Melihat
si isteri yang sedang leka berdiri di beranda bilik mereka, timbul niat nakal
Em nak naik bulu. Si isteri yang sedang membelakanginya dipeluk dari belakang.
Ann yang sedang menutup matanya dibuai angin malam terus terkejut dengan
rangkulan sang suami. Selepas itu dia tersenyum dan membawa kedua-dua tangan
suami melekat pada perutnya.
“Cik
adik nak tidur kat luar ni eh?” bisik si suami tepat di telinga Ann. Em memang
sengaja berbuat begitu kerana dia tahu si isteri memang agak sensitif dengan
bisikannya. Geli.
Ann
berpaling menghadap Em. Melihat ke dalam mata si suami dan dia pasti cahaya
yang dipancarkan di mata redup suaminya itu penuh dengan rasa cinta dan rindu.
Dia memeluk tubuh Em dan membenamkan kepala di dada bidang suaminya.
“Jom
masuk dalam sayang. Kat luar ni sejuk, nanti sayang kena flu.” Ajak Em kepada
Ann yang baru leka dalam pelukan suami. Melihat Ann yang tidak memberi respon
kepada ajakannya, Em terus mengangkat badan kecil isterinya masuk ke kedalam
bilik mereka.
Malam
itu, Ann berasa bahagia kerana tidurnya ditemani suami apatah lagi dimanja
dengan kasih sayang.
Setelah
menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama keluarga Em yang lain
berimamkan Em sendiri pada pagi itu, Ann terus ke dapur untuk menyediakan
sarapan. Adapun ibu Em yang bangun awal menyediakan sarapan, Ann tetap akan ke dapur untuk membantu. Si suami, sejak
beristeri beberapa bulan yang lalu, sentiasa mahu air tangan isteri sahaja yang
masuk ke dalam mulutnya. Apabila Ann memberitahu, makanan di luar seperti di
KFC dan Pizza Hut lagi sedap dari masakannya, senang saja mulut Em menjawab
yang sejak 2 bulan yang lalu, tempat kegemarannya sewaktu hidup bujang dahulu
tidak mempunyai makanan yang sedap. Hanya masakan Ann sahaja yang akan
dimakannya walaupun Ann hanya menyediakan scramble egg. Agak melampau bagi Ann
mendengar komen suaminya tapi dia pasti dia sangat bahagia.
“Anak
ibu balik apartmen dengan Em eh harini? Taknak tidur sini lagi sehari dua ke?”
Sapa ibu mertua Ann kepadanya pagi itu. Ann merupakan menantu kesayangan ibu Em
sedari mereka baru kenal 6 tahun yang lampau lagi. Ibu tetap menganggap Ann
sebagai anaknya kalaupun Ann bukan jodoh Em tapi Allah lebih mengetahui dan
mengurniakan Ann sebagai menantu kedua dalam keluarga Em. Satu bonus
barangkali!
“Ya
bu, saya kenalah ikut suami bu. Nanti kalau boring masa abang kerja, Ann janji
Ann akan lepak-lepak dengan ibu kat sini.” Bukan ibu mertuanya itu tidak ada
anak perempuan tapi bagi ibu Em, Ann lah kawan, anak dan penghibur mereka. Ann
yang manja dan Ann yang mesra dengan semua orang dan Ann yang ringan tulangnya
nak membantu.
“Ada
isi tak Ann? Ibu nak tambah bilangan cucu lagi. Tapi dari Em dan Ann la pulak
kali ini. Masuk 2 bulan dah kan? Jangan nak merancang. Nanti dah tua, anak
masih kecik-kecik.” Nasihat ibu mertuanya disambut dengan senyuman daripada
Ann. Belum sempat Ann menjawab, si suami yang baru ke dapur menjawab bagi
pihaknya.
“Sabarlah
bu, bagi masa kami honeymoon lebih sikit. In sha Allah, ada lah cucu ibu
bertambah nanti. Doakan untuk kami.” Kata Em yang berdiri di samping isteri
yang sedang menggaul air milo khas untuk dirinya nanti. Sempat lagi Ann
tersenyum dan pada masa yang sama, Em mencium dahi si isteri seperti biasa. Dia
tidak pernah bosan menunjukkan kasih sayangnya di hadapan sesiapa sahaja.
Ibunya
hanya mampu tersenyum melihat kenakalan anak lelakinya itu.
Pada
petang itu, setelah pulang daripada bermalam di rumah mertua Ann, mereka berdua
singgah di pusat membeli belah untuk membeli barangan dapur dan menambah
aksesori apartmen baru mereka. Sejak mereka bertunang lagi, Em membeli
apartment tersebut dan setelah mereka berkahwin, seminggu selepas bermalam di
rumah emak Ann, mereka terus menetap di apartment itu. Bagi Em, biarlah mereka
berdikari dalam membentuk rumahtangga mereka hingga mereka mendapat anak kelak.
Em dan Ann juga tidak mahu mengambil pembantu rumah kerana mereka tidak mahu
menanggung risiko yang bakal berlaku. Dengan gaji Em dan Ann, bukan setakat
seorang pembantu rumah tetapi 3 orang pun mereka mampu tetapi mereka sama-sama
takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku ditambah pula dengan pelbagai
kes dera kanak-kanak dan kes curi barang majikan. Mungkin tidak semua begitu
tapi mereka juga takut golongan yang dalam kategori mendera dan mencuri ini
adalah bakal pembantu mereka.
Sampai
sahaja di rumah, sementara Em mandi, Ann menyusun barang-barang yang telah
dibeli di dapur. Sempat lagi dia membaca novel baru yang dibeli di kedai buku
MPH tadi. Pada mulanya Em tidak membenarkan isterinya membeli novel baru kerana
dia tahu Ann seorang yang terlalu tegar membaca novel. Sehinggakan dia boleh
terlupa memasak, dan tidak sedar hujan di luar rumah dan lupa untuk mengangkat
pakaian yang dijemur kerana terlalu khusyuk membaca novel. Sudahnya, Em yang
baru balik dari kerja terkocoh-kocoh mengangkat pakaian yang sudah basah.
Diingatkan si isteri sedang tidur, rupa-rupanya angau membaca novel. Bukan
sejak mereka berkahwin perangai Ann begitu, tapi dari mula mereka kenal dulu,
Em memang tahu akan hobi dan minat Ann yang boleh membaca novel sampai lupa
dunia. Kerana sayang pada si isteri dan penangan sikap manja dna pandai memujuk
isteri, dia akur. Tapi, tidak keterlaluan untuk dia mengawal si isteri agar
tidak terlalu mengabaikan tanggungjawab apatah lagi setelah menjadi suri
hatinya selama 2 bulan sehingga ke hari itu.
Em
yang sudah lengkap berseluar pendek dan berbaju jersey Barcelona keluar dari
bilik hanya mampu menggeleng melihat perangai si isteri yang sudah landing di
atas karpet tebal bewarna merah di ruang tamu rumah sedang khusyuk membaca
novel yang baru dibeli. Nasib baiklah si isteri sudah selesai mengemas
barang-barang yang dibeli tadi. Kalau tidak, mahu jenuh dia menyambung kerja si
isteri.
Baru
dua langkah kaki yang diatur untuk menuju ke isterinya, Em rasa kurang selesa.
Tiba-tiba tekaknya sakit, perutnya yang baru diisi spaghetti buatan isteri pagi
tadi, minta dimuntahkan segera. Terus Em berlari kearah tandas dan memuntahkan
segala isi perut nya. Ann terpinga-pinga melihat suami yang telah hilang
berlari menuju ke tandas. Lantas dia mendapatkan suami yang masih lagi gigih
memuntahkan segala isi makanan didalam perutnya. Belakang suami ditepuknya perlahan
namun beberapa saat kemudian, dia menyertai misi memuntahkan segala isi perut
bersama-sama suaminya. Akhirnya kedua-dua suami isteri tersebut muntah bersama.
10
minit kemudian, kedua-dua mereka sama-sama berbaring di atas katil. Melihat isteri
yang menangis menahan kesakitan di ulu hati selepas muntah bersamanya tadi, Em
jatuh kasihan. Rasa sakit dan pening diri sendiri ditolak ke tepi. Tubuh isteri
dipeluk sambil tangannya mengusap dada Ann.
“Sakit..”
itu sahaja ayat yang menyentuh hati lelaki Em sehingga membuat dia rasa ingin
mengambil sakit yang dialami oleh si isteri untuk dirinya sahaja. Kombo pun
kombolah sakit yang ditanggungnya dengan sakit si isteri, asalkan si isteri
tidak terseksa, dia bahagia. Suami mithali katakan.
Setelah
melihat si isteri sudah nyenyak tidur berbantalkan pahanya, cepat sahaja tangan
Em mengambil telefon bimbitnya di tepi katil .Nombor telefon ibu segera
didailnya. Dia tiada pilihan lain selain menelefon ibunya untuk datang ke
rumah. Kalau emak Ann ada dekat memang mak mertuanya itu sekali dia tapau suruh
datang ke apartment mereka. Dia memerlukan khidmat ibunya untuk hari ini sahaja
bermalam di rumah dan memasak untuk mereka berdua. Anak bertuah pun anak
bertuahlah. Melihat diri sendiri sudah tidak bermaya selepas muntah dengan
teruk tadi, apatah lagi si isteri yang orangnya kecil molek itu. Sementara
menunggu ibunya datang, dia mengalihkan badan si isteri ke posisi yang betul.
Sempat lagi dia baring mengiring dan melihat wajah polos isterinya yang
kelihatan lemah. Sesekali tangannya menguak anak rambut yang menutup muka Ann.
Sempat dia berfikir, apa yang mereka berdua makan sampai mereka muntah dengan
teruk sekali. Takkan lah spaghetti, sebab adik beradiknya, anak buahnya, ibu
ayahnya pun makan benda yang sama.
Setelah
kena bebel dengan ibu Em, barulah Ann bersetuju untuk pergi ke klinik bersama
Em. Ibu mertuanya itu berasa pelik dengan situasi mereka suami isteri. Padahal
makanan yang mereka makan sama sahaja, kenapa pula hanya mereka berdua yang
muntah. Termasuk hari itu, sudah seminggu rutin mereka berdua muntah sahaja.
Ingatkan, bermalam di rumah ibu Em, masalah itu tiada lagi tetapi sama sahaja.
Oleh sebab itulah, ibu Em mendesak mereka berdua untuk membuat pemeriksaan
bersama-sama.
Namun,
jauh di sudut hati ibu mertua Ann menyatakan bahawa Ann mengandung. Muntah yang
dialami oleh anak menantunya itu adalah pembawakan. Tetapi, dia bukan doctor
untuk mengesahkan sesuatu yang masih lagi belum pasti, dan kerana itulah dia
mendesak Ann yang sememangnya tidak suka ke klinik apabila sakit itu pergi
membuat pemeriksaan bersama suaminya.
Perasaan
bersyukur dan gembira kedua-dua suami isteri tersebut tidak dapat disembunyikan
lagi sebaik sahaja mengetahui si isteri mengandung 3 minggu daripada Doktor
Azri. Tanpa segan silu, si suami mencium isterinya di depan Dr Azri. Malunya
isteri dilakukan sebegitu di depan doctor yang dulunya senior si isteri semasa
di sekolah. Pada Em, Ann itu isteri dia yang halal, telah menghadiahkannya
benih di dalam Rahim, maka tidak salah untuk dia mencium si isteri sebagai
tanda terima kasih. Berita gembira itu turut disampaikan dengan seluruh
keluarga mereka.
Bermula
pada hari itu, Em menggunakan kuasa vetonya untuk mengawal dan memantau
pergerakan isterinya. Bagi dia, tanggungjawab dia turut bertambah ke atas bayi
yang berada dalam kandungan isterinya. Nyawa dia adalah nyawa isteri dan bayi
di dalam kandungan isteri tercinta.
Sudah
6 bulan kandungan Ann dan selama itulah Em langsung tidak membenarkan Ann
melakukan aktiviti berat malahan urusan mengemas rumah, memasak dan menyediakan
pakaian kerja mereka diambil alih oleh Em sendiri. Ann dilayan bagaikan puteri
dan Ann tahu, suaminya melayan dia sebegitu, kerana ini merupakan pengalaman
pertama sebelum menjadi seorang Daddy kepada anak mereka nanti.
“Rajin
nya abang sayang buat cekodok hari ni? Resepi baru belajar dari mana ni?” sapa
Ann ketika melihat si suami yang sibuk menggoreng cekodok pada awal pagi hujung
minggu begitu. Tangannya memeluk badan suami dari belakang yang kelihatan seksi
memakai apron dan sedang menunjukkan bakat terpendam membuat cekodok di dapur.
“Demi
isteri tercinta, sanggup call ibu dengan mak sekali Tanya macam mana nak buat
cekodok. Maklumlah buah hati mengidam.” Sempat lagi Em mengenyit matanya.
“Mengada
betul abang ni. Nampak betul tak ikhlas, tapi tak heranlah kalau abang tak
ikhlas, Ann tetap nak makan sebab baby merajuk daddy tak bagi mummy makan
cekodok semalam.” Selepas berkata sebegitu, Ann mengambil pinggan yang penuh
berisi cekodok dan membawanya ke ruang tamu rumah.
Dari
ruang tamu lagi dia dapat mendengar suaminya ketawa dengan kata-katanya
sebentar tadi. Bukan tak bagi makan, tapi penat dia perpusing satu Bandar,
cekodok semua dah habis. Padahal jam baru pukul 5 petang. Sudahnya, dia terpaksa
belajar daripada Abang Google dan ibu serta emak mertuanya sekali pada pagi
tadi. Bunyi pesanan ringkas telefon bimbit suaminya membuatkan dia berhenti
makan sebentar. Tangannya yang masih berminyak segera bibasuh di singki, dan
segera mengambil telefon suami. Pantas sahaja tanggannya membuka pesanan
ringkas yang diterima.
Fiza?
Awak, hari ini jadi tak plan kita?
Awak?
Plan? Ann menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa Fiza ini sebenarnya?
Skandal Encik Suami dia ke? Setahu dia sendiri, Em tidak ada rakan atau,
pekaerja bernama Fiza. Hatinya segera memikirkan sebarang kebarangkalian antara
Fiza dan Em. Apa yang pasti, dia tidak mahu si suami membaca mesej dari Fiza.
Dia mahu suaminya menemani dia pergi ke rumah ibu kerana dia teringin hendak
makan laksa pulau pinang air tangan mertuanya yang diakui sangat dan lebih
sedap dari semua laksa pulau pinang yang dibuat oleh sesiapa sahaja walaupun
chef terkenal. Itulah kata Ann kepada suaminya satu masa dulu. Mesej pesanan
ringkas itu segera di-delete.
Suami
yang masuk ke ruang tamu membawa 2 gelas milo panas dipandangnya kosong. Ingin
marah, dia belum bertanya. Mood kedua-duanya elok sahaja pagi ini tapi kalau
mendengar si Ann merajuk dan melenting, boleh hilang mood sebulan.
“Abang
sayang Ann tak?” Tanya Ann kepada suaminya yang baru duduk di tepinya.
“Gila
tak sayang. Sayanglah cinta pertama dan terakhir abang.” Sempat lagi si suami
mengenyit kedua-dua belah matanya. Dia tahu, Ann sangat suka diperlakukan
begitu. Ann sengih.
“Kalau
macam tu kita pergi rumah ibu nak? Ann dah bagitahu ibu semalam yang baby nak
makan laksa Penang. Tengah hari ini kita pergi ya bang?” pinta Ann
bersungguh-sungguh. Soal mesej Fiza ditolak ke tepi.
“Baby
ke mummy yang nak makan laksa ni? Macam mummy pulak yang nak makan. Ingat abang
tak tahu?” kata Em sambil mengusap perut si isteri yang sudah Nampak membukit.
“Tak
kisahlah baby ke mummy baby ke daddy baby ke nak makan. Tapi abang kena bawak
Ann pergi rumah ibu okay?” Ann masih mendesak.
“Baik
tuan puteri. Tapi kita pergi lambat sikit tau, abang kena keluar lepas ni.
Abang ada hal penting.”
“Hal
apa pulak? Alaa, lepas kita makan di rumah ibu abang pergilah keluar. Ann tak
sabar nak makan dah ni. Baru sekarang Ann mengidam nak makan banyak benda bang,
abang kenalah tolong Ann”
“Bukan
taknak tolonglah sayang. Kita tetap pergi, tapi lambat sikit. Kejap je abang
keluar.”
Ann
kehilangan kata. Suapan cekodok yang tadinya Nampak agak gelojoh bertukar
rentak. Terbantut niatnya untuk menghabiskan cekodok air tangan Em. Em tidak
perasan akan perubahan air muka si isteri. Sangkanya Ann sudah kenyang.
Sebaik
sahaja suaminya hilang di muka pintu, air mata Ann mudah sahaja keluar. Dia
terasa dengan sikap Em. Sangkanya Em akan setuju dengan cadangannya tapi Em
tetap ingin menyelesaikan hal pentingnya mungkin bersama Fiza. Tinggallah dia
keseorangan di apartment mereka. Alahai suami, tidakkah kau tahu bahawa
isterimu yang sedang mengandung itu mahukan perhatianmu sahaja. Baru hari ini,
Em buat perangai dah buat Ann menangis. Itupun bukannya Em tak mahu pergi rumah
ibunya, Cuma agak lambat sebab dia perlu menguruskan hal penting.
Jam
menunjukkan pukul 12.30 tengah hari dan ini bermaksud 2 jam sudah si suami
keluar. Perutnya kian lapar menunggu suami yang tidak menunjukkan tanda akan
balik. Bunyi pesanan ringkas di telefonnya membuatkan Ann terus berjalan ke
meja solek. Pasti Em yang menghantar dan menyuruhnya menunggu di lobi bersama
Pak Mat, pengawal keselamatan di kawasan apartment mereka, telahnya.
Yangg, bear with me. Hal abang
belum settle lagi. Promise paling lambat pun pukul 2 kita pergi rumah ibu. Love
you my one and only sayangg.
What?
Pukul 2? Perut Ann sudah pedih walaupun baru 2 jam menunggu dan sekarang Encik
Suami kata paling lambat pukul 2? Apa sebenarnya yang penting daripada dirinya
yang mengidam hendak makan laksa Pulau Pinang ibu mertuanya, Ann pun tidak
tahu. Otaknya ligat berfikir apa yang penting sangat antara suaminya dan Fiza.
Marahnya mula datang, Nampaknya Em tidak faham.
Then, let me drive by myself. I’m
dreadfully hungry and mengidam Em. Awak senang-senang suruh saya tunggu. Sampai
pukul 2 pulak tu. Awak buat apa sampai lama sangat? Dating dengan skandal baru?
Saya tahu saya dah gemuk, tak cantik lagi dah pada mata awak. Perut besar pulak
tu. Apa-apa hal nanti, awak bagitahu ibu. Saya taknak jawab kalau family awak
Tanya kenapa saya datang sorang dan drive sendiri.
Degil.
Itulah sikap Ann yang sudah sebati dalam dirinya. Tudung Syria yang bergantung
bersama koleksi tudungnya yang lain di tepi almari dicapai. Sungguh simple,
gaun mengandung bewarna pink dan tudung bewarna pink putih. Kunci Honda Accord
dicapainya. Geram, marah dan sedih bertukar menjadi satu. Em tidak merasa apa
yang dia rasa sekarang. Soal dirinya yang tidak dibenarkan memandu ke tempat
kerja sejak disahkan mengandung ditolak ke tepi. Dia bosan menunggu di rumah
tanpa berbuat apa-apa. Kecil hati dengan sikap suami yang enggan menghantarnya
terlebih dahulu sebelum berurusan di luar tadi. Hujung minggu pun sibuk, marah
Ann. Tak sibuk pun buat-buat sibuk dengan si Fiza.
Em
terkedu membaca mesej pesanan ringkas daripada isteri tercinta. Dia
tertanya-tanya, bagaimana Ann tahu dia perlu menguruskan hal bersama Fiza.
Tidakkah si isteri tahu bahawa si Fiza itu adalah pekerja Ash yang baru. Dia
terpaksa menggantikan Ash untuk menguruskan hal di tempat kerja yang mahu
diselesaikan dengan segera kerana ini melibatkan kes makan wang syarikat dia
yang baru sahaja berkembang. Mengingatkan keadaan si isteri yang sedang
mengandung, serta kedegilan isteri yang mampu membuat apa-apa sahaja sekiranya
marah, soal kerja ditolak ke tepi.
“Fiza,
saya ada urusan yang tak dapat dielakkan. Shall we stop now?” pinta Em. Dadanya
mula berdebar mengenangkan sikap si isteri yang semakin hari semakin sensitif.
Dalam hatinya berdoa agar si isteri tak buat perangai. Dia mula memarahi
dirinya kerana meninggalkan isterinya di rumah menunggu dia.
“Sure!
Lagipun saya rasa dah settle dah ni. Tinggal nak refer dengan Ash tentang
laporan kewangan lagi ni. Apa-apa nanti saya SMS awak.”
“Kalau
macam tu, saya balik dulu. Sorry ganggu weekend awak. Bye!” Pantas sahaja
kakinya berjalan menuju ke Harrier hitam yang terletak di hujung restoran.
Loceng
di apartment Em dan Ann ditekan oleh Puan Za berkali-kali. Sudah dua kali dia
mendail nombor telefon Ann tapi tak berjawab. Seingat dia tadi, Em memang
keluar sebab ada urusan kerja jadi hendak menelefon Em pun bukannya dapat
membuka pintu. Dah memang sah Em tiada di rumah. Dia tahu anak menantunya akan
ke rumah tapi mengenangkan menantu yang mengidam lambat datang ke rumah, dia
segera meminta abang Em menghantarnya ke apartment Em. Apabila nalurinya mula
rasa kurang enak kerana Ann tidak mengangkat telefon yang didail, dia mula
menghantar mesej ke nombor Ann.
Salam Ann, Ann kat mana ni sayang?
Bukak pintu ni, ibu kat luar. Ibu bawak laksa penang sekali ni.
Ann
berasa sangat kekok memandu dalam keadaan trafik yang masih lagi sibuk. Setelah 6 bulan tidak memandu, dia rasa bagai
orang yang baru lulus memandu sahaja. Telefon yang berbunyi menandakan ada
pesanan masuk, segera dicapai. Dia ingatkan dari suaminya, rupa-rupanya
daripada ibu mertuanya. Apabila dia hendak menelefon ibu mertuanya, secara
tidak sengaja dia menekan pedal minyak agak kuat dan menyebabkan kereta yang
dipandu tiba-tiba bergerak laju dan melanggar kereta di depan.
“Ya
Allah!”
“Ibu,
ibu buat apa depan pintu?” sapa Em sebaik sahaja melihat ibunya terjegat di
hadapan pintu apartmentnya.
“Ibu
tengah tunggu Ann..” belum habis lagi ibunya menjawab, telefon Em berbunyi.
“Helo,
waalaikumsalam. Ya saya suami dia. Kenapa?.. Ya Allah! Baik, saya ke sana
sekarang” Puan Za terpinga-pinga melihat Em yang kelihatan terkejut dan berubah
riak.
“Kenapa
Em?”
“Bu,
ibu ikut Em sekarang. Kita pergi ke hospital. Ann accident bu!”
“Astagfirullahalazim.
Kenapa ni” Tanya Puan Za yang ikut sama terkejut. Em tidak mampu berfikir dan
menjawab lagi. Tangan ibunya terus ditarik menuju ke lif dengan segera.
Isterinya lebih penting daripada nyawanya. Itu sahaja yang dia mampu fikir.
Setelah
sampai di hospital, Em dan ibunya segera ke bahagian Rawatan Pesakit Luar.
Melilau matanya mencari si isteri.
“Abang..”
Keluar
air mata lelakinya melihat isterinya yang sedang berbaring dengan wajah yang
pucat serta dahinya bertampal dengan plaster. Tubuh kecil isterinya dipeluk
kemas, lama. Kemudian dahi dan pipi Ann dicium berkali-kali.
“Abang
mintak maaf sayang. Abang lambat ambik Ann tadi. Sayang, jangan buat abang
macam ni sayang. Abang takut. Sayang nyawa abang, dan anak kita pun nyawa
abang.” Tangannya mengusap perut si isteri.
“Em?”
tegur Dr Azri dari belakang. Em segera menoleh ke arah Dr Azri di belakangnya.
“Nasib
baik duty aku hari ni. Kau memang apalah kan! Bini biar drive dalam keadaan
pregnant anak pertama. Nasib baik kandungan bini kau tak apa-apa. Cuma ada pendarahan
sikit tadi sebab teruk jugak impact langgar kereta then immediate brake.
Memanglah mengejut dan menghentak badan bro. kau pro bab ini, menang tahu kana
pa maksud aku.”
“silap
aku. Aku keluar tadi kejap, pastu bini aku nak makan laksa. Betul ke tak ada
apa-apa bini aku dan kandungan dia?” Tanya Em untuk kepastian sekali lagi
kepada Dr Azri.
“Lain
kali jangan buat lagi. It’s not good for Ann and the baby as well. Bahaya dan
boleh memudaratkan baby tu. Silap-silap dia bersalin tak cukup bulan. Tak pun
keguguran Em. Ini betul aku cakap. Tapi, nasib Ann baik sebab tak teruk sangat
berlanggar tadi. Kau boleh bawak bini kau balik lepas ni. Tapi jangan lupa
suruh dia rehat, makan ubat.” Kata Dr Azri sambil menepuk bahu Em. Dia segera
meminta diri kerana ada pesakit lain sedang menunggu untuk diperiksa.
“Ibu,
Ann nak makan laksa bu. Sebab tu Ann drive sendiri tadi. Sekarang tak pasti
lagi dapat ke tak makan sebab tak tahu doctor bagi ke tak makan. Dahlah kena
makan ubat pulak.” Rajuk Ann apabila ibu mertuanya datang memeluk Ann.
“Takpe.
Nanti ibu buat lagi. Sekarang janji dengan ibu, Ann kena rehat puas-puas dulu
sampai baby dengan mak baby ni sihat dan aktif macam selalu.”
Em
hanya memandang Ann dengan persaan serba salah. Kesian Ann.
“Abang,
kereta Ann macam mana?” sempat Ann menyoal ketika mereka dalam perjalanan ke
rumah. Mahu sahaja Ann menempek suaminya tetapi menenangkan ibu mertuanya ada
bersama, dia mempamerkan riak bersahaja kepada suami. Banyak kesalahan yang
dilakukan oleh Em kepadanya hari ini.
“Abang
dah suruh kawan abang settle kan tadi. Buat masa ni kereta kena masuk bengkel
sebab bahagian depan agak teruk” jawapan daripada Em dibiarkan sepi oleh Ann.
Kalau boleh dia memang tidak mahu bercakap dengan Em tapi mengenangkan hal yang
satu itu, dipaksa juga dirinya bertanya dengan Em.
Jam
menunjukkan pukul 9 malam. Selepas ibunya balik diambil oleh abang sebentar
tadi, Em terus membersihkan dirinya. Em masih ingat lagi segala pesanan ibunya
serta bebelan ibunya kerana kecuaian dia pada hari ini. Ann pula dilihatnya
tidur selepas makan bersama ibunya. Dia tahu, Ann marah dengan dia. Dalam
kepala ligat berfikir cara untuk memujuk Ann nanti.
Sebaik
sahaja keluar daripada bilik mandi bilik mereka, kelibat Ann tiada di bilik.
Padahal baru beberapa minit lepas Ann nyenyak tidur di katil. Takkan lah Ann
mengigau dan berjalan dalam tidur. Ann memang bukan jenis yang mengigau setahu
dia. Pantas sahaja dia keluar dari bilik mencari si isteri walaupun dia tahu
dia masih lagi berbalut tuala selepas mandi.
Ann
baru sahaja membaringkan dirinya di sofa panjang di ruang tamu melihat si suami
keluar dari bilik mandi. Tahulah badan berketak-ketak, tapi tak payah lah nak
show off bertuala. Baju pun tak pakai. Walaupun dia berhak melihat semua itu
tapi buat masa itu, dia rasa malas dan marah dengan Em. Mukanya ditutup dengan
comforter yang telah membalut tubuhnya.
“Sayang,
kenapa tidur kat sini. Masuk bilik jom.” Ajak Em sambil menarik tangan si
isteri. Namun, Ann menepis tangan Em dengan kasar.
“Kenapa
ni sayang? Okay abang mintak maaf. Esok abang suruh ibu masak laksa penang lagi
sekali untuk sayang.” Tangan Em menarik comforter yang menutup muka Ann. Rambut
si isteri dibelai dan dikucup. Ann buat tidak endah dan menolak tangan Em
sekali lagi.
“Sayangg..
taknak tidur dengan abang ke malam ni.”
“Tak
payah nak sayang saya lah Em. Bukan tadi awak busy ke? Ada hal penting. Buat
lah hal awak tu. Hal penting tu lebih penting daripada saya dan anak awak dalam
perut saya ni. Buat apa nak tidur dengan saya. Saya ni macam menyusahkan awak
pulak dah. Biar saya tidur sendiri di sini, awak tidurlah dalam bilik tu.
Jangan ganggu saya.”
“Sayang,
tak baik macam ni. Siapa nak jadi bantal peluk abang malam ni. Kalau sayang
takut nak pergi toilet nanti macam mana?” Em masih lagi berusaha memujuk Ann
dengan membawa badan Ann ke badannya, tetapi Ann menolak Em dengan kasar.
“Awak
ni kenapa Em? Saya cakap jangan ganggu saya janganlah! Pergilah buat hal dengan
Fiza tu. Buat bini awak kan? Saya tahu awak memang ada skandal sebab saya ni
gemuk, perut besar..” kata Ann yang telah berendam dengan air mata. Em terkejut
mendengar kata-kata isterinya.
“Ya
Allah sayang. Macam mana sayang tahu tentang Fiza ni? Fiza tu pekerja Ash la
sayang. Kalau tak percaya sayang cakap sendiri dengan Ash. Biar abang call dia”
kata Em sambil berjalan dengan pantas mengambil telefon di bilik.
“Tak
payah nak call lah Em. Entah-entah awak berdua sama pakat nak curang dengan
bini masing-masing.”laung Ann. Em tidak jadi menelefon Ash dan segera ke ruang
tamu semula.
“Sayang,
ya Allah percayalah cakap abang.”
“Plastik,
awak plastic Em. Saya benci awak. Awak layan saya pun kerana baby dalam perut
saya ni kan?” tangis Ann. Ah sudah, melalut pulak si isteri. Segera Em memeluk
si isteri yang menangis. Boleh tahan sakit dadanya kena tumbuk isteri yang
sedang menangis dalam pelukannya.
Seketika
kemudian, Ann menolak Em dan segera masuk ke dalam bilik pakaian di sebelah
bilik mereka. Luggage di bahagian tepi almari diambilnya. Cepat sahaja tangan
nya mengambil pakaian di dalam almari. Em yang melihat perlakuan si isteri yang
lagaknya ingin keluar dari rumah terus menerpa ke arah Ann.
“Apa
ni sayang. Awak isteri saya sampai bila-bila. Hanya sayang kat hati abang,
isteri abang. Abang tak perlukan lagi 3 kuota tu, cukup sayang dan anak-anak
abang yang akan datang. Sumpah sayang, Fiza pekerja Ash. Dia terpaksa gantikan
tempat Ash masa settlekan hal office tadi. Dia tu dah ada suami sayang. Baru
kahwin bulan lepas. Abang tak perlukan sapa-sapa lagi dah. Hati abang dah
tertulis nama sayang sorang.” Tubuh si isteri dipeluk seeratnya.
“Lepaslah!
Awak benarkan saya keluar dari rumah ini untuk sehari dua. Saya penat dan
perlukan rehat.” Pinta Ann dalam nada yang lemah. Dia tidak mampu mendengar
penjelasan daripada suaminya setelah apa yang berlaku awal petang tadi.
“Sayang,
abang ada untuk jaga sayang. Kenapa nak keluar rumah pulak. Sayang kena rehat,
abang yang kena jaga sayang. Kalau sayang nak pergi mana-mana biarlah abang ada
sekali. Itu pun lepas sayang sembuh dan bersalin baru kita boleh pergi ke
mana-mana saja sayang nak.”
“Abang
bohong.. abang..” belum habis Ann berkata, dia merasakan tubuhnya melayang
didukung si suami. Dia mula terjerit-jerit dan meronta minta dilepaskan.
“Sayang
jerit-jerit macam ni boleh terbukak tuala abang. Abang belum sempat pakai
apa-apa lagi ni. Kalau sayang meronta macam ni, sayang akan tanggung akibat
kalau tuala abang terlepas. Kalau sayang diam, in sha Allah sayang akan selamat
sampai ke bilik kita.”Ugut Em. Sudahnya Ann terpaksa beralah dan merelakan si
suami mencempung tubuhnya masuk ke dalam bilik. Berjaya, detik hati Em!
Pada
mulanya, Ann enggan tidur bersama Em, tapi kelembutan Em memujuk Ann membuatkan
dia mula sejuk sedikit.
“Abang,
abang nak kahwin dengan Fiza ke?” Tanya Ann tiba-tiba, ketika Em baru sahaja
hendak menyambung kerja mengemas kertas-kertas lukisan kejuruteraan di atas
meja kerja di bilik mereka. Em segera menoleh dan menghampiri katil mereka. Dia
segera duduk menghadap si isteri yang sudah mula duduk berlunjur.
“Sayang,
kan tadi abang dah cakap Fiza tu isteri orang dah. Abang tak perlukan Fiza atau
sesiapa pun sebab cukup bagi abang ada sayang sorang. Sayang, abang taknak
sayang ragui cinta dan kasih sayang abang. Sayang tengoklah, sejauh kita
berkayuh, 6 tahun sayang, sayang masih nak ragui keikhlasan hati abang?” Jelas
Em sambil mengusap wajah si isteri.
“Abang,
maafkan Ann. Ann tak patut bersangka buruk dengna abang. Ann cakap macam tu
bukan sebab Ann cemburu tapi lebih kepada marah dan merajuk sebab abang buat
tak acuh dengan keinginan Ann pagi tadi. Sampailah Ann sendiri kena drive dan
akhirnya dapat tanda ni.” Kata Ann sambil menunjukkan tampalan pada dahinya.
“Tak
sayang, sayang tah salah. Abang yang salah sebab abang boleh terlepas pandang
hal-hal macam ni. Abang berasa berdosa sangat sebab dah bahayakan nyawa insan
yang abang sayang.”
“Tulaa,
patutnya Ann masih marah abang, sebab hampir bahayakan kandungan ni. Abang kena
tebus salah abang dengan tidur kat beranda malam ni.” Gurau Ann sambil ketawa.
“Boleh
abang tidur luar, tapi sayang berani tak nak pergi toilet sorang-sorang? Sayang
tak takut ke abang kena culik?”
“Takda
maknanya orang nak culik abang. Kita ni kat tingkat 8 abang. Siapa nak panjat
beranda tingkat 8 semata-mata nak angkut abang. Okaylah, abang tidur dalam
bilik tapi kat bawah.” Usai Ann memberitahu, Em terus memeluk Ann sehinga dia
berasa rimas. Malam itu Ann tidur dalam pelukan si suami walaupun tidur
nakalnya itu kadang-kadang menggangu lena si suami tapi Em bersyukur kerana malam
itu adalah penutup bagi hari mereka yang penuh dengan cabaran.
EPILOG
Ann
membetulkan tudung di kepala sambil tersenyum ke arah Faheen Diandra di dalam
stroller. Sesekali dia mengagah anaknya yang berusia 5 bulan itu sambil mata
melilau di dalam restoran Coffee Bean. Mereka masih menunggu Em yang berbincang
dengan Ash di meja lain. Tidak mahu tangisan Faheen menggangu perbincangan si
suami dengan rakan rapatnya menyebabkan Ann duduk di tempat lain yang agak
tersorok supaya mudah untuk dia menyusukan Faheen tanpa penglihatan orang lain.
“Hi
mummy muda! Hi Diandra yang uncle sayang!” Sapa Ash setelah habis perbincangan
dengan Em. Sapaan Ash disambut dengan senyuman daripada Ann.
“Hi
Ash. Awak bila lagi nak tambah ahli baru? Takda isi ke bini awak?”
“Anak saya dah cukup kuota. 4 orang Ann. Awak
dengan Em yang patut tambah lagi lepas ni. Saya dah cukup dah.” Kata Ash mesra.
“Kau
tak payah cakap lah Ash. Aku tahu lah misi aku lepas ni”usik Em pula disambut
oleh Ann dan Ash dengan ketawa.
“Baiklah,
aku nak tengok sejauh mana kebenaran kata kau ni. Eh, aku balik dulu. Dah janji
nak bawak budak-budak jalan dengna bini aku sekali. Apa-apa hal roger aku tau.
Bye Diandra uncle.” Usai mencium Faheen, Ash meminta diri untuk balik ke rumah.
“Abang
memang pandai berkata-kata kan. Menabur janji kat Ash cakap ada misi lah lepas
ni. Banyak lah abang punya misi.” Kata Ann sambil menepuk belakang Faheen yang
merengek apabila diangkat oleh Em daripada stroller.
“Eh,
abang cakap betul apa. Nanti lah abang buktikan. 1 team bola pun abang mampu
lah” sakat Em. Ann terus menampar lengan suaminya dan disambut dengan tawa Em.
Selesai
makan bersama Ann, Em membawa anak dan isterinya pergi membeli belah. Setelah
itu mereka singgah di rumah nenek Faheen yang datang dari kampung ke rumah
kakak Ann. Nenek rindu dengan cucu sehingga sanggup datang dari kampung.
Haruslah Ann dan Em gembira dan bersyukur.
Sejak
kelahiran puteri sulung mereka, Faheen Diandra 5 bulan yang lepas, mak mertua
Em rajin ke Bandar bersama bapa mertuanya sekali. Sekali sekala mereka akan ke
kampung untuk membawa Faheen mengenali keluarga sebelah mummy nya. Mereka mahu
membiasakan Faheen mengenali kedua-dua belah keluarga supaya tidak da pihak
yang ditinggalkan. Biarlah kasih sayang sama dibahagi kerana itu yang penting.
Doa mereka agar mereka kekal bahagia dan mampu mendidik anak-anak mereka
menjadi orang yang berguna pada masa hadapan yang penuh dengan ilmu dan agama
di dada.
p/s: Thanks sebab setia baca sampai lah ke sini. Just like what I've mentioned in my previous post, pardon my poyo-ness and the language used also might so-so sebab I have no idea with flowery languages. Sorry. Do drop your comment here babes and some feedbacks perhaps. Your comments might motivate me. Till then, Assalamualaikum and Salam Aidil Adha :)
11 comments:
boleh lah..keep it up..:p
Apesal mengade sgt perempuan tu.. Org lain mengandung jgk.. Tp tkdelah pemalas mcm tu skali.. Haha oklah ...thanks btw
biar lah nk manja dgn suami apa salahnya
Salam and Hi sume. Thanks sebab drop by, baca and comment. Saya terima sebarang komen positif or negatif daripada semua. Bagi saya, itu pandangan masing2. Saya hanya menulis dari pandangan saya dan yang baik tu saya hargai sangat, yang tak dapat nak terima or tak suka dengan mana2 part saya tulis, saya tak ambik ati. Saya baru nak belajar menulis benda macam ni. Thanks tau! Komen je, saya sudi baca and terima :) xx
Salam and Hi sume. Thanks sebab drop by, baca and comment. Saya terima sebarang komen positif or negatif daripada semua. Bagi saya, itu pandangan masing2. Saya hanya menulis dari pandangan saya dan yang baik tu saya hargai sangat, yang tak dapat nak terima or tak suka dengan mana2 part saya tulis, saya tak ambik ati. Saya baru nak belajar menulis benda macam ni. Thanks tau! Komen je, saya sudi baca and terima :) xx
I can see the future . Hikhik , suka baca bila character nya sama mcm bakal husb sy . Harap character dia takkan berubah selepas nikah . InshaaAllah
Hi, wow! its good to hear that..and i'm glad that character yang saya create rupenye ada dalam reality. In sha Allah akan kekal. Kalau kawen jemput saya tau! Nak tengok your lucky hubsy and the luckiest you. :)
Hi ! Simple but nice kak ! like it :D
So sweet..hpe my futre hsbnd mcm 2..
Mesti charming kan kalau husband dalam cite ni reality >_< . Hahahaah. In my dream je lah ^_^
agak bosan but nice perlu tambah lagi part2 yg menarik .. well done :D
Post a Comment