Friday, August 7, 2015

Mari Berborak

Assalamualaikum and Hi!


Sejujurnya menjadi seorang guru tidak pernah langsung terlintas dalam diri. Kiranya sekarang, ku kejar cita-cita sampai ke menara gading kerana orang tua ku. Kalau diikutkan diri ini, lebih suka yang adventure, belajar kat U pilihan sejak kecik, lepas tu ambik bidang yang bukan dalam skop pendidikan. Lepas grade, while having my official pekerjaan, nak buat bisnes fashion line sendiri lah kononnya. Lepas tu berangan nak bukak Vintage Cafe, inspirasi air tangan bonda, ala-ala kampung style. Nak jugak jadi penulis novel or artikel dan yang paling tak sedar dirinya, nak jugak jadi model. Nasib baik model muslimah, kalau nak jadi model Victoria's Secret macam nak kena bagi sebijik kan? Nak travel around the world lagi. 


Nampak tak ketamakan seorang Fatin Kamarudin disitu?


Tapi aturan Allah sangat cantik. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Dia tahu mana takat kemampuan kita. Pun begitu, tuan-tuan dan puan-puan pembaca riang ria sekalian, janganlah putus untuk bermimpi sehingga ke bintang. Tak berbayar pun. Motivasi kepada diri. Mana tahu antara lists kat atas, ada jugak satu yang sangkut nanti. Kan? Ameen :)


Sebenarnya, nak kongsi pengalaman sendiri selama 4 tahun setengah dah belajar di tempat yang mana orang cakap sebagai U ni, banyak benda boleh nampak dah. Secara zahirnya lah. Memang lah once bukak mata tu dah memang nampak, tapi nampak disini sangat subjektif. 


(24 minutes before entering Year 5 class)


Susah jadi seorang yang bermain dengan alter ego ni. Susah jugak jadi orang yang banyak berfikir dan susah jugaklah nak adjust dengan benda yang baru kita nak tempuh dalam kitaran hidup ni. Bila berada di atas, start meriak. Dah dibawah tahu pulak nak merangkak. Baru nak reflect kehidupan lalu. Manusia oh manusia. 


Kadang-kadang bila banyak berfikir dan sel-sel otak mula berhubung lepas teguk Coca Cola ni, banyak pulak benda yang ditulis dalam personal notebook. Lepas tu, berangan lagi dan lagi, tapi kali ni nak buat buku macam puisi tepi jalan. Bahasa cool dengan mesej yang tersirat. Dapat lah mengajar dan berkongsi kecerdikan masing-masing untuk menilai hidup yang penuh liku-liku ni. Taknak lah jadi sasterawan lol, jadi pemikir bebas macam Faiz Ibrahim, Fynn Jamal, Nadhira Brundage or Dr. Anwar Fazal ke kan. Aktif dalam sosial media, berkongsi isi dan motivasi dengan generasi Y. Ecececeh, statement nak kena sekeh sikit!

Macam seronok pulak menulis gaya bebas macam entri ni. Selalu perasan cool guna English. Tak adalah sampai tahap tak sedar bahasa sendiri, cuma kalau guna bahasa mat salleh ni konon-konon mat salleh boleh baca lol. Padahal level tak sampai pun. Tapi tak sebenarnya, kekok menulis dalam BM ni sebab my everyday language is not BM nor BI. My official language is BMS (read: Bahasa Melayu Sarawak). Nampak tak statement ni buat orang rasa nak hempap kepala dengan kamus dewan sekali?

You see, I don't even know how to address myself in my BM entri because kalau guna "aku" macam kasar (mula dulu guna aku), guna "saya" macam dalam entri sebelum entri-entri mat salleh ni macam formal or mengada, nak address guna nama sendiri macam nak ketawa terbahak-bahak sebab perasan cute. Jadi, in my sentence, I always avoid making a sentence that address myself. And yeah, I always end up redo-ing the sentence in English. Like this!!! Hehehehehe. Maafkan patik.


Oh ya I have a question, kalau kalian semua diberi satu kuasa, dalam banyak-banyak perasaan, perasaan apa yang kalian nak hapuskan dalam dunia ni?

Because for me, nak hapuskan stress, marah, sedih, keras kepala, keras hati, keras jiwa, ketidakadilan dan sebagainya berubah ikut keadaan. Nampak tak ketamakan berlaku lagi disini. Hmmm. Nasib baik ada orang yang sentiasa bersabar.


So nak tahu tak trivia disebalik novel Sabar Itu Indah yang dah nak menjangkau usia 2 tahun ni?

- Tajuk diambil daripada kata-kata yang F selalu bagi masa down.
- Ayat terakhir dalam part 15 Sabar Itu Indah ditujukan kepada F.
- Inspirasi menulis utamanya daripada Mak yang berkorban minat demi keluarga tsktsktsk. 
- Dorongan menulis datangnya daripada feedback / komen anda selepas membaca Sabar Itu Indah.
- Lepas post latest update Sabar Itu Indah, I'll share it in my personal account on FB tapi custom viewers taknak bagi parents baca sebab malu. Nanti kalau dah dibukukan baru bagi baca. Sekarang taknak sebab segan sebab my dad once baca one of the parts and I ended up blushing and rasa nak delete lols lagi.

(1 hour after my lesson)

I think I lost my words dy because lupa dah nak cakap apa. Tadi bukan main lah nak jadi penulis konon. Sekarang dah tak tahu nak cakap-sebab-tu-tak-suka-bila-ada-transition-bila-menulis.

Masa berborak tamat. Kalau ada soalan sila tanya. Kalau tak tanya, maka tak tahulah anda.



Till then. Love mucho xx

F girl version

2 comments:

Fateen Kamarudin said...

Thanks kak fiqa. Hahahahah pelik asa kamek, senior dikpun komen. Gigih carik sapa mpun dirik tek duhal ex-senior. Makseh kak, teruskan membaca! :)

FARNA DATO' K said...

Assalam and hi akak!so weolls adala pmint setia akak.nak tandatangan bole.hehe so fana ni suke cakap dgn cikgu tau.so tadi cikgu kpd fana ckp yg adik die suke bace cerpen akak.so fana pon macam cari la sapa empunya karya.fana pon search.tup tap jumpe.aih comel je:p.fana taksabar tggu novel ni dibukukan.hmm salam sayang dr fana.fana berasal dr Bukit Ru.hehehe.