Tuesday, October 22, 2013

Realiti hidup yang memeritkan tapi akhirnya membuatkan kita syukur..

Assalamualaikum and Hi! 

Dalam hidup kita ni kan, kita selalu diberi pilihan. Life is about choices after all. Everything. What more to say, by the time you have to make decision in your life, that is the hardest choice that you have to cope with. In this post, I'm not asking you to debate on this matter. This is just my opinion. Basically, my decision in life. 

I'm a product of MARA. Anak MARA? Have you ever heard about that? In other word, bekas pelajar MRSM. I'm proud of that? No, absolutely no. Don't get me wrong. I'm not blaming my previous school but I'm blaming myself. 

The reality that I know, once you are studying in MRSM, people are expecting you to work as a doctor, engineer, students with actuarial science qualification, law, architecture etc. A teacher? Maybe not in the list of expectation. Apa orang kita cakap sekarang ni adalah, cikgu semua orang mampu jadi. Even budak sekolah biasa. Apa adventure kau belajar kat sekolah up up pastu jadi cikgu sama macam budak sekolah lain. I'm sorry, saya tak merendahkan darjat mana-mana pihak tapi what I'm saying here is based on the reality of people nowadays.Even saya sendiri pernah dengar orang cakap macam tu. Apa nak dibahaskan lagi. Bukan nak mereka cerita makcik ni cakap ni pakcik tu cakap tu. No, not at all! And yeah, you can agree and disagree with this statement. Like what I've said earlier, life is about choices. Your choice is to agree or disagree.

Masa sekolah ada dengar my close friend cakap, dia cakap dengan mak dia yang dia taknak jadi cikgu even mak dia suruh and cakap cikgu senang lagi banyak cuti, belajar terus kompem jadi cikgu. (dulu yes, sekarang tak). Then, dia cakap, buat apa sekolah kat MRSM tapi last-last masuk maktab. Masuk U lah mak! Orang nak jadi akauntan.  - Begitulah cerita nyaaa.


Tapi tulah kan, mulut orang kita tak ada kuasa nak staple or salotape suruh dorang duduk diam-diam daripada judging kita. Alaa, typical lah manusia. Mana boleh duduk diam, mesti ada cerita baru. Zarah kat hujung dunia mereka nampak, yang dinosaur depan mata tak nampak pulak. Rabun mungkin.

Orang tak tahu, saya ambik course TESL ni sebab restu saya ke arah bidang pendidikan ini. Mana tahu, satu hari nanti, cucu makcik jadi students saya. Kan? Nampak tak yang makcik seolah-olah main dengan ludah makcik sendiri? In sha Allah, saya nanti kalau jadi cikgu sekalipun, saya tak ada lah nak simpan dendam kesumat saya sekarang ni and balas berbelas tahun kemudian dengan orang yang tak bersalah iaitu cucu makcik. Level saya taklah sama denagan anak cucu makcik tapi in sha Allah, rezeki saya carik halal. 

Tahu tak, walaupun saya full-time student yang ambik course Cikgu English, tapi saya ada matlamat. Saya ada impian yang saya tengah usaha nak capai sekeras-kerasnya. Impian nak jadi doktor dah lama terkubur so takda dalam list lagi dah. walaupun nanti in sha Allah saya akan jadi cikgu, saya jugak nak jadi writer. Tak kisahlah writer article yang cakap pasal random stuff or writer yang macam awak dah tahu- menulis cerita lovey dovey yang berhingusan. Saya terima pujian, saya terima kritikan. Itu pilihan saya sebab saya nak capai impian saya yang satu ni. 

Saya memang chromosome kuat belah Mak. So, saya ada satu minat yang sama dengan Mak, selain masak. Kami minat business. Even my sister pun dah buat business kecik-kecik. Mak memang ada buat business kecik-kecik jugak. Well, pengorbanan orang tua untuk anak-anak. Impian saya nak bukak business sendiri dengan label sendiri. Nak bukak butik sebab I love fashion even though I'm not that into fashion when I'm wearing clothes. Besides, saya nak bukak business babies clothing and stuffs because I just love babies. Ngeeeeee. Saya nak bukak bakery sendiri sebab saya suka sangat baking cakes and masak-masak. Typical perempuan lah!

Well, dulu, kini dan hari seterusnya, saya memang suka modelling. Masa kecik-kecik selalu main dengan cousins and sister macam ni. Feeling model jap! Hahaha. I'm not saying yang saya nak model yang peraga benda yang tak sepatutnya masa runway shows. No! Alaaa, online, part-time, dalam magazine. Still guna tudunglah! Tapi macam tak payah lagi lah kot. Hahahaha. 

 And the list goes on..


Above all, saya manusia. Saya ada perasaan. Kadang-kadang, bila part orang membandingkan saya dengan sesiapa sahaja, saya rasa memang tak patut. Perbandingan yang positif ke negatif, they are just the same. 

True story of mine.

There was the time, this fellow came over my house. Biasalah, cakap pasal hidup. Anak berapa orang dah, yang Ali kat UK ambik engineering, Leha kat Rusia ambik medic, Timah kat Jepun ambik actuarial science, Jemat kat Aussie ambik architecture. Syukur makcik bijak membesarkan anak. Semua pandai. Pulak dorang ni sekolah biasa ja pun. Tak macam saya ni ha. Boarding school tapi boarding school lah sangat. Sebab tu lah dia cakap kenapa ambik cikgu JEEEEE sedangkan saya ni sekolah MRSM dulu. Well, makcik, saya dapat 5A ja pun dalam SPM. Mana layak nak duduk sama level dengan anak makcik yang 10A, 11A, 21A, 22A semua. Tapi syukur jugak lah saya ni, even most of the time menangis melihat kekecewaan mak bapak pada masa lalu terhadap pencapaian saya, tapi saya tak jugak mintak duit mereka dengan kerap masa belajar. Ada elaun saya sini dekat nak RM4K makcik. Apa nak pening kalau nak beli buku ratusan ringgit. Even Maktab saya dekat hutan tapi tak jugak saya berbelanja besar. Dekat pulak tu dengan family. Balik pun senang. Tak payah nak book flight transit dari Ireland ke KL yang semestinya ada transit, then dari KL ke Kuching. Flight saya yang jarang saya naik lah, pun dari Sibu ke Kuching ja. Setengah jam pun tak sampai. Lagaknya macam jauh sangat guna flight kan. Bontot pun belum cecah kerusi, abang Pilot hensem dah cakap "Thank you for flying with AirAsia." Apa motip sangat? Kalau fefeeling belajar overseas pun masa balik guna bas 6 jam. Lagaknya macam naik flight dari KL ke Australia yang durationnya pun 6 jam. Tapi bas takda di udara. Flat memanjang di jalan raya. Tak perlu risaukan jetlagged.

Kadang-kadang, sesetengah pihak ini, kalau nak memilih menantu memang nak sama level dengan anak mereka. Bukan nak tengok hati, tengok gaji! Untung-untung anak pandai, kalau anak mereng, nak carik menantu mereng jugak? Nanti, dah tua-tua sakit, nak terberak, nak ke tak menantu awak yang high class tu basuhkan? Kalau sudi, untunglah. Yang tak sudi macam mana pulak? Untung-untung, paksa laki dia hantar kat rumah orang tua. Masya Allah. Mintak jauh semua. Hiduplah dalam keadaan aman bahagia ceria damai. Aminn.

Yang ni rezeki saya makcik, jangan menilai. Esok-esok saya lebih makcik pulak gusar. Sibuk pulak nak satukan dengan anak jiran yang jadi CEO. Apa motip? Agensi pencari jodoh. Biar pun saya suka mengarang novel dengan mereka benda yang mustahil menjadi tidak mustahil, tapi realiti sekarang, mana ada anak orang miskin fakir kahwin dengan orang berdarah kacukan Inggeris-Arab-Sulu, mata biru, tubuh sasa, pangkat CEO dekat Gagah Perkasa Holdings. Takda ya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau ada, sila tampilkan contoh dan saya ingin melihat sejauh mana realiti itu. Ni pengaruh cerita TV3 pukul 7 petang ni. Tu laa, orang suruh tengok TV Al-Hijrah taknak. 

Above all and above all, saya bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun under estimate sendiri kadang-kadang. All I need is just a moral support from the loves.

Renungkanlah dengan mata hati, mata fikiran dan bukannya dengan mata kasar semata-mata. Ceyyyy, boleh muntah hijau sekarang! Maaf andai ada yang terasa. I'm just saying what I want to. Assalamualaikum and oh hari ini 2 entry. 

Ni muka semua cikgu ni. Cikgu mengajar bahasa omputeh. Jangan hairan pulak cikgu guna baju orang negara India. Dari kiri, Priya, Anjali, Pooja, Sanjana, Ishika dan Avantika. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

No comments: