Salamun salam and a very good days.. Gila sedih dengar lagu Rapuh. Touching. Fitrah manusia memang tak lari daripada jatuh cinta dengan pasangan yang bertentangan dengan mereka. Means? Lelaki kepada perempuan and vice versa. Tapi, perasaan cinta kepada Allah perlu melebihi perasaan kita sesama manusia. Sebab, Allah memberi kita perasaan ini dan sebagai hambaNya, perasaan ini perlulah ditunjukkan kepada Allah sebelum memberikan rasa itu kepada orang lain. #nangis jap.
Dengar lagu-lagu dari Opick ni kan memang touching habiss. And, InsyaAllah disitulah keinsafan itu aku dapat sedikit demi sedikit. Mula-mula dulu aku dengar lagu ni macam lagu untuk couple mouple tapi lama-lama aku dengar rupa-rupanya lagu ini untuk menggambarkan perasaan cinta seorang hamba kepada penciptanya iaitu, Allah. Ya Allah, berikanlah aku rasa keikhlasan di jiwa untuk menyayangi sesiapa sahaja kerana niat LillahiTaala.
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk terus kuat dan tabah dalam menempuhi hari-hariku yang mendatang. Tetapkanlah keimanan aku dengan keluargaku. Berikanlah aku keturunan yang darinya orang yang baik yang mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Kuatkanlah keimanan aku dan keluarga aku dan jauhilah kami daripada sebarang malapetaka. Tunjukkan sesuatu yang baik untuk kami dan lindungilah kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihi. Aminn Ya Rabbal Alaminn. :')
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
No comments:
Post a Comment