Setelah berkurun berhabuk, finally, Part 15 siap! Mind you, this isn't over. Yet. Ada epilog but I can't promise you bila nak post the closure of the novel. Sudi-sudikanlah diri meninggalkan komen because soon, this will be deleted like the other parts as well. In sha Allah, nak cuba nasib. Mana tahu dapat dibukukan. Kalau tak dapat, tak apa. Kita letak sini semula untuk sama-sama ber-KLMJ dengan Em, Ann, Sofea dan Faiq, alright?
Happy reading kesayangan sekalian..
Part 15
Sejak seminggu yang lalu, Ann
asyik berulang alik daripada rumah Izah dengan memandu sendiri. Nasib baiklah
suaminya sudah mula mempercayainya dan memberikan kebenaran untuk dia memandu tanpa
ada orang dewasa disebelahnya.
Sebelum ini, memang Em dan
Izahlah yang akan menjadi pemandu rasminya kalau nak ke hulu ke hilir. Yang
paling seronoknya, Em sudah membenarkannya memandu dengan membawa penumpang
setianya iaitu Sofea dan Faiq. Walaupun Faiq sudah pandai berjalan selangkah
dua, tapi Faiq tak susah untuk dijaga. Dalam kereta pun duduk diam-diam di
tempat duduk bayinya sendiri bersebelahan Sofea.
Lagi mudah dia memandu apabila
kedua-dua Sofea dan Faiq fokus bermain ipad di tempat duduk belakang. Banyak
sangat chromosome Em dalam badan anak-anaknya, patutlah perangai ikut Em. Tak
banyak susahkan orang disekeliling.
Baru keluar daripada kawasan
perumahan mereka, Em sudah mula menelefon.
“Rumah dah kunci? Babies are behaving good in the car? You’re driving not more than 80km per hour, right?” Oh, anak dah dua tapi perangai paranoid Em tak pernah berkurang. Makin paranoid adalah.
“So, I take that questions as a
greeting from you lah ya wahai suami. And yeah, good afternoon and
Waalaikumsalam.” Em ketawa di hujung talian. Pagi tadi hanya sempat bagi goodbye
kiss dengan Ann dan anak-anak mereka bila dia kena bangun sendiri, buat sarapan
sendiri dan turun kerja tanpa dihantar sehingga ke depan pintu rumah. Sebab
kesian sangat tengok isterinya penat membantu membuat persiapan di rumah Izah,
dia bagi peluang Ann berehat puas-puas.
Nak kata Ann ni lepas
tanggungjawab terhadapnya semata-mata untuk membantu Izah, memang tak. Dia
faham yang ikatan Izah dan Ann dah macam adik-beradik dan masing-masing banyak
membantu dalam apa jua keadaan. Malam tadi pun Ann dah gosok kemeja kerjanya.
Pagi tadi pun Ann yang bangunkan dia untuk solat berjemaah.
“Afternoon and Assalamualaikum
young Mommy. So please, jawab soalan saya.”
“Rumah dah kunci lepas Mak Yaa
keluar sama saya tadi. Sofea and Faiq are behaving very very well and hadlaju
saya sekarang adalah 80km/h.” Sebenarnya tak adalah Ann nak memandu 80km/j
setiap masa, tapi purata hadlajunya masih dalam lingkungan yang sama. Well,
safety first! Lagipun lama dah tak memandu, haruslah konsepnya berhati-hati di
jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.
“Good! Saya nak pergi meeting and
lepas tu saya nak ke pelabuhan dengan Haris tengok barang. So yeah, I love you.
I gotta go. Miss you sayang.”
“Miss you too, love you too.” Ann
tersenyum. Hari-hari boleh cair dengan keprihatinan suaminya.
“Love you, Daddy.” Sofea dari
tempat duduk belakang menyambung.
“Daaaaa-Deeeee” Faiq hanya
menyebut perkataan terakhir yang disebut Sofea.
Em dan Ann sama-sama ketawa. Faiq sudah mula bercakap walaupun bila
bercakap, kedengaran seperti Faiq bercakap dalam bahasa asing.
“And of course Daddy sayang Sofea
dan Faiq. Take care, sayang.”
Sampai sahaja di rumah Izah, Ann membantu membuat hiasan dalam rumah. Maaflah, bukan pelamin atau hiasan bilik, tapi bahagian dia adalah dulang-dulang. Faiq dan Sofea pula dijaga Izah untuk menghilangkan rasa bosan duduk berkurung dalam bilik. Hari itu bermula hari izah dikurung sebelum bergelar isteri kepada Hazwan. Sebenarnya Ann pun kurang pasti tentang pantang larang yang dia pernah ikut dulu.
Darah manis? Darah ada gula ke? Apa-apalah, asalkan Izah dapat berkahwin dan bahagia.
“Dude, they are going to put
henna on my fingers. you want to put it too?” Izah datang memimpin tangan Faiq
ke arahnya yang masih tekun menggubah bunga di atas dulang.
“You know my answer, right? So…
main jauh-jauh.”
“Don’t you want to reminisce
those days.. you know, masa kau kahwin dulu? That’s the first and last I saw
you let people put henna on your fingers.”
“That’s right and again, my
answer is still the same. Cukup lah sekali seumur hidup. I’m not tamak, by the
way.”
“Eleh, bukan tamak tapi taknak!
Dulu pun kena paksa semua orang baru nak pakai. Macamlah benda tu buat kau
sakit.”
“Eh, sukahati akulah nak ke
taknak ke. Bukan aku yang kahwin sekarang, tapi kau. So, dipersilakan duduk
diam-diam dan biarkan tangan kau kena lukis. Nanti nyamuk gigit, jangan mintak
tolong aku.”
“Berkiranya! Jom lah teman aku.
Cousins aku semua cakap pasal Kpop. Aku mana minat Kpop,tak tahu nak interrupt
masa cakap. Kau tinggal satu dulang lagi kan, so tak apalah.” Tangan Ann
ditarik menuju ke bahagian depan untuk menemani Izah. Yang lain memang ikut
sama nak corakkan tangan masing-masing tapi bukan Ann.
Izah siap umpan dia dengan tunjuk gambar corak yang cantik-cantik tapi Ann tetap menggeleng kepala. Memang taknak. Tak payah paksa, bagi duit pun dia taknak jugak. Masing-masing ada minat masing-masing. Satu je yang dia epic fail jadi golongan muda. Tak suka pakai henna.
“Mommy, what’s that?” Susah anak mat salleh dari Malaysia ni ada. Banyak soal kalau tengok benda yang dia tak pernah lihat.
“They put watercolour on Mama
Ijah’s fingers and draw some flowers too.” Sukahati dia cakap watercolour. Tak
apalah, dia sendiri pun tak tahu apa benda yang digunakan. Dakwat eh? Terasa
teruk diri Ann melihat dia yang sungguh noob.
Si anak yang mendengar hanya mengangguk sahaja apabila dia menerangkan. Nak bagi Sofea ikut sama memang mustahillah. Terlalu muda untuk Sofea ikut benda sebegitu dan si anak sendiri cakap “No” bila Izah tunjuk tangan ke arahnya. Nasib baik!
Belah Hazwan memang tak banyak buat persediaan macam Izah sekarang. Hazwan hanya perlu sibuk sewaktu majlis resepsi pihak lelaki sahaja. Tapi Izah, dari minggu lepas dah sibuk dengan macam-macam majlis. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup, in sha Allah. Biarpun banyak mengeluarkan belanja, namun belum lagi sampai ke tahap membazir kerana pada masa yang sama, majlis itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan kedua-dua keluarga yang jarang berjumpa, dan mengeratkan lagi hubungan kejiranan. Kalau tinggal di kawasan perumahan lain caranya dari hidup di kampung.
Cukup masa, Ann meminta diri untuk pulang ke rumah. Esok Izah akan menjadi isteri yang sah kepada Hazwan. Rasa sentimental datang tiba-tiba bila Izah memeluknya sebelum dia berangkat pulang malam itu. Macam nak hantar Whatsapp kat suaminya, nak mintak kebenaran tidur dengan Izah semalam, tapi dia pun mempunyai tanggungjawab terhadap suaminya. Em dan Hazwan kamceng gila, tapi tak adalah sampai nak bermalam di rumah. Cukup dengan bachelorette party minggu lepas di apartment Hazwan sendiri.
Walaupun buat party di rumah Hazwan, tapi Hazwan sendiri tak tahu. Senyap-senyap duplicate kunci rumah Hazwan dengan bantuan Izah, tapau cupcake dari rumah hasil buatan isterinya, Em angkut sedozen kawan-kawan zaman sekolah mereka ke rumah Hazwan. Pizza dipesan awal-awal. Taknak penatkan Ann buat makanan banyak-banyak dan cake chocolate moist dari Secret Recipe.
Bila Hazwan bukak pintu rumah,
semua sepakat baling cake kat muka Hazwan. Beli cake mahal-mahal tapi senang
nak buang macam tu. Sekali-sekala jadi bad boys. Dalam hidup, tak payah nak
amalkan konsep, ‘why so serious?’ sangat.
“Mommy, nak tiramisu please.” Sofea yang baru lepas dilap badannya dan ditukar kepada baju tidur, tiba-tiba menyuarakan keinginan hati. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Nak suruh suaminya tapau kat ikea ataupun mana-mana bakery, macam tak sempat je.
“Mana nak carik tiramisu
malam-malam macam ni sayang? Esok boleh tak?” tangannya naik membetulkan baju
si anak.
“KFC, mommy. Kakak at rumah Mama
Ijah told me.” Biar betul KFC ada tiramisu? Ke Sofea kena kelentong dengan anak
saudara Izah sewaktu dia disuap sama dengan tiramisu tadi. Demi anak, dia ingin
mencuba nasib dengan menyuruh suaminya mencari di luar. Cepat-cepat dia mendail
nombor telefon Em sebelum Em balik ke rumah.
“Dah habis meeting?” Soalan main terjah daripada isterinya membuatkan Em ketawa. Baru nak telefon Ann cakap dia dah nak balik rumah.
“Baru habis, sayang. Baru nak start enjin kereta.”
“Sofea nak makan tiramisu. Kat
KFC ada. According to anak buah Izah lah. Try carik kalau dia betul-betul ada
ke tak. Kesian pulak tengok dia nak makan malam-malam macam ni.”
“Alright then. Saya try tengok
kat KFC depan office. Tunggu dalam setengah jam, saya balik rumah okay. Love
you.” selepas tamat berbual dengan isterinya, Em terus memandu ke KFC di
seberang pejabatnya.
Memang betul kata anak saudara Izah, sekarang KFC ada makanan tambahan baru. Ada tiga dessert baru yang disediakan, tapi tiramisu dibelinya. Siap tapau 4 sekali. Bolehlah Sofea tambah kalau masih nak makan. Kalau dia, memang tak ngam dengan benda bergula ni. Sofea ni pun makan kira berkala. Taknak si anak terbiasa dengan pemakanan yang kurang sihat.
Memang betul kata anak saudara Izah, sekarang KFC ada makanan tambahan baru. Ada tiga dessert baru yang disediakan, tapi tiramisu dibelinya. Siap tapau 4 sekali. Bolehlah Sofea tambah kalau masih nak makan. Kalau dia, memang tak ngam dengan benda bergula ni. Sofea ni pun makan kira berkala. Taknak si anak terbiasa dengan pemakanan yang kurang sihat.
Sofea yang duduk bersandar di sofa ruang tamu setia menunggu kepulangan Em. Penat-penat seharian bekerja pun hilang bila bukak pintu rumah nampak orang tersayang menunggunya. Faiq pun masih bangun walaupun sudah lewat. Berjalan dua tiga langkah dan jatuh berulang kali. Budak-budak tak reti penat. Kalau dia, boleh-boleh terbongkang terus di atas katil kalau dah penat bekerja.
“I miss you.” Ucap Em sewaktu Ann sedang menyuap tiramisu ke mulutnya. Serius manis. Tengok anak beruang makan depan TV sambil menonton High 5 slumber badak muka. Yang dia makan sesudu tu dah rasa nak telan air kosong segelen untuk meneutralkan tekak. Kalau tak kerana disuap isterinya tadi, dia memang takkan hadap manisan itu tengah-tengah malam begini.
“I miss you too. Penat tak?” soalan cepumas daripada Ann dijawab dengan anggukan.
“Tak apa. Awak mandi dulu, lepas
ni, saya urut. Anak-anak nanti kita tidurkan sama-sama. Esok pun kita kena
bangun awal sebab esok kita kena jadi orang kanan Izah dan Hazwan.” Em menepuk
dahinya. Terlupa sebentar dengan aktiviti mereka esok. Disebabkan terlalu sibuk
menghabiskan kerja sebelum mereka bercuti nanti, tarikh akad nikah kawan
sendiri pun dia boleh lupa.
Butang kemejanya dibuka. Meniarap di depan Faiq yang duduk membelek mainan di depan mata. Satu.. dua.. tiga.. sehingga lima puluh kali Em push up di depan Faiq dan membuatkan anaknya ketawa. Tiramisu yang sudah habis dimakan Sofea diberikan kepada Ann saat melihat Em mengira dari satu sehinggalah lima puluh, Sofea turut sama mengira. Hish, memang tak tahu istilah penatlah Em kalau dah jumpa anak-anaknya.
“Awak tak penat ke?” tanya Ann bila Em mengangkat Sofea dan Faiq macam work out dengan menggunakan dumbbell.
“Saya sibuk sangat sampai tak ada
masa nak exercise. Lagipun makan saya tak control lately. Macam ni je lah cara
saya nak workout sambil menghiburkan anak.” Workout pada malam itu ada niat
lain sebenarnya. Nak bagi anak-anak penat bermain dengannya sebelum bermanja
dengan isterinya. Ann cakap nak urut, haruslah dia rasa gembira sebab badan dia
rasa lenguh sangat sejak kebelakangan ini. Nanti dapatlah dating dengan Ann
tanpa gangguan.
Keluar daripada bilik mandi, Sofea dan Faiq sudah tidur. Tersenyum dengan usaha sendiri berhasil. Bagi anak-anak main, layankan sahaja sampai mereka penat. Lepas tu bagi susu, terus terbongkang. Dia pun nak juga dilayan lebih masa penat-penat balik bekerja.
Ann bangkit dari katil apabila Em sudah tidur nyenyak. Belum sampai setengah jam dia dan Em dating, bersungguh-sungguh dia bercerita tentang apa yang dilakukannya di rumah Izah pada hari itu, tidak mendapat respon daripada Em. Sekali tilik, suaminya sudah nyenyak tidur. Baju untuk mereka berempat esok hari sudah siap digosok beberapa hari lalu. Dia tinggal nak pasangkan eksesori pada bajunya dan Sofea.
Saat menatap wajah suaminya, jatuh kasihan dihati Ann. Hanya dua bulan bekerja di syarikat guaman Mel, Ann bagi notis perletakan jawatan. Setelah berbincang dengan Em, dia bercadang mahu menjadi surirumah sepenuh masa. Em hanya bersetuju dan menggalakkan Ann melakukan sesuatu yang lain untuk kepuasan sendiri. Setelah berfikir, dia menyuarakan keinginan ingin menulis artikel tentang isu dalam bidang kerjanya. Artikel yang banyak ditulisnya selama ini dihantar untuk disiarkan dalam ruangan rasmi dalam majalah. Tak adalah Ann rasa sia-sia mencari pengalaman dalam perundangan bila dia menjadi suara kepada masalah diluar dan berkongsi pendapatnya kepada orang.
Suaminya menjadi penyokong setia dan sentiasa menjadi yang pertama dalam menilai dan membaca artikel hasil usahanya. Duit yang diperolehi hasil menulis tidaklah semewah gaji dia bekerja dengan Mel, tapi cukup memberikan kepuasan. Dalam bekerja separuh masa, Ann dapat melihat anak-anaknya membesar depan mata dan tanggungjawab terhadap suaminya diberikan perhatian seratus peratus.
“Kenapa lama sangat berdiri kat situ?” suara Em mematikan lamunan Ann.
“Aik, tadi dah tidur. Kenapa
bangun balik?” Ann menyambung kerja memasang aksesori pada bajunya yang
tergantung di dinding.
“Saya nak sambung workout.” Faham
sangat dengan maksud suaminya, Ann berpaling memandang Em di katil. Malam ni
ulat bulu tak boleh naik daun. Esok kena bangun awal, siap apa yang patut dan
tolong di rumah Izah sebelum majlis bermula.
“Boleh tak kalau saya cakap taknak?”
Dia tahu, berdosa menolak ajakan suami tapi dia betul-betul berharap suaminya
faham.
“5 minutes.. promise!” Em
mengangkat tangan kanannya.
“Bukan saya tak tahu. 5 minutes
awak jadi 5 jam!” Ann berpura-pura masuk ke dalam walk-in-workdrobe untuk menyembunyikan
tawanya. Em pula mengekorinya dari belakang dan menarik tangannya menuju ke
katil.
“No, you don’t get what I mean.
Here..” dia memaksa Ann berbaring di atas katil. Ann terpaksa menutup matanya.
Lama dia menutup matanya dan mendengar Em ketawa sebelum membuka semula apabila
mendengar Em mengira sama seperti dengan Faiq tadi. Kali ini, Em betul-betul
berbaring menghadap mukanya.
“One, two, three, four, five…” Oh, sungguh cair melihat suami workout di depan matanya. Setiap kiraan Em akan mencium dahi Ann dan pada masa yang sama, dia membuat push up. Selesai kiraan yang ke lima puluh, Em berbaring di tepi Ann.
“Wow… mana kutip ilham workout
macam ni?” Ann memandang suaminya penuh minat. Peluh di dahi Em betul-betul
membuatkan Em nampak macho. Cair hatinya untuk kali yang ke 130310 kali.
“Saya ni superman. Tak payah curi
ilham orang kalau nak workout dengan penuh kasih sayang. Bahagia saya tengok
awak masa saya workout. Awak adalah semangat saya, kenalah pandang selalu untuk
maintain semangat dan stamina nak exercise.” Serius bila Em dah suruh dia
baring tadi, ingatkan ulat dah naik daun. Tapi Em betul-betul maksudkan workout
yang sebenarnya bila dia push up lima puluh kali di depannya.
“Sayang..”
“Hmm?”
“I think it’s about time..” Ann
mengukir senyuman. Dalam maknanya apa yang disampaikannya itu.
“What?”
“Saya taknak ambik pill lagi.” Saat mendengar kata-kata Ann itu, Em rasa gembira sangat-sangat. Masa melihat keputusan air kencing Ann dulu, ada sedikit kekecewaan dihatinya kerana Ann tidak positif mengandung, tapi sekarang Ann sendiri yang menyuarakan niat dihati. Dia memang mahukan anak lagi tapi dia tak akan memaksa Ann selagi Ann belum bersedia untuk menambah ahli baru.
“Saya taknak ambik pill lagi.” Saat mendengar kata-kata Ann itu, Em rasa gembira sangat-sangat. Masa melihat keputusan air kencing Ann dulu, ada sedikit kekecewaan dihatinya kerana Ann tidak positif mengandung, tapi sekarang Ann sendiri yang menyuarakan niat dihati. Dia memang mahukan anak lagi tapi dia tak akan memaksa Ann selagi Ann belum bersedia untuk menambah ahli baru.
Ann dan Em hanya tidur beberapa jam sahaja sebelum majlis akad Izah dan Hazwan. Bila tengok eyebag dibawah lingkaran matanya, Ann terus letak hirisan timun untuk mengurangkan bengkak kurang tidur di matanya. Selesai menyediakan sarapan barulah Ann membangunkan si suami yang curi-curi tidur di atas sofa ruang tamu selepas subuh tadi dengan anak-anaknya. Seperti biasa, Em dulu mandi, kemudian Ann dan barulah anak-anak mereka.
Datang sahaja ke rumah Izah, sudah banyak tetamu yang mula membanjiri halaman rumah ibu bapanya. Ann terus memimpin tangan Sofea naik ke tingkat atas untuk menjenguk Izah, manakala Em dan Faiq menunggu pihak lelaki di luar rumah kerana Em juga wakil daripada Hazwan.
Alkisahnya Em sebenarnya adalah bestman Hazwan dan Ann adalah maid of honor Izah, tapi bila mengenangkan Em Junior dan Ann Junior ada menyelit, mereka terpaksa melepaskan tanggungjawab yang diberi. Nanti sibuk-sibuk pulak anak mereka ikut sekali, boleh jadi huru-hara majlis orang. Baik mereka surrender awal-awal.
Tatkala mendengar perkataan ‘SAH’ daripada saksi, maka sahlah Dr. Izah Faraheen Hanafi menjadi isteri kepada Dr. Hazwan Afiq bin Nasruddin. Mereka keduanya terus berlalu ke bilik solat untuk menunaikan solat sunat selepas diijabkabulkan. Tetamu yang datang semuanya daripada keluarga, jiran dan sahabat terdekat Izah dan Hazwan sendiri. selepas selesai majlis akad nikah, tetamu dipelawa untuk menjamu selera di bahagian laman rumah. Konsep yang Izah pilih memang kena dengan rancangan dia dan Ann awal dulu, iaitu setengah kampung dan setengah Bandar. Ada dua bahagian makan yang disediakan oleh pihak catering, makanan kampung dan bakanan Bandar atau lebih spesifik lagi, makanan barat.
Malam itu terus diadakan majlis resepsi kedua belah pihak di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Untuk resepsi ini, memang diuruskan semua oleh pihak Hazwan atas alasan pihak perempuan sudah banyak mengeluarkan kos untuk majlis sepanjang minggu itu. Disebabkan bukan calang-calang tetamu yang datang, Faiq dan Sofea dibawa sama tapi kali ini Ann dan Em suruh adik Em yang menjaga anak-anak mereka di meja. Mommy dan Daddy mereka jadi orang penting bila dipaksa sekali lagi untuk menjadi bestman dan maid of honor kepada Izah dan Hazwan.
Protocol majlis resepsi yang bertemakan warna pastel dan “Wonderland” itu berjalan mengikut aturcara seperti majlis perkahwinan yang lain. Tayangan video, ucapan dan persembahan daripada kawan-kawan dan ahli keluarga, merenjis, memotong cake dan sesi fotografi dengan semua. Apa yang memberi kesan kepada Em dan Ann sendiri adalah apabila mereka diberi keistimewaan melebihi kawan yang lain. Mereka mempunyai ucapan masing-masing dan persembahan untuk Izah dan Hazwan.
“You know where you should go when you are arguing with your husband.” Ayat yang diucapkan oleh Ann itu mengundang tawa seisi dewan. Semua orang tahu itu hanyalah gurauan semata-mata kerana sebagai kawan Ann mahu kawannya bahagia.
“Dude, both of you are doctors.
So I guess, it must be very easy to have 2 kids in a year.” Lawak Ann dan Em ni
kira tak kena dengan tempat juga kadang-kadang, tapi tetamu yang datang faham
maksud yang cuba disampaikan oleh Em. Kedua-dua mereka cepat-cepat menghabiskan
ucapan bila Sofea macam cuba untuk datang ke arah mereka untuk membuat ucapan
tak berskrip kepada Izah dan Hazwan.
Bila tetamu sudah beransur pulang, dan hanya tinggal keluarga terdekat dengan kawan rapat sahaja di dalam dewan itu, Hazwan, Em dan kawan-kawan mereka mula buang tabiat dengan menyanyikan medley lagu daripada The Beatles kepada Izah. Selepas itu giliran Izah, Ann dna kawan mereka yang lain menyanyikan lagu kepada Hazwan. Sewaktu lagu How Long Will I Love You dimainkan, semua berkumpul di bahagian depan untuk menari dengan pasangan masing-masing. Izah dan Ann macam sekepala bila ada selitkan unsur mat salleh sedikit dalam majlis mereka. Macam prom night pulak bila dah lihat. Mujurlah masa itu hanya mereka sahaja yang ada di bahagian depan sementara keluarga semua sudah berada di bahagian lobi untuk mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang. Izah dan Hazwan macam tak reti nak ke lobi bila dah ‘in’ sangat dengan aktiviti mereka. Nasib baik ibu bapa masing-masing sporting.
Bahagian baling jambangan Bunga ditukar kepada memberi sekuntum bunga untuk setiap kawan perempuan Izah. Dia nak adil dengan semua, jadi dia bagi seorang sekuntum bunga. Sofea dan Faiq dah dibawa adik Em ke dalam bilik persalinan Izah awal-awal tadi semata-mata untuk bermain dengan anak saudara Izah yang lain.
Hadiah sebenar daripada Em dan Ann diberi sebelum mereka balik. Honeymoon ke Pulau Krabi sama tarikh dengan mereka iaitu lusa. Cuma tempat percutian yang berbeza. Mereka ke Ho Chi Minh dan Izah dan Hazwan ke Krabi.
“Kami tak mintak souvenir dari Krabi. Kami hanya nakkan anak pertama Made In Krabi, boleh?”selesai menghulurkan sampul surat bersaiz A4 kepada Hazwan dan berkata begitu di hadapan mereka berdua, Em terus tarik tangan Ann dan berjalan keluar daripada dewan itu. Lari cepat-cepat sebelum Hazwan pula yang mengenakan mereka. Bab mengenakan kawan memang dah macam sebati dalam diri Em rasanya, sebab tu dia confident gila cakap macam tu depan kawan yang lain.
Dalam banyak-banyak majlis perkahwinan yang pernah dihadiri Em dan Ann selepas berkahwin, rasanya majlis kahwin Izah dan Hazwanlah yang paling tidak dapat mereka lupakan. Majlis yang bercampur aduk temanya dan semua pun ikut kepala mereka. Untunglah!
Selepas majlis resepsi tersebut, Em dan Ann menghabiskan masa berehat di rumah sebelum terbang ke destinasi pilihan mereka. Dan aktiviti mereka terpasuklah packing barang dalam luggage yang besar gedabak. Pergi tiga hari macam tiga bulan lagaknya.
“Sayang, nanti kita pegi airport sama-sama dengan Wan dan Izah nak tak?” soalan Ann itu membuatkan Em mengalih pandangan dari skrin TV kearahnya di sebelah.
“Buat apa nak ke sana sama-sama.
Mereka dari timur, kita dari barat. Takkan nak susahkan orang ambik kita.” Ni
mesti kes nak kena sama dengan bestfriend ni.
“Boleh laa.. lagipun beza flight
kita kan dalam sejam macam tu.” Tahu sangat dengan perangai Ann ni. Selagi dia
nakkan sesuatu, dia akan berusaha memancing sehingga dia bersetuju.
“Kenapa nak kena sama. Mereka ke
Thailand. Kita ke Vietnam.”
“Saya nak cakap dengan Izah.”
“Haiiii.. semalam bukan main
bercakap sampai tak ingat dunia. Saya dah bagi lebih seminggu awak lepak kat
rumah dia pun masih tak cukup lagi ke?” mata Em memandang TV semula. Mana boleh
dia nak hilang fokus kalau dah tengok rancangan dokumentari yang ada kaitan
dengannya. Tengok macam mana jurutera dari Jerman memasang enjin kapal terbang.
Bukan tak tahu, tapi seronok dengan kegilaan dan kepakaran orang menguruskan
enjin. Serius dia salute tengok. Kalau dalam bidang Sains inovasi ni, memang
jurutera daripada Jerman dan Jepun yang ada pada tangga teratas.
“Saya nak cakap dengan Izah setelah dia bergelar Puan. Mana sama dengan yang sebelum ni. Topik pun dah lain.” Bukan main berminat pandang muka suami di sebelah, si suami pula khusyuk dengan rancangan dokumentari dalam TV. Sekali dia tengok bahagian-bahagian enjin di dalam TV tu, satu benda pun dia tak tahu. Muka Em sebijik macam muka golongan budak-budak tengok kartun. Entah apalah yang menarik sangat bagi Em, dia tak kisah.
“Sama je. Izah tu doktor. Sebelum kahwin ke selepas kahwin ke tak adanya gelaran dia bertukar dari cik kepada Puan. Sama je orang panggil Dr. Izah dari dulu sampai sekarang dan sampailah ke tua nanti.” Betul apa? Tak adanya doktor dipanggil Puan atau Cik sebelum namanya. Masih lagi dipanggil ‘Doktor’ di depan namanya.
Alat kawalan jauh ditangan Em diambil Ann dan dia mengalih kepada channel lain.
“Apa ni sayang? Saya nak tengok TV lah.”
“Boleh. Tapi jawab dulu soalan
saya.” Ann meletakkan alat kawalan jauh itu dibawah kusyen tempat duduknya
sebelum Em rampas daripada tangannya.
“Okay, okay. Esok kita turun sama. Nanti suruh mereka ambil kita. Saya taknak drive ke sana. Deal?”
“What? Merekakan baru kahwin. Tak
sesuai lang…” belum habis cakap, Em menarik Ann supaya berdiri dan tangan
sebelahnya mengambil alat kawalan jauh di bawah kusyen dan terus menukar
channel di TV.
“Take it or leave it, Madam. Awak yang nak kan?” Em duduk semula ditempatnya. Ann ni kalau bagi muka sangat, dia pulak yang terlebih. Rasa nak berdiri depan TV supaya Em tak boleh tengok TV bila diajak berbincang dia letak syarat. Bila fikirkan balik, tak apalah. Asalkan rancangan dia menjadi. Whatsapp terus dihantar kepada Izah.
Di rumah Izah pula, bila dia cakap rancangan dia dan Ann kepada Hazwan, jawapan Hazwan pula lain.
“Dah kahwin pun masih lagi nak melekat lagi dengan Ann ke? Sampai kita pulak yang kena ambik mereka kat rumah. Patutnya Em la yang ambik kita sebab kita newlywed.” Whatsapp dihantar pula kepada Em.
Pandai
kau lari dari tugas, kau suruh aku ambik esok! Apa punya kawanlah kau ni.
Bukan
aku nak pun. Aku cakap dekat Ann kalau dia nak, suruh kau yang datang ambik
kitorang kat rumah ni. Take it or leave it.
Pastu
aku jadi mangsa.
Alah,
selama ni aku jadi mangsa Ann dan Izah. Sekarang aku dah bersara, kaulah yang
ambik alih tugas aku. Apa nak heran. Chill la, bro!
Anggap
lah aku buat ni demi bini aku. Bukan sebab kau!
“Bini”?
Sounds new to me. Anyway, welcome on board! Marriage is a bless. Jangan lupa
dapatkan anak Made In Krabi. Special addition!
Thanks,
man! Dan kau, jangan lupa dapatkan edisi ketiga Made in Ho Chi Minh. Ni request
aku. Hahaha
Tak
payah request. I know my job. Hahahahaha
Hahahaha.
Mereng kau!
Pelik betul mesej Whatsapp Em dan Hazwan petang itu. Nak mintak anak Made in Thailand dan Made in Vietnam. Kalau Ann dan Izah tahu mesti dua-dua mereka kena. Tak senonoh betul.
“Daddy, nak sleep.” Sofea yang datang entah dari mana memeluk sebelah kakinya. Ketawa Sofea bila Faiq datang ke arah Em dan memeluk kaki sebelahnya. Dah kenapa main peluk-peluk kaki dia? Tahulah tinggi.
“Dee.. nak.”
Em ikut ketawa mendengar Faiq yang immitate cakap Sofea dan ikut sama mendepangkan tangan minta didukung. Em membawa anak-anaknya masuk ke dalam bilik sementara Ann masih lagi sibuk memilih baju yang hendak dipakai mereka esok. Malam itu giliran dia yang menidurkan anak-anak. Lagi mudah kerjanya bila mereka sendiri yang cakap nak tidur. Dapatlah dia dating dengan Ann lagi malam ini. Sungguh memahami.
Jam dah menunjukkan pukul 11 malam, Ann masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Dari tadi ke hulu ke hilir dengan macam-macam jenis baju di depan cermin bilik. Dah dapat baju, beg pulak yang kena bawak konon nak matching dengan baju. Sungguh pening dengan perempuan. Kepala Em menjengok ke dalam walk-in-wardrobe mereka. Menilik Ann yang duduk bercangkung menyusun bajunya ke dalam almari. Biar betul Mak Beruang ni, tak kira masa nak mengemas.
“Jom tidur. Nanti lepas balik bercuti, bersepah balik almari ni. Biar dulu.” Tangan Ann ditarik menuju ke dalam bilik mereka semula. Ann tidak pula membantah bila mendengar Em sudah bersuara mengeluarkan kuasa vetonya. Sebenarnya agak penat tapi OCD tak bertempat bila tengok barang bersepah sedikit. Bukan baju dia, tapi baju Sofea. Ni mesti kes main selongkar baju sendiri.
Awal pagi Sofea dah naik ke katil Ann dan Em. Tangan Em yang melingkari pinggang isterinya dialih Sofea. Nak sambung berbaring di antara Mommy dan Daddynya. Cemburu sangatlah tu bila Em selalu angkat Faiq selepas subuh ke katil mereka. Nak tak nak, Em terpaksa memberi ruang sedikit kepada si anak. Nak harapkan Ann, tak sedar dunia langsung walaupun Sofea naik dari arahnya.
“Sayang, kalau Daddy ambik baby sekali baring sini nak tak?” nak sambung tidur pun tak jadi bila dia dah ketagih dengan bau budak baru bangun tidur.
“5 minutes daddy.” Sofea
memeluknya. Terasa diri disayangi sekejap bila anak mintak bermanja hanya
dengan dia. Kejap lagi kalau Ann dah bangun, dan dia kena angkat Faiq sekali di
atas katil bersama mereka, tak ada lagi sesi daddy-daughter dia dengan Sofea.
Tak lama sebenarnya sesi Em dan Sofea bila Ann bangun dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana Izah cakap nak datang awal dan bersarapan di rumah mereka pada pagi itu sebelum bergerak sama ke lapangan terbang. Bila tengok Ann kelam-kabut menyediakan sarapan, dia menawarkan diri menguruskan anak-anak.
Hampir dua jam masa dihabiskan untuk berbual dan bersarapan bagi meraikan Izah dan Hazwan di meja makan rumah mereka. Makanan yang disediakan pun macam nak menjamu satu blok perumahan mereka. Dah tak habis, siap telefon Kak Yaa suruh anak dia ambil makanan. Nak tinggalkan pun tak guna sebab mereka tiada di rumah selama tiga hari.
Melopong sahaja mulut Em dan Hazwan mendengar setiap butir bicara Ann dan Izah sepagi-pagi itu. Langsung tak bertapis. Kawan baik memang macam tu ke? Tapi hal dalam kelambu taklah Izah nak ceritakan, Cuma Izah banyak bercakap tentang pengalaman pertama sahaja. Macam mana berdepan dengan keluarga, tukar panggilan, tidur dengan suami untuk kali pertama yang kekok, bangun pagi pun kekok.
“Time to go.” Hazwan bangkit daripada kerusi kaunter bersama-sama Em bila kedua-dua isteri mereka tidak menunjukkan hint nak berangkat.
Sepanjang perjalanan mereka dari
rumah hinggalah ke lapangan terbang dan sebelum berlepas ke balai berlepas
mengikut pintu pelepasan masing-masing, Ann dan Izah masih lagi berbual. Sampai
ke satu tahap, mereka hampir terlupa nak scan diri masing-masing untuk
pelepasan imegresen. Alaa, suami mereka nak marah apa, bila dua-dua pun tengah
bercakap, Cuma topik sahaja yang tak sama. Faiq dan Sofea bercakap dengan
bahasa alien masing-masing.
Dalam banyak-banyak hari mereka menaiki kapal terbang, hari itu jugaklah Faiq buat hal. Tak pasal-pasal Ann masuk ke dalam tandas versi atas udara bila kena muntah si anak. Takkan Faiq salah makan padahal makanan anak-anak memang menjadi perhatian utama Ann dan Em sendiri.
“Sayang, confirm ke tak bagi Faiq susu basi?” Soalan cekadak daripada Ann membuatkan Em membuka Rayban nya. Kalau bab penjagaan anak-anak boleh dikatakan tiptop dia punya keutamaan. Susu yang dia suap Faiq sebelum mereka terbang tadi memang susu yang baru dibancuhnya sendiri. tak mungkin dia bagi susu basi, sebab susu dah sejuk pun dia terus buang. Sampai cerewet tahap tak kisah nak buang duit kalau susu anak masih elok dah kena siram dalam singki.
“Basi apanya kalau saya bancuh masa nak bagi susu tu jugak tadi. Baby tak ngam dengan temperature kot. Nanti landing kita pergi klinik lah.” Kesian Faiq. Dah berlapis-lapis pakaian pun masih tak selamat. Janganlah anak dia demam atau apa-apa, serius mereka akan bercuti sambil menghitung hari duduk di dalam hotel sahaja. Mendengar saranan Em itu, Ann menggeleng kepala. Tak payah nak susah-susah bawak ke klinik. Dia dah standby ubat-ubatan Sofea dan Faiq sebagai langkah berhati-hati kalau anak-anak tiba-tiba tak sihat. Nak ke klinik di Vietnam? Tak payahlah nak ambik pengalaman kot. Tak tahu dan tak mudah percaya. Tunggu balik Malaysia kalau si suami berkeras nak bawak ke klinik.
Sebaik sahaja mereka sampai di Lapangan Terbang Tan Son Nhat, Em cepat-cepat cari teksi. Dari dia mula tempat tiket dulu dah dia survey hotel kat tengah bandar Ho Chi Minh sendiri. Tak payah pening kepala, Trivago kan ada. Hotel Majestic menjadi sasaran. Tahu sangat dengan citarasa si isteri, dia pilih Majestic sebagai hotel pilihan.
Ingatkan petang itu terus nak ajak keluarganya berjalan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Berjalan kaki sambil sorong stroller Faiq melihat keadaan bangunan lama di Ho Chi Minh. Dengan kesihatan anak yang kurang mengizinkan rancangannya, Em menghabiskan masa di dalam bilik. Tengok pemandangan daripada bilik mereka sahaja Ann sudah teruja. Bawah sekali ada coffee house kalau nak melepak. Nasib baik suaminya ada bekal DSLR, dapat nak ambik gambar sambil selit muka sendiri nanti.
“Daddy.. nak jalan.” Sofea datang ke arah Ann dan Em yang masih lama berdiri di tingkap balkoni bilik. Terlebih feeling lihat pemandangan sampai lupa anak yang tengah bermain di belakang mereka.
“Dee.. nak yayan.” Faiq ni dah
muntah teruk pun masih hyperactive lagi. Ketawa Ann mendengar Faiq yang masih
pelat. Em duduk mencangkung memandang Sofea dan Faiq.
“Baby kena makan ubat and sleep.
Tak boleh yayan dulu.” Dan bermulalah drama Sofea menangis tunjuk jalan kat depan.
Apa yang menarik perhatian dia pun Em tak tahu.
“Sayang, bagi baby makan ubat
dulu. Senang sikit nak suruh dia tidur. Lepasni
saya jaga baby. Sofea nak sangat tengok view tu. Kesian la.” Faiq dibawa
naik ke atas katil. Aktif sangat, nanti malam dia pulak yang banyak meragam.
“Eh, baby kan tak okay lagi. Tak payahlah nak keluar. Malam nanti lah kita keluar.”
“Saya boleh tengokkan. Bawak lah
Sofea. Kalau Cik Sofea Hani kita ni dah nangis teruk, nanti tak ada mood kalau
nak diajak keluar malam nanti.” Em akhirnya bersetuju tapi dengan hanya keluar
daripada bilik mereka untuk melihat pemandangan di pool bar yang terletak di
dalam hotel itu.
Takkan sesekali dia biarkan Ann seorang diri di dalam bilik menjaga Faiq. Dahlah kat tempat orang. Kalau apa-apa, senang dia nak balik semula ke bilik. Sofea ni asal dibawa keluar, tak ada lagilah drama air matanya. Sebelum keluar daripada bilik lagi, dia dah bagi Faiq makan ubat. Kalau dah makan ubat, lagi senang nak pejam mata.
Puas Sofea berceloteh dengan berjalan ke hulu ke hilir membawa ipad dan mengambil gambar, Em akhirnya duduk di satu meja yang menghadap terus pemandangan di sekitar bandaraya Ho Chi Minh dan sungai yang panjang di bandar itu. Sambil memerhati Sofea, Em membaca risalah di atas meja. Agaknya risalah yang ditinggalkan oleh pelancong lain.
”Dinner on cruise?” macam menarik sahaja pakej yang ditawarkan. Makan malam di atas cruise. Tak kisahlah kalau pakej itu khas untuk pasangan bercinta, dia dan Ann pun bercinta. Cuma ada 2 ahli tambahan. Mesra sahaja dia memanggil pelayan yang macam free untuk ditanya.
Dalam 10 minit Em menadah telinga mendengar pelayan itu menerangkan pakej makan malam di atas cruise itu kepadanya. Boleh tahan mantap Bahasa Inggeris pelayan itu. Bila dia kenalkan diri dan ringan mulut cakap dari Malaysia, terus cakap suka Malaysia dan pernah bekerja di Malaysia sebelum kembali semula ke tempat asalnya. Dah tu pulak, terus bertukar bahasa bila bercakap.
“Kalau ada apa-apa, abang panggil saya. Cakap saja nama saya dengan mereka. Malam ini saya boleh tolong telefon teksi untuk bawakan ke sana.” Seronok betul jadi mesra ni. Senang dapat kawan. Orang pun sedia membantu. Pelayan yang memakai lenacana bernama Mike itu dah siap tempahkan satu tempat untuk mereka pada malam itu jugak.
“Thanks Mike. Nanti abang dah
tunggu di lobi, abang akan mintak receptionist call.” Bila dengar panggilan darpada Ann yang cakap
Faiq muntah lagi, Em terus bawa Sofea balik ke bilik.
“Daddy, taknak balik dulu.”
“Tak boleh sayang. Baby muntah.
We need to see the doctor.” Belum sempat Em berjalan jauh, Mike memanggilnya
semula. Dia cakap pihak hotel ada menyediakan perkhidmatan on-call doctor.
Terus Em bagi nombor biik mereka supaya Mike datang dengan doktor itu ke bilik
mereka.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Em
menghidu bau muntah kanak-kanak. Biar betul Faiq muntah seteruk itu.
“Sayang, pakai tudung. Ada doktor datang nak periksa baby.” Tak banyak soal, Ann terus masuk semula ke dalam bilik mandi. Rasa macam down sangat dan nak bertekak dengan Em. Marah pasal apa pun dia tak tahu? Bercuti dengan keadaan anak yang tak berapa sihat, memang betul-betul buatkan dia rasa nak balik Malaysia.
Selesai memeriksa Faiq, terus Mike dan doktor itu meminta diri. Faiq cuma kurang selesa dengan cuaca yang sejuk setelah menaiki kapal terbang tadi. Dia Cuma perlu makan ubat seperti yang telah disarankan oleh doktor. Tak tahu pulak Faiq tak ngam dengan cuaca di Vietnam.
Ann sudah berbungkus dengan comforter memeluk Faiq. Berkali-kali mencium dahi dan pipi anaknya. Natural cure. Sofea pun ikut sama berbaring di atas katil. Em tengah bercakap dengan Mike di telefon. Baru beberapa jam sampai di negara orang, dia dah berkawan dengan orang. Setahu dia, Em mana nak percaya dengan orang sebarangan.
“It’s okay. Sorry for troubling you. Okay.. bye.” Iphone diletakkan di atas meja. Kecewa jugaklah, dah siap tempah dinner on cruise untuk isterinya, tiba-tiba terbatal. Lain kali kalau ada peluang, dia akan bawak anak isterinya ke sini lagi. Kalau nak sangat dinner on cruise, kat Putrajaya pun ada. Lagi senang. Makanan memang dijamin halal.
“Kenapa?” soal Ann.
“Cancel dinner on cruise. Baby malam ni memang kena stay dalam bilik.”Ann terus diam. Ada rasa sedikit kecewa suami batalkan makan malam istimewa mereka. Bila fikirkan balik, demi Faiq, dia akur.
“I know that face. Tak apa
sayang. Lain kali, okay. Kita dinner kat restoran bawah je okay?” Ann hanya
mengangguk. Walaupun ada banyak makanan Vietnam yang boleh dicuba, dia
sebenarnya nak masakan Melayu jugak. Bila tak ada modal nak bercakap, akhirnya
Ann tertidur. Bangun semula sejam kemudian sebab Em yang paksa. Dengan
kepenatan bertemu keselesaan di dalam hotel, rasa taknak mandi dan nak
bermalasan sampai ke malam nanti.
“Saya dah isi bathtub dengan warm water. Sofea dan Faiq masih tidur, mandilah dulu. Nak berendam lama-lama pun tak apa. Saya faham, awak perlukan masa untuk hilangkan penat.” Wahh, rasa nak peluk Em bila suami terlebih penyayang pada awal petang itu. Robe diserahkan oleh Em bila dia mula masuk ke dalam bilik mandi. Tengok ada satu bekas kaca berisi bunga di tepi bathtub, dia terus taburkan ke dalam. Mandi sambil menikmati bau bunga lavender, lama sungguh tak merasa nikmat mandi.
“Honey, did you ask for the lavender?” Dah berendam pun sibuk nak panggil suaminya yang baru nak melelapkan mata di atas katil. Nanti kalau Em dah naik daun, dia tak nak. Dah tahu jawapan, dia sengaja tanya.
“Awak nak saya ikut berendam sama
ke? Kacau saya baru nak tidur ni.” Em
masuk ke dalam bilik mandi. Ann hanya tersengih dan menggeleng. Mana boleh Em
kacau masa dia berendam. Kat rumah selalu berendam dengan itik-itik Sofea dan
Faiq. Dahlah semua nak ikut berendam sama kalau dia nak berendam. Pulak air
yang diisi diletak bath foam Carrie Junior. Pun boleh!
Makan malam di dalam bilik adalah sesuatu yang amat janggal bagi Em dan Ann bila berada di tempat orang. Selalunya, mereka akan merarau di sekitar kawasan penginapan mereka untuk mencuba pelbagai jenis makanan, tetapi Faiq punya pasal, Em sahaja yang keluar dengan kawan barunya untuk membeli makanan halal. Ingatkan nak tapaukan makanan halal Vietnam, baru nak tutup pintu bilik, Ann pesan nakkan makanan Melayu.
“So I guess, this is our kind of dinner on cruise then.” Makan tapau sambil memerhati cahaya di sekitar Hotel Majestic. Rasa macam kat Paris sangat, dengan struktur hotel yang binaanya ala-ala barat dan betul-betul terletak di hadapan jalan. Sofea dan Faiq sudah lama tidur.
“Agaknya apalah yang Izah buat sekarang kan sayang?” sambil memerhati keadaan sekeliling daripada balkoni bilik mereka, sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
“Sayang rasa? Sekarang dah pukul 10. Kalau newlywed kira dah jam tidur. Tapi, tak tahulah kalau Wan dan Izah tengah roaming kat kawasan pantai Krabi.” Perut yang tersangatlah lapar membuatkan Em cepat menghabiskan makanannya. Dah tu, slumber ambik makanan Ann. Tahu sangat yang Ann tak akan habiskan makanannya.
“Kenapa pilih Krabi masa hadiahkan kat mereka haritu?”
“Krabi adalah antara tempat yang
Wan nak sangat pergi. Nak snorkelling dan naik kapal dengan orang tersayang. Tu
dia pernah cakap masa masih try nak tackle Izah dulu.”
“Kenapa pulak pilih Ho Chi Minh
untuk kita?” soalan perangkap daripada isterinya membuatkan Em ketawa. Sebab?
Dia dah sedia dengan jawapan itu masa mula tempah tiket dulu lagi.
“Kat sini kalau nak borong barang memang murah. Sayang kan suka shopping. Lepas itu, sayang suka monumen-monumen ni, dapat ambik gambar lepas tu nak share kat Facebook lah, Instagram lah kan. Lagipun sayang kan suka culture yang tak jauh dari culture sendiri, sinilah tempatnya. Nak pergi pasar terapung pun boleh kalau baby aktif balik esok.” Panjang Em menerangkan. Dia dah fikir dah kenapa dia pilih Ho Chi Minh. Orang cakap ada gua terbesar kat sini. Macam tak berpeluang untuk dia meneroka, sebab ada dua budak kecik sekali yang bersama bercuti. Tak sesuai langsung. Vietnam dah menjadi satu daripada tempat kegemarannya. Nanti kalau ada rezeki lagi, nak bawak anak isterinya ke Hanoi lagi.
“Esok pagi kita keluar awallah. Tak payah pakai public transport, kita jalan kaki. Stroller kan ada. Kat dekat-dekat sini pun banyak tempat best kan?” dia dah browse internet awal-awal dah masa Em keluar tadi. Tengok kat Waze, apa tempat yang best yang ada di sekitar hotelnya. Ternyata suaminya tak salah memilih tempat. Lalu lalang nanti kat kawasan tepi-tepi memang banyak buah tangan yang dijual.
“Baru sampai dah master dah selok-belok kat sini? Tak sia-sia saya bawak awak ke sini kan?” Ann dan travelling, Ann dan shopping, memang ada ikatan yang kuat.
Keesokkan harinya, Em dan Ann
sudah merancang awal tempat untuk dilawati. Disebabkan Faiq masih belum sihat
sepenuhnya, aktiviti atas air seperi river cruise dan pergi ke pasar terapung
ditolak jauh. Nak sedapkan hati isterinya, dia cakap, dia akan bawak mereka
sekeluarga datang ke Vietnam semula satu hari nanti.
Atas bantuan dan cadangan kawan baru Em, mereka hanya menghabiskan hari mereka membeli belah di tempat popular di Vietnam. Memang pergi ke pusat beli-belah. Nak tolak stroller Faiq sepanjang jalan, dengan panas terik, Em dan Ann sama-sama taknak. Nanti tak pasal-pasal anak mereka demam teruk hanya kerana nak beli barang-barang murah di kedai sepanjang kaki lima. Nak lebih selesa dan selamat, dia terus bawak ke tempat beli belah. Puas membiarkan Ann membeli barang, dia buat kejutan dengan isteri dan anak-anaknya. Naik Skydeck di Vietnam dan melihat pemandangan di bandar Vietnam. Kalau tengok pada waktu malam tentu lebih cantik, tapi pemandangan waktu siang juga membuatkan mereka sama-sama terpegun. Melihat kesibukan bandar Vietnam yang tidak kurang seperti di Kuala Lumpur.
“Daddy, I want ice-cream!” Selera Sofea tak kena dengan tempat. Dekat tempat orang mintak aiskrim. Macam tak seronok kalau mereka tak dapat nak explore makanan di Vietnam kalau dah tempat menarik tak dapat dilawat.
“Saya dengar Mike cakap tadi, kat
sini ada tempat makan aiskrim yang best. Fanny
kalau tak silap.” Ann yang makan sushi depan mata memberi cadangan. Ni lagi
satu, datang Vietnam makan pun bukan makanan asli Vietnam. t adi isterinya ajak makan sushi sebab
tengok dari luar restoran macam Shinjuku
terus rasa nak makan sushi. Boleh pulak macam tu!
“Saya telefon Mike la, nak tanya mana tempat tu.” Baru nak menelefon, Ann menghalang.
“Kenapa pulak nak tanya Mike
lagi, kan nama tempat tu kita dah tahu, kita bagitahu lah dengan driver nanti.”
Em tetap menelefon sebab dia nak pastikan sekali lagi. Mana tahu, nanti kalau
bagitahu pemandu, dia angkut mereka sekeluarga ke tempat lain. Bukan tak tahu,
language barrier dekat Vietnam. Nasib baik orang seramah Mike datang membantu
mereka dari mula-mula datang sampailah sekarang.
Sampai sahaja di Ton That Thiep Road, mereka berjalan menuju ke tempat yang di cari. Dengan hiasan dalaman ala Barat dan kebanyakan pelanggannya adalah pelancong Barat, Ann dapat mengagak, Fanny Ice Cream merupakan tempat wajib kalau bercuti di Ho Chi Minh. Knowing Sofea, memang sah-sah nak makan aiskrim scoop perisa kegemarannya. Vanilla dan Chocolate.
“I think I want to try Bamboo Berry. And you?” Em memandang Ann di depannya.
“Spring roll set. But I want two
different sets.” Ann tersenyum memandang pelayan sebelum memandang suaminya.
“Nampaknya Mommy Sofea yang
teringin nak makan aiskrim. Bukan Sofea ni.”
“Saya nak cuba makan banyak
jenis. Alah, nanti jangan mintak. Order sendiri kalau nak.” Ann ni kalau bab
aiskrim, takkan dia pandang Em di depan walaupun Em bagi muka paling handsome
sekalipun. Tak ada istilah tak habis makan, kalau yang dimakannya adalah
aiskrim dan coklat. Sepesen Sofea.
Lewat petang itu mereka balik semula ke hotel untuk mandi dan solat. Sofea dan Faiq pun perlu berehat. Taknaklah nak pusing satu bandar Ho Chi Minh sampai ke malam dengan bawak anak-anak sekali. Lainlah kalau mereka masih hidup berdua macam dulu. Selepas Isyak, Ann memaksa Em keluar semula dari bilik mereka bila melihat Faiq sudah aktif semula bermain dengan Sofea dalam bilik. Siap selerakkan plastik baju yang mereka baru beli tadi.
“So, nak try apa pulak malam macam ni?” Duduk di lobi sementara tunggu pemandu, baik dia rancang awal aktiviti. Tadi lupa nak tanya Ann, dia nak heret mereka semua ke mana.
“Since Vietnam is the second
largest coffee producer, jom kita mengopi. Kembali kepada hobi asal. Nak tak?”
Oh, lupa nak tambah satu lagi benda kesukaan Ann. Mengopi. Kat Malaysia dah ada
Starbucks dan Coffee Bean, takkan di Vietnam pun nak pergi tempat yang sama.
“Takkan Coffee Bean dengan
Starbucks kot?”
“Nope. Highlands Coffee. It’s
kind of Saigon’s very own coffee, sayang. We should try.” Pengetahuan Ann
tentang Ho Chi Minh memang dah dikira luas dah bila sejarah kopi di Vietnam pun
dia tahu. Kalau tanya Em pasal Sejarah selalunya ke laut. Sejarah yang asas
saja dia tahu, yang lain, ke laut.
“Okay lah. Driver pun dah sampai.
So ke Highlands Coffee straight lah okay.” Faiq yang dari tadi bermain di
depannya dengan si kakak di dukung.
“Aik. Kali ni taknak tanya Mikey
dulu?” Ann tersenyum.
“Mikey who?” Slow sangat nak
tangkap maksud isteri bila Ann buat nickname dengan kawan barunya.
“Mikeeeeeeee lah.” Ann tunjuk
muka. Suami dia ni lambat pick-up ke tak faham maksud.
“Oh. Mikey pulak dah. Tak tak.
Kali ni saya percaya dengan direction awak.” Kepala isterinya diusap lembut.
Kreatif sangat isterinya buat nama baru dengan Mike
Dengan segelas latte dan frappucino dua jam duduk di Highlands Coffee sambil bercakap tentang banyak benda tak terasa. Dengan Sofea dan Faiq yang sangat-sangat memahami, mereka dapat bercakap sebegitu lama. Nampak gaya mereka macam orang tak nak balik ke KL keesokan harinya.
Bila jam sudah menginjak pukul 11
barulah Ann mengajak pulang. Bukan mengantuk tapi dia nak kemas barang sebab
penerbangan mereka ke KL esok awal pagi. Malam itu pun sah-sah dia tak tidur
sebab kopi memang dah bagi dia berjaga.
Melihat Em melayan Faiq dan Sofea di bilik, Ann mengambil masa membuka ipadnya. Rasa lama tak menulis.
Twinklinglife.com
Hi,
It’s
been awhile right? You know, coping with mommyhood, wifey to Mr. M and a good
friend to Madam Izah. Yes guys, Madam. Let’s not talk about Izah’s off market
here. I just wanna thank Allah for His countless blessings. With beautiful tiny
family I have, Ummi, Abah, Papa, Mama and the siblings’ health, Masya-Allah, I
couldn’t ask for more.
There
are so many stories I wanna tell but guys, I’m currently in Saigon / Ho Chi
Minh City with my family for our weekend
gateway, so KIV those stories first for me okay. I need to draft everything and
add some photos before all of you can treasure my life. Hehehehe :p
Faiq
is nearly 1 and Sofea is 3 years + and how time flies. I told Mr. M that I want
the third baby. So, I need your du’a as well. Ehem, this is too private to
share, so the rest is history. Senior Mommies, maybe you can give me some
advices on this. Perhaps? Hahahaha.
See
you soon. I’ll blog about our weekend gateway once I’ve all the photos in my
ipad okay.
With love.
Farrah
Ann.
p/s:
I’m a fulltime mommy now! I’m no longer a lawyer. I love my current job by the
way. Raising my children in front of me is way way way better than making
money. But of course, I help Mr. M with some articles I write for some
megazines and my own fashionline, TwinklingLife, coming soon.
Ting!
Bunyi iphone Em berbunyi menandakan ada emel masuk. Em terus membaaca emelnya. Em kalau emel dia memang alert sebab takut ada perkara penting tentang kerjanya dikhabarkan melalui emel.
Ann memandang dari jauh suaminya
yang tersenyum membaca emelnya.
“Kenapa senyum? Berita gaji naik ke? Or pangkat naik?” Ann menutup ipadnya dan menggantikan tempat suaminya menemani anak-anaknya bermain.
Em datang semula ke arah mereka
bertiga, dan menyerahkan iphone nya kepada Ann.
“As you wish, madam.” Ketawa Ann melihat apa yang dilihatnya. Biar betik Em ada notification setiap kali dia buat entry baru dekat blog. Ingatkan naik gaji ke naik pangkat tadi. Rupa-rupanya suami sendiri jadi silent reader.
“Since when?”
“Since when, what? Since when bersedia jadi Daddy untuk yang ketiga?” Em ketawa lagi.
“Bukanlah! Sejak bila jadi
pembaca setia?”
“Sejak the first hi dari author
TwinklingLife ni lah.” Em memeluk Ann daripada arah belakang.
“Tak kisah ke saya tulis tentang
life kita kat blog?”
“Why not. Kita buat macam diary.
Cerita tentang kehidupan. Esok-esok anak-anak dah besar, mereka dapat baca.” Em
membalas pandangan isterinya yang tekun mendengar. Okay lah, lepas ni suruh
Sofea dan Faiq tidur, dapat usha isteri sendiri malam ni. Cair dengan kata-kata
isterinya dalam blog punya pasal.
Lama duduk sambil layan Sofea dan Faiq, tiba-tiba Em bersuara.
“Alamak, lupa pulak nak ke Hard Rock Café kat sini.” Em ni spesies yang suka kumpul t-shirt Hard Rock. Bukan tak ada t-shirt Hard Rock Cafe Vietnam jual kat tepi jalan tapi Em lebih suka kumpul yang original. Baru dia lebih menghargai. Lagipun dia bukan nak beli t-shirt. Semalam masa Ann sibuk cari tempat menarik kat Ho Chi Minh, dia bukak website Hard Rock. Tertarik dengan pullover untuk dia. Sekali Ann tengok sekali, dia terus pilih cakap nak outerwear baru untuk ke gym. Pilih punya pilih, terus dia nak Jr Dip Dye Burnout Zip Hood. Kan dah kena cukai sekali.
“Tak apalah, esok dapat lagi kalau nak singgah.” Ann mengangkat Faiq naik ke atas katil.
“..time to sleep, sayang.” Sofea terus naik ke atas katil tanpa disuruh. Tak sampai setengah jam pun Em dan Ann melayan karenah anak-anak mereka di atas katil sebelum tidur, dengan anak patungnya, dengan susunya, akhirnya Sofea dan Faiq nyenyak tidur.
“Look at them. Suka sangat tengok
mereka tidur.” Ceria muka Ann memberitahu Em di sebelahnya. Em tersenyum
mendengar. Kepala Ann disuap perlahan.
Tak tahu macam mana nak berterima
kasih dengan isterinya. Kahwin awal, bersabar dalam semua benda. Masalah yang
tak putus datang, tak pernah pun sekali mengalah walaupun diuji. Bila dapat
peluang belajar, mula tangguh, lepastu terus ambil keputusan untuk terus
bekerja. Tak sampai dua bulan bekerja, berhenti semata-mata nak jadi surirumah
sepenuh masa. Terlalu banyak pengorbanan Ann terhadapnya.
“Thank you, sayang. Saya sayang awak sampai bila-bila. Tak ada kedua selain awak. Cukup hanya awak dan anak-anak kita.” Ann mendongak memandang suaminya. Mesti tengah memikirkan sesuatu sebab tiba-tiba singa bertukar jadi sentimental.
“Bagi saya, cukup kasih sayang,
perhatian, kepercayaan dan semua nilai-nilai murnilah, ada kat hati awak, saya
tetap setia.” Em ketawa mendengar jawapan Ann.
“Punyalah awak letak syarat semua
nilai murni ada kat saya, lepas tu awak balas dengan satu nilai murni?"
“Taklah macam tu. Kita give and
take lah dalam apa-apa yang kita buat. In sha Allah, kali ini saya cuba untuk
tidak emo memanjang kalau ada masalah.”
“Janji?”
“Janji” tangan kanan Ann diangkat
seolah-olah berjanji dengan Em.
“Kalau ada masalah tak pendam
lagi dah?”
“Siapa yang pendam? Saya atau
awak??” Ann membesarkan matanya. Selama mereka bersama, dia mana reti simpan
masalah. Yang selalu makan hati berulam jantung dengan masalah mereka adalah
Em. Dia kalau ada masalah, dialah yang selalunya bersuara terlebih dahulu.
“Okay, saya janji tak pendam
dah.”
“Good! Saya janji taknak nangis
dah.” Ann tersengih memandang Em. Selain daripada hobinya yang suka melancarkan
perdebatan bila didatangi masalah, perkara wajib bagi Ann adalah melakonkan
drama sebabak iaitu drama air mata.
“Kenapa pulak taknak nangis? Bukan sayang punya hobi ke nangis-nangis ni? Sofea demam nangis, Faiq demam nangis, saya outstation nangis, tengok movie nangis, tengok orang tua kat tepi jalan nangis..” Dah macam tak sayangkan air mata bila Em berdepan dengan drama air mata isterinya.
“Eleh… cakap orang pandailah!
Awak tu, stone heart! Serius memanjang. Umur baru 27 tahun nanti orang cakap 72
tahun.”
“Alaaa.. serius pun handsome apa.
Serius pun suami awak. At least, awak dah dapat bayangkan umur saya 72 tahun
nanti, saya maintain handsome.” Kan susah bila Em dah masuk bakul.
“Perasannyalah awak ni kan… tak
malu betul. Anak dah dua tapi perangai perasan makin bertambah.”Ann terus
berlalu menuju ke bilik mandi. Rutin hariannya dilakukan seperti selalu. Facial
dan bercakap dengan suaminya. Em yang sudah arif dengan kitaran hidupnya
mengikut sama menuju ke bilik mandi, duduk di atas bathtub sambil memerhati isterinya.
Niat nak mengenakan Ann terus ada
bila melihat isterinya leka dengan rutin membersih mukanya.
“Sayang…”
“Hmm..”
“Nak…” Em mula mengubah tempat duduknya ke sinki sebelah isterinya. Ann membuka sebelah matanya yang dipenuhi buih pencuci muka.
“Nak apa?” Em tersengih memandang Ann. Susahnya bila nak tackle isteri sendiri bila si isteri sedang khusyuk.
“…cakaplah.” Ann tunduk membasuh
mukanya bila matanya sudah mula pedih. Semua Em punya pasal, baru nak basuh
muka pun sibuk nak mintak macam-macam.
“Nak annnnnnnn…” Belum sempat Em menghabiskan ayatnya, Ann sudah menyimbah Em dengan air dan meletakkan pencuci mukanya di muka Em.
“…Apa ni sayang! Saya belum habis cakap lagi lah. Saya nak Ann. Bukan Annnnnakkk.” Em mencuci mukanya dan menyambut tuala yang ditikam oleh Ann kearahnya.
“Ingat saya tak tahu apa awak nak
cakap.” Selesai Ann berkata begitu, dia mendengar bunyi “ouch!” daripada Em.
Ann menarik tuala yang menutup muka Em yang masih menutup mukanya.
“Cakkkk!!!!” Em ketawa melihat
muka panik Ann yang tergopoh-gopoh menarik tuala dan meniup matanya.
“Eeee.. nak saya buat betul-betul mata awak pedih ke?”Ann menolak Em dan terus keluar menuju ke katil menyertai Sofea dan Faiq. Sengaja Em mengalih Faiq dalam baby cot dan berbaring menghadap Ann yang sedang berpura-pura menutup matanya.
“So, macam mana? Nak tak? Sorang je pun.” Em ni kadang-kadang memang nak kena smackdown sebab dia punya level gatal yang tak mengira tempat, masa dan situasi.
Dengan perlahan Ann membuka matanya, tersenyum melihat suaminya di depan. Dia bergerak rapat menghadap suaminya. Dann..
“Aduhhhhhh… apa ni sayang?” Tak
pasal-pasal kena smackdown dengan bantal dan menyebabkan Sofea tersedar dan
menangis di sebelah Ann.
“Mommy… apa this?” Entah bahasa
rojak apa yang Sofea cakap sambil mata tertutup itu menyebabkan Ann dan Em
sama-sama ketawa kuat. Apa this? Pandai sangat nak cakap Bahasa Melayu dengan
English dalam satu masa, tapi nampak sangat salahnya.
“What’s ‘apa this’ sayang? Sleep,
sleep. Tomorrow we’re going back. Sorry, tadi Mommy main sayang.” Em yang masih
dengan sisa tawanya menepuk badan Sofea untuk menidurkannya semula.
“Main apaaaa, Daddy?” Bakunya
Bahasa Melayu seorang Sofea Hani membuatkan Em dan Ann menahan tawa semula.
“Main apaaaaa? Main-main sayang.
Sudah, tidurrrrrrrrr.” Anak dengan Bapak yang sama dua kali lima bercakap
menggunakan bahasa Melayu standard membuatkan Ann rasa nak ketawa
bergolek-golek di lantai. Bukan dia tak tahu, tapi sengaja nak kenakan Sofea
yang bukannya tahu apa-apa. Sofea sejak bersekolah, dia disuruh menggunakan
Bahasa Melayu oleh cikgunya. Sebab? Ada Mommy Daddy Sofea sumbat dia dengan
bahasa mat salleh dari kecik, sebab tu bila cakap broken Melayu.
Bila Sofea sudah tidur semula dan diletakkan di katil kecil di sebelah katil mereka, Em berbaring semula dengan sisa tawanya.
“Teruk betullah awak ni. Suka
didik Sofea ntah apa-apa.”
“Ntah apa-apa, apa?” Em memandang
Ann disebelahnya.
“Hah! Tengok! Teruk betullah
BM awak!”
“Teruk ke macam ni? At least saya
bawak Sofea cakap Mat Salleh memanjang. Awak patut masuk sekolah belajar sama
Sofea cakap BM, nak?” Em, bab-bab kenakan Ann, dia memang juara.
“Ni, ada jugak yang nak kena
tolak lepastu tidur bawah katil ni!” Ann berpaling. Em menarik Ann supaya
berbaring dekat dengannya semula.
“Tak payah nak merajuk sangatlah.
Tadi cakap taknak nangis, taknak melenting lagi. Baru 5 minit, terus lupa
janji. Tubuh Ann dipeluk kuat.
“Sakitlah!”
“Taknak lepas selagi tak pandang
saya.”
“Lepas!”
“Taknak” Ann berpaling semula.
Dengan isyarat mata sahaja dia meminta Em melepaskan pelukannya.
“Okaylah sayang. Saya ni orangnya
tak mungkir janji, jadi saya lepaskan pelukan. Tidurlah, esok kita nak balik
dah. Rehatlah. Actually saya nak cergaskan mata sebab lepas ni nak tengok
bola.” Nasib baiklah di bilik hotel mereka tidak hanya menyiarkan rancangan
tempatan, dapatlah dia mengikuti perlawanan bola sepak nanti.
Sangat memahami isterinya, baru 5 minit dah nyenyak tidur. Penat penyukat bandar Ho Chi Minh seharian, dengan karenah Sofea dan Faiq, mestilah penat. Em sendiri? Istilah penat bagi seorang Em tak wujud bila berdepan dengan keluarganya.
Perlawanan bola yang disiarkan di
TV sudah tidak mendapat pehatiannya lagi tatkala matanya terarah pada
insan-insan yang disayanginya.
Farra Ann, tak pernah terfikir untuk berkahwin awal dengan seorang anak yang tak pernah membelakangkan keluarga dan pelajarannya. Dan tak pernah menyangka lamaran keduanya disambut dengan tangan terbuka oleh keluarga mertuanya walaupun anak mereka masih mentah dan masih belum puas merasa cabaran dan keseronokan dunia sebenar seperti kawan-kawannya yang lain.
Sofea Hani. Anak kecil yang petah
bercakap, mirip Ann, berdikari seperti Em, bijak, dan penyeri hidup Ann dan Em.
Lahir pula si kecil Faiq Anaqi, yang sudah mula mengenal dunia, dan siapa
orang-orang disekelilingnya, membesar di depan mata dengan sihat dan semakin
dia membesar, Faiq dikatakan sebagai Em Junior.
Setitis air mata lelaki Em jatuh saat mencium dahi Ann yang sudah lena disisinya. Tak tahu macam mana dia nak berterima kasih dengan isteri yang cukup memahami dan banyak berkorban untuknya dan dua anak yang menjadi penyeri hidupnya.
Cukup baginya semua itu. Dia
bersyukur kerana kesabaran dia dan Ann dalam hidup bersama, tidak sia-sia.
Cukup kehidupan yang sederhana tapi kaya dengan keluarga yang bahagia dan cukup
bersabar dengan pelbagai dugaan, dia sudah lengkap. Cukup. Harapannya, dia akan
cuba menjadi seorang anak, suami dan bapa yang baik, yang membawa keluarganya
mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat nanti.
“Saya janji, akan sentiasa sabar,
sentiasa setia, sayang. Pegang kata-kata saya.”
25 comments:
Assalamualaikum fateen. Lamak sik update tuk ohh. Lalu lastlah kmk org baca part tuk ohh. Bila kita mok jumpa tuk fateen n fahmie.
From anak buah boss. Hehe fhm nk.
Salam ann. Kak habsah ni. Alhamdulillah dapat baca sii utk part last. Sweet sgt. Anak kak habsah pun dah alhamdulillah sebiji ikut cara ann dan em. Selamat hari raya maaf zahir dan batin fateen dan fahmie.
Wasalam anak buah ayah,sikdala part last. Ada gik nak pendek jak kelak sikit utk penutup. Bila mok jumpa? Tunggu ada open house, jemput la kamek k. Hehehe. Selamat hari raya dari kamek duak :)
Wasalam kak Habsah. Akak kena tunggu epilog dulu baru cakap last baca. Hehehehe. Alhamdulillah, seronok dengar akak cakap macam tu. :) Selamat hari raya jugak dari fateen dan fahmie.
Kamek org kelak ada open office. D jemput hadir utk tetamu kamek org fateen n fahmie. Wajib hadir ktk org ohh.
Hye kak fateen.
Team sii here. Wahhhh first of all selamat hari raya aidilfitri from us sii. Kak pateng bg pahmie apa khabar? Lamanyeee tak contact kak pateng ni. Betul ke nk tamatkan novel ni?
Sii syg kak pateng bg pahmie!!
Hye kak fateen.
Team sii here. Wahhhh first of all selamat hari raya aidilfitri from us sii. Kak pateng bg pahmie apa khabar? Lamanyeee tak contact kak pateng ni. Betul ke nk tamatkan novel ni?
Sii syg kak pateng bg pahmie!!
Anak buah ayah,
In sha Allah kamek datang. P mun sik datang maaflah. Hehehehe. Kuching dengan maktab kamek jauh gilak. Susah mok pulang. Datang agak kamek jak lah kita polah ramah tamah kat kedey kopi. hahahahahahahha. :P
Team SII kerinduannnn,
Haii! Rindunyaaa nak dengar term "Team SII" ni. Hehehehe. Kak Pateng sihat alhamdulillah, macam tu jugak abang fahmeeeeee awak-awak semua! Ye, nak tamat dah tapi jangan lupa baca epilog nanti k. Doakan dapat dibukukan k. :) And selamat hari raya semua!
Kak pateng bg pahmie dah tunang ke? Jgn lupa jemput kalau belum tau.bila rasanyee kalau belum lagi ni kak?
From team sii.
Belum lagi lah adik-adik. Hehehehehe. Bila tu entahlah, doa-doakanlah okay kesayangan semua. :) Doa yang baik-baik okay.
Kami doakan utk kak pateng n bg fahmie! Bg fahmie dkt mane skrg nii kak?
Abang mie sentiasa berada di hati kakak pateng! Hahahaha. Sekarang dia macam penduduk nomad yang berpindah randah. At times, dia boleh berada di sekitar Shah Alam, and boleh jugak berada di Sarawak. Hahahaha. Soon tak tahu lagi, sama-samalah kita tunggu update daripada encik F sendiri, alright? :P
Oh. Patut sii shah alam ada bgthu kami kereta abg pahmie duduk dkt rumah je. Kak pateng x ada plan untuk pg sini ke?
Adik-adik,
Buat masa sekarang ni tengah busy dengan prac sampai bulan September. jadi macam tak ada planning nak pegi jalan-jalan. Heheheheh. Tapi in sha Allah kalau ada rezeki, boleh jugakkk. Eh, ada contact dengan SII S/A jugak? Macam mana boleh berkawan ni? Hehehehehe :p
Bah. Slmt ari rayo em n ann.rayo dtg rmh kmk org d telaga aek...part 15 kli tk thorbaikkk.
Siti & wan.
Siti & Wan,
Selamat hari rayooooooo juak hahahahha. Telaga air area ne? Ne tauk kmk datang kelak. Hehehehehe.Thank you, doakan ada rezeki nya dibukukan k. :)
Kpg ilir rmh kamek org. Bah dtg lah ohh.
Siti & wan
Salam perkenalan. Saya dari sabah. Saya mau wujudkan team sii untuk sabahan. Best bah dpt baca novel ni.
Salam penulis.apa kmk jarang nampak ktk org disatok gik?dah pindahkh?
Kmk pekerja ses pesona. Hihi
Seronoknya bace kisah sabar itu indah ni. Terasa ingin mendapat lelaki seperti em. 😂ðŸ˜ðŸ˜
Siti serta pasangannya, weehee, aok lah kelak lah kamek jalan melimpas rumah kitak k. :)
Hai hai haiii Sabahans! :) Sila-sila lah buat Team SII Sabah. Heheheh. Seronok dapat bagi orang suka baca novel ni. Lepas tu boleh tak emelkan kat askfateen@yahoo.com sebab nak tahu sapa orangnya bah :) *Mari berpelukannn hahaha*
Waalaikumsalam, haiii. Raya riya kamek ada gi Satok, berkali-kali setelah sekian lamak, tapi kamek sikda masok SES pesona. Kamek gi nak kawasan khemah depan ya jak. Lain kali mun ada nemu, tego lah kamek. Dapat kita selpiakkkk :D
Hi anonymous, thanks! btw, sapa ni? Nampak macam orang baruuuuuu dalam family SII. Hehehe. Welcome on board! Jom la sesama cari Em versi kita! :D
Salam proton. Kami masih mengingati ir fahmi. Dulu kami selalu baca novel sii bila en fahmi dkt rest room. Sekarang bila kami bca kesedihan yg dtg. Kami mahu berjumpa ir fahmi dn fatin. Kalau sudi dtg rumah terbuka kami minggu depan.
Wsalam geng proton. Haha korang jgn la sedih x jd kerja nnt. Slmt hri raya oii.hehe terlalu awal inform ada rumah terbuka..korang tahu jela tiket tgh emas skrg ni. InshaAllah sy akn ada sentiasa utk brsma tercinta utk update sii demi korang..haha salam pissyooo proton..
Fatin knp adik kakak yg dkt sabah tidak dpt komen di blog ini bh.
Salam kakak, menurut Amie, suruh adik akak bukak blog guna google. jgn pakai yahoo. baru dpt comment kak :)
Post a Comment