Monday, August 10, 2015

Pandangan Awam.

Assalamualaikum and Hi!


(Baca sampai habis. Tak rugi memberi pandangan di ruangan komen. Kita sama belajar.)

Sejak kebelakangan ni, suka sangat jadi migran sebab banyak berfikir. Teringin jugak nak jadi manusia yang tak banyak fikir dan tak ambik pusing pun tentang benda-benda yang berlaku di sekelilingnya. Tapi, sejak menjadi individu yang banyak "bercakap" melalui tulisan (sejak berblog, berFacebook, berTwitter, berInstagram dan yang sama waktu dengannya) tak boleh rasanya kalau jadi individu yang ignorant pasal pandangan manusia. 

Bijaknya manusia ni bila berkata kerana pandangan mata saja. Hati kurang rasa, mata sahaja yang bekerja, lahirlah kata-kata yang tak tahu kesahihannya. 

Kadang-kadang, bijaknya tangan menaip kata hati ni, sebab i) dengki dan ii) tak mampu untuk berada pada situasi sebenar seseorang itu. Be it, situasi buruk or baik. Yang situasi baik orang kita tak dapat nak ikut, mulalah nak buat spekulasi yang konon orang buat tu salah. Yang situasi buruk pulak, kita yang tak pernah merasa, sibuk nak keruhkan keadaan orang, kesusahan orang. Sikap manusia mana hilang ntah. Kadang-kadang, haiwan lagi punya perasaan. (Lihat dan rasa: situasi semasa)

Maaflah, yang kat atas adalah prolog bagi entri ni. Contoh situasi kat bawah okay. Cuba baca dengan hati, jawab dengan bijaknya akal yang diberi dan yang buruk, buang jauh-jauh. Yang baik, simpan untuk bekal setiap hari. Okay?

1. Scroll Instagram semalam and ternampak satu post yang si A like. Screencapture pandangan orang yang memberi pandangan. Pandangan beliau adalah tentang orang yang suka post gambar dia dengan suami, dia dengan anak, dia bahagianya kahwin awal. Salah ke tak? Tolong lah jawab sendiri ya. Satunya, sebelum nak memberi pandangan, ingat i) dia dah kahwin dan ii) Instagram tempat untuk post gambar bukan untuk upload dokumen assignment TESL Semester 6. Dan perspektif lainnya adalah, iii) kalau masa dia couple dulu, sibuk kata dia upload gambar boypreng / gepreng padahal tak sah lagi dan paling sentap (saya selalu kena!) entah kekal, entah kena tipu setengah jalan. Dan point to ponder lagi adalah, iv) instagram awak, memang awak upload mp3 dan bukan gambar eh? v) Instagram dicipta untuk upload gambar, (tapislah mana yang patut), Facebook dicipta untuk menghubungkan manusia sesama manusia dengan gambar, video, kata-kata, pesanan (tapislah mana yang rasa nak, mana yang rasa tak perlu), Twitter juga sama, blog (pilihlah sebagai medium apa pun. Perhatian: blog, kalau nak dijadikan diary, boleh di private, misalan tak mahu bagi orang baca.)


Situasi 1 di atas fikirkanlah sebelum nak memberi pandangan.

Kesian pada dia yang kahwin awal, dia yang ada anak, dia yang mahu membukukan kenagan manis pahit bersama kesayangan dengan mereka yang terbuka tangannya menerima dia dan keluarganya. Nampak logik? Tak nampak mana patutnya, bukankah ada butang unfollow, unfriend dan block di semua medium di atas? Berbuatlah demikian, jangan memberi pandangan salah. Jangan. Perasaan orang jaga. Kalau melalui pandangan anda cakap, kita jaga orang punya rasa, orang tak jaga rasa kita. Senang saja, orang  tak tahu mahu apa kita di Instagram di Facebook dan apa pun medium, orang tak tahu, tak usah beritahu. Hanya pilih siapa yang anda mahu. Si A tidak menepati kriteria orang yang perlu anda follow, maka unfollow. Unfollow pun kurang senang hati, maka block lah. Setelah di block, jangan lah dicanang dengan si B. Jangan. Hati A jaga sikit pun jadilah.

Tak susah nak baik dengan orang yang kita tak suka. Diam, sudah.

2) Drama rantaian. Melihat kepada Facebook sendiri, saya antara orangnya. Sensitif dengan situasi mengenai hati manusia. Kelas Beta ditindas Alpha. Hati senang sangat tersentuh. Malangnya, kebenaran lambat diketahui. Selalunya benar, selalunya salah. Selalunya ada tokok tambah. Satu cerita dikongsi berjuta, banyak perencah. Saya juga antara yang tertipu kerana hati mendahului logik. Selalunya atas dasar simpati dan empati.


Rujuk situasi 1. Ada lagi individu yang memberi pandangan tentang orang sebegini. Kenapa isu individu bawah umur melahirkan anak. Dikatakan, golongan kecil sekarang, membesar dengan gajet di tangan. Bila gajet ditangan, semua informasi dekat. Bila usia muda sudah memiliki akaun di media sosial, mereka dekat dengan apa sahaja yang diberitakan di media sosial. Tatkala melihat kepada situasi 1, mereka mungkin mempunyai rasa ingin tahu dan ingin mencuba dan akhirnya...

Jangan, jangan hanya bersandar pada kebahagiaan orang lain untuk kita mempertikaikan sesuatu yang sudah terjadi. Pandangan salah, kesian pada mangsa itu, kesian orang yang kahwin muda. Lihatlah kita, bila kahwin muda, disalah ertikan kebahagiaan yang dikongsikan, sudah berumur tapi belum berkahwin, apatah lagi. Belum lagi yang mahu berkahwin tapi masih dalam status gepreng / boypreng. Jangan bersandarkan pada media sosial semata-mata untuk membincangkan satu perkara. Tanya kita. Benda dapat dielak kalau kita memang tahu dan mahu mengelak. Memanglah anak muda susah untuk dikatakan mampu membezakan logik atau tidak, tapi kita? Semua bermula daripada kita. Besarkanlah mereka dengan benda selainnya. Kita dapat, jangan orang salahkan.

Kalau yang disalahkan adalah orang yang memang patut (hubungan belum sah instead of suami isteri muda), mampu juga kita mengiakan. Tapi tengoklah, orang yang dah berkahwin, dah ada anak yang muda, yang berusaha mengelakkan apa yang ditakutnya, itulah yang kita tunjukkan silapnya.



Dan bagi Sabar Itu Indah 2.0, setelah menulisnya, hati rasa macam tak perlulah menulis lagi. Orang kahwin muda, beranak muda, kongsi cerita di alam maya, seperti situasi 1, adalah watak dalam novel ini. Takut, takut nanti disalahertikan. Konon-konon, penulisan sekarang banyak mengajar yang bukan-bukan kepada anak muda. Anak muda takmahu mengejar pendidikan kerana nak ikut #relationshipgoals seperti dalam novel yang mereka baca.

Persepsi awam: kahwin masa belajar, terus tak habis belajar sebab beranak awal. Uruskan anak etc. Pesan yang ingin mengejar relationship goals juga (saya), ukur baju di badan sendiri. Cukup. Akal untuk berfikir. Belajar untuk menerima bila aturan kita sebenarnya dengan motivasikan diri, ada hikmah. Lambat kahwin, dapat fokus belajar dan grad dan kerja dan mak bapak merasa duit kita sepenuhnya. (Logiknya: Dia tahu kita tak mampu kahwin masa belajar, jadi lambat setahun dua pun tak salah). Orang yang kahwin masa belajar ni, sebab mereka mampu (bukan mampu DUIT tapi mampu mental dan fizikal). Jangan samakan situasi orang dengan kita. Persekitaran dan cara pemikiran kita dan orang kita tak sama. Terima. Larilah sampai kemana pun, kalau A dengan B, maka A dengan B jugalah satu masa nanti.

Kepada anda yang setia dengan SII, saya mintak pandangan anda, kiranya perlu saya hentikan, maka saya akan hentikan kerana takut satu masa nanti SII dijadikan contoh kepada situasi 1 yang kononnya membawa kepada masalah tertentu. SII mempunyai tempat istimewa di hati saya dan sebolehnya saya mahu elak semua ini. Sebelum berlaku apa-apa, berilah saya pandangan anda.

Satu juga sebab yang orang cakap, penulisan novel kita sekarang banyak yang tidak membentuk nilai dalam diri remaja. Jika SII ada, nyatakan dan berilah idea untuk saya baiki.


Sebab saya pasti, ada salahnya saya dalam SII.

(cerita terlalu perfect, nanti orang cakap jugak, cerita kita terlalu sempurna, anti-climax. Haihhh.. )

2 comments:

Anonymous said...

Assalam penulis. Kenapa bh tdak ada sabar itu indah lagi. Huhu kesian dkt kami ni internet ssh mau masuk dkt kpg. Rasa rindu dgn sii. Kami wakil kpg d sini harap penulis masih sambung lagi utk sii. Bah Nnt ada apa boleh kami telepon kh?

Fateen Kamarudin said...

Wasalam kesayangans, Kalau SII tak dihabiskan, dha tak macam novel dah nanti bah. Hehehehe. Nanti saya nak buat novel lain, in sha Allah best sama macam SII. Nak call atau mesej saya, boleh sajaaa. Minta saja no dengan Ummi Mia :)

Muahhh