Thursday, January 2, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 2)

Assalamualaikum and Hi!


Miss Sofea? Me too!



Alhamdulillah saya survive kelas dari 730 pagi sampai 215 petang. Not that a good start of the day sebab lewat bangun! Hahahaha. F kejutkan langsung tak sedar. Maklumlah, handphone bawah katil, mana nak dengar alarm dengan orang call kan? lol. Silly me!Terbangun pun check phone miscalled banyak wohhh! Hahahaha. Masa kat kelas pun sempat beradu!!!!Semalam pun lambat tidur memang patut mengantuk. Eyebag pun sudah kelihatan! Really really really need a quality time for a beauty sleep. So, keep calm and read my second part of Sabar Itu Indah. Till then, have a great day ahead loves! xx



Awal pagi lagi, Ann sudah mengejutkan Em untuk bersarapan di luar. Katanya ingin makan Ayam Penyet. Awal-awal pagi lagi dah mengidam Ayam Penyet. Bila mengenangkan Ann yang berbadan  dua dia terus bersetuju. Patutnya, hari minggu macam ini adalah masa untuk rehatkan mental dan fizikal dengan isteri dan anaknya di rumah sahaja.

Nampaknya Ann tidak menghiraukan soal diet seperti selalu, jadi dialah yang kena rajin workout sebab dah makan makanan berat pada awal pagi begini. Berat badan memang tak usah cakaplah kalau hari-hari sarapan macam ni, kompem graf berat badan Encik Suami pun akan increases gradually jawabnya.

Masa makan di kedai mamak pagi itu, Em terus memberitahu berita yang disampaikan oleh Umi malam semalam. Ann sebenarnya terlupa tentang berita sepupunya itu akan berkahwin padahal Umi sudah awal memberitahunya pada Raya lepas.

“Kampung maksud Umi tu kat Sarawak atau Johor? Yalah, Maksu kan ada dua tempat tinggal.” Soalan pertama setelah dimaklumkan, daripada Ann membuatkan Em tersedar sesuatu.

“Allah! Lupa pulak nak tanya kat mana.” Em menepuk dahinya. Cepat sahaja mesej dihantar kepada ibu mertuanya. Umi, Abah, Mama mahupun Papa adalah orang tua zaman internet. Mana ada istilah tak reti nak baca mesej, taip mesej. Hendak  berFacebook lagi mereka reti, inikan pula nak menghantar mesej pesanan ringkas di telefon bimbit.

Waalaikumsalam. Yalah, lupa pulak Umi nak bagitau malam tadi. Kenduri kat Kuching.

Selepas membaca, Em terus menunjukkan mesej daripada Umi kepada Ann.

“Means, kita kena book ticket lah. Sekarang ni musim budak cuti sekolah. Kalau lambat, memang sold out ticket bang.” Ann terus memberikan cadangan kepada Em. Namun dia agak tertarik dengan perkataan terakhir yang disebut oleh Ann.

“Sorry? What did you say? Bang? You mean, Abang?” Em menahan senyumnya apabila dia mendengar Ann memanggilnya Abang sebentar tadi.

“Hah? Did I just called you Abang?” Ann jadi malu kerana tersasul menyebut Abang kepada Em. Abang pun tak salah baginya sebab Em sememangnya tua setahun daripadanya. Plus, itukan gelaran selayaknya bagi seorang isteri kepada suaminya.

Cuma.. Abang is too mainstream for a wife to call her husband.

“Hmm.. Sounds sweet. Try sebut sekali lagi. We’ll see, either it suits me or not?” kata Em penuh minat.

Ann meletakkan semula sudu dan garfu kedalam pinggan dan mula mengetuk dagunya. Sebenarnya dia sendiri berasa sangat geli untuk menggunakan panggilan Abang. Satunya, dia ada abang. Errr.. abang ipar. Umi panggil Abah pun Abang. Mama panggil Papa pun Abang. Kalau semua berkumpul kat satu tempat, semua akan perasan kalau dia panggil suaminya dengan gelaran Abang. Lagi-lagi abang iparnya. Hish, taknaklah!

Let just assume yang saya tersasul tadi. Tak naklah panggil abang. I know, you don’t want to be called as abang as well, kan?” Ann pandang muka Em yang betul-betul ada di hadapannya.

Sofea memang dari tadi layan game Minion Rush dalam ipad Daddynya. Dah leka dengan game, mana nak join Mommy dengan Daddy makan ayam penyet. Ayam Penyet is not suitable for Sofea after all. Nanti tak pasal-pasal si kecil kena diarrhoea sebab makan sambal ayam penyet pagi-pagi. Jadi, Em dah pesan awal-awal sandwich untuk Sofea tadi. Nak layan mereka cakap kosong macam sekarang pun memang taklah. Belum sampai tahap IQ Sofea.

So? What is it?” pertanyaan Em yang dengan muka excitednya membuatkan Ann terus ketawa.

“H!”

Excuse me. H? What is that H stands for? Horatio yang dalam CSI Miami tu ke?” Mulalah Em dengan andaian dia yang selalu melalut daripada topik asal perbualan mereka suami isteri.

“Hish, ada pulak nak samakan diri dengan Horatio. Nak sangat nampak tua awal-awal.” Em sudah ketawa mendengar kata-kata Ann.

My lady, tua-tua David Caruso dalam CSI tu pun, dia punya aura tetap umph tau! Dalam cerita tu.. perghh! Tiap kali dia bukak spec dia, terus dia dapat agak apa kes jenayah yang berlaku. Lepas ni, nak jugak try bukak Ray Ban dalam kereta, tahu ke tak apa jadi nanti. Tak pun dia bagi clue H tu stands for what.” Em terus ketawa sehingga ada beberapa mata yang memerhati ke arah meja mereka di kedai itu. Itulah Em, masih terbawa dengan perangai gila-gilanya walaupun anak dah nak masuk dua orang.

“Eh, hello Encik Suami dicintai tetapi mereng sekali hari ini.. H stands for Hubby lah! Dah sudahlah tu orang tengok. Malu lah!” Ann melambai-lambaikan tangannya di hadapan Em yang masih lagi ketawa. Satu lagi perangai Em yang buat Ann selalu hilang sabar, tengah elok-elok berbincang, cakap benda serius pun mulalah mereng dia datang.

Melihat Ann yang sudah beriak bosan dan bila-bila masa sahaja boleh marah dengan perangai tak bertempatnya, Em mengatur duduk. Namun, sisa ketawa masih lagi ada.

“Okay okay. Surrender..” Em mengangkat tangannya apabila melihat reaksi isterinya yang seakan-akan mahu berubah kepada marah.

“.. boleh je kalau sayang nak panggil saya apa pun. Janji panggilan itu appropriate dan sejuk perut, kaki dan tangan saya sebagai suami nak dengar.” Em menyambung ketawa. Masih lagi nak buat lawak tak bertempat dengan Ann. Ada pulak cakap sejuk kaki dan tangan. Kalau sejuk perut tu memang adalah, untuk menggambarkan perasaan suka ataupun tenang. Kalau dah seluruh badan sejuk tu bukan demam ke? Ataupun takut? Close enough Ann! Takkan panggil H boleh demam atau takut pulak.

H = Hantu!!!

Terus Ann mencubit paha si suami tanpa menghiraukan orang sekeliling. Memang tak dapat lari Em kalau dah terkena. Bukan di rumah pun.  Em mengaduh kesakitan dan demi memuaskan hati isterinya, dia biarkan sahaja.

Mommy,  cannot connot. Daddy hurts.” Sofea yang entah bila masuk campur dalam gurauan hardcore mereka tiba-tiba memegang tangan Ann daripada terus mencubit paha Em. 1-0 sweetheart! Em kenyit mata kepada Ann. Nasib baik ada si anak yang tiba-tiba jadi Supergirl selamatkan Daddy dia daripada terus diserang Mommy.

“Nasib baik Sofea halang. Kalau tak..”

“Kalau tak, apa sayang?” Em masih lagi mahu mengenakan isterinya.

“Dahlah. Makin dilayan makin menjadi. Pergi bayar kat kaunter, nak pegi jalan-jalan tempat lain pulak ni. Alang-alang dah keluar macam ni.” Ann mensasarkan perang balas secara diam dengan Em.

“Eh, kata keluar breakfast. Ni nak pergi mana pulak?” Em terkejut dengan perubahan plan tiba-tiba daripada Ann.

Shopping lah. Nak beli baju Sofea dengan Mommy dia sekali. Jom baby, kita tunggu Daddy dalam kereta." Ann terus menyangkut di bahu beg Chanel nya dan mengangkat Sofea daripada tempat duduk bayi.
Em terus berlalu ke kaunter dan menggosok kepalanya yang tidak gatal. Nampaknya kita 1-1 sayang. Kita yang terkena balik, tapi dengan cara yang kasar dan lebih advance. Demi isteri ku turutkan juga, kata Em dalam hati. As-sabrul minal Iman Em.

Tempat seterusnya untuk dituju atas permintaan Ann adalah KLCC. Sepatutnya 20 minit daripada tempat mereka bersarapan tadi. Tapi kalau dah namanya dekat KL, dengan waktu puncak, masa hujung minggu, 20 minit boleh jadi dua jam. Jalan raya sesak adalah perkara yang paling buat Em tak berapa nak suka keluar di hujung minggu. Nasib baik ada dua orang yang tersayang ada dengannya di dalam kereta untuk menghilangkan rasa kobosanan dan mengurangkan suhu kemarahan melihat perangai segelintir pemandu yang kurang berhemah di jalan raya.

Di KLCC, sudah puas menyorong stroller Sofea sambil menemani Ann membeli beberapa helai pakaian baru untuk kenduri di kampung nanti, mereka bertiga memilih untuk duduk berehat di tempat kegemaran mereka anak-beranak. Starbucks! Mengopi lagi! Perut masih kenyang, jadi mereka hanya duduk minum sahaja di tempat yang terbuka sambil memandang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai jenis bangsa yang datang pada hujung minggu begini. Tak kurang juga ada pelancong asing yang datang ke pusat beli belah yang bangunannya menjadi simbol kepada kemodenan negara pada masa kini.

Ann hairan melihat si suami yang masih lagi memakai cermin mata Ray Ban nya di dalam pusat beli belah ini dari mula mereka sampai. Dia tak nampak pun tempat mana yang ada di KLCC itu yang silau sehingga membuatkan Em memakai cermin matanya. Pulak, topi Nike di kepala. Panas dan silau sangat ke KLCC ni, Ann berkata dalam hati.

Handsome sangat lah H awak ni kan. Sampai coffee tu pun tak terusik dari tadi. Hilang dahaga tengok saya kan?” Em memulakan semula sesi gurauan bersama isterinya.

Eww.. please lah jangan kerap perasan cik abang! Handsome sikit tu mungkin lah. Tapi yang saya hairan apasal H saya ni bertopi dan bercermin mata kat dalam KLCC. Nak cakap ada matahari, sejuk sangat dah dalam ni.” Ann membalas gurauan si suami dengan ayat berunsur sarkastik.

Em tersengih dan membuka cermin mata sahaja dan disangkut pada t-shirt Supermannya yang berwarna biru.

“Rasanya topi ni tak payah bukak kot. Sebab wearing cap can be considered as fashion. Spec ni kena pakai tadi sebab silau lalu kat Habib. Belum lagi kat LV kan?” Em sudah mula dengan perangai dia lagi. Satu cara untuk menghentikan perangai Em adalah: JANGAN LAYAN SANGAT. Bukan kejam, tapi kalau dilayan, makin menjadi perangai suaminya itu.

“Yalah sangat. Balik rumah nanti tolong check flight ke Kuching untuk Jumaat ni okay. Saya nak mandikan Sofea and kemas barang-barang yang kita beli ni nanti.” Ann melihat beberapa beg kertas berisi pakaian dia dengan Sofea dan sehelai baju baru untuk si suami.

Ingatkan nak beli dua pasang baju untuk suami, tapi Em memang tak suka sangat beli banyak barang. Nak kata berjimat pun tak, sebab semua benda yang dibeli, kad kredit dia yang kena pakai. Kena swipe kat mana-mana tempat pun guna kad kreditnya. Mungkin terbiasa sejak daripada dulu lagi, kalau membeli memang one cloth at one time. Tapi ada acceptance jugak lah, macam musim perayaan atau mood shopping macam isterinya itu datang, mesti membeli sakan.

“Alright sweetheart. The return flight should be a few days after the kenduri lah eh. Around Selasa or Rabu since you don’t have anything to do at home and I can ambik off days so no hal lah.” Em mengemukakan cadangannya  kepada Ann. Ann terus bersetuju dengan cadangan Em kerana sudah lama dia tidak terbang ke Bumi Kenyalang untuk melawat Mak Su.

Oh Kuching, here I come! Yeay!!

Hati Ann memang sudah melonjak gembira kerana ini merupakan kali pertama Sofea akan terbang ke Sarawak untuk berjumpa dengan Nenek Su nya. Buktinya, selepas berjaya mengumpan Em untuk shopping di KLCC tadi, banyak pakaian baru untuk si kecil dibelinya. Itu belum lagi termasuk, baju yang ditempah online beberapa hari lalu. Em pula, hanya mampu melihat dan geleng kepala. Perangai Ann memang shopaholic, dan haruslah diingatkan bahawa duit tebal pun akan nipis pada bila-bila masa.

Em bukanlah memanjakan isterinya, tetapi Ann sendiri memahami suaminya bagaimana. Memang dia seorang yang suka membeli-belah, tapi tidaklah sehingga ke tahap dia memborong di shopping complex setiap hari dengan hanya swipe kad kredit suaminya dan main isi nombor akaun kad kredit suami dalam borang pembelian dekat online shopping . Mode shopaholic Ann akan timbul hanya pada masa tertentu dan pada hujung bulan sahaja.

Alasan Ann dan Em sama-sama mudah, iaitu, membeli belah merupakan pelaburan yang bijak sekiranya kena pada barang yang dibeli. Bukan main pakai buang macam pampers Sofea pun. Selagi mereka masih beringat tentang perbelanjaan utama dan selesai menguruskan pembayaran bulanan mereka, mereka akan memanjakan diri dengan membeli-belah. Lebih kepada memanjakan isteri dan anak, bagi Em sendiri.

Lama juga mereka bertiga duduk di Starbucks, Ann terus mengajak Em pulang. Dalam mereka melewati beberapa buah kiosk di aras bawah bangunan pusat beli-belah KLCC itu, Em terus berhenti dari menolak stroller Sofea apabila dia terpandangkan sehelai baju bayi yang tergantung di depan kiosk tersebut.

Honey, look at this!” cepat sahaja tangannya mencapai rompers bayi tersebut dan menunjukkan kepada si isteri yang masih lagi hairan dengan tingkah suaminya yang berhenti dengan tiba-tiba di satu daripada deretan kedai di kawasan itu.

Ohh, patutlah Encik Suami tayang muka over the moon. Rompers yang sedang ditayang betul-betul di depan matanya sekarang sama dengan baju yang dipakai oleh Em sekarang. Sebijik sama. Rompers bayi baru lahir yang kecil dan comel berwarna biru dan mempunyai simbol Superman di hadapannya. Apabila Em bercadang ingin membeli baju tersebut, Ann terus mengeluarkan pendapatnya yang mengatakan bahawa rompers biru tersebut sesuai untuk bayi lelaki dan masih terlalu awal untuk membeli barang bayi. Senang sahaja jawapan Em yang membuatkan Ann ketawa.

My daddy’s instinct told me that our second baby is going to be a He sweetheart!” Pandai-pandai Em mengatur angan-angan cakap anak dalam kandungan yang masih belum kelihatan itu adalah anak lelaki. Second appointment pun belum, dah pandai-pandai scan dengan mata kasar cakap jantina anak mereka nanti adalah lelaki. Suaminya itu dah macam tukar profession pulak, dari seorang jurutera yang pegang pangkat “Ir” bertukar kepada tukang tilik.

“Eee.. mengadanya! Pandai-pandai cakap teori daddy’s instinct dia, kalau keluar nanti a girl macam mana?” Ann mula bermain tarik tali dengan suaminya. Pekerja di kiosk yang berbangsa Cina tersenyum melihat situasi mereka yang lagaknya macam bertengkar tentang masalah besar. Sofea memang tidak masuk cerita sebab si kecil sudah lena di dalam stroller. Penat berlari kehulu hilir tadi sebab tidak mahu didukung oleh Daddynya sebaik sahaja diberi kebebasan untuk keluar daripada stroller.

“Alah, tak kisahlah a boy or a girl, but I fall in love with this romper so much sayang. So, either you say yes or no sekalipun, I still wanna buy this. Lagipun, at the end of it, suami awak jugak yang kena bayar.” Ann terus menarik hidung Em sebaik sahaja Em berkata begitu. Sudahnya, dia pun tertarik dengan beberapa barang bayi yang lain dan dengan paksa rela, Em tetap membayar dua pasang rompers yang dipilih oleh Ann.

Satu rompers berwarna merah jambu sebesar saiz Sofea yang tertulis,
“Beauty taken from my pretty mommy!”

Dan rompers yang berwarna hitam untuk bayi yang baru lahir tertulis,
“100% product from my Mommy and Daddy”

Bagi Ann, rompers yang bertulis dengan macam-macam ayat yang catchy sebegitu lagi menarik daripada rompers pilihan Em yang hanya ada ilustrasi sahaja. Begitulah Ann dan Em, berbeza cara berfikir namun mudah sahaja menerima dan memberi supaya adil untu kedua-duanya.


Tibanya di rumah, Sofea terus diletakkan di dalam katil bayi di dalam bilik sementara Ann dan Em masing-masing sedang menguruskan tugas masing-masing. Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat Asar bersama-sama, Em terus menguruskan pembelian tiket penerbangan mereka secara online. Cepat dan mudah baginya. Tidak perlu berurusan di kaunter dengan sesak manusia di airport. Ann pula masih mengemas barang-barang yang mereka belikan sewaktu keluar tadi.

Sebelum berlalu ke walk-in wardrobe mereka yang pintunya ada di bilik tidur mereka, Ann melihat suaminya masih lagi khusyuk melihat jadual penerbangan ke Kuching di dalam bilik kerja. Setelah selesai mengemas barang-barang, dia melangkah ke ruang kerja mereka untuk menyertai suaminya.

“Done?” Ann yang berdiri di muka pintu bilik kerja mereka mula bertanya kepada suaminya yang sedang menekan suis printer. Tangan naik mengurut bahu suami yang nampak penat kerana awal pagi sudah dibawa keluar makan ayam penyet dan berjalan menyukat KLCC.

“Almost done. Come here..” jawab Em lantas menarik lengan isterinya dan menyuruh Ann duduk di atas ribanya.

“..yes Madam Ann honey, can I help you?” Em pandang si isteri yang masih lagi setia bersamanya melihat monitor komputer di hadapan mereka. Ann terus ketawa kerana disaol begitu.

Nothing. Saja nak tunjuk concern dengan suami sendiri. By the way, thanks for the scrumptious ayam penyet and the shopping mission at KLCC. Definitely makes my day. I love you Hubby!” satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Ann dalam masa dia memandang mata suaminya yang hanya beberapa inci sahaja di depannya. Pipi kanan suaminya dicium lama.

“Pipi kiri pun nak jugak sayang.” Em buat muka nakal. Tapi, Ann turutkan juga. Lama dia mencium pipi kiri suaminya. Seketika kemudian dia tersenyum dengan suaminya.

“Penat lagi?”

Nope. Eh.. I mean yes, penat lagi.” Baru sahaja Ann nak memanjakan si suami, loceng rumah berbunyi. Em mengeluh, Ann pula ketawa melihat reaksi suaminya.

I think abang posmen datang hantar parcel barang saya dan Sofea lah! Nak pegi check jap!” Ann terus bangkit daripda duduk di riba Em. Sebelum dia berlalu ke tingkat bawah, Em menahan Ann sekali lagi.

We’re not finish yet right?” penuh mengharap suara si suami.

“I think abang posmen marah lah sebab dah tiga kali loceng berbunyi.” Ann melepaskan genggaman Em dan mengenyitkan matanya ke arah suaminya. Terus dia berlari ke tingkat bawah. Semangat dia nak periksa setiap inci bungkusan yang diterima dan nak lihat isinya, lepas itu pakai  dan tunjuk kat depan suami. Em mesti akan komen yang baik-baik sebab pilihan isterinya tetap cantik walau macam mana sekalipun.



“Sayang jangan lari, jatuh nanti. Abang posmen awak tu setia terjegat kat pintu. Takkan lari parcel dihantar. Careful!” laung Em kepada isteri yang sudah hilang di depan mata. Jadual penerbangan pergi balik mereka ke Sarawak yang siap dicetak diambil dan dibawa ke bilik tidur mereka. 




So why Johor and Sarawak? Hahahaha. Maybe my version of "Abang" can answer it very well. lol. F, please jangan perasan! :p

 Love!

No comments: