Assalamualaikum and Hi!
Miss me?
Bagai Em rindukan Ann,
Bagai Team SII, Kak Habsah dan kesayangan lain rindukan Fatin,
Bagai Fatin rindukan Fahmi?
#eh hahahahaha
Sorry semua, sebab berbulan-bulan lamanya hilang. Sibuk sangat dengan tugas hakiki sebagai seorang pelajar. Rindunya pada Sabar Itu Indah, hanya Tuhan saja yang tahu. And maaf jugak sebab tak dapat nak post kan full ending Sabar Itu Indah kat sini. Satunya, belum di edit lagi, duanya, macam tak ada orang rindukan SII. Macam orang dah tak kisahkan SII. Tak kisah lagi dengan Em, Ann, Sofea dan Faiq. Hmmm. *cry me a river*
Sebab?
Sebab semua dah tergilakan Tengku Zaril dan Yuhanis. Saya pun macam tu. Best betol cerita tu kan? Sampai ulang-ulang tengok episod best, lepas tu perkara wajib setiap pagi masa Praktikum haritu adalah tengok bloopers dengan scenes dalam cerita tu, yang dikongsikan kat Instagram and FB. Angau.com :p
So, walaupun awak semua dah berpaling tadah, nak jugak lah bagi teaser untuk ending cerita Sabar Itu Indah ni.
p/s: Dah macam tak reti nak menulis lagi dah sebab lama tak menulis kat blog. Awkward sangat menaip ni. Hahahahah. Kembalikan semangat itu........
Nah, belanja sikittt
Part 15
Sejak seminggu yang lalu, Ann
asyik berulang alik daripada rumah Izah dengan memandu sendiri. Nasib baiklah
suaminya sudah mula mempercayainya dan memberikan kebenaran untuk dia memandu tanpa
ada orang dewasa disebelahnya.
Sebelum ini, memang Em dan
Izahlah yang akan menjadi pemandu rasminya kalau nak ke hulu ke hilir. Yang
paling seronoknya, Em sudah membenarkannya memandu dengan membawa penumpang
setianya iaitu Sofea dan Faiq. Walaupun Faiq sudah pandai berjalan selangkah dua,
tapi Faiq tak susah untuk dijaga. Dalam kereta pun duduk diam-diam di tempat
duduk bayinya sendiri bersebelahan Sofea.
Lagi mudah dia memandu apabila
kedua-dua Sofea dan Faiq fokus bermain ipad di tempat duduk belakang. Banyak
sangat chromosome Em dalam badan anak-anaknya, patutlah perangai ikut Em. Tak
banyak susahkan orang disekeliling.
Baru keluar daripada kawasan
perumahan mereka, Em sudah mula menelefon.
“Rumah dah kunci? Babies are
behaving good in the car? You’re driving not more than 80km per hour, right?”
Oh, anak dah dua tapi perangai paranoid Em tak pernah berkurang. Makin paranoid
adalah.
“So, I take that questions as a
greeting from you lah ya wahai suami. And yeah, good afternoon and
Waalaikumsalam.” Em ketawa di hujung talian. Pagi tadi hanya sempat bagi
goodbye kiss dengan Ann dan anak-anak mereka bila dia kena bangun sendiri, buat
sarapan sendiri dan turun kerja tanpa dihantar sehingga ke depan pintu rumah. Sebab
kesian sangat tengok isterinya penat membantu membuat persiapan di rumah Izah,
dia bagi peluang Ann berehat puas-puas.
Nak kata Ann ni lepas
tanggungjawab terhadapnya semata-mata untuk membantu Izah, memang tak. Dia
faham yang ikatan Izah dan Ann dah macam adik-beradik dan masing-masing banyak
membantu dalam apa jua keadaan. Malam tadi pun Ann dah gosok kemeja kerjanya.
Pagi tadi pun Ann yang bangunkan dia untuk solat berjemaah.
“Afternoon and Assalamualaikum
young Mommy. So please, jawab soalan saya.”
“Rumah dah kunci lepas Mak Yaa
keluar sama saya tadi. Sofea and Faiq are behaving very very well and hadlaju
saya sekarang adalah 80km/h.” Sebenarnya tak adalah Ann nak memandu 80km/j
setiap masa, tapi purata hadlajunya masih dalam lingkungan yang sama. Well,
safety first! Lagipun lama dah tak memandu, haruslah konsepnya berhati-hati di
jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.
“Good! Saya nak pergi meeting and
lepas tu saya nak ke pelabuhan dengan Haris tengok barang. So yeah, I love you.
I gotta go. Miss you sayang.”
“Miss you too, love you too.” Ann
tersenyum. Hari-hari boleh cair dengan keprihatinan suaminya.
“Love you, Daddy.” Sofea dari
tempat duduk belakang menyambung.
“Daaaaa-Deeeee” Faiq hanya
menyebut perkataan terakhir yang disebut Sofea.
Em dan Ann sama-sama ketawa. Faiq sudah mula bercakap walaupun bila
bercakap, kedengaran seperti Faiq bercakap dalam bahasa asing.
“And of course Daddy sayang Sofea
dan Faiq. Take care, sayang.”
Sampai sahaja di rumah Izah, Ann
membantu membuat hiasan dalam rumah. Maaflah, bukan pelamin atau hiasan bilik,
tapi bahagian dia adalah dulang-dulang. Faiq dan Sofea pula dijaga Izah untuk
menghilangkan rasa bosan duduk berkurung dalam bilik. Hari itu bermula hari
izah dikurung sebelum bergelar isteri kepada Hazwan. Sebenarnya Ann pun kurang
pasti tentang pantang larang yang dia pernah ikut dulu.
Darah manis? Darah ada gula ke?
Apa-apalah, asalkan Izah dapat berkahwin dan bahagia.
“Dude, they are going to put
henna on my fingers. you want to put it too?” Izah datang memimpin tangan Faiq
ke arahnya yang masih tekun menggubah bunga di atas dulang.
“You know my answer, right? So…
main jauh-jauh.”
“Don’t you want to reminisce
those days.. you know, masa kau kahwin dulu? That’s the first and last I saw
you let people put henna on your fingers.”
“That’s right and again, my
answer is still the same. Cukup lah sekali seumur hidup. I’m not tamak, by the
way.”
“Eleh, bukan tamak tapi taknak!
Dulu pun kena paksa semua orang baru nak pakai. Macamlah benda tu buat kau
sakit.”
“Eh, sukahati akulah nak tamak ke
taknak ke. Bukan aku yang kahwin sekarang, tapi kau. So, dipersilakan duduk
diam-diam dan biarkan tangan kau kena lukis. Nanti nyamuk gigit, jangan mintak
tolong aku.”
“Berkiranya! Jom lah teman aku.
Cousins aku semua cakap pasal Kpop. Aku mana minat Kpop,tak tahu nak interrupt
masa cakap. Kau tinggal satu dulang lagi kan, so tak apalah.” Tangan Ann
ditarik menuju ke bahagian depan untuk menemani Izah. Yang lain memang ikut
sama nak corakkan tangan masing-masing tapi bukan Ann.
Izah siap umpan dia dengan tunjuk
gambar corak yang cantik-cantik tapi Ann tetap menggeleng kepala. Memang
taknak. Tak payah paksa, bagi duit pun dia taknak jugak. Masing-masing ada
minat masing-masing. Satu je yang dia epic fail jadi golongan muda. Tak suka
pakai henna.
“Mommy, what’s that?” Susah anak
mat salleh dari Malaysia ni ada. Banyak soal kalau tengok benda yang dia tak
pernah lihat.
“They put watercolour on Mama
Ijah’s fingers and draw some flowers too.” Sukahati dia cakap watercolour. Tak
apalah, dia sendiri pun tak tahu apa benda yang digunakan. Dakwat eh? Terasa
teruk diri Ann melihat dia yang sungguh noob.
Si anak yang mendengar hanya
mengangguk sahaja apabila dia menerangkan. Nak bagi Sofea ikut sama memang
mustahillah. Terlalu muda untuk Sofea ikut benda sebegitu dan si anak sendiri
cakap “No” bila Izah tunjuk tangan ke arahnya. Nasib baik!
Belah Hazwan memang tak banyak
buat persediaan macam Izah sekarang. Hazwan hanya perlu sibuk sewaktu majlis
resepsi pihak lelaki sahaja. Tapi Izah, dari minggu lepas dah sibuk dengan
macam-macam majlis. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup, in sha Allah.
Biarpun banyak mengeluarkan belanja, namun belum lagi sampai ke tahap membazir
kerana pada masa yang sama, majlis itu diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan dengan kedua-dua keluarga yang jarang berjumpa, dan mengeratkan
lagi hubungan kejiranan. Kalau tinggal di kawasan perumahan lain caranya dari
hidup di kampung.
Cukup masa, Ann meminta diri
untuk pulang ke rumah. Esok Izah akan menjadi isteri yang sah kepada Hazwan.
Rasa sentimental datang tiba-tiba bila Izah memeluknya sebelum dia berangkat
pulang malam itu. Macam nak hantar Whatsapp kat suaminya, nak mintak kebenaran
tidur dengan Izah semalam, tapi dia pun mempunyai tanggungjawab terhadap
suaminya. Em dan Hazwan kamceng gila, tapi tak adalah sampai nak bermalam di
rumah. Cukup dengan bachelorette party minggu lepas di apartment Hazwan
sendiri.
Walaupun buat party di rumah
Hazwan, tapi Hazwan sendiri tak tahu. Senyap-senyap duplicate kunci rumah
Hazwan dengan bantuan Izah, tapau cupcake dari rumah hasil buatan isterinya, Em
angkut sedozen kawan-kawan zaman sekolah mereka ke rumah Hazwan. Pizza dipesan
awal-awal. Taknak penatkan Ann buat makanan banyak-banyak dan cake chocolate
moist dari Secret Recipe.
Bila Hazwan bukak pintu rumah,
semua sepakat baling cake kat muka Hazwan. Beli cake mahal-mahal tapi senang
nak buang macam tu. Sekali-sekala jadi bad boys. Dalam hidup, tak payah nak
amalkan konsep, ‘why so serious?’ sangat.
“Mommy, nak tiramisu please.”
Sofea yang baru lepas dilap badannya dan ditukar kepada baju tidur, tiba-tiba
menyuarakan keinginan hati. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Nak suruh
suaminya tapau kat ikea ataupun mana-mana bakery, macam tak sempat je.
“Mana nak carik tiramisu
malam-malam macam ni sayang? Esok boleh tak?” tangannya naik membetulkan baju
si anak.
“KFC, mommy. Kakak at rumah Mama
Ijah told me.” Biar betul KFC ada tiramisu? Ke Sofea kena kelentong dengan anak
saudara Izah sewaktu dia disuap sama dengan tiramisu tadi. Demi anak, dia ingin
mencuba nasib dengan menyuruh suaminya mencari di luar. Cepat-cepat dia mendail
nombor telefon Em sebelum Em balik ke rumah.
“Dah habis meeting?” Soalan main
terjah daripada isterinya membuatkan Em ketawa. Baru nak telefon Ann cakap dia
dah nak balik rumah.
“Baru habis, sayang. Baru nak
start enjin kereta.”
“Sofea nak makan tiramisu. Kat
KFC ada. According to anak buah Izah lah. Try carik kalau dia betul-betul ada
ke tak. Kesian pulak tengok dia nak makan malam-malam macam ni.”
“Alright then. Saya try tengok
kat KFC depan office. Tunggu dalam setengah jam, saya balik rumah okay. Love
you.” selepas tamat berbual dengan isterinya, Em terus memandu ke KFC di
seberang pejabatnya. Memang betul kata anak saudara Izah, sekarang KFC ada makanan
tambahan baru. Ada tiga dessert baru yang disediakan, tapi tiramisu dibelinya.
Siap tapau 4 sekali. Bolehlah Sofea tambah kalau masih nak makan. Kalau dia,
memang tak ngam dengan benda bergula ni. Sofea ni pun makan kira berkala.
Taknak si anak terbiasa dengan pemakanan yang kurang sihat.
Sofea yang duduk bersandar di
sofa ruang tamu setia menunggu kepulangan Em. Penat-penat seharian bekerja pun
hilang bila bukak pintu rumah nampak orang tersayang menunggunya. Faiq pun
masih bangun walaupun sudah lewat. Berjalan dua tiga langkah dan jatuh berulang
kali. Budak-budak tak reti penat. Kalau dia, boleh-boleh terbongkang terus di
atas katil kalau dah penat bekerja.
“I miss you.” Ucap Em sewaktu Ann
sedang menyuap tiramisu ke mulutnya. Serius manis. Tengok anak beruang makan
depan TV sambil menonton High 5 slumber badak muka. Yang dia makan sesudu tu
dah rasa nak telan air kosong segelen untuk meneutralkan tekak. Kalau tak
kerana disuap isterinya tadi, dia memang takkan hadap manisan itu tengah-tengah
malam begini.
“I miss you too. Penat tak?”
soalan cepumas daripada Ann dijawab dengan anggukan.
“Tak apa. Awak mandi dulu, lepas
ni, saya urut. Anak-anak nanti kita tidurkan sama-sama. Esok pun kita kena
bangun awal sebab esok kita kena jadi orang kanan Izah dan Hazwan.” Em menepuk
dahinya. Terlupa sebentar dengan aktiviti mereka esok. Disebabkan terlalu sibuk
menghabiskan kerja sebelum mereka bercuti nanti, tarikh akad nikah kawan
sendiri pun dia boleh lupa.
Butang kemejanya dibuka. Meniarap
di depan Faiq yang duduk membelek mainan di depan mata. Satu.. dua.. tiga..
sehingga lima puluh kali Em push up di depan Faiq dan membuatkan anaknya
ketawa. Tiramisu yang sudah habis dimakan Sofea diberikan kepada Ann saat
melihat Em mengira dari satu sehinggalah lima puluh, Sofea turut sama mengira.
Hish, memang tak tahu istilah penatlah Em kalau dah jumpa anak-anaknya.
“Awak tak penat ke?” tanya Ann
bila Em mengangkat Sofea dan Faiq macam work out dengan menggunakan dumbbell.
“Saya sibuk sangat sampai tak ada
masa nak exercise. Lagipun makan saya tak control lately. Macam ni je lah cara
saya nak workout sambil menghiburkan anak.” Workout pada malam itu ada niat
lain sebenarnya. Nak bagi anak-anak penat bermain dengannya sebelum bermanja
dengan isterinya. Ann cakap nak urut, haruslah dia rasa gembira sebab badan dia
rasa lenguh sangat sejak kebelakangan ini. Nanti dapatlah dating dengan Ann
tanpa gangguan.
Keluar daripada bilik mandi,
Sofea dan Faiq sudah tidur. Tersenyum dengan usaha sendiri berhasil. Bagi
anak-anak main, layankan sahaja sampai mereka penat. Lepas tu bagi susu, terus
terbongkang. Dia pun nak juga dilayan lebih masa penat-penat balik bekerja.
Ann bangkit dari katil apabila Em
sudah tidur nyenyak. Belum sampai setengah jam dia dan Em dating,
bersungguh-sungguh dia bercerita tentang apa yang dilakukannya di rumah Izah
pada hari itu, tidak mendapat respon daripada Em. Sekali tilik, suaminya sudah
nyenyak tidur. Baju untuk mereka berempat esok hari sudah siap digosok beberapa
hari lalu. Dia tinggal nak pasangkan eksesori pada bajunya dan Sofea.
Saat menatap wajah suaminya,
jatuh kasihan dihati Ann. Hanya dua bulan bekerja di syarikat guaman Mel, Ann
bagi notis perletakan jawatan. Setelah berbincang dengan Em, dia bercadang mahu
menjadi surirumah sepenuh masa. Em hanya bersetuju dan menggalakkan Ann
melakukan sesuatu yang lain untuk kepuasan sendiri. Setelah berfikir, dia menyuarakan keinginan ingin menulis artikel
tentang isu dalam bidang kerjanya. Artikel yang banyak ditulisnya selama ini
dihantar untuk disiarkan dalam ruangan rasmi dalam majalah. Tak adalah Ann rasa
sia-sia mencari pengalaman dalam perundangan bila dia menjadi suara kepada
masalah diluar dan berkongsi pendapatnya kepada orang.
Suaminya menjadi penyokong setia
dan sentiasa menjadi yang pertama dalam menilai dan membaca artikel hasil
usahanya. Duit yang diperolehi hasil menulis tidaklah semewah gaji dia bekerja
dengan Mel, tapi cukup memberikan kepuasan. Dalam bekerja separuh masa, Ann
dapat melihat anak-anaknya membesar depan mata dan tanggungjawab terhadap
suaminya diberikan perhatian seratus peratus.
“Kenapa lama sangat berdiri kat
situ?” suara Em mematikan lamunan Ann.
“Aik, tadi dah tidur. Kenapa
bangun balik?” Ann menyambung kerja memasang aksesori pada bjunya yang
tergantung di dinding.
“Saya nak sambung workout.” Faham
sangat dengan maksud suaminya, Ann berpaling memandang Em di katil. Malam ni
ulat bulu tak boleh naik daun. Esok kena bangun awal, siap apa yang patut dan
tolong di rumah Izah sebelum majlis bermula.
“Boleh tak kalau saya cakap taknak?”
Dia tahu, berdosa menolak ajakan suami tapi dia betul-betul berharap suaminya
faham.
“5 minutes.. promise!” Em
mengangkat tangan kanannya.
“Bukan saya tak tahu. 5 minutes
awak jadi 5 jam!” Ann berpura-pura masuk ke dalam walk-in-workdrobe untuk menyembunyikan
tawanya. Em pula mengekorinya dari belakang dan menarik tangannya menuju ke
katil.
“No, you don’t get what I mean.
Here..” dia memaksa Ann berbaring di atas katil. Ann terpaksa menutup matanya.
Lama dia menutup matanya dan mendengar Em ketawa sebelum membuka semula apabila
mendengar Em mengira sama seperti dengan Faiq tadi. Kali ini, Em betul-betul
berbaring menghadap mukanya.
“One, two, three, four, five…”
Oh, sungguh cair melihat suami workout di depan matanya. Setiap kiraan Em akan
mencium dahi Ann dan pada masa yang sama, dia membuat push up. Selesai kiraan
yang ke lima puluh, Em berbaring di tepi Ann.
“Wow… mana kutip ilham workout
macam ni?” Ann memandang suaminya penuh minat. Peluh di dahi Em betul-betul
membuatkan Em nampak macho. Cair hatinya untuk kali yang ke 130310 kali.
“Saya ni superman. Tak payah curi
ilham orang kalau nak workout dengan penuh kasih sayang. Bahagia saya tengok
awak masa saya workout. Awak adalah semangat saya, kenalah pandang selalu untuk
maintain semangat dan stamina nak exercise.” Serius bila Em dah suruh dia
baring tadi, ingatkan ulat dah naik daun. Tapi Em betul-betul maksudkan workout
yang sebenarnya bila dia push up lima puluh kali di depannya.
“Sayang..”
“Hmm?”
“I think it’s about time..” Ann
mengukir senyuman. Dalam maknanya apa yang disampaikannya itu.
“What?”
__________________________________
So fellas, macam mana? Hahahahaha. Ini adalah 1/10 daripada Part 15. So silalah menunggu dengan sabarnya. Harini cuti yeayyyyyy
Tapi demam. Batuk. Flu. Allergic. Combo semua. :(
No comments:
Post a Comment