Saturday, October 19, 2013

Cerpen Dari Hati 2: Kekuatan dalam Dugaan

Assalamualaikum and Hi! As promised, here I am. Posting my other pieces. Sorry for any inconvenience. By the way, I did not double check this cerpen, so ada typo, ayat melanggang, pardon me okay. I am dradfully exhausted with the obstacles. I think, the problem with the exams is still okay, but the drama between me and F is something that I can't stand with. Anytime, I can burst into tears. What a sensitive me. Biasalah kan, orang tengah tension stress memang mudah sangat nak macam ni. So, silalah membaca:

 “Sayang, banyak lagi kerja yang nak dibuat?

“Yup, masih ada few chapter lagi. Why?”

“You want me to help you?”

“No, thanks. Awak dah tolong tidurkan Mikhail pun dah kira membantu saya”. Aku mengukir senyum berpaling menghadap si suami yang duduk di birai katil. Mikhail sudah nyenyak tidur di dalam katil bayinya. Aku berada dalam tahun yang terakhir pengajian di universiti. Suamiku pula telah menamatkan pengajiannya pada tahun lepas. Kerana situasi aku sebagai pelajar sepenuh masa dan berada dalam tahun yang terakhir menyebabkan rutin hidup kami bertiga bertukar corak. Hanya untuk beberapa bulan sahaja sebelum aku menamatkan baki semester terakhir ini. Itu aku pasti.

Kami berkahwin atas dasar cinta, ingin menjaga batas, ingin menghalalkan hubungan serta memaknakannya dengan ikatan perkahwinan. Untuk itu, kami tidak pula mendapat tentangan daripada keluarga untuk berkahwin dalam usia muda. Senang sahaja untuk kami menyampaikan niat di hati untuk berumahtangga 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu, aku baru sahaja berumur 21 tahun dan Am, suamiku berumur 22 tahun. Cabaran yang kami terpaksa hadapi adalah kami perlu hidup berdikari. Sememangnya ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka berada dalam kesusahan, tapi jalan yang aku dan Am pilih adalah untuk berdikari atas dasar kami telah berkahwin dalam usia muda. Itu cabaran yang kami sahut walaupun acap kali orang tua kami menyuarakan niat ingin membantu kami dari segi kewangan dan tempat tinggal sewaktu awal perkahwinan kami dulu.

Bagiku dan Am, keputusan untuk berkahwin muda ini mengajar kami hidup berdikari tanpa perlu bantuan ibu bapa kerana tanggungjawab itu telah bertukar. Atas usaha Am, aku masih lagi belajar sehingga sekarang dan atas usaha suamiku juga, dia telah menamatkan pelajarannya serta mendapat jawatan pekerjaan dengan cepat sejurus selepas menamatkan pelajarannya dahulu.

Kehadiran Mikhail 5 bulan yang lalu menambahkan seri dalam rumah kami. Sejak Am mendapat tawaran bekerja, sebagai seorang Jurutera Mekanikal di sebuah anak syarikat terbesar di ibu negara, kehidupan kami berubah rentak. Mula berubah kearah kebaikan. Rezeki Mikhail, itulah kata kami sekiranya ada orang yang bertanya tentang rezeki kami.

Bunyi rengekan Mikhail mengejutkan aku. Hilang segala kenangan lalu, yang ada hanyalah aku, Am dan Mikhail di dalam bilik yang telah dihias cantik mengikut tema moden kontemporari. Aku lihat Am terus mendodoikan Mikhail tetapi tangisan Mikhail yang berubah nyaring memmaksa aku menghentikan kerja lukisan plan aku tadi.

“Sayang, I think baby nak menyusu.”

Sapaan si suami membuatkan aku bangkit dari kerusi dan pantas sahaja mengatur langkah ke katil. Mikhail yang sedari tadi menangis  diangkat ke riba dan disusukan. Sesekali aku menepuknya. Am hanya memandang tingkahku,

“Sayang. Let me finish your work. You need some rest. Well, definitely you have to. Tak lama rasanya kalau saya yang buat.” Aku mengangkat kepala.

“Janganlah sayang. Let me do my works. Macam mana nak pandai kalau suami yang siapkan kerja isteri. Lagipun dekat nak exam dah, kenalah practise lebih sikit.” kataku sambil tersenyum memegang tangannya.

“No sayang. Kali ni please let me help you. Mata sayang dah bengkak sebab tak cukup tidur. Sayang tidurkan Mihail dan kemas kan apa-apa yang patut untuk ke kelas esok, then tidur okay.” Arahan Am aku terima walaupun hatiku tidak setuju. Bagiku sama sahaja, kami tetap akan keluar pada masa yang sama esok dan aku yakin dia pun tidak kurang penatnya seperti aku. Setelah aku habis menggosok pakaian untuk dipakai si suami pada keesokan harinya, aku terus membaringkan diri di atas katil. Mudah sahaja aku melelapkan mata setelah Am berhenti sekejap daripada membuat kerjaku dan memberikan ciuman kepada aku dan Mihkail pada malam itu.


“Wake up sweetie pie. Wake up” tangan Am yang mengusap wajahku sedikit sebanyak mengganggu lenaku. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menyambung tidur, tapi mengenangkan kewajipan kepada Tuhan, aku terus bangun dan menuju ke bilik mandi. Selesai menunaikan Subuh bersama Am, aku lihat dia menangkat Mikhail daripada katil bayi dan membawanya ke atas katil. Satu pemandangan yang indah telahku. Sempat lagi Am tidur di atas katil memeluk Mikhail walaupun sebentar lagi kami harus bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Aku berkira-kira, agaknya pukul berapa Am tidur kerana dia jarang tidur selepas subuh. Selalu sahaja dia mengingatkan aku agar tidak tidur selepas subuh kerana itu merupakan satu amalan yang tidak elok. Lukisan di meja yang telah siap dilukis Am aku kemas dengan segera.

Sarapan aku sediakan seperti selalu, dan pakaian harian Mikhail aku sediakan dan terus meletakkan di dalam beg Adidas kecil yang dibeli Uncle Ash nya bulan lalu. Beginilah rutin kami bertiga, Am ke tempat kerjanya, aku akan ke universiti dan Mikhail pula akan dijaga oleh datuk serta neneknya di rumah mereka. Sebaik sahaja habis kuliah, aku akan menunggu Am datang menjemput di library. Dan kami akan bersama-sama mengambil Mikhail semula di rumah datuk dan neneknya.

“Sayang? Kenapa tak siap lagi ni? Saya nak bagi Mikhail mandi.” Segera aku kejutkan Am yang nyenyak tidur padahal Mikhail entah bila sudah bangun di dalam pelukan Daddynya. Am terus bangkit dan mengemaskan dirinya. Mengejutkan si suami tidaklah susah seperti mengejutkan aku, dan kerana itulah kerjaku menjadi mudah. Selesai menguruskan Mikhail dan bersarapan, dalam perjalanan menuju ke rumah Mama, Am memberitahu bahawa dia diminta untuk bekerja di Abu Dhabi selama setahun oleh pihak syarikatnya untuk menguruskan bahagian bengkel di sana. Sebenarnya, dari semalam lagi dia ingin memberitahuku tetapi aku Nampak begitu sibuk dengan lukisan plan untuk dihantar pada hari ini menyebabkan Am tidak jadi untuk berbincang mengenai hal ini.

Dia masih berkira-kira untuk pergi ke sana kerana dia mahu membawaku dengan Mikhail sekali. Sejujurnya aku teruja tetapi apakan daya, aku perlu menghabiskan masa belajar yang beberapa bulan sahaja lagi tinggal untuk tamat semester. Ruginya sekiranya aku perlu menangguh setahun padahal dalam masa kurang 3 bulan aku akan tamat belajar. Adakah aku perlu tinggal disini bersama anak kami sementara baki beberapa bulan lagi aku belajar dan selepas itu aku akan mengikutnya kesana? Hal itu yang bermain di fikiran ku semasa perjalanan ke universiti pagi itu. Perbualan kami terhenti dan bergantung di situ sahaja sebaik sahaja aku sampai di depan bangunan fakulti. Seperti biasa, tangan suami aku cium dan dia pasti menghadiahkan aku satu ciuman di dahi. Lama aku memerhati Harrier hitam yang selalu Am gunakan untuk ke kerja bergerak meninggalkanku sehingga tiada lagi kelibat kelihatan.

Sejujurnya sepanjang tempoh kuliah, aku tidak mampu memberi fokus kerana aku memikirkan tentang apa yang baru aku tahu di dalam kereta pada pagi tadi. Ligat otakku berfikir untuk mencari keputusan. Aku tahu, itulah impian kami, untuk merasa peluang bekerja di negara orang. Mencari pengalaman dan kenangan. Tetapi yang menjadi masalah yang kami dapat adalah, keadaan aku masih lagi belajar pada semester akhir yang semakin hari semakin sibuk. Aku tahu Am boleh menolak tawaran tersebut dan aku tahu itulah impian terbesarnya kerana dari situlah dia mampu membuat hidup aku dan Mikhail menjadi lebih senang. Peluang tidak datang berkali-kali. walaupun peluang pada masa depan ada tetapi tetap tidak sama nilainya dengan yang ini. Aku telah nekad membuat keputusan yang akan aku sampaikan kepada Am pada waktu balik kuliah pada hari itu.


“Sayang, apa kata awak pergi ke Abu Dhabi dulu for the first 3 months and baby and me akan ikut kemudian. Kalau nak tangguh pengajian saya, rasa sayang pulak dah alang-alang last semester ni. Habis saya belajar nanti, saya pun dapat lah apply untuk kerja sementara kat sana.” Aku menyurakan keputusanku kepada Am sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta petang itu. Memang betul tekaanku. Cadangan aku tidak diterima sama sekali oleh Am. Dia rela melepaskan peluang tersebut daripada meninggalkan insan yang disayanginya untuk ke Abu Dhabi.

Aku tekad, aku tidak mahu melihat Am melepaskan rezeki dan peluang yang selalu dilepaskan kerana aku. Sebelum ini, dia pernah menolak tawaran kursus perkapalan di pelantar minyak Terengganu selama enam bulan dan dia pernah menolak kursus kejuruteraan di Jepun selama dua tahun. Semua itu kerana aku, tidak mahu meninggalkan aku. Apatah lagi kini dengan kehadiran Mikhail Zafran. Melihat kebahagiaan suami adalah satu anugerah terindah bagiku. Kali ini biarlah aku beralah untuk kebahagiaan serta memenuhi impian Am sedari dulu lagi.

“Sayang, saya takkan ingkar dengar awak. Saya juga bukan pentingkan diri. Bukankah kita sama-sama mahu Berjaya dan menggembirakan hati orang tua kita dulu? Kalau saya ikut sayang maknanya saya tak dapat grade within this year. Means saya ni tua sebab belajar. Kalau sayang nak tunggu saya tak dapat pulak, sebab benda ni kena pergi within this month. Tak boleh tangguh lagi dah kan since sayang banyak kali dah tolak tawaran ni. Lagipun, saya dengan baby boleh je survive for only 3 months. Mama papa kan ada untuk jenguk kami.” Pujukku.

“And how about me? Missing my loves in Malaysia while I’m all alone in AD? Bukan tak reti nak sediakan keperluan harian dengan sendiri, but since past 2 years, kita tak pernah berjauh sayang apatah lagi saya tinggalkan sayang dalam masa yang lama. Even only for the first 3 months. Sayang, you’re my co-pilot. Mana boleh saya lakukan semuanya tanpa sayang and saya jugak pasti yang sayang pun macam tu jugak kan?” kata-kata Am membuatkan aku mati akal. Aku telah memikirkan semua itu tapi aku tetap mahukan impian besar suamiku tercapai.

Surat pelantikan dengan gelaran Ir. untuk Am dibaca dengan teliti. Untuk itu Am wajib menyiapkan tugasan utama sebaik sahaja menerima gelaran Ir dengan melapor diri dan berkhidmat di Abu Dhabi selama setahun. Mendapat gelaran jurutera Ir dalam usia yang muda memang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Jadi, itu lah hakikat sebenar yang menyebabkan Am perlu ke sana. Sekiranya aku tidak membaca surat di dalam laci meja solek di dalam bilik sewaktu sedang mencari bil pada pagi itu, sudah tentu aku tidak tahu bahawa tawaran kerja ini sebenarnya membawa Am kepada satu pangkat yang besar. Aku bersyukur kerana itulah impian yang si suami selalu lagukan sejak zaman belajar lagi. Sekali lagi, aku memasang strategi agar Am akan pergi ke Abu Dhabi dan Mikail dengan aku akan tiggal bersamanya sebaik sahaja aku habis belajar.


Petang itu, aku lihat Am sedang gembira bermain bersama Mihail yang baru sahaja pandai meniarap. Aku perlu memberitahu dia. Pada mulanya dia enggan menerima tetapi aku sendiri yang mengemukakan syarat, dia wajib pergi dan pilihannya hanyalah yang pertama aku dan Mikhail mengikut dia ke AD tetapi aku tidak akan menyambung pelajaran walaupun setelah kembali semula ke Malaysia. Kedua pula, aku akan ke sana dalam 3 bulan akan datang bersama Mikhail dengan janji, aku telah menamatkan pelajaran dan akan mendapat segulung ijazah. Dalam terpaksa Am juga akur lantas dia menyuruh Mak Usu yang tinggal seorang di kampung untuk menemaniku di apartment kami selama tiga bulan ini. Untuk menemaniku yang keseorangan bersama Mikhail pada waktu malam dan melihat serta menjaga kami untuk dirinya. Dia berjanji kepada Mak Usu untuk memberi ganjaran sekiranya dia bersetuju untuk menjaga Mikhail dan aku nanti.

Petang ahad itu kami mengahantar Am di KLIA untuk berangkat ke Abu Dhabi. Mikhail seperti tahu Daddy nya hendak bekerja jauh, terus sahaja merengek. Gugur juga air mata mama dan papa melihat Am memeluk ku dan Mikhail. Kemas dan lama. Aku basah dengan air mata namun senyuman aku hadiahkan kepada si suami yang aku sayangi. Penuh dengan pesanan, sarat dengan kasih sayang dan rindu, aku lepaskan Am pergi ke Abu Dhabi dengan air mata gembira dan rindu.


Malam pertamaku sunyi tanpa teman di sisi. Selalunya dialah yang menjaga Mikhail sewaktu aku bertungkus lumus dengan kerja yang semakin hari semakin banyak. Dia juga yang banyak membantuku dengan urusan rumah. Yang paling utama adalah, dia akan setia menemaniku di tengah malam, bercerita tentang banyak perkara dalam masa aku mennyiapkan kerja-kerja tersebut. Sekarang aku perlu membiasakan diri berseorangan. Hanya untuk 3 bulan. Mak Usu memang kerjanya untuk membantuku dengan urusan rumah sahaja, susah macam mana sekalipun Mikhail tetap aku uruskan sendiri. Walaupun aku harus berkejar ke hulu hilir. Biarlah puteraku yang satu ini meneman aku saat Daddy nya tiada dalam masa 3 bulan ini.

Telefon bordering membuatkanku cepat sahaja ingin menjawab panggilan masuk,

“Assalamualaikum sayang, sayang dah makan? Are you okay? Where’s my hero?” soalan yang banyak itu aku sambut dengan ketawa halus. Mikhail di tepi diusap sayang. Ada air jernih yang jatuh di pipiku. Aku harus kuat dan inilah satu-satunya pengorbanan ku kepada Am.

“Waalaikumsalam. Sekarang dah pukul 1 pagi mana ada orang nak makan lagi. Dah kenyang dah pun. Mummy dengan baby okay tapi agak sunyi sebab Daddy tak join buat rutin harian. Hero Daddy dah tidur lena. Kali ni Mummy bagi chance baby tidur kat tempat Daddy sebab Mummy nak carik bantal peluk versi kecik dan cute. Sayang tak tidur lagi ke?”

“What? Pukul 1 dah? Kenapa tak tidur lagi sayang. Kerja tu nanti boleh sambung. Nanti penat yang. Mm. Penat yang dan nak tidur rehat dah sebenarnya tapi rasa pelik sangat sebab 2 harta kesayangan takde kat tepi. Sunyi sangat tak dengar suara harta kesayangan saya ketawa, happy semua tu. I miss you so badly.” Kata Am yang membuatkan air mataku semakin laju mengalir.

Begitulah rutin harian kami pada waktu malam setiap hari. Melaporkan aktiivti harian dan meluahkan apa-apa masalah yang berlaku. Pada mulanya, kekok rasanya tiada suami di sisi dan semua benda kena dilakukan dengan sendiri. Bangun sendiri, subuh kesorangan, menjaga anak seorang diri dan memandu ke universiti seorang diri tanpa dihantar.


Suatu hari, sewaktu aku sedang menghadiri kuliah, Mama menelefon memberitahu Mikhail demam dan menangis dengan teruk. Aku terpaksa meninggalkan kuliah begitu sahaja kerana Mikhail penting daripada segala-galanya. Sampainya di rumah Mama, aku terus membawa Mikhail ke klinik. Disebabkan bayi yang masih lagi lemah antibodinya, doktor menyarankan Mikhail untuk mendapat rawatan susulan di wad pediatrik. Kali pertama melihat anak yang baru sahaja berusia 6 bulan dicucuk jarum untuk menambah air di badannya, hatiku jadi sayu. Kekuatanku hilang. Aku menangis di luar wad kerana tidak mahu melihat pakar pediatrik sedang mencucuk jarum di pergelangan tangan Mikhail. “Baby, kuatlah sayang..”itu sahaja yang aku mampu ucapkan dalam tangis.

Mama menyarankan aku memberitahu berita ini kepada Am tetapi aku enggan. Aku tidak mahu prestasi kerja suamiku terganggu. Ditambah pula tiada orang di sisi dia pada masa ini, apatah lagi kami berdua sama-sama memegang gelarana ibu bapa yang masih muda dan tiada pengalaman dalam hal sebegini. Biarlah Mama ada bersamaku dan membantuku. Aku tidak mahu Am susah hati dengan semua ini. Dan seperti malam-malam sebelumnya, Am menelefonku.

“Dear wife, is there’s something else that you wanna tell me? I miss you and you sound sad? Why my dear?” itulah rasa suami, dapat membaca isi hati isteri.

“Eh, mana ada. I’m okay sayang. Cuma flu and dah makan ubat dah. Sayang kena jaga kesihatan diri tau. We miss you. Saya hanya rasa sunyi sebab 1 month dah tak dapat peluk bantal busuk saya ni.” Bohongku. Setelah bertanya beberapa soalan seperti selalu, aku segera meminta untuk memutuskan talian kerana tidak mahu Am akan mengetahui bahawa aku membohonginya. Mujurlah Am tidak banyak tanya. Malam itu aku menangis  di tepi katil Mikhail, merindui si suami dan menangisi kesakitan yang ditanggung si kecil. Bersabarlah, kata hatiku. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi.


Dua hari selepas Mikhail dibenarkan keluar daripada wad, aku mengajak si anak bermain di taman permainan apartment kami. Mak Usu baru sahaja pulang untuk sehari dua ke kampung pada pagi itu kerana sudah sebulan dia tidak balik ke rumah. Mama pula pergi ke Sabah sebab ikut Papa menghadiri kursus. Untuk mengelakkan rasa sunyi, aku membawa Mikhail ke taman. Hendak ke shopping complex, boleh tahan berasap telinga kalau Am tahu tak ada orang yang menemanku. Last choice adalah swimming pool dan taman permainan and the best choice is taman permainan. Aku kira kami bukanlah mahu bermain buaian atau apa-apa alat permainan disitu, tapi lebih kepada menolak stroller Mikhail di bawah cahaya matahari pagi yang segar. Terdapat juga beberapa orang kanak-kanak yang bermain di situ bersama ibu bapa mereka. Hatiku berasa rindu dan sedih kerana tiada orang yang menemanku.


Sewaktu ingin menekan lif di apartment, dengan tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki. Pada waktu itu aku masih lagi menunduk untuk mengambil alat mainan Mikhail yang jatuh dari stroller.

“Sorry..” ucapku pendek ketika masih lagi memandang Mikhail di dalam stroller. Alangkah terkejutnya aku sewaktu mengangkat muka melihat wajah yang aku rindui di depan mata. Tanpa mempedulikan sesiapa sahaja yang mungkin berada di situ, aku terus memeluk Am. Rindu kepada suami sehingga tidak dapat aku luahkan. Aku menangis. Dan Mikhail pun menangis sama. Segera Am angkat Mikhail dan memeluk kami berdua. Pangawal keselamatan yang berada tidak jauh daripada kami hanya mampu tersenyum melihat.

Pantas sahaja Am membawa aku dan Mikhail balik ke rumah. Si suami pulang ke Malaysia. Mummy dan baby merupakan orang yang paling gembira.

“Sayang nampak kurus, tapi baby nampak comel. Sayang bagi isi badan dekat baby ke?” gurau Am ketika kami baru sampai dirumah. Aku masih setia dalam pelukan Am setelah Am menyimpan stroller ke dalam bilik pakaian. Aku hanya tersenyum mendengar. Am, aku dan Mikhail. Itulah kami. Bahagia bagiku.

“Sayang, there’s something that I want you to explain.” Kata Am yang mula beriak serius. Tangannya cepat sahaja mencari sesuatu di dalam ipad. Kemudian dia menunjukkan kepadaku. Aku terkejut. Ada email daripada pensyarah yang memberitahu tentang beberapa perkara. Macam mana aku boleh lupa yang email aku turut diakses sama oleh suaminku.

“First, your lecturer emailed me tentang kehadiran you 3 hari berturut-turut tak datang kuliah tanpa sebab. Second, two days ago, you are supposed to send your final project punya portfolio, tapi tak hantar. Where have you been? Kenapa tak hantar?” Tanya Am yang mula ragu-ragu. Aku mula diam dan menunduk. Mikhail diribaku mula dialihkan oleh Am kedalam katil bayi di hadapan kami. Sekembalinya Am disisiku, dia mengangkat dagu ku dan memaksa aku melihatnya.

“Sayang? Kenapa ni?” Am mula risau setelah melihat mataku mula berair.

“I’m such a failure. I can’t do these things all by myself. I need you dear hubby. Tapi saya kena paksa diri saya supaya kuatkan diri. Untuk masa depan kita, masa depan Mikhail.” Kataku dan masa itu aku hanya mampu memeluk Am sahaja. Aku tidak dapat meluahkan apa yang sebenarnya terjadi.

“Can you tell me sayang, apa yang jadi sebenarnya? Jangan nangis. I will never let you down. Just tell me.” Am tetap memujuk.

“Baby demam and masuk wad. I never experienced in this kind of situation, jadi saya panic. I can’t do anything except for crying. Remember that day you asked me kenapa macam tak okay. That’s the reason why. Saya taknak bagitahu sebab saya taknak awak risau and menggangu kerja awak. Mama asked me to tell you tapi saya tetap taknak. Masa masih dalam kuliah Mama call cakap baby demam and menangis, then saya terus pecut pergi rumah Mama and bawak baby ke klinik. The doctor sarankan baby kena tahan wad. Kena tambah air, kena cucuk jarum. Saya panic, saya takut and saya hanya perlukan awak masa tu untuk sama-sama dengan saya. Tak sampai hati tengok our baby kena buat macam tu. 2 hari lepas baru baby keluar means, 3 hari lah baby kat klinik. Lama pun sebab baby taknak menyusu. Dan saya memang bermalam kat wad dengan baby. I never leave him. Sebab tu saya tak buat pun kerja saya. Assignment saya dah siap Cuma masa saya nak print and hantar awal, ada problem apa ntah kat printer sayang, saya tak tahu nak baiki. Sebab tu saya belum hantar lagi. So sorry sayang. Saya yang janji nak belajar betul-betul tapi saya buat hal. Sampai lecturer kena email suarat amaran dengan sayang.” Keluhku sambil mengelap air mata yang gugur. Am mengeluh dan memandangku dengan penuh kasih sayang.

“Sayang, you are such a wonderful young mother in the world. This is my fault. I left you. Biarkan sayang hadapi semua ni. You’re strong sebab sayang masih kuat and nampak hebat pada pandangan orang. Hmm, later I will call your lecturer and explained about everything. Lepas ni sayang takleh risau lagi dah, and takleh terganggu kalau nak belajar, sebab saya akan jaga baby kita.”

Aku pelik dengan kata-kata Am. Lagaknya seperti bukan balik bercuti tapi macam dah kekal di sini bersama aku dengan putera kami.

“What do you mean? Jangan cakap sayang nak tolak benda ni lagi even dah sebulan kat sana. Ingat sayang, saya mampu lagi bertahan dalam 2 bulan sementara nak tunggu final..” kata-kataku tidak habis apabila Am mendekatkan mukanya ke arahku.

“Tak, bukan tolak, tapi tangguh selama 2 bulan sahaja. Mereka luluskan. My wifey is going to sit for her last semester test, jadi suami kena ambik port. Kena bagi moral support and jadi Daddy mithali untuk jaga our little Mikhail so that dia tak demam masuk wad lagi. Lepas settle semua, kita akan fly ke AD semula. Sebulan dulu abang pergi untuk registration and kenal-kenal AD. AD best tapi tak seronok kalau takde wife dengan anak sama. Kat sana nanti, sayang tak payah risau, sebab haritu lagi mereka tolong uruskan rumah and kereta untuk kita. In sha Allah, you are going to love AD.”

Aku seolah-olah tidak percaya dengan bijaknya perancangan Am. Suami yang penuh dengan kejutan. Datang ke Malaysia semula pun hendak memberikan kejutan, tapi dia yang terkejut melihat tubuhku yang sedikit susut dan cerita Mikhail masuk ke wad walaupun baru sebulan ditinggalkan. Dia nekad tidak akan meninggalkan kami lagi selepas ini biar dia perlu berkorban segalanya. Itulah dia Adamku.

Hidupku rasa bahagia dengan semua itu. Lantas tubuh suami dipeluk. Hari itu, Am membawa aku dan Mikhail shopping di luar. Kerana terlalu penat, Mikhail mudah sahaja tidur pada malam itu. Namun si kecil tetap nampak comel tidur dengan baju baru yang dibeli oleh Daddynya di Abu Dhabi, tidur di antara aku dan Am. Biarlah dia tidur bersama kami berdua untuk melepaskan rindu Am terhadap anaknya.

Entah bila aku bangun pada pagi tu melihat Am sedang mengagah si kecil yang sudah bangun di tepiku. Ya Allah, bahagia rasanya bagi diriku melihat anak dan suami ada di sisi. Am terus mencium pipiku dan membawaku ke dalam pelukannya tatkala melihatku yang baru berpisat-pisat bangun dari tidur. Cukuplah Am dan Mikhail ada di sisiku, aku tetap rasa bahagia.


p/s: Seriously, mood swing takleh langsung belajar. Esok ada dua exams tapi sepatah haram yang dibaca macam tak lekat. I ended up with this cerpen. Copy paste! So, I do really hope you guys give me some feedbacks even you have to tell F but not me. Agak terasa tapi takpalah. This post macam serious kan? Mood memang takda nak menganjing so yeah, I forced myself to be more serious instead of melenting. 

Till then, night and Assalamualaikum. Satu ja saya minta, doakan saya dipermudahkan untuk menjawab exam esok.  Wallahualam.