Monday, October 14, 2013

Cerpen dari Hati: Kahwin Muda

Assalamualaikum and Hi! As promised earlier this day, I'll post about my own cerpen. Enjoy! *mihmihmih

Melihat si isteri yang sedang leka berdiri di beranda bilik mereka, timbul niat nakal Em nak naik bulu. Si isteri yang sedang membelakanginya dipeluk dari belakang. Ann yang sedang menutup matanya dibuai angin malam terus terkejut dengan rangkulan sang suami. Selepas itu dia tersenyum dan membawa kedua-dua tangan suami melekat pada perutnya.
“Cik adik nak tidur kat luar ni eh?” bisik si suami tepat di telinga Ann. Em memang sengaja berbuat begitu kerana dia tahu si isteri memang agak sensitif dengan bisikannya. Geli.
Ann berpaling menghadap Em. Melihat ke dalam mata si suami dan dia pasti cahaya yang dipancarkan di mata redup suaminya itu penuh dengan rasa cinta dan rindu. Dia memeluk tubuh Em dan membenamkan kepala di dada bidang suaminya.
“Jom masuk dalam sayang. Kat luar ni sejuk, nanti sayang kena flu.” Ajak Em kepada Ann yang baru leka dalam pelukan suami. Melihat Ann yang tidak memberi respon kepada ajakannya, Em terus mengangkat badan kecil isterinya masuk ke kedalam bilik mereka.
Malam itu, Ann berasa bahagia kerana tidurnya ditemani suami apatah lagi dimanja dengan kasih sayang.

Setelah menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama keluarga Em yang lain berimamkan Em sendiri pada pagi itu, Ann terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Adapun ibu Em yang bangun awal menyediakan sarapan, Ann tetap akan  ke dapur untuk membantu. Si suami, sejak beristeri beberapa bulan yang lalu, sentiasa mahu air tangan isteri sahaja yang masuk ke dalam mulutnya. Apabila Ann memberitahu, makanan di luar seperti di KFC dan Pizza Hut lagi sedap dari masakannya, senang saja mulut Em menjawab yang sejak 2 bulan yang lalu, tempat kegemarannya sewaktu hidup bujang dahulu tidak mempunyai makanan yang sedap. Hanya masakan Ann sahaja yang akan dimakannya walaupun Ann hanya menyediakan scramble egg. Agak melampau bagi Ann mendengar komen suaminya tapi dia pasti dia sangat bahagia.
“Anak ibu balik apartmen dengan Em eh harini? Taknak tidur sini lagi sehari dua ke?” Sapa ibu mertua Ann kepadanya pagi itu. Ann merupakan menantu kesayangan ibu Em sedari mereka baru kenal 6 tahun yang lampau lagi. Ibu tetap menganggap Ann sebagai anaknya kalaupun Ann bukan jodoh Em tapi Allah lebih mengetahui dan mengurniakan Ann sebagai menantu kedua dalam keluarga Em. Satu bonus barangkali!

“Ya bu, saya kenalah ikut suami bu. Nanti kalau boring masa abang kerja, Ann janji Ann akan lepak-lepak dengan ibu kat sini.” Bukan ibu mertuanya itu tidak ada anak perempuan tapi bagi ibu Em, Ann lah kawan, anak dan penghibur mereka. Ann yang manja dan Ann yang mesra dengan semua orang dan Ann yang ringan tulangnya nak membantu.
“Ada isi tak Ann? Ibu nak tambah bilangan cucu lagi. Tapi dari Em dan Ann la pulak kali ini. Masuk 2 bulan dah kan? Jangan nak merancang. Nanti dah tua, anak masih kecik-kecik.” Nasihat ibu mertuanya disambut dengan senyuman daripada Ann. Belum sempat Ann menjawab, si suami yang baru ke dapur menjawab bagi pihaknya.
“Sabarlah bu, bagi masa kami honeymoon lebih sikit. In sha Allah, ada lah cucu ibu bertambah nanti. Doakan untuk kami.” Kata Em yang berdiri di samping isteri yang sedang menggaul air milo khas untuk dirinya nanti. Sempat lagi Ann tersenyum dan pada masa yang sama, Em mencium dahi si isteri seperti biasa. Dia tidak pernah bosan menunjukkan kasih sayangnya di hadapan sesiapa sahaja.
Ibunya hanya mampu tersenyum melihat kenakalan anak lelakinya itu.

Pada petang itu, setelah pulang daripada bermalam di rumah mertua Ann, mereka berdua singgah di pusat membeli belah untuk membeli barangan dapur dan menambah aksesori apartmen baru mereka. Sejak mereka bertunang lagi, Em membeli apartment tersebut dan setelah mereka berkahwin, seminggu selepas bermalam di rumah emak Ann, mereka terus menetap di apartment itu. Bagi Em, biarlah mereka berdikari dalam membentuk rumahtangga mereka hingga mereka mendapat anak kelak. Em dan Ann juga tidak mahu mengambil pembantu rumah kerana mereka tidak mahu menanggung risiko yang bakal berlaku. Dengan gaji Em dan Ann, bukan setakat seorang pembantu rumah tetapi 3 orang pun mereka mampu tetapi mereka sama-sama takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ditambah pula dengan pelbagai kes dera kanak-kanak dan kes curi barang majikan. Mungkin tidak semua begitu tapi mereka juga takut golongan yang dalam kategori mendera dan mencuri ini adalah bakal pembantu mereka.
Sampai sahaja di rumah, sementara Em mandi, Ann menyusun barang-barang yang telah dibeli di dapur. Sempat lagi dia membaca novel baru yang dibeli di kedai buku MPH tadi. Pada mulanya Em tidak membenarkan isterinya membeli novel baru kerana dia tahu Ann seorang yang terlalu tegar membaca novel. Sehinggakan dia boleh terlupa memasak, dan tidak sedar hujan di luar rumah dan lupa untuk mengangkat pakaian yang dijemur kerana terlalu khusyuk membaca novel. Sudahnya, Em yang baru balik dari kerja terkocoh-kocoh mengangkat pakaian yang sudah basah. Diingatkan si isteri sedang tidur, rupa-rupanya angau membaca novel. Bukan sejak mereka berkahwin perangai Ann begitu, tapi dari mula mereka kenal dulu, Em memang tahu akan hobi dan minat Ann yang boleh membaca novel sampai lupa dunia. Kerana sayang pada si isteri dan penangan sikap manja dna pandai memujuk isteri, dia akur. Tapi, tidak keterlaluan untuk dia mengawal si isteri agar tidak terlalu mengabaikan tanggungjawab apatah lagi setelah menjadi suri hatinya selama 2 bulan sehingga ke hari itu.
Em yang sudah lengkap berseluar pendek dan berbaju jersey Barcelona keluar dari bilik hanya mampu menggeleng melihat perangai si isteri yang sudah landing di atas karpet tebal bewarna merah di ruang tamu rumah sedang khusyuk membaca novel yang baru dibeli. Nasib baiklah si isteri sudah selesai mengemas barang-barang yang dibeli tadi. Kalau tidak, mahu jenuh dia menyambung kerja si isteri.
Baru dua langkah kaki yang diatur untuk menuju ke isterinya, Em rasa kurang selesa. Tiba-tiba tekaknya sakit, perutnya yang baru diisi spaghetti buatan isteri pagi tadi, minta dimuntahkan segera. Terus Em berlari kearah tandas dan memuntahkan segala isi perut nya. Ann terpinga-pinga melihat suami yang telah hilang berlari menuju ke tandas. Lantas dia mendapatkan suami yang masih lagi gigih memuntahkan segala isi makanan didalam perutnya. Belakang suami ditepuknya perlahan namun beberapa saat kemudian, dia menyertai misi memuntahkan segala isi perut bersama-sama suaminya. Akhirnya kedua-dua suami isteri tersebut muntah bersama.
10 minit kemudian, kedua-dua mereka sama-sama berbaring di atas katil. Melihat isteri yang menangis menahan kesakitan di ulu hati selepas muntah bersamanya tadi, Em jatuh kasihan. Rasa sakit dan pening diri sendiri ditolak ke tepi. Tubuh isteri dipeluk sambil tangannya mengusap dada Ann.
“Sakit..” itu sahaja ayat yang menyentuh hati lelaki Em sehingga membuat dia rasa ingin mengambil sakit yang dialami oleh si isteri untuk dirinya sahaja. Kombo pun kombolah sakit yang ditanggungnya dengan sakit si isteri, asalkan si isteri tidak terseksa, dia bahagia. Suami mithali katakan.
Setelah melihat si isteri sudah nyenyak tidur berbantalkan pahanya, cepat sahaja tangan Em mengambil telefon bimbitnya di tepi katil .Nombor telefon ibu segera didailnya. Dia tiada pilihan lain selain menelefon ibunya untuk datang ke rumah. Kalau emak Ann ada dekat memang mak mertuanya itu sekali dia tapau suruh datang ke apartment mereka. Dia memerlukan khidmat ibunya untuk hari ini sahaja bermalam di rumah dan memasak untuk mereka berdua. Anak bertuah pun anak bertuahlah. Melihat diri sendiri sudah tidak bermaya selepas muntah dengan teruk tadi, apatah lagi si isteri yang orangnya kecil molek itu. Sementara menunggu ibunya datang, dia mengalihkan badan si isteri ke posisi yang betul. Sempat lagi dia baring mengiring dan melihat wajah polos isterinya yang kelihatan lemah. Sesekali tangannya menguak anak rambut yang menutup muka Ann. Sempat dia berfikir, apa yang mereka berdua makan sampai mereka muntah dengan teruk sekali. Takkan lah spaghetti, sebab adik beradiknya, anak buahnya, ibu ayahnya pun makan benda yang sama.

Setelah kena bebel dengan ibu Em, barulah Ann bersetuju untuk pergi ke klinik bersama Em. Ibu mertuanya itu berasa pelik dengan situasi mereka suami isteri. Padahal makanan yang mereka makan sama sahaja, kenapa pula hanya mereka berdua yang muntah. Termasuk hari itu, sudah seminggu rutin mereka berdua muntah sahaja. Ingatkan, bermalam di rumah ibu Em, masalah itu tiada lagi tetapi sama sahaja. Oleh sebab itulah, ibu Em mendesak mereka berdua untuk membuat pemeriksaan bersama-sama.
Namun, jauh di sudut hati ibu mertua Ann menyatakan bahawa Ann mengandung. Muntah yang dialami oleh anak menantunya itu adalah pembawakan. Tetapi, dia bukan doctor untuk mengesahkan sesuatu yang masih lagi belum pasti, dan kerana itulah dia mendesak Ann yang sememangnya tidak suka ke klinik apabila sakit itu pergi membuat pemeriksaan bersama suaminya.

Perasaan bersyukur dan gembira kedua-dua suami isteri tersebut tidak dapat disembunyikan lagi sebaik sahaja mengetahui si isteri mengandung 3 minggu daripada Doktor Azri. Tanpa segan silu, si suami mencium isterinya di depan Dr Azri. Malunya isteri dilakukan sebegitu di depan doctor yang dulunya senior si isteri semasa di sekolah. Pada Em, Ann itu isteri dia yang halal, telah menghadiahkannya benih di dalam Rahim, maka tidak salah untuk dia mencium si isteri sebagai tanda terima kasih. Berita gembira itu turut disampaikan dengan seluruh keluarga mereka.
Bermula pada hari itu, Em menggunakan kuasa vetonya untuk mengawal dan memantau pergerakan isterinya. Bagi dia, tanggungjawab dia turut bertambah ke atas bayi yang berada dalam kandungan isterinya. Nyawa dia adalah nyawa isteri dan bayi di dalam kandungan isteri tercinta.     

Sudah 6 bulan kandungan Ann dan selama itulah Em langsung tidak membenarkan Ann melakukan aktiviti berat malahan urusan mengemas rumah, memasak dan menyediakan pakaian kerja mereka diambil alih oleh Em sendiri. Ann dilayan bagaikan puteri dan Ann tahu, suaminya melayan dia sebegitu, kerana ini merupakan pengalaman pertama sebelum menjadi seorang Daddy kepada anak mereka nanti.
“Rajin nya abang sayang buat cekodok hari ni? Resepi baru belajar dari mana ni?” sapa Ann ketika melihat si suami yang sibuk menggoreng cekodok pada awal pagi hujung minggu begitu. Tangannya memeluk badan suami dari belakang yang kelihatan seksi memakai apron dan sedang menunjukkan bakat terpendam membuat cekodok di dapur.
“Demi isteri tercinta, sanggup call ibu dengan mak sekali Tanya macam mana nak buat cekodok. Maklumlah buah hati mengidam.” Sempat lagi Em mengenyit matanya.
“Mengada betul abang ni. Nampak betul tak ikhlas, tapi tak heranlah kalau abang tak ikhlas, Ann tetap nak makan sebab baby merajuk daddy tak bagi mummy makan cekodok semalam.” Selepas berkata sebegitu, Ann mengambil pinggan yang penuh berisi cekodok dan membawanya ke ruang tamu rumah.
Dari ruang tamu lagi dia dapat mendengar suaminya ketawa dengan kata-katanya sebentar tadi. Bukan tak bagi makan, tapi penat dia perpusing satu Bandar, cekodok semua dah habis. Padahal jam baru pukul 5 petang. Sudahnya, dia terpaksa belajar daripada Abang Google dan ibu serta emak mertuanya sekali pada pagi tadi. Bunyi pesanan ringkas telefon bimbit suaminya membuatkan dia berhenti makan sebentar. Tangannya yang masih berminyak segera bibasuh di singki, dan segera mengambil telefon suami. Pantas sahaja tanggannya membuka pesanan ringkas yang diterima.
Fiza?
Awak, hari ini jadi tak plan kita?
Awak? Plan? Ann menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa Fiza ini sebenarnya? Skandal Encik Suami dia ke? Setahu dia sendiri, Em tidak ada rakan atau, pekaerja bernama Fiza. Hatinya segera memikirkan sebarang kebarangkalian antara Fiza dan Em. Apa yang pasti, dia tidak mahu si suami membaca mesej dari Fiza. Dia mahu suaminya menemani dia pergi ke rumah ibu kerana dia teringin hendak makan laksa pulau pinang air tangan mertuanya yang diakui sangat dan lebih sedap dari semua laksa pulau pinang yang dibuat oleh sesiapa sahaja walaupun chef terkenal. Itulah kata Ann kepada suaminya satu masa dulu. Mesej pesanan ringkas itu segera di-delete.
Suami yang masuk ke ruang tamu membawa 2 gelas milo panas dipandangnya kosong. Ingin marah, dia belum bertanya. Mood kedua-duanya elok sahaja pagi ini tapi kalau mendengar si Ann merajuk dan melenting, boleh hilang mood sebulan.
“Abang sayang Ann tak?” Tanya Ann kepada suaminya yang baru duduk di tepinya.
“Gila tak sayang. Sayanglah cinta pertama dan terakhir abang.” Sempat lagi si suami mengenyit kedua-dua belah matanya. Dia tahu, Ann sangat suka diperlakukan begitu. Ann sengih.
“Kalau macam tu kita pergi rumah ibu nak? Ann dah bagitahu ibu semalam yang baby nak makan laksa Penang. Tengah hari ini kita pergi ya bang?” pinta Ann bersungguh-sungguh. Soal mesej Fiza ditolak ke tepi.
“Baby ke mummy yang nak makan laksa ni? Macam mummy pulak yang nak makan. Ingat abang tak tahu?” kata Em sambil mengusap perut si isteri yang sudah Nampak membukit.
“Tak kisahlah baby ke mummy baby ke daddy baby ke nak makan. Tapi abang kena bawak Ann pergi rumah ibu okay?” Ann masih mendesak.
“Baik tuan puteri. Tapi kita pergi lambat sikit tau, abang kena keluar lepas ni. Abang ada hal penting.”
“Hal apa pulak? Alaa, lepas kita makan di rumah ibu abang pergilah keluar. Ann tak sabar nak makan dah ni. Baru sekarang Ann mengidam nak makan banyak benda bang, abang kenalah tolong Ann”
“Bukan taknak tolonglah sayang. Kita tetap pergi, tapi lambat sikit. Kejap je abang keluar.”
Ann kehilangan kata. Suapan cekodok yang tadinya Nampak agak gelojoh bertukar rentak. Terbantut niatnya untuk menghabiskan cekodok air tangan Em. Em tidak perasan akan perubahan air muka si isteri. Sangkanya Ann sudah kenyang.

Sebaik sahaja suaminya hilang di muka pintu, air mata Ann mudah sahaja keluar. Dia terasa dengan sikap Em. Sangkanya Em akan setuju dengan cadangannya tapi Em tetap ingin menyelesaikan hal pentingnya mungkin bersama Fiza. Tinggallah dia keseorangan di apartment mereka. Alahai suami, tidakkah kau tahu bahawa isterimu yang sedang mengandung itu mahukan perhatianmu sahaja. Baru hari ini, Em buat perangai dah buat Ann menangis. Itupun bukannya Em tak mahu pergi rumah ibunya, Cuma agak lambat sebab dia perlu menguruskan hal penting.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari dan ini bermaksud 2 jam sudah si suami keluar. Perutnya kian lapar menunggu suami yang tidak menunjukkan tanda akan balik. Bunyi pesanan ringkas di telefonnya membuatkan Ann terus berjalan ke meja solek. Pasti Em yang menghantar dan menyuruhnya menunggu di lobi bersama Pak Mat, pengawal keselamatan di kawasan apartment mereka, telahnya.
Yangg, bear with me. Hal abang belum settle lagi. Promise paling lambat pun pukul 2 kita pergi rumah ibu. Love you my one and only sayangg.
What? Pukul 2? Perut Ann sudah pedih walaupun baru 2 jam menunggu dan sekarang Encik Suami kata paling lambat pukul 2? Apa sebenarnya yang penting daripada dirinya yang mengidam hendak makan laksa Pulau Pinang ibu mertuanya, Ann pun tidak tahu. Otaknya ligat berfikir apa yang penting sangat antara suaminya dan Fiza. Marahnya mula datang, Nampaknya Em tidak faham.
Then, let me drive by myself. I’m dreadfully hungry and mengidam Em. Awak senang-senang suruh saya tunggu. Sampai pukul 2 pulak tu. Awak buat apa sampai lama sangat? Dating dengan skandal baru? Saya tahu saya dah gemuk, tak cantik lagi dah pada mata awak. Perut besar pulak tu. Apa-apa hal nanti, awak bagitahu ibu. Saya taknak jawab kalau family awak Tanya kenapa saya datang sorang dan drive sendiri.
Degil. Itulah sikap Ann yang sudah sebati dalam dirinya. Tudung Syria yang bergantung bersama koleksi tudungnya yang lain di tepi almari dicapai. Sungguh simple, gaun mengandung bewarna pink dan tudung bewarna pink putih. Kunci Honda Accord dicapainya. Geram, marah dan sedih bertukar menjadi satu. Em tidak merasa apa yang dia rasa sekarang. Soal dirinya yang tidak dibenarkan memandu ke tempat kerja sejak disahkan mengandung ditolak ke tepi. Dia bosan menunggu di rumah tanpa berbuat apa-apa. Kecil hati dengan sikap suami yang enggan menghantarnya terlebih dahulu sebelum berurusan di luar tadi. Hujung minggu pun sibuk, marah Ann. Tak sibuk pun buat-buat sibuk dengan si Fiza.
Em terkedu membaca mesej pesanan ringkas daripada isteri tercinta. Dia tertanya-tanya, bagaimana Ann tahu dia perlu menguruskan hal bersama Fiza. Tidakkah si isteri tahu bahawa si Fiza itu adalah pekerja Ash yang baru. Dia terpaksa menggantikan Ash untuk menguruskan hal di tempat kerja yang mahu diselesaikan dengan segera kerana ini melibatkan kes makan wang syarikat dia yang baru sahaja berkembang. Mengingatkan keadaan si isteri yang sedang mengandung, serta kedegilan isteri yang mampu membuat apa-apa sahaja sekiranya marah, soal kerja ditolak ke tepi.
“Fiza, saya ada urusan yang tak dapat dielakkan. Shall we stop now?” pinta Em. Dadanya mula berdebar mengenangkan sikap si isteri yang semakin hari semakin sensitif. Dalam hatinya berdoa agar si isteri tak buat perangai. Dia mula memarahi dirinya kerana meninggalkan isterinya di rumah menunggu dia.
“Sure! Lagipun saya rasa dah settle dah ni. Tinggal nak refer dengan Ash tentang laporan kewangan lagi ni. Apa-apa nanti saya SMS awak.”
“Kalau macam tu, saya balik dulu. Sorry ganggu weekend awak. Bye!” Pantas sahaja kakinya berjalan menuju ke Harrier hitam yang terletak di hujung restoran.

Loceng di apartment Em dan Ann ditekan oleh Puan Za berkali-kali. Sudah dua kali dia mendail nombor telefon Ann tapi tak berjawab. Seingat dia tadi, Em memang keluar sebab ada urusan kerja jadi hendak menelefon Em pun bukannya dapat membuka pintu. Dah memang sah Em tiada di rumah. Dia tahu anak menantunya akan ke rumah tapi mengenangkan menantu yang mengidam lambat datang ke rumah, dia segera meminta abang Em menghantarnya ke apartment Em. Apabila nalurinya mula rasa kurang enak kerana Ann tidak mengangkat telefon yang didail, dia mula menghantar mesej ke nombor Ann.
Salam Ann, Ann kat mana ni sayang? Bukak pintu ni, ibu kat luar. Ibu bawak laksa penang sekali ni.
Ann berasa sangat kekok memandu dalam keadaan trafik yang masih lagi sibuk.  Setelah 6 bulan tidak memandu, dia rasa bagai orang yang baru lulus memandu sahaja. Telefon yang berbunyi menandakan ada pesanan masuk, segera dicapai. Dia ingatkan dari suaminya, rupa-rupanya daripada ibu mertuanya. Apabila dia hendak menelefon ibu mertuanya, secara tidak sengaja dia menekan pedal minyak agak kuat dan menyebabkan kereta yang dipandu tiba-tiba bergerak laju dan melanggar kereta di depan.
“Ya Allah!”


“Ibu, ibu buat apa depan pintu?” sapa Em sebaik sahaja melihat ibunya terjegat di hadapan pintu apartmentnya.
“Ibu tengah tunggu Ann..” belum habis lagi ibunya menjawab, telefon Em berbunyi.
“Helo, waalaikumsalam. Ya saya suami dia. Kenapa?.. Ya Allah! Baik, saya ke sana sekarang” Puan Za terpinga-pinga melihat Em yang kelihatan terkejut dan berubah riak.
“Kenapa Em?”
“Bu, ibu ikut Em sekarang. Kita pergi ke hospital. Ann accident bu!”
“Astagfirullahalazim. Kenapa ni” Tanya Puan Za yang ikut sama terkejut. Em tidak mampu berfikir dan menjawab lagi. Tangan ibunya terus ditarik menuju ke lif dengan segera. Isterinya lebih penting daripada nyawanya. Itu sahaja yang dia mampu  fikir.

Setelah sampai di hospital, Em dan ibunya segera ke bahagian Rawatan Pesakit Luar. Melilau matanya mencari si isteri.
“Abang..”
Keluar air mata lelakinya melihat isterinya yang sedang berbaring dengan wajah yang pucat serta dahinya bertampal dengan plaster. Tubuh kecil isterinya dipeluk kemas, lama. Kemudian dahi dan pipi Ann dicium berkali-kali.
“Abang mintak maaf sayang. Abang lambat ambik Ann tadi. Sayang, jangan buat abang macam ni sayang. Abang takut. Sayang nyawa abang, dan anak kita pun nyawa abang.” Tangannya mengusap perut si isteri.
“Em?” tegur Dr Azri dari belakang. Em segera menoleh ke arah Dr Azri di belakangnya.
“Nasib baik duty aku hari ni. Kau memang apalah kan! Bini biar drive dalam keadaan pregnant anak pertama. Nasib baik kandungan bini kau tak apa-apa. Cuma ada pendarahan sikit tadi sebab teruk jugak impact langgar kereta then immediate brake. Memanglah mengejut dan menghentak badan bro. kau pro bab ini, menang tahu kana pa maksud aku.”
“silap aku. Aku keluar tadi kejap, pastu bini aku nak makan laksa. Betul ke tak ada apa-apa bini aku dan kandungan dia?” Tanya Em untuk kepastian sekali lagi kepada Dr Azri.
“Lain kali jangan buat lagi. It’s not good for Ann and the baby as well. Bahaya dan boleh memudaratkan baby tu. Silap-silap dia bersalin tak cukup bulan. Tak pun keguguran Em. Ini betul aku cakap. Tapi, nasib Ann baik sebab tak teruk sangat berlanggar tadi. Kau boleh bawak bini kau balik lepas ni. Tapi jangan lupa suruh dia rehat, makan ubat.” Kata Dr Azri sambil menepuk bahu Em. Dia segera meminta diri kerana ada pesakit lain sedang menunggu untuk diperiksa.
“Ibu, Ann nak makan laksa bu. Sebab tu Ann drive sendiri tadi. Sekarang tak pasti lagi dapat ke tak makan sebab tak tahu doctor bagi ke tak makan. Dahlah kena makan ubat pulak.” Rajuk Ann apabila ibu mertuanya datang memeluk Ann.
“Takpe. Nanti ibu buat lagi. Sekarang janji dengan ibu, Ann kena rehat puas-puas dulu sampai baby dengan mak baby ni sihat dan aktif macam selalu.”
Em hanya memandang Ann dengan persaan serba salah. Kesian Ann.
“Abang, kereta Ann macam mana?” sempat Ann menyoal ketika mereka dalam perjalanan ke rumah. Mahu sahaja Ann menempek suaminya tetapi menenangkan ibu mertuanya ada bersama, dia mempamerkan riak bersahaja kepada suami. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh Em kepadanya hari ini.
“Abang dah suruh kawan abang settle kan tadi. Buat masa ni kereta kena masuk bengkel sebab bahagian depan agak teruk” jawapan daripada Em dibiarkan sepi oleh Ann. Kalau boleh dia memang tidak mahu bercakap dengan Em tapi mengenangkan hal yang satu itu, dipaksa juga dirinya bertanya dengan Em.

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Selepas ibunya balik diambil oleh abang sebentar tadi, Em terus membersihkan dirinya. Em masih ingat lagi segala pesanan ibunya serta bebelan ibunya kerana kecuaian dia pada hari ini. Ann pula dilihatnya tidur selepas makan bersama ibunya. Dia tahu, Ann marah dengan dia. Dalam kepala ligat berfikir cara untuk memujuk Ann nanti.
Sebaik sahaja keluar daripada bilik mandi bilik mereka, kelibat Ann tiada di bilik. Padahal baru beberapa minit lepas Ann nyenyak tidur di katil. Takkan lah Ann mengigau dan berjalan dalam tidur. Ann memang bukan jenis yang mengigau setahu dia. Pantas sahaja dia keluar dari bilik mencari si isteri walaupun dia tahu dia masih lagi berbalut tuala selepas mandi.
Ann baru sahaja membaringkan dirinya di sofa panjang di ruang tamu melihat si suami keluar dari bilik mandi. Tahulah badan berketak-ketak, tapi tak payah lah nak show off bertuala. Baju pun tak pakai. Walaupun dia berhak melihat semua itu tapi buat masa itu, dia rasa malas dan marah dengan Em. Mukanya ditutup dengan comforter yang telah membalut tubuhnya.
“Sayang, kenapa tidur kat sini. Masuk bilik jom.” Ajak Em sambil menarik tangan si isteri. Namun, Ann menepis tangan Em dengan kasar.
“Kenapa ni sayang? Okay abang mintak maaf. Esok abang suruh ibu masak laksa penang lagi sekali untuk sayang.” Tangan Em menarik comforter yang menutup muka Ann. Rambut si isteri dibelai dan dikucup. Ann buat tidak endah dan menolak tangan Em sekali lagi.
“Sayangg.. taknak tidur dengan abang ke malam ni.”
“Tak payah nak sayang saya lah Em. Bukan tadi awak busy ke? Ada hal penting. Buat lah hal awak tu. Hal penting tu lebih penting daripada saya dan anak awak dalam perut saya ni. Buat apa nak tidur dengan saya. Saya ni macam menyusahkan awak pulak dah. Biar saya tidur sendiri di sini, awak tidurlah dalam bilik tu. Jangan ganggu saya.”
“Sayang, tak baik macam ni. Siapa nak jadi bantal peluk abang malam ni. Kalau sayang takut nak pergi toilet nanti macam mana?” Em masih lagi berusaha memujuk Ann dengan membawa badan Ann ke badannya, tetapi Ann menolak Em dengan kasar.
“Awak ni kenapa Em? Saya cakap jangan ganggu saya janganlah! Pergilah buat hal dengan Fiza tu. Buat bini awak kan? Saya tahu awak memang ada skandal sebab saya ni gemuk, perut besar..” kata Ann yang telah berendam dengan air mata. Em terkejut mendengar kata-kata isterinya.
“Ya Allah sayang. Macam mana sayang tahu tentang Fiza ni? Fiza tu pekerja Ash la sayang. Kalau tak percaya sayang cakap sendiri dengan Ash. Biar abang call dia” kata Em sambil berjalan dengan pantas mengambil telefon di bilik.
“Tak payah nak call lah Em. Entah-entah awak berdua sama pakat nak curang dengan bini masing-masing.”laung Ann. Em tidak jadi menelefon Ash dan segera ke ruang tamu semula.
“Sayang, ya Allah percayalah cakap abang.”
“Plastik, awak plastic Em. Saya benci awak. Awak layan saya pun kerana baby dalam perut saya ni kan?” tangis Ann. Ah sudah, melalut pulak si isteri. Segera Em memeluk si isteri yang menangis. Boleh tahan sakit dadanya kena tumbuk isteri yang sedang menangis dalam pelukannya.
Seketika kemudian, Ann menolak Em dan segera masuk ke dalam bilik pakaian di sebelah bilik mereka. Luggage di bahagian tepi almari diambilnya. Cepat sahaja tangan nya mengambil pakaian di dalam almari. Em yang melihat perlakuan si isteri yang lagaknya ingin keluar dari rumah terus menerpa ke arah Ann.
“Apa ni sayang. Awak isteri saya sampai bila-bila. Hanya sayang kat hati abang, isteri abang. Abang tak perlukan lagi 3 kuota tu, cukup sayang dan anak-anak abang yang akan datang. Sumpah sayang, Fiza pekerja Ash. Dia terpaksa gantikan tempat Ash masa settlekan hal office tadi. Dia tu dah ada suami sayang. Baru kahwin bulan lepas. Abang tak perlukan sapa-sapa lagi dah. Hati abang dah tertulis nama sayang sorang.” Tubuh si isteri dipeluk seeratnya.
“Lepaslah! Awak benarkan saya keluar dari rumah ini untuk sehari dua. Saya penat dan perlukan rehat.” Pinta Ann dalam nada yang lemah. Dia tidak mampu mendengar penjelasan daripada suaminya setelah apa yang berlaku awal petang tadi.
“Sayang, abang ada untuk jaga sayang. Kenapa nak keluar rumah pulak. Sayang kena rehat, abang yang kena jaga sayang. Kalau sayang nak pergi mana-mana biarlah abang ada sekali. Itu pun lepas sayang sembuh dan bersalin baru kita boleh pergi ke mana-mana saja sayang nak.”
“Abang bohong.. abang..” belum habis Ann berkata, dia merasakan tubuhnya melayang didukung si suami. Dia mula terjerit-jerit dan meronta minta dilepaskan.
“Sayang jerit-jerit macam ni boleh terbukak tuala abang. Abang belum sempat pakai apa-apa lagi ni. Kalau sayang meronta macam ni, sayang akan tanggung akibat kalau tuala abang terlepas. Kalau sayang diam, in sha Allah sayang akan selamat sampai ke bilik kita.”Ugut Em. Sudahnya Ann terpaksa beralah dan merelakan si suami mencempung tubuhnya masuk ke dalam bilik. Berjaya, detik hati Em!

Pada mulanya, Ann enggan tidur bersama Em, tapi kelembutan Em memujuk Ann membuatkan dia mula sejuk sedikit.
“Abang, abang nak kahwin dengan Fiza ke?” Tanya Ann tiba-tiba, ketika Em baru sahaja hendak menyambung kerja mengemas kertas-kertas lukisan kejuruteraan di atas meja kerja di bilik mereka. Em segera menoleh dan menghampiri katil mereka. Dia segera duduk menghadap si isteri yang sudah mula duduk berlunjur.
“Sayang, kan tadi abang dah cakap Fiza tu isteri orang dah. Abang tak perlukan Fiza atau sesiapa pun sebab cukup bagi abang ada sayang sorang. Sayang, abang taknak sayang ragui cinta dan kasih sayang abang. Sayang tengoklah, sejauh kita berkayuh, 6 tahun sayang, sayang masih nak ragui keikhlasan hati abang?” Jelas Em sambil mengusap wajah si isteri.
“Abang, maafkan Ann. Ann tak patut bersangka buruk dengna abang. Ann cakap macam tu bukan sebab Ann cemburu tapi lebih kepada marah dan merajuk sebab abang buat tak acuh dengan keinginan Ann pagi tadi. Sampailah Ann sendiri kena drive dan akhirnya dapat tanda ni.” Kata Ann sambil menunjukkan tampalan pada dahinya.
“Tak sayang, sayang tah salah. Abang yang salah sebab abang boleh terlepas pandang hal-hal macam ni. Abang berasa berdosa sangat sebab dah bahayakan nyawa insan yang abang sayang.”
“Tulaa, patutnya Ann masih marah abang, sebab hampir bahayakan kandungan ni. Abang kena tebus salah abang dengan tidur kat beranda malam ni.” Gurau Ann sambil ketawa.
“Boleh abang tidur luar, tapi sayang berani tak nak pergi toilet sorang-sorang? Sayang tak takut ke abang kena culik?”
“Takda maknanya orang nak culik abang. Kita ni kat tingkat 8 abang. Siapa nak panjat beranda tingkat 8 semata-mata nak angkut abang. Okaylah, abang tidur dalam bilik tapi kat bawah.” Usai Ann memberitahu, Em terus memeluk Ann sehinga dia berasa rimas. Malam itu Ann tidur dalam pelukan si suami walaupun tidur nakalnya itu kadang-kadang menggangu lena si suami tapi Em bersyukur kerana malam itu adalah penutup bagi hari mereka yang penuh dengan cabaran.

EPILOG
Ann membetulkan tudung di kepala sambil tersenyum ke arah Faheen Diandra di dalam stroller. Sesekali dia mengagah anaknya yang berusia 5 bulan itu sambil mata melilau di dalam restoran Coffee Bean. Mereka masih menunggu Em yang berbincang dengan Ash di meja lain. Tidak mahu tangisan Faheen menggangu perbincangan si suami dengan rakan rapatnya menyebabkan Ann duduk di tempat lain yang agak tersorok supaya mudah untuk dia menyusukan Faheen tanpa penglihatan orang lain.
“Hi mummy muda! Hi Diandra yang uncle sayang!” Sapa Ash setelah habis perbincangan dengan Em. Sapaan Ash disambut dengan senyuman daripada Ann.
“Hi Ash. Awak bila lagi nak tambah ahli baru? Takda isi ke bini awak?”
“Anak  saya dah cukup kuota. 4 orang Ann. Awak dengan Em yang patut tambah lagi lepas ni. Saya dah cukup dah.” Kata Ash mesra.
“Kau tak payah cakap lah Ash. Aku tahu lah misi aku lepas ni”usik Em pula disambut oleh Ann dan Ash dengan ketawa.
“Baiklah, aku nak tengok sejauh mana kebenaran kata kau ni. Eh, aku balik dulu. Dah janji nak bawak budak-budak jalan dengna bini aku sekali. Apa-apa hal roger aku tau. Bye Diandra uncle.” Usai mencium Faheen, Ash meminta diri untuk balik ke rumah.
“Abang memang pandai berkata-kata kan. Menabur janji kat Ash cakap ada misi lah lepas ni. Banyak lah abang punya misi.” Kata Ann sambil menepuk belakang Faheen yang merengek apabila diangkat oleh Em daripada stroller.
“Eh, abang cakap betul apa. Nanti lah abang buktikan. 1 team bola pun abang mampu lah” sakat Em. Ann terus menampar lengan suaminya dan disambut dengan tawa Em.
Selesai makan bersama Ann, Em membawa anak dan isterinya pergi membeli belah. Setelah itu mereka singgah di rumah nenek Faheen yang datang dari kampung ke rumah kakak Ann. Nenek rindu dengan cucu sehingga sanggup datang dari kampung. Haruslah Ann dan Em gembira dan bersyukur.

Sejak kelahiran puteri sulung mereka, Faheen Diandra 5 bulan yang lepas, mak mertua Em rajin ke Bandar bersama bapa mertuanya sekali. Sekali sekala mereka akan ke kampung untuk membawa Faheen mengenali keluarga sebelah mummy nya. Mereka mahu membiasakan Faheen mengenali kedua-dua belah keluarga supaya tidak da pihak yang ditinggalkan. Biarlah kasih sayang sama dibahagi kerana itu yang penting. Doa mereka agar mereka kekal bahagia dan mampu mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang berguna pada masa hadapan yang penuh dengan ilmu dan agama di dada.

p/s: Thanks sebab setia baca sampai lah ke sini. Just like what I've mentioned in my previous post, pardon my poyo-ness and the language used also might so-so sebab I have no idea with flowery languages. Sorry. Do drop your comment here babes and some feedbacks perhaps. Your comments might motivate me. Till then, Assalamualaikum and Salam Aidil Adha :)

11 comments:

Anonymous said...

boleh lah..keep it up..:p

Anonymous said...

Apesal mengade sgt perempuan tu.. Org lain mengandung jgk.. Tp tkdelah pemalas mcm tu skali.. Haha oklah ...thanks btw

Anonymous said...

biar lah nk manja dgn suami apa salahnya

Fateen Kamarudin said...

Salam and Hi sume. Thanks sebab drop by, baca and comment. Saya terima sebarang komen positif or negatif daripada semua. Bagi saya, itu pandangan masing2. Saya hanya menulis dari pandangan saya dan yang baik tu saya hargai sangat, yang tak dapat nak terima or tak suka dengan mana2 part saya tulis, saya tak ambik ati. Saya baru nak belajar menulis benda macam ni. Thanks tau! Komen je, saya sudi baca and terima :) xx

Fateen Kamarudin said...

Salam and Hi sume. Thanks sebab drop by, baca and comment. Saya terima sebarang komen positif or negatif daripada semua. Bagi saya, itu pandangan masing2. Saya hanya menulis dari pandangan saya dan yang baik tu saya hargai sangat, yang tak dapat nak terima or tak suka dengan mana2 part saya tulis, saya tak ambik ati. Saya baru nak belajar menulis benda macam ni. Thanks tau! Komen je, saya sudi baca and terima :) xx

Anonymous said...

I can see the future . Hikhik , suka baca bila character nya sama mcm bakal husb sy . Harap character dia takkan berubah selepas nikah . InshaaAllah

Fateen Kamarudin said...

Hi, wow! its good to hear that..and i'm glad that character yang saya create rupenye ada dalam reality. In sha Allah akan kekal. Kalau kawen jemput saya tau! Nak tengok your lucky hubsy and the luckiest you. :)

Anonymous said...

Hi ! Simple but nice kak ! like it :D

Anonymous said...

So sweet..hpe my futre hsbnd mcm 2..

Unknown said...

Mesti charming kan kalau husband dalam cite ni reality >_< . Hahahaah. In my dream je lah ^_^

Anonymous said...

agak bosan but nice perlu tambah lagi part2 yg menarik .. well done :D