Assalamualaikum and Hi! As promised, here I am. Posting my other pieces. Sorry for any inconvenience. By the way, I did not double check this cerpen, so ada typo, ayat melanggang, pardon me okay. I am dradfully exhausted with the obstacles. I think, the problem with the exams is still okay, but the drama between me and F is something that I can't stand with. Anytime, I can burst into tears. What a sensitive me. Biasalah kan, orang tengah tension stress memang mudah sangat nak macam ni. So, silalah membaca:
“Sayang, banyak lagi kerja yang nak dibuat?
“Yup,
masih ada few chapter lagi. Why?”
“You
want me to help you?”
“No,
thanks. Awak dah tolong tidurkan Mikhail pun dah kira membantu saya”. Aku
mengukir senyum berpaling menghadap si suami yang duduk di birai katil. Mikhail
sudah nyenyak tidur di dalam katil bayinya. Aku berada dalam tahun yang terakhir
pengajian di universiti. Suamiku pula telah menamatkan pengajiannya pada tahun
lepas. Kerana situasi aku sebagai pelajar sepenuh masa dan berada dalam tahun
yang terakhir menyebabkan rutin hidup kami bertiga bertukar corak. Hanya untuk
beberapa bulan sahaja sebelum aku menamatkan baki semester terakhir ini. Itu
aku pasti.
Kami
berkahwin atas dasar cinta, ingin menjaga batas, ingin menghalalkan hubungan
serta memaknakannya dengan ikatan perkahwinan. Untuk itu, kami tidak pula
mendapat tentangan daripada keluarga untuk berkahwin dalam usia muda. Senang
sahaja untuk kami menyampaikan niat di hati untuk berumahtangga 2 tahun yang
lalu. Pada ketika itu, aku baru sahaja berumur 21 tahun dan Am, suamiku berumur
22 tahun. Cabaran yang kami terpaksa hadapi adalah kami perlu hidup berdikari.
Sememangnya ibu bapa tidak mahu melihat anak mereka berada dalam kesusahan,
tapi jalan yang aku dan Am pilih adalah untuk berdikari atas dasar kami telah
berkahwin dalam usia muda. Itu cabaran yang kami sahut walaupun acap kali orang
tua kami menyuarakan niat ingin membantu kami dari segi kewangan dan tempat
tinggal sewaktu awal perkahwinan kami dulu.
Bagiku
dan Am, keputusan untuk berkahwin muda ini mengajar kami hidup berdikari tanpa
perlu bantuan ibu bapa kerana tanggungjawab itu telah bertukar. Atas usaha Am,
aku masih lagi belajar sehingga sekarang dan atas usaha suamiku juga, dia telah
menamatkan pelajarannya serta mendapat jawatan pekerjaan dengan cepat sejurus
selepas menamatkan pelajarannya dahulu.
Kehadiran
Mikhail 5 bulan yang lalu menambahkan seri dalam rumah kami. Sejak Am mendapat
tawaran bekerja, sebagai seorang Jurutera Mekanikal di sebuah anak syarikat
terbesar di ibu negara, kehidupan kami berubah rentak. Mula berubah kearah
kebaikan. Rezeki Mikhail, itulah kata kami sekiranya ada orang yang bertanya
tentang rezeki kami.
Bunyi
rengekan Mikhail mengejutkan aku. Hilang segala kenangan lalu, yang ada
hanyalah aku, Am dan Mikhail di dalam bilik yang telah dihias cantik mengikut
tema moden kontemporari. Aku lihat Am terus mendodoikan Mikhail tetapi tangisan
Mikhail yang berubah nyaring memmaksa aku menghentikan kerja lukisan plan aku
tadi.
“Sayang,
I think baby nak menyusu.”
Sapaan
si suami membuatkan aku bangkit dari kerusi dan pantas sahaja mengatur langkah
ke katil. Mikhail yang sedari tadi menangis
diangkat ke riba dan disusukan. Sesekali aku menepuknya. Am hanya memandang
tingkahku,
“Sayang.
Let me finish your work. You need some rest. Well, definitely you have to. Tak
lama rasanya kalau saya yang buat.” Aku mengangkat kepala.
“Janganlah
sayang. Let me do my works. Macam mana nak pandai kalau suami yang siapkan
kerja isteri. Lagipun dekat nak exam dah, kenalah practise lebih sikit.” kataku
sambil tersenyum memegang tangannya.
“No
sayang. Kali ni please let me help you. Mata sayang dah bengkak sebab tak cukup
tidur. Sayang tidurkan Mihail dan kemas kan apa-apa yang patut untuk ke kelas
esok, then tidur okay.” Arahan Am aku terima walaupun hatiku tidak setuju.
Bagiku sama sahaja, kami tetap akan keluar pada masa yang sama esok dan aku
yakin dia pun tidak kurang penatnya seperti aku. Setelah aku habis menggosok
pakaian untuk dipakai si suami pada keesokan harinya, aku terus membaringkan
diri di atas katil. Mudah sahaja aku melelapkan mata setelah Am berhenti
sekejap daripada membuat kerjaku dan memberikan ciuman kepada aku dan Mihkail
pada malam itu.
“Wake
up sweetie pie. Wake up” tangan Am yang mengusap wajahku sedikit sebanyak
mengganggu lenaku. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menyambung tidur, tapi
mengenangkan kewajipan kepada Tuhan, aku terus bangun dan menuju ke bilik
mandi. Selesai menunaikan Subuh bersama Am, aku lihat dia menangkat Mikhail
daripada katil bayi dan membawanya ke atas katil. Satu pemandangan yang indah
telahku. Sempat lagi Am tidur di atas katil memeluk Mikhail walaupun sebentar
lagi kami harus bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Aku berkira-kira,
agaknya pukul berapa Am tidur kerana dia jarang tidur selepas subuh. Selalu
sahaja dia mengingatkan aku agar tidak tidur selepas subuh kerana itu merupakan
satu amalan yang tidak elok. Lukisan di meja yang telah siap dilukis Am aku
kemas dengan segera.
Sarapan
aku sediakan seperti selalu, dan pakaian harian Mikhail aku sediakan dan terus
meletakkan di dalam beg Adidas kecil yang dibeli Uncle Ash nya bulan lalu.
Beginilah rutin kami bertiga, Am ke tempat kerjanya, aku akan ke universiti dan
Mikhail pula akan dijaga oleh datuk serta neneknya di rumah mereka. Sebaik
sahaja habis kuliah, aku akan menunggu Am datang menjemput di library. Dan kami
akan bersama-sama mengambil Mikhail semula di rumah datuk dan neneknya.
“Sayang?
Kenapa tak siap lagi ni? Saya nak bagi Mikhail mandi.” Segera aku kejutkan Am
yang nyenyak tidur padahal Mikhail entah bila sudah bangun di dalam pelukan
Daddynya. Am terus bangkit dan mengemaskan dirinya. Mengejutkan si suami
tidaklah susah seperti mengejutkan aku, dan kerana itulah kerjaku menjadi
mudah. Selesai menguruskan Mikhail dan bersarapan, dalam perjalanan menuju ke
rumah Mama, Am memberitahu bahawa dia diminta untuk bekerja di Abu Dhabi selama
setahun oleh pihak syarikatnya untuk menguruskan bahagian bengkel di sana. Sebenarnya,
dari semalam lagi dia ingin memberitahuku tetapi aku Nampak begitu sibuk dengan
lukisan plan untuk dihantar pada hari ini menyebabkan Am tidak jadi untuk
berbincang mengenai hal ini.
Dia
masih berkira-kira untuk pergi ke sana kerana dia mahu membawaku dengan Mikhail
sekali. Sejujurnya aku teruja tetapi apakan daya, aku perlu menghabiskan masa
belajar yang beberapa bulan sahaja lagi tinggal untuk tamat semester. Ruginya
sekiranya aku perlu menangguh setahun padahal dalam masa kurang 3 bulan aku
akan tamat belajar. Adakah aku perlu tinggal disini bersama anak kami sementara
baki beberapa bulan lagi aku belajar dan selepas itu aku akan mengikutnya
kesana? Hal itu yang bermain di fikiran ku semasa perjalanan ke universiti pagi
itu. Perbualan kami terhenti dan bergantung di situ sahaja sebaik sahaja aku
sampai di depan bangunan fakulti. Seperti biasa, tangan suami aku cium dan dia
pasti menghadiahkan aku satu ciuman di dahi. Lama aku memerhati Harrier hitam
yang selalu Am gunakan untuk ke kerja bergerak meninggalkanku sehingga tiada
lagi kelibat kelihatan.
Sejujurnya
sepanjang tempoh kuliah, aku tidak mampu memberi fokus kerana aku memikirkan
tentang apa yang baru aku tahu di dalam kereta pada pagi tadi. Ligat otakku
berfikir untuk mencari keputusan. Aku tahu, itulah impian kami, untuk merasa
peluang bekerja di negara orang. Mencari pengalaman dan kenangan. Tetapi yang
menjadi masalah yang kami dapat adalah, keadaan aku masih lagi belajar pada
semester akhir yang semakin hari semakin sibuk. Aku tahu Am boleh menolak
tawaran tersebut dan aku tahu itulah impian terbesarnya kerana dari situlah dia
mampu membuat hidup aku dan Mikhail menjadi lebih senang. Peluang tidak datang
berkali-kali. walaupun peluang pada masa depan ada tetapi tetap tidak sama
nilainya dengan yang ini. Aku telah nekad membuat keputusan yang akan aku
sampaikan kepada Am pada waktu balik kuliah pada hari itu.
“Sayang,
apa kata awak pergi ke Abu Dhabi dulu for the first 3 months and baby and me
akan ikut kemudian. Kalau nak tangguh pengajian saya, rasa sayang pulak dah
alang-alang last semester ni. Habis saya belajar nanti, saya pun dapat lah
apply untuk kerja sementara kat sana.” Aku menyurakan keputusanku kepada Am
sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta petang itu. Memang betul tekaanku. Cadangan
aku tidak diterima sama sekali oleh Am. Dia rela melepaskan peluang tersebut
daripada meninggalkan insan yang disayanginya untuk ke Abu Dhabi.
Aku
tekad, aku tidak mahu melihat Am melepaskan rezeki dan peluang yang selalu
dilepaskan kerana aku. Sebelum ini, dia pernah menolak tawaran kursus
perkapalan di pelantar minyak Terengganu selama enam bulan dan dia pernah
menolak kursus kejuruteraan di Jepun selama dua tahun. Semua itu kerana aku,
tidak mahu meninggalkan aku. Apatah lagi kini dengan kehadiran Mikhail Zafran. Melihat
kebahagiaan suami adalah satu anugerah terindah bagiku. Kali ini biarlah aku
beralah untuk kebahagiaan serta memenuhi impian Am sedari dulu lagi.
“Sayang,
saya takkan ingkar dengar awak. Saya juga bukan pentingkan diri. Bukankah kita
sama-sama mahu Berjaya dan menggembirakan hati orang tua kita dulu? Kalau saya
ikut sayang maknanya saya tak dapat grade within this year. Means saya ni tua
sebab belajar. Kalau sayang nak tunggu saya tak dapat pulak, sebab benda ni
kena pergi within this month. Tak boleh tangguh lagi dah kan since sayang
banyak kali dah tolak tawaran ni. Lagipun, saya dengan baby boleh je survive
for only 3 months. Mama papa kan ada untuk jenguk kami.” Pujukku.
“And
how about me? Missing my loves in Malaysia while I’m all alone in AD? Bukan tak
reti nak sediakan keperluan harian dengan sendiri, but since past 2 years, kita
tak pernah berjauh sayang apatah lagi saya tinggalkan sayang dalam masa yang
lama. Even only for the first 3 months. Sayang, you’re my co-pilot. Mana boleh
saya lakukan semuanya tanpa sayang and saya jugak pasti yang sayang pun macam
tu jugak kan?” kata-kata Am membuatkan aku mati akal. Aku telah memikirkan
semua itu tapi aku tetap mahukan impian besar suamiku tercapai.
Surat
pelantikan dengan gelaran Ir. untuk Am dibaca dengan teliti. Untuk itu Am wajib
menyiapkan tugasan utama sebaik sahaja menerima gelaran Ir dengan melapor diri
dan berkhidmat di Abu Dhabi selama setahun. Mendapat gelaran jurutera Ir dalam
usia yang muda memang banyak cabaran yang perlu dihadapi. Jadi, itu lah hakikat
sebenar yang menyebabkan Am perlu ke sana. Sekiranya aku tidak membaca surat di
dalam laci meja solek di dalam bilik sewaktu sedang mencari bil pada pagi itu,
sudah tentu aku tidak tahu bahawa tawaran kerja ini sebenarnya membawa Am
kepada satu pangkat yang besar. Aku bersyukur kerana itulah impian yang si
suami selalu lagukan sejak zaman belajar lagi. Sekali lagi, aku memasang
strategi agar Am akan pergi ke Abu Dhabi dan Mikail dengan aku akan tiggal
bersamanya sebaik sahaja aku habis belajar.
Petang
itu, aku lihat Am sedang gembira bermain bersama Mihail yang baru sahaja pandai
meniarap. Aku perlu memberitahu dia. Pada mulanya dia enggan menerima tetapi
aku sendiri yang mengemukakan syarat, dia wajib pergi dan pilihannya hanyalah
yang pertama aku dan Mikhail mengikut dia ke AD tetapi aku tidak akan
menyambung pelajaran walaupun setelah kembali semula ke Malaysia. Kedua pula,
aku akan ke sana dalam 3 bulan akan datang bersama Mikhail dengan janji, aku
telah menamatkan pelajaran dan akan mendapat segulung ijazah. Dalam terpaksa Am
juga akur lantas dia menyuruh Mak Usu yang tinggal seorang di kampung untuk
menemaniku di apartment kami selama tiga bulan ini. Untuk menemaniku yang
keseorangan bersama Mikhail pada waktu malam dan melihat serta menjaga kami
untuk dirinya. Dia berjanji kepada Mak Usu untuk memberi ganjaran sekiranya dia
bersetuju untuk menjaga Mikhail dan aku nanti.
Petang
ahad itu kami mengahantar Am di KLIA untuk berangkat ke Abu Dhabi. Mikhail
seperti tahu Daddy nya hendak bekerja jauh, terus sahaja merengek. Gugur juga
air mata mama dan papa melihat Am memeluk ku dan Mikhail. Kemas dan lama. Aku
basah dengan air mata namun senyuman aku hadiahkan kepada si suami yang aku
sayangi. Penuh dengan pesanan, sarat dengan kasih sayang dan rindu, aku
lepaskan Am pergi ke Abu Dhabi dengan air mata gembira dan rindu.
Malam
pertamaku sunyi tanpa teman di sisi. Selalunya dialah yang menjaga Mikhail
sewaktu aku bertungkus lumus dengan kerja yang semakin hari semakin banyak. Dia
juga yang banyak membantuku dengan urusan rumah. Yang paling utama adalah, dia
akan setia menemaniku di tengah malam, bercerita tentang banyak perkara dalam
masa aku mennyiapkan kerja-kerja tersebut. Sekarang aku perlu membiasakan diri
berseorangan. Hanya untuk 3 bulan. Mak Usu memang kerjanya untuk membantuku
dengan urusan rumah sahaja, susah macam mana sekalipun Mikhail tetap aku uruskan
sendiri. Walaupun aku harus berkejar ke hulu hilir. Biarlah puteraku yang satu
ini meneman aku saat Daddy nya tiada dalam masa 3 bulan ini.
Telefon
bordering membuatkanku cepat sahaja ingin menjawab panggilan masuk,
“Assalamualaikum
sayang, sayang dah makan? Are you okay? Where’s my hero?” soalan yang banyak
itu aku sambut dengan ketawa halus. Mikhail di tepi diusap sayang. Ada air
jernih yang jatuh di pipiku. Aku harus kuat dan inilah satu-satunya pengorbanan
ku kepada Am.
“Waalaikumsalam.
Sekarang dah pukul 1 pagi mana ada orang nak makan lagi. Dah kenyang dah pun.
Mummy dengan baby okay tapi agak sunyi sebab Daddy tak join buat rutin harian.
Hero Daddy dah tidur lena. Kali ni Mummy bagi chance baby tidur kat tempat
Daddy sebab Mummy nak carik bantal peluk versi kecik dan cute. Sayang tak tidur
lagi ke?”
“What?
Pukul 1 dah? Kenapa tak tidur lagi sayang. Kerja tu nanti boleh sambung. Nanti
penat yang. Mm. Penat yang dan nak tidur rehat dah sebenarnya tapi rasa pelik
sangat sebab 2 harta kesayangan takde kat tepi. Sunyi sangat tak dengar suara
harta kesayangan saya ketawa, happy semua tu. I miss you so badly.” Kata Am
yang membuatkan air mataku semakin laju mengalir.
Begitulah
rutin harian kami pada waktu malam setiap hari. Melaporkan aktiivti harian dan
meluahkan apa-apa masalah yang berlaku. Pada mulanya, kekok rasanya tiada suami
di sisi dan semua benda kena dilakukan dengan sendiri. Bangun sendiri, subuh
kesorangan, menjaga anak seorang diri dan memandu ke universiti seorang diri
tanpa dihantar.
Suatu
hari, sewaktu aku sedang menghadiri kuliah, Mama menelefon memberitahu Mikhail
demam dan menangis dengan teruk. Aku terpaksa meninggalkan kuliah begitu sahaja
kerana Mikhail penting daripada segala-galanya. Sampainya di rumah Mama, aku
terus membawa Mikhail ke klinik. Disebabkan bayi yang masih lagi lemah
antibodinya, doktor menyarankan Mikhail untuk mendapat rawatan susulan di wad
pediatrik. Kali pertama melihat anak yang baru sahaja berusia 6 bulan dicucuk
jarum untuk menambah air di badannya, hatiku jadi sayu. Kekuatanku hilang. Aku
menangis di luar wad kerana tidak mahu melihat pakar pediatrik sedang mencucuk
jarum di pergelangan tangan Mikhail. “Baby, kuatlah sayang..”itu sahaja yang
aku mampu ucapkan dalam tangis.
Mama
menyarankan aku memberitahu berita ini kepada Am tetapi aku enggan. Aku tidak
mahu prestasi kerja suamiku terganggu. Ditambah pula tiada orang di sisi dia
pada masa ini, apatah lagi kami berdua sama-sama memegang gelarana ibu bapa
yang masih muda dan tiada pengalaman dalam hal sebegini. Biarlah Mama ada
bersamaku dan membantuku. Aku tidak mahu Am susah hati dengan semua ini. Dan
seperti malam-malam sebelumnya, Am menelefonku.
“Dear
wife, is there’s something else that you wanna tell me? I miss you and you
sound sad? Why my dear?” itulah rasa suami, dapat membaca isi hati isteri.
“Eh,
mana ada. I’m okay sayang. Cuma flu and dah makan ubat dah. Sayang kena jaga
kesihatan diri tau. We miss you. Saya hanya rasa sunyi sebab 1 month dah tak
dapat peluk bantal busuk saya ni.” Bohongku. Setelah bertanya beberapa soalan
seperti selalu, aku segera meminta untuk memutuskan talian kerana tidak mahu Am
akan mengetahui bahawa aku membohonginya. Mujurlah Am tidak banyak tanya. Malam
itu aku menangis di tepi katil Mikhail,
merindui si suami dan menangisi kesakitan yang ditanggung si kecil.
Bersabarlah, kata hatiku. Hanya tinggal lebih kurang 2 bulan lagi.
Dua
hari selepas Mikhail dibenarkan keluar daripada wad, aku mengajak si anak
bermain di taman permainan apartment kami. Mak Usu baru sahaja pulang untuk
sehari dua ke kampung pada pagi itu kerana sudah sebulan dia tidak balik ke
rumah. Mama pula pergi ke Sabah sebab ikut Papa menghadiri kursus. Untuk
mengelakkan rasa sunyi, aku membawa Mikhail ke taman. Hendak ke shopping
complex, boleh tahan berasap telinga kalau Am tahu tak ada orang yang
menemanku. Last choice adalah swimming pool dan taman permainan and the best
choice is taman permainan. Aku kira kami bukanlah mahu bermain buaian atau
apa-apa alat permainan disitu, tapi lebih kepada menolak stroller Mikhail di
bawah cahaya matahari pagi yang segar. Terdapat juga beberapa orang kanak-kanak
yang bermain di situ bersama ibu bapa mereka. Hatiku berasa rindu dan sedih
kerana tiada orang yang menemanku.
Sewaktu
ingin menekan lif di apartment, dengan tidak sengaja aku terlanggar seorang
lelaki. Pada waktu itu aku masih lagi menunduk untuk mengambil alat mainan
Mikhail yang jatuh dari stroller.
“Sorry..”
ucapku pendek ketika masih lagi memandang Mikhail di dalam stroller. Alangkah
terkejutnya aku sewaktu mengangkat muka melihat wajah yang aku rindui di depan
mata. Tanpa mempedulikan sesiapa sahaja yang mungkin berada di situ, aku terus
memeluk Am. Rindu kepada suami sehingga tidak dapat aku luahkan. Aku menangis.
Dan Mikhail pun menangis sama. Segera Am angkat Mikhail dan memeluk kami
berdua. Pangawal keselamatan yang berada tidak jauh daripada kami hanya mampu
tersenyum melihat.
Pantas
sahaja Am membawa aku dan Mikhail balik ke rumah. Si suami pulang ke Malaysia.
Mummy dan baby merupakan orang yang paling gembira.
“Sayang
nampak kurus, tapi baby nampak comel. Sayang bagi isi badan dekat baby ke?”
gurau Am ketika kami baru sampai dirumah. Aku masih setia dalam pelukan Am
setelah Am menyimpan stroller ke dalam bilik pakaian. Aku hanya tersenyum
mendengar. Am, aku dan Mikhail. Itulah kami. Bahagia bagiku.
“Sayang,
there’s something that I want you to explain.” Kata Am yang mula beriak serius.
Tangannya cepat sahaja mencari sesuatu di dalam ipad. Kemudian dia menunjukkan
kepadaku. Aku terkejut. Ada email daripada pensyarah yang memberitahu tentang
beberapa perkara. Macam mana aku boleh lupa yang email aku turut diakses sama
oleh suaminku.
“First,
your lecturer emailed me tentang kehadiran you 3 hari berturut-turut tak datang
kuliah tanpa sebab. Second, two days ago, you are supposed to send your final
project punya portfolio, tapi tak hantar. Where have you been? Kenapa tak
hantar?” Tanya Am yang mula ragu-ragu. Aku mula diam dan menunduk. Mikhail
diribaku mula dialihkan oleh Am kedalam katil bayi di hadapan kami.
Sekembalinya Am disisiku, dia mengangkat dagu ku dan memaksa aku melihatnya.
“Sayang?
Kenapa ni?” Am mula risau setelah melihat mataku mula berair.
“I’m
such a failure. I can’t do these things all by myself. I need you dear hubby.
Tapi saya kena paksa diri saya supaya kuatkan diri. Untuk masa depan kita, masa
depan Mikhail.” Kataku dan masa itu aku hanya mampu memeluk Am sahaja. Aku tidak
dapat meluahkan apa yang sebenarnya terjadi.
“Can
you tell me sayang, apa yang jadi sebenarnya? Jangan nangis. I will never let
you down. Just tell me.” Am tetap memujuk.
“Baby
demam and masuk wad. I never experienced in this kind of situation, jadi saya
panic. I can’t do anything except for crying. Remember that day you asked me
kenapa macam tak okay. That’s the reason why. Saya taknak bagitahu sebab saya
taknak awak risau and menggangu kerja awak. Mama asked me to tell you tapi saya
tetap taknak. Masa masih dalam kuliah Mama call cakap baby demam and menangis,
then saya terus pecut pergi rumah Mama and bawak baby ke klinik. The doctor
sarankan baby kena tahan wad. Kena tambah air, kena cucuk jarum. Saya panic,
saya takut and saya hanya perlukan awak masa tu untuk sama-sama dengan saya.
Tak sampai hati tengok our baby kena buat macam tu. 2 hari lepas baru baby
keluar means, 3 hari lah baby kat klinik. Lama pun sebab baby taknak menyusu.
Dan saya memang bermalam kat wad dengan baby. I never leave him. Sebab tu saya
tak buat pun kerja saya. Assignment saya dah siap Cuma masa saya nak print and
hantar awal, ada problem apa ntah kat printer sayang, saya tak tahu nak baiki.
Sebab tu saya belum hantar lagi. So sorry sayang. Saya yang janji nak belajar
betul-betul tapi saya buat hal. Sampai lecturer kena email suarat amaran dengan
sayang.” Keluhku sambil mengelap air mata yang gugur. Am mengeluh dan
memandangku dengan penuh kasih sayang.
“Sayang,
you are such a wonderful young mother in the world. This is my fault. I left
you. Biarkan sayang hadapi semua ni. You’re strong sebab sayang masih kuat and
nampak hebat pada pandangan orang. Hmm, later I will call your lecturer and
explained about everything. Lepas ni sayang takleh risau lagi dah, and takleh
terganggu kalau nak belajar, sebab saya akan jaga baby kita.”
Aku
pelik dengan kata-kata Am. Lagaknya seperti bukan balik bercuti tapi macam dah
kekal di sini bersama aku dengan putera kami.
“What
do you mean? Jangan cakap sayang nak tolak benda ni lagi even dah sebulan kat
sana. Ingat sayang, saya mampu lagi bertahan dalam 2 bulan sementara nak tunggu
final..” kata-kataku tidak habis apabila Am mendekatkan mukanya ke arahku.
“Tak,
bukan tolak, tapi tangguh selama 2 bulan sahaja. Mereka luluskan. My wifey is
going to sit for her last semester test, jadi suami kena ambik port. Kena bagi
moral support and jadi Daddy mithali untuk jaga our little Mikhail so that dia
tak demam masuk wad lagi. Lepas settle semua, kita akan fly ke AD semula.
Sebulan dulu abang pergi untuk registration and kenal-kenal AD. AD best tapi
tak seronok kalau takde wife dengan anak sama. Kat sana nanti, sayang tak payah
risau, sebab haritu lagi mereka tolong uruskan rumah and kereta untuk kita. In
sha Allah, you are going to love AD.”
Aku
seolah-olah tidak percaya dengan bijaknya perancangan Am. Suami yang penuh
dengan kejutan. Datang ke Malaysia semula pun hendak memberikan kejutan, tapi
dia yang terkejut melihat tubuhku yang sedikit susut dan cerita Mikhail masuk
ke wad walaupun baru sebulan ditinggalkan. Dia nekad tidak akan meninggalkan
kami lagi selepas ini biar dia perlu berkorban segalanya. Itulah dia Adamku.
Hidupku
rasa bahagia dengan semua itu. Lantas tubuh suami dipeluk. Hari itu, Am membawa
aku dan Mikhail shopping di luar. Kerana terlalu penat, Mikhail mudah sahaja
tidur pada malam itu. Namun si kecil tetap nampak comel tidur dengan baju baru
yang dibeli oleh Daddynya di Abu Dhabi, tidur di antara aku dan Am. Biarlah dia
tidur bersama kami berdua untuk melepaskan rindu Am terhadap anaknya.
Entah
bila aku bangun pada pagi tu melihat Am sedang mengagah si kecil yang sudah
bangun di tepiku. Ya Allah, bahagia rasanya bagi diriku melihat anak dan suami
ada di sisi. Am terus mencium pipiku dan membawaku ke dalam pelukannya tatkala
melihatku yang baru berpisat-pisat bangun dari tidur. Cukuplah Am dan Mikhail
ada di sisiku, aku tetap rasa bahagia.
p/s: Seriously, mood swing takleh langsung belajar. Esok ada dua exams tapi sepatah haram yang dibaca macam tak lekat. I ended up with this cerpen. Copy paste! So, I do really hope you guys give me some feedbacks even you have to tell F but not me. Agak terasa tapi takpalah. This post macam serious kan? Mood memang takda nak menganjing so yeah, I forced myself to be more serious instead of melenting.
Till then, night and Assalamualaikum. Satu ja saya minta, doakan saya dipermudahkan untuk menjawab exam esok. Wallahualam.
1 comment:
Best ! :D
Post a Comment