Assalamualaikum and Hi!
Say what? Saya dah dapat update Part 7 secepat ini? Mind you, saya taip ini one go semalam dan tinggal edit sikit-sikit lepas kelas petang tadi. Wahhhhh! Tahniah atas pencapaian sendiri, Fatin! *clap clap*
So, harini penat sebab dari 1430-1600 buat shooting JPP sesi 2014/2015 untuk tayangan masa watikah perlantikan minggu depan. In sha Allah. Bukan apa penat pakai blazer masa cuaca panas sebenarnya tadi. Can you feel my tense? Lagi teruk tau. Banyak kerja datang pada masa yang sama. Esok saya nak pergi memanjakan diri makan cheese cake and McD dengan roommate! Jealous please. wink wink! :p
GENGSTA sikit! HAHAHA |
Barulah ada Pemimpin sikit muka kann? LOL. Ya ya, saya tahu saya pendek! :( |
So, sudah puas menatap wakil perempuan daripada TESL? Marilah membaca Part 7 lagi. Seperti selalu, tinggalkan komen dan apa-apa sahaja di bawah okay? *peluk*
***************************
Em dan Ann baru sahaja selesai
menunaikan solat Maghrib sementara Sofea pula dibiarkan bermain di dalam baby zone yang lengkap dikelilingi oleh
pagar plastik di bahagian hujung bilik solat mereka. Tujuannya, mudah untuk Ann
dan Em menunaikan solat secara berjemaah sewaktu Sofea bangun dan tidak
bergerak ke mana-mana. Ada juga beberapa ketika, sewaktu mereka solat, Sofea
akan buat hal seperti menangis atau pun bercakap dengan pelatnya sendiri, tapi
Em sengaja membiasakan Sofea diletakkan di situ supaya dia dapat memerhati
kebiasaan yang dilakukan oleh Mommy dan Daddynya pada tiap hari. Dengan cara
itu jugalah, mereka berdua dapat mengajar Sofea dengan amalan solat secara
tidak langsung.
This is what I mean by "baby zone" cuma Sofea's lagi besar dan luas and the girl is not Sofea! - Gambar hiasan |
Selalunya setelah selesai memberi
salam, si anak akan dikeluarkan daripada baby
zone dan diletakkan di atas riba Em ataupun Ann sendiri untuk bersama-sama mereka
membaca doa.
“Sofea sayang, it’s time for du’a. Come.” Ann mengangkat si kecil yang masih
leka bermain bola-bola kecil di dalam pagar. Sofea diletakkan di atas riba Em
yang sudah berpaling ke belakang menghadap isterinya.
“Okay little one. Tadah tangan please.”
Si anak yang sudah terbiasa, mudah sahaja menurut arahan Em dan bila doa
dibaca, Sofea akan mengaminkan doa yang dibaca. Selesai membaca doa, sementara
menunggu Em membaca al-Quran, Ann bangkit menuju ke bilik mereka. Tangan Sofea
dipimpin bersama agar dia tidak mengganggu Em.
Tangannya lincah mencari sesuatu di
dalam luggage Barbie Sofea. Jangan
hairan, walaupun sudah hampir seminggu mereka telah kembali daripada Sarawak,
barang-barang ada yang masih lagi belum dikemas oleh Ann. Sebenarnya tugas itu
merupakan tugas asasi suaminya. Mungkin kerena terlalu penat bercuti dan
berulang-alik dari Sarawak ke KL sewaktu berkejar untuk mesyuarat tempoh hari,
Em masih lagi tidak sempat menyimpan barang di dalam kedua-dua luggage mereka. Balik sahaja daripada
mengambil Ann dan Sofea beberapa hari lepas, Em selalu tidur awal selepas
pulang dari kerja.
Sudahnya, selepas mereka sampai
di rumah pulang daripada Sarawak, baju-baju yang tidak sempat dicuci, dihantar
ke dobi. Em tidak pernah mengeluh ataupun bising dengan apa yang mereka
lakukan. Dia memahami si isteri yang masih berada pada peringkat awal kandungan
yang mempunyai symptom penyakit “M”
untuk melakukan kerja di rumah pada sesetengah masa. Walaupun Ann dapat
melakukan kerja rumah sekalipun, sudah tentu dia masih tidak mahu membenarkan
Ann melakukannya apatah lagi setelah insiden yang berlaku yang hampir
menyebabkan mereka kehilangan anak mereka lagi tempoh hari.
Bagi Ann sendiri pun, walaupun
tahu kerja packing dan unpacking barang daripada luggage ini merupakan tugas si suami,
tidak pernah juga dia mendesak si suami untuk segera mengemaskannya sebab dia
tahu Em penat bekerja. Sudahnya, barang-barang mereka masih lagi tersadai di
tepi pintu walk-in wardrobe mereka di
bilik. Yang penting bagi mereka adalah ada give
and take. Tiada pasangan yang sempurna. Mereka tetap menerima apa-apa
sahaja ketidaksempurnaan dalam hubungan mereka dan berusaha untuk mengubahnya.
Setelah barang yang dicari
ditemui, Ann memimpin tangan si kecil menuju ke bilik solat semula.
“Dari mana?” Tanya Em setelah
selesai menyimpan al-Quran semula di rak buku dalam bilik itu.
“Baru teringat Umi ada beli Sofea
yang ni.” Ann tunjuk kain warna pink depan
suaminya.
“What’s
that?”
“Telekung. Umi beli kat mana
ntah. Masa saya keluar dengan Izzah haritu kan Sofea keluar dengan Umi dan
Abah. Then, she got this from her
Mamatok.” Ann duduk di atas sofa dan memakaikan Sofea dengan telekung
kanak-kanak yang dibeli Umi.
“…Wahh! Cantiknya Mommy’s girl!” puji Ann apabila selesai
memakaikan Sofea telekung kecil pada badannya. Sofea siap jalan dari tempat
sofa Ann duduk menuju ke arah Daddynya. Sebijik perangai Mommy! Kalau dapat
barang baru, Em lah yang akan jadi penonton kalau mereka menggayakan baju-baju
dan apa-apa sahaja yang mereka dapat.
Sampai sahaja di hadapan Em, Em
terus duduk mencangkung dan mengemaskan lagi pemakaian telekung yang diatur
oleh Ann. Terus pipi si kecil dicium dan diangkatnya berjalan menuju ke arah
isteri yang masih lagi setia memerhati di sofa.
“As
pretty as mommy!”
Em meletakkan Sofea di sebelah Ann yang sama masih bertelekung. Dua-dua
tersenyum mendengar pujian Em.
“Of
course la..”
“Just
a moment.” Em
yang baru duduk bangkit semula menuju ke bilik mengambil iphone di meja tepi katil mereka.
Seketika kemudian dia kembali dan
mengambil gambar isteri dan anaknya. Terus sahaja gambar dua insan yang
disayanginya dimuatnaik ke dalam akaun Instagram milik mereka berdua. Em bukan
jenis yang suka selfie sebab dia
lelaki, dan Instagram sememangnya merupakan laman sosial untuk memuatnaik
gambar. Tapi kerja dia mudah, nak muatnaik gambar, akaun isterinya yang akan
dia pakai. Dalam erti kata lain, dia merupakan pemilik kedua akaun Instagram
isterinya.
My
two loves, my munchkins, my cutie brats, my sunshines. Thing you will treasure
for the rest of your life. Alhamdulillah, I’m blessed! My stress therapy! –
Sofea’s Daddy!
Beberapa minit selepas Em
memuatnaik gambar itu, penuh notification
masuk kerana banyak yang sukakan Sofea dan isterinya. Izzah siap komen
“Copia versi Ann junior! Miss them!”
“Sayang.. I think we should teach Sofea solat dari sekarang. So that, she will get used to this. Tak
lah liat bila suruh solat nanti.” Em pandang wajah isterinya apabila mendengar
Ann berkata begitu. Dia faham maksud isterinya.
‘In sha Allah sayang. Kita memang
boleh expose kan sikit demi sikit
dengan Sofea. In the meantime, kita
suruh dia tengok cara kita solat. That is
why saya sengaja letak baby zone
dia kat sini. Bila kita solat, indirectly
dia tengok kita and for her age
milestone, memang they tend to follow
or do whatever things that they see around them.” Em mebetulkan songkok di
kepala.
Selain mengajar nursery rhymes dengan si kecil, mereka
berdua pun sudah mengajar Sofea beberapa benda asas dalam agama seperti doa
harian dan membiasakan si kecil mendengar hafazan di ipad. Perkembagan kanak-kanak mudah berkembang sewaktu mereka
berusia di bawah 7 tahun dan ibu bapalah yang menjadi medium mencorakkan
pendidikan kepada anak-anak mereka.
“Honey,
go and take your books over there.”
Si kecil disuruh mengambil buku kecil untuk belajar bahasa jawi di sudut raknya
sendiri. Lama Ann memerhati suaminya di depan yang sedang memandang telatah si
anak yang bergerak menuju ke raknya sendiri. Sengaja mereka biarkan Sofea masih
memakai telekung. Ann sendiri tidak sedar apabila Em memandang ke arahnya dan
mengangkat kening apabila melihat Ann masih lagi setia memerhati.
“Why?” soalan Em membuatkan Ann
tersedar. Dia tersenyum.
“I
have a confession..”
Sofea yang sudah terganggu dengan buku-buku di rak sudah tidak mahu menyertai
mereka lagi. Mulut si kecil sudah mula mengikut bunyi-bunyi daripada buku
elektronik di rak. Sekarang semua ada, picture
book, big book, pop-up book dan electronic
book. Kesemua jenis buku untuk pengajaran pada peringkat awal kanak-kanak
itu sudah dibeli untuk Sofea.
“… a man who wears songkok and kain pelekat will always looks handsome and
sexy. Dia ada aura dia sendiri.” Em ketawa mendengar apa yang telah
dinyatakan oleh isterinya. Tapi itu memang fakta bagi kebanyakan perempuan.
“And
that is?” dia
sengaja bertanya bergitu ke arah isterinya yang sudah mula menongkat dagu.
“You.
One and only. Sofea’s daddy!”
Ann kenyit mata dengan suaminya. Apabila Em mula merapat, Ann siap bagi amaran
jangan dekat kerana mereka masih lagi dalam keadaan berwuduk. Sudahnya Em ketawa.
Tahu takut!
“Nasib baik kita sama-sama dalam
keadaan berwuduk. Kalau tak, awak mesti dah dapat ganjaran. Tapi tak
kisahlahkan, sebab lepas ni pun saya boleh bagi ganjaran. Lebih-lebih pun tak
apa.” Respon Em membuatkan mereka sama-sama tertawa.
“Satu je harapan saya, anak
lelaki janganlah ikut perangai gatal Daddy mereka. Bahaya betul!” Makin kuat
tawa Em bila dengar komen isterinya.
“…tapi sayang, saya jugak harap
Sofea dan adik-adik dia nanti tak ikut perangai saya dulu.” Ann berubah menjadi
serius apabila mengenang semula kisah lampaunya. Wajah penuh mengharap, agar
anak-anak mereka tidak ikut perangai dia yang dulu. Yang leka, yang solatnya
rongak, yang tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar dan yang tidak menjaga
batas pergaulan walaupun dengan rakan lelaki. Zaman sekolahnya dan awal
perkenalan dia dan Em.
“Awak dah solat?” Soalan cepumas
daripada Em dia selalu main hentam jawab ataupun dibiarkan berlalu begitu
sahaja. Tidak suka berterus terang dan tidak suka berbohong, jadi dia hanya
diam kerana tidak mahu menjawab.
“Ann, awak dah solat tak?”
selalunya apabila Em mengulang semula soalannya, pasti dengan nada yang lebih
tegas dan boleh buat Ann kecut perut. Barulah Ann akan jawab soalan dengan buat
mukaaddimah.
“It
was a hectic day.”
Ann jawab dengan mono dan masih tidak menjawab soalan.
“Soalan saya susah sangat ke bagi
seorang bakal peguam nak jawab and huraikan?” bila sarkastik Em keluar, barulah
Ann akan jawab.
“Terlepas.” Satu patah perkataan
buat Em hairan. Belum sempat Em Tanya soalan seterusnya, Ann menyambung semula.
“…kuliah direct from 11 to 3. 5 jam lecture
boring. Then saya terus pegi makan kat kafe dengan besties, cakap-cakap sampai tak sedar dah lambat. Datang bilik pun around 4 something and I take a nap pastu
kawan kejut pegi gym.” Ann tahu pengakuan dan jawapannya pasti tidak akan
diterima oleh sesiapa pun. Selalu solat pun Maghrib dan Isyak sahaja, yang tiga
waktunya rongak. Subuh nya pula apatah lagi, selalu terbabas.
“Ann, solat is the pillar to the religion. Solat itu tiang agama. Ayat
Quran cakap ‘The rememebrence of Allah
(swt) is the greatest (deed)" Quran (Surah 29: Verse 45).’ Bila kita
solat, kita ingat Allah. Mendirikan solat tu maknanya kita ingat Allah, ingat
suruhanNya. Hukum solat tu Wajib. Maksudnya, kalau awak tka uzur, awak wajib
solat. Bukan sunat bukan harus.” Pendek sahaja nasihat Em cukup untuk
membuatkan Ann tersentak. Hampir 20 tahun hidup, solatnya rongak. Kalau Umi dan
Abah tak ada, dia makin mudah untuk meninggalkan solat. Apatah lagi sewaktu
tinggal di asrama.
Didikan di rumah cukup yang Abah
dan Umi bekalkan kepadanya. Mengaji pun dari kecil dia diajar oleh neneknya
sendiri, bila dah salah teman pergaulan, terpengaruh dengan perkembangan
semasa, dia jadi lalai. Padahal nikmat yang dia da pati itu boleh ditarik pada
bila-bila masa. Dia ingat lagi apa yang telah diperkatakan oleh Ustaz di
universitinya sewaktu memberi kuliah.
Peraturan
manusia boleh diubah. Peraturan Tuhan tidak dapat diubah. Hakikatnya, manusia
mahu mengubah peraturan Tuhan menjadi peraturannya sendiri.
Dalam sungguh maksud yang telah
disampaikan oleh pensyarahnya yang membuatkan Ann sendiri yang menyalin
kata-kata tersebut di dalam buku notanya. Sewaktu itu, mereka sedang
mempelajari hukaman untuk sebarang jenayah dalam sesebuah negara di dunia. Yang
mana, terdapat negara Islam yang tidak mempraktikkan hukum hudud dalam
pelaksanaan undang-undang. Sehingga pada tahap, orang melakukan perbuatan yang
dilarang itu dengan mudah seolah-olah mereka tidak melakukan kesalahan. Padahal
hukuman zina menurut hukum hudud jauh bezanya daripada hukuman yang dibuat oleh
manusia. Pada Ann sendiri, dia beranggapan orang tak takut melakukan kesalahan
kerana mereka lupa hukum akhirat kerana dilindungi oleh ringannya hukum dunia
yang tidak sama dengan hukum hudud.
Bermula daripada bila, Ann
sendiri pun tidak tahu, dia mula berubah. Berhijrah dalam erti kata yang
sebenar. Dia tidak riuh dalam perubahannya. Perlahan-lahan solat yang rongak,
dia isi sampai penuh 5 waktu. Kepala yang dulunya tidak bertutup, ditutup
dengan hijab dalam erti kata menutup aurat yang sebenar dan sehinggalah kepada
dia pada masa itu, saat berada di hadapan suaminya.
Tapi manusia takkan pernah lari
daripada melakukan kesilapan. Mungkin Umi, Abah, Mama, Papa, Em, ahli keluarga
dan rakan terdekatnya tahu perubahan Ann, tapi Ann juga masih lagi mempunyai
kekurangan. Barannya masih ada. Pernah dia menangis di depan suaminya, kerana
bencikan sikap sendiri yang baran sehingga memberi kesan buruk kepada orang
lain, tapi si suami tak pernah putus-putus memberi motivasi kepadanya untuk
berubah. Perubahan tidak dapat dilakukan secara terus, perlu
berperingkat-peringkat dan perlahan-lahan asalkan istiqamah. Itulah yang dia
pegang.
Em yang banyak membantu Ann
bangun belajar semula ilmu agama yang sudah lama dia pinggirkan. Rela si suami
berulang alik mengambilnya pulang setiap hujung minggu daripada asrama
semata-mata mahu belajar tentang agama bersama-sama. Buku-buku agama yang penuh
di rak bilik solat mereka pun mula diisi saat Ann menyuarakan niat untuk
belajar dari mula. Mereka sama-sama bertatih dan belajar daripada golongan yang
arif tentang agama.
Di asrama dia akan mencari waktu
untuk pergi ke perpustakaan seorang diri untuk membaca buku dan belajar tentang
agama. Di bilik, dia akan mencari waktu untuk membaca buku kerana tidak mahu
kawan-kawannya yang selama ini memandang Ann sebagai seorang yang bersosial,
tiba-tiba berubah. Pernah dia diejek oleh rakan lain yang mengatakan bahawa dia
sengaja menunjuk-nunjuk. Di bahu suaminya dia meluah segala-galanya dan kawan
baiknya tidak pernah putus-putus menyokong niat Ann. Ustazah, pensyarah
universiti yang menjadi guru agamanya pernah memberitahu, semakin kita mahu
berubah, semaking kita diuji untuk melihat sejauh mana kita kuat untuk melawan
dan tetap berubah untuk menjadi lebih baik.
Lamunan Ann terhenti saat Sofea
datang membawa al-Quran pelangi yang dihadiahkan oleh Em sewaktu ulang tahun
perkahwinan mereka yang ketiga. Em sendiri yang minta dia mengaji menggunakan
al-Quran itu.
“Mommy,
can you read this?”
Ann tersenyum melihat si anak. Al-Quran diambil dan dia mengangguk. Kemudian si
kecil kembali semula ke arah rak dan membelek semula buku-buku pelajarannya
yang sudah diselerakkan di lantai bilik itu.
“Sayang.. semua kita pernah
melalui peringkat itu. Peringkat kita jadi nakal, tapi sayang kena bersyukur
sebab masih lagi diberi peluang untuk kembali ke tempat yang betul. ingat, tak
semua kita dapat peluang untuk berubah. Ada yang meninggal dalam usia yang muda
dan tidak sempat untuk bertaubat. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan
kita sedar awal. Nak bertaubat, jangan tunggu tua kerana mati bukan ikut usia
kalau dah tua baru kita akan dicabut nyawa. Setiap hari, malaikat maut akan
datang kepada kita tau. Dan sebab itulah
kita kena didik Sofea dan adik-adik dia awal lagi supaya mereka tahu tentang
agama dan mempelajarinya dari awal.” Em tersenyum memandang isteri. Isteri yang
sentiasa perlukannya untuk terus berubah. Ini dah macam usrahnya kepada isteri
secara tidak langsung. Mata si isteri dilihatnya sudah berair. Cepat-cepat dia
mengalih perhatian si isteri.
“..Okay, malam ni saya akan masak
dinner alright? Kita makan western sikit lah eh. Meatballs and simple chicken chop! Nak
tak?” terus Em mengubah topik perbincangan mereka.
“Betul ke? I’m craving for chicken chop tadi. And I thought I couldn’t get any. Sekali tengok, suami offer masak western food lah! Macam mana awak tahu?” Ann tunjuk muka gembira
depan suami. Ann senang, nak laih perhatian dia bila dah mula emosi, kenalah
masuk kepada topik yang dia suka. Ada 3 F untuk menggembirakan Ann. Family, food and fashion. Fashion itu
termasuk dalam shopping.
“Because
I’m your husband. And I can read your mind sweetheart. Sebab hati saya kuat kat awak.
Apa awak rasa walaupun awak tak luah kat saya, saya tahu tau!” Cair Ann dengar
si suami cakap macam itu. Sudahlah cara pakaian suami memikat hatinya walaupun
tiap hari berpakaian yang sama semasa solat tapi tak pernah sekalipun dia bosan
melihat si suami bersongkok dan berkain pelikat. Irresistible feeling! Nasib baik azan Isyak sudah kedengaran, kalau
tidak sudah tentu dia peluk dan cium si suami yang berada di depan.
Sewaktu Em bertungkus lumus
menggantikan posisi Jamie Oliver di dapur, Ann pula melayan Sofea di kaunter
dapur. Kalau Em sedang memegang peralatan dapur, si anak pun ikut sama. Cuma
bezanya, Sofea pegang alat mainan peralatan dapur.
“Sayang, esok saya akan buatkan your favourite cheese cake sebagai
hadiah balas balik okay?” Janji Ann apabila dia memeluk pinggang suaminya yang
sedang mengatur suhu pada ketuhar.
Apron dibuka dan disangkut pada
hujung kabinet. Tangan Ann yang masih melingkari pinggangnya ditarik ke depan
menjadikan dia pula yang memeluk Ann dari belakang. Dagunya elok landing di bahu kanan si isteri.
“You must be tired for this whole week. Sure, I’ll massage you later sayang.”
Dia tersenyum.
Bunyi Sofea yang tiba-tiba
menangis membuatkan mereka sama-sama terkejut. Cepat-cepat Em berlari
mendapatkan si kecil yang terduduk jatuh kerana terkena kaki kerusi di kaunter
dapur. Entah bila Sofea bermain di kawasan kaunter pun mereka tidak perasan.
“Sayang, use the magic spell!” kata Ann yang sama-sama datang dan memeluk si
kecil yang menangis. Dahi Sofea dilihat terdapat kesan lebam kecil daripada
hantukan di kerusi itu. Patutlah si anak menangis terus, mesti sakit. Dahi
Sofea dipegang oleh Em.
“Tukang takang kaki pintu, budak
nakal memang begitu.. Fuhhhhh..” Ayat
magik yang Ann selalu dengar daripada Mama sewaktu masa dulu diulang semula
oleh Em. Memanglah tidak membantu untuk menyembuhkan, tapi cukup untuk
menenangkan si kecil secara psikologi. Namun pada kali itu, Sofea masih lagi
menangis.
“Shakitttt..” Sofea memegang
dahinya daripada dipegang oleh Em. Sekali lagi Em mengulang ayat magiknya
tetapi masih juga tidak berkesan.
“I
think we should bring her to the clinic.” Ann mula buat muka panik apabila Sofea masih lagi
menangis. Em memandang isterinya. Kalau dilihat, tidaklah teruk mana kesan di
dahi si anak dan tidak ada luka pun, cuma sedikit kesan lebam.
Em bangkit menuju ke peti sejuk.
Dia mengeluarkan beberapa ketul ais dari bahagian atas peti sejuk dan
meletakkan di dalam kain kecil. Seketika kemudian, dia kembali semula di
hadapan Ann dan Sofea.
“Tak teruk sangat la sayang. Tuam
dengan ais dekat lebam ni, then it should
be fine. Sofea nangis sebab dia sendiri terkejut ni. Plus, tengok muka Mommy dia, buat dia semakin panik.” Sempat Em
melawak di hadapan isterinya. Dahi Sofea dituam dengan ais dan seketika
kemudian Sofea sudah berhenti menangis cuma esakannya masih ada. Dahi si kecil
dicium oleh Em dan dia masih lagi mengulang ayat magik untuk menenangkan si
kecil.
“Fuhhhhh! Sofea kuat!” sekali
lagi dia meniup dahi Sofea.
“Hey
little girl, don’t cry.
Come kita makan meatballs okay.” Ann memujuk Sofea dan dibawa ke dalam pelukannya.
Basah bajunya sebab Sofea menangis memang elok landing di dadanya. Bajunya menjadi sasaran untuk si kecil mengelap
hingus dan air mata sehingga basah. Em kembali semula di dapur dan menyediakan
makanan mereka sementara Ann masih lagi memujuk Sofea. Sekejap dia berdiri mendukung
Sofea dan dicium berkali-kali, tapi Sofea masih lagi melayan tangisnya di bahu
Ann.
Sesudah Em menghidangkan makanan
di atas meja, dia mengambil Sofea daripada dukungan Ann.
“Manja sangat Sofea ni. Macam
mana nak jadi Kakak ni? Nanti adik tak dapat manja dengan Mommy Daddy macam
mana? Nak suruh nenek jaga?” ketawa Ann mendengar komen daripada Em. Padahal
mereka sendiri yang suka memanjakan anak mereka. Itulah cara mereka menunjukkan
kasih sayang mereka kepada anak. Sudahnya malam itu, makan Sofea tidak seperti
selalu kerana Em dan Ann sendiri bergilir-gilir menyuapkan si kecil. Selalunya
Sofea akan makan sendiri kerana mereka mahu melatih Sofea untuk berdikari dan
belajar tatacara harian dari awal lagi.
Tangisan Sofea pada awal pagi itu
mengejutkan lena Ann yang tidur di dalam pelukan suaminya. Berkelip-kelip
matanya dibuka tapi masih juga tidak mampu untuk bangkit kerana terlalu penat
selepas melayan Sofea yang pada mulanya enggan tidur. Dengan mata tertutup, dia
membangunkan si suami di sebelah.
“Yang.. sayangg..” dia menggosok
perlahan lengan si suami yang melingkari badannya. Sekejap sahaja Em bangun
apabila dipanggil oleh isterinya.
“…baby nangis. Tolong tengok please.”
Selepas bercakap begitu, mudah sahaja mata Ann terpejam semula. Tak pernah dia
rasa mengantuk sebegitu. Selalu dapat sahaja dia bangkit apabila Sofea menangis
pada tengah malam.
Em turun daripada katil dan
mengambil si kecil di atas katilnya sendiri di tepi katil dia dan Ann. Mulanya dia
menepuk belakang Sofea tapi masih lagi menangis. Kemudian, perlahan-lahan Sofea
dibaringkan di atas katil mereka, di antara bantal dia dan Ann.
“Sayang, jaga Sofea jap. Saya nak
buatkan susu dia.” Terus Ann memeluk tubuh Sofea di sebelahnya sementara Em
turun ke bawah untuk membuat susu Sofea. Sesekali tangannya mengusap belakang
Sofea walaupun mata masih lagi terpejam. Malam itu, Sofea tidur di antara Em
dan Ann sehingga ke pagi. Seljak beberapa bulan yang lalu, Sofea mula diajar
untuk tidur sendiri walaupun masih lagi berada di bilik yang sama. Untuk mengajar
Sofea berdikari, lagipun tidak lama lagi Sofea akan dapat adik. Mana boleh
tidur berempat di atas katil itu walaupun luas.
Sofea's bed. Just beside her parents' bed! |
Bangun pagi mereka pun dikejutkan
oleh Sofea yang membaringkan dirinya di atas badan Em. Kalau anak dah bangun, jangan harap mereka berdua
dapat menyambung tidur semula. Sofea ini dah macam alarm clock mereka yang sentiasa memastikan mereka tidak terlajak
tidur. Cukup masa dia akan menangis, tak pun turun daripada katilnya dan naik duduk
di atas badan Em yang masih tidur. Menjadi kebiasaan.
Terpandangkan pemandangan indah
sewaktu membuka matanya pagi itu, Ann tersenyum. Terus dia memeriksa semula
dahi si anak yang lebam semalam. Sudah mula berkurang. Padanlah Em tidak
membawa si kecil ke klinik semalam. Betullah kata Em, dia terlampau panik melihat
Sofea semalam sehinggakan Sofea jatuh sedikit pun nak dibawa ke klinik.
“Saya takut..” selepas mengemas
tempat tidur mereka, Ann terus meluahkan sesuatu kepada Em yang masih lagi
setia bermain dengan Sofea di hadapan TV bilik mereka. Em pandang wajah isteri
mendengarkan si isteri cakap perkataan “takut”.
“…takut kalau saya tak dapat
bahagikan kasih sayang yang sama rata dengan adik-adik Sofea macam kita layan
Sofea sekarang.” Ann mula duduk bersama Em dan bermain bersama Sofea.
“In sha Allah, kita akan lakukan
yang terbaik untuk mereka. Tak ada istilah berat sebelah sebab as parents, we know how exactly to teach our
children dan kasih sayang kita akan diberi sama rata sayang.” Jawapan yang
diberikan oleh Em tidak pernah mengecewakan Ann. Dia tersenyum dan mengangguk.
Dia pun berharap apa yang dikatakan oleh suaminya itu akan dapat ditunaikan.
“Dan saya takut nanti kalau Mama
tahu Sofea jatuh, kita sama-sama kena sembur.” Ketakutan kedua yang dinyatakan
oleh Ann membuatkan Em garu kepala. Dalam hati siap berkata, “Yang itu saya tak
boleh tolong bagi nasihat. Sure kena sembur.” Mereka berdua sama-sama ketawa.
Nasiblah.
p/s: Macam mana? Okay kah tidak? Jawab dan huraikan pada kotak komen okay? Saya sayang awak semua sorang-sorang. Hugs.
36 comments:
Assalamualaikum. Ann, oo Ann. Em rindu dkt Ann n Sofea. Sayanggg cinta hati daddy 2 org ni.
Ada orang mintak di karate tok. Please laaaa ok! Hahahaha
Salam Mohd Fahmi, adakah En Fahmi bapa kepada Sofea. romantiknya En Fahmi komen dkt Fateen.
Kak Habsah.
haa..fahmie..yaa ko duhal..oi pok boh polah kmk urg jelous dgn ayat ya..hahaha
(hamdi&ina)
haa..fahmie..yaa ko duhal..oi pok boh polah kmk urg jelous dgn ayat ya..hahaha
(hamdi&ina)
Hye cikgu fatin.
kacak novel kitak towk. kamek baru tauk dr kwn kmek.
angela
X ada pun kitak telefon kmk org di IPD ni fateen. Nasib kmk orang refresh blog Fateen terus temu part 7.
From Anak buah Tuan D.
Selamat Malam Puan Fateen.
Saya ada soalan untuk Puan Fatin.
Mohd Fahmi ini suami Puan Fatin ke?
Kalau X silap saya, saya kenal lelaki Puan Fatin ni. Sebelum tu, saya kenalkan diri saya. Saya, Encik Khairuddin.
whuawhuawhua.
Johor sedang membaca.....Harap Senyap!! hehehehe fateen kami nk lagi part 8.... (Y)
Puan Mery.
Saya suka dengan Sofea. Boleh beri tips atau panduan untuk saya didik anak saya yg semakin membesar. Walaupun saya selaku cikgu seharusnya berjaya menakluk hati kanak2. Tapi anak saya sendiri x dpt saya nak takluk.
Fahmie, ney komen aku tok mie. hehehehehehehehehehehe
(hamdi&ina)
Sorry, baru bangin tidurrr!
Kak Habsah,
takde kak, dia gurau je tu. takde kena mengena kak. hehehe :) thanks kak. peluk!
hamdi&ina,
eh, sikda la. nya suka berguro jk ya. :)
Angela,
Hi dear. Thanks sebab baca. Anyway, kawan ktk sapa? Mok tauk. Teruskan membaca okay. Peluk!
Anak buah tuan D @ ayah,
Hehehe, sikda num phone ne nak padah. Teruskan membaca. :)
Encik Khairuddin,
maaf, fahmi bukan suami saya lagi. saya masih lagi "Cik". hehehe :)
Orang Johor,
Thanks sayangs! Teruskan membaca dan ingat, saya sayang awak! :)
Puan Mery,
Cikgu? In sha Allah, nanti kerjaya kita akan sama. Hehe. Sofea itu adalah watak rekaan yang saya ambik inspirasi daripada orang sekeliling. Even belum lagi umur 2 tahun tapi dah pintar. Semua bermula daripada didikan ibu bapa dari dia kecil lagi dan bukan harapkan orang nak didik. early childhood edu is important kan? Ibu bapa perlu jadi role model kpd anak and thats the secret. even berkerjaya tapi anak jgn lupa. kalau kita dpt didik anak org, why not anak sendiri kan cikgu. ikut rentak mereka sebab kita tahu macam mana mereka so we know what exactly the dos and the don'ts. :) thanks for reading :)
Saya pernah menawarkan fahmi untuk bekerja dengan syarikat kami. Sekarang ni saya tertarik dengan novel sabar itu indah.
-Encik Khairuddin-
no telefon balai ambik. :)
Kamek orang semua bertugas di puncak borneo malam ini anak manja Tuan D. BTW, Em hansome!! ade dia td htr makan dkt Tuan D. hewhewhew
Encik Khairuddin,
Masya Allah, betul ke? Macam mana boleh tahu novel ni lepas tu tahu pulak dengan Fahmi? Tak sangka. Terima kasih encik sebab ada membaca dan terima kasih sebab pernah bagi peluang dengan Fahmi. In sha Allah, ada rezeki, ada jodoh, Fahmi dan syarikat encik akan bertemu. :)
Anak buah Ayah,
In sha Allah, kelak kmk mintak drpd ayah okay? :) Em memang handsome. tapi Fahmi ya cukuplah kmk sorang jak madah nya macam ya. Hahaha. Selamat bertugas. Ambik feel baca part tok berulang kali. Mun mok best gik, baca dari part 1 sampe ke part 7. Baruk ada feel :)
Okay Fahmie tu fateen. Ada class.... sebiji macam Em kan.
Anak buah Tuan D.
Bermula dari anak saya yang selalu membaca entri ini. Saya tengok gambar macam kenal dengan lelaki ini. Itu yang saya terus hantar komen kepada Cik Fateen. Sekarang ini, syarikat kami masih mencari peluang untuk Encik Fahmi berkhidmat dalam syarikat kami. Untuk makluman Cik Fateen, syarikat kami menawarkan kediaman percuma di Jepun dan segala perkhidmatan keluarga akan disediaka. Tapi Encik Fahmie perlu bersetuju dengan kontrak awal kami selama 5 tahun di Jepun.
Encik Khairuddin,
saya tak tahu macam mana nak beri feedback kepada encik. tapi in sha Allah, saya boleh tolong sampaikan kepada fahmi apa-apa pesanan encik. saya tak dapat nak cakap lebih sebab nampak public. jadi, saya sarankan encik emailkan kepada fahmi sendiri melalui email ini encik.
fateenfahmie@yahoo.com
jadi, kalau fahmi nak reply sebarang jawapan (either yes or no) dan apa-apa details lagi yang encik perlukan like number phone, dia boleh hantar melalui ini.
thanks sebab masih lagi beri perhatian dalam soal ini encik. :) *i'm happy for him*
memang kamek org baca dari mula. *tok kenak ada hadiah sebab penyokomg tetap ni..polah kedak Tuan D dengan kmk org ada hadiah mun kmk org capai target kerja....hiwhiwhiw
Anak buah ayah,
In sha Allah boleh! Tapi syarat utama, baca sampe novel tok tamat lok okay. Hehehe. Sik lamak gik abis la novel tok and mesti akan dirindui. :)
Aihhh...kenak awal habis??tok mok adu dkt Tuan D mun Fateen tamatkan awal...
Mun cerita sik abis alu sampe ke bila-bila lah kmk bererita tentang novel tok ajak. Hehehe
Dah kamek org padah dkt Tuan D, Tapi..hehehehehehe
Saya dah hantar email ke email yang Cik Fatin berikan. Sekian.
Encik Khai
Johor nak lagi~ Next part lagi~
Anak buah ayah,
tapi apa? ehehe
Johoreans,
In sha Allah. Doakan saya ada banyak masa dan idea datang dengan cepat ye :) teruskan membaca. terima kasih atas sokongan :) *peluk*
Encik Khairuddin,
Lepas ni saya akan check encik. :)
Kami doakan Fateen n Fahmie~
Bulan 4 nie kami htr rombongan group yang sokong Sabar Itu Indah.
(Johor lagi)
Lelah komen panjang2 tuk. Kamek orang cemburu dengan yang first komen dkt Part 7 ni. hehehe. Em is it?
Anak buah Tuan D
Johor!
Masya Allah, datang lah datang ramai-ramai. Nanti kita duduk sama-sama dekat Starbucks feeling Em dan Ann okay? :) Tapi lagi seronok kalau datang masa cuti sekolah sebab saya memang akan cuti! Waaaaaa, nak peluk sekarang boleh? :) Thank you thank you.
Anak buah ayah,
Aok, Em lah ya. Em versi kmk sorang. Hahahaha. Em ya sik boleh shar public kedak Em dalam cita tok :p
Em ya kitak malam tadi yg hantar makanan Tuan D kan?
share budi bicara pun boleh lah fateen anak manja Tuan D.
Kami ramai macam mane nk peluk ni?
yang perempuan ni boleh tp yang lelaki jangan nanti Em Fateen marah kan. Cikgu kami yg bagitahu tu.
Anak buah ayah,
Boleh in sha Allah. Kelak suruh nya selalu bermesra ngan kitak kat sia okay. Tegur jak nya, confirm nya akan lebih mesra. Hahahaha :)
Johor!
Mestilah saya akan tengok dulu, kalau perempuan sure peluk terus. Kalau lelaki tak lah. Or mungkin saya ada wakil tolong pelukkan, Fahmi! Ahahahaha. Awal cakap ni, kalau saya malu maknanya saya masih kena biasakan diri. Kalau saya peluk terus jadi hyperactive, jangan hairan pulak okay? Welcome to sabar Itu Indah's Club dearies. Nanti kita bukan open chat kat alam maya. Nak kenal sorang-sorang and buat sharing supaya awak semua pun oleh tolong saya carik idea untuk part seterusnya dan untuk cerita lain yang akan datang. In sha Allah :)
Johor!
Mestilah saya akan tengok dulu, kalau perempuan sure peluk terus. Kalau lelaki tak lah. Or mungkin saya ada wakil tolong pelukkan, Fahmi! Ahahahaha. Awal cakap ni, kalau saya malu maknanya saya masih kena biasakan diri. Kalau saya peluk terus jadi hyperactive, jangan hairan pulak okay? Welcome to sabar Itu Indah's Club dearies. Nanti kita bukan open chat kat alam maya. Nak kenal sorang-sorang and buat sharing supaya awak semua pun oleh tolong saya carik idea untuk part seterusnya dan untuk cerita lain yang akan datang. In sha Allah :)
Ada nya tegur.nya tanya ayah nya d sni...ada laki dkt sini padah Em kitak hansome...ciri2 yg d inginkan lelaki lain.
Post a Comment