Salamun salam and a very good days.. Sebagai seorang hamba Allah, mengingati hari kematian adalah satu sunnah. Hal ini kerana dengan mengingati mati, kita dapat muhasabah diri dan berasa takut dengan segala pembalasan pada hari akhirat yang telah diceritakan dlaam Al-Quran. Kita juga mungkin mula untuk berubah atau berhijrah kepada seseorang yang lebih baik sebab kita ingin memperbaiki kelemahan kita dan kesilapan lampau kita. InsyaAllah.
Aku tak tahu dengan perasaan aku sendiri sejak dua menjak ni. Kerap memikirkan perkara ini. Mungkin pemikiran aku dimanipulasi oleh keadaan dan situasi sekeliling. Dalam menjadi musaffir di dunia ini aku memang ingin berubah kepada seorang yang lebih baik. Aku jahil dan banyak benda yang aku masih perlu pelajari dan dalami tentang Islam. Aku tak mahu hanya digelar sebagai seorang muslim tapi bukan seorang mukmin. Mungkin aku perlu pelajari dari dulu lagi tapi aku memang terlalu jahil dan leka dalam perihal dunia semata-mata.
********************************************************
Dalam post aku awal tahun ni, aku ada cerita pasal kenangan pahit dan manis semasa tahun 2011. 2011 telah banyak mengajar aku erti hidup sebenar sebab pada masa tu aku mula menjejakkan kaki ke alam universiti, mengenali sikap remaja luar yang sebenar masa join PLKN dan kenangan aku kehilangan 4 orang tersayang dalam keluarga aku. Peritt sangat rasanya. Sumpah, aku rindu Arwah Pakcik aku dan Arwah Abang Lukman, sepupu aku yang paling murah dengan senyuman. :') Aku tahu, tak baik kita ingat atau kenang orang yang dah pergi tapi sebagai seorang manusia, aku memang tak dapat lari daripada mengingati mereka dan rindu dengan mereka apatah lagi Arwah Pakcik aku yang aku sempat jaga beberapa hari sebelum dia pergi menghadap Illahi. Raya ini mesti suasana sunyi kat rumah nenek aku kat kampung. Selalunya Arwahlah yang akan buat lawak dan kacau-kacau anak sedara dia main-main kat kawasan rumah. :'/ Memang aku tak patut ceritakan tapi aku rasa aku takleh kawal dah perasaan ni. Niat aku nak ziarah kubur arwah masa raya ni dan sedekahkan Yassin kepada arwah. Semoga Allah memberi ketenangan kepadanya disana. Aminn.
# Never ask me about the feeling of losing one that you love or the one that close to you. Its hurt to miss them, wishing to meet them once again and repeat the past memories with them. Hanya Allah tahu betapa pada setiap hari aku berada dalam ketakutan untuk menghadapi hari-hariku kerana aku...... Ya Allah, please let the joy shine one that I love ya Allah. Aku redha dan pasrah atas segala ketentuanMu. Berilah kekuatan kepadaku untuk terus tabah dalam hidup ini. Aminn Ya Rabbalalamin.
Wallahualam and Assalammualaikum. La takhzan Fatin.
No comments:
Post a Comment