Friday, January 17, 2014

E-Novel: Sabar Itu Indah (Part 4)

Assalamualaikum and Hi!


Sebab mood saya dah okay, saya dah siapkan part 4! Enjoy your weekend babes. Ingatlah tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Have a good discussion. enjoy your life and jangan stress okay. Saya ada 11 fail untuk disiapkan. Saya stress? belum lagi.. Hahaha. Till then, hugs! 

Please tinggalkan jejak anda di ruangan komen okay. Your feedback is my source of energy. lol. Assalamualaikum and have a blast!



Ketibaan mereka bertiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Umi dan Abah Ann. Mereka terus sahaja pulang ke rumah lama mereka untuk makan tengah hari kerana Umi sudah memasak awal-awal lagi untuk anak, menantu dan cucu kesayangannya. Tidak banyak yang perubahan di situ sejak kali terakhir Ann datang melawat Maksu dan keluarganya yang lain di Sarawak enam bulan yang lepas.

Ann dan keluarganya memang tinggal di Sarawak atas tuntutan kerja orang tuanya. Umi sendiri sememangnya banyak ahli keluarga yang menetap di Sarawak. Ann sendiri membesar di Sarawak dan pernah bersekolah di Sarawak sebelum dia berpindah sekolah di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Tidak mungkin Abah dan Umi lupa selok belok di Kuching sedangkan hampir 10 tahun mereka tinggal di Sarawak. Cuma Ann tidak mampu untuk fasih berbahasa Sarawak seperti dahulu lagi, tetapi dia masih dapat memahami sekiranya orang berbahasa Sarawak dengannya.

Selepas selesai makan tengah hari bersama keluarganya, Umi terus meminta mereka bertiga untuk hanya berehat di rumah sementara Abah dan Umi pergi ke rumah Maksu lebih awal untuk membantu apa-apa yang patut.

Setelah melihat kereta Abah bergerak meninggalkan rumah mereka, Ann terus membawa Sofea masuk ke dalam bilik untuk mencari Em yang tidak kelihatan sejak mereka selesai makan tengah hari tadi. Melihat Em yang nampak nyenyak di atas katil biliknya dahulu, timbul niat ingin mengacau si suami. Terus sahaja dia meletakkan Sofea di atas badan Em yang tidur mengiring. Bab duduk gaya bebas di atas badan sambil menggoncang badan Em, memang Sofea suka.

“Auch! Sofea honey, don’t disturb Daddy please. Play with your Mommy first.” Em cuba mengangkat Sofea daripada badannya. Namun, belum sempat dia mengangkat Sofea, Ann pula yang berbaring bersandar dengannya tiba-tiba sehingga menyebabkan Em beralih ke tepi katil.

Dah sahlah Em tidak dapat meneruskan niatnya untuk tidur kalau dah Ann sekali yang menjadi tukang kacau.
“Sayang , please. I’m sleepy.” Ann buat-buat tak dengar. Siap ajak Sofea main tiup-tiup muka Em lagi. Dah melihat muka Em berkerut seribu, Ann dan Sofea ketawa. Okay, dah dua orang tersayang siap kenakan dia, Em memaksa diri untuk bangun. Jangan haraplah dia dapat nak tidur dengan aman. Sengaja dia menggeliat sehingga menyebabkan Ann yang bersandar dengannya tertolak ke belakang.

“Teruklah awak! Dahlah skip Zohor! Tidur tak ingat dunia. Lepas tu kenakan saya pulak.” Ann terus menikam bantal ke muka Em. Em terus mengalih bantal dimukanya dan ditikam ke bawah. Kehadiran bantal pada waktu itu memang menyemak katil kalau dah Sofea dan Ann conquer tiga per empat tempat kawasan katil. Em baring mengiring menghadap isterinya yang sudah duduk. Sofea dipeluk dan dikepit rapat ke dadanya. Dia tersengih memandang Ann yang sudah mula naik angin.

“Saya dah Zohor lepas makan tadi masa awak kemas dapurlah sayang. Sesedap mi Sedaap awak cakap saya skip ya Puan Ann. Ni nak muncung sedepa ni kenapa? Saya guraulah. Tadi nak ajak Sofea main kacau saya masa saya tidur, saya okay je pun.” Sebelah tangan Em menarik Ann supaya dekat dengannya dan disandarkan semula di badannya yang mengiring.

Em ni boleh kira macam Superman, dua orang sekali yang kena dimanja dengan disandar dekat badannya. Nasib baiklah selalu angkat dumbbell, tapi tidaklah seberat dumbbell yang dia sedang sandarkan sekarang. Dumbbell kecil, si Sofea dan dumbbell besar yang sedang membawa bakal dumbbell yang baru nanti, Ann.

“You look tired, H”

“Am I?” Soal Em balik ketika Ann sedang melihatnya yang cuba mendodoikan Sofea dalam pelukannya.

“Why?” Ann bertanya semula walaupun dia tidak mengiyakan pertanyaan Em. Dia melihat si suami memang dah tak larat nak membuka mata walaupun dalam keadaan terpaksa sewaktu dia dan Sofea mengganggunya.

“I was finishing some pending reports last night before I emailed it to my friend this morning. Masa awak bangun tu saya baru tidur. Urut saya please? Sakit tengkuk saya masa buat kerja tadi.” Em mula memancing isterinya.

“You sleep first. Before Asar saya kejutkan and I’ll massage you, alright?” Ann mengusap kepala si suami yang tentunya jarang sekali dimanja sebegitu kerana Em sahaja yang selalu memanjakannya dengan Sofea. Lama dia mengusap kepala si suami, sedar tak sedar, Em dah tertidur. Alahai kesian suaminya, dah macam Sofea pulak kena usap kepala. Patutlah Umi cakap Sofea tu Daddy’s girl!

Sebelum dia berlalu ke bilik mandi untuk menunaikan solat Zohor, dia mencium dahi Em dan Sofea. Ann tersenyum melihat Sofea sama seperti Em tidur. Muka dua-dua innocent, dua-dua mendepa tangan bila tidur. Umi betul, Sofea sama macam Daddynya.

Seperti yang dijanjikan, setengah jam sebelum masuk waktu Asar, Ann mengejutkan suaminya walaupun Em nampak seperti masih mahu menyambung tidurnya bersama si kecil. Apabila Ann cakap nak urut, terus Em bangkit daripada katil. Selepas mengurut Em, peluang diambil mereka untuk solat berjemaah sewaktu Sofea masih lagi tidur.

“Sayang, pukul 5 kita pergi ke rumah Maksu okay? Or awak masih nak rehat?” Tanya Em selesai mencium dahi isterinya selepas berdoa.

“Boleh. Saya pun nak tolong and nak jumpa Abang Aidil sebelum dia jadi laki orang.” Ann tersengih. Jawapan Ann sungguh tidak bernas apabila didengari oleh suaminya sendiri. Kalau nak pergi rumah Maksu cakap nak tolong apa yang patut tu okay lagi bagi Em, ini tidak. Nak jumpa bakal suami orang. Wajah Em berubah. Ann yang perasan akan perubahan suaminya, terus memegang muka suaminya.

“Kenapa?”

“Sayang, jangan rapat sangat dengan lelaki lain. Saya jealous. Kalau tak tolong orang buat kerja, duduk dekat dengan pandangan saya kat rumah Maksu nanti. Senang saya nampak awak dan Sofea dari jauh.” Em meminta macam budak kecil bunyinya. Ann ketawa. Typical Em, cemburu susah nak dibuang jauh.

Hubby, Abang Aidil tu cousin saya lah. Membesar sama sejak kecil lagi dan saya yang tak berabang ni anggap dia sebagai abang saja tau. Orang dah nak kahwin dah pun. Dengan doktor lagi tu, sama level dengan dia. Tak macam saya, ada degree dalam Undang-undang pun jadi surirumah. Mana Abang Aidil nak pandang. Lagipun saya ni dah jadi bini seorang Engineer Ir tahu! Hah, anak dah masuk dua orang pun masih nak cemburu cik abang sayang?” Ann bercakap dengan suaminya gaya orang yang tengah berbicara di mahkamah sahaja. Tidak padan dengan dirinya yang masih lagi bertelekung, membuatkan Em ketawa. Tangan naik membuka telekung yang masih tersarung di badan isterinya. Rambut isterinya yang berjuraian dikuak ke belakang.

Nowadays, orang cari menantu nak yang educated tau even at the end of the day, dia jadi surirumah. Saya beruntung sebab isteri saya bukan calang-calang orang. Lagipun awak hanya surirumah sementara. Lepas adik Sofea lahir dan membesar sampai 6 bulan, kita hantar rumah nenek mereka. Then, awak boleh bekerja selayaknya dengan pendidikan awak Sayang. Awak nak sambung belajar Master yang tertangguh haritu pun saya takkan halang. As long as we both know who we are.” Em mengenyit matanya ke arah Ann yang diam mendengar dia menjelaskan perihal pembelajaran dan masa depan Ann yang suatu ketika dahulu pernah menyebabkan mereka bertengkar.

“…Speaking of jealousy, suami mana yang tak cemburu kat dunia ni sayang? And I bet you too my dear Ann. Kita selalu dengar cemburu tandanya sayang. So it’s proven that I love you. Thinking of reducing my level of jealousy when seeing you clinging with whomever men which considered as orang luar, is definitely a big NO sweetheart. Saya nak sentiasa cemburu. Kalau dengan adik beradik dan Abah dengan Papa itu je yang saya terima. Other than them, tak boleh. Cakap biasa-biasa boleh lah. Rapat, no!” Em menyambung penjelasannya tentang sikap cemburu terhadap lelaki lain.

“Then how about clinging with my friends in the university and my future colleagues in the office?” Ann terus bertanya kerana takut dia akan menghadapi kesukaran untuk berbincang dengan kaum lelaki sekiranya ada melibatkan perkara untuk dia berbuat begitu.

Mind you my lady, clinging is different than discussing. Benda yang buat awak bekerjasama dengan lelaki saya tak halang kalau melibatkan studies dan kerja. Tapi bersosial tak boleh. I mean tengok movie dengan lelaki or apa-apa yang di luar bidang belajar or kerja awak, tu tak boleh. Tapi.. kalau tu class trip or work trip like family day, okay lah saya benarkan.” Lagak Em menerangkan kepada Ann seperti guru yang menyampaikan cerita kepada anak muridnya.

“Susahlah macam ni..”Ann merungut.        
       
“Tak susah sayang. Ingat dan faham balik apa yang saya cakap. Saya tak pernah halang awak berkawan dan bekerjasama dengan mereka, tapi tahu diri, tahu batas sayang. Bukan tak percayakan awak, tapi saya sebagai suami hanya mengingatkan awak. Isteri saya kan, special edition. So tak bolehlah, nak bagi bebas dengan lelaki. Dengan kawan perempuan saya tetap benarkan asalkan awak ingat nak jaga diri.” Em ketawa melihat muka Ann yang berubah gembira apabila tiada sekatan untuk pergaulannya dengan perempuan.

I loveeeee you..” Ann memeluk Em.

“..I still can ask you to have my “me-time” with my besties nanti. Yeay!” Em hanya tersenyum melihat isterinya gembira. Ubun-ubun isterinya dicium lama dan Ann dibawa ke dalam pelukannya.

I’m happy seeing you happy, Ann. I just love this early marriage where we can negotiate and discuss about every single issue in our family. Mama, Papa, Abah, Umi.. what counts is bless. Restu untuk berkahwin dalam usia muda penting walaupun mencabar. Tiada perkahwinan yang tidak mengalami masalah, walaupun berkahwin pada usia sepatutnya ataupun berkahwin dalam usia muda. Pokok pangkalnya, kita sendiri. Diri kita untuk menangani segala masalah yang datang. Alhamdulillah, benda yang baik tidak pernah mendatangkan musibah kepada setiap umatNya. – Em


Suara tangisan Sofea mengejutkan mereka berdua yang masih lagi duduk di atas tikar sejadah. Sewaktu Ann berebut untuk melipat telekung dan sejadah, Em menghalangnya.

Let me do this. You just go and see Sofea okay?” Ann tersenyum dan bangkit meninggalkan suaminya untuk mengambil Sofea. Selesai memandikan Sofea dan berkemas apa-apa yang patut, mereka bertiga bergerak ke rumah Maksu. Sofea awal-awal lagi dah menyarung baju tidur “Mummy + Daddy = Me” walaupun jam baru sahaja pukul 5.30 petang.


Mood fashion Ann pada petang itu ke laut sekejap, sebab si kecil pasti akan bermain bersama-sama saudaranya yang lain. Nak bagi Sofea pakai jeans, Em tak bagi. Nak sarungkan legging, Sofea pulak memilih taknak pakai legging. Tak ada pilihan baju lain, Ann sarungkan terus baju tidur itu tanpa berfikir panjang. Nak marahkan Sofea, apa saja yang Sofea tahu, lagipun sifat cerewet Sofea memang diwarisi daripada kedua-dua Em dan Ann.

Sampai sahaja di rumah Maksu, Em terus membantu golongan lelaki membuat kerja-kerja berat. T-shirt Polo dengan Jeans yang digunakan Em bila diperhati, macam orang nak ke CityOne. Tapi Em takkan guna baju sebarang, lagi-lagi di tempat orang. Sekarang dah kena buat kerja, memang terpaksalah guna pakaian macam itu. Nasib baik hanya menolong orang membuat kanopi untuk bergotong-royong.

Ann pula terus membawa Sofea masuk ke dalam rumah dan menolong saudaranya yang sedang membuat kerja-kerja ringan. Nak tolong orang kupas bawang-bawang pun Maksu tak bagi. Si suami apatah lagi, kalau boleh dia memang nak Ann duduk diam tengok orang tapi Ann bukan jenis yang tahu duduk diam goyang kaki gaya seperti perempuan malas. Ann membantu mengelap pinggan mangkuk bersama-sama saudaranya yang masih belajar dan Sofea mula dibiarkan bermain bersama-sama kanak-kanak yang lain.

Ann dan Em sendiri nak dedahkan Sofea supaya mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Kalau Sofea rapat dengan Atok dan Nenek kat KL, dia pun rapat dengan Mamatok dan Babatok yang tinggal dekat Kuching jugak. Tapi sekarang, Ann nak dedahkan Sofea dengan pergaulan orang yang seusia dengannya supaya Sofea tidak memilih teman dan mudah untuk didekati.

“Ann?” Ann terus berpaling apabila namanya dipanggil. Belum sempat dia memberi respon kepada panggilan tersebut, dia sudah dipeluk.

“..Kau dah kenapa? Datang sini tak bagitahu aku awal-awal. Merajuk lah macam ni! Putus kawan!” Rupa-rupanya kawan baik Ann sendiri yang datang ke rumah Maksu untuk menolong orang ramai membuat persiapan perkahwinan. Bakal isteri Abang Aidil merupakan rakan sekerja kawan baiknya, Izzah. Dah tahu saudara sendiri nak kahwin, mestilah dia akan datang.

Nama pun BFF, Ann siap kena tegur makin berisi. Perempuan mana yang tidak rasa sensitif apabila ditegur makin berisi atau dalam bahasa kurang sopannya adalah gemuk! Izzah memang begitu sejak mereka kenal rapat di sekolah dahulu. Kalau nak menegur, tiada istilah tapisan dalam kata-kata. Cakap direct! Ann pula, tak pernah nak ambil serius sebab dia kenal kawan dia.

“I’m pregnant babe.. 7 weeks to be exact.” Ann cakap dengan muka “proud Mommy” siap kelip-kelip mata lagi depan Izzah. Sekali lagi Ann kena peluk Izzah sampai nak melompat-lompat. Sangatlah tak padan dengan umur dan status diri sebagai doktor dan mak orang. Masih lagi ingin jadi kanak-kanak Ribena. Hanya satu perangai Izzah dia tak berapa nak terima, main hentam peluk hentam pukul bila dah gembira sangat.

“Waaaaaaa! Bertambahlah anak angkat aku!”

Over tau!” Itu sahaja respon  Ann. Izzah memang seorang doktor dan lebih spesifik lagi adalah sedang menyambung belajar untuk menjadi pakar pediatrik. Tapi disebabkan dia terlalu ingin mencapai cita-cita sampai jadi pelajar yang termasuk dalam golongan “fast track’s student”, dia tak ambil pusing soal berumahtangga macam Ann sekarang.

Nak kata tak laku, boyfriend pun dia ada sekarang. Cuma Izzah yang selalu mengelak bila diajak berkahwin. Nak cakap masih giat mengejar cita-cita, dah tercapai dah hasrat nak jadi doktor sekarang. Sebagai kawan, pernah Ann menasihati Izzah, tapi dia cakap tunggu dua tiga tahun. Kata nak tunggu kumpul harta, memang Izzah dah ada sebuah rumah, sebuah kereta dan selalu pergi melancong ke tempat orang. Taknak jadi busybody, Ann diamkan sahaja. Jodoh dah sampai nanti, dia tetap menjadi orang pertama yang Izzah bagitahu.

“Eh, where’s my Copia?” Dah lama mereka berbual, baru nak tanya Sofea. Izzah siap bagi gelaran khas kepada Sofea walaupun dia mak angkat Sofea, tapi gelaran yang konon-kononnya bunyi macam kanak-kanak, sungguh tidak sedap di dengar.

“Tu..” Ann menunjuk ke arah Sofea bermain tatkala ditanya oleh Mama Ijanya. Tanpa banyak tanya, terus Izzah berjalan ke arah Sofea dan memeluk si kecil. Sofea memang rapat dengan Izzah kerana Izzahlah auntie favourite Sofea. Ann yang turut bergerak sama ke arah Sofea tadi terus mengelap dahi si kecil yang berpeluh kerana bermain setelah dilepaskan daripada pelukan Izzah.

“Sofea sayang, tell your Mama Ija what you had learned from Mommy please.” Ann terus mengumpan si kecil untuk bermain bersama Izzah dengannya kerana tidak mahu Sofea berpeluh dan berpenat berlari-lari di dalam rumah Maksu bersama kanak-kanak yang lain. Takut juga, silap hari bulan Sofea boleh terjatuh kena tolak masa bermain, tak pasal-pasal kena sound dengan Em nanti.

“Okay. Mommy starts plis.” Sofea mula bersandar pada Ann yang duduk di atas sofa berdepan dengan Izzah. Izzah dah tunjuk muka over the moon bila dapat tahu Sofea nak tunjukkan apa yang dia belajar dengan Ann di rumah.

Alright. Show Mama Ija your eyes..” Ann memberi arahan, Sofea pula melakukan seperti yang diarahkan.
“Eyes.. mataaa..” Sofea pegang kedua-dua matanya dan menunjukkan kepada Izzah. Bila Ann cakap ears, Sofea pegang kedua-dua telinga sambil mengulang apa yang Ann cakap. Bila Ann cakap nose, Sofea tarik-tarik hidung kecilnya. Izzah berasa terhibur melihat karenah Sofea. Tak cukup itu, Sofea siap nyanyi lagu rasmi Mama Ijanya, “An Apple a day keeps the doctor away” dalam accent dia sendiri.



“So, masih nak single Doktor Izzah?” Ann pula yang mengenakan Izzah yang sibuk melayan Sofea. Jawapan Izzah memang dah dapat diagak. Masih nak membujang, tapi apa yang Ann lihat pada cara Izzah melayan Sofea tak ubah seperti orang yang memang nak berkeluarga. Topik perkahwinan yang memang takkan mendatangkan respon positif daripada Izzah dibiarkan berlalu begitu saja.

Lama  juga mereka berbual di ruang tamu rumah Maksu sebelum Izzah meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum balik sempat lagi Izzah berbisik pada Ann, dia nak cari calon yang memang pilihan keluarga. Dia dah serik bercinta dan putus di tengah jalan. Nak cara terbaik adalah pilihan keluarga yang tentunya pilihan terbaik.

Cuma dia kurang yakin dengan situasi pada masa sekarang yang tidak lagi percaya pada perkahwinan pilihan keluarga. Jawapan Ann senang sahaja, sekarang semua orang dah “back to basic”, jadi cadangan untuk menerima siapa sahaja pilihan keluarga, memang cadangan yang bernas.

Majlis akad nikah Abang Aidil dilangsungkan pada hari seterusnya di rumah pihak perempuan diteruskan lagi dengan majlis resepsi sekali pada sebelah malam. Manakala sebelah pihak lelaki berlangsung di rumah Maksu sendiri. Ramai tetamu yang hadir ke majlis kedua-dua belah pihak walaupun majlis berada di tempat yang berbeza.

Sewaktu majlis sebelah lelaki berlangsung, ke semua keluarga meggunakan pakaian yang bertemakan warna peach atas pilihan Abang Aidil sendiri. Seperti biasa, Em tentu rasa bangga kerana mempunyai isteri yang sentiasa bijak dalam bergaya dan tahu perkembangan terkini sehinggakan menjadi tumpuan oleh sesetengah pihak.



Ann dan Sofea sama-sama mengenakan Tutu Maxi Dress yang Ann tempah khas secara online dan sudah sampai beberapa hari sebelum mereka datang ke Sarawak oleh Abang Posmen. Ada juga yang mengatakan bahawa Ann masih bujang. Mana tidaknya, bergaya dan masih muda padahal hakikatnya sudah mempunyai seorang anak dan tengah mengandung. Ditambah pula ada suami yang sentiasa menjaganya. Kalau si kecil tidak ada bersama mereka, sudah tentu orang mengatakan bahawa mereka masih belum berkahwin. Bangga? Haruslah! Sudahlah Sofea menjadi center of attraction kerana berpakaian sama dengan Ann dan diberi mini birkin yang serupa juga dengan Ann.

Big birkin is for mommy and mini birkin is for Sofea! :)

Pada sebelah malam setelah selesai majlis resepsi sebelah lelaki, majlis cukur jambul cucu pertama Maksu, Jibril terus sahaja dilangsungkan. Tidak ada banyak beza dalam adat masyarakat di Sarawak dan di Semenjung berdasarkan pemerhatian Ann sendiri. Setelah selesai majlis tersebut, Ann terus mengajak Em balik awal kerana Sofea sudah mula meragam.

Dalam kereta, si kecil sudah lena di pangkuan Ann. Diam sahaja Em memandu, mungkin sama-sama penat kerana dua hari berturut-turut membantu orang bergotong-royong di rumah Maksu. Untung Maksu, dapat menantu doktor, pulak anak sendiri doktor. Memang padanlah. Sudahlah majlis dibuat dengan meriah. Banyak tetamu yang datang, membuatkan Ann rasa sedikit cemburu.

Sebaik sahaja menggantikan pakaian tidur Sofea, Ann terus sahaja menyertai si kecil di atas katil mereka yang sedang didodoi oleh Em. Umi dan Abah bermalam di rumah Maksu kerana masih lagi ingin bersama-sama saudara-mara yang lain yang tentunya jarang bersua kerana masing-masing tinggal jauh atas alasan mengikut keluarga dan tuntutan kerja.

“Best nya Sofea. Hari-hari dimanja Daddy.” Em yang lama mencium kepala Sofea terus menganggkat kepalanya apabila mendengar Ann berkata begitu.

“I thought I’m pampering both of you everyday..Equally.. But.. in a different way.” Jawapan Em buat Ann ketawa. Tahu sangat dia maksud si suami. Mulalah nak carik pasal! Tapi Ann bijak mengalih perhatian, dengan menukar topik.

“Maksu untungkan sayang. Buat majlis besar untuk Abang Aidil kahwin. Abang Aidil pun untung dapat isteri sama-sama doktor.” Em melihat si isteri yang sudah menukar topik lain. Mesti ada benda yang cuba disampaikan.

Then?” Em tak suka benda bertapis-tapis. Dia orang Sains, solving problem memang direct. Explanation mesti jelas dan berdasarkan fakta yang tak boleh ditokok tambah. Sama seperti buat soalan Mathematics, tak susah pagi penjelasan kerana dah diterangkan terus masa memberi jawapan.

2(x) + y = 7. If  y= 1, then x=?
2(x)+1= 7
2(x) = 7 - 1
X= 6/2.
 Hence, x= 3.

Ann pula orang Sastera. Memang kontra. Pemikiran Ann macam wayar, bercabang-cabang. Kadang-kadang dia cuba sampaikan sesuatu, tapi dia selalu ada intro yang Em sendiri tak dapat nak tangkap tentang mesej asalnya.

“Kita kahwin dulu simple. Jealous tengok orang kahwin grand.” Haa, kan dah tahu apa motif asal si isteri buat intro pasal perkahwinan orang. Dah lama mereka kahwin, baru malam itu si isteri mengungkit tentang perkahwinan mereka.

“Lain orang, lain cara. Lain orang, lain rezeki sayang. Kenapa nak mempersoalkan tentang majlis perkahwinan. Sedangkan apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan.” Em duduk melihat si isteri. Dia tahu, perempuan mana yang tidak mengimpikan perkahwinan yang besar-besaran macam Abang Aidil. Tapi, kalau melampau macam artis-artis pun dia tak suka sangat. Membazir dan lebih kepada nak tunjuk diri dan meriak.

Mereka dulu kahwin simple. Pulak umur masih mentah, haruslah kena cop kahwin koboi oleh orang. Tapi apa ada pada orang, pandangan orang? Mereka memang buat majlis dua-dua belah pihak, tapi simple. Hantaran tak disebut pun orang kecoh buat persepsi bukan-bukan. Apatah lagi bila dua-dua belum kerja dan masih belajar. Mestilah orang cakap ambik duit orang tua, susahkan orang tua dan hantaran sikit. Macam mana nak atasi? Senang sahaja, pekakkan telinga dan biarkan. Ignorance is bliss.

Besar atau kecil hantaran pun masyarakat tetap akan cakap bukan-bukan. Kalau kecik hantaran cakap si lelaki masih belajar, tak kerja, jadi tak mampu nak bagi berpuluh-puluh ribu. Bila hantaran besar, orang akan cakap sengaja nak show off diri masih belajar tapi over bagi hantaran banyak. Jadi, mereka tinggal diamkan sahaja. Buat apa nak ambik pusing perangai orang sebab mereka tetap akan mengata. Baik atau buruk mereka akan tetap diadili.

Don’t get me wrong. Jealousy is part of women major emotion, Love. I never feel regret of our marriage. Hantaran awak bagi walaupun banyak, and truth to tell you, I never expect that you will give the hantaran based on tarikh kita kenal, saya tak terhegeh-hegeh nak cakap dengan orang tentang hal itu. In fact, saya diamkan sahaja bila orang tanya dan I just let them assume by themselves.

Bukan rela dimaki, tapi cakap atau tak, mereka tetap akan judge kita. Speaking of mahar, daripada bagi kat isteri barang kemas up-to-toe sekalipun tak guna kalau tidak dihargai, and lepas tu di gadai kalau dah desperate nak cari duit sayang. Saya bersyukur, mahar saya awak bagi Al-Quran kegemaran saya, Al-quran pelangi. Awak dah baca beberapa surah kegemaran saya dengan Al-quran itu before bagi saya. Bangga tau!” Lama Ann diam setelah panjang dia menerangkan kepada suaminya tentang maksud perkahwinan mereka dan orang sekarang.

Dia masih ingat lagi, sewaktu Opah suruh mereka kahwin masa belajar. Lebih kepada rasa tanggungjawab dan menjaga maruah keluarga. Bila Em suarakan nak bagi Al-quran, dia terdiam. Memang itu yang dia nak dan dia tak mengharapkan pemberian yang besar pun daripada Em. Kalau bagi wang ringgit pun akan habis kalau dibelanja. Kalau emas, hilang atau digadaikan masa sempit, pun tidak akan kekal dengannya. Al-quran dapat digunakan oleh sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tiada isu pajak gadai, hilang dicuri dan habis bila digunakan.

Bahkan semakin digunakan, semakin banyak pahala. Itu barulah namanya mahar tertinggi bagi Ann kerana harta pertama yang si suami hadiahkan kepada isteri setelah selesai akad, adalah pemberian yang membuatkan isteri berasa dekat dengan Pencipta.

Em masih tekun mendengar si isteri memberi pendapat. Sebab itulah dia sayangkan Ann, dia cintakan Ann dan hari-hari merindui Ann, kerana Ann sahabatnya. Ann walaupun muda daripadanya tetapi mampu berfikir dengan matang. Walaupun selalu melatah dengan banyak perkara, tetapi Em tahu bahawa cepat atau lambat Ann dapat menerima kerana Ann berfikir sebelum bertindak. Ann juga bijak dalam memberi pendapat.

“Lama dah tak dengar awak bacakan surah Ar-Rahman dengan saya. Saya rasa macam Fatih Seferagic versi saya pulak bila saya dengar awak baca.” Kata-kata Ann membuatkan Em tersenyum. Dia masih ingat lagi, selain surah Yaasin, Ann memintanya untuk menghabiskan bacaan surah Ar-Rahman menggunakan al-quran yang dijadikan mahar perkahwinan mereka dulu.


“Dan saya sentiasa rindukan awak menghafaz surah Maryam sayang.” Kata-kata Em memberi semangat kepada Ann. Kalau dikenang semula, pengetahuan Ann dalam agama jauh lebih sedikit berbanding Em. Ann memang diajar mengaji dan kalau didengar, Ann lebih lancar mengaji daripada Em. Tapi Ann dulu di sekolah suka main-main, hal agama dia kurang ambil perhatian daripada hal pembelajaran. Asal cukup solat, cukup lah bagi Ann. Dia dan Izzah masa tinggal di asrama memang selalu escape kuliah agama di surau, nak berjemaah Subuh di surau jauh sekali. Mana tidaknya, Subuh waktu sipi-sipi lagi matahari nak timbul.

Em pula seiring dan sekata. Belajar dan agama sama tahap pentingnya. Walaupun macam lelaki lain, yang minat sukan, yang sukakan games, tapi tidak pula Em mengabaikan apa-apa aktiviti di sekolah. Bukan alim sampai kena pakai serban atau jubah, tapi dia tahu itu bekalan. Namun, tidak pula Em pernah menunjuk-nunjuk.

Setelah bertemu dengan Ann, Em selalu ingatkan Ann tentang hal itu. Pada mulanya Ann menyangka dia lelaki perasan bagus, padahal di sekolah selalu sahaja kena hukum dan main-main, tapi lama kelamaan dia tahu tentang keikhlasan Em dalam mengingatinya tentang hal yang satu itu. Dan mereka juga sama-sama sukakan muzik, jadi tak hairanlah mereka ada bilik khas untuk meletakkan beberapa alat muzik mereka seperti di rumah mereka sendiri sekarang.

“In sha Allah, kita ada masa untuk sentiasa amalkan ini. Thanks so much sebab bawa saya sampai ke tahap ini sayang. Kita boleh dah dedahkan Sofea tentang solat. Dia pun dah selalu tengok kita solat and I bet soon, she will join us in Solat keenly.” Ann tunjuk gembira dengan si suami.

“…how time flies kan? Sofea dan besar dan dah nak ada adik baru dah.” Tiba-tiba Ann emo bila mengenangkan betapa cepatnya Sofea membesar. Dia, kalau boleh memang Sofea sentiasa kecil.

Emo ni kenapa? Memanglah as time goes by, kita makin tua dan membesar. Tak adanya reverse growth sayang. Bila Sofea besar, she can take a good care of her mother.” Em menenangkan si isteri. Susahlah pregnant mom kalau dah selalu emo macam ni. Ann tersenyum dan mencium dahi Sofea di tengah-tengah dia dan Em.

“Sayang?”

“Hmm..”

Can I have my “me-time” with Izzah tomorrow before kita balik KL lusa?

“No..” Em tunjuk muka strict depan si isteri. Sebenarnya saja nak bergurau.

“Please..” Ann mula menarik-narik tangan si suami yang memeluk Sofea.

“What please? Please you? Please me first..” Em tunjuk muka nakal. Ni yang Ann selalu terperangkap dengan si suami. Kalau nak sesuatu mesti ada upah sebelum ada kebenaran. Ann buat-buat merajuk.

“..please lah.” Em tetap memujuk si isteri yang dah merajuk.

“Okay fine, a kiss on your forehead, cheeks, nose and eyes only.” Ann tetap penuhi permintaan suami semata-mata ingin mendapat keizinan untuk keluar bersama Izzah keesokan harinya.

“Me-time” dalam kehidupan mereka adalah, masa untuk mereka keluar bersama-sama kawan tanpa ditemani salah sorang dan tidak membawa si kecil. “Me-time” dalam perkahwinan mereka adalah masa untuk ­self-indulge selepas penat bekerja dan menjaga si kecil, lebih kepada stress therapy mereka. Pun begitu, “me-time” mereka bukanlah selalu dilakukan, sekali-sekala sahaja dan pada waktu tertentu.

Sewaktu Ann mahu mencium hidung si suami yang berdiri didepannya sewaktu dia memenuhi permintaan suaminya tadi, sengaja Em merendahkan lagi ketinggian nya, sehingga menyebabkan sasaran di hidung berubah tempat. Ann terus menolak si suami yang sengaja mempermainkannya. Em terus  mengelak apabila Ann ingin memukulnya. Dalam hati mereka sebenarnya suka, kerana selama perkahwinan mereka tiada off button untuk mereka bergurau. Dan gurauan itulah yang mebuatkan mereka semakin bahagia.


So this is what you meant
When you said that you were spent
And now it's time to build from the bottom of the pit
Right to the top
Don't hold back
Packing my bags and giving the academy a rain check

I don't ever wanna let you down
I don't ever wanna leave this town
'Cause after all
This city never sleeps at night

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
I'm never changing who I am

So this is where you fell
And I am left to sell
The path to heaven runs through miles of clouded hell
Right to the top
Don't look back
Turning the rags and giving the commodities a rain check

I don't ever wanna let you down
I don't ever wanna leave this town
'Cause after all
This city never sleeps at night

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am

This road never looked so lonely
This house doesn't burn down slowly
To ashes, to ashes

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am

It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger, but then I'll admit
I'm just the same as I was
Don't you understand

That I'm never changing who I am

24 comments:

Anonymous said...

hye ana kwn liyana disini.

yesssss! ana dpt org prtama komen n membaca! next part fateen fahmie. best meleleh air liur ana bce ni. biar kak liyana jelous. dia dah x dpt di call x tahu mgkin dah x pakai num tu. :)

Fateen Kamarudin said...

Hi kakak :)

Hahaha. Comel je sampai nak meleleh. Thanks kak. Sorry lah lambat sebab busy. Btw, Kak Liyana ada cakap dia tak guna number tu lagi. Ada nombor satu lagi.

Nanti update next part kalau ada masa free lagi k. :)

*peluk*

Anonymous said...

biar liyana cemburu ni.. hye liyana, aq org pertama bace dan terus komen.. why so sweet em dgn ann? fateen n fahmie pun mcm ni jugak ek... sweetnye fateen n fahmie ni.

Anonymous said...

oi oi oi...fahmie.. ko tek ka update tok..

sentuhan belaian kasih syg ada.. (bagus)

steady fahmie.. aku harap tok yg ko pun idea bkn mem ko pn... hihihih


(hamdi&ina)

Anonymous said...

salam sy habsah,

cute nye Copia. akak tertimang2 je watak dye dgn parents dye. alahai comel comel.

Unknown said...

dia fahmi saya fatin...hahaha tag line kmk urg yg mngenali tok jawk..rugi ktak org baca ahir oii..aku pt dr online dgn fateen..aku mok ann n yazid mok em, kmek urg udah book.


-dia fahmi saya fatin-

Fateen Kamarudin said...

Salam and hi..

Kak Ana: Alahai, saya dan fahmie ke laut kak. takde ikut watak. Ann dan Em tu orang lain :)

Hamdi&Ina: Bulak la mun fahmie update tok. Nya ngaco jak tauk. :p

Kak Habsah: Kann? Semua orang jatuh cinta dengan Sofea dah. Hahaha. Tengok parents die lah kak :)

Rai: Anak tok juak, sia sitok jak kitak ya. Aok, kitak jak yang melebih ngan kmk oh, mok chat juakk. :p

Anonymous said...

penantian satu penyeksaan ye encik fahmie bersama pasangannya yg trsayang.akhirnya dpt juak kau dgn tunang aku layan tok... tapi...tapi...xpuaslah fateen..want more!! fahmie.. aku mok agik oit..


abg ash :)

Fateen Kamarudin said...

Hi abang ash :)

Thanks for dropping by again. In sha Allah sikda aral papa, kamek update part 5. Tapi bukan dalam masa terdekat tok sebab kamek busy. Makseh ngan ktk 2 tunang ktk sebab sudi baca. Have a good one alright? :)

Anonymous said...

Kmk x mok fahmie n fateen pdah tq dolok...kmk 2 tunang kmk x trima yaa...kmk 2 mok part 5 tok oits.. hahaha ne fahmie handsome ne??



abg ash :)

Anonymous said...

sy habsah,

yelokn parents dye fateen n fahmie. skrg ni kalo kahwin muda anak cepat berkembang. bijak mcm copia.cutenye copia.

Fateen Kamarudin said...

Abang Ash: lalu kedak kat FB dah berkomen kat sitok. Haha. Okay2 kelak kmk update, tunggu jk fahmie share link kat FB. Nya gik ada keja, ya sikda ngaco ya. :)

Kak habsah: hahah. parents die Ann dengan Em lah kak. Fateen dah Fahmie tu bukan. Hahaha. :p

Anonymous said...

Salam anak tuan D.

Idea penulisan yg baik dan bnyk membantu kami dikala stress buat kerja.

kitak anak timangan manja tuan D kn. alololo. kmk syg f n f @fateenkamarudin.blogspot.com

Fateen Kamarudin said...

Wasalam..

Alhamdulillah. Thank you sebab ada juak baca apa yang kamek tulis and mok juak komen sitok. :) Kamek anak manja ayah? Sikdalah. Hahaha.


FnF sayang semua orang! :)

*peluk*

Unknown said...

salam bro hamdi kontot n ash tam...hehehe ni dia hero dah mai..apa2 hal aku jwb soalan ktk org lok..aku ada berik prtolongan juak dr plbagai celah2 sudut,bucu dan lorong..hehehe..inshAllah, part 5 idea aku gik yg kluar. *hero dah angkat tok..tp tggu kelulusan dr mem aku laa..hehehe sbb ayat aku power gilak..tkt ktk org baca kelak..hahaha

Anonymous said...

Eleh..Anak manja tuan D ni.. hehe

tuan D ada sebelah tok baca juak. hehe mengaku jelah F n ..

Fateen Kamarudin said...

F: Shuh shuh.. Hancur writing orang kelak oii. Iboh mok berangan di pagi hari. Mun mok come out with your own idea. Eeeee.. pandey ndak ka nulis. Wekkkk

Anonymous: Hahaha. Manjak lah? Sikda. Mena, sikda. Kirim salam orang sebelah. Hahaha ;)

Anonymous said...

org sebelah kirim salam syg rindu peluk cium dkt f.. ktk org tok polah kmk jelous jak. kmk cari juak lah tok..stress kerja kn...

Fateen Kamarudin said...

Jealous apa? Ktk mok carik apa? haha. Jangan stress, jadi macam ayah kamek, cool jak. Heheh :)

Anonymous said...

Ayah kitak dah otai.. otai lagi berbisa.. kmk dah tangga gambar f n f dlm hp tuan D...

Anonymous said...

Ayah kitak dah otai.. otai lagi berbisa.. kmk dah tangga gambar f n f dlm hp tuan D...

Fateen Kamarudin said...

Hahahaha, ya dah diluar tajuk dah ya. :p

kelak kamek update gik yang baru, dapat lah baca kat sitok gik. selamat membaca dan selamat bekerja. Hahaha :)

Anonymous said...

(hamdi&ina)

haha agik rsa abg handsome fahmie x kenak sokong oleh mem drikpun...ahahaha oi..aku bait bah tuggah ko abg handsome gik yaa...ko tggah aku kontot oh..xpa kelak aku minta calcium dr mem aku...hehehe :)

Anonymous said...

Salam dik. akak ni. akak dkt kpg dik jage mak akak dik. hurm lame x msj syg akak ni. rindu kita kongsi masalah kn dik.