapat hadap bila berdepan dengan saya. 
Even I know we are still nothing for each other but we both know our intention kan? Semoga yang jauh didekatkan, yang baik tapi lambat, akan dicepatkan. In sha Allah.

Dalam masa naik dan turun dengan awak, saya tahu peristiwa 31 Disember 2012 adalah peristiwa yang paling pahit untuk kita kenang tapi dari A sampai Z saya masih ingat F. Pengajaran buat saya, peringatan buat awak. Recall it? Click: here 

Niat kita sama, ibu bapa keluarga sentiasa di carta 1. Awak dan saya sama begitu. Jadi saya mahupun awak tetap faham atas semua kekangan yang kita hadapi.

Nakal saya, saya tahu dimana saya berada dan saya tetap akan kembali di mana saya berada pada mulanya. 

Saya tahu, semakin banyak yang suka dan sayangkan kita, semakin banyak juga yng benci dan dengkikan kita. Kelemahan saya kekuatan awak dan dari situ saya bangun kerana saya tahu, saya ada keluarga saya ada awak dan saya ada kawan-kawan saya. Apa ada pada mereka yang membenci padahal yang kasihkan kitalah yang kita perlu ambil kira. 

Tuhan tahu betapa saya mahu, ingin dan sempurnakan yang satu itu tapi awak dan saya tahu bagaimana situasinya (tetiba nangis :p)

Sakit saya jatuh saya lemah saya hilang orang dari saya, saya tahu antara yang setia adalah awak. Apa lagi yang saya cari adalah kelemahan awak. Sebab itulah orang kata, semakin baik seseorang itu, semakin mahu kita mencari dimana kurang, cacat celanya. Tak pada luar tapi pada dalamnya. Itu saya. Ego saya melangit tapi saya jujur, saya sayang.

Bukan hanya pada awak, pada mereka. Mereka yang sayangkan kita, keluarga saya, keluarga awak, rakan-rakan kita dan mereka yang selama ini sentiasa berada bersama walaupun pada jasadnya tiada di tepi.

Paling penting hingus saya setia bersama awak. HAHAHAHA. Sebab saya cengeng. Tidak pernah saya menyesal kacau awak pada 26 Februari 2010 atas desakan kawan saya. *wink wink*


Selamat 47 kawan, abang, dan musuh saya.
F

WHY SO SERIOUS? SEBAB ADA ORANG AMBIK GAMBO SENDIRIAN BERHAD!


Because I miss writing. Hence, I ended up with this kata-kata.  ]Saya tahu post ini bunyinya cliché tapi maaf lah, memang mood saya *in the air*. Till then assalamualaikum and wait for part 5 soon alright. In sha Allah kalau takda aral saya akan update :) *peluk sorang-sorang yang singgah* Begitu sekali obsesi ini.

Mun guna bahasa omputeh ngerepak anak ya.lol 

No comments: