Saturday, January 4, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 3)

Assalamualaikum and Hi!

Yea, I know semakin hari semakin giat berblog Cikgu ni! Hahaha. Bukan apa, kuliah baru start plus hujung minggu makhluk tidak ada di campus, so line internet pun agak laju. Tapi saya ni, subscribe sendiri atas ihsan belas kasihan bantuan mangsa kering oleh ehem ehem. Thanks F. Jadi, sebagai seorang yang komited dengan blog dia, saya melepaklah dengan blog. lol

Tapi sebenarnya, saya tengah mengajar si adik yang jauh nun di rumah dalam mesej. Hahahah. Weirdo! 

Anyway, I heard, ada yang print cerpen dan novel saya. Is it true? Actually, you are welcomed to do so. Tapi, saya mohon perhatian anda supaya memberitahu saya terlebih dahulu. Tak, jangan salah anggap bahawa saya lokek untuk sharing, at least bagitahu saya. Kalau dah tahu saya on sahaja. Saya sayang lagilah ada, sebab awak sokong saya. Tapi, err.. acknowledge the author please. Hehehehe. Sebab, nanti ada pulak orang mendakwa saya mengopi paste karya mereka padahal saya lah orang asal menulis ini. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda yang tidak putus-putus sehingga ke saat ini. Hahahahahaha. Skema woh!!!!! Macam YB menang pilihanraya cakap macam ni. Saya bukan parti berhaluan kiri mahupun berhaluan kanan, saya kiri kanan kiri! :p

Kau dah kenapa Fatin?

Eh tapi saya memang maksudkan apa yang saya kata kat atas tau. Jadi, silalah baca part ketiga seperti biasa, sila bagi feedback anda. Enjoy reading alright? xx




“Please…” Pujuk Ann lagi. Ini yang dia susah nak tackle Em bila Em dah duduk menghadap games tengah malam-malam macam ini. Nak buat muka kesian pun susah sebab mata memang 100 peratus terarah pada skrin besar di hadapan mereka berdua. Sudahnya, dia menarik-narik lengan si suami sehingga Em terpaksa meletakkan joystick di atas meja tepi sofa.

Sofea petang tadi dah kena culik atuk dan neneknya ke rumah mereka. Nenek Sofea cakap rindu sebab Sofea selalu singgah rumah nenek sekejap dan sekarang Sofea nak terbang ke Sarawak jumpa Babatok dengan Mamatok. Kenalah culik sekejap cucu kesayangan untuk melepaskan rindu.

Ann memanglah berat hati nak berjauhan dengan Sofea walaupun hanya semalam dan rumah papa dan mama tidak jauh daripada rumah mereka, tapi Em pula iyakan sahaja kerana sekali-sekala dia ingin berdua bersama isteri di rumah tanpa ada “gangguan” daripada si kecil. Sebenarnya lebih kepada ingin mengajak si isteri untuk ingat balik kenangan mereka semasa masih hidup berdua beberapa tahun dahulu.

“Sayang, give me some more times please. Lama tak main games dah ni. Bagilah saya main kejap. Lepas ni kita tengok gambar okay?” Em sendiri hairan dengan perangai pelik si isteri yang tiba-tiba ajak dia belek gambar lama mereka bersama-sama di bilik. Out of the blue betul. Memanglah bagi peluang kat Sofea suruh tidur rumah Mama dan Papa sebab nak ajak Ann ingat balik kenangan lepas, tapi taklah sampai nak belek-belek gambar. Maksud dia lebih kepada dia main games dan Ann akan teman dia. Lepastu, mereka sama-sama main gitar dan piano. That’s it!

Ann dah tarik muka depan Em. Serius dia nak ajak Em sama-sama tengok gambar lama mereka. Dia dah adjust feeling KLMJ (Kenangan Lalu Mengusik Jiwa) awal-awal lagi tadi bila suami benarkan Sofea tidur di rumah mertuanya.

“Baik tak payah suruh Sofea tidur rumah Mama Papa kalau tahu macam ni tadi. Ada orang chapatti janji dia. Cakap nak KLMJ tapi tengoklah sekarang KLMJ dengan games dia.” Ann terus berlalu dan duduk di depan piano yang sedia ada di bilik khas mereka. Lama dia tak mainkan all time favourite song dia dengan piano itu.

Em hanya mampu menggeleng dan cuba untuk menyembunyikan senyumnya.

..give me some more times, Sayang! I’m sorry honey. Remember, we have the whole night to spend together.

Lama Ann duduk di depan piano dengan tangan naik menekan-nekan piano. Bukan ikut rhythm pun. Main tekan sebarang, saja nak bagi orang yang tengah main games rasa rimas. Malangnya, Encik Suami dah in dengan games dia. Memang betullah melepas gian!

Rugi rasanya nak merajuk dengan suami. Pulak dah tak kena layan. Ann pun mula nak melepas rindu bermain lagu yang digemarinya. Mungkin suaminya hanya ingin melepas rindu untuk membuat aktiviti bujangnya dulu. Asal jangan main futsal tengah malam dan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah sudahlah! Tapi.. dia tahu, Em tidak akan tinggalkannya seorang diri di rumah, apatah lagi sekarang ini dia ada title “A pregnant mom”, lagilah Em takkan tinggalkan. Baik layan minat masing-masing dulu sebab malam masih muda. Malas nak buat drama malam-malam ni, Ann terus menekan piano dan memainkan lagu yang pernah Em nyanyikan kepadanya suatu masa dahulu. Dia hanya mampu ketawa sebab orang jiwa keras nyanyi lagu slow semata-mata nak pujuk isteri tengah merajuk.


“I will never find another lover sweeter than you,
Sweeter than you,
I will never find another lover more precious than you,
More precious than you,
Close to me you’re like my mother,
Close to me you’re like my sister,
Close to me you’re like my brother
You are the only one my everything and for you this song I sing..
And all my life, I’ve prayed for someone like you,
And thank God that I, that I finally find you,
All my life, I’ve prayed for someone like you,
Yes I pray that you do love me too.”

Selesai dia menyanyi, dia lihat Em sudah berdiri menghadapnya. Siap tepuk tangan lagi.

“Ewwww.. ingat tengok Elton John ke nak tepuk-tepuk tangan.” Ann bukannya nak cakap terima kasih dah suami rela berhenti main games sebab terkejut isteri betul-betul buat dia feeling KLMJ bila mainkan lagu mereka, siap bagi komen lagi dengan tepukan. Apahal?

Em tunjuk muka pelik bila mendengar Ann tegur dia kerana bertepuk tangan. Cukup pelik! Tapi dia tahu, Ann sebenarnya memberontak. Timbul idea nak pujuk isteri yang sedang merajuk di kepalanya. Dari berdiri menghadap Ann, dia terus menarik Ann dari kerusi dan dia pula mengambil tempat duduk isterinya tadi.

What are you…” belum sempat Ann berkata apa-apa, Em menyambung.

“No, sweetheart. You sit on may lap as usual.” Lengan Ann ditarik dan Ann pula hanya menurut arahan suaminya. Kali ini Ann pula yang hairan melihat si suami yang tiba-tiba duduk di hadapan piano. Padahal tak pandai main piano. Yang dia hadap selalunya gitar dan drum. Bilik khas ini memang agak luas dan oleh sebab itulah home theatre, game player, jamming set dan piano pun muat kalau disumbat di tempat yang sama.

“..okay, can you do me a favour please?” Em menyambung kata sebaik sahaja Ann duduk. Ann mengangkat muka.

“What is it?”

Mainkan lagu Eveyday I Love You please.”

“I play and you sing?” Tanya Ann lagi.

“Yup..” Em kenyit mata. Seperti selalu. Ann mula menekan-nekan piano dan Em pula menyanyi.




Selesai mereka lepak dalam bilik khas di rumah, Em tetap menurut kata si isteri yang meminta untuk bersama-sama melihat gambar lama mereka. Banyak benda yang telah berubah. Daripada kawan yang langsung tak kenal dari mana asal usul sehingga kepada siapa mereka pada saat itu.

Selebihnya, masa dihabiskan di dalam bilik menolong Ann mengemas walk-in wardrobe mereka yang lama tak disusun dengan kemas. Kalau tak Sofea, Em lah orang yang menyelerakkan pakaian dan eksesori dalam walk-in wardrobe mereka. Like father like daughter. Lepas selerakkan, mana reti nak tolong kemas atau susun balik. Sofea masih boleh dimaafkan, kalau Em yang dah besar panjang pun kena pesan selalu jangan selerakkan barang. Em buat tak faham sebab dia tahu masa mengemas nanti pasti dia sekali yang isterinya ajak.

Part cleaning and rearranging walk-in wardrobe mereka memang bukan dalam list KLMJ tapi lebih kepada waktu yang sesuai untuk mengemas sebab Sofea tak ada untuk menyelongkar balik semua barang yang dah disusun.

Bahana tidur lepas Subuh tadi, kedua-dua mereka terlajak tidur. Sewaktu Em bangun, Ann masih lena di depan mata yang memeluk pinggangnya. Muka memang nampak penat. Buat kerja sampai sedar-sedar dah Subuh. Ditambah pula dengan keadaan dia sekarang, sangatlah patut dia nampak penat.

Telefon di meja sebelah katil diambil untuk menghantar mesej kepada mamanya.

Salam Ma, petang nanti Em dengan Ann ambik Sofea kat rumah. Miss her!

What time is it Honey?” suara bangun tidur Ann di sebelah bertanya membuatkan Em berbaring menghadap isterinya. Jam memang dah pukul 12 tengah hari tapi dia nak tipu si isteri kerana mesti isterinya masih mengantuk dan penat lagi.

It is still 10 a.m sweetheart. Sambung balik tidur alright? Nanti saya kejutkan.” Dia memeluk isterinya yang masih lagi berbungkus comforter di sebelah. Ni kalau selak curtain, confirm tahu Ann yang waktu sekarang memang bukan pukul 10 pagi. Em sudah bersedia dimarahi Ann sekiranya tahu yang dia memang akan bangun lambat nanti.

…Sorry again sweetheart. Kena tipu. You need a good sleep and rest after all!

Perlahan-lahan Em berjalan menuju ke ­walk-in wardrobe dan bagasi diambil sebelum dibawa ke bilik tidur mereka. Dia nak packing barang untuk terbang ke Sarawak awal pagi esok. Bab packing memang Ann langsung tak reti dari zaman dahulu lagi. Masa hidup bujang, balik asrama, Abah dan Umi yang tolong packing barang Ann. Sekarang, dah hidup bersama Em, Em pula yang mengambil alih tugas Abah dan Umi. Tapi kali ini, packing baju-baju mereka bertiga sekaligus! Half an hour before my beauty mengamuk sebab bangun lambat, baik kena packing barang dulu, kata Em dalam hati.

Tekaan Em memang tidak pernah tersalah, Ann bangun sewaktu azan Zohor. Habis Em kena basuh sebab tak kejutkan Ann awal-awal. Tapi Em tetap tadah telinga buat-buat pekak sebab dia memang sengaja mahu si isteri berehat puas. Esok nak jalan jauh, kena dengan jetlagged dan silap hari bulan flight pun boleh delay. Jadi, tak salah kalau Ann nak rehat sebab nanti sah-sah kena tolong orang masa kenduri. Typical lah Ann, tak tahu duduk diam.

Malam itu selepas makan di rumah mama dan papa, Em meminta diri lebih awal daripada selalu kerana dia mahu memastikan dua orang buah hatinya itu berehat kerana esok selepas Subuh mereka akan terus ke LCCT. Di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah mereka, sempat lagi dia mengingatkan Ann untuk tidak terlalu aktif dan melakukan kerja berat di rumah Maksu nanti.

Ann hanya mampu berdiam diri walaupun dalam hati sebenarnya annoying orange bila mendengar suami bagi pesanan berjela-jela waktu mata dia yang sememangnya menunggu masa nak landing atas katil dan tidur lena sebelum bangun awal pagi esok.

Pagi itu, flight terawal untuk ke Sarawak terpaksa ditangguhkan jadual penerbangannya apabila terdapat masalah teknikal. Lagi sekali, Ann tunjuk muka annoying orange apabila mendengar pengumuman tentang penangguhan penerbangan mereka. Semangat sangat pagi itu, pukul 430 pagi dia bangun dan membuat sarapan ringan untuk suami dan anaknya, dah elok-elok sampai awal dekat airport, dah kena delay flight. Pulak, sejam lambat lagi! Nak buat apa? Tolong orang bukak kedai kat airport!

Yang kesiannya, Sofea lah. Awal pagi dah meragam bila tidurnya diganggu. Nasib baik, stroller sengaja tidak dimasukkan di dalam kabin awal-awal masa check-in tadi. Em juga yang menjadi mangsa tidurkan Sofea di dalam stroller di tempat yang agak sunyi supaya si kecil tidak terganggu dengan suasana bising orang yang banyak ragam. Sempat lagi, Ann mengambil gambar Em yang sedang menidurkan Sofea dan dihantar kepada Mama.

Salam and pagi Mama, tengok anak mama jadi ayah mithali sedang tidurkan anak dia. Flight delay, sebab tu masih lepak kat airport lagi ni Ma. Nanti dah landing, will text you Ma. We miss you! *Peluk cium*

“Sayang, keep an eye on our baby first. I want to go to the toilet. After that, I wanna find some chocolates and Gardenia untuk Sofea and you.” Em meminta Ann untuk mengambil alih tugas dia sebentar sementara dia ingin ke tandas dan memborong apa-apa makanan ringan untuk mereka nanti.

Alright then. Buy me a cup of hot cappuccino please honey. Coffee Bean punya to be exact.” Seperti biasa, coffee and the family will always be the best choice. Lagipun, Ann mahu menghilangkan rasa mengantuk sebelum masuk ke dalam kapal terbang nanti.

Anything you want Love!” Em terus berlalu pergi dan hanya Ann dan Sofea sahaja yang berada di kawasan tempat duduk di situ. Lama Ann melihat Sofea yang nyenyak tidur di dalam stroller. Tadi, kena kejut untuk mandi awal-awal, si kecil menangis sebab masih lagi bermimpi di atas katil dah kena gomol dia dan Em. Memang susahlah kalau kedua-dua Mommy Daddy Sofea jenis yang child advocate. Sudah itu sahaja cara yang mereka ada untuk menggangu lena si kecil.

Baru sahaja Ann mahu membaca majalah CLEO yang baru diambil daripada Victoria Secret Tote Bag nya, ada suara yang menegur Ann dari belakang. Earphone ipod yang baru dipasang di balik tudungnya cepat-cepat dibuka semula.

“You must be Em’s wife right?” perempuan yang lebih kurang sebaya dengannya datang menegur bersama-sama seorang lagi perempuan yang pada tekaan Ann dalam lingkungan umur Umi dan Mama.

“Ye saya. Saya kenal awak ke?” Ann tunjuk muka blur. Namun dia bangkit juga dari duduk dan bersalam kepada dua orang perempuan yang kini sudah duduk berdepan dengannya. Setelah perempuan itu memperkenalkan diri barulah dia tahu, perempuan itu merupakan bekas rakan kelas Em sewaktu di sekolah menengah. Dah orang ramah dengan kita, kita pun ramah balik lah dengan orang itu, kata Ann dalam hati.

“Anak you?” Tanya perempuan yang dikenali sebagai Lisa itu. Ann hanya mengangguk sahaja. Melihat cara emak Lisa yang memandangnya dangan pandangan yang jengkel, Ann mula rasa kurang senang. Dalam hatinya berdoa semoga suaminya tidak terlalu lama dan akan bersama dengannya untuk duduk di situ. Something is not right over here, Hubby!

“Patutlah kahwin awal. Rupanya ada isi awal-awal. Budak zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat pun kalau kahwin awal. Tengok luaran memang lah bertudung, tutup sana tutup sini tapi sebenarnya dialah yang lebih lagi dari orang biasa.” Haa, kan betul tekaan Ann. That something which is not right is really really happening now!

Emak Lisa mula membuat andaian dia sendiri apabila mengetahui bahawa Ann lebih muda daripada Lisa sudah berkahwin dan ditambah pula sudah mempunyai anak sebesar Sofea. Lisa hanya mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan oleh emaknya. Sempat lagi bagitahu informasi tambahan, yang sebenarnya Sofea anak sulung ganti sebab Ann pernah keguguran masa kandungan pertama dahulu. Out of nowhere, mana dia tahu pulak bahagian Ann pernah keguguran.

Siapa pulak yang jadi Mamarazzi nak intip kehidupan dia dan Em. Mulalah orang nak buat drama dekat airport awal-awal pagi macam itu, sudahlah Ann bukannya drama queen! Nak marah-marah melenting di khalayak ramai dan tarik-tarik rambut si Lisa bukanlah cara dia walaupun memang rasa nak bagi sikit dengan Lisa dengan emaknya.

“Entah-entah kan Lisa, bukan keguguran masa anak pertama dulu. Mereka sengaja gugurkan. Yalahkan, dah beranak masa baru berapa bulan kahwin memang tak logik. Nak tutup aib punya pasal, bayi yang tak bersalah digugurkan.”

Oh Gosh.. kipas! Kipas memang sangat diperlukan walaupun sudah ada penghawa dingin dan cuaca masih lagi sejuk pagi itu. Berpeluh-peluh muka Ann mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Lisa dan emaknya. Apakah motip mereka menegur Ann awal-awal tadi dan duduk di depannya padahal banyak lagi tempat duduk yang disediakan di dalam lapangan terbang itu. Kalau apa yang mereka katakana itu benar, Ann masih lagi boleh terima. Semua yang dikatakan kontra daripada reality hidup dia dan Em.

“Lisa dengar kan mak, masa mereka kahwin dulu pun simple. Lepas tu masih belajar lagi. Sekarang hidup senang, memang lah dapat apa yang dia ada dan pakai sekarang. Hidup pun macam orang high standard! Walhal, sendiri duduk rumah goyang kaki, laki carik duit. Nampak sangat nak merasa diri standard tapi atas usaha orang lain.” Lisa masih lagi mahu menambah perencah dalam cerita rekaan dia dengan emaknya di hadapan Ann. Dan.. Ann, hanya diam. Diam bukan bermakna kalah. Pesanan suaminya sentiasa dia ingat.

Marah itu mudah tapi sabar itu indah, sayangg. Jangan biarkan perasaan marah menguasai diri kita sedangkan sabar itu adalah sebaik-baik perkara yang kita lakukan.

Satu per satu benda yang tidak benar didengarinya memakan hatinya sendiri. Kalaulah dia Ann yang lima tahun lepas, memang Lisa sudah makan penampar sulungnya. Dan emak Lisa memang sudah mencapai tahap di mana dia sudah hilang rasa hormat kepada orang tua yang sebaya dengan Umi dan Mama.

Manusia sekarang memang suka menilai dan menghakimi kehidupan orang seolah-olah mereka yang bersama-sama orang itu daripada mula hidup mereka. Menilai tanpa usul periksa dan tidak mengetahui kebenarannya memang akan membawa kepada fitnah. Yang tidak pernah wujud, diwujudkan untuk menjadikan cerita itu lebih menarik untuk didengari oleh orang lain.

Dear hubby, I guess I can’t hold this feeling anymore. Acting cool when deep inside you’re actually hurt. I just can’t.

Dia tidak kuat untuk mendengar semua fitnah itu, apatah lagi membalas dengan kata-kata kotor untuk memuaskan hatinya. Dia mampu bertahan dan bersabar tapi dia tetap Ann yang sensitif, Ann yang cengeng walaupun luarannya selalu dilihat sebagai seorang yang sentiasa gembira.

Saat air matanya mula mengalir, Em datang menghampiri tanpa disedari oleh Lisa dan emaknya. Em sendiri yang mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut Lisa dan emaknya. Sewaktu keluar daripada tandas untuk ke Coffee Bean tadi, dia melihat Lisa dan emaknya baru menegur isterinya. Dia yang sememangnya sudah tahu dengan perangai Lisa sejak daripada sekolah lagi, terus berasa tidak senang dengan kehadiran Lisa yang pastinya mahu mengapikan hubungan dia dan isterinya.

Oh hi Lisa and Aunty! Let me make a crystal clear statement to both of you on behalf of my pretty wife. Just so you know, kami kahwin bukan sebab terlanjur atau kena paksa JAIS sebab kena tangkap basah semua. It is love that brings us up to this marriage. Bercakap tentang keguguran, you have no idea on how bad was it sebab as young mother, masih belajar dan buat macam-macam aktiviti yang buatkan isteri saya keguguran. Maaf Aunty, saya tak suka berkasar dengan orang tua sebab saya sendiri akan rasa sakit bila saya rasakan seolah-olah saya biadap kepada ibu bapa saya sendiri.” Em melihat tepat ke arah muka Emak Lisa yang menujukkan muka jengkelnya dengan kehadiran Em yang kononnya menjadi penyelamat kepada Ann.

 “…Masa kandugan pertama dulu kami sama-sama tidak tahu yang isteri saya mengandung. Masa masih awal semester dekat U, isteri saya melibatkan diri dalam banyak aktiviti dan disebabkan dia melalakukan aktiviti lasak, dia baru sedar yang sebenarnya dia keguguran Aunty. Dan Aunty sendiri merupakan seorang ibu, ibu kepada Lisa. Perasaan ibu bapa mana yang sanggup atau sengaja menyakitkan dirinya atau kandungannya sekiranya dia tahu yang dia sedang mengandung Aunty?”

Ann suda mula menangis. Dia sensitif apabila cerita tentang keguguran anak pertamanya diungkit semula. Dia akan mula menyalahkan dirinya kembali atas apa yang telah berlaku.  Kalau dia tahu waktu itu dia sedang mengandung, sudah pasti dia tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti seperti itu di universiti.

“Menyentuh pulak pasal perkahwinan saya dengan isteri saya pun Aunty dan Lisa tak tahu. Satunya sebab saya tak jemput awak, Lisa. Awak sendiri cakap simple tadi kan? Sebab itu saya tak jemput ramai orang. Bukan kahwin koboi ke apa, tapi itu niat kami. Kami sedar kedudukan kami berdua yang masih belajar dan tidak mahu menyusahkan orang tua kami untuk buat kenduri kahwin 3 hari 3 malam macam yang semua orang inginkan sekarang ini.”

“… Cukup ada wali, saksi, keluarga dan kawan rapat kami sahaja dengan mahar yang ringkas, kami sudah bersyukur Lisa. Lebih kepada sunnah yang kita patut ikut. Dan perkahwinan di usia muda tak salah kalau kita nak. Daripada melakukan benda yang tak betul. Saya tahu awak memang daripada dulu lagi anti dengan saya sebab kita sama-sama bersaing dalam akademik masa sekolah dulu. Come on Lisa, you’re educated. Berfikir cara optimislah Lisa. Jangan terlalu tradisional because I know you’re only good in judging people but at the end of it, yang awak adili tu ke laut. Semua fitnah! Awak dendam dengan saya, awak settle dengan saya tapi bukan dengan anak isteri dan keluarga saya. Be professional lah sikit. Dan tahu tak sebab apa awak macam ni? Awak riak dengan apa yang awak ada, tiba-tiba pulak saya jadi somebody sekarang, awak rasa tercabar.” panjang sungguh penjelasan Em di hadapan Lisa dan emaknya.

Lisa dan emaknya mula mahu angkat kaki daripada tempat duduk di hadapan Ann kerana mereka tidak mahu mendengar apa-apa lagi dan sudah rasa tersentak, tapi Em menghalang mereka.

“..Kenapa? Nak lari? Awak kena duduk dulu dengar satu per satu penjelasan saya. Saya nak tegakkan segala judgement awak yang ke laut semua tu Lisa. Awak datang sini kalau nak duduk saja saya tak kisah, tapi by the time you walk towards my family, saya dah dapat baca niat awak Lisa.”

“Em..” Ann mula campur tangan apabila Em mula meninggikan suaranya.

No honey, Let me settle this with them. Nak bagi mereka tahu kebenaran daripada sesuka hati buat penilaian hidup orang. Dah rasa diri bagus sangat lah sampai nak menghina orang..”

Ann terus bangkit daripada tempat duduknya dan menahan Em yang masih mahu mengenakan Lisa dan emaknya yang sudah rasa cuak dengan kemarahan Em yang mungkin akan menyebabkan Lisa dan emaknya terkena. Dia tidak mahu memburukkan keadaan. Dia juga tidak mahu Em dianggap perjudis dan biadap.

“Lisa, baik bawak Mak awak pergi dari sini sekarang dan jangan ganggu kami lagi. Jangan cuba burukkan keadaan..” arah Ann sambil menahan Em yang masih mahu berkata dan mahu melangkah dekat dengan Lisa. Ann berdiri betul-betul di hadapan Em. Dia mengusap dada suaminya.

Listen here sayang, you are the one who always reminds me with this, “Sabar Itu Indah”. So please behave, Sofea might wake up in any second and she will watch her Daddy in a real bad situation. Come and sit.” Ann menarik tangan Em untuk duduk di tempat mereka awal-awal tadi. Lisa dan emaknya sudah tidak ada sebaik sahaja diarahkan Ann untuk terus pergi dari situ.

Dalam rasa cuak melihat Em marah, Ann tersenyum. Patutnya, dia masih menangis dan dipujuk oleh Em. On the contrary, dia pula yang memujuk Em yang nampak sangat marah. Padahal dia jugalah yang patut marah dah melenting.

Hey, come on sayang! Calm down.” Dia masih berusaha memujuk Em yang duduk sambil tunduk memegang kepalanya. Sebelah tangan Ann mula mencari-cari sesuatu di dalam begnya.

“Maybe, you need this?” Ann tersenyum kepada Em sambil memberikan Em coklat Kinder Joy di hadapan Em. Em terus ketawa apabila melihat coklat Sofea yang diberikan oleh Ann. Dia mengambil dan menyimpan semula coklat tersebut ke dalam beg isterinya. Sekilas dia mencium kepala isterinya dan membawa Ann dekat kepadanya.

Nope. I don’t need anything else except you and Sofea. Your smile is the best remedy sweetheart. Keep that for Sofea’s inflight essential besides her songs in the ipad. Saya tak sempat beli chocolates tadi. Right after I went out from the loo, saya terus ke sini lepas tengok mereka. And yeah, I have you to replace the choc after all.”

Ann buat muka annoying orange seperti selalu apabila mendengar ayat terakhir daripada Em. Em memang senang dipujuk, sebab itu Ann suka. Tapi bila Em sudah kembali seperti mood biasa, dia memang susah dikawal. Suka menyakat!

“Attention to all passangers for flight AK….” Pengumuman yang memanggil penumpang untuk sedia berbaris menghentikan misi Em yang mahu terus mengganggu isterinya. Dia tahu, marah dia, marah lagi Ann. Kecewa dan sedih dia mendengar apa yang dihina Lisa dan emaknya, Ann apatah lagi. Sememangnya hinaan tadi ditujukan kepada Ann. Tapi Em bangga, Ann wonderwife! Dia tak suka nak buat drama lebih-lebih, pulak di airport. Sedih memang sedih, tapi dia tak kisah. Dia tidak mahu merosakkan mood bercutinya ke Sarawak gara-gara benda yang tidak benar itu. Buang karan! Ann bukan drama queen! Keep calm, chin up and smileeeee as always, Ann.

“Okay, drama pun habis! Let’s go sweetheart!” Em terus menyerahkan Sofea yang menangis kerana diangkat daripada stroller untuk dikendong oleh Ann. Em mengangkat hand luggage mereka sebelum beratur untuk menuju ke pesawat. Urusan tiket dan pengenalan diri mereka semua pun dia yang akan selesaikan. There’s always a “give and take” action in a relationship, remember?




p/s: Mungkin start minggu depan saya dah mula busy, jadi rindukanlah saya supaya saya boleh meng-update blog selalu. Hahahahahhaha. Till then, assalamualaikum and peluk! :*

No comments: