Sebab mood saya dah okay, saya dah siapkan part 4! Enjoy your weekend babes. Ingatlah tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Have a good discussion. enjoy your life and jangan stress okay. Saya ada 11 fail untuk disiapkan. Saya stress? belum lagi.. Hahaha. Till then, hugs!
Please tinggalkan jejak anda di ruangan komen okay. Your feedback is my source of energy. lol. Assalamualaikum and have a blast!
Ketibaan mereka bertiga di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Umi dan Abah Ann. Mereka
terus sahaja pulang ke rumah lama mereka untuk makan tengah hari kerana Umi
sudah memasak awal-awal lagi untuk anak, menantu dan cucu kesayangannya. Tidak banyak
yang perubahan di situ sejak kali terakhir Ann datang melawat Maksu dan
keluarganya yang lain di Sarawak enam bulan yang lepas.
Ann dan keluarganya memang tinggal
di Sarawak atas tuntutan kerja orang tuanya. Umi sendiri sememangnya banyak ahli
keluarga yang menetap di Sarawak. Ann sendiri membesar di Sarawak dan pernah
bersekolah di Sarawak sebelum dia berpindah sekolah di Kuala Lumpur suatu
ketika dahulu. Tidak mungkin Abah dan Umi lupa selok belok di Kuching sedangkan
hampir 10 tahun mereka tinggal di Sarawak. Cuma Ann tidak mampu untuk fasih
berbahasa Sarawak seperti dahulu lagi, tetapi dia masih dapat memahami
sekiranya orang berbahasa Sarawak dengannya.
Selepas selesai makan tengah hari
bersama keluarganya, Umi terus meminta mereka bertiga untuk hanya berehat di
rumah sementara Abah dan Umi pergi ke rumah Maksu lebih awal untuk membantu
apa-apa yang patut.
Setelah melihat kereta Abah
bergerak meninggalkan rumah mereka, Ann terus membawa Sofea masuk ke dalam
bilik untuk mencari Em yang tidak kelihatan sejak mereka selesai makan tengah
hari tadi. Melihat Em yang nampak nyenyak di atas katil biliknya dahulu, timbul
niat ingin mengacau si suami. Terus sahaja dia meletakkan Sofea di atas badan
Em yang tidur mengiring. Bab duduk gaya bebas di atas badan sambil menggoncang
badan Em, memang Sofea suka.
“Auch!
Sofea honey, don’t disturb Daddy please. Play with your Mommy first.” Em cuba mengangkat Sofea daripada
badannya. Namun, belum sempat dia mengangkat Sofea, Ann pula yang berbaring
bersandar dengannya tiba-tiba sehingga menyebabkan Em beralih ke tepi katil.
Dah sahlah Em tidak dapat
meneruskan niatnya untuk tidur kalau dah Ann sekali yang menjadi tukang kacau.
“Sayang , please. I’m sleepy.” Ann buat-buat tak dengar. Siap ajak Sofea main
tiup-tiup muka Em lagi. Dah melihat muka Em berkerut seribu, Ann dan Sofea
ketawa. Okay, dah dua orang tersayang siap kenakan dia, Em memaksa diri untuk
bangun. Jangan haraplah dia dapat nak tidur dengan aman. Sengaja dia menggeliat
sehingga menyebabkan Ann yang bersandar dengannya tertolak ke belakang.
“Teruklah awak! Dahlah skip Zohor! Tidur tak ingat dunia. Lepas
tu kenakan saya pulak.” Ann terus menikam bantal ke muka Em. Em terus mengalih
bantal dimukanya dan ditikam ke bawah. Kehadiran bantal pada waktu itu memang
menyemak katil kalau dah Sofea dan Ann conquer
tiga per empat tempat kawasan katil. Em baring mengiring menghadap
isterinya yang sudah duduk. Sofea dipeluk dan dikepit rapat ke dadanya. Dia
tersengih memandang Ann yang sudah mula naik angin.
“Saya dah Zohor lepas makan tadi
masa awak kemas dapurlah sayang. Sesedap mi Sedaap awak cakap saya skip ya Puan Ann. Ni nak muncung sedepa
ni kenapa? Saya guraulah. Tadi nak ajak Sofea main kacau saya masa saya tidur,
saya okay je pun.” Sebelah tangan Em menarik Ann supaya dekat dengannya dan
disandarkan semula di badannya yang mengiring.
Em ni boleh kira macam Superman, dua orang sekali yang kena
dimanja dengan disandar dekat badannya. Nasib baiklah selalu angkat dumbbell, tapi tidaklah seberat dumbbell yang dia sedang sandarkan
sekarang. Dumbbell kecil, si Sofea
dan dumbbell besar yang sedang
membawa bakal dumbbell yang baru
nanti, Ann.
“You
look tired, H”
“Am
I?” Soal Em
balik ketika Ann sedang melihatnya yang cuba mendodoikan Sofea dalam pelukannya.
“Why?” Ann bertanya semula walaupun dia
tidak mengiyakan pertanyaan Em. Dia melihat si suami memang dah tak larat nak
membuka mata walaupun dalam keadaan terpaksa sewaktu dia dan Sofea
mengganggunya.
“I
was finishing some pending reports last night before I emailed it to my friend
this morning.
Masa awak bangun tu saya baru tidur. Urut saya please? Sakit tengkuk saya masa buat kerja tadi.” Em mula memancing
isterinya.
“You
sleep first. Before
Asar saya kejutkan and I’ll massage you,
alright?” Ann mengusap kepala si suami yang tentunya jarang sekali dimanja
sebegitu kerana Em sahaja yang selalu memanjakannya dengan Sofea. Lama dia mengusap
kepala si suami, sedar tak sedar, Em dah tertidur. Alahai kesian suaminya, dah
macam Sofea pulak kena usap kepala. Patutlah Umi cakap Sofea tu Daddy’s girl!
Sebelum dia berlalu ke bilik
mandi untuk menunaikan solat Zohor, dia mencium dahi Em dan Sofea. Ann
tersenyum melihat Sofea sama seperti Em tidur. Muka dua-dua innocent, dua-dua mendepa tangan bila
tidur. Umi betul, Sofea sama macam Daddynya.
Seperti yang dijanjikan, setengah
jam sebelum masuk waktu Asar, Ann mengejutkan suaminya walaupun Em nampak
seperti masih mahu menyambung tidurnya bersama si kecil. Apabila Ann cakap nak
urut, terus Em bangkit daripada katil. Selepas mengurut Em, peluang diambil
mereka untuk solat berjemaah sewaktu Sofea masih lagi tidur.
“Sayang, pukul 5 kita pergi ke
rumah Maksu okay? Or awak masih nak
rehat?” Tanya Em selesai mencium dahi isterinya selepas berdoa.
“Boleh. Saya pun nak tolong and nak jumpa Abang Aidil sebelum dia
jadi laki orang.” Ann tersengih. Jawapan Ann sungguh tidak bernas apabila
didengari oleh suaminya sendiri. Kalau nak pergi rumah Maksu cakap nak tolong
apa yang patut tu okay lagi bagi Em, ini tidak. Nak jumpa bakal suami orang.
Wajah Em berubah. Ann yang perasan akan perubahan suaminya, terus memegang muka
suaminya.
“Kenapa?”
“Sayang, jangan rapat sangat
dengan lelaki lain. Saya jealous.
Kalau tak tolong orang buat kerja, duduk dekat dengan pandangan saya kat rumah
Maksu nanti. Senang saya nampak awak dan Sofea dari jauh.” Em meminta macam
budak kecil bunyinya. Ann ketawa. Typical
Em, cemburu susah nak dibuang jauh.
“Hubby, Abang Aidil tu cousin
saya lah. Membesar sama sejak kecil lagi dan saya yang tak berabang ni anggap
dia sebagai abang saja tau. Orang dah nak kahwin dah pun. Dengan doktor lagi
tu, sama level dengan dia. Tak macam
saya, ada degree dalam Undang-undang
pun jadi surirumah. Mana Abang Aidil nak pandang. Lagipun saya ni dah jadi bini
seorang Engineer Ir tahu! Hah, anak
dah masuk dua orang pun masih nak cemburu cik abang sayang?” Ann bercakap
dengan suaminya gaya orang yang tengah berbicara di mahkamah sahaja. Tidak
padan dengan dirinya yang masih lagi bertelekung, membuatkan Em ketawa. Tangan
naik membuka telekung yang masih tersarung di badan isterinya. Rambut isterinya
yang berjuraian dikuak ke belakang.
“Nowadays, orang cari menantu nak yang educated tau even at the end
of the day, dia jadi surirumah. Saya beruntung sebab isteri saya bukan
calang-calang orang. Lagipun awak hanya surirumah sementara. Lepas adik Sofea lahir
dan membesar sampai 6 bulan, kita hantar rumah nenek mereka. Then, awak boleh
bekerja selayaknya dengan pendidikan awak Sayang. Awak nak sambung belajar Master yang tertangguh haritu pun saya
takkan halang. As long as we both know
who we are.” Em mengenyit matanya ke arah Ann yang diam mendengar dia menjelaskan
perihal pembelajaran dan masa depan Ann yang suatu ketika dahulu pernah
menyebabkan mereka bertengkar.
“…Speaking of jealousy, suami mana yang tak cemburu kat dunia ni
sayang? And I bet you too my dear
Ann. Kita selalu dengar cemburu tandanya sayang. So it’s proven that I love you. Thinking of reducing my level of
jealousy when seeing you clinging with whomever men which considered as orang
luar, is definitely a big NO sweetheart.
Saya nak sentiasa cemburu. Kalau dengan adik beradik dan Abah dengan Papa
itu je yang saya terima. Other than them,
tak boleh. Cakap biasa-biasa boleh lah. Rapat, no!” Em menyambung penjelasannya
tentang sikap cemburu terhadap lelaki lain.
“Then
how about clinging with my friends in the university and my future colleagues
in the office?” Ann
terus bertanya kerana takut dia akan menghadapi kesukaran untuk berbincang
dengan kaum lelaki sekiranya ada melibatkan perkara untuk dia berbuat begitu.
“Mind you my lady, clinging is different than discussing. Benda yang
buat awak bekerjasama dengan lelaki saya tak halang kalau melibatkan studies dan kerja. Tapi bersosial tak
boleh. I mean tengok movie dengan lelaki or apa-apa yang di
luar bidang belajar or kerja awak, tu
tak boleh. Tapi.. kalau tu class trip or
work trip like family day, okay lah saya benarkan.” Lagak Em menerangkan
kepada Ann seperti guru yang menyampaikan cerita kepada anak muridnya.
“Susahlah macam ni..”Ann
merungut.
“Tak susah sayang. Ingat dan
faham balik apa yang saya cakap. Saya tak pernah halang awak berkawan dan
bekerjasama dengan mereka, tapi tahu diri, tahu batas sayang. Bukan tak
percayakan awak, tapi saya sebagai suami hanya mengingatkan awak. Isteri saya
kan, special edition. So tak
bolehlah, nak bagi bebas dengan lelaki. Dengan kawan perempuan saya tetap
benarkan asalkan awak ingat nak jaga diri.” Em ketawa melihat muka Ann yang
berubah gembira apabila tiada sekatan untuk pergaulannya dengan perempuan.
“I loveeeee you..” Ann memeluk Em.
“..I still can ask you to have my “me-time” with my besties nanti.
Yeay!” Em hanya tersenyum melihat isterinya gembira. Ubun-ubun isterinya dicium
lama dan Ann dibawa ke dalam pelukannya.
I’m
happy seeing you happy, Ann. I just love this early marriage where we can
negotiate and discuss about every single issue in our family. Mama, Papa, Abah,
Umi.. what counts is bless. Restu untuk berkahwin dalam usia muda penting
walaupun mencabar. Tiada perkahwinan yang tidak mengalami masalah, walaupun
berkahwin pada usia sepatutnya ataupun berkahwin dalam usia muda. Pokok
pangkalnya, kita sendiri. Diri kita untuk menangani segala masalah yang datang.
Alhamdulillah, benda yang baik tidak pernah mendatangkan musibah kepada setiap
umatNya. – Em
Suara tangisan Sofea mengejutkan
mereka berdua yang masih lagi duduk di atas tikar sejadah. Sewaktu Ann berebut
untuk melipat telekung dan sejadah, Em menghalangnya.
“Let me do this. You just go and see Sofea okay?” Ann tersenyum dan
bangkit meninggalkan suaminya untuk mengambil Sofea. Selesai memandikan Sofea
dan berkemas apa-apa yang patut, mereka bertiga bergerak ke rumah Maksu. Sofea
awal-awal lagi dah menyarung baju tidur
“Mummy + Daddy = Me” walaupun jam baru sahaja pukul 5.30 petang.
Mood
fashion Ann pada
petang itu ke laut sekejap, sebab si kecil pasti akan bermain bersama-sama
saudaranya yang lain. Nak bagi Sofea pakai jeans, Em tak bagi. Nak sarungkan legging, Sofea pulak memilih taknak
pakai legging. Tak ada pilihan baju
lain, Ann sarungkan terus baju tidur itu tanpa berfikir panjang. Nak marahkan
Sofea, apa saja yang Sofea tahu, lagipun sifat cerewet Sofea memang diwarisi
daripada kedua-dua Em dan Ann.
Sampai sahaja di rumah Maksu, Em
terus membantu golongan lelaki membuat kerja-kerja berat. T-shirt Polo dengan
Jeans yang digunakan Em bila diperhati, macam orang nak ke CityOne. Tapi Em
takkan guna baju sebarang, lagi-lagi di tempat orang. Sekarang dah kena buat
kerja, memang terpaksalah guna pakaian macam itu. Nasib baik hanya menolong
orang membuat kanopi untuk bergotong-royong.
Ann pula terus membawa Sofea
masuk ke dalam rumah dan menolong saudaranya yang sedang membuat kerja-kerja
ringan. Nak tolong orang kupas bawang-bawang pun Maksu tak bagi. Si suami
apatah lagi, kalau boleh dia memang nak Ann duduk diam tengok orang tapi Ann
bukan jenis yang tahu duduk diam goyang kaki gaya seperti perempuan malas. Ann
membantu mengelap pinggan mangkuk bersama-sama saudaranya yang masih belajar
dan Sofea mula dibiarkan bermain bersama-sama kanak-kanak yang lain.
Ann dan Em sendiri nak dedahkan
Sofea supaya mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kalau Sofea rapat dengan Atok dan
Nenek kat KL, dia pun rapat dengan Mamatok dan Babatok yang tinggal dekat
Kuching jugak. Tapi sekarang, Ann nak dedahkan Sofea dengan pergaulan orang
yang seusia dengannya supaya Sofea tidak memilih teman dan mudah untuk
didekati.
“Ann?” Ann terus berpaling apabila
namanya dipanggil. Belum sempat dia memberi respon kepada panggilan tersebut,
dia sudah dipeluk.
“..Kau dah kenapa? Datang sini
tak bagitahu aku awal-awal. Merajuk lah macam ni! Putus kawan!” Rupa-rupanya
kawan baik Ann sendiri yang datang ke rumah Maksu untuk menolong orang ramai
membuat persiapan perkahwinan. Bakal isteri Abang Aidil merupakan rakan sekerja
kawan baiknya, Izzah. Dah tahu saudara sendiri nak kahwin, mestilah dia akan
datang.
Nama pun BFF, Ann siap kena tegur makin berisi. Perempuan mana yang tidak
rasa sensitif apabila ditegur makin berisi atau dalam bahasa kurang sopannya
adalah gemuk! Izzah memang begitu sejak mereka kenal rapat di sekolah dahulu.
Kalau nak menegur, tiada istilah tapisan dalam kata-kata. Cakap direct! Ann pula, tak pernah nak ambil
serius sebab dia kenal kawan dia.
“I’m
pregnant babe.. 7 weeks to be exact.”
Ann cakap dengan muka “proud Mommy”
siap kelip-kelip mata lagi depan Izzah. Sekali lagi Ann kena peluk Izzah sampai
nak melompat-lompat. Sangatlah tak padan dengan umur dan status diri sebagai
doktor dan mak orang. Masih lagi ingin jadi kanak-kanak Ribena. Hanya satu
perangai Izzah dia tak berapa nak terima, main hentam peluk hentam pukul bila
dah gembira sangat.
“Waaaaaaa! Bertambahlah anak
angkat aku!”
“Over tau!” Itu sahaja respon
Ann. Izzah memang seorang doktor dan lebih spesifik lagi adalah sedang
menyambung belajar untuk menjadi pakar pediatrik. Tapi disebabkan dia terlalu
ingin mencapai cita-cita sampai jadi pelajar yang termasuk dalam golongan “fast track’s student”, dia tak ambil
pusing soal berumahtangga macam Ann sekarang.
Nak kata tak laku, boyfriend pun dia ada sekarang. Cuma
Izzah yang selalu mengelak bila diajak berkahwin. Nak cakap masih giat mengejar
cita-cita, dah tercapai dah hasrat nak jadi doktor sekarang. Sebagai kawan,
pernah Ann menasihati Izzah, tapi dia cakap tunggu dua tiga tahun. Kata nak
tunggu kumpul harta, memang Izzah dah ada sebuah rumah, sebuah kereta dan
selalu pergi melancong ke tempat orang. Taknak jadi busybody, Ann diamkan sahaja. Jodoh dah sampai nanti, dia tetap
menjadi orang pertama yang Izzah bagitahu.
“Eh, where’s my Copia?” Dah lama mereka berbual, baru nak tanya Sofea. Izzah
siap bagi gelaran khas kepada Sofea walaupun dia mak angkat Sofea, tapi gelaran
yang konon-kononnya bunyi macam kanak-kanak, sungguh tidak sedap di dengar.
“Tu..” Ann menunjuk ke arah Sofea
bermain tatkala ditanya oleh Mama Ijanya. Tanpa banyak tanya, terus Izzah berjalan
ke arah Sofea dan memeluk si kecil. Sofea memang rapat dengan Izzah kerana
Izzahlah auntie favourite Sofea. Ann yang
turut bergerak sama ke arah Sofea tadi terus mengelap dahi si kecil yang
berpeluh kerana bermain setelah dilepaskan daripada pelukan Izzah.
“Sofea sayang, tell your Mama Ija what you had learned from
Mommy please.” Ann terus mengumpan si kecil untuk bermain bersama Izzah
dengannya kerana tidak mahu Sofea berpeluh dan berpenat berlari-lari di dalam
rumah Maksu bersama kanak-kanak yang lain. Takut juga, silap hari bulan Sofea
boleh terjatuh kena tolak masa bermain, tak pasal-pasal kena sound dengan Em nanti.
“Okay. Mommy starts plis.” Sofea mula bersandar pada Ann yang duduk di
atas sofa berdepan dengan Izzah. Izzah dah tunjuk muka over the moon bila dapat tahu Sofea nak tunjukkan apa yang dia
belajar dengan Ann di rumah.
“Alright. Show Mama Ija your
eyes..” Ann memberi arahan, Sofea pula melakukan seperti yang diarahkan.
“Eyes.. mataaa..” Sofea pegang kedua-dua
matanya dan menunjukkan kepada Izzah. Bila Ann cakap ears, Sofea pegang kedua-dua telinga sambil mengulang apa yang Ann
cakap. Bila Ann cakap nose, Sofea
tarik-tarik hidung kecilnya. Izzah berasa terhibur melihat karenah Sofea. Tak
cukup itu, Sofea siap nyanyi lagu rasmi Mama Ijanya, “An Apple a day keeps the doctor away” dalam accent dia sendiri.
“So, masih nak single Doktor Izzah?” Ann pula yang mengenakan Izzah yang sibuk
melayan Sofea. Jawapan Izzah memang dah dapat diagak. Masih nak membujang, tapi
apa yang Ann lihat pada cara Izzah melayan Sofea tak ubah seperti orang yang
memang nak berkeluarga. Topik perkahwinan yang memang takkan mendatangkan
respon positif daripada Izzah dibiarkan berlalu begitu saja.
Lama juga mereka berbual di ruang tamu rumah Maksu
sebelum Izzah meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum balik sempat lagi
Izzah berbisik pada Ann, dia nak cari calon yang memang pilihan keluarga. Dia
dah serik bercinta dan putus di tengah jalan. Nak cara terbaik adalah pilihan
keluarga yang tentunya pilihan terbaik.
Cuma dia kurang yakin dengan
situasi pada masa sekarang yang tidak lagi percaya pada perkahwinan pilihan
keluarga. Jawapan Ann senang sahaja, sekarang semua orang dah “back to basic”, jadi cadangan untuk
menerima siapa sahaja pilihan keluarga, memang cadangan yang bernas.
Majlis akad nikah Abang Aidil dilangsungkan
pada hari seterusnya di rumah pihak perempuan diteruskan lagi dengan majlis
resepsi sekali pada sebelah malam. Manakala sebelah pihak lelaki berlangsung di
rumah Maksu sendiri. Ramai tetamu yang hadir ke majlis kedua-dua belah pihak
walaupun majlis berada di tempat yang berbeza.
Sewaktu majlis sebelah lelaki
berlangsung, ke semua keluarga meggunakan pakaian yang bertemakan warna peach atas pilihan Abang Aidil sendiri.
Seperti biasa, Em tentu rasa bangga kerana mempunyai isteri yang sentiasa bijak
dalam bergaya dan tahu perkembangan terkini sehinggakan menjadi tumpuan oleh
sesetengah pihak.
Ann dan Sofea sama-sama mengenakan
Tutu Maxi Dress yang Ann tempah khas secara online
dan sudah sampai beberapa hari sebelum mereka datang ke Sarawak oleh Abang
Posmen. Ada juga yang mengatakan bahawa Ann masih bujang. Mana tidaknya,
bergaya dan masih muda padahal hakikatnya sudah mempunyai seorang anak dan
tengah mengandung. Ditambah pula ada suami yang sentiasa menjaganya. Kalau si
kecil tidak ada bersama mereka, sudah tentu orang mengatakan bahawa mereka
masih belum berkahwin. Bangga? Haruslah! Sudahlah Sofea menjadi center of attraction kerana berpakaian
sama dengan Ann dan diberi mini birkin yang
serupa juga dengan Ann.
Big birkin is for mommy and mini birkin is for Sofea! :) |
Pada sebelah malam setelah
selesai majlis resepsi sebelah lelaki, majlis cukur jambul cucu pertama Maksu,
Jibril terus sahaja dilangsungkan. Tidak ada banyak beza dalam adat masyarakat
di Sarawak dan di Semenjung berdasarkan pemerhatian Ann sendiri. Setelah
selesai majlis tersebut, Ann terus mengajak Em balik awal kerana Sofea sudah
mula meragam.
Dalam kereta, si kecil sudah lena
di pangkuan Ann. Diam sahaja Em memandu, mungkin sama-sama penat kerana dua
hari berturut-turut membantu orang bergotong-royong di rumah Maksu. Untung
Maksu, dapat menantu doktor, pulak anak sendiri doktor. Memang padanlah.
Sudahlah majlis dibuat dengan meriah. Banyak tetamu yang datang, membuatkan Ann
rasa sedikit cemburu.
Sebaik sahaja menggantikan
pakaian tidur Sofea, Ann terus sahaja menyertai si kecil di atas katil mereka
yang sedang didodoi oleh Em. Umi dan Abah bermalam di rumah Maksu kerana masih
lagi ingin bersama-sama saudara-mara yang lain yang tentunya jarang bersua
kerana masing-masing tinggal jauh atas alasan mengikut keluarga dan tuntutan
kerja.
“Best nya Sofea. Hari-hari dimanja
Daddy.” Em yang lama mencium kepala Sofea terus menganggkat kepalanya apabila
mendengar Ann berkata begitu.
“I
thought I’m pampering both of you everyday..Equally.. But.. in a different way.” Jawapan Em buat Ann ketawa. Tahu
sangat dia maksud si suami. Mulalah nak carik pasal! Tapi Ann bijak mengalih
perhatian, dengan menukar topik.
“Maksu untungkan sayang. Buat
majlis besar untuk Abang Aidil kahwin. Abang Aidil pun untung dapat isteri
sama-sama doktor.” Em melihat si isteri yang sudah menukar topik lain. Mesti
ada benda yang cuba disampaikan.
“Then?” Em tak suka benda bertapis-tapis. Dia orang Sains, solving problem memang direct. Explanation mesti jelas dan berdasarkan fakta yang tak boleh
ditokok tambah. Sama seperti buat soalan Mathematics,
tak susah pagi penjelasan kerana dah diterangkan terus masa memberi
jawapan.
2(x)
+ y = 7. If y= 1, then x=?
2(x)+1=
7
2(x)
= 7 - 1
X=
6/2.
Hence, x= 3.
Ann pula orang Sastera. Memang
kontra. Pemikiran Ann macam wayar, bercabang-cabang. Kadang-kadang dia cuba
sampaikan sesuatu, tapi dia selalu ada intro
yang Em sendiri tak dapat nak tangkap tentang mesej asalnya.
“Kita kahwin dulu simple. Jealous tengok orang kahwin grand.” Haa, kan dah tahu apa motif asal
si isteri buat intro pasal perkahwinan orang. Dah lama mereka kahwin, baru
malam itu si isteri mengungkit tentang perkahwinan mereka.
“Lain orang, lain cara. Lain
orang, lain rezeki sayang. Kenapa nak mempersoalkan tentang majlis perkahwinan.
Sedangkan apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan.” Em duduk
melihat si isteri. Dia tahu, perempuan mana yang tidak mengimpikan perkahwinan
yang besar-besaran macam Abang Aidil. Tapi, kalau melampau macam artis-artis
pun dia tak suka sangat. Membazir dan lebih kepada nak tunjuk diri dan meriak.
Mereka dulu kahwin simple. Pulak umur masih mentah,
haruslah kena cop kahwin koboi oleh orang. Tapi apa ada pada orang, pandangan
orang? Mereka memang buat majlis dua-dua belah pihak, tapi simple. Hantaran tak disebut pun orang kecoh buat persepsi bukan-bukan.
Apatah lagi bila dua-dua belum kerja dan masih belajar. Mestilah orang cakap ambik
duit orang tua, susahkan orang tua dan hantaran sikit. Macam mana nak atasi?
Senang sahaja, pekakkan telinga dan biarkan. Ignorance is bliss.
Besar atau kecil hantaran pun
masyarakat tetap akan cakap bukan-bukan. Kalau kecik hantaran cakap si lelaki
masih belajar, tak kerja, jadi tak mampu nak bagi berpuluh-puluh ribu. Bila
hantaran besar, orang akan cakap sengaja nak show off diri masih belajar tapi over bagi hantaran banyak. Jadi, mereka tinggal diamkan sahaja.
Buat apa nak ambik pusing perangai orang sebab mereka tetap akan mengata. Baik
atau buruk mereka akan tetap diadili.
“Don’t get me wrong. Jealousy is part of women major emotion, Love. I
never feel regret of our marriage. Hantaran awak bagi walaupun banyak, and truth to tell you, I never expect that
you will give the hantaran based on
tarikh kita kenal, saya tak terhegeh-hegeh nak cakap dengan orang tentang hal
itu. In fact, saya diamkan sahaja
bila orang tanya dan I just let them
assume by themselves.
Bukan rela dimaki, tapi cakap
atau tak, mereka tetap akan judge
kita. Speaking of mahar, daripada
bagi kat isteri barang kemas up-to-toe sekalipun
tak guna kalau tidak dihargai, and lepas tu di gadai kalau dah desperate nak cari duit sayang. Saya
bersyukur, mahar saya awak bagi Al-Quran kegemaran saya, Al-quran pelangi. Awak
dah baca beberapa surah kegemaran saya dengan Al-quran itu before bagi saya. Bangga tau!” Lama Ann diam setelah panjang dia
menerangkan kepada suaminya tentang maksud perkahwinan mereka dan orang
sekarang.
Dia masih ingat lagi, sewaktu
Opah suruh mereka kahwin masa belajar. Lebih kepada rasa tanggungjawab dan
menjaga maruah keluarga. Bila Em suarakan nak bagi Al-quran, dia terdiam.
Memang itu yang dia nak dan dia tak mengharapkan pemberian yang besar pun
daripada Em. Kalau bagi wang ringgit pun akan habis kalau dibelanja. Kalau
emas, hilang atau digadaikan masa sempit, pun tidak akan kekal dengannya.
Al-quran dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tiada
isu pajak gadai, hilang dicuri dan habis bila digunakan.
Bahkan semakin digunakan, semakin
banyak pahala. Itu barulah namanya mahar tertinggi bagi Ann kerana harta
pertama yang si suami hadiahkan kepada isteri setelah selesai akad, adalah
pemberian yang membuatkan isteri berasa dekat dengan Pencipta.
Em masih tekun mendengar si
isteri memberi pendapat. Sebab itulah dia sayangkan Ann, dia cintakan Ann dan
hari-hari merindui Ann, kerana Ann sahabatnya. Ann walaupun muda daripadanya
tetapi mampu berfikir dengan matang. Walaupun selalu melatah dengan banyak
perkara, tetapi Em tahu bahawa cepat atau lambat Ann dapat menerima kerana Ann
berfikir sebelum bertindak. Ann juga bijak dalam memberi pendapat.
“Lama dah tak dengar awak bacakan
surah Ar-Rahman dengan saya. Saya rasa macam Fatih Seferagic versi saya pulak
bila saya dengar awak baca.” Kata-kata Ann membuatkan Em tersenyum. Dia masih
ingat lagi, selain surah Yaasin, Ann memintanya untuk menghabiskan bacaan surah
Ar-Rahman menggunakan al-quran yang dijadikan mahar perkahwinan mereka dulu.
“Dan saya sentiasa rindukan awak
menghafaz surah Maryam sayang.” Kata-kata Em memberi semangat kepada Ann. Kalau
dikenang semula, pengetahuan Ann dalam agama jauh lebih sedikit berbanding Em.
Ann memang diajar mengaji dan kalau didengar, Ann lebih lancar mengaji daripada
Em. Tapi Ann dulu di sekolah suka main-main, hal agama dia kurang ambil
perhatian daripada hal pembelajaran. Asal cukup solat, cukup lah bagi Ann. Dia
dan Izzah masa tinggal di asrama memang selalu escape kuliah agama di surau, nak berjemaah Subuh di surau jauh
sekali. Mana tidaknya, Subuh waktu sipi-sipi lagi matahari nak timbul.
Em pula seiring dan sekata.
Belajar dan agama sama tahap pentingnya. Walaupun macam lelaki lain, yang minat
sukan, yang sukakan games, tapi tidak
pula Em mengabaikan apa-apa aktiviti di sekolah. Bukan alim sampai kena pakai
serban atau jubah, tapi dia tahu itu bekalan. Namun, tidak pula Em pernah
menunjuk-nunjuk.
Setelah bertemu dengan Ann, Em
selalu ingatkan Ann tentang hal itu. Pada mulanya Ann menyangka dia lelaki
perasan bagus, padahal di sekolah selalu sahaja kena hukum dan main-main, tapi
lama kelamaan dia tahu tentang keikhlasan Em dalam mengingatinya tentang hal
yang satu itu. Dan mereka juga sama-sama sukakan muzik, jadi tak hairanlah
mereka ada bilik khas untuk meletakkan beberapa alat muzik mereka seperti di
rumah mereka sendiri sekarang.
“In sha Allah, kita ada masa
untuk sentiasa amalkan ini. Thanks so
much sebab bawa saya sampai ke tahap ini sayang. Kita boleh dah dedahkan
Sofea tentang solat. Dia pun dah selalu tengok kita solat and I bet soon, she will join us in Solat
keenly.” Ann tunjuk gembira dengan si suami.
“…how time flies kan? Sofea dan besar dan dah nak ada adik baru dah.”
Tiba-tiba Ann emo bila mengenangkan
betapa cepatnya Sofea membesar. Dia, kalau boleh memang Sofea sentiasa kecil.
“Emo ni kenapa? Memanglah as
time goes by, kita makin tua dan membesar. Tak adanya reverse growth sayang. Bila Sofea besar, she can take a good care of her mother.” Em menenangkan si isteri. Susahlah
pregnant mom kalau dah selalu emo macam ni. Ann tersenyum dan mencium
dahi Sofea di tengah-tengah dia dan Em.
“Sayang?”
“Hmm..”
“Can I have my “me-time” with Izzah tomorrow before kita balik KL lusa?
“No..” Em tunjuk muka strict depan si isteri. Sebenarnya saja
nak bergurau.
“Please..” Ann mula menarik-narik tangan si
suami yang memeluk Sofea.
“What
please? Please you? Please me first..”
Em tunjuk muka nakal. Ni yang Ann selalu terperangkap dengan si suami. Kalau nak
sesuatu mesti ada upah sebelum ada kebenaran. Ann buat-buat merajuk.
“..please
lah.” Em tetap
memujuk si isteri yang dah merajuk.
“Okay
fine, a kiss on your forehead, cheeks, nose and eyes only.” Ann tetap penuhi permintaan
suami semata-mata ingin mendapat keizinan untuk keluar bersama Izzah keesokan
harinya.
“Me-time” dalam kehidupan mereka adalah,
masa untuk mereka keluar bersama-sama kawan tanpa ditemani salah sorang dan
tidak membawa si kecil. “Me-time”
dalam perkahwinan mereka adalah masa untuk self-indulge
selepas penat bekerja dan menjaga si kecil, lebih kepada stress therapy mereka. Pun begitu, “me-time” mereka bukanlah selalu dilakukan, sekali-sekala sahaja
dan pada waktu tertentu.
Sewaktu Ann mahu mencium hidung
si suami yang berdiri didepannya sewaktu dia memenuhi permintaan suaminya tadi,
sengaja Em merendahkan lagi ketinggian nya, sehingga menyebabkan sasaran di hidung
berubah tempat. Ann terus menolak si suami yang sengaja mempermainkannya. Em
terus mengelak apabila Ann ingin
memukulnya. Dalam hati mereka sebenarnya suka, kerana selama perkahwinan mereka
tiada off button untuk mereka
bergurau. Dan gurauan itulah yang mebuatkan mereka semakin bahagia.
So
this is what you meant
When
you said that you were spent
And
now it's time to build from the bottom of the pit
Right
to the top
Don't
hold back
Packing
my bags and giving the academy a rain check
I
don't ever wanna let you down
I
don't ever wanna leave this town
'Cause
after all
This
city never sleeps at night
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Now
don't you understand
I'm
never changing who I am
So
this is where you fell
And
I am left to sell
The
path to heaven runs through miles of clouded hell
Right
to the top
Don't
look back
Turning
the rags and giving the commodities a rain check
I
don't ever wanna let you down
I
don't ever wanna leave this town
'Cause
after all
This
city never sleeps at night
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Now
don't you understand
That
I'm never changing who I am
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Now
don't you understand
That
I'm never changing who I am
This
road never looked so lonely
This
house doesn't burn down slowly
To
ashes, to ashes
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Now
don't you understand
That
I'm never changing who I am
It's
time to begin, isn't it?
I
get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm
just the same as I was
Don't
you understand
That
I'm never changing who I am
24 comments:
hye ana kwn liyana disini.
yesssss! ana dpt org prtama komen n membaca! next part fateen fahmie. best meleleh air liur ana bce ni. biar kak liyana jelous. dia dah x dpt di call x tahu mgkin dah x pakai num tu. :)
Hi kakak :)
Hahaha. Comel je sampai nak meleleh. Thanks kak. Sorry lah lambat sebab busy. Btw, Kak Liyana ada cakap dia tak guna number tu lagi. Ada nombor satu lagi.
Nanti update next part kalau ada masa free lagi k. :)
*peluk*
biar liyana cemburu ni.. hye liyana, aq org pertama bace dan terus komen.. why so sweet em dgn ann? fateen n fahmie pun mcm ni jugak ek... sweetnye fateen n fahmie ni.
oi oi oi...fahmie.. ko tek ka update tok..
sentuhan belaian kasih syg ada.. (bagus)
steady fahmie.. aku harap tok yg ko pun idea bkn mem ko pn... hihihih
(hamdi&ina)
salam sy habsah,
cute nye Copia. akak tertimang2 je watak dye dgn parents dye. alahai comel comel.
dia fahmi saya fatin...hahaha tag line kmk urg yg mngenali tok jawk..rugi ktak org baca ahir oii..aku pt dr online dgn fateen..aku mok ann n yazid mok em, kmek urg udah book.
-dia fahmi saya fatin-
Salam and hi..
Kak Ana: Alahai, saya dan fahmie ke laut kak. takde ikut watak. Ann dan Em tu orang lain :)
Hamdi&Ina: Bulak la mun fahmie update tok. Nya ngaco jak tauk. :p
Kak Habsah: Kann? Semua orang jatuh cinta dengan Sofea dah. Hahaha. Tengok parents die lah kak :)
Rai: Anak tok juak, sia sitok jak kitak ya. Aok, kitak jak yang melebih ngan kmk oh, mok chat juakk. :p
penantian satu penyeksaan ye encik fahmie bersama pasangannya yg trsayang.akhirnya dpt juak kau dgn tunang aku layan tok... tapi...tapi...xpuaslah fateen..want more!! fahmie.. aku mok agik oit..
abg ash :)
Hi abang ash :)
Thanks for dropping by again. In sha Allah sikda aral papa, kamek update part 5. Tapi bukan dalam masa terdekat tok sebab kamek busy. Makseh ngan ktk 2 tunang ktk sebab sudi baca. Have a good one alright? :)
Kmk x mok fahmie n fateen pdah tq dolok...kmk 2 tunang kmk x trima yaa...kmk 2 mok part 5 tok oits.. hahaha ne fahmie handsome ne??
abg ash :)
sy habsah,
yelokn parents dye fateen n fahmie. skrg ni kalo kahwin muda anak cepat berkembang. bijak mcm copia.cutenye copia.
Abang Ash: lalu kedak kat FB dah berkomen kat sitok. Haha. Okay2 kelak kmk update, tunggu jk fahmie share link kat FB. Nya gik ada keja, ya sikda ngaco ya. :)
Kak habsah: hahah. parents die Ann dengan Em lah kak. Fateen dah Fahmie tu bukan. Hahaha. :p
Salam anak tuan D.
Idea penulisan yg baik dan bnyk membantu kami dikala stress buat kerja.
kitak anak timangan manja tuan D kn. alololo. kmk syg f n f @fateenkamarudin.blogspot.com
Wasalam..
Alhamdulillah. Thank you sebab ada juak baca apa yang kamek tulis and mok juak komen sitok. :) Kamek anak manja ayah? Sikdalah. Hahaha.
FnF sayang semua orang! :)
*peluk*
salam bro hamdi kontot n ash tam...hehehe ni dia hero dah mai..apa2 hal aku jwb soalan ktk org lok..aku ada berik prtolongan juak dr plbagai celah2 sudut,bucu dan lorong..hehehe..inshAllah, part 5 idea aku gik yg kluar. *hero dah angkat tok..tp tggu kelulusan dr mem aku laa..hehehe sbb ayat aku power gilak..tkt ktk org baca kelak..hahaha
Eleh..Anak manja tuan D ni.. hehe
tuan D ada sebelah tok baca juak. hehe mengaku jelah F n ..
F: Shuh shuh.. Hancur writing orang kelak oii. Iboh mok berangan di pagi hari. Mun mok come out with your own idea. Eeeee.. pandey ndak ka nulis. Wekkkk
Anonymous: Hahaha. Manjak lah? Sikda. Mena, sikda. Kirim salam orang sebelah. Hahaha ;)
org sebelah kirim salam syg rindu peluk cium dkt f.. ktk org tok polah kmk jelous jak. kmk cari juak lah tok..stress kerja kn...
Jealous apa? Ktk mok carik apa? haha. Jangan stress, jadi macam ayah kamek, cool jak. Heheh :)
Ayah kitak dah otai.. otai lagi berbisa.. kmk dah tangga gambar f n f dlm hp tuan D...
Ayah kitak dah otai.. otai lagi berbisa.. kmk dah tangga gambar f n f dlm hp tuan D...
Hahahaha, ya dah diluar tajuk dah ya. :p
kelak kamek update gik yang baru, dapat lah baca kat sitok gik. selamat membaca dan selamat bekerja. Hahaha :)
(hamdi&ina)
haha agik rsa abg handsome fahmie x kenak sokong oleh mem drikpun...ahahaha oi..aku bait bah tuggah ko abg handsome gik yaa...ko tggah aku kontot oh..xpa kelak aku minta calcium dr mem aku...hehehe :)
Salam dik. akak ni. akak dkt kpg dik jage mak akak dik. hurm lame x msj syg akak ni. rindu kita kongsi masalah kn dik.
Post a Comment