Assalamualaikum and Hi. Sorry, I'm not updating my part 5 but here I am going to share with all of you about my super short story. About love in the family. To be specific. Daddy's love. :)
*Note that today is my Daddy's birthday. Have a blast and may Allah grant you super bless life dad. And I love you no matter what. Muahhhhhh. *lap lap hingus*
Okay, this story is about a girl named Me.
Me dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Bukan anak pertama bukan anak bongsu. Anak yang lahir antara anak pertama dan bongsu. Mungkin kedua dari ketiga orang adik beradik. Jadi tak hairanlah kalau Me bukan digelar anak Mak atau anak Bapak.
Dalam adik beradik, Me paling banyak melalui dugaan dalam hidup. Disebabkan si pertama merupakan anak ayah. Me mengundur untuk menjadi seorang anak yang diberi perhatian lebih. Si ibu pula melayan anak sama rata tak pilih anak di ranking mana. Tapi pastilah anak bongsu yang akan rapat dengan Ibu dan Ayahnya secara automatik.
Me dari kecil lagi berjauhan sebab bersekolah jauh daripada rumah mereka. Pernah sekali tingkatan satu Me buat hal palsukan cuti sebab homesick dan mahu balik ke rumah.
Akhirnya tertangkap oleh guru dan ibu ayah nya dipanggil. Disebabkan ibu ayahnya tinggal jauh, pakcik yang rapat dengan Me datang berjumpa dengan cikgu. Tapi tiada apa-apa hukuman. Ibu ayah Me yang tidak tahu alasan sebenar Me mahu pulang terus memarahi dari telefon. Bayangkan dia masih belum tahu, masih tidur di rumah saudaranya, ditelefon dan dimarahi.
Saat mendengar ayahnya menangis kerana kecewa dengan sikapnya, Me diam. Diam dan menangis. Telefon terus diletak kasar oleh ayahnya. Me tahu dia bersalah dan dia pun balik ke sekolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, Me merupakan pelajar bijak, jauh sekali bermasalah. Dia tahu dia susah, untuk mendapat perhatian, dia mahu berjaya dalam peperiksaan dan menyertai banyak pertandingan sehingga ramai orang mengenali ibu ayahnya kerana pencapaian Me. Me bahagia kerana dia selau mendengar begitu dari mulut ibunya. Ayahnya memang jarang bercakap sebab itu Me memang tidak mengharapkan apa-apa respon daripada ayahnya. Baginya cukup dengan melihat ayahnya bangga dan gembira, dia bersyukur.
Kali kedua Me menyebabkan kekecewaan ibu ayahnya apabila dia tidak mampu untuk mencapai semua A dalam SPM seperti mana yang pernah dia capai sewaktu UPSR dan PMR. Dia tahu dia tidak mampu. Satunya dia sering mewakili sekolah untuk pelbagai pertandingan luar sehingga tertinggal ke belakang dalam pelajaran. Namun dia tetap berusaha berjumpa cikgu dengan kawan sekelas untuk belajar apa yang dia tertinggal dalam waktu sebelumnya. Sewaktu peperiksaan itu juga dia telah diduga dengan sakit. Tapi sakit itulah yang ibu ayahnya sendiri tidak pernah tahu.
Sebab dia tidak mahu mereka risaukannya. Melihat ibu ayahnya bersedih kerana dirinya..memang itu bukan dia mahukan. Tetapi dia sentiasa merasakan bahawa dia membuat mereka bersedih.
Dia diduga sekali lagi apabila menerima banyak tawaran untuk belajar dan bekerja. Dia mahu meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminatinya. Namun si ibu dan ayah mahukan dia mengambil bidang lain. Sekali lagi dia akur. Dia berkorban andai itu buatkan mereka gembira.
Dalam adik beradik lain makan pakai sememangnya diberi sama rata. Entah bahagian mana yang dia rasa dia kurang dari adik beradiknya. Pernah sekali si anak pertama bergaduh besar dengan si ayah. Tapi si ayah yang mula menjernihkan keadaan. Siap hantar mesej dan menelefon gara-gara mahu bertanya khabar. Apabila si ayah memarahi Me, Me tidak perbah ditelefon dan dihantar mesej meminta maaf dab memberi kata semangat bahawa si ayah memarahi kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya. Waalupun Me yang selalu mengangkat nama keluarganya dan adik beradiknya yang lain tidak lagi dapat menandinginya. Me malah meminta maaf sebanyak mana yang dia mampu dan dia mampu berdiam sekiranya tidak dilayan.
Apabila ada masalah, si ibulah tempat dia bermanja walaupun tidaklah dimanja mana. Dia selalu mahu si ayah sedar dan merasai dia mahukan perhatian, tetapi gagal.
Dia selalu menjadi pencetus idea apabila dia dan adik beradiknya ingin membuat kejutan dan apa apa sahaja untuk orang tua mereka.
Me selalu dibandingkan dengan si anak pertama kerana anak pertama sudah bekerja. Anak pertama dikatakan sudah puas bersusah payah daripada adik beradik lain. Makan pun tidak memilih. Hidup pun tidak cerewet seperti Me dan adik beradik yang lain. Tapi Me.. Pun pernah, bahkan kalau dilihat lagi banyak pengorbanan. Berkorban cita-cita dan impian kerana keluarganya.
Satu masa nanti, Me berharap dia dapat menerima dan merasa kasih sayang dan perhatian itu. Walau sekejap.
Dia selalu menyalahkan dirinya kerana sering merasakan dirinya kurang dan sentiasa buruk sangka pada benda yang tidak sepatutnya.
Di dalam hatinya, dia menangis dalam ketawa. Dia memendam rasa. Dia ingin perhatian. Dia ingin kasih sayang yang sama. Ingin dimanja dan didengari.
Tapi dia sendiri tahu, ibu ayahnya sayangkan Me. Tapi dia sahaja yang selalu salah dalam menilai.
*****************
Menangis pulak! Hahahaha. Congek!
Itulah sahaja cerita saya. Cerita ini taip on the go tau. So, sorry kalau ada typo ada salah apa-apa. Hehe.
Come come we sing lagu Happy Birthday to my loving daddy, Kamarudin Ibrahim yang ke 44 tahun. Muda kan? Dan handsome. My forever superman. My love, my strength and my motivator. May Allah ease every single deed in your life dad. Love you to the moon back to the Earth. xx
So, F's dad text me on whatsapp. And being so sweet, dia cakap saya anak dia! Waaaa. Jangan hairan, I often text to F's family members and that includes Ayah and Ibu F. They are all loving and caring towards me ever since I first come to their house. Mereka dah macam family saya sebab susah senang saya pun mereka ada. I just love them no matter what. Kuasa Allah kan, kalau takdir bukan untuk saya dan F sekalipun, they will still be my family. Part of me. Menangis ketawa saya pun saya selalu bersama mereka. Mereka pun menjaga saya seperti saya anak mereka. Bukan layanan sebagai anak menantu. Anak sendiri. Yang lebih nakal of course. Hehehe :')
So..
Gambar 1: My handsome daddy is wearing shirt that I bought at PDI. Actually I bought one for ayah F jugak. But different colour la. Shhhh.. Jangan gtau sapa-sapa :p
Gambar 2: In case awak awak tak percaya saya cakap ayah F text saya, tengok lah apa yang saya screen capture. :) (tengok la pukul apa kami texting kat conversation)
That is it. Hugs. Wait for my part 5 alright. Busy sangat. Esok ada klas ganti. Haihh....
2 comments:
anak kedua mmg slalu cmya. fhm gilak :) btw guduck in evrything you do .. redha mak bapak yang penting.. mmg kdg2 bila terpaksa mengikut kehendak mak bapak selalu sound they are selfish ..tapi kebiasaannya lepas ditolak bahagi darab pandangan mak bapak selalunya betul if not pun baik untuk anak2.. :) eyh2.. mencarut indah di belog orang..haha
haih. Senior kmk duhal. Nasib kmk stalk ktk balit tek. sine nemu blog tok kak? :)
Aok aok, tauk mek kak. Faham kmk. Thanks by the way. ktk pun good luck juak. Sik lamak gik mok posting juak ya. :))
Sik salah mencarut. bukan selalu pun nak :)
Post a Comment